• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

Lembaran Fakta Dana - 31 Disember 2012

• Dana mencapai pulangan 4.93% pada bulan ini, tetapi rendah dari tanda arasnya sebanyak 0.21%. Prestasi Dana menurun apabila pasaran memulihkan aktiviti yang menyimpang dan mengurangkan sedikit wajaran dalam Telekomunikasi. Pada peringkat saham, pengurangan wajaran dalam Axiata dan Telekom Malaysia menjejaskan prestasi. Bagi tahun ini, Dana menyediakan pulangan kepada para pelabur sebanyak 13.32%, mengatasi prestasi penanda aras sebanyak 1.47%.

• Dengan berlakunya tebing fiskal di AS, pasaran Asia Pacific ex-Japan (APexJ) meningkat dengan mendadak. Berbanding latar pertumbuhan AS yang lemah dan Eropah yang sedang atau menghampiri kemelesetan, PMI meningkat di China, Korea Selatan dan Taiwan. Penurunan pendapatan di rantau ini mungkin mencapai tahap terendah, menyediakan sokongan asas kepada pasaran ApexJ. Bursa Malaysia melengahkan pemulihan di rantau ini yang disebabkan oleh jangkaan Pilihan Raya Umum akan diadakan tidak lama lagi.

• Peruntukan aset dikurangkan kepada 90% memandangkan Pilihan Raya Umum bakal tiba. Pada masa yang sama, kami mengurangkan wajaran dalam beberapa saham defensif yang memihak pada kitaran yang kami jangka prestasinya meningkat pada 2013. Dengan beta dana kurang dari 1.0, Dana berkedudukan kukuh bagi menghadapi turun naik menjelang Pilihan Raya.

Objektif Pelaburan

Profil Risiko Pelabur

Sesuai untuk pelabur yang benar-benar berminat pada pertumbuhan dan sanggup menanggung risiko lebih tinggi dalam ekuiti patuh Syariah yang memiliki pertumbuhan yang baik dan potensi pulangan yang tinggi.

Pengurus Dana

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)

Data Dana setakat 31 Disember 2012

NAV/Unit RM 1.1005

Nilai Dana RM 10,388,278.93 Unit dalam peredaran 9,438,094.84 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006 Yuran Pengurusan 1.5% setahun

Tanda Aras FTSE Indeks Syariah Emas Bursa Malaysia

Peruntukan Aset setakat 31 Disember 2012

Kajian Semula & Strategi Pelaburan Jumlah Pulangan

Maklumat Tahun Kewangan

Menjana pertumbuhan modal yang mantap bagi jangka sederhana hingga panjang melalui portfolio sekuriti ekuiti patuh Syariah yang pelbagai dan berorientasikan pertumbuhan.

5 Pegangan Teratas % NAV 5 Sektor Teratas % NAV

Growth (%) Tanda aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 5.33 5.67 3.57 1.3946 1,0865 2008/09 -23.00 -31.21 3.68 1.2041 0,7627 2009/10 28.01 47.12 2.60 1.1104 0,8291 2010/11 11.53 16.22 2.87 1.2022 0,9052 2011/12 -0.47 0.69 2.55 1.1960 0,965

Prestasi setakat 31 Disember 2012

-5.00% 0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 09/ 11/ 2011 24/ 11/ 2011 09/ 12/ 2011 24/ 12/ 201 1 08/ 01/ 2012 23/ 01/ 2012 07/ 02/ 2012 22/ 02/ 2012 08/ 03/ 2012 23/ 03/ 2012 07/ 04/ 2012 22/ 04/ 2012 07/ 05/ 2012 22/ 05/ 2012 06/ 06/ 2012 21/ 06/ 2012 06/ 07/ 2012 21/ 07/ 2012 05/ 08/ 2012 20/ 08/ 2012 04/ 09/ 2012 19/ 09/ 2012 04/ 10/ 201 2 19/ 10/ 2012 03/ 11/ 2012 18/ 11/ 2012 03/ 12/ 2012 18/ 12/ 2012 Fund Benchmark Ekuiti 88.50% Tunai 11.48% Tenaga Nasional Bhd 9.91 Axiata Group Bhd 9.70 Digi.com Bhd 6.92 Sime Darby Bhd 6.43 Maxis Bhd 5.10 Perdagangan/ Perkhidmatan 34.13 Perladangan 15.22 IPC 13.36 Perindustrian 12.75 Pembinaan 5.24

1 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Growth (%) 4.22% 4.95% 10.27% 21.75% 6.94% Tanda Aras (%) 5.14% 3.93% 10.63% 31.15% 14.44%

(2)

TAKAFUL IKHLAS BALANCED FUND

Lembaran Fakta Dana - 31 Disember 2012

• Dana mencapai 2.63% pada Disember, rendah dari tanda arasnya sebanyak 0.04%. Setakat hari ini, Dana bertambah 9.68% manakala penanda arasnya meningkat 8.06%. Sepanjang bulan ini, prestasi Ekuiti dan Pendapatan Tetap yang meningkat diimbangi oleh sisihan pulangan (cash drag). Dalam Ekuiti, prestasi kedua-dua Ekuiti Tempatan dan Ekuiti Asing mengatasi sasaran. Prestasi lebih baik oleh Ekuiti Tempatan terhasil terutamanya dari peningkatan wajaran bagi Aeon Co (M) dan KLCC Property Holdings. Bagi Ekuiti Asing, peningkatan wajaran dalam TPK Holdings dan PetroChina menyumbang pada prestasi yang lebih bagus. Bagi pendapatan tetap, penyumbang utama adalah jalan tol, perbankan dan bon pembinaan dalam Dana.

• Dengan berlakunya tebing fiskal di AS, pasaran Asia Pacific ex-Japan (APexJ) meningkat dengan mendadak. Berbanding latar pertumbuhan AS yang lemah dan Eropah yang sedang atau menghampiri kemelesetan, PMI meningkat di China, Korea Selatan dan Taiwan. Penurunan pendapatan di rantau ini mungkin mencapai tahap terendah, lalu menyediakan sokongan asas kepada pasaran ApexJ. Bursa Malaysia melengahkan pemulihan di rantau ini yang disebabkan oleh jangkaan Pilihan Raya Umum akan diadakan tidak lama lagi.

• Bagi ekuiti, kami mengekalkan portfolio yang agak defensif memandangkan jangka masa ke pilihan raya umum semakin mengecil. Kami masih lebih berminat pada telekomunikasi dan minyak & gas. Bagi pendapatan tetap, kami mengekalkan pendirian perdagangan pada sekuriti kerajaan dan terus berusaha menjangkaui prestasi bon korporat dengan menumpukan pada isu berkadar tinggi. Kami akan kekal dalam tempoh panjang berbanding tanda aras.

Objektif Pelaburan

Profil Risiko Pelabur

Sesuai untuk pelabur yang bersedia menerima risiko pelaburan sederhana sepanjang jangka masa sederhana hingga panjang.

Pengurus Dana

Data Dana setakat 31 Disember 2012

NAV/Unit RM 1.2561

Nilai Dana RM 7,043, 252.95 Unit dalam peredaran 5,606,700.33 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006 Yuran Pengurusan 1.0% setahun

Tanda Aras 60% FTSE Indeks Syariah Emas Bursa Malaysia & 40% CIMB Islamic 1-Bulan GIA

Prestasi setakat 31 Disember 2012

Peruntukan Aset setakat 31 Disember 2012

Kajian Semula & Strategi Pelaburan Jumlah Pulangan

Maklumat Tahun Kewangan

Mencapai pertumbuhan modal jangka sederhana dan panjang dalam ekuiti patuh Syariah yang tersenarai, sekuriti hutang dan aset patuh Syariah lain.

5 Pemegangan Teratas % NAV 5 Sektor Teratas % NAV

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)

Balanced (%) Tanda aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 5.00 6.52 3.57 1.3043 1.0831 2008/09 -17.43 -24.04 3.68 1,5000 0.8409 2009/10 24.76 37.11 2.60 1.1426 .,9089 2010/11 12.18 12.82 2.87 1.2773 1..0471 2011/12 -0.84 -0.53 2.55 1.2460 1.108 Ekuiti 55.67% Fixed Income 27.52% Tunai 16.80% Axiata Group Bhd 3.48 Samsung Electronics Co. Ltd 3.05

Digi.com Bhd 2.60 Sime Darby Bhd 2.50 PetroChina Co. Ltd 2.33 Sukuk 28.14 Perdagangan/ Perkhidmatan 10.78 Teknologi 8.97 Pengguna 7.53

Minyak & Gas 5.79

1 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Balanced (%) 2.87% 4.27% 8.32% 20.48% 12.13% Tanda Aras (%) 3.18% 2.92% 6.37% 23.82% 12.83%

(3)

TAKAFUL IKHLAS FIXED INCOME FUND

Lembaran Fakta Dana – 31 Disember 2012

• Prestasi dana bagi Disember adalah 0.38%, yang mengatasi pulangan tanda arasnya sebanyak 0.03%.

• Dengan pasaran secara umumnya menjangkakan persekitaran pertumbuhan global yang perlahan dan tiada pemberhentian dalam pelonggaran dasar monetari, transaksi modal (carry trade) masih menguasai di rantau ini. Dengan pertumbuhan 2013 dianggarkan antara 4.5 hingga 5.5% pada 2013 (anggaran rasmi oleh Kementerian Kewangan) selain persekitaran kadar faedah sebenar yang positif, kami menjangkakan Malaysia terus menjadi penerima dana luar pesisir. Saiz pasaran dijangka sihat dengan pembinaan kedudukan pada permulaan tahun oleh pemain pasaran. Selain itu, Mesyuarat Dasar Monetari pertama pada tahun ini yang diadakan pada 30 hingga 31 Januari 2013 tidak menawarkan sebarang kejutan dan BNM dijangka mengekalkan kadar faedah (dikekalkan pada 3%). Semua tumpuan diberikan pada pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum dan sehingga ketidakpastian risiko pilihan raya tiada lagi, kami menjangkakan pasaran berurus niaga secara mendatar, apabila pemain tempatan mengelak dari mengambil kedudukan penting sehingga keadaan pembangunan politik di Malaysia menjadi lebih jelas. Keputusan yang baik dan muktamad akan memberi implikasi pada kedua-dua penyatuan fiskal, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta pembaharuan dalam sistem subsidi.

• Sehingga suasana ketidaktentuan politik berakhir, kami memilih menjadi agak defensif. Pegangan teras kami kekal pada bon korporat. Bagaimanapun, kami percaya bahawa wujud peluang perdagangan dalam sekuriti kerajaan bagi beberapa bulan pertama tahun ini. Bekalan bersih MGS/GII bagi 1S13 adalah terendah yang digandingkan dengan pembinaan kedudukan, lantas menyokong dan menyediakan peluang perdagangan untuk pasaran 'govvies'.

Objektif Pelaburan

Profil Risiko Pelabur

Sesuai untuk pelabur yang lebih berminat pada risiko bertaraf rendah dan kurang mementingkan kenaikan modal.

Pengurus Dana

Data Dana setakat 31 November 2012

NAV/Unit RM 1.0536

Nilai Dana RM 5,556,468.92 Unit dalam peredaran 5,273,578.66 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006 Yuran Pengurusan 1.0% setahun

Tanda aras CIMB Islamic 12-Bulan GIA

Prestasi setakat 31 Disember 2012

Peruntukan Aset setakat 31 Disember 2012

Kajian Semula & Strategi Pelaburan Jumlah Pulangan

Maklumat Tahun Kewangan

Portfolio ini berusaha menyediakan pengekalan modal sepanjang jangka masa sederhana dan panjang dalam sekuriti pendapatan tetap patuh Syariah dan instrumen pasaran wang.

5 Pemegangan Teratas % NAV Pecahan Sektor % NAV

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)

Fixed Income (%) Tanda aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 3.22 3.57 3.57 1.0490 1.0059 2008/09 2.20 3.68 3.68 1.0496 0.9674 2009/10 4.71 2.60 2.60 1.0796 0.9190 2010/11 4.68 2.87 2.87 0.9805 0.8908 2011/12 5.67 2.55 2.55 1.0220 0.9640

Tanjung Bin Power Sdn Bhd 5.10 First Resources Ltd 4.94

MUMTALAKAT 4.91

Kuala Lumpur Kepong Bhd 4.88 Jimah Energy Ventures 4.79

Sukuk 87.97

Tunai 12.03

1 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun

Fixed Income (%) 0.33% 2.70% 4.82% 15.97% 21.65%

(4)

Strategi & Pendekatan Pelaburan

1. Dana ini akan melabur dalam ekuiti patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia di mana pelaburan sasaran adalah dalam stok syarikat besar dengan prospek pertumbuhan dan di mana perdagangan adalah agak cair. Pendekatan dasar berasaskan pertumbuhan dengan fokus pada pengesanan awal bagi perubahan dasar.

2. Alpha akan dihasilkan dari pembinaan portfolio berdisiplin dengan stok unggul yang memiliki ciri-ciri berikut:

 Mempertingkatkan dan mengekalkan perubahan dasar perniagaan,

 Penilaian relatif yang menarik

 Meningkatkan jangkaan pelabur

Peruntukan aset • Sehingga 98% dari Portfolio akan dilaburkan dalam sekuriti ekuiti patuh Syariah • Sekurang-kurangnya 2% dari Portfolio akan dilaburkan dalam aset cair patuh Syariah

• Nilai pegangan Portfolio bagi modal syer mana-mana penerbit tunggal mesti tidak melebihi 10% dari jumlah aset Portfolio

• Nilai pegangan Portfolio dalam sekuriti boleh pindah milik yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal mesti tidak melebihi 15% dari NAV Portfolio

Pulangan Sebenar (Bersih dari Cukai dan Caj)

1. Prestasi dana sebelum ini tidak menjadi indikasi bagi prestasi akan datangnya.

2. Ini adalah prestasi dana pelaburan semata-mata, dan bukan pulangan yang diperoleh dari caruman sebenar yang dibayar oleh produk terangkai pelaburan.

3. Unit dicipta dan dibatalkan pada tarikh penentuan harga akan datang, masing-masing lanjutan dari penerimaan caruman atau pemberitahuan tuntutan.

4. Prestasi sebelum ini dikira berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV). Formula pengiraan adalah seperti berikut: Pulangan Pelaburan = 1 - NAV 31 Mac Tahun X

NAV 31 Mac Tahun (X-1)

Asas & Kekerapan Penilaian Unit

1. Harga unit bagi mana-mana tarikh penilaian dana ditentukan dengan membahagikan NAV pada hari perniagaan sebelum tarikh penilaian dengan bilangan unit yang diterbitkan bagi dana berkenaan.

2. NAV ditentukan seperti berikut:

a) Harga pasaran transaksi terakhir di mana aset itu boleh dibeli atau dijual, b) Tambah bilangan tunai dalam pegangan yang belum dilaburkan

c) Tambah sebarang pendapatan terakru atau dijangka

d) Tolak sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan semasa membeli atau menjual aset e) Tolak sebarang jumlah liabiliti Dana

f) Tolak jumlah yang berkaitan dengan menguruskan, menyelenggara dan menilai aset 3. Bagi memastikan layanan yang adil kepada semua pemegang unit, Pengurus Dana boleh

mengenakan kos transaksi bagi memiliki atau melupuskan aset Dana, jika kos itu adalah ketara. Bagi mendapatkan semula kos memperoleh dan melupuskan aset, Pengurus perlu membuat pencairan aset atau pelarasan kos transaksi NAV seunit bagi mendapatkan semula jumlah Dana yang sudah dibayar atau dijangka dengan wajar bagi membayar penciptaan atau pembatalan aset.

4. Penilaian unit dibuat secara harian pada setiap Hari Perniagaan.

Keadaan Tertentu Pengurus boleh mengambil tindakan berikut yang mungkin menjadi perlu disebabkan oleh perubahan keadaan, sebagai cara melindungi kepentingan

Peserta:-1.Tertakluk pada sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis bertulis, Pengurus boleh:

a) Menutup Dana atau berhenti membenarkan peruntukan caruman tambahan atau mengalihkan aset ke dana baru yang mempunyai objektif pelaburan yang sama; b) Menukar nama Dana

c) Membahagikan atau menggabungkan unit Dana sedia ada;

d) Membuat sebarang perubahan yang diperlukan yang disebabkan oleh keperluan kawal selia dan/atau perundangan.

2.Pengurus juga boleh memilih, tanpa notis terdahulu, bagi menggantung harga unit dan transaksi Sijil jika mana-mana bursa atau syarikat pengurusan amanah saham di mana Dana dilaburkan adalah digantung sementara dari membuat perdagangan.

Ciri-ciri Dana Lain

Nota mengenai Yuran dan Caj

(5)

Profil Risiko dan Pengurusan Risiko

Pelaburan tertakluk kepada risiko-risiko

berikut:-1.Risiko pasaran - Risiko yang berlaku disebabkan oleh persekitaran pasaran dan biasanya termasuk perubahan peraturan, politik, teknologi dan ekonomi. Kepelbagaian pelaburan Dana ke dalam dana amanah saham dari jenis berbeza (ekuiti atau bukan ekuiti) dan dengan pelbagai polisi dan strategi pelaburan dapat membantu meringankan pendedahannya pada ketidakpastian pasaran dan turun naik dalam pasaran.

2.Risiko kadar faedah - Risiko ini penting dalam dana Sukuk memandangkan pengurusan portfolio Sukuk bergantung pada jangkaan pergerakan kadar faedah. Secara amnya, permintaan bagi Sukuk bergerak secara songsang dengan pergerakan kadar faedah, maka apabila kadar faedah meningkat, permintaan bagi Sukuk menurun dan sebaliknya. Selain itu, Sukuk yang memiliki tempoh matang lebih lama dan kadar keuntungan lebih rendah adalah lebih mudah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah. Sukuk tertakluk pada naik turun kadar faedah dengan tempoh matang lebih lama dan kadar faedah yang lebih rendah. Sukuk lebih mudah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah sebegini. Risiko ini boleh dikurangkan melalui pengawasan dan penilaian pemboleh ubah mikro-ekonomi yang berterusan bagi memastikan strategi paling sesuai dilaksanakan untuk portfolio Dana.

3.Risiko Kredit/Ingkar - Bon tertakluk pada risiko kredit/ingkar apabila penerbit instrumen berdepan kesukaran kewangan, yang boleh mengurangkan kebolehpercayaan kredit mereka. Ini seterusnya menyebabkan keingkaran pembayaran bagi prinsipal dan faedah/keuntungan.

4.Risiko Kecairan - Kecairan merujuk kepada mudahnya menukar sesuatu pelaburan kepada tunai tanpa menanggung kerugian nilai yang terlalu ketara. Sekiranya berlaku perkembangan negatif pada mana-mana penerbit, ini akan meningkatkan risiko kecairan bagi sekuriti tertentu. Ini kerana secara amnya, pembeli sedia bagi sekuriti itu akan berkurangan kerana kebimbangan terhadap meningkatnya keingkaran kredit. Risiko ini diuruskan dengan mengambil langkah lebih cermat dalam pemilihan dan kepelbagaian sekuriti.

5.Risiko Ketidakpatuhan - Tidak mematuhi undang-undang, peraturan, kawal selia, amalan yang ditetapkan, polisi dan prosedur dalaman boleh mengakibatkan reputasi tercemar, peluang perniagaan yang terhad dan potensi pengembangan yang menurun kepada syarikat pengurusan. Matlamat pelaburan pelabur juga mungkin terjejas apabila pengurus dana tidak mematuhi mandat pelaburan. Risiko ini dapat dikurangkan melalui kawalan dalaman dan pengawasan pada pematuhan. 6.Risiko Inflasi - Inflasi boleh didefinisikan sebagai kemungkinan kerugian tidak ketara yang terjadi akibat peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi pada suatu jangka masa tertentu. Inflasi menyebabkan pengurangan kuasa membeli dan jika inflasi sentiasa tinggi dari kadar pulangan pelaburan, nilai sebenar pelaburan akhirnya mungkin negatif.

7.Risiko Penerbit - Risiko ini merujuk kepada risiko persendirian masing-masing bagi syarikat yang menerbitkan sekuriti. Risiko khusus termasuk, tetapi tidak terhad kepada perubahan selera dan permintaan pengguna, tindakan guaman, persekitaran operasi yang kompetitif, keadaan industri yang berubah dan kealpaan dan ralat pengurusan. Bagaimanapun, risiko ini dikurangkan dengan melabur dalam pelbagai syarikat dari sektor berbeza lalu menyebabkannya berfungsi secara bebas dari yang lain.

8.Risiko negara - Pelaburan asing mungkin terkesan oleh risiko khusus bagi negara di mana pelaburan dibuat seperti perubahan pada asas ekonomi negara, kestabilan sosial dan politik, pergerakan mata wang, polisi pelaburan asing dan sebagainya. Risiko ini boleh dikurangkan dengan melakukan kajian terperinci pada pasaran masing-masing, keadaan ekonomi, syarikat, politik dan sosialnya selain mengurangkan atau tidak melabur dalam pasaran itu.

9.Risiko Pengurusan - Terdapat risiko bahawa pihak pengurusan tidak mematuhi mandat pelaburan bagi dana tertentu. Dengan pengawasan teliti yang dilakukan oleh jawatankuasa pelaburan, sistem operasi dalaman yang disepadukan dengan had dan kawalan, dan melaporkan secara kerap kepada pasukan pengurusan kanan, syarikat pengurusan dapat menguruskan risiko ini.

10.Risiko Pengurusan Dana - Pengurusan dana yang lemah yang disebabkan oleh kurang pengalaman, pengetahuan, kepakaran dan teknik pengurusan yang lemah boleh memberi kesan buruk pada prestasi dana. Ini boleh menyebabkan pelabur mengalami kerugian dalam pelaburan dana.

11.Risiko Syariah - Risiko yang terjadi dari kemungkinan semakan status sekuriti sandaran dalam dana amanah saham dari patuh Syariah kepada tidak patuh Syariah dan kemungkinan melabur dalam dana amanah saham tidak patuh Syariah. Risiko ini dapat dikurangkan dengan melakukan semakan berkala pada sekuriti berkenaan seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Pematuhan Syariah dan Jawatankuasa Syariah. Tindakan perlu diambil oleh Pengurus Dana bagi melupuskan sekuriti tersebut seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Pematuhan Syariah dan Jawatankuasa Syariah.

Dokumen ini disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd ("Takaful IKHLAS"). Material ini disediakan semata-mata sebagai maklumat sahaja. Maklumat yang disediakan di sini termasuk sebarang penyataan pendapat atau jangkaan yang diperoleh daripada atau berdasarkan sumber-sumber yang kami percaya sebagai boleh dipercayai, tetapi tidak dijamin ketepatan atau kesempurnaannya. Maklumat ini diberikan tanpa kewajipan dan adalah difahami bahawa sesiapa yang bertindak yang disebabkan olehnya atau mengubah kedudukan kerana kebergantungan padanya, melakukannya sepenuhnya atas risiko sendiri. Ini tidak sepatutnya menjadi tawaran atau jemputan bagi melanggan atau membeli sekuriti. Pembaca dinasihatkan supaya membaca dan memahami kandungan Lembaran Pendedahan Produk dan Lembaran Fakta Dana yang ditampilkan di laman web Takaful IKHLAS serta Ilustrasi Jualan yang disediakan oleh ejen anda sebelum melabur. Pembaca juga perlu mengambil kira yuran dan caj yang terlibat. Sila maklum bahawa harga unit mungkin menurun dan juga meningkat. Prestasi dana sebelum ini tidak menjadi indikasi bagi prestasi akan datang. Oleh itu, Takaful IKHLAS menafikan sebarang liabiliti dalam sebarang bentuk jika sekiranya pembaca menanggung kerugian apabila bergantung pada maklumat yang terkandung di sini semata-mata.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini disebabkan pada masa remaja akhir ( adoleson) keyakinan agama mereka lebih dikuasai oleh pemikiran. Maka sudah barang tentu banyak ajaran-ajaran agama yang

Faktor kondisi Fulton (K) menunjukkan nilai yang sangat baik yaitu >1,6 pada lokasi Tibang dan Ulee Lheue, sehingga dapat diartikan lingkungan masih dalam keadaan yang baik untuk

a. Pemilik bengkel dalam hal operasional bengkel bertugas sebagai pimpinan bengkel serta mengawasi mechanic dalam memberikan layanan jasa servis. Mechanic bertugas

Hasil penelitian ini menunjukkan ada banyak faktor yang menyebabkan para pedagang kaki lima (PKL) kurang berminat untuk berjualan di Nuwo Intan kota Metro, dari

NO NAMA KAB/KOT NAMA TOKO OBAT NO IZIN ALAMAT KANTOR TELP KANTOR ALAMAT PABRIK PABRIK TELP PENANGGUNG JAWAB KELAMIN JENIS.. (P/L) SIK PENANGGUNG JAWAB

Gambar 1.11 merupakan tampilan pada saat pemain telah menemukan buah yang pemain cari, dan pemain harus mendekati objek buah untuk mendapatkan buah, sebelum pemain

Schutz menyebut sebagai tipe personal pada seseorang yang mendapatkan kepuasan dalam memenuhi kebutuhan antarpribadi untuk afeksinya. Orang dengan tipe ini

Kemungkinan kondisi ketiga: guru melaksanakan tugas ku rang bertanggung jawab, hubungan kerja dengan Kepala Se kolah kurang akrab, hasil yang didapat kurang memuaskan baik dalam