• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis Panduan Penggunaan Komputer

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Garis Panduan Penggunaan Komputer"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Garis Panduan Penggunaan Komputer

1.1 Tujuan Garis Panduan

Garis panduan ini menerangkan secara umum dasar dan peraturan penggunaan sumber-sumber Teknologi Maklumat dan peralatan Komunikasi Elektronik yang terdapat di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

1.2 Skop Garis Panduan 1.2.1 Sumber

Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah segala peralatan seperti yang dinayatakan diatas samada dibekalkan oleh pihak MPK atau pun milik peribadi yang digunakan di pejabat. Dasar dan peraturan ini juga berkuatkuasa jika peralatan, perisian, perkhidmatan dan sebarang kemudahan teknologi maklumat kepunyaan MPK digunakan diluar dari kawasan pejabat MPK.

1.3 Takrifan

1.3.1 Pengguna

Semua pengguna yang menggunakan peralatan yang terlibat dalam melaksanakan kerja dan juga capaian ke sistem. Sesiapa yang tidak diberi kebenaran adalah dianggap sebagai penceroboh, dan boleh diambil tindakan yang sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

1.3.2 Peralatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Eletronik

Segala peralatan termasuklah komputer, pencetak, pengimbas, peralatan untuk rangkaian seperti modem, hub, router, telefon bimbit, PDA dan sebagainya.

1.3.3 Rangkaian Komputer

Merupakan sambungan talian komunikasi dan litar dengan suatu komputer atau suatu kompleks terdiri daripada dua atau lebih komputer atau peralatan teknologi maklumat yang tersaling sambung, samada menggunakan media fizikal atau tanpa dawai.

(2)

1.3.4 Pelayan Komputer (Server)

Sebarang komputer yang menawarkan perkhidmatan melalui rangkaian komputer, termasuklah mel-elektronik, laman web, ftp, telnet, audio, video, fail, pencetak, pengesahan, Internet phone, Internet Relay Chat, pangkalan data, Domain Name System, proxy, dan sebagai nya.

1.3.5 Data Komputer Dan Output

Representasi maklumat atau konsep yang disediakan atau telah disediakan dalam bentuk yang sesuai bagi kegunaan dalam suatu komputer. suatu penyataan atau representasi sama ada berbentuk tulisan, tercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang mana ianya

(a) dihasilkan oleh suatu komputer; (b) dipapar di skrin suatu komputer; atau

(c) diterjemah dengan tepat daripada suatu penyataan atau representasi yang dihasilkan itu.

1.3.5 Aturcara Atau Perisian

Data yang merupakan suruhan atau penyataan, apabila dilakukan dalam suatu komputer, menyebabkan komputer itu melaksanakan suatu fungsi termasuklah logik, kawalan, aritmetik, hapusan, storan dan dapatan semula dan komunikasi atau telekomunikasi kepada, daripada atau dalam sesuatu komputer.

1.3.6 Capaian

Bagi maksud dokumen ini,seseorang itu mendapat capaian kepada mana-mana aturcara atau data yang disimpan dalam komputer apabila beliau menyebabkan komputer tersebut melaksanakan sebarang fungsi untuk: (a) mengubah, menambah atau memadamkan atur cara/perisian atau data; (b) menyalin atau mengalihnya ke mana-mana bahantara storan selain dari di mana ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan;

(c) menggunakannya; atau

(d) menyebabkan data dioutput daripada komputer di mana ia disimpan. Sebarang rujukan terhadap capaian atau niat untuk mendapat capaian kepada atur cara atau data akan ditafsirkan sewajarnya.

(3)

1.4 Peraturan Am

1.4.1 Semua kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh MPK adalah hak MPK. Pengguna dilarang sama sekali mengeluarkan atau mengalihkan peralatan terlibat tanpa kebenaran Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) atau pihak pengurusan.

1.4.2 Pengguna berdaftar untuk sistem aplikasi, email dan sebagainya diberikan keistimewaan untuk menggunakan kemudahan tersebut dan MPK berhak menarik balik kemudahan yang diberikan pada bila-bila masa.

1.4.3 Kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh MPK hanya boleh digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan fungsi MPK. Penggunaan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi majlis adalah tidak dibenarkan, seperti untuk tujuan komersial dan kepentingan politik.

1.4.4 Penggunaan untuk tujuan peribadi yang berpatutan dibenarkan sekiranya ia tidak melibatkan peningkatan kos dan penggunaan sumber majlis yang ketara, sehingga menghalang peluang pengguna lain untuk menjalankan fungsi utama MPK.

1.4.5 Pengguna yang menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi elektronik peribadi didalam pejabat dan rangkaian MPK juga tertakluk kepada dasar dan peraturan ini.

1.4.6 Sebarang penggunaan adalah tertakluk kepada undang-undang / peraturan MPK, negeri dan negara. MPK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan yang dilakukan oleh pengguna.

1.4.7 Setiap pengguna semestinya mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan. Disamping itu, setiap pengguna disaran supaya menjadi pengguna beretika dan menghormati pengguna lain.

1.5 Dasar Capaian Internet

1.5.1 Laman Yang Boleh Dilayari

Laman-laman yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah berbentuk akademik dan pengetahuan dan urusan untuk rujukan tugas. Laman yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbulkan atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Penggunaan laman-laman yang berbentuk hiburan, hobi atau 'leisure' tidak digalakkan di waktu pejabat (waktu bertugas).

(4)

Melayari internet tanpa tujuan / meninggalkan penggunaan internet ‘unattended’ adalah amat tidak beretika dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan talian.

Pengguna tidak dibenarkan mengguna laman web untuk tujuan komersial, kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan.

Pengguna tidak dibenarkan memasuki mana-mana laman web untuk bersembang (chatting) atau pun menggunakan mana-mana perisian untuk tujuan tersebut.

Pengguna juga dilarang sama sekali memuat proses muat turun (download) sebarang maklumat yang berbentuk hiburan, lucah dan sebagainya. Bagi proses muat turun yang dibenarkan seperti untuk urusan kerja proses ini hendaklah dilakukan pada waktu talian internet tidak sibuk seperti waktu rehat tengahari atau selepas waktu pejabat, ini bagi memastikan talian internet dan juga penggunaan sistem berasaskan web tidak terganggu atau menjadi perlahan.

Pentadbir Rangkaian dengan arahan / kebenaran pengurusan berhak menapis, menghalang dan menegah penggunaan mana-mana laman web yang dianggap tidak sesuai.

1.5.2 Penyalahgunaan Laman Web

Pengguna dilarang keras mengganggu atau menceroboh laman yang tidak dibenarkan oleh pentadbir laman.

Pengguna dilarang memasukkan / menyalin / menciplak / mencetak / menyebarkan maklumat-maklumat dari Internet yang menyalahi undang-undang negara.

1.6 Penggunaan E-mail

Pengguna -pengguna e-mail perlu faham bahawa perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:

i. Perisian-perisian berlesen dan berhakcipta tidak boleh disebarkan melalui e-mail yang diguna.

ii. 'Spamming' atau 'mail-bombing', e-mail yang bersifat kontroversi (seperti lucah, ugutan, perkauman dan gangguan) kepada individu, 'mailing list' atau 'discussion groups' tidak di benarkan.

iii. Untuk keselamatan e-mail, perkara berikut perlu di beri perhatian oleh pengguna:

(5)

a. Tukar katalaluan selalu (dicadangkan setiap 3 bulan). Ini boleh memastikan e-mail tidak di cerobohi.

b. Jangan berkongsi kata laluan. Pentadbir e-mail (kebiasaannya) tidak meminta katalaluan. Jangan layan mana-mana permintaan untuk mendapat katalaluan.

c. Jangan buka sebarang fail kepilan (attachments) dari orang yang tidak di kenali. Fail ini mungkin mengandungi 'letterbombs' atau virus yang merosakkan komputer.

d. Pastikan 'logout' selepas selesai penggunaan. Ia boleh menyelamatkan akaun dari penceroboh. Selalu tutup 'browser' yang diguna apabila sesi anda selesai.

e. Jangan jawab e-mail yang tidak berkenaan (seperti ‘spam’, ugutan atau ofensif). Dengan menjawab e-mail yang sedemikian, pengguna mendedahkan diri kepada e-mail yang tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk melaporkan penerimaan e-mail sedemikian kepada Bahagian Teknologi Maklumat.

1.7 Penggunaan Komputer 1.7.1 Hak Milik

Semua perkakasan yang diperolehi untuk atau bagi pihak MPK atau semua perkakasan yang dipasang oleh kakitangan atau pembekal MPK untuk urusan kerja adalah menjadi hakmilik MPK. Bahagian Teknologi Maklumat mempunyai hak untuk memindahkan atau menarik balik perkakasan komputer yang ditempatkan berdasarkan keperluan atau kepentingan semasa.

Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti samada sebahagian perlatan yang dibekalkan atau keseluruhan komponen lengkap.

Perkakasan tidak dibenarkan dialih atau dipindahkan ke bahagian lain tanpa kebenaran atau persetujuan pihak Bahagian Teknologi Maklumat. Pengguna asal perkakasan tersebut akan dipertanggungjawabkan sebarang kehilangan peralatan yang terlibat.

1.7.2 Tanggungjawab Pengguna

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna memastikan keselamatan perkakasan seperti komputer, pencetak atau pengimbas yang diperuntukkan kepadanya. Pengguna tidak boleh membiarkan perkakasan tersebut berada dikawasan yang terbuka dan boleh dicapai oleh orang lain.

(6)

Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun perkakasan yang bukan berada dibawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri perkakasan atau aksesorinya.

Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah menjadi tanggungjawab bersama pengguna -pengguna terbabit seperti pencetak atau pengimbas. Pencetak atau pengimbas yang disambungkan kepada sesebuah komputer bukan menjadi hak muklak jika penggunaan secara perkongsian diamalkan.

Pengguna juga hendaklah memastikan kebersihan peralatan komputer yang diperuntukan kepadanya. Komputer juga hendaklah ditutup (log off) jika hendak meninggalkan pejabat untuk masa yang lama atau selepas waktu kerja.

Pengguna juga dikehendaki menjalankan pogram antivirus bagi mengesan virus dan ‘spyware’ didalam komputer mereka. ‘Scanning’ secara keseluruhan hendaklah dijalankan setiap hari bagi memastikan komputer selamat dan bersih daripada ancaman virus dan ‘spyware’. 1.7.3 Perisian

Pengguna dilarang membuang, meminda atau menambah sebarang perisian yang telah di masukkan kedalam komputer untuk kegunaan mereka. Sebarang pindaan atau pertambahan perisian hanya boleh dilakukan oleh kakitangan Bahagian Sistem Maklumat atau pembekal yang dilantik. Ini bagi mengelakkan komputer tersebut mengalami masalah atau kerosakan.

Pengguna juga dilarang memuaturun (download) sebarang perisian atau ‘screen server’ daripada internet kedalam komputer yang dibekalkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya penyebaran virus, ‘spyware’ dan sebagainya.

Bagi tujuan keselamatan dari ancaman virus dan sebagainya perisian antivirus akan digunakan ialah Symantec Norton Antivirus, AVG Anti Spyware dan sebagainya yang mana Bahagian Teknologi Maklumat rasakan perlu dimasukkan mengikut perkembangan semasa.

Bahagian Teknologi Maklumat berhak membuang mana-mana perisian yang dirasakan tidak perlu berada didalam komputer yang mana boleh membebankan kelajuan sesebuah komputer atau perisian yang dilarang dimasukkan seperti perisian untuk sembang (internet chatting) dan sebagainya.

Bahagian Teknologi Maklumat juga akan menyelaraskan program ‘screen server’ bagi semua komputer supaya menjadi seragam. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengubah atau membuang ‘screen server’ yang telah ditetapkan ini.

(7)

Perisian yang boleh digunakan seperti berikut :-

Proses Kerja Perisian Yang Terlibat

Proses surat-menyurat / Kertas kerja Microsoft Word

Persembahan (presentation), KMK dan yang banyak mengandungi audio visual seperti gambar dan video.

Microsoft Powerpoint

Program atau jadual yang melibatkan proses perkiraan.

Microsoft Excel

Membuat rekabentuk (design) pelan dan sebagainya.

Autocad

Melayari internet, e-mail dan sistem berasaskan web.

Interner Explorer, Netscape atau Mozilla

Selain daripada perisian yang dinyatakan diatas dan juga perisian asas komputer tersebut sendiri seperti Windows Media Player, Acrobat Reader, Calculator dan sebagainya boleh digunakan bersesuaian dengan urusan kerja semasa.

Perisian lain selain daripada yang dinyatakan diatas tidak dibenarkan dimasukkan kedalam komputer melainkan untuk tujuan atau urusan kerja sahaja dan kemasukkan perisian ini mestilah mendapat kebenaran daripada Bahagian Teknologi Maklumat terlebih dahulu.

Referensi

Dokumen terkait

Proses pengambilan gambar proyeksi dimulai dari 0 o – 180 o dengan menggunakan meja putar untuk berbagai variasi, setelah citra diperoleh, dilakukan pemroses citra

(2) Pemberian pelayanan penghapusan sanksi administratif dan pembayaran pajak sebagaimana dimaksud dalam Pasal 3 ayat (1) huruf j, dilakukan di Badan daerah pada

Maka dari itu dalam kegiatan PKN ini kami memberikan pelatihan kepada UMKM O’bite Snack agar dapat mendaftarkan produknya melalui website supaya konsumen lebih

Dengan mengucapkan Alhamdulillah segala puji dan syukur saya panjatkan atas kehadirat Allah SWT karena berkat rahmat, hidayat, dan taufiq-Nya sehingga penyusunan Skripsi

Pada kasus ini telah terjadi hubungan hukum antara pemilik barang dengan PT LAS selaku ekspeditur dalam bentuk perjanjian ekspedisi, dan hubungan hukum antara PT LAS

Sesuai dengan tema pengabdian kepada masyarakat yang akan kami adakan pada Semester Genap 2017 ini, konsep pengabdian akan menerapkan suatu teknologi augmented reality

Dalam hal isteri tidak mau memberikan persetujuan, dan permohonan izin untuk beristeri lebih dari satu orang berdasarkan atas salah satu alasan yang diatur dalam pasal 55

Pembagian wewenang pemberian perizinan penanaman modal antara pemerintah pusat dan pemerintah daerah adalah bahwa Pemerintah Pusat memiliki wewenang yang meliputi