• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (AMBILAN JAN 2012)

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(EDU 3105)

TANAMAN HIASAN TAHUN 4

NAMA:

NADZIRUL AKMAL BIN MOHD HAMZAH (920109-13-5729)

OPSYEN:

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2

NAMA PENSYARAH: DR TEY KIEN HUAT

TARIKH SERAHAN: 30 OGOS 2013

(2)
(3)

MUKA WEB 1 ( HALAMAN UTAMA )

BUTANG MENU

(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
(10)

MUKA WEB 8 ( PAPAN CERITA )

(11)

MUKA WEB 9 ( LAMPIRAN )

(12)

SKRIP VIDEO

Montaj

Permulaan video diletakkan video pendek iaitu kiraan atau “countdown”. Tajuk INTEGRITI difokuskan supaya tema video tersebut jelas difahami. Muzik yang dimainkan bersesuaian dengan tema integrity yang mana mampu menarik perhatian penonton.

Babak 1

Seorang guru pelatih bernama Mael mengalami patah tangan akibat kemalangan. Pada suatu hari, Mael ditugaskan untuk membuat landskap. Malangnya dia tidak berupaya untuk mengangkat pasu bunga dengan sebelah tangan.

Babak 2

Erol, rakan sebaya Mael, datang lantas Mael menginginkan pertolongan dari Erol. Erol menganggukkan kepala tanda setuju untuk memberikan pertolongan.

Babak 3

Erol mengangkat pasu tersebut ke atas rak landskap yang telah disediakan.

Babak 4

TEMA

: INTEGRITI

TAJUK

: KEIKHLASAN

PELAKON

: ISMAIL SUMANTERI

NADZIRUL AKMAL MOHD HAMZAH

(13)

Babak 5

(14)

REFLEKSI

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH (920109-13-5729)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya kerja kursus bagi tugasan EDU 3105 berjaya disiapkan. Ucapan penghargaan kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu dari segi maklumat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Apa yang telah diajar dan ditunjukkan daripada pensyarah amatlah berguna dalam penghasilan kerja kursus ini dengan jayanya. Hal ini termasuklah teknik-teknik penghasilan halaman web dan pelaksanaan muat turun ke internet segala hasil pembikinan web yang telah dibuat oleh saya.

Berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui dalam menyiapkan kerja kursus ini, perlaksanaan teknologi dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu wahdah untuk para guru untuk lebih mahir dalam pelbagai bidang komunikasi terutamanya internet. Pada pandangan saya, teknologi dalam dunia pendidikan memberikan impak positif dan negatif.

Adapun impak positifnya adalah yang pertama, teknologi dapat mempermudah pengajar dalam menyampaikan pengajaran dengan cara yang tidak manual lagi. Impak positif yang kedua adalah dapat memberikan gambaran yang lebih konkrit. Misalnya dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mengenai tumbuhan tertentu bagaimana bentuknya tidak lagi berkehendakkan kita untuk melihat tumbuhan secara langsung. Kita boleh melihatnya misalnya dengan video yang menunjukkan tumbuhan tersebut. Impak yang ketiga adalah dapat mempermudahkan kita dalam memproses informasi.

Adapun impak negatif dari penggunaan teknologi dalam pendidikan menurut saya adalah yang pertama, adanya gangguan teknikal yang menjadikan proses pembelajaran menjadi terganggu. Dalam hal ini, teknologi yang kita gunakan tidak lagi membantu. Misalnya jika dalam proses pembelajaran sistem bunyinya kurang berfungsi, maka akan menyulitkan kita untuk mendengar suara ataupun penerangan yang dilaksanakan. Impak negatif yang kedua adalah, akibat kemajuan teknologi, individu cenderung bersifat individualis dan kurang dalam

(15)

sebahagian individu sering menyalahgunakan teknologi, sehingga membuang waktunya dengan kegiatan yang kurang bermanfaat.

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran menjurus kepada penggunaan internet atau jaringan komputer. Petherbridge dan Chapmen (2007) menjelaskan bahawa teknologi internet yang digunakan dalam pembelajaran bermula dari 4.000 satu kredit semester pada tahun 2000 menjadi lebih dari 19.000 satu kredit semester pada tahun 2005. Sedangkan penggunaan teknologi lain dalam pembelajaran seperti siaran TV dan radio, DVD dan video menunjukkan relatif tetap setiap tahunnya. Hal ini terjadi karena teknologi internet mampu menyampaikan maklumat secara mutimedia, baik teks, suara, gambar pegun, mahupun gambar bergerak. Selain itu, teknologi internet memudahkan penyampaian maklumat secara langsung (synchronous) seperti siaran TV atau radio atau penyampaian maklumat secara tidak langsung (asynchronous) seperti video, kaset, dan buku. Dengan fleksibiliti yang dimiliki teknologi internet, tidak hairanlah apabila perkembangan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mengarah pada penggunaan internet. Pada umumnya apa yang dimaksudkan dengan teknologi informasi dan komunikasi dalam pembelajaran ialah penggunaan internet untuk pembelajaran.

Semasa mendapat kertas tugasan ini, saya merasakan ianya suatu yang amat berat untuk saya selesaikan dengan jayanya. Saya telah merangka beberapa inisiatif dalam menyelesaikan tugasan ini sehinggan tugasan ini siap dengan jayanya pada masa ini. Pada tugasan kali ini, terutamanya tugasan bercorak video bertemakan integriti ini, saya telah mencari maklumat yang berkaitan yang akan digunakan semasa melaksanakan tugasan ini. Untuk pembikinan video integriti, saya telah membuat pembacaan dari web serta merujuk beberapa buah jurnal di perustakaan untuk mendapatkan idea sampingan bagi menambahbaik hasil tugasan ini. Dalam video kali ini saya memutuskan untuk membuat tentang tema ‘Keikhlasan’. Kemudian, saya mencari tajuk yang sesuai dalam mata pelajaran ‘Pendidikan Sivik dan Kenegaraan Tahun 5’ dan memutuskan memilih tajuk keikhlasan ini.

Selepas selesai memilih tajuk, saya membuat beberapa kronologi cerita secara spontan dalam bentuk nota ringkas bagi mendapatkan bayangan awal mengenai video yang ingin saya buat. Percambahan ini adalah untuk saya membuat satu ‘papan cerita’ yang akan digunakan dalam pembikinan video integriti. Dalam pembikinan video ini, saya telah berbincang bersama rakan-rakan dan memilih untuk bekerjasama untuk membuat pembikinan video tersebut. Rakaman video tersebut telah dilakukan di sekitar asrama IPTHO dengan mencari tempat-tempat yang sesuai. Rakaman kali ini, saya telah memilih stor asrama blok 06. Persekitaran

(16)

yang bercorak landskap membuat saya terpikat untuk mengambil video di tempat itu. Hal ini kerana video yang saya buat berteraskan integriti yang melibatkan subjek Kemahiran Hidup di bawah tajuk Tanaman Hiasan.

Seterusnya, selesai merakam video tersebut, saya menggunakan perisian ‘Live Movie Maker’ untuk proses seterusnya. Dalam proses ini, saya banyak bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif dalam penghasilan video ini. Mula-mula agak berat bagi saya untuk menyiapkan video berkenaan tetapi selepas membiasakan diri dengan perisian yang digunakan, saya akhirnya berjaya menyiapkan video yang bertajuk ‘Keikhlasan’. Berdasarkan pertanyaan dan rujukan rakan-rakan, saya telah belajar sedikit demi sedikit sehingga saya berjaya menghasilkan video menggunakan perisian tersebut.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya melihat bahawa kemahiran menggunakan alat-alat elektronik memainkan peranan yang penting dalam menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tanpa ilmu dan pengalaman yang ada, seseorang tidak akan dapat menyiapkan tugasan EDU 3105 pada kali ini. Tugasan ini mengehendaki kami untuk membina sebuah laman web di mana laman web tersebut boleh di akses para pelajar. Dalam laman web tersebut mengandungi pelbagai bahan termasuk video dan latihan yang boleh digunakan pelajar-pelajar di sekolah. Dalam laman web tersebut saya telah memilih tajuk “Tanaman Hiasan” sebagai medium untuk saya mengajar subjek Kemahiran Hidup.

Bagi saya, tugasan kali ini banyak memberikan saya peluang meneroka pelbagai aplikasi yang tidak pernah saya gunakan termasuk Microsoft Publisher, hot potatoes dan Windows Lives Movie Maker. Sesungguhnya walaupun susah tapi ini merupakan pengalaman yang berharga apabila berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Antara masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan ini adalah saya sukar menyiapkan video. Ini kerana komputer riba saya mempunyai masalah tidak mempunyai ‘driver grafik’ yang menyukarkan apabila video dimainkan. Walaupun demikian saya terpaksa juga menggunakan komputer riba saya ini. Ini kawan-kawan saya yang lain turut menggunakan komputer riba masing-masing untuk menyiapkan tugasan.

(17)

kepada pensyarah pembimbing dan meminta pendapat beliau. Selepas meneliti dan membuat sedikit perubahan, akhirnya saya berjaya memuat naik video di dalam laman web tersebut.

Dalam tugasan ini juga, saya melihat bahawa kemahiran yang perlu ada sebagai seorang bakal guru tidak hanya tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tetapi kemahiran menggunakan peralatan ICT perlu dipelajari oleh bakal-bakal guru. Bukanlah untuk menambahkan beban seseorang guru tersebut, tetapi dengan kemampuan guru berkenaan menggunakan pelbagai perisian elektronik, ia mampu mengubah suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.

Berakhirnya kerja kursus ini saya berharap pengalaman yang ditimba dapat mematangkan diri saya berkenaan ICT dan juga menjadikan saya seorang guru yang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Selain itu, saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kehendak soalan dan kehendak pensyarah pembimbing.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi BPI, proses yang terlibat untuk dikaji dan ditambahbaik adalah proses pengambilan pelajar (yang tidak berjaya mendapat mana-mana tempat) bagi setiap IPTA. Sila rujuk Lampiran

(1993), sama ada Negara Barat atau Timur, kerajaan masing-masing telah mengeluarkan bantuan kewangan untuk bidang pendidikan agar membangunkan bidang tersebut dengan berkesan

Atas sebab inilah, maka dirasakan perlu untuk kita membangunkan suatu perisian yang berkonsepkan sistem pakar yang boleh mengesan kerosakan yang berlaku pada sebuah komputer

Diharap maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu guru j-QAF dan pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Hal ini bermaksud tahap kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM untuk ditempatkan mengajar di kawasan bukan pilihan dari aspek pengetahuan adalah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pembacaan pelajar PTV, pengaruh utama jenis bahan bacaan terhadap amalan pembacaan berkesan, faktor utama

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, pengkaji telah mendapati bahawa dua daripada 3 responden telah berjaya menjawab dengan baik soalan bahagi melibatkan nombor