• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING BENDAHARI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEKELILING BENDAHARI"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

_____________________________

PEKELILING BENDAHARI

_____________________________

Bilangan 5 Tahun 2015

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP) /

GOODS AND SERVICES TAX (GST) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 TUJUAN

Panduan ini disediakan sebagai garis panduan untuk menjelaskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) / Goods and Services Tax (GST) di Universiti Teknologi MARA berdasarkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) dan Pekeliling Kerajaan yang berkuatkuasa.

2.0 PENGENALAN

Universiti Tekonologi MARA telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk urusan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)/Goods and

Services Tax (GST) pada 19 November 2014 dan nombor pendaftaran UiTM ialah 001418756096.

Tarikh kuatkuasa pendaftaran GST ialah pada 1 April 2015. Pendaftaran UiTM dibuat secara berpusat dimana Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam di bawah Unit GST akan menguruskan semua urusniaga berkaitan GST. Ini meliputi semua kampus cawangan UiTM, kampus satelit dan semua kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Pengurusan,

(2)

Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang PFI, Kumpulan Wang Amanah, Kumpulan Wang Pendapatan, Kumpulan Wang Penyelidikan, Kumpulan Wang Perundingan, Kumpulan Pinjaman Kenderaan dan Komputer.

3.0 GAMBARAN UMUM CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP) / GOODS AND SERVICES TAX (GST)

Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) / Goods and Services Tax (GST) diperkenalkan melalui Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Akta 762) dan dilaksanakan bermula 1 April 2015.

Secara am, GST adalah cukai pelbagai peringkat bagi penggunaan tempatan. GST dikenakan ke atas semua pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan kecuali bagi pembekalan yang dikecualikan secara khusus. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia.

Pembayaran cukai dilakukan di setiap peringkat di dalam proses pengeluaran dan pengagihan. Walaupun cukai dibayar di sepanjang rantaian pengeluaran dan pengagihan, hanya nilai ditambah di setiap peringkat dikenakan cukai dan oleh itu cukai berganda dapat dielakkan.

Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai “orang berdaftar”. Orang berdaftar dikehendaki mengenakan GST (cukai output) ke atas pembekalan bercukai yang dibuat kepada pelanggannya. Beliau dibenarkan menuntut kembali sebarang GST yang ditanggung dalam pembeliannya (cukai input) yang merupakan input kepada perniagaannya.

4.0 SKOP CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

Pengenaan Cukai

GST dikenakan ke

atas:-(a) apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai;

(b) yang dibuat dalam perjalanan atau penerusan apa-apa perniagaan; (c) oleh orang kena cukai;

(3)

GST juga dikenakan dan dilevikan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia. Semua barang yang diimport kecuali yang ditetapkan sebagai berkadar sifar dan dikecualikan adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard. Semua perkhidmatan diimport yang diperolehi bagi tujuan perniagaan adalah tertakluk kepada GST.

4.1 Definisi Pembekalan

Definisi pembekalan meliputi semua bentuk pembekalan yang mana barang dan perkhidmatan adalah diberi sebagai pulangan bagi suatu balasan. Balasan yang diterima boleh dalam bentuk bayaran wang atau pembayaran berupa barangan (barang dengan barang).

Pembekalan boleh dalam bentuk barang atau perkhidmatan. Pembekalan barang melibatkan pemindahan pemilikan barang dari seorang kepada seorang yang lain. Barang bermaksud apa-apa harta alih dan tak alih seperti mesin, kenderaan dan rumah.

Apa-apa yang bukan pembekalan barang adalah dianggap sebagai pembekalan perkhidmatan dan ini boleh termasuk pemindahan pemilikan barang dengan tiada niat untuk memindahkan pemilikan. Contoh pembekalan perkhidmatan adalah seperti berikut:-

(a) pinjaman barangan; (b) menyewa barangan;

(c) pembekalan perkhidmatan telekomunikasi; (d) perkhidmatan profesional.

4.2 Perniagaan

Perniagaan termasuklah apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain, sama ada untuk keuntungan wang atau tidak.

Kriteria berikut boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti layak sebagai perniagaan untuk tujuan GST:

(4)

(a) Ia adalah satu usaha yang serius atau kerja yang bersungguh-sungguh dijalankan;

(b) Ia diteruskan dengan kesinambungan yang munasabah atau dikenali;

(c) Ia dijalankan dalam cara yang biasa dan pada bunyinya dan prinsip-prinsip perniagaan yang diiktiraf (sifat biasa perniagaan);

(d) Ia kebanyakannya berkaitan dengan pembekalan untuk mendapatkan balasan; atau

(e) Ia membuat pembekalan yang biasa dibuat oleh organisasi komersial.

Contoh aktiviti yang bukan perniagaan ialah pegangan saham, perkhidmatan yang disediakan di bawah kontrak perkhidmatan dan hobi. Penggajian di bawah kontrak perkhidmatan di mana wujudnya hubungan antara majikan / pekerja bukan merupakan perniagaan. Apa-apa aktiviti yang dijalankan sebagai hobi yang tidak mencerminkan ciriciri perniagaan juga tidak dianggap sebagai perniagaan.

Walau bagaimanapun, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kelab, persatuan, perbadanan pengurusan atau organisasi-organisasi lain adalah dianggap sebagai aktiviti perniagaan. Kebenaran masuk seseorang ke mana-mana premis merupakan suatu balasan juga dianggap sebagai aktiviti perniagaan.

4.3 Orang Kena Cukai

Seseorang termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, perbadanan, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau awam, persatuan, kelab, kesatuan sekerja, koperasi, pemegang amanah dan mana mana badan lain, organisasi, persatuan atau sekumpulan orang yang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan.

Orang kena cukai adalah orang yang berdaftar atau dikehendaki berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan. Orang kena cukai merupakan orang yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia dan pendapatan tahunannya melebihi nilai ambang yang dicadangkan sebanyak RM500,000. Orang kena cukai tersebut perlu berdaftar di bawah Akta 762. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes,

(5)

seseorang itu tidak dikehendaki mendaftar di bawah GST tetapi beliau perlu mendaftar secara sukarela untuk GST. Dalam keadaan ini, beliau juga adalah orang kena cukai.

Di dalam konteks ini, Universiti Teknologi MARA merupakan badan berkanun yang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan dimana pembekalan bercukai tahunan melebihi RM500,000 dan dikehendaki mengenakan GST ke atas pembekalan bercukai yang dibuat kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, sebagai Universiti Awam (UA) yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan pendidikan yang disediakan oleh UiTM adalah dikecualikan daripada GST sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 (P.U. (A) 271).

4.4 Dibuat di Malaysia

Pembekalan barang atau perkhidmatan hendaklah dibuat di Malaysia bagi membolehkan GST dikenakan. Barang adalah dianggap sebagai dibekalkan di Malaysia jika barang itu berada di Malaysia atau dipindahkan dari suatu tempat di Malaysia. Perkhidmatan adalah dianggap sebagai dibekalkan di Malaysia sekiranya pembekalnya berada di Malaysia. GST akan dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di mana pembekalan itu dibuat di Malaysia. Pembekalan yang tidak dibuat di Malaysia adalah dianggap sebagai di luar skop GST.

Mekanisme GST di Malaysia

Di Malaysia, GST dikira atas nilai tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran/bekalan. Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan baru atau yang telah diperbaiki. Untuk membolehkan ini, GST menggunakan mekanisme penolakan (offset) kredit cukai di mana GST yang dikenakan ke atas output perniagaan (contohnya jualan produk yang dikilangkan atau perkhidmatan yang dibekalkan) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau utiliti yang digunakan dalam

(6)

pengilangan) oleh perniagaan. GST yang dikenakan ke atas output dipanggil cukai output. Manakala, GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input.

Gambarajah 1: Cukai input dan cukai output

Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah GST iaitu:

(a) Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif (6%).

Gambarajah 2: Pembekalan berkadar standard

(b) Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input. Pembekalan berkadar sifar disenaraikan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 (P.U. (A) 272).

(7)

Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar

(c) Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai. Pembekalan dikecualikan disenaraikan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 (P.U. (A) 271).

Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan

(d) Pembekalan di luar skop (Out-of-scope) adalah tidak tertakluk kepada GST. Pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan secara umumnya dianggap sebagai pembekalan di luar skop. Tiada GST akan dikenakan ke atas pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh hospital dan klinik, perkhidmatan pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah termasuk pendidikan tinggi,

(8)

pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen, pengeluaran lesen dan permit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain.

Pembekalan tertentu seperti bekalan air oleh Kerajaan Negeri dan perkhidmatan pengiklanan oleh RTM akan tertakluk kepada GST kerana sifat komersial perkhidmatan ini.

Pembekalan yang dibuat oleh Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan akan tertakluk kepada GST kecuali pembekalan yang berbentuk pengawalseliaan dan penguatkuasaan seperti mengeluarkan lesen dan permit dan sebagainya.

(e)

Dibawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 (P.U. (A) 273), pihak yang dinyatakan adalah dilepaskan daripada pembayaran cukai bagi perolehan barang yang dinyatakan didalam Jadual 1 Perintah tersebut. Pihak yang membekalkan barang tersebut boleh menuntut cukai input dengan syarat mengemukakan Sijil Dibawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 yang telah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa.

Pelepasan (Relief) GST

5.0 IMPLIKASI GST TERHADAP UiTM

UiTM merupakan pembekal perkhidmatan bercampur (Mixed-Supplier) dimana pembekalan yang disediakan mengandungi pelbagai kategori GST iaitu pembekalan berkadar standard, berkadar sifar, dikecualikan dan pembekalan diluar skop. Oleh yang demikian, adalah penting mengenalpasti kaedah yang betul untuk mengakaunkan kenaan GST yang betul bagi perbelanjaan dan hasil universiti Berikut adalah gambarajah layanan GST terhadap Universiti Awam (UA) secara umum.

(9)

Gambarajah layanan GST terhadap Universiti Awam (UA) dan UiTM:

(a) Pembekalan berkadar standard

Dari konteks UiTM sebagai Universiti Awam (UA), pembekalan berkadar standard adalah pembekalan barang atau perkhidmatan oleh UITM yang tidak disenaraikan di dalam Perintah Cukai dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 (P.U (A) 271) dan dan Perintah Cukai dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 (P.U (A) 272). UiTM sebagai institusi yang berdaftar dibawah Akta 762 2014 perlu mengenakan GST pada kadar 6% bagi pembekalan ini dan boleh menuntut cukai input bagi transaksi berkenaan.

adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif (6%).

Antara contoh pembekalan berkadar standard adalah penganjuran seminar, sewaan ruang niaga, sewaan peralatan, konsultansi dan perundingan, jualan pelekat kenderaan, pajakan tanah (kecuali tanah bagi tujuan kediaman, umum dan pertanian yang dikecualikan cukai), hasil Hotel UiTM, hasil jualan buku yang tidak berkadar sifar, yuran kursus atau program yang tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), hasil pelupusan, hasil jualan borang kemasukan pelajar dan caj prosesan dan lain-lain.

(b) Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input. Pembekalan yang disenaraikan di bawah

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 (P.U.(A) 273)

Pembekalan barang dan perkhidmatan yang tidak tersenarai di bawah P.U (A) 273

Tiada GST dikenakan

UiTM perlu menanggung cukai input CBP

Perkhidmatan bukan pendidikan (non-education services) adalah tertakluk kepada GST (contoh: seminar, sewa ruang niaga) Cukai input yang

dikenakan tidak boleh dituntut

Perkhidmatan pendidikan dikecualikan daripada GST (tiada kenaan GST ke atas perkhidmatan pendidikan kepada pelajar)

(10)

Pembekalan berkadar sifar disenaraikan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 (P.U. (A) 272).

Tertakluk kepada perintah tersebut, apa-apa perolehan yang dibekalkan kepada UiTM dan pembekalan barang dan perkhidmatan oleh UiTM yang disenaraikan adalah berkadar sifar. Antara barang dan perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar adalah seperti di Lampiran 1

(c) Pembekalan dikecualikan

Berdasarkan perintah tersebut, UiTM diklasifikasikan sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan dan dikecualikan daripada GST bagi tujuan pembekalan berkenaan. Oleh itu, UiTM tidak akan mengenakan GST bagi hasil berkaitan perkhidmatan pendidikan yang dinyatakan di dalam perintah tersebut. Cukai input yang dikenakan oleh pembekal bagi tujuan penyediaan perkhidmatan tidak boleh dituntut semula dan perlu ditanggung oleh universiti. Secara umum, pembekalan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST adalah seperti di Lampiran 1. Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan berkaitan pendidikan yang dikecualikan GST adalah termasuk:-

adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai. Pembekalan dikecualikan disenaraikan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 (P.U. (A) 271).

i) Semua kursus pengajian yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

ii) Bahan kursus;

iii) Rombongan atau lawatan lapangan; iv) Penyediaan makanan dan penginapan; v) Pengangkutan pelajar;

(11)

vi) Perkhidmatan pentadbiran yang berkaitan langsung dengan pembekalan pendidikan seperti pendaftaran pelajar, pengeluaran kad pelajar atau kad perpustakaan atau penilaian prestasi akademik pelajar;

vii) Perkhidmatan peperiksaan;

viii) Pembekalan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan, elektrik, gas, penyaman udara sebagai sebahagian daripada penyediaan penginapan pelajar.

(d)

Hasil yang berbentuk pengawalseliaan dan penguatkuasaan adalah tidak tertakluk kepada GST. Ini adalah termasuk denda pelajar, bayaran pecah kontrak, denda tatatertib staf, surcaj staf, bayaran 24 jam notis, denda kelewatan penghantaran barang, denda tatatertib mahkamah, denda rampas cagaran, denda/gantirugi kelewatan siap kerja (LAD), denda lalulintas dan seumpamanya.

Pembekalan di luar skop (Out-of-scope)

(e)

Dibawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 (P.U. (A) 273), pihak yang dinyatakan adalah dilepaskan daripada pembayaran cukai bagi perolehan barang yang dinyatakan didalam Jadual 1 Perintah tersebut. Pihak yang membekalkan barang tersebut boleh menuntut cukai input dengan syarat mengemukakan Sijil Dibawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 yang telah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa.

Pelepasan (Relief) GST

Berdasarkan perintah di atas, UiTM adalah diberi pelepasan cukai bagi semua perolehan peralatan dan bahan (equipments dan materials) tertakluk kepada syarat berikut:-

i) Peralatan dan bahan yang diperoleh adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk program yang diluluskan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia);

ii) Diluluskan oleh Ketua Pengarah JKDM; iii) Menggunakan peruntukan kerajaan; dan

(12)

iv) Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor atau pegawai yang diturunkan kuasa. Bagi maksud tujuan ini, pegawai yang diturunkan kuasa bagi menandatangani sijil pelepasan adalah Ketua Pusat Tanggungjawab / Ketua Unit Kewangan Zon / Ketua Pejabat Bendahari Cawangan / Ketua Pejabat Bendahari Kampus / Ketua Timbalan Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan / Penolong Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan.

Jadual di Lampiran 1 menerangkan secara ringkas implikasi GST kepada aktiviti UiTM.

6.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GST DI UiTM

Berdasarkan penerangan di atas, secara umumnya semua pihak yang terbabit perlu memahami dan bersedia untuk pelaksanaan GST. Panduan pelaksanaan GST ini disediakan bagi menambahbaik proses kerja universiti bagi mematuhi keperluan GST dan memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar. Berikut adalah bidang pengurusan dan proses yang perlu ditambahbaik.

6.1 Tanggungjawab PTJ

Bidang Pengurusan

Keterangan

Perolehan 1. Perancangan Perolehan

PTJ perlu mengenalpasti tujuan pembelian bagi memastikan kenaan GST terhadap perolehan tersebut sama ada berkadar standard, berkadar sifar, dikecualikan atau boleh mendapat pelepasan. Nyatakan tujuan pembelian pada surat arahan pelawaan perolehan sama ada ianya adalah untuk:-

a. Pengajaran dan pembelajaran; b. Penyelidikan;

c. Pentadbiran; atau d. Aktiviti penjanaan hasil;

(13)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Penyediaan anggaran jabatan perlu mengambilkira kenaan GST dan PTJ hendaklah memastikan peruntukan mencukupi.

2. Proses pelawaan

Proses pelawaan bagi semua kaedah perolehan hendaklah diuruskan berdasarkan Pekeliling Bendahari dan peraturan kerajaan yang berkuatkuasa. Pelawaan adalah terbuka kepada syarikat yang berdaftar dan tidak berdaftar GST.

3. Penilaian perolehan

Penilaian perolehan perlu dibuat berdasarkan tawaran yang menguntungkan universiti (dilampirkan contoh kaedah penilaian harga – Lampiran 2)

Jawatankuasa penilaian perlu memastikan hanya syarikat yang berdaftar dengan JKDM sahaja yang mengenakan GST.

4. Sijil pelepasan (relief certificate)

Pelepasan cukai GST ke atas perolehan adalah tertakluk kepada syarat berikut:-

i. Peralatan dan bahan yang diperoleh adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk program yang diluluskan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia);

ii. Diluluskan oleh Ketua Pengarah JKDM; iii. Menggunakan peruntukan kerajaan; dan

iv. Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor atau Pegawai yang diturunkan kuasa iaitu Ketua Pusat Tanggungjawab / Ketua Unit Kewangan Zon / Ketua Pejabat Bendahari Cawangan / Ketua Pejabat Bendahari Kampus / Ketua Timbalan Bendahari Bahagian

(14)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Pengurusan Perolehan / Penolong Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan.

PTJ mesti menyemak kelayakan untuk mendapatkan pelepasan sewaktu permohonan perolehan. Pegawai yang diturunkan kuasa menandatangani sijil pelepasan hendaklah menyemak syarat di atas. Sijil pelepasan dikemukakan sewaktu Surat Tawaran atau Pesanan Tempatan dikeluarkan (yang mana lebih awal). Satu salinan Sijil Pelepasan hendaklah diserahkan kepada syarikat manakala satu salinan disimpan oleh Pejabat Bendahari. Contoh sijil pelepasan disertakan (Lampiran 4)

Bayaran 1. Dokumen lengkap tuntutan bayaran

Semak inbois yang diterima dan pastikan maklumat lengkap. Sekiranya syarikat mengemukakan inbois bercukai, PTJ perlu menyemak dan mengesahkan pendaftaran GST syarikat (semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia: gst.customs.gov.my). Hanya syarikat yang berdaftar GST sahaja boleh mengenakan cukai kepada universiti.

Bagi Pesanan Jabatan yang dikeluarkan sebelum 1 April 2015 namun inbois dan pembekalan berlaku selepas tarikh tersebut, sekiranya terdapat permohonan daripada syarikat yang berdaftar GST untuk mengenakan GST bagi pembekalan yang dibuat, permohonan tersebut haruslah dikemukakan kepada Pejabat Bendahari / UKZ yang memproses bayaran.

PTJ bertanggungjawab mengesahkan sama ada pembelian barangan tersebut layak mendapat pelepasan cukai ataupun tidak.

(15)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Penerimaan GST bagi hasil dan penerimaan yang dibuat. Secara umumnya, perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan berkaitan pendidikan yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-

i. Semua kursus pengajian yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

ii. Bahan kursus;

iii. Rombongan atau lawatan lapangan; iv. Penyediaan makanan dan penginapan; v. Pengangkutan pelajar;

vi. Perkhidmatan pentadbiran yang berkaitan langsung dengan pembekalan pendidikan seperti pendaftaran pelajar, pengeluaran kad pelajar atau kad perpustakaan atau penilaian prestasi akademik pelajar;

vii. Perkhidmatan peperiksaan;

viii. Pembekalan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan, elektrik, gas, penyaman udara sebagai sebahagian daripada penyediaan penginapan pelajar.

Kutipan yuran pelajaran dan penginapan daripada pelajar adalah dikecualikan cukai, walaubagaimanapun yuran penyertaan seminar yang dikenakan ke atas pelajar adalah tertakluk kepada GST pada kadar 6%.

Kutipan berbentuk pengawalseliaan dan penguatkuasaan seperti denda tatatertib, denda lalulintas, bayaran pecah kontrak dan sebagainya adalah tidak tertakluk kepada GST.

Kutipan daripada aktiviti lain termasuk aktiviti komersial yang dijalankan oleh PTJ seperti sewaan ruang, seminar, penyelidikan dan perundingan, jualan barangan dan sebagainya adalah tertakluk kepada

(16)

Bidang Pengurusan

Keterangan

GST pada kadar 6%.

Antara layanan GST yang dikenalpasti secara khusus oleh PTJ adalah seperti berikut:

PTJ Perkhidmatan Kenaan GST

Hotel UiTM Jualan Hotel Kadar standard (6%) Pusat Penyelidikan Penyelidikan dan

Perundingan

Kadar standard (6%)

Unit Ruang Niaga Sewaan Ruang Kadar standard (6%) Penerbit UiTM Jualan Buku Kadar sifar (0%)

2. Bagi memastikan kutipan cukai dibuat secara tepat, semua transaksi hasil hendaklah dikeluarkan inbois bercukai dan resit melalui sistem FAIS

3. Kenaan GST bagi hasil berkadar standard adalah pada 6% daripada nilai pembekalan yang dibuat. Contohnya kadar sewaan RM1,000.00, kenaan GST sebanyak 6% (RM60.00)

kecuali bahagian yang mengeluarkan resit melalui sistem masing-masing seperti PTAR, Hotel UiTM, Klinik Pakar Selayang dan CTC Sungai Buloh dan Penerbit UiTM. Pelaporan kutipan hasil berkenaan harus dibuat di sistem FAIS setiap hari.

4. PTJ berkenaan juga perlu menyemak kontrak sewaan ruang dan hasil yang masih berkuatkuasa.

Bagi kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa boleh dikaji semula, kadar sewa haruslah termasuk GST secara ‘deemed inclusive’. Contoh: Kontrak sewaan mesin ATM ditandatangani 1 Januari 2013 pada kadar RM250 sebulan. Inbois

(17)

Bidang Pengurusan

Keterangan

cukai = Kod akaun hasil (RM235.85), kod akaun GST output (RM14.15). Jumlah terimaan = RM250

Walaubagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada sama ada kontrak tersebut boleh dikaji semula atau tidak. Sekiranya kontrak tersebut boleh dikaji semula, kenaan GST adalah sepertimana kontrak selepas 1 April 2013.

Bagi kontrak yang ditandatangani mulai 1 April 2013, kadar sewa perlu dikenakan GST pada kadar standard. Inbois cukai = Kod akaun hasil (RM250), kod akaun GST output (RM15). Jumlah keseluruhan inbois (RM250+RM15=RM265)

Kenaan GST adalah bagi perkhidmatan dan pembekalan yang dibuat selepas 1 Aprill 2015. Bagi kontrak sewaan ruang, sekiranya sewaan bagi tempoh selepas 1 April 2015 telah dibayar, PTJ perlu mengemukakan tuntutan bayaran tambahan bagi sewaan selepas 1 April 2015.

Pendahuluan 1. Tatacara pendahuluan dan pelarasan adalah tertakluk kepada Pekeliling Bendahari Bilangan 7 Tahun 2013.

2. Bagi resit bernilai melebihi RM500.00, staf UiTM yang memohon pendahuluan pelbagai atau membuat tuntutan perbelanjaan pelbagai hendaklah memastikan perkara berikut:-

- Pembelian dibuat hendaklah pada nilai yang menguntungkan UiTM (sama ada daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 atau tidak)

- Memohon inbois bercukai penuh (full tax invoice) di bawah nama Universiti Teknologi MARA (bukan dibawah nama staf tersebut)

(18)

Bidang Pengurusan

Keterangan

daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 adalah dikehendaki mengeluarkan sama ada:-

a) Inbois bercukai penuh (Full tax invoice) yang mengandungi keterangan lengkap pembekalan yang dibuat dan membolehkan pembeli yang layak menuntut cukai input membuat tuntutan penuh ke atas kenaan GST bagi pembelian tersebut; atau

b) Inbois bercukai diringkaskan (Simplified tax invoice) yang mengandungi keterangan ringkas pembelian. Pembeli yang layak menuntut cukai input hanya boleh menuntut maksimum RM30.00 GST daripada nilai keseluruhan pembelian. Ini bermakna, sekiranya pembelian bercukai bernilai lebih RM500, UiTM hanya boleh menuntut maksimum RM30 cukai input sahaja.

3. Syarikat yang mengemukakan inbois bercukai adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Panjar Wang Runcit

1. Pembelian dibuat hendaklah pada nilai yang menguntungkan UiTM (sama ada daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 atau tidak)

2. Memohon inbois bercukai penuh (full tax invoice) di bawah nama Universiti Teknologi MARA (bukan dibawah nama staf tersebut) daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 adalah dikehendaki mengeluarkan sama ada;-

(19)

Bidang Pengurusan

Keterangan

keterangan lengkap pembekalan yang dibuat dan membolehkan pembeli yang layak menuntut cukai input membuat tuntutan penuh ke atas kenaan GST bagi pembelian tersebut; atau

d) Inbois bercukai diringkaskan (Simplified tax invoice) yang mengandungi keterangan ringkas pembelian. Pembeli yang layak menuntut cukai input hanya boleh menuntut maksimum RM30.00 GST daripada nilai keseluruhan pembelian.

3. Syarikat yang mengemukakan inbois bercukai adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Pengurusan Kontrak

1. Kontrak yang telah ditandatangani sebelum 1 April 2015 dan masih berkuatkuasa dikategorikan sebagai

a) Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa semakan semula (non-reviewable contract);

b) Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 dengan klausa semakan semula (reviewable contract); dan

c) kontrak yang boleh disemak (reviewable contract) iaitu kontrak yang ditandatangani selepas 1 April 2013

2. Kontrak yang tidak boleh disemak (non-reviewable contract).

Tiada tambahan kenaan GST boleh dituntut daripada UiTM kecuali sekiranya terdapat permohonan lanjutan kontrak. Bagi pembekalan bercukai, syarikat yang berdaftar haruslah mengenakan GST secara

‘deemed inclusive’.

(20)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Kontrak ditandatangani pada 1 Januari 2013 Kadar sewaan bulanan RM1000

Pengiraan GST = 6/106 x RM1000 = RM56.63 Bayaran oleh UiTM = RM1000

3. Kontrak yang boleh disemak (reviewable contract).

Semakan kenaan cukai oleh syarikat berdaftar GST boleh dibuat pada baki kontrak yang masih berkuatkuasa. Syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Cawangan atau Kampus/Bahagian Pengurusan Perolehan/Pejabat Pengurusan Fasiliti/Pejabat Pembangunan yang mentadbir kontrak atau menguruska bayaran terlebih dahulu bagi menyemak kontrak sekiranya kenaan cukai membabitkan tambahan kepada nilai kontrak sedia ada dengan syarat:-

a) Syarikat berdaftar dibawah Akta 762;

b) Syarikat membekalkan pembekalan bercukai;

c) Tambahan kepada nilai kontrak adalah terhad kepada tambahan GST bagi baki kontrak yang masih berkuatkuasa.

Sekiranya permohonan tambahan kenaan GST dipersetujui, satu kontrak baru / addendum hendaklah diwujudkan dengan mengambilkira kenaan GST. Addendum kepada kontrak perlu ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dan dimatikan setem.

Pengiraan Bon Pelaksanaan (BP) bagi kontrak lanjutan tersebut hendaklah berdasarkan nilai kontrak lanjutan termasuk kenaan GST; Sekiranya nilai BP sedia ada mencukupi untuk menampung nilai tambahan BP bagi lanjutan kontrak, memadai BP sedia ada dikekalkan dengan tempoh sah laku BP dilanjutkan; dan sekiranya nilai BP sedia

(21)

Bidang Pengurusan

Keterangan

ada tidak mencukupi untuk menampung nilai tambahan BP bagi kontrak yang dilanjutkan, BP baharu hendaklah diperolehi.

Tiada kenaan GST boleh dipertimbangkan bagi kontrak yang hanya melibatkan pelanjutan masa (Extension of Time – EOT) tanpa lanjutan kontrak.

6.2 Tanggungjawab Pejabat Pengurusan Fasiliti / Pajabat Pembangunan

Keterangan

1.

Anggaran jabatan dan peruntukan bagi perolehan perkhidmatan fasiliti dan kerja akan datang perlulah mengambil kira anggaran cukai yang akan dikenakan.

Anggaran jabatan dan peruntukan

Mohon sediakan anggaran peruntukan tambahan bagi kenaan cukai untuk projek dan kontrak sedia ada yang masih berjalan.

2.

Kemaskini dokumen tender dan sebut harga dengan memasukkan elemen GST seperti berikut:

Penyediaan dokumen tender dan sebut harga

a. Arahan kepada penender

PEMATUHAN AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 (AKTA 762)

1. Harga tawaran tender adalah tidak termasuk kenaan GST.

2. Namun, penender yang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) adalah WAJIB mengemukakan Nombor Pendaftaran GST dan salinan Surat Pendaftaran bersama-sama tawaran ini untuk melayakkan penender

(22)

mengenakan cukai ke atas kerja/perkhidmatan di dalam tawaran ini.

3. Kenaan GST akan diambilkira sewaktu tawaran dibuat dan dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima kepada penender yang berjaya.

4. Sekiranya dalam tempoh kontrak berkuatkuasa penender yang tidak berdaftar GST dikehendaki mendaftar dibawah Akta 762, penender hendaklah memaklumkan status pendaftaran kepada pegawai penguasa kontrak

b. Borang Rasmi Tender / Sebut Harga

Harga tawaran tender adalah tidak termasuk kenaan GST.

3.

Penilaian perolehan hendaklah dibuat berdasarkan prinsip perolehan yang berkuatkuasa iaitu pada nilai yang menguntungkan Universiti. Bagi penilaian tawaran harga, penilaian adalah berdasarkan harga tawaran tanpa kenaan GST. Walaubagaimanapun, jawatankuasa penilaian juga harus mengambilkira status pendaftaran GST penender dan anggaran kenaan GST sekiranya tawaran dibuat kepada syarikat berdaftar GST.

Penilaian Perolehan Perkhidmatan Fasiliti dan Kerja-Kerja/ Khidmat Perunding

Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDM, SST/Pesanan Tempatan akan dikeluarkan kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST

Contoh: .

Harga Tawaran Tender : RM 1,000,000.00 Kenaan GST :

Nilai Kontrak :

RM 60,000.00 RM 1,060,000.00

Pengiraan Bon Pelaksanaan adalah berdasarkan nilai kontrak (termasuk kenaan GST). Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun dikehendaki berdaftar dengan JKDM setelah ditawarkan perolehan tersebut, makluman segera hendaklah dibuat kepada UiTM berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah membuat

permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal atau mana-mana pegawai yang diturun kuasa.

(23)

4.

Kontrak yang telah ditandatangani sebelum 1 April 2015 dan masih berkuatkuasa dikategorikan sebagai

Pengurusan kontrak sedia ada yang masih berkuatkuasa

a) Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa semakan semula. Tiada tambahan kenaan GST boleh dituntut daripada UiTM. Syarikat yang berdaftar haruslah mengenakan GST secara ‘deemed inclusive’.

Contoh:-

Kontrak perkhidmatan pembersihan ditandatangani pada 1 Januari 2013 Kadar bayaran bulanan RM10,000

Pengiraan GST = 6/106 x RM10,000 = RM566.30 (termasuk di dalam nilai RM10,000) Penilaian semula kenaan GST hanya boleh dibuat sekiranya terdapat lanjutan kontrak sedia ada.

b) Kontrak yang ditandatangani selepas 1 April 2013 atau kontrak dengan klausa semakan semula.

Semakan kontrak bagi kenaan GST ke atas baki kontrak boleh dibuat oleh syarikat yang berdaftar GST.

Syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Perolehan/Pejabat Pengurusan Fasiliti/Pejabat Pembangunan yang mentadbir kontrak terlebih dahulu bagi menyemak kontrak sekiranya kenaan cukai membabitkan tambahan kepada nilai kontrak sedia ada.

Sekiranya permohonan tambahan kenaan GST dipersetujui, satu kontrak baru /

addendum hendaklah diwujudkan dengan mengambilkira kenaan GST. Addendum

kepada kontrak perlu ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dan dimatikan setem. Pengiraan Bon Pelaksanaan (BP) bagi kontrak lanjutan tersebut hendaklah berdasarkan nilai kontrak lanjutan termasuk kenaan GST;

(24)

lanjutan kontrak, memadai BP sedia ada dikekalkan dengan tempoh sah laku BP dilanjutkan

Tiada kenaan GST boleh dipertimbangkan bagi kontrak yang hanya melibatkan pelanjutan masa (Extension of Time – EOT) tanpa lanjutan kontrak.

; dan sekiranya nilai BP sedia ada tidak mencukupi untuk menampung nilai tambahan BP bagi kontrak yang dilanjutkan, BP baharu hendaklah diperolehi.

PPF dan Pejabat Pembangunan diminta mengatur sesi taklimat dengan kontraktor berkenaan bagi menerangkan perkara berkaitan pengurusan kontrak.

5.

Bagi kontrak yang mempunyai perubahan disebabkan kenaan GST, bayaran kepada kontraktor adalah berdasarkan tuntutan syarikat dan addendum yang telah ditandatangani. Sekiranya Pesanan Tempatan (L/O) telah dikeluarkan tanpa kenaan GST, bayaran pada L/O adalah bagi nilai kontrak yang asal manakala bayaran bagi kenaan GST dibuat tanpa L/O. Kenaan GST hanya boleh dibayar setelah addendum lengkap. Sekiranya addendum lengkap tidak dikemukakan, Pejabat Bendahari hanya boleh membayar tuntutan bagi kontrak asal (tanpa GST).

Pengurusan bayaran

Kenaan GST dikira berdasarkan pengesahan kerja yang dibuat oleh wakil UiTM. Contohnya:- Tuntutan syarikat : RM110,000.00 Kenaan GST : Jumlah tuntutan : RM 6,600.00 RM116,600.00 Pengesahan kerja : RM100,000.00 Kenaan GST : Jumlah bayaran : RM 6,000.00 RM106,000.00 6.

Permohonan pengecualian cukai bagi kontrak projek PFI yang berkuatkuasa telah dimajukan kepada Kementerian Kewangan namun masih menunggu keputusan. Buat

(25)

masa ini, layanan GST bagi kontrak berkenaan adalah sama seperti kontrak perkhidmatan dan kerja di atas.

7.

Hasil yang dikutip oleh PPF dan Pejabat Pembangunan bagi perkhidmatan bukan pendidikan yang disediakan seperti sewaan dewan, sewaan peralatan dan seminar yang dianjurkan adalah tertakluk kepada GST. Oleh itu, kadar sewaan dan seminar sedia ada hendaklah ditambah kenaan GST. Bil ataupun resit bagi kutipan hasil tersebut hendaklah diuruskan melalui sistem FAIS oleh Pejabat Bendahari berkenaan.

Pengurusan hasil UiTM (hasil sewaan dewan atau peralatan)

6.3 Tanggungjawab Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus / Unit Kewangan Zon (UKZ)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Perolehan 1. Perancangan Perolehan

Memastikan anggaran jabatan yang disediakan oleh PTJ telah mengambilkira kenaan GST dan memastikan peruntukan mencukupi. Anggaran kenaan GST adalah menggunakan vot dan kod akaun belanja atau harta yang berkenaan.

2. Proses Pelawaan

Kemaskini dokumen pelawaan pembelian terus, tender dan sebut harga dengan memasukkan elemen GST.

3. Penilaian Perolehan

(26)

Bidang Pengurusan

Keterangan

universiti (dilampirkan contoh kaedah penilaian- Lampiran 2)

Perlu pastikan hanya syarikat yang berdaftar dengan JKDM sahaja yang mengenakan GST. Semak dan sahkan pendaftaran melalui laman web JKDM (gst.customs.gov.my).

4. Pelepasan Cukai (Relief)

Pelepasan cukai GST ke atas perolehan adalah tertakluk kepada syarat berikut:-

i. Peralatan dan bahan yang diperoleh adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk program yang diluluskan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia);

ii. Diluluskan oleh Ketua Pengarah JKDM; iii. Menggunakan peruntukan kerajaan; dan

iv. Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor. Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor atau Pegawai yang diturunkan kuasa iaitu Ketua Pusat Tanggungjawab / Ketua Unit Kewangan Zon / Ketua Pejabat Bendahari Cawangan / Ketua Pejabat Bendahari Kampus / Ketua Timbalan Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan / Penolong Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan.

Sijil pelepasan hendaklah dikemukakan sewaktu Surat Tawaran atau Pesanan Tempatan dikeluarkan (yang mana lebih awal). Satu salinan Sijil Pelepasan hendaklah diserahkan kepada syarikat manakala satu salinan disimpan oleh UKZ / Pejabat Bendahari.

5. Pengeluaran Pesanan Jabatan

UKZ/ Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus perlu mengenalpasti kenaan kod cukai yang tepat sewaktu menyediakan Pesanan Jabatan. Pelarasan kod akaun bagi kenaan GST hendaklah

(27)

Bidang Pengurusan

Keterangan

dibuat sewaktu Pengesahan Penerimaan Barang (GRN) dilaksanakan.

(rujukan kod cukai dilampirkan – Lampiran 3)

Bayaran Dokumen lengkap tuntutan

Semak inbois yang diterima dan pastikan maklumat lengkap. Sekiranya menerima inbois bercukai, semak pendaftaran GST bagi syarikat yang mengenakan GST di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia (gst.customs.gov.my).

Semak dan pastikan kod cukai yang tepat di Menu Bayaran (rujukan kod cukai dilampirkan – Lampiran 3)

Bagi bayaran untuk Pesanan Jabatan yang telah dikeluarkan sebelum 1 April 2015 dimana pembekalan dan inbois dibuat selepas tarikh berkenaan, sebarang perbezaan disebabkan oleh kenaan GST hendaklah dimajukan ke Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus / Bahagian Pengurusan Perolehan.

Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus hendaklah membuat semakan dengan PTJ dan dan memastikan sama ada tuntutan tersebut boleh mendapat pelepasan cukai atau tidak. Pengesahan bahawa barangan tersebut adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran hendaklah diperolehi daripada PTJ yang berkenaan. Manakala UKZ/ Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus hendaklah memastikan peruntukan bagi perolehan tersebut adalah daripada dana kerajaan. Sekiranya layak mendapat pelepasan cukai, sijil pelepasan hendaklah ditandatangani dan dilengkapkan. Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus dibenarkan membuat bayaran selepas tuntutan lengkap.

(28)

Bidang Pengurusan

Keterangan

Bagi tuntutan yang tidak mendapat pelepasan, addendum / perubahan kepada kontrak harus dibuat bagi mengambilkira kenaan GST terhadap baki kontrak atau pembekalan selepas 1 April 2015.

UKZ / Pejabat Bendahari Cawangan / Pejabat Bendahari Kampus boleh membuat bayaran bagi kenaan GST tanpa Pesanan Jabatan (Non-L/O) bagi Pesanan Jabatan yang telah dikeluarkan sebelum 1 April 2015.

Hasil dan Penerimaan

1. Semak dan kenalpasti kategori hasil. Pastikan kenaan GST dan kod cukai adalah tepat (rujukan kod cukai dilampirkan – Lampiran 3)

2. Semua kadar hasil yang dikenakan GST perlu ditambah nilai GST dan direkodkan dengan kod akaun yang betul. Contoh:-

Inbois Cukai

Kod Akaun Hasil Sewaan Ruang (74406) : RM250 Kod Akaun Cukai Output / GST (81486) : RM 15 Jumlah Inbois (RM250+RM15) :

RM265

3. Semak kontrak sewaan ruang dan hasil yang masih berkuatkuasa. Bagi kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa semakan semula, kadar sewa haruslah termasuk GST secara ‘deemed inclusive’.

Contoh: Kontrak sewaan mesin ATM ditandatangani 1 Januari 2013 pada kadar RM250 sebulan. Inbois cukai = Kod akaun hasil (RM235.85), kod akaun GST output (RM14.15). Jumlah keseluruhan inbois (RM235.85+RM14.15=RM250)

Bagi kontrak yang ditandatangani selepas 1 April 2013 atau yang boleh dikaji semula, kadar sewa perlu dikenakan GST pada kadar standard.

(29)

Bidang Pengurusan

Keterangan

4. Bagi Bahagian yang menjana bil/inbois dan membuat terimaan hasil tanpa menggunakan Sistem FAIS (Contohnya CTC Selayang, Sungai Buloh, Hotel UiTM dll), pelaporan harus dibuat di sistem FAIS setiap hari.

Pendahuluan 1. Tatacara adalah tertakluk kepada Pekeliling Bendahari Bilangan 7 Tahun 2013.

2. Bagi resit bernilai melebihi RM500.00, staf UiTM yang memohon pendahuluan pelbagai atau membuat tuntutan perbelanjaan pelbagai hendaklah memastikan perkara berikut:-

Pembelian dibuat hendaklah pada nilai yang menguntungkan UiTM (sama ada daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 atau tidak)

Memohon inbois bercukai penuh (full tax invoice) di bawah nama Universiti Teknologi MARA (bukan dibawah nama staf tersebut) daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Panjar Wang Runcit

1. Pembelian dibuat hendaklah pada nilai yang menguntungkan UiTM (sama ada daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762 atau tidak)

2. Memohon inbois bercukai penuh (full tax invoice) di bawah nama Universiti Teknologi MARA (bukan dibawah nama staf tersebut) daripada syarikat yang berdaftar di bawah Akta 762.

Pengurusan Kontrak

1. Kontrak yang telah ditandatangani sebelum 1 April 2015 dan masih berkuatkuasa dikategorikan sebagai

(30)

Bidang Pengurusan

Keterangan

a) kontrak yang tidak boleh disemak (non-reviewable contract) iaitu kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa semakan semula

b) kontrak yang boleh disemak (reviewable contract) iaitu kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2015 dengan klausa semakan semula. 2. Kontrak yang tidak boleh disemak (non-reviewable contract).

Tiada tambahan kenaan GST boleh dituntut daripada UiTM.

Bagi pembekalan bercukai, syarikat yang berdaftar haruslah mengenakan GST secara ‘deemed inclusive’.

3. Kontrak yang boleh disemak (reviewable contract).

Semakan kontrak perlu dibuat bagi baki kontrak yang masih berkuatkuasa.

Syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada UKZ/Pejabat Bendahari Cawangan/ Pejabat Bendahari Kampus/ Bahagian Pengurusan Perolehan/ Pejabat Pengurusan Fasiliti/ Pejabat Pembangunan yang mentadbir kontrak terlebih dahulu bagi menyemak kontrak sekiranya kenaan cukai membabitkan tambahan kepada nilai kontrak sedia ada dengan syarat:-

a) Syarikat berdaftar dibawah Akta 762 2014; b) Syarikat membekalkan pembekalan bercukai;

c) Tambahan kepada nilai kontrak sedia ada adalah terhad kepada tambahan GST.

d) Tiada pelepasan cukai diperolehi bagi pembekalan tersebut.

Addendum kepada kontrak perlu ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dan dimatikan setem.

(31)

6.4 Tanggungjawab Bahagian Pengurusan Perolehan Bidang Pengurusan Keterangan Pelawaan tender dan sebut harga

1. Kemaskini dokumen tender dan sebut harga dengan memasukkan elemen GST.

Penilaian 2. Penilaian perlu dibuat berdasarkan kenaan GST bagi perolehan tersebut. Unit Proses Tender / Sebut Harga perlu memastikan penilaian dibuat dengan tepat.

Pengurusan Kontrak

Kontrak yang telah ditandatangani sebelum 1 April 2015 dan masih berkuatkuasa dikategorikan sebagai

a) Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2013 tanpa klausa semakan semula

Tiada tambahan kenaan GST boleh dituntut daripada UiTM.

Syarikat yang berdaftar haruslah mengenakan GST secara ‘deemed inclusive’.

Penilaian semula kenaan GST hanya boleh dibuat sekiranya terdapat lanjutan kontrak sedia ada.

b) Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 April 2015 dengan klausa semakan semula

Semakan kontrak bagi kenaan GST ke atas baki kontrak boleh dibuat oleh syarikat yang berdaftar GST.

Syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / UKZ / Bahagian Pengurusan Perolehan/Pejabat

(32)

Pengurusan Fasiliti/Pejabat Pembangunan yang mentadbir kontrak bagi tujuan semakan kontrak sekiranya kenaan cukai membabitkan tambahan kepada nilai kontrak sedia ada.

Sekiranya permohonan tambahan kenaan GST dipersetujui, satu kontrak baru / addendum hendaklah diwujudkan dengan mengambilkira kenaan GST. Addendum kepada kontrak perlu ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dan dimatikan setem.

Pengiraan Bon Pelaksanaan (BP) bagi kontrak lanjutan tersebut hendaklah berdasarkan nilai kontrak lanjutan termasuk kenaan GST; Sekiranya nilai BP sedia ada mencukupi untuk menampung nilai tambahan BP bagi lanjutan kontrak, memadai BP sedia ada dikekalkan dengan tempoh sah laku BP dilanjutkan

Tiada kenaan GST boleh dipertimbangkan bagi kontrak yang hanya melibatkan pelanjutan masa (Extension of Time – EOT) tanpa lanjutan kontrak.

; dan sekiranya nilai BP sedia ada tidak mencukupi untuk menampung nilai tambahan BP bagi kontrak yang dilanjutkan, BP baharu hendaklah diperolehi.

(33)
(34)

Lampiran 1 Jadual Implikasi GST terhadap aktiviti UiTM

PERBELANJAAN/PEROLEHAN (CUKAI INPUT) HASIL/PENDAPATAN (CUKAI OUTPUT)

Perbelanjaan (Jenis Cukai)

Kadar Cukai

Pelepasan Boleh Tuntut

Cukai Input

Perkhidmatan Hasil Cukai

Pembekalan Perkhidmatan Pendidikan dan Perkhidmatan Berkaitan Pendidikan

Berkadar Standard

6% Untuk perolehan peralatan dan bahan (equipments and

materials) tertakluk kepada

syarat berikut:-

i. Peralatan dan bahan yang diperoleh adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk program yang diluluskan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia);

ii. Diluluskan oleh Ketua Pengarah JKDM;

iii. Menggunakan

peruntukan kerajaan; dan

iv. Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor.

Tidak Kursus dengan

akreditasi MQA.

Yuran-yuran berkaitan kursus dan penginapan

pelajar adalah dikecualikan cukai (tiada

GST).

Tiada (0%)

Berkadar Sifar 0% Tiada Tidak

Dikecualikan 0% Tiada Tidak

Diluar skop (out-of-scope)

(35)

PERBELANJAAN/PEROLEHAN (CUKAI INPUT) HASIL/PENDAPATAN (CUKAI OUTPUT) Perbelanjaan

(Jenis Cukai)

Kadar Cukai

Pelepasan Boleh Tuntut

Cukai Input

Perkhidmatan Hasil Cukai

Pembekalan Perkhidmatan Pendidikan dan Perkhidmatan Berkaitan Pendidikan

Berkadar Standard

6% Tiada Ya Kursus tanpa

akreditasi MQA

Yuran bagi kursus tanpa akreditasi MQA akan dikenakan GST pada kadar 6%.

6%

Berkadar Sifar 0% Tiada Tidak

Dikecualikan 0% Tiada Tidak

Diluar skop (out-of-scope)

0% Tiada Tidak

PERBELANJAAN/PEROLEHAN (CUKAI INPUT) HASIL/PENDAPATAN (CUKAI OUTPUT) Perbelanjaan

(Jenis Cukai)

Kadar Cukai

Pelepasan Boleh Tuntut Cukai Input

Perkhidmatan Hasil Cukai

Pembekalan Barang Dan Perkhidmatan Lain

Berkadar Standard

6% Tiada Ya Seminar, jualan hotel, sewaan ruang,

penyelidikan dan perundingan, jualan dokumen perolehan, jualan buku penerbitan yang tidak berkadar sifar, tender, jualan barang lupus dan kertas dokumen rincih termasuk bayaran pelekat kenderaan dan pelekat peralatan elektrik.

Berkadar standard

6%

Berkadar Sifar 0% Tiada Tidak

Dikecualikan 0% Tiada Tidak

Diluar skop (out-of-scope)

(36)

PERBELANJAAN/PEROLEHAN (CUKAI INPUT) HASIL/PENDAPATAN (CUKAI OUTPUT) Perbelanjaan

(Jenis Cukai)

Kadar Cukai

Pelepasan Boleh Tuntut Cukai Input

Perkhidmatan Hasil Cukai

Kenaan Denda (pengawalseliaan dan penguatkuasaan)

Berkadar Standard

6% Tiada Ya Denda pelajar, bayaran pecah kontrak,

denda tatatertib staf, surcaj staf, bayaran 24 jam notis, denda kelewatan penghantaran barang, denda tatatertib mahkamah, denda rampas cagaran, denda/gantirugi kelewatan siap kerja (LAD), denda lalulintas.

Diluar skop

(out-of-scope)

Tiada (0%)

Berkadar Sifar 0% Tiada Tidak

Dikecualikan 0% Tiada Tidak

Diluar skop (out- of-scope)

0% Tiada Tidak

PERBELANJAAN/PEROLEHAN (CUKAI INPUT) HASIL/PENDAPATAN (CUKAI OUTPUT) Perbelanjaan

(Jenis Cukai)

Kadar Cukai

Pelepasan Boleh Tuntut Cukai Input

Perkhidmatan Hasil Cukai

Perkhidmatan Kesihatan

Berkadar Standard

6% Peralatan Perubatan

Tidak Perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Pusat Kesihatan UiTM, Fakulti Perubatan, Klinik Pakar Selayang dan Clinical Training Centre (CTC) Sungai Buloh

Dikecualikan Cukai

Tiada (0%)

Berkadar Sifar 0% Tiada Tidak

Dikecualikan 0% Tiada Tidak

(37)

CONTOH KAEDAH PENILAIAN PEROLEHAN SELEPAS PELAKSANAAN GST

Lampiran 2

Isu berkaitan penilaian perolehan selepas pelaksanaan GST

1. Penilaian perlu dibuat berdasarkan harga tawaran dengan GST atau tidak termasuk GST?

Penilaian dibuat bergantung kepada layanan GST terhadap perolehan tersebut dan nilai yang menguntungkan UiTM. Bagi perolehan yang mana cukai input boleh dituntut semula atau mendapat pelepasan (relief) berdasarkan P.U.(A) 273, penilaian dibuat berdasarkan harga tidak termasuk GST manakala bagi perolehan dimana cukai input tidak boleh dituntut semula (contohnya perolehan peralatan untuk penyelidikan dan perolehan perkhidmatan membersih kawasan), penilaian dibuat berdasarkan harga termasuk GST.

2. Perlukah ada sebarang keistimewaan diberi kepada petender yang berdaftar GST atau tidak?

Selaras dengan prinsip-prinsip perolehan, semua urusan perolehan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada petender yang berdaftar GST.

Prinsip-prinsip perolehan:

1 Akauntabiliti Awam Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

2 Diuruskan Secara

Telus

Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

3 Nilai Faedah Yang Terbaik

Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

(38)

4 Saingan Terbuka Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing. 5 Adil dan Saksama Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan

dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.

3. Bolehkah syarikat tidak berdaftar GST yang menawarkan harga terendah disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian?

Boleh, sekiranya tawaran yang dibuat menguntungkan UiTM.

Contoh Penilaian Perolehan

Jadual Penyertaan Syarikat:

BIL

SYARIKAT HARGA TAWARAN

TIDAK TERMASUK GST GST (6%) HARGA TAWARAN DENGAN GST 1/4 Daftar 1,410,522.00 84,631.32 1,495,153.32 2/4 Daftar 927,101.00 55,626.06 982,727.06 3/4 Tidak Berdaftar 1,143,060.00 - 1,143,060.00 4/4 Tidak Berdaftar 928,940.00 - 928,940.00

Layanan GST Penilaian Beza Harga

Terendah dan Kedua Terendah Syor Berkadar-standard dan mendapat pelepasan

1. Bagi perolehan barangan dan perkhidmatan berkadar standard, UiTM boleh menuntut cukai input yang dikenakan.

(39)

(relief order)

2. Bagi perolehan barangan yang mendapat pelepasan, harga tawaran adalah tidak termasuk GST.

3. Penilaian dibuat berdasarkan harga tawaran terendah tidak termasuk GST. Syarikat 2/4 menawarkan harga terendah (RM927,101.00).

4. Walaupun UiTM membayar RM982,727.06 kepada syarikat sewaktu pembekalan dibuat, UiTM boleh menuntut kembali cukai input sebanyak RM55,626.06 daripada JKDM.

Berkadar sifar Bagi perolehan barang dan perkhidmatan berkadar sifar, UiTM tidak dikenakan cukai. Penilaian dibuat berdasarkan harga tawaran terendah tidak termasuk GST. Syarikat 2/4 menawarkan harga terendah (RM927,101.00).

RM1,839.00 Syarikat 2/4

Pengecualian Perolehan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan (contohnya kontrak perkhidmatan pembersihan asrama, barang penyelidikan, sewaan bas penumpang dan sebagainya), UiTM boleh dikenakan cukai dan tidak boleh menuntut cukai input tersebut. Penilaian dibuat berdasarkan harga terendah termasuk GST. Syarikat 4/4 menawarkan harga terendah (RM928,940.00).

(40)

PANDUAN KOD CUKAI

Kod Cukai Bagi Pembelian

KOD CUKAI

KADAR

CUKAI KETERANGAN

TX 6% Pembelian dengan GST pada kadar 6% bagi tujuan pembekalan bercukai IM 6% Kenaan GST bagi barangan dan perkhidmatan yang diimport

IS 0% Kenaan GST bagi Skim Istimewa seperti Skim Penggudangan, Skim Pengilang Tol Diluluskan

BL 6% Pembelian dengan GST pada kadar 6% tetapi cukai input tidak boleh dituntut (seperti perbelanjaan perubatan untuk staf)

NR 0% Pembelian daripada Pembekal tidak berdaftar GST dan tiada kenaan GST

ZP 0% Pembelian daripada Pembekal berdaftar GST pada kadar sifar EP 0% Pembelian barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai OP 0% Pembelian di luar skop GST

TX-E43 6% Pembelian dengan GST pada kadar standard (6%) bagi penyediaan pembekalan yang dikecualikan cukai secara tidak langsung (incidental exempt supplies)

TX-N43 6% Pembelian dengan GST pada kadar standard (6%) bagi penyediaan pembekalan yang dikecualikan cukai (contohnya pembekalan pendidikan oleh UiTM

TX-RE 6% Pembelian dengan GST pada kadar standard (6%) bagi tujuan pembekalan bercukai (6%) dan dikecualikan

(41)

Kod Cukai Bagi Pembekalan

KOD CUKAI

KADAR

CUKAI KETERANGAN

SR 6% Pembekalan barang atau perkhidmatan berkadar standard seperti sewaan ruang, seminar, jualan hotel, pelekat kenderaan dll.

ZRL 0% Pembekalan berkadar sifar seperti jualan buku rujukan oleh Penerbit UiTM

ZRE 0% Pembekalan barang atau perkhidmatan yang dieksport

ES43 0% Pembekalan barang atau perkhidmatan yang dikecualikan cukai secara tidak langsung

DS 6% Deemed supplies (seperti pelupusan barang tanpa balasan)

OS 0% Pembekalan diluar skop seperti denda

ES 0% Pembekalan barang atau perkhidmatan yang dikecualikan cukai secara langsung seperti perkhidmatan pendidikan

RS 0% Pembekalan dengan pelepasan cukai

GS 0% Pembekalan dikalangan kumpulan yang sama. AJS 6% Sebarang perubahan terhadap cukai output

(42)

Referensi

Dokumen terkait

Selain kondisi yang menunjukkan terdapat atlet yang masuk dalam kategori tinggi juga ditunjukkan oleh terdapatnya atlet yang mengalami gangguan menstruasi, pola makan

 Tercapainya kepercayaan masyarakat terhadap bisnis yang dijalankan Tercapainya kepercayaan masyarakat terhadap bisnis yang dijalankan dibuktikan dengan adanya

Puji syukur ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat, bimbingan dan perlindungan-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan tugas akhir ini sebagai syarat

Terkait dengan upaya pemberantasan korupsi yang telah dilakukan di Indonesia, dapat dilihat bahwa upaya yang dilakukan masih cenderung parsial dan tidak memiliki desain

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati

Activity diagram informasi penyakit menggambarkan aktivitas yang dilakukan oleh user untuk melihat jenis gejala dari penyakit sipilis.Bentuk activitydiagraminformasi

“ Anak dapat melakukan kegiatan membuat pagar dengan kacang panjang sesuai perintah oranng tua ” dikirim melalui video WA. 5 SOSEM 2.8, Memiliki perilaku mandiri dan