• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH KOMUNIS DI SELANGOR DAN TANAH ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH KOMUNIS DI SELANGOR DAN TANAH ME"

Copied!
73
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH KOMUNIS DI SELANGOR DAN TANAH

MELAYU

Rahmat Serangan Jepun

Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan ' rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina

menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di

Selangor pada Mac 1942. ( First Independent Regiment ). Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga

bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India. Ambil alih kuasa selama 15 hari

Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 hari mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil alih kuasa. Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung , pekan dan bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain . Pihak komunis merasakan

perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah. Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana tentangan hebat daripada mereka.

Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah : -mengadakan perbicaraan sendiri

-melakukan kezaliman

-membunuh orang Melayu dan Cina -mengamcam seluruh penduduk -mengutip wang secara kekerasan.

-merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat. -mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.

-Mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.

-Menggeledah kampung -kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun. MPAJA telah membunuh seramai 2542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

Keganasan yang komunis lakukan

(2)

perjuangan komunis semakin hebat dan memuncak. Komunis berikrar melakukan pemberontakan bersenjata.

15 Oktober 1949 seramai 28 setinggan Cina di Batangkali dihukum bunuh kerana menjadi talibarut komunis.

29 November 1951 Sekolah Menengah Chung Hua di Kelang , Selangor telah ditutup kerana diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan menjalankan kegiatan subversif.

Seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu kerana

menjalankan kegiatan bawah tanah. Beliau ialah guru sekolah malam Phing Man di Rasa, Selangor. Kertas-kertas, buku, catatan harian dan surat-surat telah dirampas kerana terbukti dia amat aktif dalam kegiatan menyebar fahaman komunis.

Aktiviti komunis di Kajang dan Semenyih , Selangor

1948 pihak berkuasa telah menjumpai satu tempat simpanan senjata komunis di Kajang. Senjata ini dipercayai senjata yang dibekalkan oleh British semasa pendudukan Jepun dahulu.

Pada 27 Jun 1948, seorang mandur penoreh getah berangsa Cina di Estet Braemar , Kajang telah ditembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecil di Sungai Kantan pada 10.15 malam. Dalam badannya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi " to destroy labour thief" Estet Braemar ialah Taman Saujana Impian, Kajang sekarang ini.

Pada 23 Julai 1948, pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan telah diperkenalkan di seluruh Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk membezakan penduduk yang mematuhi undang-undang dengan mereka yang berniat untuk menyebarkan unsur subversif. Mereka yang tiada kad pengenalan akan dituduh sebagai komunis.

Julai - 2 November 1948 beberapa kejadian subversif berlaku di Kampung Kachau, Semenyih .

Julai 1948 seorang kanak-kanak lelaki British telah dibunuh di Kampung Kachau, Semenyih.

Sejak 10 Ogos 1948 kedai-kedai Cina yang meriah di Kajang ditutup , jalan raya yang sibuk menjadi lengang kerana ancaman dan ungutan komunis

15 Ogos 1950 pengurus ladang getah Sir Day dari Ladang Glenshiled , Kajang dibunuh. Turut terbunuh 2 polis konstable dan keraninya Lee Bien Chee. 13 orang pengganas komunis membunuh mereka ketika dalam perjalanan ke Sungai Reko. Turut hilang wang RM4062.30 , 1 senapang riflle jenis 313 , senapang pendek.

Jam 2 pagi, 2 November 1948, segerombolan komunis telah membakar rumah asap dan gudang getah di Ladang Dominion jam 2.00 pagi . Semenyih. Mereka mengancam seluruh penduduk Semenyih .

(3)

pekan Semenyih, Seremban dan negeri Johor. Sebahagian yang lain diarahkan pindah ke Kampung Baru Semenyih. Kampung Kachau ini disyaki menjadi tempat persembunyian komunis . Di belakang Kampung Kachau ada sebuah bukit dan dijadikan sebagai kubu komunis. Kini tempat tersebut dijadikan Tanah Perkuburan Nirwana , Semenyih.

Seluruh kampung telah hangus dijilat api. Lebih kurang 500 penghuni kehilangan tempat tinggal. Mereka diarahkan pindah dalam tempoh sejam pada malam itu juga . Mereka turut berdepan dengan kekurangan makanan. Sebanyak 61 buah rumah di Kampung Kachau ( berhadapan dengan rumah Cikgu Abdul Azis bin Mohd Noor di Kampung Pasir / Kampung Kachau ) telah dibakar. Kesan-kesan peninggalan tapak rumah yang terbakar masih ada sehingga sekarang. Contohnya perigi, batu lapik tiang rumah , tapak kedai dan lain-lain. Kebanyakan ialah rumah setinggan Cina dan deretan beberapa buah kedai Cina.

Pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan hendap ke atas penduduk kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus ladang terbunuh.

2 November 1949 polis menangkap 500 orang yang disyaki menjadi talibarut komunis di Semenyih dan Kajang. Polis telah menemui 10 buah khemah dan 13 pondok atap.

Kebanyakan mereka ialah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum lelaki majoritinya telah masuk ke hutan menyertai pengganas komunis. Penahanan dan pembakaran pondok atap setinggan-setinggan Cina ini telah menyebabkan penghuni mencari perlindungan di bandar atau di Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan di bandar.

Seramai 2000 penduduk Balakong diarahkan pindah kerana bersimpati dengan komunis . Mereka turut memberi bantuan ubat, makanan , wang dan pelbagai peralatan lain kepada pengganas komunis. Sebahagian mereka membantu komunis secara paksa atau sukarela.

Pada 1950 seramai 60 penduduk setinggan sekitar Semenyih telah ditahan oleh pihak komunis atas tuduhan kerana memberi bantuan kepada komunis. Mereka merahsiakan maklumat tentang pergerakan komunis di Semenyih. Sebaliknya mereka memberi pelbagai jenis bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis.

28 Februari 1950 pembunuhan seorang guru di sebuah sekolah Melayu di Semenyih . Tapi kes ini tidak dilaporkan kerana ketika itu mahu merahsiakan kes pembunuhan tersebut oleh pengganas komunis.

Pada 12 Mac 1950 kira-kira jam 11 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak mati dua orang Melayu di Ladang Kampung Kachau , Semenyih , Selangor ketika mangsa sedang memetik buah kelapa.

Sebuah lori yang membawa susu getah dalam perjalanan menuju Estet Sungai Tangkas , Bangi telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Pemandu lori dibunuh dan lori telah dibakar. Semua penoreh getah di ladang itu diancam bunuh ketika menoreh getah lagi.

(4)

Semenyih. Tempat itu berhampiran dengan Kampung Sungai Pening berhampiran dengan Perkuburan Cina Nirwana dan air terjun Sungai Tekala, Semenyih .

Pada 1950 Sarjan Blenkinsop , seorang pegawai British bersama SC Jarmari, SC Haji Abdul Ghani , SC Akri dan SC Basir dan seorang pekerja ladang dan jip polis mereka telah diserang hendap di Batu 15, Jalan Jekang, Dengkil ketika dalam perjalanan ke Ladang Teras Jernang , Bangi . Sarjan Blenkinsop dan SC Abdul Ghani terbunuh.

Sir Harold Brigg mengklasifikasikan Kampung Kachau sebagai kawasan komunis yang aktif. Tambahan pula sejak 30 Oktober 1948, bilangan setinggan Cina meningkat secara mendadak di Semenyih . British telah mengadakan ‘operasi Menyoal siasat di Kampung Kachau ‘ pada 20 Julai 1948. Rumah-rumah setinggan ini disyakki menjadi rumah persembunyian komunis.

25 Januari 1950 seorang penghulu Hulu Langat telah ditembak . Beliau telah cedera dan keretanya rosak teruk. Beliau dalam perjalanan pulang dari pejabat ke kampungnya. 1950 kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk memutuskan hubungan penduduk Semenyih dengan pihak komunis. Di bawah peraturan tersebut , seramai 1500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan dihantar ke pusat pemulihan di Kluang, Johor.

Seramai 6 orang penduduk Sungai Long , Kajang telah ditangkap oleh polis berikutan penemuan enam buah khemah komunis . Mereka telah ditahan di Kajang dan kemudian dihantar pulang ke negara China. Tindakan ini dibawah Peraturan Darurat 17D .

Beberapa orang penduduk di Sungai Jelok. Kajang turut dikenakan tindakan yang sama. Terdapat banyak ladang getah dan kawasan bukit-bukit di Sungai Jelok . Sebahagian kawasan Sungai Jelok telah dibina Penjara Kajang dan lebuhraya Seremban - Kajang ( Kajang - Seremban Highway KASEH ) .

15 Februari 1951 seramai 1500 penduduk melayu Jenderam, Sepang, Selangor telah dipindahkan ke kem tahanan Kluang , Johor . Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datangnya dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.

Pada 28 Mac 1951 , jam 9 pagi , Wong Kim Poh yang bertugas sebagai Timbalan Pegawai Penempatan Semula telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap di Balakong . Beliau bertugas bersama dengan kontraktor dan beberapa orang pekerja penempatan semula.

Pada 1 Julai 1951, perintah darurat dilaksanakan di Kajang, Semenyih dan Broga akibat pembunuhan enam pegawai polis dalam satu kejadian serang hendap.

Menurut W.G.S Cony, terdapat 46 buah kampung baru di Selangor.Antaranya ialah Kampung Baru Semenyih dan Kampung Baru Melayu ( Kampung Sentosa ) Semenyih. 13 Januari 1953, kerajaan mengumumkan catuan dan kawalan makanan di selatan Selangor bagi menghapuskan saki baki gerombolan pengganas komunis di Kajang.

Polis memburu secara besar-besaran ketua pengganas komunis bernama Liew Kon Kim di Sungai Pelek, Sepang. Liew Kon Kim ada janggut dan orang Melayu Semenyih

(5)

Pada 1954 pengasas pengganas komunis bernama Liew Kon Kim dan Lau Cheng telah dapat dibunuh di Kuala Selangor .Tempat operasi Liew Kon Kim ialah di sekitar Sungai Jelok . Dia telah melarikan diri ke Kuala Selangor.

16 Januari 1956 - Timbalan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya bernama Yeong Kwo telah dapat dibunuh . Kawasan utama operasinya ialah di Semenyih dan Kajang .

Pembunuhan ini memberi tamparan hebat kepada pergerakan pengganas komunis. Moral mereka semakin merosot untuk berjuang. Pengganas komunis yang terselamat telah menyerah diri dan keluar dari hutan. Sebahagiannya pula berundur ke kawasan sempadan Thailand.

31 Julai 1960 Darurat diisytiharkan tamat setelah mendapati pergerakan komunis semakin lemah dan berjaya dipatahkan.

Namun sakibaki komunis masih wujud dan bertempur dengan tentera Malaysia di Lebuhraya Timur Barat terutama dalam Operasi Gonzales.

2 Disember 1989 , Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia , Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le Garden , Haadyai, Thailand ditandatangani .Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Haadyai. Ini berikutan keruntuhan kerajaan komunis di Rusia dan Kerajaan komunis China tidak berminat lagi membantu Parti Komunis Malaya. Turut serta dalam perjanjian tersebut ialah Chin Peng, Rashid Maidin, Dato Rahim bin Noor, Dato Megat Junid Megat Ayub dan lain-lain.

Rujukan

Ho Hui Ling , Bintang Tiga dan Darurat di Negeri Selangor , hlm 32, Malawati, jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, Bil 4, 2001 Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Selangor

Wong Siew Kuon, Masalah-masalah Setinggan Cins Di Daerah Ulu Langat, Selanngor 1948-1960 , Mbras, 1999

Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Noor , bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain yang kini duduk di Kampung Pasir.

Raja Alias bin Raja Abdul Rahman , bekas pengetua SMK Engku Husain. Cikgu Alias Toyan - Kampung Pasir.

(6)
(7)
(8)

KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

6.1 PENGENALAN

Keganasan komunis dan darurat yang berlaku dari tahun 1948-1960 tidak dapat

dipisahkan daripada pengkajian dan penghayatan dalam memahami perkembangan

negara kita Malaysia. Apakah yang anda fahami mengenai dua perkataan tersebut

sebagai seorang rakyat atau warganegara? Lebih-lebih lagi sebagai warganegara

yang telah didedahkan dengan pengajian kenegaraan ini? Sebagai jawapannya, sila

baca dan hayati sepenuhnya penulisan ini yang bermula dari latar belakang

perkembangan ideologi komunis dan terjejasnya kelancaran proses mencapai

kemerdekaan akibat daripada berlaku darurat.

Secara umum, perbincangan bab ini berkisar kepada:

(9)

(b) PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

(c) Peristiwa darurat.

(d) Kesan akibat darurat.

6.2 PARTI KOMUNIS MALAYA

6.2.1 Latar Belakang Awal

Masyarakat Cina

1

yang tinggal di Tanah Melayu amat prihatin dan sensitif terhadap

apa yang berlaku di tanah besar China. Keadaan sedemikian berlaku kerana ramai

yang berpendirian bahawa Tanah Melayu hanya sebagai tempat sementara untuk

mencari rezeki dan kuatnya ikatan hubungan kekeluargaan dengan tanah air

mereka. Hal ini juga disebabkan oleh proses migrasi yang berterusan menyebabkan

ramai dari kalangan mereka yang baru datang menyebarkan berita atau memberi

pandangan apa yang sedang berlaku di sana. Dengan itu, apa yang berlaku di tanah

besar China menarik perhatian mereka yang tinggal di sini dan sering pula menjadi

ikutan.

Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis

2

di Tanah Melayu dapat di kesan pada

tahun 1921 atau 1922. Sebelum ini, pengaruh nasionalis Parti Kuomintang (KMT)

pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah bertapak sejak tahun 1911 serentak dengan

kejayaan membentuk sebuah republik di China. KMT telah mewujudkan

cawangan-cawangan partinya. Lebih awal dari itu, masyarakat Cina telahpun mempunyai

kesedaran politik dan cita-cita revolusioner melalui Persatuan Kemuafakatan Pusat

(Chung Ho Tang) yang ditubuhkan pada 1904 di Tanah Melayu dan Singapura. Pada

tahun 1906, Dr. Sun Yat Sen sendiri pula menubuhkan Persatuan Perikatan (Tung

Meng Huim) yang mempunyai matlamat yang sama.

Kemunculan awal ideologi komunis dapat dikesan melalui beberapa penerbitan

komunis dalam bahasa Cina yang tersebar, antaranya ialah

(a) Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar terus dari

Canton.

(b) Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang diterbitkan di

Canton.

(c) Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan China serta

manifesto Parti Komunis Amerika.

(d) Buku bertajuk “

Komunis dan Negara China”

karangan Tsz Yan.

(e) Risalah komunis yang bertajuk “

Parintis”

(Pioneer).

(10)

Pada peringkat awal, Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh. Parti

Komunis Nanyang (South Seas Communist Party – PKN) yang ditubuhkan di

Singapura ditugaskan untuk mengawasi dan menyelaras perkembangan komunis di

Asia Tenggara (kecuali Burma). Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap

kiri yang menganggotai KMT. Bagi menggerakkan organisasi, PKN mempunyai dua

badan massa iaitu Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General Labour

Union) dan Liga Belia Komunis (Communist Youth League). Melalui kedua-dua

badan ini, komunis telah dapat meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan

juga belia. Akibatnya kesatuan sekerja telah lantang dan sering berbalah dengan

pihak pengurusan atas alasan eksploitasi buruh. Justeru itu, sering berlaku siri-siri

pemogokan yang sesetengahnya berakhir dengan pertempuran dengan pihak polis.

Kejadian sebegini banyak berlaku pada tahun 1927 dan 1928. Sebagai tindak balas,

selepas peristiwa rusuhan yang dikenali “Peristiwa Kereta” Air pada Mac 1928 di

Singapura, kerajaan telah mengharamkan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang dan

ramai pemimpinnya ditahan atau dihantar pulang ke China. Di sana mereka

menerima tekanan pula oleh pihak KMT. Di samping itu, kerajaan juga membuat

tangkapan atau tekanan terhadap penyokong dan pihak yang disyaki anggota

komunis atau penyokongnya.

6.2.2 Pergerakan Berorganisasi

Pengharaman ke atas kesatuan sekerja dan penangkapan pemimpinnya tidak

mematikan perjuangan dan penyebaran ideologi komunis. Ini kerana Liga Belia

masih dapat bergerak walaupun ada tekanan dan halangan. Dengan ini pengaruh

komunis tidak berjaya disekat, malahan bertambah mantap. Bagi meneruskan

perjuangan, akhirnya komunis memerlukan sebuah parti yang boleh menggerakkan

perancangannya. Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya ditubuhkan pada 30 April

1930 dengan Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama. Kelahiran

PKM turut sama melahirkan kembali kesatuan sekerja dan diberi nama Kesatuan

Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). Sekali lagi fokus komunis

ialah pekerja dan kaum buruh yang dikatakan sering tertindas oleh majikan. Dalam

tempuh setahun, PKM mengaku telah mempunyai ahli seramai 1500 orang, 50

anggota wanita yang aktif, 10,000 anggota kesatuan sekerja yang dikuasai dan 200

orang anggota Liga Anti-Imperialis.

Melalui pertubuhan yang berorganisasi ini, PKM bukan sahaja memberi tumpuan

kepada orang Cina yang ramai menganggotai kesatuan sekerja dan pertubuhan

buruh, malahan cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah

Melayu. Ini sejajar dengan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah republik

komunis Tanah Melayu. Bagi tujuan tersebut, sokongan orang Melayu dan bangsa

lain amat diperlukan. Namun usaha ini sekali lagi gagal apabila orang Melayu tidak

dapat menerima ideologi komunis

3

. Dengan itu kekallah PKM sebagai parti yang

mirip kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang

Cina.

(11)

Association), PKM memberi sokongan yang akhirnya berjaya mempergunakan

mereka pula. Melalui eksploitasi semangat bencikan Jepun, pertubuhan ini telah

ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan Anti-Imperialist

League). Tindakan-tindakan sedemikian menyebabkan ramai daripada pemimpin

mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen

Comintern di Singapura.

PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa itu.

Antaranya ialah berlaku kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an,

peristiwa serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931 dan diikuti dengan

serangan dan penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937. Seterusnya sikap

majikan yang “tidak mesra pekerja” atau dalam kata lain lebih menekan dan

mengeksploitasi tenaga pekerja. Meskipun setelah ekonomi pulih, majikan masih

enggan memberi layanan sepatutnya terutama dalam soal kenaikan gaji. Keadaan

ini memudahkan komunis menghasut untuk melakukan pemogokan di ladang getah,

lombong bijih dan arang batu. Seperti di Singapura, terdapat juga pemogokan di

Selangor dan Negeri Sembilan yang berakhir dengan pertempuran.

Faktor keempat ialah PKM berjayanya dipulihkan dengan munculnya tokoh baru

dalam memimpin parti. Pada tahun 1935, atas usaha Loi Teck seorang anggota

komunis yang berasal dari wilayah Annam telah berjaya menyusun kembali jentera

dan disiplin parti. Melaluinya, usaha menubuhkan beberapa organisasi tempatan

dan sel-sel dalam parti telah dapat diwujudkan. Tumpuan mereka masih lagi kepada

kaum buruh dan para pekerja. Kemuncak kejayaan Loi Teck ialah apabila dilantik

menjadi Setiausaha Agung parti pada tahun 1939.

Faktor kelima ialah PKM sekali lagi berusaha membuka pintu dan bekerja keras

menarik kaum lain menjadi anggotanya. Keadaan ini sejajar dengan perkembangan

semasa bila mana puak-puak radikal telah muncul di kalangan orang Melayu.

Meskipun tidak ada bukti jelas yang mereka menyertai PKM, namun arah tuju

perjuangan hampir sama iaitu menghalau penjajah dari bumi Tanah Melayu.

Walaupun tidak berjaya mendapat sokongan dari orang Melayu, PKM melalui

kerjasama dengan pihak bukan komunis telah berjaya menempatkan diri dalam

Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional (National Salvation Movement)

yang di tubuh khas bagi menentang imperialis Jepun. Melalui pertubuhan ini, PKM

berjaya mempertingkatkan lagi kekuatannya.

(12)

Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan “Asia Untuk Asia”

banyak memberi

manfaat kepada PKM. Ini dapat di lihat melalui beberapa peristiwa yang berlaku.

Setelah berjaya mendapat pemimpin yang berdedikasi, PKM pula berpeluang

bekerjasama dengan kerajaan. Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 8

Disember 1940, PKM menerima tawaran untuk bekerjasama bagi menentang Jepun.

Sebagai ganjaran, kerajaan akan melatih rekrut-rekrut baru pilihan PKM dalam

peperangan secara gerila atau gerakan bawah tanah. Intisari lain perjanjian ini ialah

(a) Kerajaan akan membebaskan semua anggota PKM yang ditangkap dan

ditahan pada 15 Disember 1941.

(b) PKM akan menyatukan semua rakyat bagi menentang Jepun dan

mempertahankan Tanah Melayu bersama British.

(c) Membasmi semua gerombolan sayap kelima (Fifth Colummiist); ejen

musuh dan pembelot.

(d) Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi dengan senjata untuk

menentang kemaraan Jepun.

(e) Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi menentang Jepun

melalui keganasan.

Sama ada perjanjian ini membawa kerjasama sepenuhnya ataupun ada muslihat

lain dapat di lihat secara tidak langsung melalui perbincangan seterusnya. Sebagai

memenuhi perjanjian, PKM berjaya mengumpul 200 orang pemuda Cina yang

terpilih untuk dihantar ke Singapura dan dilatih di Sekolah Latihan Khas 101 (101

Special Training School). Kumpulan inilah yang kemudiannya menjadi pemangkin

(

nucleus

) kepada Kumpulan Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan

People’s Anti-Japanese Army – MPAJA). Isi kandungan lain perjanjian telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat PKM pada 21 Disember 1941 setelah

anggota mereka dibebaskan oleh kerajaan pada 15 Disember

4

.

Kekuatan dan kecekapan Jepun berperang tidak mampu diatasi oleh kerajaan dan

pasukan PKM. Setelah mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Disember dan

mengalahkan pertahanan kerajaan di Jitra, Kedah, menjadikan arah mara mereka ke

selatan melalui dua laluan semakin mudah. Akhirnya Jepun sampai ke Singapura

pada 8 Februari dan berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada 15

Februari 1942. Kemenangan Jepun hanya memberi kekalahan kepada kerajaan dan

tidak PKM. Melalui cawangan militannya iaitu MPAJA, komunis semakin mendapat

perhatian dan sokongan masyarakat Cina. Kelompok yang memberi sokongan kuat

ialah mereka yang teraniaya oleh keganasan Jepun dan terpaksa melarikan diri ke

pinggir-pinggir hutan untuk meneruskan kehidupan.

(13)

PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru di akhir penjajahan Jepun apabila

kerajaan melancarkan perang gerila melalui Pasukan 136 (Force 136)

5

yang mula

beroperasi pada Mei 1943. Pada peringkat ini, operasi mereka hanya tertumpu

kepada usaha untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat. Pihak pemerintah

Force 136 di Colombo begitu bangga dengan maklumat dan perjuangan yang telah

dibuat oleh MPAJA. Sebagai satu tindakan susulan hasil daripada perundingan

dengan Loi Teck dan Chin Peng (pemimpin PKM negeri Perak), pihak kerajaan dan

Force 136 telah bersetuju untuk melatih gerila MPAJA dan memberi bantuan

makanan serta peralatan logistik. Melihat kepada perkembangan semasa,

Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia Command)

menetapkan supaya dapat menduduki kembali Tanah Melayu menjelang bulan

November 1945.

Dengan kehadiran Force 136, MPAJA banyak melakukan serangan ke atas Jepun.

Keadaan ini bukan sahaja memperkuatkan kekuatan mereka malah telah

menambahkan lagi pengalaman anggotanya dari segi teknik dan taktik peperangan

gerila. Setiap kejayaan dalam serangan akan menambahkan lagi nama baik dan

sokongan masyarakat kepada MPAJA, terutama daripada kalangan yang amat

bencikan Jepun. Oleh yang demikian, penjajahan Jepun telah dapat memantapkan

lagi organisasi PKM dan cawangan militannya, MPAJA. Namun satu keadaan baru

telah muncul apabila keanggotaannya dimonopoli oleh orang Cina (terlalu sedikit

militan Melayu yang terlibat dalam MPAJA setelah pendudukan Jepun) dan pihak

yang dikatakan menjadi tali barut Jepun ialah orang Melayu. Sebenarnya mereka ini

ditugaskan oleh Jepun untuk menjadi polis ataupun polis rahsianya yang dikenali

sebagai

kempetai

. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan yang susah dan

berlakunya penindasan, maka ramai juga yang sanggup menjadi perisik upahan

demi sesuap nasi atau jaminan kehidupan semasa. Inilah kemudiannya memberikan

satu kesan yang buruk kepada Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah.

6.4 SEBELUM PERISTIWA DARURAT

6.4.1 Pengalaman Zaman Kekosongan

PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman yang berguna dan membantunya

semasa zaman Jepun. Kekalahan Jepun akibat daripada serangan bom atom di

Hiroshima pada 6 Ogos dan serangan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 menyebabkan

berlakunya zaman kekosongan di Tanah Melayu apabila tentera Jepun menyerah

kalah dan pentadbiran Inggeris belum lagi sampai kerana peperangan ditamatkan

dalam masa yang tidak dijangka. Melihat kepada keadaan yang sedemikian PKM

dan MPAJA telah merayakan kemenangan. Gerila yang berpangkalan di hutan telah

keluar ke bandar-bandar bagi merayakan kemenangan. Mereka juga bertindak

menawan beberapa balai polis dan melakukan kekejaman membunuh orang Melayu

bagi membalas dendam terhadap mereka yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Akhirnya berlaku tindak balas yang menyebabkan terjadinya rusuhan kaum di

beberapa tempat di Tanah Melayu seperti di Kampong Bekor, Manong, Kuala

Kangsar dan Sungai Maniak di Perak serta di Batu Pahat, Johor

5

. Suasana ini

(14)

menentang kedatangan semula Inggeris atau memberikan kerjasama. Akhirnya,

PKM memutuskan untuk bekerjasama dan meneruskan perjuangan kemerdekaan

Tanah Melayu melalui saluran perlembagaan atau politik.

Ketibaan Pentadbiran Tentera British (BMA) pada September 1945 telah diterima

semula oleh PKM dan penduduk. Tugas utama BMA ialah untuk memulihkan

kembali keamanan dan ketenteraman rakyat. Bagi tujuan itu, BMA telah meminta

pasukan MPAJA yang dianggarkan seramai 10,000 orang dibubarkan pada 1

Disember 1945. Mereka diberi ganjaran wang sebanyak RM300 seorang tanpa

mengira pangkat dan dijanjikan untuk dibantu mendapatkan pekerjaan bagi

memulakan penghidupan baru. Ramai yang bersetuju menyerah diri dan banyak

senjata serta peralatan logistik yang dibekalkan oleh kerajaan semasa Jepun

diserah kembali. Namun begitu masih ramai juga yang tidak mahu menyerah diri dan

banyak juga peralatan ketenteraan mereka yang masih tersimpan di dalam hutan.

Kumpulan ini adalah pasukan rahsia PKM yang tidak pernah terlibat dengan

sebarang kerjasama. Hal keadaan ini haruslah difahami kerana PKM mempunyai

muslihat tersendiri sejak mereka bekerjasama pada tahun 1940 lagi.

Pembubaran MPAJA tidak bermakna PKM telah memutuskan hubungan mereka

sesama sendiri. Kelompok ini masih disatukan melalui Persatuan Bekas Tentera

Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA Ex-Comrades Association). Matlamatnya

ialah bagi menjaga kebajikan ahli dan dalam masa yang sama untuk terus

meletakkan mereka di bawah pengawasan dan pengaruh parti.

6.4.2 Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu

Pelaksanaan Malayan Union bermakna kerajaan mahu meneruskan cengkamannya

terhadap Tanah Melayu dalam bentuk penjajahan yang lebih nyata. Ini bermakna

kerajaan akan mengetepikan PKM yang mengharapkan untuk berkongsi kuasa

memerintah. Inilah harapan mereka semasa memberi kerjasama awal dan

menerima kedatangan semula kerajaan. Tindakan sedemikian telah menyebabkan

PKM memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam arena politik tanah air.

Melalui “strategi bandar” dari model Revolusi Rusia tahun 1917 dan usaha

menguasai pertubuhan buruh, PKM melancarkan gerakannya sebagai sebuah parti

politik yang sah. Dengan pemulihan kesatuan-kesatuan sekerja yang digabungkan di

bawah Kesatuan Sekerja Umum (General Labour Union), PKM memainkan semula

peranan lama mereka. Dari strategi pentadbiran pula, PKM mengguna serampang

dua mata dengan meletakkan Loi Teck dan Chin Peng sebagai pemerintah gerakan

bawah tanah, Liew Yit sebagai ketua jawatankuasa politik, dan Lau Yew mengetuai

jawatankuasa tentera yang menguruskan pentadbiran di ibu pejabat parti Kuala

Lumpur. Dalam masa yang sama, PKM meneruskan perhubungan dengan BMA.

Dengan ini usaha tetap diteruskan bagi mendapat sokongan masyarakat menerusi

organisasi depannya Malayan Democratic Union (MDU) yang ditubuhkan pada 21

Disember 1945. Dengan kerjasama organisasi politik lain dan kesatuan sekerja,

PKM telah memperkukuhkan badan utamanya Barisan Bersatu untuk menuntut

kemerdekaan. PKM mengharapkan BMA akan berkompromi dengan tuntutan

(15)

Apabila dilancarkan “kertas putih” mengenai Malayan Union (MU) pada bulan

Januari 1946, MDU menerimanya kerana ada syarat longgar mengenai

kewarganegaraan tetapi mendesak kerajaan memasukkan sama Singapura. Apabila

kerajaan terpaksa menangguhkan MU atas desakan orang Melayu dan tidak

menerima cadangan MDU serta tidak membawa mereka dalam perundingan

perlembagaan baru, PKM bertindak dengan mencadangkan di tubuh satu Barisan

Bersatu Baru bersama-sama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan

Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Majlis Tindakan

Bersama (Council of Joint Action) pada 14 Disember 1946 yang kemudiannya diberi

nama Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA). Tujuan PMCJA adalah

berunding dengan kerajaan mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan

dan hak menubuhkan kerajaan sendiri.

PMCJA kemudiannya bergabung dengan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) yang

kemudiannya membentuk gabungan PMCJA-PUTERA. PUTERA adalah hasil

daripada gabungan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf

(API) yang bergabung dengan PKMM yang keluar dari PMCJA. Atas faktor

kewangan, akhirnya PUTERA terpaksa bergabung semula dengan PMCJA. Dalam

gabungan ini, peranan PKM ialah meresapkan ideologi mereka untuk membentuk

sebuah negara merdeka berideologi komunis. Tamparan hebat pada gabungan ini

apabila kerajaan menolak Cadangan Perlembagaan Rakyat yang mereka

kemukakan pada bulan Oktober 1947 agar Tanah Melayu diperintah secara

demokrasi. Kegagalan ini merupakan kegagalan strategi komunis untuk mendapat

kuasa memerintah negeri ini.

PKM terpaksa mengambil strategi kedua iaitu menggunakan pertubuhan buruh dan

kesatuan sekerja yang berada di bawah gabungan Pan Malayan Federation of Trade

Unions (PMFTU). Mereka telah mendalangi beberapa pemogokan di Tanah Melayu

dan Singapura dengan menghasut pekerja membuat tuntutan kepada majikan yang

kebanyakannya orang Eropah. Kerajaan pula bertindak balas dengan mengawal dan

membuat sekatan terhadap kesatuan-kesatuan dan menuduh PKM menjadi dalang

dan penggeraknya. Atas kekecewaan tidak dapat bergerak bebas lagi dan tidak

mahu ditangkap, seramai kira-kira 3,000 anggota komunis terpaksa melarikan diri ke

hutan. Mereka telah melancarkan tindakan propaganda, intimidasi (ugutan) fizikal,

pemerasan, kekacauan atau gangguan, penganiayaan (sabotaj) dan pembunuhan.

Perang gerila di hutan juga dilancarkan. Tindakan ini dibuat atas arahan komunis

antarabangsa yang bersidang di Culcutta pada 19 – 25 Februari 1948 dan

sebelumnya di Prague pada 1947 dan di London pada awal 1948, yang menetapkan

supaya mencetuskan revolusi bagi menentang kezaliman imperialis dan golongan

reaksioner di setiap negeri di Asia.

(16)

Sebagai memenuhi arahan yang ditetapkan di Culcutta, Chin Peng telah

mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Singapura pada 21 March 1948.

Keputusannya difahamkan ialah menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah

Melayu secara keganasan dan bersenjata. Tarikh pelancaran pemberontakan akan

ditentukan berdasarkan perkembangan dan peristiwa semasa. Namun usaha-usaha

awal telah dijalankan sebagaimana yang dinyatakan dalam perbincangan di atas.

Menjelang bulan Jun 1948, keadaan menjadi semakin tegang. Tindakan mogok dan

ancaman keselamatan semakin serius. Dilaporkan dalam satu sidang akhbar

Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 13 Jun menyatakan telah berlaku sepuluh

kejadian pembunuhan dan tiga kes serangan ke atas pengurus ladang getah di

seluruh negara dalam beberapa hari ini. Dianggarkan dari bulan Oktober 1945

hingga Disember 1947, sebanyak 191 kejadian pembunuhan berlaku dan dalam

masa enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 kejadian lagi. Kejadian begini

berterusan. Pada 16 Jun, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Sungai

Siput, Perak. Atas desakan tuan punya ladang dan juga lombong-lombong yang

menjadi tumpuan utama gerakan komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi

mengisytiharkan darurat

6

ke seluruh negara pada hari yang sama berpandukan

undang-undang BMA (Essential Regulation Proclamation). Apabila Rang

Undang-undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bill) diluluskan oleh Sidang Majlis

Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948, undang-undang BMA di atas

telah dibatalkan.

6.5 PERISTIWA DARURAT

8

6.5.1 Kempen Awal

Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada kerajaan. Pada 23 Julai

1948 kerajaan mengharamkan PKM dan membuat tangkapan besar-besaran

terhadap ahli, penyokong dan pihak yang bersimpati dengannya. Tidak kurang

daripada 1000 orang berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan hukuman mati

kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api. Dalam tangkapan

besar-besaran itu, tertangkap sama Liew Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat

PKM. Keadaan ini menyebabkan bertambah ramai ahli PKM melarikan diri ke hutan

dan bermulalah perjuangan bersenjata secara rasmi apabila PKM mengisytiharkan

‘Perang Pembebasan Anti-British’.

Dalam keadaan tidak menduga yang kerajaan akan bertindak sebegitu keras dan

persiapan yang masih belum lengkap, PKM masih lagi berjaya menghimpunkan

kembali anggota-anggota MPAJA. Dengan kekuatan seramai kira-kira 12,000 orang,

PKM berjaya membentuk sebanyak lapan rejimen yang dinamakan Tentera Rakyat

Anti-British (Malayan People Anti-British Army – MPABA). Nama ini ditukarkan

menjadi Tentera Pembebasan National Malaya (MRLA) pada bulan Februari 1948.

Bagi mendekatkan mereka dengan rakyat, PKM membentuk sel-sel yang dikenali

sebagai Min Yuen di kalangan anggota komunis. Mereka akan bertugas menjadi

ejen untuk mendapatkan bekalan makanan, rekrut baru dan juga maklumat dari

rakyat. Perkara ini amat perlu kepada perjuangan kerana kuasa darurat

(17)

(a) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara dalam tempoh dua

tahun.

(b) Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan penjualannya, atau

melarang menyebarkan mana-mana dokumen, poster, sepanduk yang pada

pandangan polis menimbulkan suasana menghasut.

(c) Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan mana-mana bangunan

atau kenderaan bagi tujuan menjaga keamanan.

(d) Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya.

(e) Menyurai sebarang bentuk perhimpunan.

(f) Menguatkuasakan perintah berkurung.

(g) Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran.

(h) Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan

senjata api.

(i) Menghukum mana-mana individu yang sengaja membuat laporan palsu

kepada polis.

(j) Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya disalurkan

kepada perjuangan komunis.

(k) Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki sebagai tempat

menyalur sumber makanan, tenaga dan maklumat keselamatan kepada komunis.

(l) Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap rakyat yang

tidak patuh dengan arahan penggunaan senjata api atau bagi tujuan untuk

menangkapnya.

(m) Memindahkan rakyat yang menggunakan atau menduduki tanah kerajaan.

Melihat kepada keadaan di atas, kelihatan PKM sedang berjuang menentang

kerajaan Inggeris dan juga sebahagian besar rakyat yang telah dikepung dengan

undang-undang darurat yang menyekat pergerakan mereka. Sebagai satu tindakan

susulan agar perjuangan menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu mencapai

matlamatnya, simpati, sokongan, bantuan dan penyertaan orang Melayu amat

diperlukan. Kesilapan masa lalu mahu diperbetulkan dengan mendekati kembali

orang Melayu. Untuk tujuan itu, satu rejimen khas untuk orang Melayu ditubuhkan. Ia

dinamakan Rejimen Kesepuluh yang beroperasi di Lubuk Kawah, Temerloh,

Pahang. Angka sepuluh itu diambil dari tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Korban)

sempena dengan tarikh penubuhannya. Rejimen ini diletakkan di bawah pimpinan

Abdullah C.D., dan Rashid Maidin.

6.5.2 Tindakan Awal Kerajaan

(18)

1.

Memperkuatkan Pasukan Keselamatan

Keganasan yang dilakukan oleh PKM perlu dibendung bagi mengembalikan

keyakinan rakyat. Pasukan keselamatan perlu diperkemas dan ditambah

keanggotaan serta peralatannya. Ini sejajar dengan dasar keselamatan pada masa

itu sebagai dasar bertahan kerana masalah kekurangan kekuatan anggota,

kelengkapan logistik dan persenjataan. Bagi menambahkan kemampuan,

kecekapan dan moral anggota polis yang seramai kira-kira 10,000 orang pada masa

itu, mereka hanya dikerah menjalankan tugas untuk mempertahankan kawasan

bandar atau kampung sahaja daripada diserang oleh komunis. Manakala pasukan

tentera infantri yang sebanyak 10 batalion ditugaskan memburu musuh di pinggir

atau dalam hutan. Ini bertujuan untuk menyekat jaringan perhubungan dan

komunikasi serta memusnahkan pangkalan yang telah diwujudkan. Dalam masa

yang sama untuk menghalang kewujudan pangkalan baru.

Bagi memenuhi keperluan tugas ini, kerajaan telah menambahkan kekuatan

pasukan polis dan juga tentera. Pada akhir tahun 1949, kekuatan polis telah

meningkat menjadi seramai 47,000 orang. Dari jumlah tersebut seramai 17,000

adalah anggota polis biasa (termasuk 3500 EPC) manakala baki 30,000 adalah

pasukan Polis Khas (Special Constable – SC) yang dibentuk pada 26 Jun 1948.

Pasukan tentera juga ditambah dan diperbesarkan kekuatan. Sebanyak tiga batalion

Pasukan Pengawal telah dibawa dari England untuk memperkuatkan kawalan

keselamatan. Sehingga pada tahun 1950, dianggarkan seramai 32,000 orang

tentera telah ditugaskan di Tanah Melayu dan Singapura bagi tujuan tersebut.

Selain daripada menambahkan kekuatan dari segi jumlah anggota keselamatan,

kerajaan juga berusaha mempertingkatkan banyak perkara dalam tugas

keselamatan. Antaranya ialah meningkatkan kualiti kecekapan anggota. Tempoh

latihan anggota rekrut telah ditambah dari enam bulan kepada lapan bulan bagi polis

biasa. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang secukupnya

berkaitan taktik melawan musuh secara perang gerila. Sistem perhubungan

wayarles diperluaskan. Di samping itu, balai polis, pondok dan pos-pos baru

diperbanyakkan di seluruh negara.

Satu lagi perkara penting dalam mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan

ialah terbentuknya Pasukan Sempadan (Frontier Force) yang bertugas bagi

mengawal sempadan Tanah Melayu-Thailand. Tugas utama pasukan ini ialah untuk

mengawal sempadan daripada menjadi tempat penyeludupan senjata dan

mengawal penduduk daripada memberi kerjasama dengan komunis. Sebagai

tindakan susulan, kerajaan telah mengadakan perjanjian dengan kerajaan Thailand

bagi kerjasama menentang musuh bersama komunis. Kedua-dua kerajaan telah

bersetuju membenarkan pasukan polis masuk ke kawasan jiran bagi tujuan

memburu komunis sehingga ke tempat yang dihadkan. Perkara yang tidak kurang

juga pentingnya dalam menangani komunis ialah tindakan kerajaan melaksanakan

rancangan Pendaftaran Kebangsaan bermula pada bulan September 1948.

Rancangan ini telah dilakukan dalam tempoh dua tahun dengan mencapai kejayaan.

Dengan ini gerakan gerila komunis peringkat pertama telah dapat dikawal.

(19)

tindakan komunis itu sendiri juga. Tindakan keganasan yang mereka lakukan

terhadap masyarakat di ladang, lombong atau di kampung terpencil telah

menyebabkan perjuangan mereka dibenci dan ditakuti. Lebih-lebih lagi tumpuan

mereka ialah kepada orang Melayu dan majoriti anggota PKM pula terdiri daripada

kaum Cina. Sentimen ini telah mengurangkan sokongan kepada mereka yang hanya

mendapat sokongan satu kaum sahaja. Walau bagaimanapun sentimen ini juga

berbalas apabila pasukan keselamatan mengambil tindakan yang keras terhadap

penduduk yang disyaki dan tidak dapat memberi kerjasama yang memuaskan

kepada kerajaan. Wujud juga sentimen anti-kekerasan yang dilaksanakan oleh

kerajaan, terutamanya terhadap orang Cina di pinggir hutan atau kawasan

pendalaman. Misalnya antara bulan Jun 1948 hingga Disember tahun yang sama,

seramai 5097 orang telah ditahan tanpa bicara atau pertuduhan yang jelas. Kerajaan

juga telah memusnahkan perkampungan Kachau di Selangor dan Pulai di

pendalaman Kelantan kerana mereka tidak memberi kerjasama kepada pasukan

keselamatan. Secara kebetulan pula majoriti anggota pasukan keselamatan terdiri

daripada kalangan orang Melayu. Jadilah keadaannya orang Cina membenci

kerajaan, dan orang Melayu membenci komunis. Namun begitu, tindakan kerajaan

memperkuatkan pasukan polis bagi mengawal bandar dan kampung serta tindakan

tentera yang sentiasa memburu anggota komunis di pinggir dan di dalam hutan telah

menjadikan kedudukan mereka semakin terancam dan terputus hubungan dengan

massa. Dengan itu, PKM terpaksa mengurangkan gerakan keganasan mereka.

2.

Rancangan Briggs

Leftenan General Sir Harold Briggs ialah Pengarah Gerakan Tanah Melayu yang

dilantik pada bulan April 1950. Beliau berpendapat bahawa komunis tidak boleh

dihapuskan selagi adanya sokongan rakyat kerana gerakan PKM melibatkan

ideologi dan kepercayaan. Baginya gerakan ketenteraan semata-mata tidak akan

mampu mengatasi keganasan selagi mereka mendapat sokongan rakyat dari segi

tenaga, makanan, logistik dan maklumat pergerakan pasukan keselamatan. Untuk

itu beliau telah memperkenalkannya Rancangan Briggs bagi mengawal sokongan

massa dan memutuskan hubungan mereka dengan komunis. Rancangan ini

merupakan satu usaha bersepadu pasukan keselamatan meneruskan pemburuan

dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan

perasaan” mereka (

to win the hearts and minds of the people

) untuk memberi

sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan. Untuk itu beberapa langkah yang

telah dilaksanakan seperti memperkenalkan rancangan kampung baru,

memperkukuhkan bidang perisikan dan beberapa rancangan lain yang akan

dibincangkan seterusnya.

(a)

Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru

Konsep ini ialah menempatkan penduduk Cina yang tinggal bertaburan di

pinggir-pinggir hutan atau perkampungan ke satu kawasan yang boleh dikawal. Ia

dilaksanakan melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat

(Emergency Regulations). Pemindahan dan penempatan semula ini telah dilakukan

secara besar-besaran dan segera di seluruh negara. Penempatan semula ini

(20)

empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta. Selain diberi kawalan, kampung ini diberi

kemudahan asas kawasan perumahan dan kemudahan sosial yang diperlukan.

Selain daripada mengumpulkan penduduk yang bertaburan di pinggir hutan,

kerajaan juga mengumpulkan pekerja ladang dan lombong yang berselerak di

kawasan baru yang mudah diberi kawalan atau perlindungan di tempat mereka

bekerja. Misalnya, di kawasan ladang, mereka dikumpulkan dekat dengan kawasan

jalan laluan utama masuk ke ladang dan tidak jauh dari kawasan pentadbiran.

Manakala pekerja lombong pula mereka di tempatkan dekat dengan bandar atau

pekan yang tidak jauh dari kawasaan lombong mereka. Dengan petempatan yang

sebegini, menyebabkan perhubungan antara mereka dengan ejen, penyokong atau

komunis sendiri dapat dikurangkan dan akhirnya terputus sama sekali kemudiannya.

(b)

Memperkukuhkan Bidang Perisikan

Dalam situasi berperang atau melawan gerila, perisikan merupakan alat terpenting

bagi menangani musuh. Pada awal zaman darurat, badan perisikan Malayan

Security Service (MSS) amat kecil dan kekurangan kakitangan. Ia juga sering

bercanggah peranan dengan Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Dengan itu, badan ini

telah dibubarkan kemudiannya. Semua tugas perisikan dan siasatan diserahkan

kepada CID. Namun CID lebih banyak memberi tumpuan kepada tugas siasatan dan

membasmi jenayah. Bagi menangani masalah ini, Pengarah Gerakan telah melantik

Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan yang dinamakan Cawangan Khas

(Special Branch – SB). Badan ini telah dijadikan sebahagian daripada pasukan polis

yang tugasnya mengumpul, mengklasifikasikan, menilai dan menyebarkan maklumat

komunis dan hal-hal keselamatan kepada pihak berkenaan.

(c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan

Selain daripada menubuhkan pasukan SC, kerajaan juga telah menubuhkan

Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard). Pasukan yang diletakkan dibawah

kawalan Angkatan Tentera ini berperanan menjaga keselamatan penduduk dan

harta benda di kampung daripada pencerobohan dan gangguan komunis. Dengan

cara ini sesebuah kampung akan mempunyai pasukan yang akan mempertahankan

penduduknya dari gangguan atau serangan komunis sementara menanti bantuan

dari balai polis berdekatan atau ketibaan pasukan tentera. Kerajaan juga

menubuhkan satu sistem kawalan khas yang dinamakan Jawatankuasa Eksekutif

Perang (War Executive Committees) yang melibatkan banyak jabatan kerajaan dari

peringkat pusat sehingga ke peringkat daerah. Penempatan jawatankuasa ini

sehingga ke peringkat yang terendah bagi memudahkan menempatkan pasukan

keselamatan di sesuatu tempat dan kawasan. Jawatankuasa ini juga dapat

mengintegrasikan pelbagai jabatan awam dengan tentera dan polis bagi

membendung dan memerangai komunis.

(d) Mengistiharkan “Kawasan Hitam atau Putih”

Penempatan penduduk ke kampung-kampung baru dan gerakan ketenteraan yang

berterusan telah memutuskan perhubungan antara PKM dengan para

penyokongnya. Dengan ini PKM telah mengubah strategi operasi atau corak

(21)

juga telah menyusun kembali gerakan mereka setelah bertambahnya ahli baru.

Kejadian ini berpunca daripada ramainya pemuda Cina melarikan diri ke dalam

hutan kerana tidak mahu turut serta dalam program kerahan tenaga setelah

kerajaan melancarkan Skim Kerahan Tenaga pada 21 November 1950. Ada juga

yang melarikan diri balik ke negeri China. Bagi PKM, kehadiran anggota baru sedikit

sebanyak telah memberi tambahan kekuatan tenaga, tetapi mereka masih lagi

kekurangan peralatan dan persenjataan.

Sebagai satu usaha, PKM telah melancarkan sekali lagi serangan besar-besaran

bagi menggagalkan Rancangan Briggs, terutamanya petempatan Kampung Baru.

Serangan ini dilakukan pada bulan Februari hingga Ogos 1951. Tumpuan mereka

ialah orang kampung, balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang

membuat rondaan. Tindakan serangan hendap dan keganasan terhadap rakyat

menambahkan lagi jurang antara mereka dengan penduduk. PKM mula merasa

kecewa setelah orang Cina sendiri semakin merenggangkan diri daripada memberi

sokongan dan bantuan.

Seterusnya PKM telah mengaturkan strategi baru dengan mendekatkan diri kepada

masyarakat Orang Asli dan hanya mengganggu pasukan keselamatan sahaja.

Tindakan ini juga tidak berapa berjaya kerana tidak banyak bantuan yang dapat

diberikan oleh Orang Asli, dan kerajaan juga telah bertindak pantas memintas

perhubungan mereka dengan Orang Asli. Pasukan keselamatan juga telah

ditempatkan di perkampungan Orang Asli bagi memberi perlindungan dan

mengambil hati mereka. Meskipun pada tempuh ini merupakan musim ‘menurun’

dalam perjuangan, namun PKM telah mencapai kemenangan moral setelah berjaya

membuat satu serangan hendap dan dapat membunuh Sir Henry Gurney,

Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951. Kejadian ini juga

sebaliknya menjadikan mereka mendapat tekanan lebih besar lagi daripada pasukan

keselamatan.

Dalam keadaan yang tertekan kerana kurangnya bantuan dan sokongan serta

Arahan Oktober 1951 (October Directive) yang mengarahkan tidak melakukan

keganasan telah menyebabkan kegiatan mereka semakin berkurangan. Operasi di

kawasan selatan Tanah Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. Keadaan ini

membolehkan kerajaan dan pasukan keselamatan membuat penumpuan kepada

kawasan tertentu setelah adanya kawasan yang diisytiharkan sebagai “Kawasan

Putih”. Melaka telah diisytiharkan sebagai kawasan pertama mendapat taraf

Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September 1953. Oleh itu, pasukan

keselamatan telah dapat memberi tumpuan kepada kawasan di bawah

pemerintahan Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan Jawatankuasa Pusatnya.

Gerakan besar-besar yang dilancarkan di negeri Pahang, telah memaksa Chin Peng

dan kumpulan serta pasukan di bawahnya yang berpusat di Mentakab melarikan diri

ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. Pengunduran diri ini

dituruti sama oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh.

(a)

Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran

(22)

tergambarlah kekejaman komunis dan disebut pula komunis, itulah orang Cina.

Keadaan begini jika dibiarkan akan menambahkan lagi kerenggangan perhubungan

antara kaum. Untuk itu kaum imigran mesti ditarik perhatian mereka supaya

merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. Bagi menjayakan rancangan ini,

beberapa program dilaksanakan yang antaranya ialah

(i) Melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, hak kewarganegaraan

telah diperluaskan kepada kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan

tahun dan boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan

kepada Tanah Melayu.

(ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri.

Melalui sokongan kerajaan, parti bagi orang Cina ditubuhkan dengan diberi nama

Malayan Cinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949. Manakala orang India

telah menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) terlebih awal lagi.

Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan.

Justeru itu beberapa langkah awal telah dibuat seperti menubuhkan Jawatankuasa

Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee) pada tahun 1949,

memperkenalkan Sistem Ahli (Membership System) pada tahun 1951,

memperkenalkan pilihanraya peringkat bandaran di negeri-negeri dan

memerdekakan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat

1.

Rundingan Baling

9

Akibat tekanan daripada pelbagai penjuru oleh kerajaan, PKM merasakan corak dan

cara perjuangan harus disesuaikan kembali pada tahun 1955. Perjuangan

bersenjata dan kekerasan tidak lagi praktikal kerana pasukan keselamatan telah

diperbesar dan diperlengkapkan, para penyokong dan yang memberi simpati telah

dikawal serta sebahagian besar rakyat telahpun selesa dengan sistem dan

peraturan yang kerajaan laksanakan. Lagipun, pada peringkat negara sekeliling dan

antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara

perjuangan komunis dengan demokrasi. Misalnya di Indochina dan di Korea telah

diadakan gencatan senjata pada tahun 1951 dan 1953 lagi. Perjuangan

pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun 1954, dan pemimpin

utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya diwujudkan suasana

aman damai

(peaceful coexistence

), dan komunis China telah menyuarakan tidak

akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955. Semua

ini telah mempengaruhi arah tuju dan perjuangan PKM.

(23)

Sehubungan itu, satu perundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling telah

berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini telah

diadakan di Dewan Persidangan di pekan Baling, Kedah. Persidangan pertama

berlangsung pada jam 1415. Wakil kerajaan diketuai oleh Tunku dengan ditemani

oleh David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. Manakala PKM

diketuai oleh Chin Peng dan dibantu oleh Chen Tien (menjadi penghubung PKM

dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa

yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat

menyerah diri dan meletakkan senjata. Meskipun Tunku memberinya peluang untuk

tidak tergesa-gesa memberi jawapan, namun beliau terus bertegas tidak dapat

menerima tawaran tersebut dalam pertemuan kedua pada esoknya. Bagi pihak

Tunku pula, beliau tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan

meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti

politik yang sah.

Oleh kerana terdapat perbezaan matlamat dan cita-cita perjuangan, maka

perundingan itu berakhir dengan tidak mendapat sebarang keputusan yang jelas dan

dianggap gagal. Bagi Tunku, pengampunan yang diberi sebagai jalan penyelesaian

kepada perjuangan PKM yang menakut-nakutkan dan keganasan pada rakyat

bukannya cara terbaik untuk menghalau penjajah. Ini disebabkan penjajah telah

bersetuju untuk memberikan kemerdekaan dan beliau dalam tempoh yang terdekat

akan berangkat ke London bagi merundingkan tarikh dan syarat kemerdekaan.

Kebebasan bergerak bermakna memudahkan PKM mendampingi rakyat bagi

mengembangkan ideologi komunis yang telah ditolak oleh hampir keseluruhan

rakyat. Chin Peng pula melihatkan pengampunan sebagai satu kegagalan dalam

perjuangannya menghalau penjajah yang selama ini diperjuangkannya. Mereka lebih

mengharapkan perundingan ini untuk mendapatkan kerjasama pemimpin politik bagi

sama-sama menghalau penjajah. Mereka mempunyai hasrat atau matlamat yang

tersembunyi, iaitu setelah berjaya menghalau penjajah, mudahlah bagi mereka

mengambil semula negara ini kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan dan

para pendokong perjuangan.

Semasa perundingan berlangsung, kawalan keselamatan diperketatkan bagi

menjamin tidak berlakunya sebarang kejadian buruk. Pihak keselamatan dan PKM

telah bersetuju mengadakan genjatan senjata bagi membolehkan pihak PKM keluar

mengiring dan memerhati perkembangan perbincangan. Apa yang menariknya

perbincangan ini telah berjalan dengan suasana tenteram tanpa sebarang

gangguan. Pihak PKM yang mengiringi wakil mereka telah dibenarkan berjalan-jalan

di pekan Baling dan membeli keperluan makanan di pasar. Ini kerana Chin Peng

meminta penyediaan makanan untuk mereka disediakan sendiri selain daripada

makanan dalam tin kegunaan tentera yang disediakan untuk mereka.

(24)

negara dan masa depan politiknya apabila mengadakan perundingan tersebut.

Memang tepatlah seperti apa yang diduga.

PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Usaha ini ditolak oleh Tunku kerana yakin

negara akan dapat mengatasi masalah komunis. Setelah gagal dengan usaha ini,

bermakna untuk meneruskan perjuangan melalui saluran politik yang sah telah

tertutup. Untuk meneruskan perjuangan dengan kekerasan pula telah tidak

berkemampuan setelah ramai anggota terkorban dan kurangnya sokongan daripada

rakyat. Dengan itu, Chin Peng telah mengarahkan para anggota dan penyokongnya

di hutan supaya mengelakkan diri daripada bertembung dan bertempur dengan

pasukan keselamatan. Tujuannya bagi mengelakkan anggota yang terlatih daripada

terkorban dan dalam masa yang sama dapat menyusun strategi dan

mempertingkatkan lagi latihan. Dalam masa yang sama PKM berusaha untuk

memanjangkan lagi suasana darurat yang boleh melambatkan proses pembangunan

dan menyusahkan rakyat setelah banyak peruntukan disalurkan kepada pasukan

keselamatan. Bagi komunis, apabila negara menjadi lemah dan mundur, mudahlah

rancangan jangka panjang mereka dapat dilaksanakan melalui kaedah

pengeksploitasian isu semasa

10

6.6 KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN

Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik dan juga

perjuangan komunis. Pejuang kemerdekaan melalui saluran politik berusaha

meyakinkan pihak pemerintah yang rakyat negeri ini telah mula bersatu melalui

permuafakatan. Bagi PKM pula, percubaan untuk menghalang proses kemerdekaan

melalui keganasan telah tidak berjaya. Namun ikhtiar masih diteruskan dengan

menumpang dan mengembangkan pengaruh ideologi politik melalui parti politik

berhaluan kiri seperti Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif

Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis. Dengan ini dapat di lihat PKM dan darurat telah

menjadi penghalang kepada kelancaran proses kemerdekaan dan dalam masa yang

sama telah memperkuatkan usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut.

Banyak kesan yang dapat di lihat daripada peristiwa pemberontakan PKM dan

perlaksanaan darurat. Antaranya ialah

1.

Ketegangan Hubungan antara Kaum

Peristiwa darurat telah melukakan kembali hati dan perasaan penduduk yang

berbilang bangsa di Tanah Melayu yang mulai pulih selepas penjajahan Jepun. Ini

disebabkan berlakunya beberapa peristiwa yang sengaja atau tidak dapat dielakkan

daripada berlaku sepanjang masa darurat tersebut. Antaranya ialah:

(a) Prasangka Perkauman Memuncak

(25)

yang menganggapkan kerja mereka sebagai perjuangan mempertahankan tanah air

daripada jatuh ke tangan komunis. Maka berjuanglah dua bangsa ini bagi matlamat

yang berlainan, meskipun pada akhirnya menuju cita-cita yang satu, iaitu kedaulatan

tanah air.

Dalam perjuangan ini, daripada apa yang telah direkodkan, PKM telah kehilangan

nyawa seramai 6,710 orang, tercedera dalam pertempuran seramai 2,819 orang,

ditawan seramai 1,286 orang dan kehilangan anggota yang menyerah diri seramai

2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian besarnya ialah orang Cina. Di pihak

pasukan keselamatan pula, anggota pasukan polis biasa yang terkorban dalam

pertempuran ialah 511 orang manakala 701 orang lagi tercedera; Polis Khas:

terkorban seramai 593 dan cedera 746 orang; Pasukan Polis Tambahan: terkorban

seramai 242 orang dan cedera 154 orang. Pasukan Angkatan Tentera pula

kehilangan nyawa dalam pertempuran atau diserang hendap seramai 519 orang dan

959 orang lagi tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang

Melayu. Di samping kedua-dua pihak yang terlibat secara terus, ada pihak lain yang

mengalami nasib sama, iaitu orang awam atau rakyat jelata. Seramai 2,473 orang

telah terkorban, 1,385 orang tercedera, dan 818 orang lagi dilaporkan hilang tanpa

dikesan akibat kekejaman dan keganasan komunis. Mereka menerima nasib malang

ini akibat daripada tidak memberi kerjasama atau tidak mampu lagi untuk

bekerjasama dengan PKM.

(b)

Petempatan yang Berasingan

Sejarah telah menyaksikan penjajah telah mengasing penduduk di sini. Peristiwa

darurat sekali lagi menyaksikan kejadian yang sama apabila konsep kampung baru

diperkenalkan. Dari jumlah 600 petempatan kampung baru tersebut, hanya sembilan

peratus sahaja petempatan untuk orang Melayu dan empat peratus untuk orang

India serta satu peratus untuk lain-lain kaum. Apa yang menebalkan permusuhan ini

ialah dari segi kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan.

Penduduk kampung baru yang hampir 500 petempatannya didiami oleh orang orang

Cina mendapat semua kemudahan yang diperlukan. Manakala kampung Melayu

tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan. Ini menyebabkan orang Melayu

terasa pihak mereka yang sentiasa memberi sokongan dan berkorban membantu

kerajaan dalam menangani komunis diabaikan, sedangkan pihak yang membantu

ataupun menjadi tali barut komunis diberi layanan yang baik. Ini belum mengambil

kira perasaan mereka yang kehilangan keluarga yang terkorban dalam tugas

pasukan keselamatan atau dibunuh oleh komunis. Semua ini telah menebalkan

perasaan perkauman orang Melayu.

(c)

Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan

(26)

India apabila dalam tempuh yang sama jumlah penumpang kapal ke India sentiasa

meningkat. Hal inilah yang menimbulkan rasa kecewa orang Melayu dan juga

kerajaan terhadap sikap mereka ke atas sikap mereka terhadap negeri ini yang

hanya sekadar tempat untuk mencari kekayaan semata-mata. Walau

bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang berjiwa patriotik apabila seramai 200

orang telah menyahut seruan berkhidmat dalam pasukan keselamatan, terutamanya

pasukan polis. Angka ini adalah dari akhir tahun 1949 hingga tahun 1951.

(d) Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik

Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia adalah hak mutlak rakyat asal

atau pribumi sesebuah negeri. Memberi kerakyatan yang membawa kepada

persamaan taraf terhadap kaum imigran, merupakan satu pengorbanan yang

semestinya diberi timbal balas. Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan,

sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap kasih kepada mereka dengan

mendorongkan penubuhan MCA bagi menghilangkan prasangka atau prejudis “Cina

itu Komunis, dan Komunis itu Cina”. Setelah kedua-dua ini diberi, rasa kasih mereka

terhadap negeri ini masih lagi berbelah bagi sebagaimana yang diterangkan pada

perenggan di atas. Rasa kecewa orang Melayu sekali lagi terasa setelah adanya

orang-orang Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus menjadi

warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu mencapai kemerdekaan bersama.

Walau bagaimanapun, kelahiran MCA telah membawa satu kesan baik kemudiannya

apabila pemimpin parti ini dapat duduk bersama dengan pemimpin nasionalis

Melayu dalam Komiti Perhubungan Kaum yang akhirnya dapat menubuhkan

gabungan parti-parti dalam PERIKATAN.

2.

Peruntukan Keselamatan yang Meningkat

Darurat telah menyaksikan kerajaan membelanjakan sejumlah peruntukan yang

besar bagi menangani pemberontakan komunis. Antara perkara yang ditumpukan

ialah pembesaran dan menambah kekuatan pasukan keselamatan. Dalam tempoh

darurat, jumlah anggota Pasukan polis diperkuatkan menjadi sejumlah 75,281

anggota dengan 31,164 orang pasukan Polis Biasa dan 44,117 orang Polis Khas.

Seramai 86,000 orang lagi berkhidmat sebagai Polis Bantuan. Manakala Angkatan

Tentera juga diperbesarkan dari empat kepada enam batalion Askar Melayu.

Kerajaan juga telah menambah kekuatan menjadi dua batalion Tentera British, lima

batalion Tentera Gurka dan penambahan satu skuadron Tentera Udara. Kekuatan

pasukan keselamatan diperkuatkan lagi apabila kerajaan membawa masuk tentera

Komanwel dari Australia, New Zealand dan Fiji. Kerajaan dikatakan pernah

berbelanja antara $250,000.00 ke $300,000.00 sehari bagi tujuan keselamatan

memerangi komunis. Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan sebanyak

$136,239,000.00 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini tidak mengambil

kira lagi perbelanjaan membina petempatan di kampung baru dan lain-lain

perbelanjaan yang ditanggung oleh pelbagai jabatan dan agensi yang sama-sama

turut membantu melumpuhkan kegiatan komunis setelah operasi keselamatan

bukanlah satu-satunya jalan muktamad menghancurkan gerakan komunis. Secara

keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang dibelanjakan telah merugikan kerajaan dan

negara dalam dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Referensi

Dokumen terkait

Cerita rakyat ( folklor ) adalah karya sastra lisan, lahir dalam kehidupan masyarakat, hidup dan berlangsung secara turun-temurun dari generasi ke

Keselamatan dan Kesehatan Kerja yang tepat di UD. Sejati Plywood berdasarkan PP RI No 50 Tahun 2012. Menyusun rancangan Sistem Manajemen Keselamatan dan. Kesehatan Kerja

Keadaan kelam kabut semasa Jepun menyerang dan meninggalkan Tanah Melayu dalam tahun 1941-42 dan 1945 juga penting bagi PKM kerana pada waktu itulah PKM paling

dalam hal ini masa perjuangan I Nyoman Jirna dalam membela dan mempertahankan Kemerdekaan Indonesia beliau merupakan pasukan staff selatan gerilya dalam pertempuran

Dalam kongres juga dibahas mengenai keharusan bagi setiap partai komunis anggota Komintern untuk membentuk organisasi buruh yang secara langsung berada dibawah partai dan

Gerakan gerombolan di Tanru Tedong muncul setelah pasukan Tentara Keamanan Rakyat (TKR) yang dipimpin oleh Hamid Aly dan Usman Balo terpisah dari gerakan DI/TII

19 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban,

Selanjutnya data tersebut dapat dipakai untuk analisis dampak lingkungan di kawasan tambang emas yang ada kaitannya dengan keselamatan dan kesehatan kerja bagi