• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI DAN PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "POLISI DAN PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH ME"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian timur benua

Asia. Jepun juga dikenali dengan nama ‘Nippon’ atau ‘Nihon’ yang bermaksud ‘tanah

matahari terbit’.1 Seluruh dunia maklum bahawa Jepun merupakan salah sebuah kuasa

besar di dunia. Hal ini demikian kerana perkembangan militerisme yang bertapak di

Jepun sejak sekian lama. Perkembangan militerisme di Jepun ini kemudiannya telah

mengheret negara tersebut ke dalam kancah perang Dunia Kedua yang berlangsung pada

tahun 1939 hingga 1945.2 Perkembangan dalam militerisme ini kemudiannya telah

membawa kepada dasar imperialisme Jepun. Sejak Jepun menang ke atas China dalam

Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895 dan menang ke atas Rusia pada tahun

1904-1905, bibit-bibit imperialisme Jepun sudah mula dapat dikesan. Imperialisme ialah istilah

yang membawa maksud dasar perluasan kuasa sesebuah negara atau kuasa ke atas negara

lain demi kepentingan politik dan ekonomi.

Namun begitu, imperialisme dalam konteks Jepun pula membawa maksud negara

timur yang moden menentang imperialisme. Antara kawasan yang menjadi sasaran Jepun

dalam memperluaskan dasar imperialisme mereka termasuklah Asia Tenggara. Terdapat

banyak faktor mengapa Jepun menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara.

Antaranya termasuklah kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat, keinginan Jepun

membebaskan Asia Tenggara daripada penjajahan Barat, mendapatkan bahan mentah,

menguji kekuatan ketenteraanya dan beberapa lagi faktor lain. Tanah Melayu yang

sememangnya berada dalam kawasan lingkungan Asia Tenggara juga tidak ketinggalan

menjadi sasaran imperialisme Jepun. Hal ini dapat dilihat apabila Tanah Melayu terlibat

secara tidak langsung sebagai salah satu medan peperangan semasa berlakunya Perang

1 Edwin O. Reischauer, Japan, past and present, Tokyo: C.E. Tuttle, 1966, hlm. 15.

(2)

Dunia Kedua.3 Tanah Melayu juga dilihat sebagai sebuah kawasan yang perlu diduduki

kerana membawa banyak kepentingan kepada Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

bermula apabila tentera Jepun mendarat di Selatan Thailand dan di Kelantan. Jepun

kemudiannya telah menawan Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942 manakala Singapura

pula telah ditakluki pada 15 Februari 1942.4 Jepun mengambil masa kira-kira 70 hari

untuk menawan keseluruhan Tanah Melayu dan juga Singapura.

Sebaik sahaja Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu, pihak Jepun telah

menjalankan corak pentadbiran mereka bagi memastikan kelicinan dalam pentadbiran.

Hal ini telah menyebabkan dasar pentadbiran di Tanah Melayu sebelumnya telah

mengalami perubahan yang besar lebih-lebih lagi apabila pihak Jepun menjalankan

beberapa dasar yang bertujuan untuk menjepunkan masyarakat di Tanah Melayu. Dasar

pentadbiran Jepun terhadap tanah jajahan barunya termasuk Tanah Melayu telah

diputuskan sejak 1941 dan ianya bersifat imperialistik serta bertujuan untuk menegakkan

hegemoni tentera.5

Dasar pentadbiran Jepun telah diputuskan dalam persidangan di antara Markas

Besar Am Kerajaan (Daihonei) dengan Konferensi Hubungan pada 20 November 1941

dan telah menetapkan beberapa perkara penting tentang pentadbiran tanah jajahan.

Menerusi dasar ini, Tanah Melayu diletakkan di bawah pimpinan Ketumbukan Ke-25

yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki mulai 15 Februari 1942

manakala Major Jeneral Manaki Takanobu pula diberi tanggungjawab untuk menjalankan

pentadbiran kerajaan tentera atau Gunseikan. Dalam pada itu, tugas memperincikan

pelaksanaan polisi di Tanah Melayu telah diberikan kepada Kolonel Watanaru Watanabe.

3 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di NegeriKedah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 1.

4 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 193.

(3)

Beliau dianggap sebagai perancang sebenar dasar pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan

beliau turut memperkenalkan konsep yang dikenali sebagai The Watanabe Gunsei

Philisophy6 iaitu :

1. Misogi : satu peluang keemasan untuk penduduk memperbaiki diri selepas

sekian lama hidup bermewah dan lupa diri dengan British.

2. Mui ni kasu : menegah dari memberikan arahan dan panduan hidup yang

salah.

3. Ho sansho : makin ringkas arahan, peraturan dan undang-undang yang

diperkenalkan kerajaan maka makin mudah dan licinlah sesebuah pentadbiran.

Terdapat juga dasar-dasar lain yang menjadi tambahan kepada konsep Watanabe

Gunsei. Dasar-dasar ini berfungsi sebagai dasar tambahan dan penting untuk diterapkan.

Antara dasar-dasar tersebut termasuklah7 :

1. Sasaran pemerintahan tentera Jepun : pemulihan ketertiban awam,

mempercepatkan penguasaan sumber penting untuk kepentingan pertahanan

nasional serta menjamin supaya kawasan yang ditakluki dapat berdikari dari

segi ekonomi dan memastikan kepentingan pembiayaan tenteranya dapat

ditanggung.

2. Status terakhir setiap wilayah yang diduduki dan masa depannya akan

ditentukan secara berasingan.

3. Dalam pelaksanaan pemerintahan tentera, organisasi pemerintahan yang sedia

ada akan dimanfaatkan sebanyak mungkin dengan menghormati struktur

organisasi tempatan dan kebiasaan peribumi.

4. Kehidupan penduduk peribumi akan dibina sedemikian rupa sehingga

mempercayai keupayaan pasukan kemaharajaan dan tidak akan

6 Ibid., hlm. 258.

(4)

mengggalakkan perkembangan gerakan kemerdekaan dalam kalangan

masyarakat peribumi.

Dasar-dasar inilah yang kemudiannya telah membentuk asas pentadbiran Jepun di

Tanah Melayu. Pentadbiran di Tanah Melayu telah di bahagikan kepada beberapa

bahagian8 :

1. Pentadbiran Negeri-negeri Selat yang diperintah oleh Gabenor dari ibu pejabat

di Singapura dan nama Singapura telah ditukar kepada Syonan To iaitu Cahaya

Selatan.

2. Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh Presiden atau Gunseiki dan nama

Tanah Melayu ditukar kepada Malai Baru.

3. Sabah dan Sarawak diperintah oleh Ketua Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun

iaitu Leftenan Jeneral Marquis Toshinari Maeda.

Pada peringkat awal, pentadbiran Jepun di Tanah Melayu tidak begitu kompleks

kerana hanya terdapat empat jabatan sahaja yang terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal

Awam, Kewangan, Harta Benda dan Perhubungan serta Majlis Mesyuarat.9 Kemudian,

pada akhir tahun 1942, ianya menjadi semkain kompleks melalui penubuhan sebelas

jabatan, dua puluh lima bahagian jabatan dan beberapa biro.10 Antara jabatan yang

dimaksudkan termasuklah Jabatan Hal Ehwal Am, Polis, Kawalan, Industri, Kehakiman,

Kewangan, Perhubungan, Kesihatan, Hal Ehwal Dalam Negeri, Propaganda dan

Akauntan. Pada bulan Mei 1943 apabila Mejar Jeneral Fujiwara menggantikan tempat

Kolonel Wataru Watanabe, beliau telah mengecilkan jumlah jabatan yang sedia ada

menjadi enam jabatan sahaja iaitu Jabatan Hal Ehwal Awam, Polis, Industri, Kewangan,

8 Ibid., hlm. 260.

9 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 97.

(5)

Akauntan, Penyeliaan dan Propaganda.11 Pengecilan jumlah jabatan ini dibuat berikutan

menyedari bahawasanya timbul banyak kesulitan dalam pentadbiran yang sedia ada.

Dalam penulisan ini, polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dapat dilihat

dengan lebih jelas melalui beberapa pembahagian yang akan dibincangkan seperti

struktur pentadbiran, ketenteraan dan polis, keadilan, institusi kesultanan, kedudukan

pemerintah tempatan dan kedudukan agama Islam. Kemudian juga akan dibincangkan

berkaitan dengan beberapa kesan perlaksanaan polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.

STRUKTUR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada pentadbiran

peringkat pusat dan pentadbiran peringkat negeri. Pentadbiran peringkat pusat diketuai

oleh Samubucho atau Director General manakala bagi pentadbiran peringkat negeri pula

pihak Jepun telah menubuhkan kerajaan daerah atau negeri yang dikenali sebagai Seicho.

Setiap negeri akan mempunyai seorang Gabenor Jepun yang mentadbir. Gabenor akan

menerima arahan daripada ibu pejabat yang terletak di Singapura. Hal ini demikian

kerana untuk melicinkan lagi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Kebanyakan Gabenor

yang dilantik terdiri daripada golongan birokrat yang berpengaruh di Kementerian Dalam

Negeri atau jeneral-jeneral yang telah bersara.12 Seorang Gabenor juga bertanggungjawab

memegang tugas Ketua Eksekutif bagi menggantikan tugas sultan sebagai ketua negeri

dan tugas bekas Penasihat British. Gabenor turut berkuasa membatalkan undang-undang

dan berkuasa dalam pentadbiran kewangan kerajaan.

Di peringkat negeri, corak pemerintahan tradisional seperti pentadbiran peringkat

daerah, mukim dan kampung masih lagi dikekalkan oleh pihak Jepun. Di peringkat

11 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’ Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 264.

(6)

daerah misalnya, tugas pegawai daerah atau Guncho zaman Jepun tidak banyak berbeza

jika dibandingkan semasa zaman British. Manakala di peringkat mukim, kuasa masih lagi

diberikan kepada penghulu yang dibantu oleh ketua kampung serta panglima. Peranan

penghulu pada zaman Jepun juga adalah penting. Hal ini demikian kerana penghulu

bertanggungjawab mengawal keamanan dan ketenteraman mukimnya yang dikenali

sebagai Keisatsu Kyoryoku Dan, penyampai arahan Jepun kepada masyarakat serta

mengawal kegiatan pertanian di kawasannya. Peranan ketua kampung pula adalah

menjadi pembantu kepada penghulu dan mengetuai anak buahnya dalam melaksanakan

tugas-tugas yang diberikan kepada beliau.

Dalam pentadbiran Jepun, Singapura telah dijadikan oleh pihak Jepun sebagai

pusat pentadbiran tentera yang menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Sumatera. Selain itu,

Singapura turut dijadikan perbandaran khas yang mempunyai Datuk Bandar sendiri iaitu

Mayor yang dilantik oleh pihak Jepun. Pentadbiran di Singapura juga bertanggungjawab

terus kepada Maharaja Jepun di Tokyo. Pihak Jepun juga telah menukar nama Singapura

kepada Syonan To atau Cahaya Selatan. Nama Tanah Melayu juga ditukar kepada Malai

Baru manakala Sabah dan Sarawak pula dikenali dengan nama The Borneo Kita.13

Jepun juga turut melakukan perubahan drastik ke atas pentadbiran di Tanah

Melayu apabila menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Thailand. Sebuah

perjanjian telah dibuat di Bangkok pada 20 Ogos 1943 di antara Plaek Phibunsongkhram

iaitu Perdana Menteri Thailand dengan wakil Jepun iaitu Teiji Tsubokami bertujuan untuk

menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Thailand.14 Penyerahan Negeri-negeri

13 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 93.

(7)

Melayu Utara yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada

Thailand adalah berikutan kerana Thailand telah membantu Jepun semasa proses Jepun

menawan Tanah Melayu. Jepun juga memberikan alasan bahawa sebelum kedatangan

British, Negeri-negeri Melayu Utara dahulunya berada di bawah Thailand. Oleh yang

demikian pihak Jepun menghormati kedaulatan Thailand ke atas negeri-negeri tersebut.

KETENTERAAN DAN POLIS

Pada 1 Julai 1942 dasar pentadbiran Jepun terhadap bidang ketenteraan dan polis

memperlihatkan beberapa perubahan merangkumi aspek pangkat, pakaian seragam, dan

bidang tugas. Pangkat dalam keanggotaan polis misalnya telah ditetapkan mengikut

susunannya seperti Kesatchu Kyoku Cho (Ketua Pejabat Polis), Keibu (Inspektor), Keibu

Ho (Sub. Inspektor), Junsa Bucho (Sarjan Mejar), Junsa Kelas I (Sarjan dan Lans

Sarjan), Junsa Kelas II (Koperal dan Lans Koperal), Junsa Kelas III (mata-mata kelas I

dan II) dan Kyoshusei (rekrut).15 Bukan itu sahaja, pejabat polis juga telah diseragamkan

kepada tiga cawangan iaitu Keimu ka yang bertanggungjawab menjaga latihan polis,

hal-ehwal polis, disiplin, kewangan dan lain-lain, Hoan ka yang bertanggungjawab

menguruskan kenaikan pangkat, papan tanda, peraturan jalan raya, senjata api, letupan

dan mengawal kemudahan ekonomi manakala Toko ka pula berfungsi menjalankan

siasatan rahsia dalam perkara yang berkait dengan gerakan menentang pemerintahan

Jepun dan membuat huru-hara.

Organisasi sulit ketenteraan turut ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran Jepun

berjalan lancar tanpa sebarang tentangan dan bagi memastikan propaganda mereka

sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Organisasi-organisasi sulit ini disertai oleh

masyarakat tempatan di Tanah Melayu yang telah berjaya menerima elemen-elemen

(8)

penjepunan yang diterapkan oleh pihak Jepun. Antara organisasi yang dimaksudkan

termasuklah Kempeitai, Tekikan dan Toko.16 Kempeitai adalah organisasi yang berfungsi

sebagai pengawal pergerakan masyarakat dan mengawasi propaganda-propaganda Jepun.

Selain itu Kempeitai turut bertanggungjawab menyiasat kegiatan politik, melantik ejen

perisik tempatan, menyeksa dan membunuh pihak yang dilihat anti kepada Jepun.17 Kempeitai terbahagi kepada Polis Tentera Perisikan dan Polis Tentera Biasa serta

diletakkan di bawah kuasa Ketua Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada

Menteri Perang. Tekikan ialah perisik tertinggi tentera Jepun yang menjalankan aktiviti

propaganda, sabotaj dan pembunuhan jika perlu bagi menegakkan kuasa Jepun di Tanah

Melayu dan kawasan serantaunya manakala Toko pula terdiri daripada pegawai-pegawai

tentera yang bertugas untuk merisik kegiatan anti-Jepun di seluruh Tanah Melayu.

UNDANG-UNDANG

Polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga dapat dilihat menerusi

pengimplementasian undang-undang. Pihak Jepun telah melaksanakan undang-undang

ketenteraan ala Jepun bagi menjamin kedudukannya di Tanah Melayu. Jika sebelum ini

kuasa membuat undang-undang adalah di bawah tanggungjawab Majlis Mesyuarat Negeri

akan tetapi semasa pendudukan Jepun situasi ini telah berubah sama sekali. Majlis

Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa membuat undang-undang seperti sebelum perang.18

Majlis Mesyuarat Negeri digantikan dengan Majlis-majlis Penasihat yang mana ahlinya

terdiri daripada orang-orang Jepun dan orang-orang Melayu. Gabenor Jepun secara tidak

langsung dilantik menjadi pengerusi bagi majlis ini manakala timbalannya adalah

sultan-16 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’ Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 273.

17 Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari Perspektif Masyarakat India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002/2003, hlm. 15.

(9)

sultan Melayu. Walaupun secara teorinya sultan adalah ketua bagi setiap negeri akan

tetapi kuasa sebenar terletak pada Gabenor Jepun kerana kuasa sultan adalah terhad.

Sultan hanya menjalankan kewajipannya sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat

Melayu sahaja.

Tidak hanya itu, pihak Jepun juga telah melakukan perubahan dalam sistem

kehakiman dan mengubah struktur mahkamah. Sebagai contoh di Terengganu, pihak

pentadbir Jepun telah membahagikan Mahkamah Terengganu kepada tiga jenis iaitu

terdiri daripada Mahkamah Kota Hoin (Mahkamah Besar), Mahkamah Ciho Hoin

(Mahkamah Jajahan) dan Mahkamah Kaikyo Hoin (Mahkamah Kadi). Mahkamah juga

mempunyai sistem pengurusan yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun. Mahkamah Besar

atau Kota Hoin ditetapkan mempunyai dua orang hakim iaitu seorang berbangsa Jepun

dan seorang berbangsa Melayu. Fungsi mahkamah ini termasuklah mendengar kes-kes

rayuan daripada Mahkamah Jajahan atau Ciho Hain. Di Mahkamah Jajahan pula telah

ditetapkan bahawa harus ada dua orang hakim untuk mengendalikan kes-kes yang

melibatkan denda di bawah RM 1000.00 serta kes-kes jenayah dengan hukuman dua

tahun penjara.19 Bagi Mahkamah Kadi atau Kaikyo Hain, tiada sebarang perubahan dibuat

dan fungsinya hanyalah untuk membicarakan kes-kes yang ditetapkan di dalam

mahkamah itu sahaja. Setiap mahkamah juga ditetapkan supaya mematuhi peraturan yang

telah ditetapkan seperti menaikkan bendera Jepun dan memakai cop seal masing-masing.

INSTITUSI KESULTANAN

Polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga turut membabitkan institusi

kesultanan. Pada awalnya dasar pentadbiran Jepun terhadap institusi kesultanan di Tanah

Melayu adalah dikenali sebagai Doko-Shori Yoryo iaitu membawa maksud sebagai rakyat

(10)

Maharaja Jepun. Dasar ini bererti Jepun tidak mengiktiraf kedudukan sultan dan

sultan-sultan di Tanah Melayu perlu menyerahkan gelaran, negeri dan rakyatnya kepada

Maharaja Jepun melalui pemerintahan tentera yang dijalankan.20 Namun begitu pihak

Jepun kemudiannya menyedari bahawasanya mereka memerlukan sultan untuk meraih

sokongan orang Melayu pada ketika itu. Hal ini demikian kerana bagi orang Melayu

sultan adalah ketua agama Islam, adat istiadat dan juga pemimpin politik mereka sejak

sekian lama.

Menyedari akan hal tersebut, pada bulan September 1942, satu pindaan terhadap

dasar ini telah dilakukan. Melalui pindaan ini, sultan telah diiktiraf sebagai ketua agama

Islam dan adat istiadat Melayu. Kemudian satu lagi persidangan telah diadakan pada 20

Januari 1943 di Singapura. Dalam persidangan ini beberapa pengumuman penting telah

dibuat untuk menjamin kedudukan sultan dan di antaranya ialah :

1) Pengiktirafan rasmi ke atas gelaran kemuliaan sultan

2) Pengesahan kedudukan dan darjat sebagai kuasa tertinggi dalam hal ehwal

agama Islam

3) Bayaran pencen dan saguhati kepada sultan disamakan seperti sebelum perang 4) Hak sultan untuk mendapatkan semula harta benda baginda

Menurut seorang penulis Jepun iaitu Yoji Akashi, beliau berpendapat bahawa jika

Jepun tidak memberikan layanan yang baik kepada sultan-sultan di Tanah Melayu maka

maharaja-maharaja di India tentu tidak akan menolong mereka semasa Jepun menyerang

British di India. Pendapat ini ada logiknya kerana kira-kira 50 orang maharaja di India

berasa takut kerana kedudukan mereka akan turut tergugat seperti mana kedudukan

sultan-sultan di Tanah Melayu.21 Bagi menarik sokongan sultan, pihak Jepun juga telah

menaikkan elaun bulanan sultan. Sebagai contoh pada tahun 1942, Sultan Selangor telah

20 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’ Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 265.

(11)

menerima sebanyak 1,000 Yen bagi bulan Mac dan 10,000 Yen pada bulan April.22 Pada

bulan Mei pula Sultan Selangor telah menerima sebanyak 15,000 Yen sebagai tambahan.

Tindakan ini dibuat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memenangi hati sultan

supaya menyokong pendudukan mereka di Tanah Melayu.

Sultan-sultan di Tanah Melayu pada masa yang sama terpaksa bersikap pro-Jepun

kerana ingin menjaga kedudukan dan kuasa mereka. Sultan tiada pilihan lain melainkan

terpaksa berbaik-baik dengan Jepun bagi memastikan mereka terus berada di atas takhta.

Hal ini dapat dibuktikan melalui sultan yang pro-British sebelumnya telah beralih arah

kepada pro-Jepun. Sebagai contoh yang nyata ialah Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim

yang terkenal dengan sifat kebaratannya telah menunjukkan sikap anti-British.23 Dalam

masa yang sama juga pihak Jepun turut mengambil langkah drastik dengan

menyingkirkan sultan-sultan yang pro-British.

Antara sultan yang disingkirkan termasuklah Sultan Alam Shah dari Selangor

yang telah digantikan dengan Sultan Musauddin yang dilihat lebih pro kepada Jepun pada

=tahun 1941. Di Terengganu, Sultan Ali telah dilantik menjadi Sultan Terengganu pada

tahun 1942 manakala di Perlis pula Syed Putra yang telah dinamakan oleh Majlis

Mesyuarat negeri sebagai bakal raja Perlis juga telah disingkirkan. Beliau telah digantikan

dengan Syed Hamzah yang dianggap oleh Jepun berguna bagi kepentingan mereka.

KEDUDUKAN PEMERINTAH TEMPATAN

Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu juga turut melibatkan golongan

pemerintah tempatan yang sebahagiannya adalah golongan elit terutamanya golongan elit

22 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 133.

(12)

Melayu. Kebanyakan golongan elit Melayu ditugaskan sebagai pegawai daerah atau

Guncho di kawasan-kawasan tertentu. Namun begitu mereka terpaksa mengalami

kesulitan kerana pihak Jepun selalu campur tangan dalam urusan harian mereka.24

Walaupun jawatan-jawatan seperti ketua jabatan serta pegawai di pejabat pentadbiran

disandang oleh golongan elit Melayu dan pegawai Melayu akan tetapi mereka hanyalah

pelaksana dasar sahaja. Mereka tidak berkuasa dalam menentukan sebarang dasar kerana

ianya adalah bidang kuasa untuk pegawai Jepun sahaja. Dengan itu dapat dikesan bahawa

peranan mereka dalam pentadbiran adalah semakin berkurang malah mereka juga

terpaksa mengambil langkah bekerjasama dengan Jepun untuk memastikan kedudukan

mereka sentiasa terjamin.

Pemerintah dan pegawai tempatan juga turut menghadapi pelbagai tekanan seperti

dipecat oleh pihak pemerintah Jepun. Hal ini akan dilakukan oleh Jepun sekiranya mereka

merasakan bahawa jumlah kakitangan sedia ada melebihi keperluan. Pegawai-pegawai

yang berkhidmat dengan Jepun juga tidak dibenarkan melanggar peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun. Jika mereka ingkar, hukuman berat akan

menanti mereka. Setiap tugas yang diberikan oleh pihak Jepun juga mestilah dibuat

dengan cepat jika ingin terselamat dari hukuman. Disebabkan oleh pelbagai tekanan yang

dihadapi, ramai pegawai tempatan yang terpaksa menceburi sektor lain seperti pertanian,

perladangan dan juga perikanan.25 Selain itu, terdapat juga pegawai yang masih

berkhidmat dalam pentadbiran tentera Jepun akan tetapi mereka terpaksa menerima gaji

yang sedikit jumlahnya manakala pesara-pesara pula dirundung nasib malang apabila

sistem pencen dihapuskan oleh pihak Jepun.

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM

24 Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996, hlm. 24.

(13)

Agama Islam merupakan elemen yang sangat dekat serta tidak dapat dipisahkan

dengan penduduk di Tanah Melayu yang rata-ratanya adalah orang Melayu. Untuk

memenangi hati dan mendapatkan sokongan masyarakat di Tanah Melayu yang boleh

dikatakan majoritinya beragama Islam maka pihak Jepun telah menjalankan beberapa

dasar yang berkaitan dengan agama Islam di bawah pentadbirannya. Antara yang

dilakukan oleh pihak Jepun termasuklah memberi pengiktirafan kepada agama Islam.

Buktinya ialah sebuah persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil Islam dari Tanah

Melayu dan Sumatera telah diadakan pada 5 hingga 6 April 1943. Bukan itu sahaja, pihak

Jepun juga telah memberikan cuti sempena Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban, Awal

Muharram, Mandi Safar kepada pegawai-pegawai tempatan termasuklah orang awam.

Pekerja-pekerja beragama Islam yang bekerja dengan Jepun juga dibenarkan

untuk pulang awal dari kerja iaitu pada pukul 2.00 petang ketika bulan Ramadhan. Tidak

hanya itu, bayaran bonus turut diberikan kepada mereka sebelum Hari Raya Puasa dan

kutipan zakat juga turut diatur semula semasa pemerintahan Jepun berlangsung di Tanah

Melayu.26 Satu tindakan menarik yang diambil oleh Jepun melalui dasar pemerintahannya

terhadap agama Islam termasuklah dengan menubuhkan Majlis Agama, akan tetapi Majlis

Agama ini ditubuhkan agak lewat. Sebagai contoh Majlis Agama di Selangor telah

ditubuhkan pada September 1943.27 Dengan penubuhan Majlis Agama ini, secara tidak

langsung organisasi undang-undang Islam serta pendidikan Islam telah diperbaharui.

Sultan kemudiannya telah dilantik menjadi ketua dalam majlis tersebut berikutan

kedudukannya yang menjadi simbol ketua agama Islam di setiap negeri.

PERSATUAN KEJIRANAN DAN ORGANISASI SEPARA TENTERA

26 Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari Perspektif Masyarakat India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002/2003, hlm. 19.

(14)

Pada April 1942, pihak pentadbiran Jepun telah memperkenalkan Sistem

Pendaftaran Keluarga. Di bawah sistem ini pihak polis akan mengeluarkan sijil

pengenalan diri yang dikenali sebagai Ankyosyo. Sesiapa yang mempunyai sijil ini adalah

berhak untuk mendapatkan perlindungan polis dan ianya boleh digunakan untuk membeli

beras, gula dan garam.28 Bagi penduduk Cina dan India juga mereka mempunyai permit

masing-masing. Sebagai contoh di Singapura, orang Cina yang ingin memiliki permit

perlu mendapatkan jaminan pemilik kedai dan mendapatkan cop pengesahan dari

Persatuan Penduduk Cina serta polis. Permit bagi orang India pula terdiri daripada dua

jenis iaitu putih dan merah. Merah adalah bagi orang India yang bekerja sebagai buruh

manakala putih adalah bagi golongan celik (literate person) dan permit ini perlu

ditandatangani oleh India Independence League.

Pengawasan pihak Jepun terhadap masyarakat tempatan juga diperketatkan lagi

dengan penubuhan polis tambahan yang dipanggil sebagai Jikeidan yang diperkenalkan

pada September 1942.29 Anggota Jikeidan adalah terdiri daripada masyarakat tempatan

yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun serta mempunyai tahap kesihatan

yang baik. Jikeidan yang mempunyai cawangan di seluruh bandar dan daerah

bertanggungjawab mengawal pergerakan orang ramai, menjaga ketenteraman awam serta

menjalankan kawalan terhadap kawasan kejiranan mereka. Mereka juga ditugaskan

supaya melaporkan tindak tanduk individu yang mencurigakan serta yang menunjukkan

ancaman terhadap pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun juga sentiasa

menyarankan agar masyarakat tempatan sentiasa bersatu padu dan bekerjasama bagi

menjamin keamanan kawasan masing-masing.

28 Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history, London: Hurst & Company, 1998, hlm. 79.

(15)

Pada tahun 1943 pihak Jepun telah mewujudkan organisasi separa tentera di Tanah

Melayu. Contohnya Pembela Tanah Air (PETA) atau juga dikenali sebagai Giyugun telah

ditubuhkan pada bulan Disember dan berpangkalan di Johor Bahru. Selain itu Volunteer

Corps yang digelar Giyutai juga ditubuhkan. Giyutai merupakan organisasi separa tentera

dan separa petani yang mana anggotanya mestilah mempunyai sifat yang sangat

mencintai tanah air, berani serta bertanggungjawab.30 Selain itu, pihak Jepun juga turut

menubuhkan Railway Protection Corps atau Tetsudo Aigo Kumiai. Organisasi ini juga

adalah separa tentera yang mana disertai oleh penghulu, ketua kampung dan masyarakat

kampung yang tinggal berdekatan dengan landasan kereta api khususnya.31 Contohnya di

Perak, Perak Railway Protection Corp telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1943. Di

Pahang pula, Road Protection Society telah ditubuhkan yang mana ahlinya terdiri

daripada pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat tempatan. Organisasi ini ditubuhkan

bertujuan untuk menjalankan pembaikan berskala kecil jika terdapat kerosakan pada

jalan-jalan utama dan mengawasi talian telekomunikasi.

KESIMPULAN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari segi polisi dan pentadbiran telah

mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk di Tanah Melayu. Antara kesannya

termasuklah pengimplementasian undang-undang yang bercorak ketenteraan di Tanah

Melayu. Hal ini telah membawa kesengsaraan dalam kehidupan masyarakat kerana ianya

berbentuk keras dan tegas. Perkara inilah yang telah mendatangkan tekanan seterusnya

membawa kepada kesengsaraan dalam kalangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu.

Melalui undang-undang ketenteraan yang diperkenalkan juga, pengaruh pemerintah

tempatan semakin lama semakin berkurang dan keadaan ini telah menyedarkan pemimpin

30 Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history, London: Hurst & Company, 1998, hlm. 84.

(16)

tempatan bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bergantung dan mempercayai Jepun

sepenuhnya dalam soal mempertahankan dan membangunkan tanah air sendiri.

Polisi dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan

kemunculan gerakan-gerakan penentangan politik dan ketenteraan yang menentang

Jepun secara lebih tersusun. Contohnya adalah seperti kewujudan Parti Komunis Malaya

(PKM) serta nasionalis Cina dan British. PKM bertindak menerusi Malayan People's Anti

Japanese Army (MPAJA) manakala golongan nasionalis Cina dari Parti Kuomintang

membentuk Overseas Chinese Anti Japanese Army (OCAJA). Pihak British juga turut

mengatur langkah dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam pasukan Force136

(Askar Melayu Setia) untuk menentang Jepun. Selain itu, lahir juga pertubuhan politik

yang berselindung di sebalik kegiatan ekonomi seperti Syarikat Kerjasama Am Saiburi

(SABERKAS) yang di tubuhkan bagi mencapai matlamat ekonomi politik dan sosial

orang Melayu di Kedah. Bukan itu sahaja, terdapat juga pertubuhan nasional seperti

Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Rakyat Indonesia

Semenanjung (KRIS) dan lain-lain. Kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu ini

khususnya adalah disebabkan oleh dasar Jepun yang menanamkan semangat anti-Barat.

Kesedaran politik inilah yang kemudiannya telah menyemai bibit-bibit nasionalisme

dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan nasib tanah air mereka daripada

terus dibelenggu penjajahan. Hasil daripada kesedaran politik ini dapat dilihat kesannya

selepas Tanah Melayu kembali di bawah kekuasaan British setelah Jepun menyerah kalah

pada tahun 1945. Pada ketika itu, pemimpin Melayu sudah mula mengorak langkah

menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British secara lebih teratur. Konklusinya,

polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu ternyata memperlihatkan unsur penjajahan

terhadap masyarakat tempatan. Melalui polisi dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

(17)

Tanah Melayu adalah tidak lebih dari memenuhi kepentingan mereka sendiri sebagai

sebuah kuasa penjajah.

RUJUKAN

Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas

Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian

Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007.

Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu

1942-1945, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996.

Akashi, Yoji., ‘Japanese Military Administration in Malaya’, kertas kerja dibentangkan di

International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, 5-10 Ogos 1968.

Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu

1941-1945,’ Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009.

Kratoska, Paul H., The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history,

London: Hurst & Company, 1998.

(18)

McCoy, Alfred W., Southeast Asia Under Japanese Occupation, NewHaven: Yale

University Southeast Asia Studies, 1980.

Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di

Negeri Kedah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Reischauer, Edwin O., Japan, past and present, Tokyo: C.E. Tuttle, 1966.

Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari

Perspektif Masyarakat India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,

Referensi

Dokumen terkait

Wafia Silvi Dhesinta, dalam jurnalnya berjudul “Calon Tunggal Dalam Pemilihan Umum Kepala Daerah Dan Konsep Demokrasi” pembahasan dalam jurnal ini, penulisnya

merupakan orang yang dipengaruhi dunia obyektif yaitu dunia dluar dirinya, dengan ciri- ciri; memiliki sikap positif terhadap masyarakat, terbuka, hubungan dengan

Jenis data yang berhubungan dengan penelitian ini adalah kemampuan membaca Alquran ditinjau dari latar belakang pendidikan di Ma’had al-Jami’ah Putri I IAIN

Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada semua rekan Keluarga Mahasiswa sejarah (KEMAS), Ilmu Budaya, dan rekan Universitas Udayana yang tidak dapat

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi

Kebijakan Sebagai acuan bagi petugas dalam pelaksanaan kegiatan inspeksi sanitasi sarana air bersih serta pembinaan kepada masyarakat pengguna sarana air bersih..

Setiap penambahan/perubahan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 29, harus disertai proposal dan alasan tertulis dari Kepala Sekolah untuk SMK Negeri dan dari Ketua

Başka çaresi olmadığı için yeniden sıraya gi­ rip, adamlar kızmasın diye yeniden tepsisini yemeklerle dona­ tıp Nino'nun önüne kadar