• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN POLITIK DI FILIPINA PADA ER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKEMBANGAN POLITIK DI FILIPINA PADA ER"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERKEMBANGAN POLITIK DI FILIPINA PADA ERA BERPERLEMBAGAAN SENDIRI SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1.0 Pengenalan

Filipina merupakan sebuah negara republik yang terletak dalam benua Asia Tenggara,dimana kedudukannya berada di sebelah utara Indonesia dan Malaysia. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan dan Negara ini terdiri dari 7.107 pulau. Filipina seringkali dianggap sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara di mana pengaruh budaya Barat terasa sangat kuat.1 Sebelum

kedatangan barat, di Filipina terdiri daripada kerajaan- kerajaan kecil yang bercorak animisme dan bercorak Islam di bahagian selatan kepulauan. Sejarah kedatangan barat di Filipina dimulakan dengan penemuan oleh pelayar terkenal berbangsa Portugis iaitu Ferdinand Maggelan yang belayar mewakili kapal sepanyol pada tahun 1521. Walaupun beliau berjaya menemui Kepulauan Filipina, namun pelayarannya itu diakhiri dengan kematiannya di tangan Raja Lapulapu pada april, 1521.2 Penemuan ini telah membawa kepada penjajahan sepanyol ke atas

Filipina selama 330 tahun.

Kekalahan tentera laut sepanyol pada 1 mei 1898 telah memaksa Sepanyol untuk menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20,000,000.3 Pada

peringkat awal pengambilalihan Amerika ke atas Filipina, Presiden McKinley pada asalnya tidak bercadang untuk menjadikan Filipina sebagai sebuah Koloni kerana konsep itu bententangan dengan Prinsip Kerajaan Amerika Syarikat yang menentang sebarang bentuk Penjajahan. Namun dasar ini telah diubah setelah wujudnya ancaman daripada Jerman yang ingin menjadikan Filipina sebagai Koloni. Walaupun pertukaran dasar ini mendapat tentangan daripada senat Amerika Syarikat, namun dasar ini tetap diteruskan dan perkara ini telah membawa rasa tidak puas hati masyarakat Filipina ke atas Amerika Syarikat yang membawa kepada Peperangan Amerika-Filipina dari tahun 1899 sehingga 1931. Pengambilalihan pentadbiran Filipina oleh

1 Artemio R. Guillermo, (2012). Historical Dictionary of the Philippines, Lanham, Maryland : Scarecrow Press., hlm. 1.

2 Daniel B. Schirmer, Stephen Rosskam Shalom.(1987) The Philippines Reader: A History of Colonialism, Neocolonialism, New York : South End Press., Hlm. 1 dan 2.

(2)

Amerika telah mengubah corak pentadbiran Filipina kearah politik berperlembagaan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui tindakan Amerika yang membenarkan penubuhan Parti- parti Politik bercorak sederhana oleh rakyat Filipina. Politik berperlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Perkara ini menjadi peraturan yang akan menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan juga akan menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Filipina telah menyistiharkan perlembagaannya sendiri pada November 1935, yang mana perlembagaan yang diishtiharkan itu adalah mirip Perlembagaan kerajaan Amerika Syarikat.4

2.0 Perkembangan politik berperlembagaan Filipina

Filipina sebelum dijajah telah mempunyai corak pentadbiran tersendiri yang agak unik. Sistem politik yang dimaksudkan ialah pemerintahan berdasarkan Baranggay dan pimpinan oleh datu- datu. Kehadiran sepanyol sejak 1521 di Filipina telah mengubah sistem pentadbiran tradisional penduduk di Filipina kepada sistem yang lebih sistemetik iaitu dengan meletakkan Filipina di bawah kerajaan mahkota bagi Raja Sepanyol. Sistem petadbiran Filipina mengalami perubahan semula pada 1898 apabila amerika syarikat mengalahkan sepanyol. Kemudian filipina membentuk kerajaan sendiri dan jeneral emelio aguinaido diisytiharkan sebagai presiden .Sebuah perlembagaan baru telah dibentuk yang dikenali sebagai perlembagaan malolos yg telah diluluskan pd 8 Oktober.1898.5

2.1 perlembagaan Malolos

Perlembagaan Malolos sejujurnya adalah perlembagaan muktamad daripada empat perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh tokoh- tokoh Nasionalis Filipina dari tahun 1896 sehingga 1899.6 Perlembagaan ini diambil namanya bersempena dengan nama wilayah Malolos

yang diduduki oleh para Nasionalis Filipina sewaktu mereka mengishtiharkan perlembagaan

4 Ricardo S. Lazo.(2009) Philippine Governance and the 1987 Constitution. Manila : Rex Bookstore. Inc., hlm. 7 dan 8.

5 Ibid,. hlm 42.

(3)

tersebut. Melalui pengishtiharan ini, maka dengan secara rasminya berdirinya Republik Filipina. Menurut T.A. Agoncillo, Perlembagaan Malolos ini merupakan satu perlembagaan yang sangat sempurna kandungannya kerana mengandungi ciri- ciri demokrasi dan ketatanegaraan yang jelas. Melalui pengisytiharan perlembagaan ini, dengan secara rasmi wujudnya pemerintahan Republik Filipina yang bebas dan merdeka serta lebih bertanggungjawab.7 Penubuhan Republik

Filipina yang bebas itu tidak dapat bertahan lama apabila Amerika bertindak menjajah mereka melalui satu perjanjian yang dikenali “perjanjian Paris”. Melalui perjanjian Paris yang ditandatangani pada 10 Disember 1898, Republik Malolos yang diasaskan oleh orang Filipina itu tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat.8

Tindakan Amerika Syarikat yang menjajah Filipina adalah suatu tindakan yang amat ditentang oleh masyarakat Filipina. Usaha Amerika Syarikat menyebarkan idea Demokrasi serta bencikan penjajah kepada masyarakat Filipina pada zaman penjajahan Sepanyol amat bertentangan dengan konsep penjajahan yang dilakukan oleh mereka. Amerika Syarikat pada hakikatnya merupakan sebuah Negara yang baru sahaja mendapatkan kebebasan dari cengkaman penjajahan British pada tahun 1776. Oleh itu mereka sememangnya amat menentang konsep penjajahan dan giat menyebarkan idea liberal kepada masyarakat Filipina semasa pentadbiran Sepanyol di Filipina. Melalui usaha Amerika inilah, maka lahirnya idea nasionalisme yang lebih jelas serta usaha kearah berkerajaan sendiri oleh masyarakat Filipina yang selama ini langsung tidak pernah diimpikan oleh mereka.9 Sepanjang 333 tahun pentadbiran sepanyol di Filipina,

tidak pernah wujud satu bayangan untuk mewujudkan pentadbiran berperlembagaan memandangkan Negara sepanyol sendiri mengamalkan sistem pentadbiran Monarki. Perkara ini disokong oleh kenyataan J.P. Ongkili yang menyatakan:

“Sepanyol mengharapkan penanaman bibit Liberal di Filipina, namun Amerika yang bertindak menyebarkan perasaan ini dalam kalangan masyarakat Filipina dan memelihara sehingga benar- benar berakar umbi di kepulauan yang bertaburan itu”10

7 J.P. Ongkili, (1971) Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah Universiti Malaya, hlm. 116.

8 Gregorio F. Zaide, The Filipphine Revolution, Manila : The Modern Book Company, 1954, hlm. 239.

9 Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 256.

(4)

Hakikat bahawa Negara- Negara di rantau Asia mula mendambakan kemerdekaan dan menubuhkan Negara yang bebas dari cengkaman penjajah dapat dilihat melalui penentangan masyarakat Filipina ke atas penjajahan Amerika Syarikat. Amerika sendiri sedar bahawa mereka tidak seharusnya menyekat keinginan masyarakat Filipina tersebut, oleh itu mereka mula membuat beberapa langkah persediaan kearah pemberian kemerdekaan yang hakiki kepada masyarakat Filipina. Latihan dan pengetahuan kea rah berkerajaan sendiri hendaklah disediakan secukupnya, dan ini adalah selari dengan kenyataan MacKinley semasa memulakan perkhidmatannya di Filipina:

“Filipina adalah kepunyaan kita, bukannya untuk diperas, tetapi adalah untuk dimajukan, ditamadunkan, diberi pelajaran untuk dilatih kearah berkerajaan sendiri… menegakkan kebebasan, undang-undang dan kerajaan yang sempurna di Filipina”11

Bagi merealisasikan kenyataan tersebut, para pemimpin Amerika syarikat yang terlibat dalam pentadbitaran di Filipina ini telah bertindak memperkenalkan beberapa rang undang-undang. Antara rang undang- undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang- undang Filipina atau nama lainnya ‘akta cooper’.

2.2 Akta Cooper

Akta cooper atau lebih dikenali dengan Rang Undang- undang Filipina ini telah diluluskan oleh pihak pentadbir Filipina pada tahun 1902. Melalui akta ini, perlaksanaan hak asasi kepada masyarakat Filipina akan dijalankan. Secara ringkasnya, akta Rang undang- undang Filipina ini mempunyai dua ciri utama yang dapat membentuk perhimpunan Filipina yang pertama dan memilih dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres Amerika Syarikat.12

Antara tugas wakil Filipina ini ialah untuk menuntut kemerdekaan dan perwakilan Filipina ini mempunyai kedaulatan yang sama dengan perwakilan Amerika, kecuali dari segi pengundian.

Melalui penubuhan akta Cooper ini, maka dengan ini rakyat Filipina diberikan kebebasan sama rata dengan bangsa penjajah di dalam kesemua aspek. Contoh aspek yang dimaksudkan

11 Usha Mahajani, (1971). Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946, University of Queensland Press., hlm. 225.

(5)

ialah, kebebasan dalam memilih parti Politik, memilih perwakilan mereka melalui pilihanraya seterusnya membentuk Majlis perhimpunan. Secara tuntasnya sememangnya akta ini telah memberikan kebebasan yang mutlak terhadap masyarakat Filipina dalam berpolitik dan kebebasan yang dimiliki ini seterusnya dapat digunakan untuk melatih mereka kea rah berkerajaan sendiri. Keistimewaan akta ini dalam memberikan kebebasan berpolitik dan menyuarakan pandangan masyarakat Filipina dapat dibuktikan melalui kenyataan Zaide;

“…. Mewujudkan semula keamanan yang hakiki di Filipina, mengambil dan menerbitkan satu banci, dua orang Suruhanjaya Filipina akan dihantar ke Washington untuk mewakili dalam Kongress dan memelihara bahan- bahan semulajadi Filipina bagi orang Filipina”13

2.3 Pilihanraya 1907 dan penubuhan dewan perhimpunan

Kebebasan berpolitik yang diberikan oleh Amerika Syarikat akta Cooper sebelum ini telah mendatangkan banyak perkembangan yang sihat dalam Politik masyarakat Filipina. Perkembangan sihat ini dapat dilihat melalui kemunculan parti- parti Politik yang menuntut kemerdekaan Filipina pada sekitar tahun 1906.14 Kewujudan parti- parti politik yang

menyuburkan semangat rasa ingin merdeka dalam kalangan masyarakat Filipina ini telah membawa kepada usaha untuk mewujudkan perhimpunan yang diwakili oleh anggota masyarakat Filipina bagi mentadbir Majlis Negeri. Usaha ini telah menyebabkan berlakunya Pilihanraya pada 30 Julai 1907.

Pemilihan yang dikenali dengan nama Pilihanraya Kebangsaan ini telah disertai oleh dua parti politik utama iaitu Parti Nasionalista dan Parti Nacional Progresista.15 Parti

Nacionalista merupakan gabungan dua kumpulan Nasionalis iaitu Partido Union Nacionalista dan partido Independentista. Manakala Parti Progresista yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Federalista adalah parti pro-Amerika sebelum pilihan raya tahun 1907. Parti ini telah mengubah ideologinya menjadi pro-rakyat Filipina, dengan mendesak supaya

13 G.F., Zaide. (1970). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 417.

14 Wong Kwok Chu, (1982) "The Jones Bills 1912-16: A Reappraisal of Filipino Views on Independence", Journal of Southeast Asian Studies 13(2): hlm.252-269.

(6)

wujudnya kerajaan yang mengamalkan demokrasi bebas. Pilihanraya 1907 ini telah memperuntukkan sebanyak 80 kerusi sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Suruhanjaya Filipina. Terdapat 104, 996 pengundi berdaftar, namun jumlah mereka yang mengundi adalah 98, 251 orang dan mereka yang layak mengundi adalah lelaki yang berumur sekurang- kurangnya 23 tahun dan ke atas.

Melalui plihanraya ini, ramai wakil dari kalangan Filipina tulen telah mendapat kemenagan. Hasil dari Pilihanraya tersebut, maka buat pertama kalinya perhimpunan telah diadakan pada 16 Oktober 1907 di Grand Opera House , Manila. Dalam perhimpunan ini, bangsa Filipina telah bertindak memilih wakil- wakil mereka sendiri untuk mentadbir Majlis Negeri. Antara wakil Filipina yang dilantik menerajui pentadbiran ialah Sergio Osmena(jurucakap) dan Manuel L.Quezon(ketua Majlis Negeri). Kewujudan dewan perhimpunan Filipina ini telah membuka ruang yang sangat luas kepada masyarakat Filipina untuk menentukan corak pentadbiran Negara mereka di masa akan datang. Zaide menyatakan, dengan wujudnya perhimpunan ini, maka lahirlah badan yang pertama mewakili orang Filipina di bawah pemerintahan Amerika Syarikat.16

2.4 Akta Jones

Akta Jones atau lebih dikenali dengan Philippines Autonomy telah diluluskan pada 29 Ogos 1916. Dengan pengenalan akta ini, maka dengan ini masyarakat Filipina telah maju setapak dalam usaha kearah mendapatkan kemerdekaan dan menjalankan pentadbiran Negara mereka sendiri. Perkara ini keran, di dalam akta ini terdapatnya kenyataan bahawa Amerika Syarikat akan menyerahkan kemerdekaan kepada masarakat Filipina bila mana masyarakat Filipina telah bersedia dan mampu untuk berkerajaan sendiri. Pernyataan ini disokong oleh kenyataan Tongko, katanya;

“undnag- undang Jones 1916 telah memberi kesan kepada hubungan Filipina-Amerika, kerana di dalam undang- undang ini Amerika telah berjanji untuk menyerahkan kembali kemerdekaan kepada masyarakat Filipina bila keadaansudah stabil.”17

(7)

Melalui akta Jones ini, masyarakat Filipina telah mendapat kesamarataan dalam semua aspek utama seperti undang- undang, kedaulatan, kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan berakhbar sepertimana yang diamalkan di Amerika Syarikat. Perkara ini dapat dilihat melalui konsep yang diserapkan kedalam akta ini yang banyak memasukkan unsur Demokrasi yang bebas seperti konsep Pemerintahan dari rakyat untuk rakyat. Perkara ini jelas disokong melalui kenyataan Agoncillo;

“akta Jones adalah bertujuan menggugurkan Kemerdekaan kepada Filipina oleh Amerika Syarikat secepat mungkin sekiranya keadaan masyarakat Filipina sudah mula stabil.”18

Keyataan Agoncillo ini telah disokong oleh Doran yang berpendapat bahawa Akta Jones ini merupakan kejayaan bagi kerjasama dan pemberian undang- undang perlembagaan yang sah kea rah persefahaman di antara Amerika dengan bangsa Filipina.19 Melalui akta ini, sistem

perlembagaan telah diperluaskan dan pembesaran majlis perundangan telah dibuat. Senat Filipina telah mengambil alih tugas- tugas yang selama ini dijalankan oleh ‘Philippines Commission’, manakala Dewan Rakyat pula telah mengambil alih tugas- tugas Dewan Perhimpunan Filipina. Dengan ini, anggota Dewan Rakyat telah dipilih oleh rakyat dan mereka memegang jawatan itu selama tiga tahun.

Walaupun Amerika Syarikat pada hakikatnya menjajah Filipina, tetapi mereka sentiasa berusaha untuk menanam dan suburkan fahaman liberal bagi memastikan masyarakat Filipina lebih terbuka seterusnya dapat percepatkan kemerdekaan kepada Negara mereka. Kesungguhan Amerika Syarikat dalam menyuburkan fahaman liberal kepada masyarakat Filipina ini dapat dilihat melalui usaha Gabenor Jeneral Francis Burton Harrison yang menyebarkan kefahamn Akta Jones ini kepada masyarakat Filipina. Kesungguhan Harrison ini disokong oleh pendapat B. Hawes yang menyatakan;

17 L. Primo Tongko, (1965). The Government of the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, hlm. 42.

(8)

“…. Harisson bersungguh- sungguh manukar kerajaan Filipina daripada kerajaanyang terdiri daripada orang- orang Amerika dibantu oleh Orang- orang Filipina kepada kerajaan yang terdiri daripada orang- orang Filipina yang dibantu oleh orang Amerika”.20

Hasil dari akta ini, badan yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor Jeneral dalam aspek kewangan dan polisi Negara telah dibentuk. Badan yang dibentuk itu dikenali sebagai Council of States, namun di sebalik penubuhan itu masih terdapat keraguan terhadap kuasa pertubuhan itu memandangkan Gabenor Jeneral tetap mempunyai kusa Veto. Zaide menyatakan bahawa, Amerika cukup peka terhadap usaha untuk melatih masyarakat Filipina dalam berkerajaan sendiri. Contoh usaha tersebut dapat dilihat melalui tindakan pentadbir Amerika memberikan jawatan pentind dalam pentadbiran seperti jawatan pemimpin dan ketua setiausaha Biro Pentadbiran. Antara tokoh masyarakat Filipina yang memegang jawatan tersebut ialah, Cyetano S. Arellano selaku ketua Mahkamah dan Gregario Aranata sebagai Ketua Jabatan Pentadbiran.21

2.5 Perubahan pemerintahan Amerika Syarikat, merubah dasar di Filipina

Jika selama ini Amerika mengamalkan dasar memberikan kebebasan dan galakan kepada masyarakat Filipina kearah berkerajaan sendiri, namun menjelang 1920 an keadaan ini berlaku sebaliknya. Perubahan pucuk pimpinan Amerika yang jatuh ke tangan Parti Republican telah menyebabkan Amerika bertindak mengubah dasar penjajahan mereka. Perubahan yang berlaku ini telah menyebabkan kuasa Gabenor jeneral di Filipina terancam seterusnya membantutkan usaha kearah kemerdekaan Filipina. Antara kesan perubahan kepimpinan Amerika terhadap suasana Politik di Filipina ialah berlakunya kekangan terhadap kebebasan berpolitik masyarakat Filipina. Selain itu, kerajaan Amerika juga bertindak menarik balik serta merombak sistem pentadbiran yang telah diasakan pada zaman Harrison. Utusan wood Forbes telah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Filipina belum bersedia mentadbir Negara sendiri, oleh itu

20 G.F., Zaide. (1970), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 610.

(9)

Kemerdekaan hendaklah ditangguhkan. Kesan dari pengumuman itu, ‘council of states’ telah dibubarkan dan ketua setiausaha bangsa Filipina telah meletakkan jawatan. Menurut Rafael Palma, seawall tahun 1920 an, Presiden Wilson telah mengakui bahawa Filipina telah berjaya mentadbir kerajaan, namun perlaksanaan kemerdekaan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana beliau diambang kejatuhan.22

Kedua- dua Parti utama Amerika ini mempunyai dasar yang sangat berbeza terhadap usaha memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Parti Demokrat bersikap pro Filipina dengan membenarkan usaha- usaha kea rah memberikan kemerdekaan kepada masyarakat Filipina, manakala Parti Republikan pula sebaliknya. Perbezaan dasar kedua- dua parti tersebut terhadap usaha kemerdekaan Filipina itu dapat dilihat melalui kenyataan Zaide iaitu;

“Parti Republikan pada dasarnya memimpin penduduk selangkah demi selangkah menuju kea rah berkerajaan sendiri dan parti Demokratik pula suka untuk mengisytiharkan kemerdekaan kepada Filipina dengan serta merta.”

Perubahan tampuk pimpinan Negara Amerika sekali lagi telah berlaku perubahan menjelang tahun 1930 di mana parti Demokrat telah kembali berkuasa. Perubahan pucuk pimpinan ini seterusnya telah membuka kembali ruang dan harapan orang Filipina untuk menuntut kembali kemerdekaan yang tertangguh sebelum ini. Usaha menuntut kemerdekaan ini kembali digiatkan, antara usaha pertama yang dilakukan ialah Osmena dan Roxas telah mengunjungi Washington pada tahun 1931 dan berjaya mendapatkan Rang undang- undang Here-Hewes-Cutting yang diluluskan pada tahun 1932. Usaha berterusan untuk mendapatkan kemerdekaan oleh orang Filipina Nampak sangat teratur, dimana terdapatnya misi- misi ke Washington pada tahun 1918, 1921, 1926,1931 dan 1934 untuk membuat rundingan kea rah kemerdekaan Filipina.23

2.6 Rang undang- undang Hare Hawes Cutting

22 Palma, Rafael, (1923) Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of Printing, hlm. 43.

(10)

Akta Hare-Hawes-Cutting, (1933), merupakan undang-undang pertama yang menetapkan tarikh kemerdekaan yang jelas kepada Filipina dari Amerika Syarikat. Undang- undang ini telah diluluskan oleh Kongres berpunca dari tekanan dua belah pihak iaitu petani Amerika yang mana pada waktu itu berlaku Kemelesetan Ekonomi yang Besar, yang berpunca dari rasa takut persaingan dalam perusahaan gula dan minyak kelapa Filipina dan juga berpunca dari desakan pemimpin Filipina, yang tidak sabar-sabar untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Rang undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Negara pada Disember 1932 dan telah dilaksanakan pada 17 Januari, 1933.

Namun disebalik penubuhan Rang undang- undang itu, terdapat perasaan rasa tidak puas hati dari Quezon selaku Presiden dewan senate. Bagi Quezon, undang- undang itu merugikan orang Filipina. Apa yang diusul oleh Quezon mengenai kesn negative rang undang- undang iani ada tepatnya kerana melalui undang- undang ini, nilai dagang Filipina dan imigrasi Filipina ke Amerika akan berlaku kemerosotan. Selain itu, undang- undang ini juga menyebabkan berlakunya pelanggaran kedaulatan Filipina oleh Amerika kerana Amerika masih memegang kasanya ke atas angkatan tentera laut dan darat.24 Di sebalaki penolakan dan penentangan ini,

terdapat juga sokongan terhadap Rang undang- undang ini. Kewujudan pertentangan ini bukan sahaja melibatkan para pemimpin Filipina, malah turut melibatkan golongan masyarakat biasa.25

Dengan penentangan yang berterusan terhadap Rang Undang- undang itu, maka dengan rasminya rang undang- undang tersebut telah ditolak dan dibatalakan.

2.7 Akta Tyding McDuffie

Setelah undang- undang Hare Hawes Cutting ditolak atas permintaan banyak pihak, Quezon telah bertindak memujuk Kongress untuk membenarkan satu tindakan baharu kea rah kemerdekaan Filipina.26 Melalui desakan itu, maka lahirlah akta baru iaitu Akta

Tydings-mcDuffie yang ditandatangani oleh Presiden Rosevelt dan diterima oleh Dewan Undangan Filipina. Melalui akta ini, Amerika berjanji untuk memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada

24 L. Primo Tongko, (1965). The Government of the Filippines, Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, hlm. 50.

25 Ibid. hlm. 51

(11)

Filipina dalam tahun 1946. Selain itu, terdapat juga kenyataan bahawa akan tertubuhnya satu Komanvel Filipina pada 4 julai 1936.27

Usaha ke arah kemerdekaan Filipina juga turut disusuli dengan Penggubalan Perlembagaan Filipina. Konvensyen perlembagaan ini telah dibentuk dan digubal pada 30 julai 1934 oleh 202 orang wakil terpilih. Perlembagaan ini telah ditandatangani oleh Presiden Franklin D. Roosevelt di sebelah pihak Amerika. Hasil dari pengenalan rang undang- undang ini, maka dengan rasminya bermulanya pemerintahan Komenvel pada 15 November 1935 yang diguna pakai selama 10 tahun sebelum Filipina mencapai kemerdekaan pada 1946.28

3.0 Kesimpulan

Secara tuntasnya, dapatlah dihuraikan bahawa sepanjang pentadbiran dan penjajahan Amerika Syarikat ke atas Filipina, terdapatnya ruang luas diberikan oleh Amerika kepada orang Filipina untuk berpolitik. Kenyataan ini dapat dilihat melalui usaha- usaha yang dilakukan oleh Amerika dalam melatih masyarakat Filipina kea rah berkerajaan sendiri. Antara usaha yang dilakukan oleh Amerika ialah dengan memperkenalkan beberapa akta seperti Akta Jones, Akta Cooper, Rang undang- undang Hare-Hawes cutting dan Akta Tyding McDuffie.Selain itu pihak Amerika juga bertindak membenarkan orang Filipina untuk memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran. Usaha Amerika serta kesungguhan yang diambil oleh orang Filipina ini seterusnya telah membawa kepada Kemerdekaan Filipina pada tahun 1946.

4.0 Bibliografi

Daniel George Edward Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

J.p. Ongkili. 1971. Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan. Kuala Lumpur: Jurnal Sejarah Universiti Malaya.

27 Daniel George Edward Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Hlm. 939 dan 940.

(12)

L. Primo Tongko. 1965. The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co. Quezon city.

Palma, Rafael. 1923. Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of Printing.

G.F. Zaide. 1970. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

G.E. Taylor. 1934. The Philippines and the United States, New York : Frederick A. Praeger.

Agoncillo, Teodoro Alfonso. 1967. History of the Filipino people, Quezon City : Malaya Book.

Artemio R. Guillermo. 2012. Historical Dictionary of the Philippines, Lanham, Maryland: Scarecrow Press.

Daniel B. Schirmer, Stephen Rosskam Shalom. 1987. The Philippines Reader: A History of Colonialism, Neocolonialism, New York : South End Press.

Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision.

Ricardo S. Lazo. 2009. Philippine Governance and the 1987 Constitution. Manila : Rex Bookstore. Inc.

Spencer Tucker. 2009. The Encyclopedia of the Spanish-American and Philippine-American Wars: A Political, Social, and Military History, Volume 1. California : ABC-CLIO.

Nicholas Tarling. 1999. The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge : Cambridge University Press.

Usha Mahajani. 1971. Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946, University of Queensland Press.

(13)

Dapen. Liang. 1971, Philippine Parties and Politics : A Historical Study of national experience in Democracy. California : Gladstone Co.

Referensi

Dokumen terkait

Perkembangan titik panas atas hotspot pada hari ini pukul 17.00 WIB berdasarkan pantauan citra satelit Terra/Aqua (BMKG) total Sumatera Nihil, Riau : Nihil, dan

Perheenjäsenet ja potilaat kokivat, että perhe ei voinut olla mukana potilasta koskevissa eri ammattilaisten yhteisissä neuvotteluissa mukana, koska perheenjäsenistä noin neljäsosa

Kekakuan lentur hasil eksperimen berdasarkan hasil pengujian dengan hasil analisis menggunakan program Response-2000 menunjukkan tingkat kecocokan yang cukup

Hasil pengamatan morfologi buah matang, menunjukan bahwa buahklon Panter, Irian, Hibrida, ICS 60, Sulawesi 1 (S1) dan M01 memiliki fenotip yang

Dalam sistem komunikasi wireless seluler (baik fixed maupun mobile) daerah layanan (coverage) akan dibagi-bagi menjadi daerah-daerah dengan cakupan yang lebih kecil atau biasa

Dasar warna ini menjadi standar pasti dalam konteks profesional, seorang desainer tidak bisa mengatakan sebuah warna berdasar pertimbangan subektif, misal: biru

Petani umumnya memilih kelapa Dalam dengan beberapa pertimbangan, yaitu: (1) walaupun potensi produksi kelapa hibrida lebih tinggi dibanding kelapa Dalam, kelapa hibrida

Satuan Intelkam (Satintelkam) sebagaimana dimaksud dalam Pasal 4 huruf c ayat (2) bertugas menyelenggarakan dan membina fungsi intelijen bidang keamanan, pelayanan yang