• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tema dan persoalan Novel Di Hadapan Pula

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tema dan persoalan Novel Di Hadapan Pula"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Novel Di Hadapan Pulau

(2)

Tema yang diungkapkan mampu mendatangkan kesan

estetik terhadap karya

Novel Di Hadapan Pulau telah mengemukakan tema kesan peperangan dan kesengsaraan hidup semasa peperangan dan pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Peperangan menyebabkan rakyat hidup menderita, berpisahan, tidak tenteram dan sentiasa berada dalam ketakutan. Perang juga menjadikan manusia kehilangan perikemanusiaan, seperti tentera Jepun yang memukul, membunuh dan memperkosa penduduk kampung. Peperangan juga membawa keruntuhan moral, contohnya Rusiah yang dahulunya alim tetapi selepas pengalaman buruk di tangan askar Jepun dan desakan kelaparan telah menyingkirkan maruahnya untuk mendapat makanan.

Peperangan menyebabkan betapa sengsaranya mereka hingga ada yang terpaksa mengorbankan nyawa untuk mendapatkan sesuap rezeki. Betapa nyawa mereka berada di hujung tanduk apabila tempat tinggal dan M mereka diserang dan dihujani bom. Betapa pilunya hati mereka apabila terpaksa berpisah dengan orang-orang yang tersayang.

(3)
(4)

Beberapa persoalan telah dikaitkan dengan novel Di Hadapan

Pulau dan telah menimbulkan kesan estetik terhadap karya

tersebut.

Melalui novel Di Hadapan Pulau, A. Samad Said ingin menemukan pembaca dengan persoalan seperti pengorbanan dalam hidup. Misalnya pengorbanan watak Joyah yang sanggup berhadapan dengan masalah suami yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab dengan mencari rezeki sendirian untuk menampung keperluan keluarga. Nilai pengorbanan juga ditonjolkan dalam diri Tuk Marzuki yang sanggup ke Merlimau Melaka untuk mendapat bekalan makanan dan melawat saudara yang sakit walaupun terpaksa meninggalkan Afidah. Watak Syed Fikri yang sanggup berkorban masa dan kepakaran ilmu agama dalam usaha mendidik Aziz dan rakan-rakannya menjadi seorang muslim yang baik.

Seterusnya ialah pengorbanan Aziz: Aziz terpaksa mengalah dengan keluar dari rumah Joyah walaupun dia sedar tidak dapat berbuat apa-apa atas tindakan Budin terhadap mak ciknya yang melampaui batas kerana dia sendiri menumpang. Aziz sanggup mengorbankan keindahan zaman kanak-kanaknya iaitu bermain dengan kawan-kawannya untuk berusaha membantu mak ciknya kerana dia tidak boleh mengharapkan mak ciknya saja yang berusaha untuk meneruskan hidup dalam keadaan perang. Aziz cuba menyembunyikan perasaan sedihnya atas kematian Tuk Marzuki dengan tersenyum apabila Afidah menoleh melihatnya berjalan di belakangnya dan dia cuba menenangkan Afidah.

c

(5)

mencari makanan hingga ke kubu lama akibat daripada ekonomi yang merosot. Kapten Hebat terpaksa memakan Mokmeng akibat kekurangan makanan semasa perang. Rosiah menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan. Zubir dan Raihan tidak dapat ke laut kerana takut serangan bom. Joyah dan Taksiah hilang pekerjaan di kem tentera. Seterusnya kemunduran akhlak juga ditonjolkan yakni Rosiah sanggup menggadai maruah untuk mendapatkan kesenangan pada zaman peperangan itu. Kemunduran pelajaran juga dikemukakan buktinya Aziz dan Afidah, serta kanak-kanak yang lain tidak berpendidikan kerana sekolah ditutup akibat daripada tiada kemudahan serta kesempitan ekonomi berpunca daripada peperangan yang melanda.

Persoalan ketiga ialah pergolakan keluarga. Rumah tangga yang tidak bahagia juga merupakan keburukan yang dipaparkan oleh A. Samad Said. Perceraian ibu bapa Afidah menyebabkan dia kehilangan kasih sayang dan kestabilan hidup, mujurlah kemudiannya dia dipelihara oleh datuknya. Perlakuan Budin yang suka berjudi, selalu mabuk, memukul isteri, tidak memberi nafkah malah mengambil barang kemas isterinya untuk dijual bagi membiayai maksiatnya, membuat rumah tangga Budin dan Joyah tidak bahagia, walaupun Joyah tetap setia dan hormat kepada Budin sebagai suaminya.

Kegagalan Taksiah berkali-kali untuk mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan menyebabkan dia mempergunakan daya tarikannya sebagai wanita untuk mendapatkan kerja dan manfaat lain. Syed Zuhripula tidak setia dalam percintaan dan tidak mementingkan keluarga kerana dia sudah berkahwin tiga kali dengan tanpa bertanggungjawab. Hal ini boleh dirujuk seperti di bawah ;

" . mmkk k M$ " k /

k$/

(6)

Persoalan keempat ialah manusia cepat menunjukkan sikap sebenar dalam keadaan yang genting. Contohnya Syed Zuhri telah berkahwin tiga kali dengan tanpa bertanggungjawab. Dia juga menjual minyak atar juga dan menyatakan bahawa minyak hikmatnya boleh menambat hati wanita atau lelaki. Dia juga telah membeli tanah dengan secara tipu muslihat untuk mendapatkan keuntungan.

Persoalan kelima ialah berkaitan dengan kegagalan. Misalnya Tuk Marzuki gagal mencari makanan di kampung dan dia terpaksa pergi ke Merlimau untuk mencari makanan. Selain itu, berlaku juga kegagalan dalam membentuk sahsiah diri Ini dapat dilihat apabila Rosiah yang dahulunya bertudung dan berbudi perketi menjadi seorang yang tidak bermoral apabila dia melakuakan perkara sumbang dengan tentera Jepun bagi mendapatlkan makanan . Seterusnya ialah kegagalan dalam mencapai apa yang dihajati contohnya Aziz gagal mencapai impiannya untuk pergi ke pulau yang terletak di hadapan kampungnya.

Persoalan keenam ialah agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling utama adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga dapat menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Dalam novel Di hadapan Pulau, Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya bersembahyang dan mengaji Quran. Dia juga bertekad untuk membimbing penduduk yang lain untuk beramal dan mendekati Allah supaya jauhi dari malapetaka. Misalnya sepertio dalam petikan di bawah ;

0k Mm o k mmm k

moMk m$k " 1k & k kk Mk~

mm 'k mmm MM M$ m k

(7)

Mk mkmMk 0 &k k Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai. Afidah sangat menyayangi datuknya. Apabila datuknya mati akibat terkena bom, dia menangis teresak-esak dan air matanya tidak berhenti mengalir di tanah perkuburan datuknya. Mak Ketong menjaga Afidah manakala Aziz selalu memujuk dan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia. Aziz menyayangi ayahnya dan selalu merinduinya. Hal ini boleh diperlihatkan di dalam petikan seperti di bawah ;

Persoalan kelapan ialah tentang nilai kekeluargaandan semangat kerjasama dalam masyarakat. Novel Di Hadapan Pulau juga memperlihatkan hubungan kekeluargaan yang erat dalam masyarakat. Ini dapat dilihat apabila masyarakat kampung bergotong royong dan bekerjasama seperti sebuah keluarga yang besar dalam membina M perlindungan. Dorani, Zubir dan Raihan bersama-sama membina shelter bagi kegunaan Mak Ketong. Aziz juga membantu Syed Fikri bercucuk tanam.

(8)

Potimah dan anaknya Razif walaupun dalam keadaan genting ketika peperangan berlaku di kem tentera Jepun. Soejono melambai-lambai tangan ke arah Potimah bagi memastikan keadaannya selamat.

Persoalan kesepuluh ialah masyarakat yang menghormati orang lain.

Misalnya Aziz menghormati Tuk Mazurki , ibu saudaranya Joyah, Bapa saudaranya Budin dan juga Syed Fikri. Misalnya seperti petika di bawah;

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, kehidupan petani selaku anggota Subak Padang Tegal juga menarik untuk dilihat karena mereka masih bertahan menjalani kegiatan sebagai seorang petani di

Saat ini hijab selain menjadikan jati diri seorang muslimah dan memenuhi perintah Ilahi, hijab juga mempunyai nilai tren positif dalam perubahan penampilan pada

Selain itu juga dapat dilihat dari sejauh mana seorang siswa mampu berfungsi secara efektif dalam komunitas sekolahnya, sehingga dapat dikatakan bahwa kesejahteraan siswa

Selain itu, definisi perkawinan juga bisa dilihat dari peraturan perundang-undangan yang berlaku di Indonesia, yakni Undang- undang Republik Indonesia nomor 1

Selain penguasaan materi, bentuk tanggung jawab seorang guru juga adalah penggunaan strategi, model atau pola pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan kurikulum yang berlaku,

Saat ini hijab selain menjadikan jati diri seorang muslimah dan memenuhi perintah Ilahi, hijab juga mempunyai nilai tren positif dalam perubahan penampilan pada

Selain itu, walaupun seorang raja yang berkuasa di daerah tersebut dan juga sudah menjadi pusat kekuasaan dalam pemerintahan, raja selalu melibatkan hukum positif yang berlaku di dalam

Tidak ada ketentuan kapan harus memakai pegangan yang mana karena pemain atau pelempar lembing juga bisa menggunakan Finlandia Style sedari awal apabila memang lebih nyaman dengan