• Tidak ada hasil yang ditemukan

Satu Bulan Tiga Bintang 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Satu Bulan Tiga Bintang 5"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1 BULAN 3 BINTANG (Lima)

UMMU HANI ABU HASSAN

1. INT.RUMAH UMAIRAH. SIANG

MAS ALINA DATANG MELAWAT UMAIRAH YANG DEMAM. MEREKA DUDUK DI RUANG TAMU.

MAS ALINA

Ni Mas bawakan sekali nota dan latihan yang cikgu bagi(SUAKAN KERTAS NOTA/LATIHAN) Eh, Umairah demam sebab surat Toriq tu ke?

UMAIRAH

(GELENG KEPALA)Bukanlah Mas tapi Umairah memang terkejut Toriq yang hantar surat tu. Rasanya, tak nak jumpalah Toriq di sekolah, tentu dia malu.

MAS ALINA

Dia pesan pada Mas supaya sampaikan minta maaf dia. Awak boleh maafkan dia Umairah?

UMAIRAH

Memang Umairah marah tapi kalau dia janji tak buat lagi, Umairah akan maafkan Toriq. Mas jangan bagitau sesiapa pun tau?

MAS ALINA

Mas janji, eh mana Kak Eka?

UMAIRAH

Ada kat dapur, nanti Umairah panggil.

UMAIRAH PERGI KE DAPUR, KEMUDIAN MUNCUL SEMULA DENGAN KAKAK EKA. MAS TERKEJUT MELIHAT KECANTIKAN DAN KESOPANAN KAK EKA. DIA

MENYALAMI KAKAK EKA.

EKA

(2)

dapat kenal Mas.

MAS ALINA

Saya pun suka kenal dengan Kak Eka. Umairah kata Kak Eka cantik dan baik. Betul kata Umairah.

EKA

Alhamdulillah, semua itu anugerah Tuhan. Sekejap ye, akak hidangkan air dan kueh. Akak masak khusus untuk Mas.

KAKAK EKA PERGI KE MEJA MAKAN UNTUK HIDANG JUADAH. MAS ALINA TARIK UMAIRAH DEKATNYA.

MAS ALINA

Cantiknya Kak Eka ni. Tak macam bibik pun. Aku pun rasa dia baiklah Umairah.

UMAIRAH

Tulah Mas, tak kenal maka tak cinta. Sejak Kak Eka ada sini, taklah kami sunyi sangat. Nenek pun ada kawan bila kami pergi

sekolah.

MAS ALINA

Kak Eka tu dah kahwin ke belum?

UMAIRAH Belum lagilah.

MAS ALINA

Nanti dia kahwin, kena cari bibik barulah. (TAK JADI TERUSKAN CAKAP BILA KAK EKA

DATANG)

KAK EKA

Umairah,Mas kakak dah hidangkan makanan tu, jom makan dulu nanti sejuk.

(3)

2. INT. BILIK UMAIRAH. DALAM

UMAIRAH BUAT LATIHAN SEKOLAH DI MEJA BELAJAR. TIBA-TIBA TERDENGAR KAK EKA BERI SALAM DARI LUAR. UMAIRAH SEGERA BUKAKAN PINTU DAN AJAK KAK EKA MASUK.

KAKAK EKA

Umairah rasa pening lagi tak? (TANGAN KAK EKA LETAK DI DAHI UMAIRAH)Badan dah tak panas, malam ni tidur awal ye.

UMAIRAH

Umairah nak siapkan sikit lagi kerja sekolah, esok nak tunjuk pada cikgu.

KAKAK EKA

Rajinlah Umairah belajar. Akak kagum dengan semangat Umairah.

UMAIRAH

Kak Eka, Umairah dah tahu siapa budak lelaki yang hantar surat tu. Dia budak kelas lain tapi selalu juga jumpa dia. Mmm..Umairah nak jauhkan diri atau buat macam biasa?

KAKAK EKA

Umairah kena bagi nasihat pada dia. Tak perlu larikan diri, lagipun bukan Umairah yang bersalah.

UMAIRAH

Terima kasih Kak Eka. Masa Umairah demam, Kak Eka yang banyak jaga Umairah. Nampaknya Umairah kena bagi Kak Eka hadiah.

KAKAK EKA

(4)

hadiah pada Kak Eka.

UMAIRAH PELUK KAK EKA. KETIKA ITU NENEK BUKA PINTU, NENEK TERHARU MELIHAT UMAIRAH DAN KAK EKA YANG MESRA BERSAMA.

3. INT. BILIK ENCIK SYAMSUL. MALAM

ENCIK SYAMSUL DI TINGKAP. MELIHAT BULAN DAN BINTANG DI LANGIT. WAJAH RINDU PADA ARWAH ISTERI.

SUARA HATI ENCIK SYAMSUL

Odah, setiap hari abang berjuang dengan perasaan rindu pada Odah. Di depan anak-anak, abang boleh kuat. Bila bersendirian, abang resah dan sedih. Mungkinkah ini saat terbaik abang tunaikan wasiat Odah? Cuma abang risaukan anak-anak, bolehkah mereka terima dia?

ENCIK SYAMSUL TUTUP LANGSIR. DIA BERJALAN KELUAR BILIK. KETIKA DIA BUKA PINTU, WAKTU YANG SAMA EKA NORVIYANTI KELUAR DARI BILIK UMAIRAH. MEREKA SALING BERPANDANGAN. EKA NORVIYANTI HANYA SENYUM DAN SEGERA TURUN KE BAWAH. ENCIK SYAMSUL TUTUP PINTU, TAK JADI NAK KELUAR. WAJAHNYA SERBA-SALAH.

4. EXT. BUS STOP DEPAN SEKOLAH. SIANG

SYAMIL DAN SAIFUL SEDANG TUNGGU BAS. SAFUAN HAMPIRI SYAMIL.

SAFUAN

Syamil, abang balik dengan kawan, abang nak duduk perpustakaan dulu sampai petang.

SYAMIL

Abang Safuan dah bagitau ayah?

SAFUAN

(5)

SAFUAN BERLARI MASUK KE KAWASAN SEKOLAH SEMULA. SYAMIL DAN SAIFUL BERPANDANGAN.

SAIFUL

Saiful tahu Abang Safuan merajuk dengan ayah. Pagi tadi dia pinjam duit Saiful, dia suruh Saiful minta duit semula dari Ayah. Dia macam nak elak jumpa ayah. Agaknya ayah marah sebab dia berkawan dengan budak perempuan kot.

SYAMIL

Pandai-pandai jelah Saiful ni. Mana Abang Safuan kawan dengan perempuan. Dahlah, jangan suka jaga tepi kain orang, nanti tak ramai kawan, faham?

SAIFUL (MUNCUNGKAN MULUT)

SYAMIL GELENG KEPALA DENGAN SIKAP SAIFUL.

5. EXT. SEKOLAH. SIANG

UMAIRAH BERJALAN KE KOPERASI SEKOLAH. DIA KEMUDIANNYA MASUK SEBELUM KELUAR DENGAN SEKUNTUM BUNGA ROS. TAK JAUH DARI SITU, TORIQ NAMPAK UMAIRAH BAWA BUNGA ROS. WAJAH TORIQ KEHAIRANAN, TERTANYA-TANYA UNTUK SIAPA BUNGA ROS YANG DIBELI UMAIRAH.

6. SAMA

UMAIRAH DAN MAS ALINA BERJALAN BERSAMA-SAMA KE PINTU PAGAR SEKOLAH. TORIQ HANYA MEMERHATI DARI JAUH ATAS BASIKALNYA. TAK LAMA KEMUDIAN, UMAIRAH MASUK DALAM KERETA MILIK KELUARGA MAS ALINA.KERETA BERLALU PERGI.

TORIQ

Agaknya bunga ros tu nak bagi mak Mas kot. Ceh, ingatkan untuk aku. (SENYUM PERASAN)

(6)

KERETA AYAH MAS BERHENTI DEPAN RUMAH UMAIRAH. UMAIRAH TURUN DAN MELAMBAI TANGAN PADA MAS ALINA. KEMUDIAN DIA BERLARI DAN BUKA PINTU PAGAR. TANGANNYA CUBA SOROKKAN BUNGA DI BELAKANG BADAN. WAJAH UMAIRAH CERIA DAN TAK SABAR. UMAIRAH MASUK KE DALAM RUMAH.

7. INT. RUMAH UMAIRAH. SIANG

UMAIRAH HAIRAN MENGAPA NENEK DAN KAK EKA TIADA. DIA MASUK KE DAPUR, KETUK PINTU BILIK KAK EKA NAMUN TAK BERJAWAB.

UMAIRAH

Nenek..nenek... Aik! Mana pula nenek dan Kak Eka pergi ni?

UMAIRAH BELEK BUNGA ROS DI TANGANNYA. DIA SENYUM KEMUDIAN BERJALAN NAIK KE BILIKNYA.

8. SAMA

SYAMIL DAN SAIFUL BARU SAMPAI DARI SEKOLAH. MASING-MASING LETIH DAN LAPAR. SAIFUL TERUS KE MEJA MAKAN, DIA TERLIUR DENGAN LAUK-LAUK YANG TERHIDANG.

SYAMIL

Jom solat Zohor dengan Abang Syamil dulu, dah pukul 2 lebih ni. Lepas tu kita makan sama-sama.

SAIFUL

Abang Syamil solat dululah, Saiful nak makan, lapar sangat ni. Nanti solat pun tak khusyuk terbayang nasi dan lauk.

SYAMIL

(7)

bilik. Tadi depan tu kasut sekolah Umairah adakan?

SAIFUL

A’aa..(MAKAN DENGAN LAHAP)

SYAMIL

Baguslah Umairah dah balik, risau juga kalau Umairah takde orang ambil.

SAIFUL

Ayah pergi mana

dengan nenek dan Kak Eka?

SYAMIL

Ayah kata pagi tadi nak bawa nenek pergi rumah keluarga Kak Eka. Kak Eka rindu kot pada

adik-adiknya.

SYAMIL NAIK KE BILIK. SAIFUL MAKAN DENGAN PENUH BERSELERA, TAK SEMPAT TANGGAL PAKAIAN SEKOLAHNYA.

9. INT. BILIK UMAIRAH. SIANG

UMAIRAH TERJAGA DARI TIDUR. DIA TENGOK JAM DI TANGAN SUDAH PUKUL 4 PETANG. UMAIRAH SEGERA BANGUN MERAPATI TINGKAP, DARI ATAS DIA NAMPAK KERETA AYAHNYA. UMAIRAH SENYUM.

UMAIRAH AMBIL BUNGA ROS YANG DIMASUKKAN DALAM BEKAS AIR. BUNGA ROS ITU MASIH SEGAR. DIA MEMBELEK KAD YANG TERGANTUNG DI BUNGA ROS. KAD ITU TERTULIS : Buat Kak Eka yang Umairah sayangi. Terima kasih menjaga Umairah ketika sakit.

(8)

10. INT. RUANG TAMU. SIANG

UMAIRAH TAK JADI MASUK KE RUANG TAMU. DIA NAMPAK AYAH, NENEK DAN KAK EKA SEDANG DUDUK DI SOFA. WAJAH MASING-MASING SERIUS. UMAIRAH CUBA DENGAR MEREKA BERCAKAP DI BALIK PASU BUNGA BESAR.

NENEK

Nampaknya keluarga Eka takda masalah. Sekarang bagitaulah anak-anak dengan baik.

ENCIK SYAMSUL Saya akan bagitau Umairah dulu, kemudian

abang-abangnya. Eka, kamu bersedia?

EKA NORVIYANTI

Ya abang Syamsul. Eka bersedia jadi ibu kepada anak-anak abang.

WAJAH UMAIRAH BERUBAH CEMAS. BUNGA DI TANGANNYA TERJATUH. DIA BERLARI KE DEPAN.ENCIK SYAMSUL, NENEK DAN KAK EKA TERKEJUT MELIHAT UMAIRAH.

UMAIRAH

Ayah nak kahwin dengan Kak Eka?!

ENCIK SYAMSUL

Ya sayang, tadi ayah dah pergi meminang Kak Eka dan bagitau keluarganya di kampung.

UMAIRAH

(9)

pembantu rumah. Umairah kecewa!!!

EKA NORVIYANTI

Umairah..dengar dulu, akak tak bermaksud macam Umairah cakap..

UMAIRAH BERLARI NAIK KE BILIKNYA. DIA TOLAK TANGAN KAKAK EKA YANG CUBA PEGANGNYA. NENEK DAN AYAH TERGAMAM.

11. INT. BILIK UMAIRAH. SIANG

UMAIRAH MENANGIS. DI TANGANNYA PEGANG GAMBAR ARWAH IBU. MATANYA BENGKAK. DI LUAR, AYAH DAN NENEK KETUK BILIK UMAIRAH. UMAIRAH TAK MAHU BUKA PINTU.

UMAIRAH

Ibu..Umairah rindukan ibu. Sampai hati ayah dah cari pengganti ibu. Umairah tak suka pada Kak Eka, dia yang goda ayah. Jika dia tak datang sini, ayah takkan nak kahwin lagi. (MENANGIS DAN PELUK GAMBAR IBU)

V/O ABANG SYAMIL

Umairah..buka pintu, ni abang Syamil.

UMAIRAH BANGUN DAN BUKA PINTU. ABANG SYAMIL MASUK. UMAIRAH SEGERA KUNCIKAN SEMULA PINTU BILIKNYA. DIA MENANGIS. ABANG SYAMIL DUDUK DI SISI UMAIRAH DAN CUBA PUJUK ADIKNYA ITU.

SYAMIL

Umairah..abang tahu Umairah marah ayah dan Kak Eka. Tapi Umairah janganlah kurung dalam bilik, kami semua risau tau.

UMAIRAH

(10)

ayah.

SYAMIL

Astagfirullah, tak baik Umairah cakap macam tu. Kak Eka...

UMAIRAH

Kalau Abang Syamil nak bela dia, Umairah tak mahu dengar. Kenapa semua orang boleh setuju? Nenek dan ayah tu agaknya kena sihir dengan Kak Eka.

SYAMIL

Umairah! (SUARA AGAK TINGGI) Istigfar banyak-banyak, syaitan dah masuk dalam badan Umairah. Jangan cakap macam tu, tak baik.

UMAIRAH

(BERTAMBAH SEDIH DAN MARAH) Malam ni Umairah nak tidur rumah Cikgu Nuridah. Umairah dah telefon cikgu ambil Umairah sekarang. Umairah tak boleh terima semua ini, nenek, ayah,abang Syamil semua bela Kak Eka. Dia perempuan licik!

SYAMIL GELENG KEPALA. UMAIRAH PEKUP MUKANYA DENGAN BANTAL DAN SURUH SYAMIL KELUAR DARI BILIK.

12. INT. BILIK EKA. SIANG

SAIFUL DI DEPAN BILIK KAK EKA. SAIFUL JUGA AMAT MARAH PADA KAK EKA DAN AYAH. KAK EKA MENANGIS DI KATILNYA. SAIFUL BERCEKAK PINGGANG DEPAN PINTU.

SAIFUL

(11)

AYAH MUNCUL DI SITU, TERKEJUT DENGAN KELAKUAN SAIFUL YANG KURANG AJAR PADA KAK EKA.

AYAH Saiful!!

SAIFUL

Saiful benci semua ni!

SAIFUL BERLALU. AYAH MENGUSAP MUKA, CUBA TAHAN MARAH. KAK EKA TUTUP PINTU BILIKNYA. MENANGIS DARI DALAM.

13. EXT. HALAMAN RUMAH. SIANG

UMAIRAH BAWA BEG SEKOLAH DAN BEG PAKAIAN MASUK DALAM KERETA CIKGU NURIDAH. NENEK DISABARKAN ABANG SYAMIL. NENEK SEDIH DENGAN SIKAP UMAIRAH YANG TAK MAHU BERCAKAP DENGAN SESIAPA. CIKGU

NURIDAH KELUAR KERETA DAN BERBINCANG DENGAN ENCIK SYAMSUL.

CIKGU NURIDAH

Saya akan jaga dia baik-baik Syam. Hati dia tengah marah, esok tenanglah tu. Saya akan pujuknya insya Allah.

ENCIK SYAMSUL

Saya takkan kahwin dengan Eka, Nuridah. Selagi anak-anak tak izinkan. Tapi Umairah tak bagi peluang saya bercakap, dia tak mahu tengok muka saya pun (AIR MATA BERGENANG)

CIKGU NURIDAH

Sabar Syam. Umairah tu sedang nak matang, dia perlukan masa untuk berfikir waras. Jangan risau, saya akan pantau dia.

ENCIK SYAMSUL

Saya bersalah kerana buat keputusan

(12)

CIKGU NURIDAH

Syam, kuatkan hati, jangan mengeluh lagi. Ini wasiat Odah, saya tahu awak dan Eka juga dalam dilema. Percayalah, semuanya akan baik nanti. Saya balik dulu.

Assalamualaikum

CIKGU NURIDAH MENYALAMI NENEK. DIA KEMUDIAN MASUK DALAM KERETA. NENEK MENANGIS PANGGIL UMAIRAH KETIKA KERETA ITU BERLALU PERGI. SAIFUL MENANGIS DI SATU SUDUT. WAJAHNYA SARAT DENDAM PADA AYAH DAN KAK EKA.

14. BILIK SAFUAN. MALAM DALAM

SAFUAN MUNDAR-MANDIR DALAM BILIK. DIA FIKIRKAN SESUATU. WAJAHNYA JUGA RUNSING. SYAMIL MASUK.

SYAMIL

Abang Safuan jomlah makan. Takde sape pun makan kat bawah tu. Nenek dan ayah dalam bilik. Saiful dah tidur. Syamil sedihlah macam ni. Kesian makanan yang terhidang.

SAFUAN

Abang dah agak ayah akan kahwin dengan Eka. Abang tahu, mereka suka sama suka. Abang tak marah sebab itu hak ayah tapi kenapa cepat sangat? kesian Umairah, macam mana dia nak hadapi UPSR minggu depan? Kita tak boleh biarkan Umairah kat rumah Cikgu tu. Ayah kena minta maaf dan pujuk Umairah balik. Eka tu tak payah kerja di rumah kita lagi. Lepas SPM, Abang akan tumpu buat kerja di rumah ni.

(13)

Syamil setuju dengan cadangan abang. Tapi abang cakaplah baik-baik pada ayah. Sebagai anak, kita tak boleh berkasar dengan ibubapa. Arwah ibu selalu pesan, anak-anak mesti jaga hati ayah dan ibu.

SAFUAN

Syamil, abang kagum dengan kau. Waktu macam nipun kau boleh tenang dan cool. Abang rasa, kaulah paling sesuai sampaikan pada ayah. Abang takut, abang akan naik angin nanti.

SYAMIL

Istigfar dan selawat bang. Setiap sesuatu ada hikmahnya. Ayah tetap seorang ayah, kita anak tetap ada batasnya. Insya Allah, esok Syamil bagitau ayah baik-baik. Jomlah makan sikit. Nanti sakit perut. Syamil pun risau dengan Saiful, Syamil takut dia lari dari rumah.

SAFUAN

Kalau macam tu, malam ni kita tidur dengan saiful. Kau kunci semua pintu dan sorok kunci.

SYAMIL KELUAR DARI BILIK. SAFUAN AMBIL NAFAS, CUBA TENANGKAN DIRI.

15. INT. BILIK KAK EKA. MALAM

KAK EKA DI TIKAR SEMBAHYANG, BERDOA DENGAN PENUH MENGHARAP.

KAK EKA

(14)

16. INT. BILIK UMAIRAH. MALAM

NENEK DUDUK DI KATIL, BACA QURAN UNTUK TENANGKAN HATINYA. DIA TERINGATKAN UMAIRAH. PINTU DIBUKA, AYAH MASUK DAN DUDUK DI MEJA BELAJAR UMAIRAH. MATA AYAH BARU LEPAS MENANGIS.

ENCIK SYAMSUL

Mak, saya tak pernah rasa sedih macam ni. Masa arwah Odah meninggal, saya sedih. Tapi hari ini,saya lagi sedih dan menderita. Anak-anak pulaukan saya. Syamil sorang yang nak bercakap baik dengan saya mak. Saya menyesal sebab fikir hal ni begitu cepat. (MENANGIS)

NENEK

Sham, sabarlah. Mak percaya anak-anak kau akan baik. Berilah mereka masa. Mak pun sedih Sham, Umairah marah sangat. Tak pernah mak tengok dia marah macam petang tadi.

ENCIK SYAMSUL

Saya takkan kahwin dengan Eka mak. Itu keputusan saya.

NENEK

( HELA NAFAS) Terpulang pada kau Sham. Esok, kita pergilah rumah Cikgu Nuridah, kita pujuk Umairah. Mak tak boleh tahan kalau Umairah masih marah kita. Mak pun rasa bersalah pada dia dan abang-abangnya. (MULA NAK MENANGIS)

ENCIK SYAMSUL

Mak tidurlah dulu. Saya nak solat hajat dan taubat. Moga-moga kita semua dipandu Allah SWT dalam menilai ujian hidup.

(15)

17. INT. BILIK EKA. MALAM

EKA BARING DI KATIL. MATA MERENUNG SYILING. AIR MATA MELELEH DI PIPI, MEMBASAHI BANTAL. EKA TERKENANGKAN SAAT MANIS BERSAMA ARWAH KAK SAODAH (IBU UMAIRAH) DAN UMAIRAH.

18. FLASHBACK

EKA DAN SAODAH DUDUK BERSEMBANG DI TAMAN. SAODAH PELUK BAHU EKA. MEREKA KELIHATAN MESRA DAN RAPAT SEPERTI ADIK DAN KAKAK.

- GAMBAR EKA DAN UMAIRAH MAIN KEJAR-KEJAR DI HALAMAN RUMAH. UMAIRAH PELUK EKA.

- GAMBAR UMAIRAH TERBARING DEMAM, EKA JAGA UMAIRAH PENUH KASIH SAYANG

- GAMBAR UMAIRAH TEPIS TANGAN EKA, MARAH EKA NAK KAHWIN DENGAN AYAHNYA.

19. INT. RUMAH CIKGU NURIDAH. MALAM

UMAIRAH TIDAK DAPAT TIDUR. BANGUN CAPAI BEG SEKOLAHNYA. UMAIRAH KELUARKAN DIARI ARWAH IBU. MATA UMAIRAH SEMBAB KERANA BANYAK MENANGIS. UMAIRAH MULA MEMBACA DIARI IBU.

UMAIRAH

Hari ini aku telah berjumpa dengan Eka Norviyanti. Gadis cantik dan alim ini adalah adik angkatku. Arwah ibu Eka telah mendermakan buah pinggangnya padaku. Aku sangat terhutang budi pada keluarga mereka. Entah kenapa, hatiku amat mengharapkan Eka menggantikan tempatku jika aku tiada nanti. Aku yakin dirinya dapat menjadi isteri dan ibu kapada anak-anakku terutama Umairah. Aku telah melamar Eka dan berpesan pada suamiku. Aku tahu mereka berat dengan permintaanku tapi aku sentiasa berdoa moga mereka ada jodoh.

(16)

UMAIRAH

Ya Allah, betulkah ibu yang melamar Kak Eka untuk ayah? (UMAIRAH PEKUP MUKANYA)Ayah...Kak Eka..maafkan Umairah...

Referensi

Dokumen terkait

yaitu Badan Usaha Milik Desa yang sesuai dengan Permendagri nomor 39 tahun 2010 tentang badan usaha milik desa, yang menyebutkan bahwa: “Untuk meningkatkan kemampuan

Yang menjadi masalah dalam pelayanan sektor publik, sebagaimana sering ditemui, adalah bahwasanya para pimpinan unit/organisasi pelayanan acapkali kurang memiliki sifat

sangat penting dalam kerjasama antar negara satu dengan negara lain walaupun oknum yang bekerja dalam melakukan hubungan perdagangan atau terjadinya blok

Soal adalah alat untuk mengujian pengetahuan mahasiswa. Topik tersusun dari beberapa soal yang digunakan untuk menilai pemahaman mahasiswa atas materi tersebut. Soal

Banyak orang akan menerima apa yang terjadi saat itu dan mereka akan tahu bahwa dirinya telah diberi dengan Karunia yang besar dari Rahmat dan Kerahiman IlahiKu.. Pertobatan

Hasil tersebut menunjukkan bahwa nilai signifikansi F lebih kecil dari 0,05, yang berarti bahwa secara bersama-sama variabel motivasi karir, motivasi ekonomi, dan

di Kendari (“geoexplor.wordpress.com”, par. Wisata di kota Kendari ini memerlukan media informasi yang tepat dan komunikatif karena informasi tentang wisata-wisata ini

berarti ada hubungan antara umur dengan resiko osteoporosis. Menurut asumsi peneliti banyaknya lansia yang berumur > 65 tahun yang menderita osteoporosis