• Tidak ada hasil yang ditemukan

Satu Bulan Tiga Bintang 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Satu Bulan Tiga Bintang 3"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1 BULAN 3 BINTANG(Tiga)

UMMU HANI ABU HASSAN

1. INT.RUMAH UMAIRAH. SIANG

UMAIRAH SEDANG PAKAI STOKIN PUTIH, SIAP NAK PERGI KE SEKOLAH. SAIFUL DATANG MENDEKATI UMAIRAH.

SAIFUL

Ayah cakap hari ini pembantu rumah akan datang sini. Agak- agak Umairah, dia tua ke muda?

UMAIRAH

Hah! Pembantu rumah? Bibik? Bila ayah cakap?

SAIFUL

Semalam, masa Umairah dah tidur. Bagus ada pembantu rumah, tak payah Umairah ponteng sekolah nak jaga nenekkan?

UMAIRAH

Eleh, Abang Saiful yang sebenarnya nak ponteng sekolah hari nikan? Hahaha..ayah tak bagi. Sekurangnya semalam Umairah dah masak,sedap tak?

SAIFUL

Setakat masak gulai, abang Saiful boleh buat.

ENCIK SYAMSUL MASUK, SIAP DENGAN PAKAIAN KE PEJABAT. UMAIRAH DAN SAIFUL DIAM, TIDAK BERGADUH LAGI. BIMBANG AYAH MARAH.

UMAIRAH

Ayah, betul ke rumah kita nak ada pembantu rumah?

(2)

Insya Allah petang ni dia sampai, namanya Kakak Eka Norviyanti. Ayah harap, Umairah dan Saiful tak nakal dan bergaduh lagi.

SAIFUL Dia muda lagi ayah?

ENCIK SYAMSUL

Dah tua. Sebaya dengan nenek. (SENYUM)

UMAIRAH

Kalau sebaya nenek, kenapa kena panggil kakak? Larat ke dia buat kerja, nanti terjatuh macam nenek lagi.

ENCIK SYAMSUL

Tunggulah dia datang dulu, kamu tengok sendiri. Cepat! Masuk dalam kereta. Saiful, esok jangan lewat, hari ni dah tertinggal bas sekolah. Hai budak ni..(GELENG KEPALA PADA SAIFUL YANG SENGIH. SAIFUL DAN UMAIRAH BERLARI NAK REBUTKAN TEMPAT DUDUK SEBELAH AYAH)

2. SAMA

NENEK BERJINGKIT JALAN MASUK KE TANDAS BILIK UMAIRAH. WAJAHNYA MENAHAN SAKIT TETAPI CUBA UNTUK BERJALAN. NENEK TOLAK PINTU TANDAS. TIBA-TIBA MATA NENEK TERPANDANGKAN TUALA WANITA YANG TELAH DICUCI ATAS SINKI. NENEK GELENG KEPALA, WAJAHNYA KESAL.

NENEK

Budak perempuan sekarang ni tak sensitif langsung pasal benda ni. Umairah...Umairah.. nak kena nenek bagitau juga hal macam ni pun!

(3)

3. EXT. SEKOLAH. SIANG Sabarlah ye, saya simpati pada awak. Setiap hari saya cuba letakkan diri saya di tempat awak, saya rasa tak mampu juga hidup tanpa ibu. Tapi ini takdir Tuhan, tak boleh kita tolak.

UMAIRAH

(SENYUM) Maaf Mas, awak dah salah sangka. Saya bukan sedih tentang arwah ibu. Saya dan

keluarga dah boleh terima hakikat ibu meninggal dunia. Cuma...

MAS ALINA Toriq kacau awak ke?

UMAIRAH

Toriq? Kenapa dia? (KERUT DAHI, PELIK NAMA TORIQ DISEBUT)

MAS ALINA

Kalau dia kacau awak, bagitau saya ye.

UMAIRAH

(4)

MAS ALINA

(TERKEJUT) Hah! Awak tau Umairah, bulan lepas bibik kat rumah saya bawak lari semua barang kemas mama. Sampai hari ini kami tak dapat kesan dia, mungkin dah balik negaranya. Awak kena hati-hati!

UMAIRAH

(CEMAS) Betul ke Mas? Itulah yang saya risau sangat. Tapi kalau takda bibik, kesian nenek kena buat kerja rumah.

MAS ALINA

Bila pembantu rumah awak datang nanti, awak mesti perhatikan dia, jangan cepat bagi muka. Bibik kami dulu, kami layan macam keluarga sendiri, tengok-tengok dia sanggup merompak kami. Jahat betul!

UMAIRAH

Mas..saya risaulah. Tak tahulah ayah dapat mana pembantu rumah ni. Saya akan pesan pada abang-abang saya supaya perhatikan dia.

LOCENG BERBUNYI. MAS ALINA DAN UMAIRAH CEPAT HABISKAN MINUMAN DAN BERGEGAS NAK KE KELAS.

4. SAMA

MAS ALINA TERNAMPAK TORIQ DAN MUIZ SEDANG BERDIRI DI TEPI BANGUNAN. PELAJAR-PELAJAR LAIN HANYA MEMERHATI MEREKA. MAS ALINA TARIK UMAIRAH MENGHAMPIRI TORIQ.

DI BAJU TORIQ DAN MUIZ TERTAMPAL KERTAS YANG BERBUNYI, “KAMI JANJI TAK BUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT LAGI.”

(5)

MAS ALINA

(MASIH KETAWA) Padan muka budak dua orang tu, nakal sangat. Setiap hari ada je benda tak baik diaorang buat. Entahlah nak serik ke tidak tu..

UMAIRAH

Tak baik ketawakan mereka Mas. Doakanlah mereka.

MAS ALINA

Toriq tu tahupun malu. Merah muka dia tadi. (KETAWA)

UMAIRAH

(GELENG KEPALA) Mas, cikgu dah nak masuk kelas tu, cepat.

UMAIRAH DAN MAS ALINA BERLARI MASUK KELAS.

5.INT. BILIK SAFUAN. SIANG

SAFUAN MASUK BILIK, MASIH BERPAKAIAN SEKOLAH. DIA DUDUK DI KERUSI BELAJAR. KEMUDIAN KELUARKAN SESUATU DARI BEG SEKOLAHNYA. SEKOTAK HADIAH DAN KAD BERWARNA PINK.

SAFUAN BUKA HADIAH, ADA SEPOTONG KEK YANG BERWARNA-WARNI. BILA DIA BUKA SAMPUL, TERJATUH GAMBAR SEORANG WANITA. SAFUAN TAK PERASAN GAMBAR TU JATUH. KETIKA ITU JUGA SAIFUL MASUK DALAM BILIK. SAFUAN TERGAMAM DAN CEPAT SOROKKAN HADIAH.

SAIFUL

Wanginya..bau apa ni (HAMPIRI SAFUAN)Eh, gambar siapa ni?

SAIFUL AMBIL GAMBAR WANITA CANTIK DI BAWAH MEJA. SAFUAN SEGERA RAMPAS GAMBAR TERSEBUT. MUKANYA CEMAS DAN MARAH.

SAIFUL

(6)

SAFUAN

Bukan awek abanglah. Jangan bagitau ayah! Ni bukan awek abang!!

SAIFUL

Jadi budak perempuan ni peminat abang ek?

SAFUAN

Tolonglah jangan menyibuk Saiful. Pergi keluar.

SAIFUL

Kalau Abang Safuan tak bagitau Saiful, Saiful cakap pada ayah.

SAFUAN

(MUKA BENGANG) Budak perempuan tu minat abang tapi abang tak layan dia. Abang tak tahu pun nama dia. Pergilah keluar.

SAIFUL

Ye ke macam tu. Nak tengok hadiah tu boleh? (SAIFUL TERNAMPAK BUNGKUSAN HADIAH YANG CUBA DISOROKKAN SAFUAN).

SAFUAN

Adoi budak ni!!! Nah! Ambiklah. Abang tak teringin pun, orang bagi abang buat macam mana, abang ni memang hensem.

6. INT. RUANG TAMU. SIANG

(7)

ENCIK SYAMSUL

Eka, itu Safuan, anak sulung kami. Eh Safuan, mana Syamil dan Saiful?

SAFUAN

Er..er..kejap, Safuan panggil.

SAFUAN NAIK ATAS SEMULA. MASIH TIDAK PERCAYA DENGAN KECANTIKAN PEMBANTU RUMAH BARUNYA.

SAFUAN MUNCUL SEMULA DENGAN SAIFUL. SAIFUL JUGA TERKEJUT. UMAIRAH KEJIT MATA PADA SAIFUL

ENCIK SYAMSUL

Eka, itu Saiful, abang dari Umairah. Buatlah macam rumah sendiri. Bilik Eka belakang sana ye. Sekarang rehatlah dulu. Umairah bawa Kakak Eka ke bilik belakang.

UMAIRAH

Mari saya tolong kakak bawakan beg.

EKA NORVIYANTI

Takpe takpe, kakak boleh bawa sendiri.

SAIFUL

Saya boleh tolong kakak.

SAIFUL ANGKAT BEG EKA. DIA DAN UMAIRAH TUNJUKKAN EKA BILIK DI BELAKANG. AYAH DAN NENEK BERPANDANGAN DAN SENYUM. SAFUAN MASIH TERPANA DENGAN KECANTIKAN EKA.

7. EXT. HALAMAN RUMAH. SIANG

SAFUAN MENDAIL NO HP SYAMIL.

SAFUAN

Syamil, kau kat mana? Cepatlah balik,

(8)

(KETAWA) Tolong belikan abang air kopi dalam tin, malam ni abang nak berjaga malam, nak studylah, bukan tengok bola! Ok! Assalamualaikum.

SAFUAN DUDUK DI KERUSI. MUKANYA MASIH BERFIKIR.

SUARA HATI SAFUAN

Berapa umur Eka tu? Nampak macam sebaya aku je? Mana ayah jumpa dia? Ada pula orang Malaysia nak kerja bibik? Eh, dia dah ada pakwe ke belum? Merepeklah aku ni, kalau ayah tahu, teruk kena belasah.

SAFUAN TERINGAT AMARAN AYAH PADA MEREKA ADIK-BERADIK.

V/O AYAH

Ingat, kalau kamu semua bercinta masa sekolah, ayah tak teragak pukul kamu. Sekarang mesti tumpu belajar!!

SAFUAN PEGANG PIPINYA. MUKANYA BERKERIUT SEOLAH AYAH AKAN TAMPAR MUKANYA NANTI.

8.INT. BILIK EKA. MALAM

EKA BARU LEPAS BACA AL-QURAN. DIA LIPAT TELEKUNG TAPI MASIH PAKAI TUDUNG. UMAIRAH MENJENGUK DI MUKA PINTU. EKA GAMIT UMAIRAH MASUK.

EKA NORVIYANTI Umairah dah solat Magrib?

UMAIRAH

Umairah..er..er..cuti.

EKA NORVIYANTI

(9)

UMAIRAH (ANGGUK DAN MALU)

EKA NORVIYANTI

Ok, jangan takut. Kak Eka dulu pun datang masa darjah 6. Cuma,lepas ni Umairah kena berubah.

UMAIRAH Berubah? (PELIK)

EKA NORVIYANTI

Maksud Kak Eka, Umairah dah tak boleh buka aurat depan lelaki luar, tak boleh tinggal solat dan perkara wajib. Sebab sekarang Umairah dan tanggung dosa sendiri. (PEGANG BAHU UMAIRAH)

UMAIRAH

(ANGGUK DAN SENYUM)Terima kasih kak Eka.

EKA NORVIYANTI

Cantik Umairah senyum, macam muka arwah ibu Umairah.

UMAIRAH Kak Eka kenal ibu?

EKA NORVIYANTI

Kenal sebab ibu Umairah pernah tolong adik Kakak Eka masuk universiti. Arwah ibu Umairah juga usahakan kami adik-beradik dapat rumah bantuan kerajaan lepas mak ayah Kak Eka terlibat kemalangan jalanraya. Ibu Umairah baik sangat, tentu Umairah dan abang-abang pun baik.

UMAIRAH SENYUM. TERHARU DENGAN CERITA KAKAK EKA.

(10)

EKA NORVIYANTI HIDANGKAN MAKAN MALAM. ENCIK SYAMIL SEKELUARGA DI MEJA MAKAN. NAMPAK SAFUAN DAN SYAMIL SENYUM-SENYUM SESAMA SENDIRI MELIHAT KAKAK EKA. UMAIRAH TOLONG KAKAK EKA HIDANGKAN LAUK.

SETELAH SEMUA SIAP, ENCIK SYAMSUL BACA DOA.

NENEK

Eka,mari makan sekali. Duduk tepi nenek ni. (KERUSI TERSEBUT BERHADAPAN DENGAN SYAMIL, SAFUAN KEJIP MATA PADA SYAMIL YANG NAMPAK GEMURUH)

EKA NORVIYANTI

Takpelah nenek, saya makan lepas ni. (SEGAN)

UMAIRAH

Alah Kak Eka, marilah makan sekali.

ENCIK SYAMSUL

(PERASAN KELAKUAN SYAMIL DAN SAFUAN) Biar Kakak Eka makan lepas ni. Umairah makan dulu, nanti nak siapkan kerja sekolah.

EKA NORVIYANTI BERLALU KE BILIKNYA. ENCIK SYAMSUL MENGERLING SAFUAN YANG KETAP BIBIR.

SAIFUL

Sedapnya Kak Eka ni masak. Macam arwah ibu masak..

SEMUA MATA MEMANDANG SAIFUL. NENEK DAN AYAH SENYUM SAMBIL GELENG KEPALA.

10. INT. BILIK UMAIRAH.MALAM

UMAIRAH MASUK BILIK. TERKEJUT LIHAT NENEK BELUM TIDUR DAN SEDANG BACA KITAB

(11)

Umairah kacau Kak Eka ke?

UMAIRAH

Kak Eka tu suka berceritalah nek. Macam-macam dia kongsikan dengan Umairah. Tadi dia cakap Umairah dah besar, tak boleh tinggal solat dan buka aurat. (BERJALAN KE KATIL, BARING SEBELAH NENEK)

NENEK

Betullah tu Umairah. Nenek pun ada satu nak pesan juga ni..

UMAIRAH

Apa dia nenek? (TAK JADI ANGKAT SELIMUT)

NENEK

Umairah, kalau kita ternampak sampah, apa perlu kita buat?

UMAIRAH

Mestilah Umairah buang dalam tong sampah.

NENEK

Bagus Umairah. Allah dan Nabi Muhammad SAW sayangkan orang yang bersih. Hanya syaitan yang suka kawan dengan orang kotor sebab tu syaitan suka duduk di tandas. Umairah ada buang sampah merata-rata hari ni?

UMAIRAH (GELENG KEPALA)

NENEK

(SENYUM) Tapi tuala wanita tu sampah juga, Umairah kena balut dengan kertas baru buang dalam tong sampah. Malulah kalau orang lelaki nampak.

UMAIRAH

(12)

janji tak buat lagi.

UMAIRAH TARIK SELIMUT. DIA PEJAM MATA. WAJAHNYA MENAHAN MALU PADA NENEK. NENEK SENYUM. LAMPU DIPADAMKAN.

11. INT. BILIK EKA. MALAM

EKA NORVIYANTI BARING (PAKAI TUDUNG). DIA MEMBACA NOVEL. KEMUDIAN BANGUN, DUDUK BERSANDAR DI KATIL.

SUARA HATI EKA NORVIYANTI

Dapatkah mereka menerimaku? Kak Odah, kau bertuah mempunyai keluarga yang baik tetapi mampukan diriku menggantikan tempatmu?

12. INT. BILIK ENCIK SYAMSUL. MALAM

ENCIK SYAMSUL BARING DI KATIL. TANGANNYA CAPAI GAMBARNYA DAN ISTERI. DIA TERINGATKAN SESUATU.

13. SAMA

FLASHBACK

SAODAH (IBU UMAIRAH) TERBARING LESU. WAJAH SANGAT PUCAT. ENCIK SYAMSUL SUAPKAN BUBUR PADA ISTERINYA YANG UZUR.

SAODAH

Abang, perut Odah tak boleh terima makanan. Odah tak lama dah bang..

ENCIK SYAMSUL

Jangan cakap macam tu Odah. Odah kena kuat demi abang dan anak-anak.

SAODAH

(13)

ENCIK SYAMSUL

Bahagia dari Allah Odah bukan manusia yang bagi. Tapi abang cinta dan bahagia sangat dengan Odah.

SAODAH

Abang, jika abang cintakan Odah, abang mesti tunaikan harapan Odah. Dah lama Odah tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri, Odah nak abang kahwin lagi,

ENCIK SYAMSUL

Selagi Odah di sisi abang, takkan tergamak abang Odah. Kata-kata Odah itu menyakitkan abang.

SAODAH

Maafkan Odah bang. Tapi itulah hajat Odah. Jika Odah takda, abang berjanjilah tunaikan hajat itu.

ENCIK SYAMSUL

(Berat hati, angguk)Abang hanya akan terima pilihan Odah.

SAODAH

(senyum bahagia) terima kasih bang.

14. SAMA

(14)

ENCIK SYAMSUL

Bolehkah anak-anak terima dia? (WAJAH SERBA-SALAH)

15. INT. RUMAH UMAIRAH. SIANG

EKA NORVIYANTI DAN NENEK MENGHANTAR UMAIRAH DAN ENCIK SYAMSUL KE PINTU. UMAIRAH CIUM TANGAN EKA DAN NENEK. ENCIK SYAMSUL SENYUM PADA EKA, KETIKA MATA MEREKA BERTENTANGAN, EKA TUNDUK. MASIH SERBA-SALAH DAN MALU. SETELAH KERETA BERLALU, EKA PIMPIN TANGAN NENEK DUDUK DI SOFA.

EKA NORVIYANTI

Mulai sekarang, makcik tak boleh buat apa-apa kerja termasuk memasak, Saya yang akan buat.Makcik rehat sahaja ya.

NENEK

Kamu ni Eka, macam bos pulak, arah-arah makcik (KETAWA).

EKA NORVIYANTI

Saya tak mahu makcik sakit lagi. Itukan tanggungjawab saya. Maaf kalau makcik terasa hati dengan kata-kata tadi.

NENEK

(GELENG KEPALA DAN KETAWA). Makcik gurau saja, anggaplah rumah ni rumah sendiri dan budak-budak tu macam anak-anak sendiri. Nanti...

EKA NORVIYANTI TUNDUK, TERGAMAM DENGAN KATA-KATA NENEK.

16. EXT. TAMAN REKREASI. PETANG

UMAIRAH DAN MAS ALINA BERJOGGING (PAKAI TUDUNG). MEREKA KEMUDIANNYA DUDUK MENGADAP TASIK, LIHAT IKAN-IKAN BERENANG. AMBIL ANGIN SEGAR.

(15)

Mas, aku rasa Kak Eka itu orang yang baik. Tak macam bibik kau dulu. Dia cantik dan alim. Aku suka dengar nasihat dia. Takkanlah orang macam tu nak mencuri kot.

MAS ALINA

Memanglah mula-mula nampak baik, kita tak tahu dalam hatinya. Kau kena berjaga-jaga Umairah.

UMAIRAH

Kitakan tak boleh bersangka buruk. Berdosa tau Mas.

MAS ALINA

Tak salahkan berhati-hati. Umairah, kalau dapat 5A, kau nak belajar mana? Nak duduk asrama?

UMAIRAH

(ANGGUK) Aku nak masuk sekolah sains yang ada tahfiz al-Quran. Arwah ibu dulu selalu cakap teringin nak anak hafaz Quran, nampaknya akulah kena tunaikan harapan ibu.

UMAIRAH MERENUNG KE DEPAN. WAJAHNYA SARAT RINDU PADA IBU. MAS ALINA MENGANGGUK, FAHAM PERASAAN UMAIRAH.

17. INT. BILIK SAFUAN. MALAM

SYAMIL SEDANG BUAT KERJA SEKOLAH. SAFUAN BACA NOTA DI KATILNYA.

SAFUAN

(16)

SYAMIL

Pernah. Petang tadi dia cerita pasal keluarganya dengan Syamil dan Saiful. Kesian dia bang, dapat tawaran belajar di universiti tapi dia tolak sebab kena kerja nak jaga

adik-adik.

SAFUAN

Berapa umur dia Syamil?

SYAMIL 25 tahun.

SAFUAN

Ye ke..abang ingat umur dia 17 tahun..

SYAMIL

Abang malu-malu

dengan Kak Eka? Abang Safuan suka dia eh?

SAFUAN

Mana adalah. Pandai je Syamil ni!

SYAMIL

Tengok tu malu-malu, suka Kak Ekalah tu!

(17)

18. INT. BILIK UMAIRAH. MALAM

UMAIRAH MASUKKAN BUKU-BUKU SEKOLAH DALAM BEG.NAMPAK DIARI IBU JUGA DIMASUKKAN DALAM BEG. TIBA-TIBA SEPUCUK SURAT JATUH DARI DALAM BUKU SEKOLAH. UMAIRAH AMBIL SURAT ITU. WAJAHNYA HAIRAN.

UMAIRAH

Siapa pula bagi surat ni? (BUKA SURAT DAN BACA)

UMAIRAH (BACA SURAT) Umairah, bolehkah aku menjadi askar yang dapat menawan kota hatimu?

WAJAH UMAIRAH CEMAS DAN TAKUT. DIA SEGERA NAK KOYAKKAN SURAT TAPI TAK JADI. WAJAHNYA TERTANYA-TANYA.

UMAIRAH

Kalau ayah dapat tahu macam mana? Teruk aku nanti. Tapi siapa yang bagi surat ni?

Referensi

Dokumen terkait

Turap kayu digunakan untuk dinding penahan tanah yang tidak begitu tinggi Turap kayu digunakan untuk dinding penahan tanah yang tidak begitu tinggi karena tidak

Penelitian Monalisa dikhususkan menganalisis penggunaan prefiks “ o ” お atau “ go ” ご dalam keigo menggunakan teori sosiolinguistik, sedangkan penelitian yang

dari cerita temen saya itu membuat saya periksa mbak, apa saya juga mengalami atau tidak, karena saya takut kalo juga kena HIV, karena suami saya kan gak tau disana

dengan merumuskan dalil-dalil sintagmatik untuk merumuskan kombinasi fonemis yang biasanya muncul, berterima atau tidak berterima dalam suatu bahasa. Dari sini

Berdasarkan latarbelakang masalah tersebut, dirumuskan masalah penelitian sebagai berikut: (1) Bagaimana gambaran tingkat kapasitas organisasi (building capacity)

diperbolehkan melakukan Transaksi Efek, kecuali menjual Efek yang sudah berada di Rekening Efek Pihak Kedua. 8.4 Apabila Permintaan Pemenuhan Jaminan yang diminta

menyatakan bahwa orientasi seksual sejenis adalah gangguan kepribadian, Hasil jawaban yang tampil menunjukkan bahwa dasar pemahaman konselor dalam melihat

Jadi yang harus dilakukan pemimpin harus mengoreksi, memantau, mengetahui masalah-masalah yang sedang terjadi pada karyawan agar pemimpin bisa menyelesaikan masalah