• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Manusia dan Teknologi dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan Manusia dan Teknologi dan"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

H

UBUNGAN

M

ANUSIA

D

AN

T

EKNOLOGI

Anas Amir*

Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman purbakala lagi. Pelbagai jenis teknologi telah dicipta sejak daripada itu dan manusia terus mencipta dan berinovasi untuk mencipta teknologi baru. Sejak akhir abad ke-20, perkembangan teknologi nampaknya seperti telah mencapai suatu tahap yang luar biasa jika dibandingkan dengan teknologi zaman sebelumnya kerana teknologi masakini telah meresap jauh ke dalam tatacara hidup dan budaya manusia sehinggakan manusia pada masakini seolah-olah “tidak dapat hidup tanpa teknologi”. Persoalan tentang teknologi ini harus dilihat dari asas hubungan antara manusia dan teknologi itu sendiri kerana dua entiti yang telah lama bersama sudah tentu mempunyai hubungan tertentu.

Hubungan antara manusia dan teknologi ini telah lama dianalisa iaitu sejak zaman Greek Purba, Plato telah membuat satu tesis mengenai teknologi dengan mengatakan bahawa teknologi belajar ataupun menyerupai alam (Plato, Laws X 899a). Sebagai contoh, menurut Democritus pula, pembinaan rumah bermula dengan meniru burung layang-layang dan perbuatan mengait baju bermula dengan meniru labah-labah. Sebagai salah satu permulaan untuk melihat hubungan antara manusia dan teknologi ini dalam konteks zaman moden adalah analisis Martin Heidegger dalam bukunya Being and Time. Menurut Heidegger, alat ataupun teknologi haruslah difahami sebagai ‘hubungan’ atau

‘sambungan’ antara manusia dan dunia realiti. Terdapat dua sikap utama teknologi yang dapat

dikenalpasti oleh Heidegger iaitu ‘bersedia-untuk-digunakan’ dan ‘berada-di-tangan’. Beliau menyatakan bahawa peralatan yang dapat digunakan oleh manusia ketika mana peralatan tersebut ada

bersama manusia dipanggil sebagai peralatan yang ‘bersedia-untuk-digunakan’. Peralatan yang digunakan ketika mana peralatan tersebut berada bersama manusia kebiasaannya bukanlah menjadi perhatian manusia; sebagai contoh, seseorang menggunakan tukul untuk mengetuk paku ke dalam dinding, bukanlah tukul itu yang menjadi perhatiannya tetapi paku tersebut. Penglibatan manusia dengan dunia realiti terjadi melalui peralatan ‘bersedia-untuk-digunakan’ tersebut. Hanya apabila peralatan tersebut rosak, ia ingin diberikan perhatian untuk dirinya. Lalu peralatan tersebut dipanggil

menurut Heidegger sebagai ‘berada-di-tangan’ dan tidak dapat menjadi perantara antara manusia dan dunia realiti lagi.

Walaupun kita melihat teknologi yang mempunyai sikap ‘bersedia-untuk-digunakan’ seolah -olah tidak mendapat perhatian manusia tetapi teknologi tersebut tetap membentuk suatu konsep pengantaraan antara manusia dengan dunia realiti sehingga dapat merubah cara pandang hidup manusia. Konsep pengantaraan ini dikupaskan dengan lebih lanjut oleh seorang ahli falsafah teknologi Belanda, Peter Paul Verbeek. Verbeek membahaskan konsep pengantaraan melalui konsep hubungan manusia-teknologi daripada seorang ahli falsafah Amerika, Don Ihde dan juga seorang ahli falsafah Perancis, Bruno Latour. Sebelum kita memasuki perbahasan Verbeek, adalah lebih baik kita lihat dahulu konsep hubungan manusia-teknologi Ihde.

(2)

Hubungan Manusia-Teknologi Menurut Don Ihde

Menurut Don Ihde, jika kita fikirkan mengenai kehidupan seharian kita, terdapat empat jenis hubungan antara manusia dan teknologi yang dapat kita klasifikasikan, iaitu: Hubungan Penjelmaan, Hubungan Hermeneutik, Hubungan Keperubahan, dan Hubungan Latar Belakang.

Pertama, Ihde menyatakan tentang Hubungan Penjelmaan yang mana ianya adalah sama seperti

konsep ‘bersedia-untuk-digunakan’ Heidegger. Hubungan Penjelmaan ini menyatakan bahawa teknologi digabungkan bersama manusia supaya manusia dapat berhubungan dengan dunia realiti melalui teknologi tersebut dan teknologi tersebut seolah-olah menjadi lut sinar. Salah satu contoh yang dinyatakan oleh Ihde adalah teropong di mana manusia dapat melihat dunia realiti dengan lebih jauh menggunakan teropong. Kegunaan teropong bukanlah untuk manusia melihat teropong tersebut tetapi teropong itu memberikan satu bantuan penglihatan kepada manusia terhadap dunia realiti.

Kedua ialah Hubungan Hermeneutik ataupun kita boleh sebut sebagai Hubungan Tafsiran. Hubungan ini tidak memberikan manusia akses kepada dunia realiti dengan cara penggabungan dengan sesuatu teknologi tetapi memerlukan tafsiran manusia untuk memahami apa yang dimanifestasikan oleh sesuatu teknologi tersebut. Hubungan ini menyatakan bahawa walaupun manusia melihat sesuatu teknologi itu secara berhadapan dan sepontan, yang dilihatnya bukanlah teknologi itu sendiri tetapi suatu tafsiran terhadap dunia realiti. Contoh yang diberikan oleh Ihde mengenai hubungan ini ialah termometer. Dengan melihat termometer secara berhadapan, kita tidak akan dapat merasai atau mengetahui suhu sesuatu benda atau tempat secara spontan sebaliknya kita dapat melihat angka-angka yang tercatat pada termometer tersebut yang mana angka tersebut perlu ditafsirkan dahulu untuk diketahui suhu sesuatu benda atau tempat.

Ketiga, Ihde menyebut tentang Hubungan Keperubahan. Hubungan ini menyatakan bahawa teknologi dilihat dan ditanggapi sebagai sesuatu yang bukan dirinya ataupun sepertimana yang disebut

oleh Ihde sebagai “seakan-lain”. Hubungan ini dapat dikatakan sama seperti yang disebut Heidegger

iaitu ‘berada-di-tangan’. Contohnya, seperti kita mengeluarkan wang di mesin ATM yang mana kita akan menganggap mesin itu seperti pegawai bank yang memberi perkhidmatan untuk mengeluarkan wang.

Ketiga-tiga hubungan di atas dinyatakan oleh Ihde sebagai hubungan yang memerlukan perhatian manusia secara berhadapan akan tetapi hubungan yang terakhir ini tidak sentiasa memerlukan perhatian manusia. Hubungan ini dikenali sebagai Hubungan Latar Belakang. Ianya difahami sebagai

“ketiadaan kehadiran” kerana ia menunjukkan sesuatu teknologi itu bukanlah dialami secara berhadapan tetapi dapat dirasakan kehadiran teknologi tersebut pada latar belakang. Contohnya seperti sistem pendingin hawa automatik di dalam sebuah pejabat yang tidak memerlukan perhatian setiap hari tetapi tetap membentuk satu suasana sejuk kepada para penghuni pejabat tersebut.

Konsep Pengantaraan Teknologi

Menurut Verbeek, pengantaraan teknologi mempunyai dua perspektif yang mana setiap perspektif tersebut menggunakan pendekatan yang berbeza terhadap dunia realiti:

a) Pengantaraan daripada perspektif persepsi – Dilihat daripada perspektif dunia realiti dan bagaimana teknologi membentuk cara-cara manusia menafsirkan dunia realiti.

(3)

Pengantaraan Persepsi

Daripada empat kategori hubungan yang dibahaskan oleh Ihde, Verbeek menyatakan bahawa dua daripada empat kategori tersebut dapat dikenalpasti sebagai hubungan pengantaraan persepsi iaitu Hubungan Penjelmaan dan Hubungan Hermeneutik. Jika kita perhatikan kedua-dua hubungan tersebut, kita dapat lihat bahawa kedua-duanya menunjukkan hubungan yang berhadapan antara manusia dan teknologi atau alat tanpa menganggap teknologi tersebut sebagai suatu entiti yang lain ataupun teknologi tersebut bertindak di sebalik tabir.

Ihde menyatakan bahawa apabila teknologi menjadi pengantara antara manusia dan dunia realiti, kita akan melihat dunia realiti dengan cara yang berbeza atau dengan erti kata lain teknologi mengubah cara pandang kita terhadap dunia realiti. Perubahan pandangan ini juga, menurut Ihde, mempunyai struktur penguatan dan pengurangan. Maksudnya, pengantaraan teknologi ini menguatkan beberapa aspek dunia realiti dan mengurangkan beberapa aspek yang lain. Sebagai contoh, apabila kita menggunakan kamera termografik, kita dapat melihat imej dalam bentuk yang lain daripada realiti kerana kamera termografik menafsirkan realiti daripada aspek suhu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kita juga tidak dapat melihat aspek realiti yang kita dapat lihat dengan jelas dengan mata kasar seperti warna asal sesuatu objek. Ihde menamakan kapasiti teknologi untuk mengubah pandangan

ini sebagai ‘kesengajaan teknologi’.Setiap teknologi mempunyai ‘niat’ tertentu. Ini bukanlah bererti teknologi itu hidup secara sedar tetapi yang dimaksudkan adalah teknologi bukanlah sesuatu yang bersifat neutral, teknologi mempunyai peranan tertentu dalam membentuk hubungan antara manusia dan dunia realiti.

Namun, sifat kesengajaan teknologi tersebut bukanlah sesuatu yang tetap. Ianya bergantung kepada konteks kegunaan teknologi itu sendiri. Setiap teknologi mempunyai identiti yang tertentu dalam konteks kegunaan tertentu yang ditentukan oleh manusia yang menggunakan teknologi tersebut. Akan tetapi setiap teknologi mempunyai tahap kestabilan tertentu kerana tidak semua konteks kegunaan dapat ditentukan ke atas teknologi tertentu. Sebagai contoh, asal kegunaan telefon dan mesin taip bukanlah untuk kegunaan komunikasi dan penulisan tetapi sebagai teknologi bantuan untuk orang-orang yang tidak dapat menulis dan mendengar. Ihde memanggil fenomena ini sebagai ‘multi stabilities’

ataupun ‘kestabilan pelbagai’. Dengan ini, kita dapat mencari kestabilan lain dalam sesuatu teknologi dengan mengubah konteks kegunaan teknologi itu sendiri supaya kita dapat menemui sifat kesengajaan teknologi yang lain daripada tujuan asal teknologi tersebut lalu membentuk identiti baru teknologi tersebut.

Kita sudah melihat bahawa teknologi dapat menjadi pengantara dengan mengubah pandangan dunia realiti dan manusia dapat memberi pelbagai penafsiran terhadap pandangan dunia realiti yang dibawa oleh teknologi tersebut. Maka, kita dapat simpulkan bahawa teknologi juga dapat memberi impak terhadap keputusan moral manusia. Contoh yang paling banyak digunakan sekarang adalah yang berkaitan dengan teknologi perubatan seperti MRI dan ultrasound. Dengan menggunakan teknologi seperti ultrasound, kita dapat melihat fetus di dalam rahim ibu yang mana kita tidak dapat melihatnya tanpa menggunakan teknologi ultrasound tersebut. Kita juga dapat mengetahui keadaan kesihatan fetus tersebut melalui apa yang dilihat melalui teknologi ultrasound dan daripada itu kita dapat mentafsirkan dan membuat keputusan terhadap fetus tersebut. Dengan cara ini, teknologi membentuk pengalaman manusia dalam berhadapan dengan penyakit dan kandungan dalam perut ibu. Dengan berdasarkan keputusan ultrasound juga sesetengah orang mengambil keputusan untuk menggugurkan bayi dalam kandungan yang mempunyai penyakit kronik yang sukar untuk diubati.

Pengantaraan Tindakan

(4)

teknologi. Latour memberikan kupasan yang menarik tentang bagaimana teknologi, apabila menjadi pengantara antara manusia dan dunia realiti, membentuk tindakan manusia itu sendiri. Latour menunjukkan bahawa tindakan manusia kebanyakannya dibentuk berdasarkan benda yang mereka guna. Tindakan manusia bukan sahaja disebabkan oleh niat individu dan struktur sosial tetapi juga disebabkan suasana material sekeliling mereka. Latour dan juga Akrich, seorang ahli sosiologi Perancis memperkenalkan satu konsep untuk menggambarkan pengaruh teknologi terhadap tindakan manusia yang dipanggil skrip. Skrip ini adalah seperti manual pengguna ataupun tatacara penggunaan yang walaupun tidak ditulis ataupun digambarkan secara jelas tetapi ianya termaktub di dalam material teknologi tersebut. Sesetengahnya disebabkan oleh bentuk material teknologi itu sendiri contohnya

seperti lampin pakai buang yang mana skripnya mengatakan “buang saya selepas digunakan” kerana

ianya mustahil untuk mencuci dan memakai semula lampin pakai buang ataupun satu lagi contoh ialah

bonggol jalan yang mempunyai skrip “perlahankan kenderaan anda jika anda ingin melalui saya” kerana

jika kita terus laju kemungkinan besar kenderaan kita akan mengalami kerosakan. Skrip yang tertulis atau yang diilustrasi juga termasuk dalam kategori pengantaraan yang membentuk tindakan manusia seperti lampu isyarat yang menggunakan warna untuk memberi isyarat kepada para pemandu kenderaan.

Dengan ini, kita dapat mengatakan bahawa teknologi dapat mengubah tindakan manusia sepertimana teknologi dapat mengubah persepsi manusia terhadap dunia realiti. Jika dalam konsep perubahan persepsi oleh teknologi, teknologi dapat menguatkan dan mengurangkan beberapa aspek daripada dunia realiti, tetapi dalam konsep perubahan tindakan, kita dapat mengatakan bahawa teknologi dapat menggalakkan dan menghalang beberapa perbuatan manusia terhadap dunia realiti. Konsep Ihde tentang kestabilan pelbagai juga dapat diaplikasikan dalam konteks pengantaraan tindakan. Jika kita gunakan contoh yang sama seperti sebelum ini, iaitu telefon banyak memberi impak terhadap manusia yang terpisah jauh dengan membolehkan perhubungan sosial walaupun bukan berada di tempat dan waktu yang sama. Namun, kebolehan ini hanya dapat dicapai apabila digunakan sebagai alat komunikasi dan bukan sebagai alat bantuan pendengaran seperti tujuan asalnya.

Beberapa Kesan Teknologi Moden Terhadap Manusia

Kita sudah tahu bahawa teknologi mempunyai hubungan yang tertentu dengan manusia sekiranya teknologi menjadi pengantara antara manusia dan dunia realiti. Jadi bagaimana dengan teknologi moden yang dikatakan maju? Apakah kesan-kesan teknologi moden terhadap kehidupan manusia? Adakah perbezaan antara teknologi sebelum teknologi moden dan teknologi moden? Jika terdapat perbezaan antara teknologi lama dan teknologi moden, sudah tentu tindakan dan persepsi manusia moden berbeza dengan manusia pada zaman sebelumnya.

Jika kita telusuri secara kasar sejarah teknologi moden, kita akan dapati teknologi moden mula berkembang pesat dalam lingkungan 200-300 tahun yang lepas terutama sekali pada zaman berlakunya Revolusi Industri di Eropah. Menurut Jacques Ellul, Revolusi Industri berlaku disebabkan perubahan minda manusia yang ingin mengkaji sains bukan hanya disebabkan tujuan asalnya iaitu sifat ingin tahu terhadap dunia realiti tetapi lebih kepada kegunaan teknikal semata-mata. Sains bukan lagi hanya untuk mengetahui hakikat dunia realiti tetapi lebih kepada sifat ingin mengeksploitasi alam. Ianya bersifat utilitarian dan pragmatik. Ianya lebih kepada untuk memudahkan kehidupan manusia dan mengurangkan kerja manusia melakukan tugasan harian. Sejak bermula abad ke-20, sains telah menjadi hamba kepada teknologi.

Perbezaan teknologi moden dan teknologi sebelumnya sangatlah ketara kerana menurut Ellul, teknologi zaman dahulu hanyalah diaplikasikan dalam ruang lingkup yang kecil dan tidak mendominasi sepenuhnya hidup manusia. Kerja pada zaman dahulu kebanyakannya adalah kerja kolektif yang melibatkan masyarakat setempat kerana masyarakat zaman dahulu ingin bekerja bukan semata-mata kerana kerja tetapi untuk bersosial. Sebagai contoh yang diberikan Ellul, masyarakat di New England

(5)

semua orang daripada masyarakat setempat untuk melakukan kerja bersama dan acara kerja itu, bagi mereka, adalah masa yang paling seronok dalam setahun. Tambahan lagi, masyarakat zaman dahulu lebih sanggup untuk tidak makan banyak daripada bekerja lebih kerana bagi mereka kerja hanya untuk mencukupkan yang perlu, bukannya untuk keselesaan. Lagipun teknologi semasa zaman dahulu tidaklah mempermudahkan seluruh aspek kehidupan manusia. Mereka tiada akses kepada teknologi yang dapat mempermudahkan segala-galanya lalu kerja hanyalah untuk menampung makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

Berbeza dengan zaman sekarang, dengan kemudahan akses kepada teknologi moden kita dapat mempermudahkan seluruh aspek kehidupan kita. Konsep pengantaraan teknologi memberi impak kepada gerak kerja manusia kerana mengikut konsep tersebut yang dibincangkan sebelum ini, apabila teknologi moden menjadi pengantara antara manusia dan dunia realiti, tindakan manusia akan berubah. Dengan kehadiran teknologi moden sekarang yang kebanyakannya lebih memfokuskan kepada kemudahan manusia, sifat keinginan manusia untuk memperoleh teknologi tersebut menyebabkan manusia bekerja dengan lebih keras kerana manusia moden berfikir jika mereka memiliki teknologi-teknologi tersebut hidup akan menjadi senang. Akan tetapi, usaha demi mendapatkan teknologi-teknologi itu menyebabkan kesan psikologi dan sosial yang mendalam terhadap manusia moden. Salah satu contoh adalah tentang cara pemakanan kerana dengan kemudahan akses teknologi, makanan juga mudah untuk didapati dalam kawasan bandar moden. Menurut kajian Morgan Stanley terhadap 3,000 orang dewasa Amerika (umur 18 tahun ke atas), generasi Y (umur 18-34 tahun) lebih suka untuk membeli makanan di luar (53% generasi Y berbanding dengan 43% daripada populasi yang lain) daripada memasak di rumah berbanding dengan generasi X dan yang lebih berumur (umur 35 tahun ke atas). Tambahan lagi,

menurut Rebecca Lewis, seorang pakar pemakanan di HelloFresh mengatakan bahawa “Di luar sana

terdapat banyak industri-industri makanan yang mengatakan bahawa memasak itu sesuatu yang sukar.” Kita dapat tahu daripada kajian-kajian ini bahawa manusia moden semakin lama semakin tidak tahu memasak kerana akses untuk membeli makanan di luar terlalu mudah sekarang. Malah sekarang, pembelian makanan sejuk beku sedang tumbuh dengan pesat kerana mudah untuk masak dan menjimatkan masa pengguna (Aamir, 2014).

Kesimpulan

Secara kasarnya, kita dapat melihat beberapa kesan teknologi terhadap manusia dan apa yang menyebabkan manusia mencipta teknologi sedemikian rupa walaupun penulisan ini tidaklah mendalam. Terdapat juga beberapa kajian lain oleh Peter Paul Verbeek yang terkini dalam hubungan manusia-teknologi khususnya terhadap manusia-teknologi kecerdasan buatan dan bagaimana manusia-teknologi memberi impak terhadap moral dan etika manusia. Selain daripada melihat impak teknologi terhadap manusia, beliau

juga ada membuat beberapa kajian terhadap ‘teknologi meyakinkan’ di mana teknologi ini bersifat

(6)

Rujukan

1. http://plato.stanford.edu/entries/technology/

2. Heidegger, Martin (2008). Being and Time. New York: HarperPerennial. ISBN 978-0-06-157559-4.

3. Verbeek, PP. (2006). Moralizing Technology: On the morality of technological artifacts and their design. ‘Methodologies for the moral evaluation of technological development’ workshop.

4. Ihde, D. (1990). Technology and the lifeworld (p. 99). Indiana Univ Press.

5. Trevor, Eva. (2011). Human-Data Relations and The Lifeworld. (Irish Human Computer Interaction Conference), Cork September 2011.

6. Latour, B. (1992). Where Are The Missing Masses – The Sociology of Few Mundane Artifacts. Cambridge/MIT Press.

7. Ellul, J. (1964). The Technological Society. Vintage Books.

8. http://www.marketwatch.com/story/why-millennials-dont-know-how-to-cook-2016-08-10

Referensi

Dokumen terkait

Skripsi yang berjudul Tafsir Teknologi Martin Heidegger Dalam Membangun Kesadaran Ekologi Jaman Ini: (Sebuah Kajian Filosofis Atas.. Pemikiran Heidegger Mengenai

Cuthbert (1996) menyatakan bahawa universiti membuat pelbagai kajian tentang pengurusan sumber manusia dan pembangunan profesional. Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat

Penelitian ini menyimpulkan bahwa semakin baik Kapasistas Sumber Daya Manusia, Pemanfaatan Teknologi Informasi dan Pengendalian Internal Akuntansi secara bersama-sama yang

Dengan ini menyatakan bahwa apabila saya dinyatakan diterima dalam Program Diploma III Teknologi Pengolahan Sawit Institut Teknologi dan Sains Bandung, saya bersedia untuk

IPTEKS. Karena manusia satu­satunya makhluk Tuhan yang mampu merangkaikan fenomena alam

• Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi di satu sisi dapat membantu atau mempermudah kinerja manusia dalam menjalankan usaha atau kreativitas dan aktivitas, akan

Fungsi latent dari teknologi adalah hasil yang tidak dikehendaki atau hasil yang tidak diakui, atau merupakan hasil sampingan dari diterapkannya sebuah teknologi dalam

Pessimis-deterministik Ellul, Heidegger, Mumford, Illich, Marx, Frankfurt-school : Teknologi  rasionalitas instrumental-manipulatif-eksploitatif yang makin mengendalikan setiap