• Tidak ada hasil yang ditemukan

Organisasi sosial Stratifikasi Sosial da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Organisasi sosial Stratifikasi Sosial da"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Organisasi sosial ( Stratifikasi Sosial) dan Organisasi politik dan pemerintahan Stratifikasi sosial adalah sekelompok anggota masyarakat ke dalam lapisan-lapisan sosial secara bertingkat. Stratifikasi sosial merupakan suatu konsep dalam sosiologi yang melihat bagaimana anggota masyarakat dibezakan berdasarkan status yang dimilikinya. Status yang dimiliki oleh setiap anggota masyarakat ada yang didapati dengan suatu usaha (achievement status) dan ada yang didapati tanpa suatu usaha ( ascribed status ). Stratifikasi berasal dari kata stratum yang bererti strata atau lapisan dalam bentuk jamak.

Stratifikasi didefinisikan oleh Pitirin A. Sorokin sebagai pembezaan penduduk atau anggota masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hierarki. Sedangkan menurut Bruce J. Cohen sistem stratifikasi akan menempatkan setiap individu pada kelas sosial yang sesuai berdasarkan kualitatis yang dimiliki. Stratifikasi atau juga disebut sebagai pelapisan sosial ini telah dikenal pasti saat manusia menjalankan kehidupan. Terbentuknya stratifikasi sosial ini adalah daripada hasil kebiasaan manusia seperti berkomunikasi, perhubungan, atau bersosialisasi antara satu sama lain secara teratur mahupun tersusun, baik individu mahupun berkelompok.

Stratifikasi ini berlaku melalui beberapa proses antaranya ialah, stratifikasi ini terjadi secara automatik atau dengan sendirinya kerana ia merupakan fitrah manusia yang memerlukan penggerak utama ataupun pemimpin yang boleh memimpin mereka ke arah yang lebih maju. Ini juga boleh terjadi kerana adanya pertumbuhan masyarakat di suatu tempat yang tertumpu yang mempunyai banyak sumber keperluan seharian mereka. Selain itu, ia juga boleh terjadi secara sengaja dengan tujuan untuk menjadikan suatu kelompok yang lebih sistematik atau untuk kepentingan bersama. Sistem ini ditentukan dengan adanya ketua dan juga kekuasaan yang diberikan oleh seseorang atau organisasi.

(2)

Stratifikasi sosial ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu, stratifikasi sosial tertutup dan stratifikasi sosial terbuka. Stratifikasi tertutup bermaksud pada setiap anggota masyarakat tidak boleh berpindah ke tingkat sosial yang lebih tinggi ataupun ke tingkat sosial yang lebih rendah. Contohnya, raja yang berada dalam kedudukan yang teratas tidak boleh menukar ataupun berpindah statusnya ke peringkat yang paling bawah. Manakala stratifikasi terbuka pula ialah, sistem stratifikasi yang membolehkan setiap anggota masyarakat berpindah-pindah dari satu tingkat lapisan ke satu tingkat lapisan yang lain. Seseorang itu dapat mengubah nasibnya dari lapisan yang paling bawah ke lapisan yang teratas dengan usaha keras dan keazaman yang tinggi. Tidak semestinya golongan yang berada di tingkat yang paling atas akan selalu berada di tingkat yang paling atas, golongan ini akan jatuh sekiranya mereka alpha dengan kemewahan ataupun kepandaian yang mereka ada.

Terdapat juga beberapa fungsi stratifikasi sosial ini antaranya sebagai alat pelancaran hak dan kewajipan, misalnya seperti menentukan kedudukan, jabatan, penghasilan modal insan dan lain-lain. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mempersatukan dengan pola menkordinasikan kepada bahagian-bahagian yang terdapat pada struktur sosial yang digunakan untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan. Seterusnya, berfungsi sebagai pendorong masyarakat supaya bergerak mengikut kesesuian fungsi mereka serta sebagai jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang ada di dalam sesebuah masyarakat atau organisasi.

Oleh itu, stratifikasi sosial ini turut menjadi aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat bertamadun. Kewujudan stratifikasi sosial dalam masyarakat bertamadun berdasarkan

pembahagian tugas dan atnggungjawab secara tidak langsung. Ini menyebakan terjadinya pengkelasan masyarakat dimana ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai fudalisme. Dalam sistem ini, golongan atasan merupakan golongan minoriti, manakala golongan bawahan merupakan golongan majoriti.

(3)

Pengkelasan dalam masyarakat tamadun dahulu adalah berdasarkan kelas dan status. Sebagai contoh, pengkelasan masyarakat bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang

mewujudkan penempatan kekal dan seterusnya dapat mengumpul kekayaan. Pemilikan tanah ini melahirkan golongan pemilik atau tuan tanah yang kuat berusaha dan berpengaruh. Beberapa tuan tanah telah membentuk satu kelompok golongan atasan, sementara buruh sebagai golongan pekerja atau hamba yang membentuk golongan bawahan. Golongan masyarakat yang berstatus tinggi mempunyai adat yang istimewa seperti jenis pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah. Golongan yang berstatus tinggi ini juga merupakan golongan yang berada di tahap sosial yang tinggi seperti golongan bangsawan. Golongan-golongan atasnya biasanya akan menindas Golongan-golongan-Golongan-golongan bawahan dan menjadikan golongan bawahan ini sebagai hamba abdi. Sebagai contoh, dalam tamadun India, golongan bawahan dikenali sebagai paria diamana golongan ini dipinggirkan dan dijadikan sebagai hamba abdi.

Dalam tamadun sekarang, pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem seperti tamadun dahulu. Golongan yang berada dilapisan yang paling atas dalam tingkatan organisasi ialah golongan pemerintah yang dikenali sebagai Raja atau Sultan. Manakala golongan yang berada di tingkat yang paling bawah ialah golongan rakyat. Dalam tamadun sekarang, walaupun rakyat berada di dalam lapisan yang paling bawah, namun tidak berlaku sebarang bentuk penindasan atau ketidakadilan kepada golongan ini seperti dijadikan hamba abdi sebagaimana yang dilakukan oleh tamadun terdahulu. Dalam tamadun sekarang, hak- hak keistimewaan rakyat terpelihara melalui perlembagaan yang telah ditetapkan. Rakyat juga berpeluang untuk memilih pemerintah mereka sendiri melalui sistem pilihanraya. Hal ini menunjukkan bahwa kedudukan rakyat itu istimewa dan terpelihara salah satunya diberi peluang untuk memilih pemimpin yang bakal memimpin kerajaan. Tidak ketinggalan juga, rakyat diberi peluang yang sama dalam memajukan ekonomi negara dan merupakan tonggak serta tulang belakang bagi kejayaan sesebuah negara.

Corak organisasi politik dan pemerintahan dalam tamadun dahulu dan sekarang adalah berbeza. Organisasi politik dan pemrintahan ini adalah simbol atau lambing kepada

(4)

mengenai sistem politik dan pemerintahan tamadun dahulu dan juga sekarang terutama dari segi pemerintahannya. Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dan tamadun sekarang terarah kepada demokrasi berpalimen. Perbezaanya juga dapat dilihat dari segi penguasaan kuasa oleh raja serta organisasi bawahnnya seperti rakyat.

Pada tamadun dahulu, mereka menggunakan sistem feudal dalam sistem pemerintahannya dimana sistem ini lebih memberi kuasa yang multlak kepada raja dalam pelbagai hal

termasuk agama. Organisasi pemerintahannya berbentuk piramid dimana tingkat yang teratas merupakan Raja atau Sultan. Di samping itu, raja atau Sultan ini akan dibantu oleh golongsn tengah seperti temenggung, bendahara dan laksamana. Kesimpulannya, pada tamadun dahulu, raja dianggap odre kosmo iaitu raja berkuasa mutlak dalam segala hal dan dianggap seperti dehaka jika mengingkari arahan raja dan hukuman seperti pancung kepala. Contoh tamadun China, raja dianggap sebagai Tuhan kerana mendapat mandat daripada Tuhan. Manakala tamadun sekarang corak pemrintahannya lebih bersifat terbuka dan meluas. Mereka mengambil kira pandangan rakyat dalam memilih bakal mepimpin negara kerana rakyat lebih mengetahui siapakah yang lebih layak untuk memimpin negara. Sistem

pemerintahan yang digunakan sekarang ialah demokratik berpalimen yang merupakan sistem pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandate dan suara rakyat dalam

pemerintahan. Mandate daripada rakyat ini diterjemahkan dalam dua ruang lingkup

pentadbiran iaitu pilihanraya dan juga parlimen. Secara kesimpulannya, rakyat mempunyai keistimewaan dalam pembentukan kerajaan dan tamadun sekarang berbanding tamadun dahulu yang lebih mementingkan kuasa raja berbanding rakyat.

Kesimpulannya, stratifikasi sosial yang berlaku di dalam setiap tamadun adalah penting bagi melaraskan aktivti-aktiviti dalam kalangan masyarakat serta penting untuk memajukan negara serta dapat menaikan nama negara dipersada dunia. Corak politik dan pemerintahan juga penting untuk mengawal ekonomi terutamanya dan keselesaan serta kesejahteraan hidup. Perubahan corak dari segi stratifikasi sosial dan pemerintahan dari tamadun dahulu dan sekarang adalah satu perubahan yang baik dimana tiada lagi golongan hamba yang hanya ditindas dan tidak diberi keadilan dan kebebasan serta melawan fitrah manusia. Kita

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Pasien dapat menggugat seorang dokter oleh karena dokter tersebut telah melakukan perbuatan yang melanggar hukum, seperti yang diatur di dalam Pasal 1365 Kitab Undang-Undang

Tengger Brang Kidul di Desa Ngadas kare- na masyarakat meyakini bahwa agama Buddha merupakan agama resmi negara yang relevan dengan keyakinan ke-Bu- da-an mereka.. Dominasi

Mengambil ProductId dan frekuensi transaksi terhadap produk tersebut dari tabel Order Details dengan syarat memenuhi minimum transaksi yang ditentukan oleh user

Itulah kiat-kiat Azmil Mufarricha Fajarani yang akhirnya meraih predikat sebagai wisudawan terbaik jenjang S-1 dalam wisuda Maret 2017 dari Fakultas Perikanan dan Kelautan

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman

Pergeseran kurva penawaran juga dapat terjadi pada waktu terjadi perubahan biaya bahan mentah atau biaya modal perusahaan (biaya-biaya overhead).. Kemajuan teknologi

Hasil didapatkan tidak ada hubungan antara variabel tingkat pengetahuan dan sikap terhadap perilaku partisipatif dalam deteksi dini kanker serviks pada paramedis wanita