• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sekol (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sekol (1)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.1 PENGENALAN

Program Pendidikan Inklusif (PPI) bukanlah suatu istilah yang baharu di negara kita. Pada mulanya, sistem pendidikan negara kita hanya menekankan kepada pendidikan arus perdana sahaja. Namun, tahun demi tahun kerajaan kita khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah sedar akan hak murid berkeperluan khas (MBK) yang perlu menerima pendidikan yang sama taraf dengan murid-murid arus perdana supaya boleh memperkembangkan lagi bakat dan tahap intelektual mereka masing-masing. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), murid berkeperluan khas merupakan murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

Pada hari ini, pelaksanaan PPI di negara kita sememangnya mendapat sambutan yang amat baik. Kejayaan ini sememangnya tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada kerjasama antara guru-guru di sekolah bersama pentadbir serta kesanggupan ibu bapa MBK untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Buktinya, pada jumlah keseluruhan BMK pada tahun 2013 dan tahun 2014 masing-masing adalah 56,406 orang murid dan 58,006 orang murid dan jumlah MBK yang telah dimasukkan dalam PPI ialah seramai 5,376 orang murid iaitu 9.60 peratus pada tahun 2013 meningkat kepada 10,700 orang murid iaitu sebanyak 18.44 peratus pada tahun 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

1.1.1 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF

(2)

1.1.2 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

PPI dilaksanakan dengan jayanya di negara kita sememangnya disokong oleh dasar-dasar yang digubal sama ada dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah mengikut Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education menyatakan bahawa:

“Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and

achieving education for all…”

(UNESCO dalam Lee & Sailajah, 2018)

Berdasarkan kenyataan Salamanca tersebut boleh disimpulkan bahawa sebenarnya pelaksanaan PPI adalah untuk mewujudkan pendemokrasian dalam pendidikan. Dengan adanya pendemokrasian dalam pendidikan bermakna hak dan kepentingan MBK adalah terjaga. Kita tidak ingin mengetepikan hak MBK kerana semua murid adalah sama. Kita tidak tahu mungkin bakat yang terdapat dalam MBK tidak terdapat dalam arus perdana dan sebalinya. Oleh itu, dengan adanya percantuman MBK dan murid arus perdana dalam satu kelas untuk belajar bersama-sama maka kedua-dua pihak boleh menerima antara satu sama lain, berkongsi idea dan sebagainya.

1.1.3 MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF

(3)

kita memberi peluang kepada MBK mereka juga berupaya untuk mencapai suatu pencapaian yang setaraf dengan murid arus perdana.

1.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH

Pelaksanaan PPI yang berjaya di sekolah bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan kolaborasi yang baik antara semua pihak di sekolah supaya boleh menghasilkan MBK yang berjaya dalam PPI. Antara pihak yang berkepentingan untuk memastikan kejayaan PPI ialah:

1.2.1 GURU ARUS PERDANA

Guru arus perdana (GAP) sememangnya perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan PPI di sekolah. GAP adalah terdiri daripada guru akademik biasa dan guru bimbingan dan kaunseling (GBK). Jika difokuskan dengan GBK, banyak peranan yang boleh dilakukan. Pertama sekali, GBK perlu menerima MBK dengan hati yang terbuka. Hal ini adalah penting supaya GBK boleh mengenali MBK dari aspek cara pembelajaran, rutin harian dan sebagainya supaya boleh membantu MBK untuk meningkatkan motivasi belajar mereka. Sebagai contoh, GBK boleh menjadi guru pendamping semasa PdP PPI berlangsung dan memerhati gaya pembelajaran MBK. Setelah mengetahui gaya pembelajaran seseorang MBK di dalam kelas, maka GBK boleh berkongsi idea dengan guru matapelajaran dengan mengadakan perbincangan mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI), bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk membantu MBK lebih mudah menyerap ilmu yang disampaikan oleh guru matapelajaran.

1.3 ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI PUSAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

(4)

pembinaan RPI yang sesuai dengan guru matapelajaran, boleh mendekati MBK seorang demi seorang untuk bimbingan ketika mereka menyiapkan latihan dan sebagainya.

Selain itu, faktor kekangan masa juga merupakan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kita umum mengetahui bahawa tugas GBK di sekolah adalah melaksanakan program bimbingan kepada murid-murid sekolah dan perlu melaksanakan sesi kaunseling. Oleh itu, GBK adalah tidak dapat masuk ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan untuk membantu guru mata pelajaran melaksanakan PdP. Oleh itu, pelaksanaan PPI akan menghadapi masalah kerana guru mata pelajaran perlu mengawal semua murid yang terdapat di dalam kelas inklusif dan hal ini akan menyebabkan guru mata pelajaran tidak dapat memberi fokus kepada MBK dalam PdP.

1.3.1 LANGKAH-LANGKAH MENANGANGI ISU DAN CABARAN

Untuk mengatasi isu-isu yang timbul, beberapa langkah penyelesaian telah dikenalpasti. Pertama sekali, GBK sepatutnya peka akan tanggungjawab dan pernan iaitu perlu membantu guru mata pelajaran dalam PdP yang dilaksanakan untuk kelas inklusif. Hal ini demikian kerana, guru mata pelajaran tidak dapat fokus kepada murid arus perdana dan MBK dalam satu masa dan di situlah GBK perlu mendampingi MBK untuk melihat keperluan mereka dalam PdP, semasa menjawab latihan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh guru mata pelajaran selaras dengan murid lain.

(5)

1.3.2 FAKTOR KRITIKAL MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM

Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ialah perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan sokongan adalah bantuan yang diberikan kepada MBK supaya boleh mengurangkan impak kesukaran persekitaran pembelajaran MBK dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, menggalakkan kerjasama antara semua pihak dan menyediakan kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga sekolah. Sebagai contoh, untuk murid yang mempunyai masalah penglihatan maka pihak sekolah akan menyediakan mesin braille dan kanta pembesar supaya murid tersebut boleh melibatkan diri dalam aktiviti PdP dengan selesa.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan PPI. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu giat memberi sokongan dalam PPI supaya hubungan ibu bapa dan guru boleh menjadi erat dan seterusnya membantu memperkukuhkan lagi pelaksanaan PPI di sekolah. Setelah hubungan ibu bapa dan guru menjadi erat maka ibu bapa juga lebih bersedia untuk menerima maklum balas daripada guru dan kemudiannya bersama-sama menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu MBK meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

1.4 KESIMPULAN

(6)

BIBLIOGRAFI

Ang, C. T & Lee, L. W. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Data Pendidikan Khas 2014. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pendidikan Khas. Dicapai pada 22 Februari 2018 daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq.

Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Nilai rata-rata Aroma dari Berbagai Level Buah Sirsak ( Annona muricata L.) yang Ditambahkan pada Susu Pasteurisasi HTST dan LTLT

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa secara keseluruhan hasil kemampuan pemecahan masalah diajar dengan model pembelajaran Problem Based Learning lebih baik

Penelitian ini berhasil membuktikan adanya pengaruh antara kepercayaan diri dan motivasi berprestasi secara bersama- sama terhadap prestasi belajar, yang berarti

11:20 – 11:40 (1570148091) Automatic Image Segmentation using Sobel Operator and k -Means Clustering: A Case Study in Volume Measurement System for Food Products Joko

Dari penyebab timbulnya pencemaran air seperti yang telah di utarakan di atas telah membawakan banyak dampak terhadap manusia itu sendiri, terutama dalam mensejahterakan taraf

diterima secara umum sebagai alat pembayaran dalam suatu wilayah tertentu atau sebagai alat pembayaran hutang atau sebagai alat untuk.. melakukan pembelian barang

Bahwa sejak tanggal 15 Januari 2010 Terdakwa telah meninggalkan / tidak masuk dinas tanpa ijin dari atasan yang berwenang disebabkan Terdakwa melakukan pencarian

Kebutuhan perangkat keras untuk pengembangan aplikasi, memiliki spesifikasi minimal untuk menjalankan vb.net 2005 yang berfungsi untuk pengembangan aplikasi, dan sql