• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL 1 PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Perisian ini biasanya digunakan di dalam:

• Penerbitan bercetak o Buku o Majalah o Poster

• Penerbitan Digital

o Persembahan Multimedia o Rekabentuk Laman Web o Kiosk

A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS

(2)

2. Paparan berikut akan dipaparkan sementara perisian Adobe Photoshop CS dibuka

3. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:

(3)

Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi setiap ikon yang disediakan di dalam Toolbox Adobe Photoshop CS.

Adobe Online

Move Tool (V)

Magic Wand (W)

Slice Tool (K)

Paintbrush Tool (B)

History Brush Tool (Y)

Gradient Tool (G)

Dodge Tool (O)

Type Tool (T)

Custom Shape Tool (U)

Eyedropper Tool (I)

Zoom Tool (Z)

Switch Foreground and Background Colors (X) Rectangular Marquee Tool (M)

Lasso Tool (L)

Crop Tool (C)

Airbrush Tool (J)

Clone Stamp Tool (S)

Eraser Tool (E)

Blur Tool (R)

Path Selection Tool (A)

Pen Tool (P)

Notes Tool (N)

Hand Tool (H)

Set Background Color

Set Background Color

Edit in Quick Mask Mode (F)

Full Screen Mode (F)

Jump to ImageReady (Ctrl+Shift+M) Default Foreground and

Background Colors (D)

Edit in Standard Mode (Q)

Standard Screen Mode (F)

(4)

MODUL 2 FUNGSI IKON TOOLBOX DAN TETINGKAP PALET

A: Fungsi Ikon Toolbox Adobe Photoshop CS

1. Marquee Tool

Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej. Terdapat 4 jenis marquee iaitu:

Rectangular Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat

Elliptical Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat

Single Row Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris

Single Column Marquee

(5)

2. Move Tool

Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi asal ke lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan, maka imej tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool.

3. Lasso Tool

Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya.

Terbahagi kepada 3 iaitu:

Lasso Tool

Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara lakaran tangan dengan menggunakan tetikus

Polygonal Lasso Tool

Membina kawasan pilihan dengan cara mencantumkan titik-titik. Terhad kepada bentuk polygon

Magnetic Lasso Tool

(6)

4. Magic Wand Tool

Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan atau hampir sama pada sesebuah imej.

Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar pilihan bagi ikon Magic Wand.

Setting tolerance yang rendah akan menghadkan pilihan warna manakala yang tinggi

akan memilih julat piksel yang lebih luas.

5. Crop Tool

Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej. Imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automatik.

(7)

Slice Tool

Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini biasanya dilakukan untuk kegunaan rekabentuk laman web. Imej-imej kecil ini akan disimpan kepada beberapa fail imej yang berlainan.

Slice Select Tool

Digunakan untuk mengubah saiz poongan setiap imej tadi.

7. Healing Brush/ Patch/ Color Replacement Tool

Healing Brush Tool

Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Kita menggunakan fungsi ini untuk mewarna sample piksel daripada imej.

Fungsi ini juga membolehkan penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-bayang.

Patch Tool

Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu kawasan yang telah dipilih dengan menggantikan kawasan tersebut dengan piksel daripada kawasan lain.

Color Replacement Tool

(8)

8. Paintbrush Tool

Brush Tool

Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis atau mewarnakan sesuatu objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan (foreground).

Pencil Tool

Berfungsi seperti pensil biasa dan digunakan untuk menulis, melakar dan melukis sesuatu objek atau gambarajah.

9. Clone Stamp/ Pattern Stamp Tool

Clone Stamp Tool

Berfungsi untuk menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Alt + Klik pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan pada bahagian yang dikehendaki sepertimana penggunaan Paintbrush

(9)

Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej. Selepas corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki.

10.History Brush/ Art History Brush Tool

History Brush Tool

Berfungsi untuk mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau diconteng oleh tool-tool lain, contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.

Art History Brush Tool

Mempunyai fungsi yang hamper sama dengan History Brush Tool, bezanya ia mengembalikan kawasan imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistic berdasarkan ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.

11.Eraser Tool

Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej. Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:

Eraser Tool

(10)

Background Eraser Tool

Memadamkan warna latar belakang sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel imej berdasarkan penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan

Magic Eraser Tool

Memadamkan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama.

12.Gradient/ Paint Bucket Tool

Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.

Gradient Tool

Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk

mewarnakan objek secara lorekan warna seperti ton warna dalam bentuk linear atau garis lurus.

Lorekan bukan linear boleh dilakukan menerusi pilihan Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient dan Diamond Gradient di bar pilihan

Paint Bucket Tool

(11)

13.Blur/ Sharpen/ Smudge Tool

Blur Tool

Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej mengikut kreativiti pengguna.

Contoh penggunaan adalah mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej agar kelihatan lebih realistik.

Sharpen Tool

Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-bahagian pada imej yang kabur

Smudge Tool

Memberikan kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah kepada imej pengguna.

14.Dodge/ Burn/ Sponge Tool

Dodge Tool

(12)

Burn Tool

Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan bahagian-bahagian yang dikehendaki oleh pengguna, seakan-akan memberikan kesan bebayang pada bahagian tersebut.

Sponge Tool

Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej.

15.Path Selection/ Direct Selection Tool

Path Selection Tool

Digunakan untuk memilih semua anchor point (sila rujuk pada bahagian Pen Tool) pada sesuatu Shape yang telah dihasilkan.

Direct Selection Tool

Untuk memilih sesetengah anchor point pada suatu shape, Direct Selection Tool boleh digunakan dengan cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.

(13)

Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna. Ia terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Horizontal Type Tool

Memasukkan teks dalam kedudukan melintang

Vertical Type Tool

Memasukkan teks dalam kedudukan menegak

Horizontal Type Mask Tool

Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang

Vertical Type Mask Tool

Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara menegak

17.Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu imej atau gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path) yang bersambungan. Titik-titik ini dikenali sebagai Anchor Point.

Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Pen Tool

(14)

Freeform Pen Tool

Menghasilkan path dengan cara melakar dengan menggunakan tetikus

Add Anchor Point Tool

Menambah anchor point baru pada path

Delete Anchor Point Tool

Membuang anchor point sedia ada pada path

Convert Point Tool

Menukarkan bentuk yang berlengkuk kepada bentuk polygon dengan mengklik mana-mana anchor point.

18.Shape Tool

Shape Tool membolehkan imej vector dilukis di dalam Photoshop. Imej-imej vector

ini didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut jenis-jenis Shape Tool:

Rectangle Tool

Menghasilkan imej berbentuk segiempat

Rounded Rectangle Tool

(15)

Ellipse Tool

Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.

Polygon Tool

Menghasilkan imej polygon. Bilangan sisi polygon boleh diubah pada bar pilihan untuk Polygon Tool.

Line Tool

Menghasilkan garisan

Custom Shape Tool

Menghasilkan imej vector daripada bentuk-bentuk yang telah disediakan. Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada bar pilihan.

19.Annotation Tool

Adalah set fungsi untuk meletakkan nota pada imej pengguna. Terbahagi kepada 2:

Notes Tool

Meletakkan nota pada bahagian yang dikehendaki. Nota ini boleh diubah warna, font dan saiz fontnya.

Audio Annotation Tool

(16)

20.Eyedropper/ Color Sampler/ Measure Tool

Eyedropper Tool

Berfungsi untuk mendapatkan warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan cara mengklik pada kawasan yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaprkan pada warna latar hadapan toolbox.

Color Sampler Tool

Digunakan untuk mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info.

Measure Tool

Digunakan untuk mengukur jarak diantara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai.

(17)

Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhannya.

22.Zoom Tool

Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin computer. Paparan imej juga dapat dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + klik tetikus. (Paparan kecil atau besar imej hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).

23.Set Foreground/ Background Color Tool

(18)

Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru apabila pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.

Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan) dan warna latar belakang (diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara mengklik salah satu kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color Picker.

Untuk kembali kepada warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih) boleh dilakukan dengan mengklik kekotak kecil di sudut kiri bawah ikon.

Sekiranya pengguna ingin menukar warna di antara latar hadapan dan latar belakang,

pengguna perlu mengklik symbol anak panah pada ikon.

B: Fungsi Tetingkap Palet

(19)

Tetingkap ini mengandungi kemudahan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz paparan imej yang dibuka.

Tetingkap ini akan memaparkan maklumat mengenai warna kawasan pada imej yang dipilih oleh penunjuk tetikus kepada pecahan warna RGB dan CMYK. Ianya juga memaparkan kedudukan penunjuk tetikus pada paksi x dan y.

(20)

2. Tetingkap Palet Swatches

Tetingkap ini menyediakan pilihan warna yang telah siap dicampurkan dari pecahan warna spektrum RGB atau CMYK. Pemilihan sebarang warna pada tetingkap ini akan mengubah warna latar hadapan yang terdapat pada Toolbox.

3. Tetingkap Palet Layers

(21)

Imej yang berada pada setiap layer boleh diubah atau dibuang mengikut kedudukan imej pada setiap layer tanpa menjejaskan imej pada layer lain.

Layer:

• Layer background biasanya mengandungi imej atau warna yang berfungsi sebagai latar belakang.

• Layer teks mempunyai simbol T padanya

• Untuk memadam sesuatu layer, drag layer tersebut kepada ikon tong sampah di bahagian bawah tetingkap.

• Untuk menambah layer, pilih Layer > New > Layer pada bar menu atau klik pada ikon di bahagian bawah tetingkap.

• Layer aktif mempunyai ikon mata di sebelah kirinya

• Ikon berus menggambarkan proses kerja sedang dijalankan pada layer tersebut.

4. Tetingkap Palet History

(22)

Tetingkap ini berperanan sebagai undo pada menu edit yang membenarkan pengguna balik kepada langkah asal hanya sekali sahaja. Tetingkap Palet History ini membenarkan kita berpatah balik kepada gerak kerja yang kita perlukan lebih daripada satu langkah.

MODUL 3 GABUNGAN DAN PEMINDAHAN IMEJ

Membina Kawasan Pilihan dan Memindahkan Kedudukan Imej

Kemahiran membina kawasan pilihan adalah kemahiran asas dalam Photoshop yang perlu dikuasai. Hal ini kerana sesuatu imej yang ingin diubahsuai perlulah diaktifkan (dipilih) terlebih dahulu sebelum langkah-langkah lain dilaksanakan. Antara alatan yang boleh digunakan adalah:

A. Marquee Tool

Latihan 1 : Menggunakan Marquee

1. Aktifkan fail ToyStory.jpg

2. Buat pilihan pada kawasan teks menggunakan Ikon Marquee Tool.

(23)

4. Simpan (Save) fail dengan menggunakan nama yang sesuai.

B. Lasso Tool

Latihan 2: Menggunakan Lasso

(24)

2. Aktifkan Ikon Lasso Tool dan klik pada penjuru bawah kanan sebagai titik permulaan.

3. Klik dan heret tetikus melalui watak utama.

4. Apabila selesai gunakan arahan Select>Feather dan masukkan nilai 2 piksel.

5. Dengan cara yang sama, gunakan arahan Copy dan Paste untuk memasukkan gambar Shrek ke dalam gambar ToyStory.

6. Gunakan Ikon Move Tool utk susun atur ketiga-tiga imej tersebut. 7. Rujuk Tetingkap Layer untuk mencapai setiap imej yang berbeza.

C. Magic Wand Tool

Latihan 3: Menggunakan Magic Wand Tool

(25)

2. Gunakan arahan Add To Selection (right Click) untuk gabungkan kawasan pilihan.

3. Aktifkan arahan Select>Inverse. Hasilnya hanya kawasan watak yang akan diaktifkan.

4. Gunakan arahan Select>Feather dan masukkan nilai 2 pixel. Tujuannya untuk menjadikan kawasan yang dipilih lebih realistik.

(26)

D. Menggerakkan pilihan

Latihan 4: Menggunakan Move Tool

1. Aktifkan kembali ToyStory.jpg. Dengan menggunakan arahan Image>Canvas Size, buat perubahan saiz kanvas. (cth: 600 piksel).

2. Guna Ikon Marquee Tool utk buat pilihan pada kawasan watak.

(27)

E. Memadamkan Imej

Latihan 5: Menggunakan Eraser Tool

1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Fail Shrek.jpg juga boleh digunakan sebagai panduan.

2. Aktifkan ikon Eraser Tool dan padamkan imej warna hijau pada belakang gambar keldai dengan cara klik tetikus tanpa lepas dan heret ianya di sepanjang imej tersebut.

3. Kelihatan imej belakang terpadam dan digantikan dengan warna putih iaitu warna yang sama dengan warna pada petak warna latar belakang asal pada Toolbox. 4. Jika warna petak latar belakang adalah hitam, maka kawasan yang dipadam oleh

ikon Erasor Tool akan kelihatan berwarna hitam juga.

F. Menyimpan Imej Photoshop

(28)

MODUL 4 ASAS PENCAHAYAAN, PENGISIAN WARNA DAN TON WARNA

Pencahayaan dan pewarnaan merupakan elemen penting dalam Photoshop untuk memudahkan proses pengubahsuaian dalam sesebuah imej digital. Modul ini mengandungi beberapa teknik asas yang boleh digunakan oleh pelajar khususnya dari sudut penghasilan serta pengubahsuaian aspek pencahayaan dan warna pada imej digital yang digunakan.

Menggunakan ikon Paintbrush

Untuk menambahkan atau warna pada sesuatu imej, anda boleh menggunakan ikon paintbrush.

(29)

2. Klik ikon Paintbrush pada tool bar. Kemudian pada bahagian atas, pilih jenis berus yang hendak digunakan. Untuk menukar warna pada berus, klik pada ikon Foreground.

(30)

Menggunakan ikon Gradient

Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool. Ikon gradient sering digunakan untuk mewarnakan sesuatu objek, imej atau latar belakang sesuatu fail dengan ton warna yang ditetapkan. Gabungan dua atau lebih warna juga boleh dihasilkan bagi membentuk satu paparan visual yang lebih menarik. Ikuti latihan kerja seterusnya bagi melihat bagaimana kemudahan ini boleh digunakan.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

(31)

3. Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool.

4. Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to

Transparent.

(32)

6. Hasilnya:

Menggunakan ikon Blur dan Sharpen

Ikon Blur digunakan untuk mengkaburkan bahagian tertentu pada imej. Ikon Sharpen pula mempunyai fungsi yang berlawanan iaitu untuk menajamkan imej sesuatu kawasan agar ianya kelihatan lebih jelas dan bertumpu.

(33)

2. Aktifkan ikon Blur

3. Tetapkan saiz, jenis berus, mod dan kekuatan tekanan berus yang akan digunakan.

4. Seterusnya bawa tetikus ke atas latar belakang imej. Kaburkan paparan imej tersebut dengan cara mengklik tetikus tanpa lepas dan heret tetikut pada permukaan imej yang hendak dikaburkan.

5. Akhirnya anda akan mendapat kesan kabur pada imej seperti berikut:

(34)

Menukar Kecerahan Imej dengan Menggunakan Brightness dan Contrast

Penggunaan Brightness dan Contrast adalah untuk memudahkan kita melakukan sedikit pengubahsuaian kepada keseluruhan imej. Brightness atau kecerahan merujuk kepada intensity warna pixel yang berada di dalam sesebuah imej manakala contrast pula merujuk kepada perbezaan di antara pixel yang cerah dan pixel yang gelap.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

(35)

mengikut keperluan anda. Heret penunjuk ke arah kanan untuk menambah kecerahan imej dan ke arah kiri untuk menggelapkan imej.

Bekerja dalam Persekitaran Mod RGB

Kita boleh melakukan kerja dalam persekitaran mod RGB. Mod RGB menggunakan warna merah, hijau dan biru untuk menyimpan maklumat warna.

1. Buka fail imej yang bersesuaian. 2. Klik pada Image>Mode>RGB Color

(36)

Menukarkan imej berwarna kepada mod imej : Grayscale dan Desaturate

Gambar hitam putih boleh dihasilkan daripada gambar berwarna menggunakan mod imej: Grayscale dan Desaturate. Berikut diterangkan kaedah penghasilannya.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

(37)

3. Secara automatik, imej yang berwarna tadi akan dipaparkan dalam bentuk hitam putih.

4. Jika anda ingin menggunakan kemudahan Desaturate, anda perlu menggunakan arahan Image>Adjustments>Desaturate. Secara automatik imej yang asalnya berwarna akan dipaparkan dalam bentuk hitam putih.

MODUL 5 KONSEP DAN ASAS PENGHASILAN TEKS

(38)

Membuat Text Mengikuti Path

Dalam latihan ini, anda akan belajar bagaimana cara membuat text yang mengikuti arah dari path yang telah dibuat.

1. Buka fail kerja baru.

2. Aktifkan ikon Pen Tool. Anda boleh membuat path seperti dalam contoh ini atau anda boleh membuat path lain mengikut kreativiti anda.

3. Setelah membentuk path, Ctrl+Klik pada area kosong sehingga sekarang path anda akan menjadi seperti di bawah ini.

(39)

Setelah selesai anda boleh memadam path yang sudah tidak digunakan.

5. Selesai.

Kesan Imej di dalam Teks

1. Buka fail kerja baru dan masukkan sebarang imej kedalamnya.

2. Aktifkan Type Tools dan taipkan pada mana-mana bahagian imej tersebut.

3. Bawa tetikus agar berada di garisan antara layer teks dan layer imej 4. Tekan kekunci CTRL + ALT serentak dengan klik tetikus.

(40)

7. Bina satu lagi Layer baru dan warnakan ianya dengan warna yang bersesuaian. 8. Pastikan layer baru berada di bawah layer imej

(41)

Plastic Text Effect

1. Buka fail kerja baru bersaiz 600x300 px, latarbelakang putih dan taipkan sebarang teks di atasnya. Contohnya ‘ONLY PHOTOSHOP’.

2. Klik dua kali pada layer teks untuk membuka Layer Styles Window. Gunakan setting seperti di bawah:

(42)

Inner Glow

(43)

Satin

(44)

3. Hasil akhir:

Membuat Efek Chroome

1. Buka fail kerja baru.. Tuliskan teks dengan warna putih pada background hitam. 2. Kemudian klik pada Layer>Layer style>Blending options, dan tetapkan nilai seperti

di bawah.

Drop Shadow

(45)

Satin

(46)

MODUL 6 KONSEP DAN PENGGUNAAN LAYER

Layers merupakan lapisan yang berfungsi sebagai tempat objek, diibaratkan sebagai kanvas. Dengan adanya Layers, membolehkan anda untuk mengubahsuai setiap objek tanpa mengganggu objek yang lain dengan mudah dan berkesan. Sebagai contoh, jika anda sedang mengedit gambar 1 maka gambar 2 tidak akan terpengaruh. Anda dapat mengatur komposisi layers dengan cara mengubah atribut dan urutan layers. Sebagai tambahan, corak khusus seperti adjustment layers, fill layers, dan layers style dapat diterapkan untuk memberikan efek khusus pada layers tersebut.

(47)

Layers palette ini digunakan sebagai pusat kawalan panel layer di dalam Photoshop. Layer boleh diletakkan di atas satu sama lain dan boleh dipindahkan dengan mengheretnya dengan tetikus ke atas dan ke bawah.

Mencipta Layer

Terdapat beberapa cara untuk mencipta layer. Cara yang paling senang adalah dengan mengklik ikon "Create New Layer" di sebelah bawah layers palette. Anda juga boleh menggunakan menu "Layer" yang terletak di bahagian atas skrin dan memilih New>Layer.

(48)

Menyembunyikan Layer

Antara kelebihan menggunakan layer di dalam kerja anda adalah layer dapat disembunyikan sementara dengan mengklik ikon "eye" pada layer yang dikehendaki. Ini memudahkan kita untuk mengurus dan melihat hasil yang dikehendaki.

Blend Layer

Mod Layer Blending adalah campuran pelbagai efek di antara layer. Berikut merupakan contoh Blend layer.

(49)

2. Buka imej lain yang mempunyai kawasan terang yang luas.

3. Salin imej berikut di atas layer tekstur tadi.

(50)

5. Imej anda akan automatik menjadi terang.

(51)

7. Daripada control palette, pilih berus pemadam jenis lembut, semi-opaque seperti ditunjukkan di bawah.

(52)
(53)

MODUL 7 PENGGUNAAN FILTER

Filter digunakan untuk menghasilkan suatu fail imej yang mempunyai pelbagai kesan khas seperti Blur, Sharpen, Texture dan sebagainya. Kesemua filter ini boleh dicapai melalui pilihan Filter dari menu bar. Ikuti langkah berikut untuk mengaplikasikan filter ke atas sesebuah imej.

(54)

2. Pilih layer yang akan digunakan untuk mengaplikasikan filter. Kemudian klik pada Filter dan di situ terdapat pelbagai jenis filter yang boleh digunakan. Sebagai contoh apabila mengaplikasikan Artistic > Neon Glow akan menghasilkan:

Di sini dipaparkan beberapa hasil Filter yang boleh digunakan:

Artistic >Colored Pencil Artistic >Palette Knife Brush Stroke>Accented Edges

Sketch > Photocopy Texture > Stained Glass

Oil Effect

(55)

2. Daripada menu bar, pilih;

a) Filter | Blur | Guassian Blur.... Pilih radius 1,0 pixel

b) Layer | Flatten Image

c) Image | Rotate Canvas | 90 CW

d) Filter | Stylize | Wind... Pilih Wind dan From the right e) Filter | Stylize | Solarize

f) Image | Rotate Canvas | 90 CCW

Gambar

Gambar hitam putih boleh dihasilkan daripada gambar berwarna menggunakan mod imej:

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil survei pendahuluan yang dilakukan di PT Kereta Api Daerah Operasi VI Yogyakarta Dipo Kereta Solo Balapan, peneliti melakukan pengukuran iklim kerja pada shift

Berdasarkan data pada Gambar 1.4 dapat diketahui bahwa angka kejadian Plebitis pada bulan Januari - Maret 2015 bersifat fluktuatif yaitu mengalami penurunan pada bulan Februari dan

Penelitian ini bertujuan untuk meningkatkan keterampilan membaca melalui penerapan metode Iqro’ dan khususnya untuk mengetahui peningkatan keterampilan siswa membaca

Secara ringkas pelaksanaan tindakan kelas ini dilaksanakan dikelas IV SDN 3 Bulango Timur Kabupaten Bone Bolango pada semester genap tahun pelajaran 2012/2013 pada

• PT Link Net Tbk (LINK) menyiapkan dana hingga sebesar Rp 1,5 triliun untuk membeli kembali (buyback) saham maksimal sebanyak 304,26 juta saham atau setara 10% dari

Jadi dapat dirangkumkan pengertian dari ”Redevelopmen Pasar Pringgan” adalah ”Pembangunan kembali Pasasr Pringgan yang diperuntukkan sebagai tempat berjual beli (kawasan

Dari hasil pengamatan dapat diketahui bahwa jenis kegiatan yang termasuk dalam dana peningkatan kesejahteraan anggota pada Primkoppolresta Surakarta yaitu dana sosial

Sikap layanan yang baik merupakan persyaratan utama yang harus dimiliki oleh petugas perpustakaan terutama petugas pada bagian layanan referensi, sebab sikap