• Tidak ada hasil yang ditemukan

peranan media massa dalam politik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "peranan media massa dalam politik"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Peranan Media Massa Sebelum Kemerdekaan

Peranan media massa dalam perkembangan politik memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme yang didorong oleh media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat penduduk di Tanah Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Perkembangan media massa di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dapat dilihat melalui perkembangan dalam bidang penulisan akhbar dan majalah yang digunakan rakyat sebagai medium untuk membuka minda masyarakat mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan. Peranan media yang mula berkembang sekitar awal abad ke-20 ini memberi impak yang amat besar dalam memberi kesedaran sosial dan politik kepada masyarakat melayu. Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Antara akhbar dan majalah yang telah menyumbangkan peranan bagi menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu pada awal kurun ke-20 ialah Al-Imam, Saudara, Pengasuh ,Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu dan banyak lagi.

Penyebaran maklumat dari luar negara, seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia Tenggara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera negara ini (Zulkifli, 1979). Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka (Ishak Saat, 2008).

(2)

kepada beberapa aliran politik dan latar belakang pendidikan yang berbeza-beza, namun semangat perjuangan dan matlamat mereka tetap sama iaitu ingin mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Justeru itu, salah satu cara yang digunakan dalam menentang tindakan British dan menuntut kemerdekaan adalah dengan menggunakan media massa seperti akhbar dan majalah yang amat berpengaruh pada ketika itu. Menurut Fawzi (1986) terdapat tidak kurang daripada 81 buah akhbar dan majalah dalam bahasa melayu telah diterbitkan sejak tahun 1926-1940 di Tanah Melayu dan antara media yang mendapat pembacaan meluas dari orang melayu ialah Lembaga Melayu (19-14-1931), Pengasuh ( 1918-1937), cenderamata (1923-1948), Majalah Guru (1924-1940), Warta Ahad (1935-1941), Utusan Melayu, Utusan Zaman dan Majlis. Melalui media ini masyarakat menyuarakan isu-isu yang timbul di Tanah melayu pada ketika itu termasuklah isu politik,ekonomi dan sosial yang dapat membuka minda dan pemikiran rakyat. Antara peranan besar yang dibawa oleh media sebelum kemerdekaan dapat dilihat melalui beberapa peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu antaranya penentangan terhadap penubuhan Malayan Union, darurat, dan mogok hartal oleh golongan radikal.

1.1 Penentangan Terhadap Malayan Union

(3)

menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada bulan Januari 1946 bagi mempertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. Maka dengan ini, Dato Onn telah menyeru melalui akhbar Majlis di Kuala Lumpur supaya diadakan sebuah Kongres Persatuan Melayu di seluruh Tanah Melayu untuk membincangkan mengenai nasib orang Melayu di Tanah Melayu. Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh akhbar Majlis terbabit, maka pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres parti-parti politik Melayu telah mengadakan perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini telah dihadiri oleh 125 wakil dan 49 pemerhati daripada 41 pertubuhan Melayu (K.Ratnam, 2001). Matlamat Kongres ini ialah untuk menyatupadukan bangsa Melayu dalam sebuah badan politik yang kuat untuk menentang perlembagaan Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Maka dengan ini wakil-wakil kongres telah bersetuju menggabungkan tenaga mereka bagi menubuhkan kongres Melayu se-Malaya. Maka dengan ini, pada 11 Mei 1946, Kongres ketiga yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu diadakan di Johor Bahru. Pada hari itu juga, piagam UMNO disahkan dan UMNO dilahirkan secara rasmi yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn Ja’afar dan Kongres Melayu se-Malaya dibubarkan (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996).

1.2 Peranan media ketika Darurat

(4)

peperangan (Wan Hamzah Awang, 1985). Selain itu, peranan radio juga dapat dilihat apabila Chin Peng telah mengetahui berita kematian Ah Kok iaitu Ketua Komunis di Johor sewaktu diserang oleh anggota keselamatan (Wan Hamzah Awang, 1985).

1.3 Isu Mogok Hartal

Mogok hartal ini adalah merupakan tindakan yang datang daripada golongan radikal melayu. Pelancaran mogok hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 oleh PUTERA-AMCJA telah diuar-uarkan secara meluas melalui akhbar (Ishak Saat, 2008). Tindakan mogok perdagangan dan perniagaan diseluruh negara ini dibuat bagi membantah cadangan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh British dan parti Umno. Kempen dan propaganda dimuatkan dalam akhbar tempatan untuk menjayakan mogok Hartal dan rancangan ini turut di sokong oleh Col. HS Lee, presiden Selangor Chinese Chamber of Commerce dan Pengerusi Selangor Indian Chamber of Commerce dan disiarkan dalam Akhbar Times Of Malaya And Straits Echo bertarikh 18 Oktober 1947 (Ishak Saat, 2008).

Menurut Ishak saat (2008) dalam kajiannya, melalui akhbar The Malay Mail bertarikh 18 Oktober 1947, A. A. Mohd. Abdullah telah memberikan persetujuan bahawa pertubuhan mereka akan turut serta dalam tindakan hartal secara aman. Beliau turut menyarankan supaya semua kedai ahli ditutup agar perkara yang tidak diingini berlaku. Peristiwa Hartal yang dilancarkan pada 20 Oktober 1947 telah berjaya seperti yang dirancangkan. Semua kedai di Kuala Lumpur ditutup dan ibu kota menjadi lengang pada hari tersebut. Inilah bukti kukuh kejayaan pendekatan penggunaan akhbar untuk menyemarakkan api pemogokan di seluruh Tanah Melayu. Namun begitu, dalam merealisasikan tindakan hartal ini, halangan dan peringatan daripada pihak berkuasa polis turut disiarkan dalam akhbar tempatan. Dalam akhbar Times of Malaya and Straits Echo, bertarikh 17 Oktober 1947, di bawah judul Pre-Hartal Warnings by Police, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dilaporkan berkata:

(5)

Namun begitu, perjuangan tetap diteruskan walaupun pemogok menerima amaran daripada pihak berkuasa dan hartal tersebut berjaya dilaksanakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kejayaan hartal secara aman ini tersiar dalam akhbar Times of Malaya and Straits Echo, keesokan harinya (Ishak Saat,2008).

2.0 Peranan Media massa Selepas kemerdekaan

Media merupakan sumber primer yang wujud dalam konteks komunikasi massa. Agen komunikasi ini seperti akhbar, radio, televisyen dan media baru seperti telefon bimbit dan internet memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat dan tamadun umat manusia amnya. Penguasaan media dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama dalam pemerintahan sesebuah negara. Kalau dahulu media hanya dilihat sebagai suatu alat penghubung kini ia telah menjadi satu kuasa yang sangat penting sehingga muncul kata-kata seperti siapa yang menguasai informasi dia yang menguasai pemerintahan. Pada zaman sebelum kemerdekaan media massa memainkan peranan untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan dengan menyalurkan maklumat-maklumat untuk mencelikkan minda dan pemikiran rakyat. Namun selepas kemerdekaan, peranan media dalam politik banyak digunakan untuk menyebarkan ideologi-ideologi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam arena politik khususnya, keterbergantungan rakyat kepada berita media adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Malah pengkajian secara empirikal telah lama membuktikan bahawa kebanyakan dari kita khalayak umum menganggap media massa sebagai sumber utama bagi memperolehi informasi secara langsung mengenai pergolakan isu-isu semasa dunia dan politik (Negrine, R, 1994). Malah jika ditinjau dalam sistem negara demokrasi, keterbukaan serta keterbegantungan kepada media massa terhadap politik menjadi lebih kiritikal. Ini disebabkan sistem yang sedemikian membuka peluang kepada warganegara yang cukup umur untuk menentukan pucuk pimpinan dalam sesuatu pilihanraya bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem dan budaya demokrasi (Baharuddin Aziz et..al, 2009).

(6)

"penghubung" antara golongan pemerintah dengan rakyat. Bertindak sebagai lidah kerajaan sejak awal kemerdekaan, akhbar, filem, radio dan televisyen lazimnya digembeleng dengan sepenuhnya untuk menyalurkan maklumat-maklumat demi pembangunan sosio-ekonomi dan politik termasuklah hal-hal rasmi yang berkaitan dengan pilihanraya.

Merujuk kepada sejarah awal perkembangan media massa di Malaysia, pada awal pembabitannya peranan media melalui akhbar dan majalah banyak berkisar kepada penyampaian semangat nasionalisme atau semangat kebangsaan yang kuat. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui penerbitan akhbar-akhbar seperti jawi peranakan, suara rakyat, warta ahad dan sebagainya (Sulaiman Masri, 1983). Namun bermula pada tahun 1955 media ini banyak digunakan untuk tujuan propaganda politik khususnya dalam pilihan raya. Institusi media amat berpengaruh dalam bidang politik khususnya terhadap pilihan raya sesebuah negara. Para wartawan dan ahli politik mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain dan berinteraksi dalam lingkungan komunikasi politik. Ahli politik menggunakan media untuk tujuan menyempurnakan matlamat politik dan pada masa yang sama para wartawan menggunakan media sosial sebagai penyampaian utusan politik terutama isu-isu yang bakal dipertengahkan dalam pilihan raya bagi memancing undi rakyat. Senario politik di negara ini menggunakan media massa sebagai satu medium untuk meraih sokongan daripada rakyat khususnya ketika menjelang pilihan raya umum.

Pilihan raya umum merupakan satu peristiwa yang bermakna bagi pengundi. Ini kerana keputusannya bakal menentukan masa depan pemerintahan negara apabila sebuah parti yang berjaya menubuhkan sebuah kerajaan. Abdul Latiff Abu Bakar (1998) mendefinisikan pilihan raya sebagai satu proses demokrasi bagi menentukan parti politik mana yang akan diberi mandat untuk memerintah sebuah negara. Seseorang yang mengikuti perkembangan semasa pilihan raya umum akan memperoleh maklumat melalui surat khabar, menonton televisyen atau mendengar radio yang dipercayai kredibilitinya. Di Malaysia, wujud dua bentuk media yang memberi pengaruh yang amat besar dalam perkembangan politik yakni media aliran perdana dan juga media alternatif.

(7)

arus perdana sama ada elektronik dan cetak dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Selain menguasai agensi penyiaran rasmi pemerintah, BN juga turut menguasai akhbar, stesen radio dan stesen televisyen sama ada menerusi pemilikan saham ataupun menggunakan posisinya sebagai pemerintah yang mengeluarkan lesen. Parti-parti pesaing pula dibenarkan menerbitkan akhbar namun, edaran dan terbitannya adalah terhad (Badrul Azmier, 2008). Melalui media perdana ini, kerajaan berusaha mengkonstruksi pemikiran rakyat dengan menunjukkan bahawa kerajaan adalah yang terbaik dan penyayang. Parti lain pula diperlihatkan sebagai perosak, pengkhianat dan sebagainya (Nur Azween & Nidzam, 2008).

Kawalan ke atas media melalui pemilikan sama ada secara langsung dan tidak langsung oleh pemerintah dan kewujudan pengampang (gatekeeper) yang mengawasi arah aliran pengeluaran berita akhirnya mendorong kepada kewujudan media alternatif seperti blog dan internet yang diguna pakai oleh parti-parti pesaing. Kewujudan media alternatif ini dilihat mula mengubah pandangan politik masyarakat secara tidak langsung mengubah landskap politik tanah air menjelang pasca pilihan raya umum ke -12. Selepas pilihan raya umum ke -12, pengawalan media dan manipulasi media secara berlebihan menjadi kelemahan berbanding kelebihan bagi BN. Suasana politik pada tahun 2008 agak jauh berbeza berbanding 2004 dan 1999 (Badrul Azmier, 2008). Ia berikutan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dibawakan oleh proses globalisasi di Malaysia. Ia mengubah cara menyampai dan mendapatkan maklumat. Usaha pengawalan maklumat di dunia maya didapati sukar dilakukan oleh pemerintah. Oleh yang demikian, internet menjadi alternatif kepada rakyat. Blog dan berita yang disampaikan melalui internet dapat memuaskan kehendak rakyat yang mahukan maklumat yang bebas dari pengawalan pemerintah,dianggap adil dan tidak berpihak. Berikutan itu, ia mewujudkan tuntutan yang lebih kuat terhadap demokrasi di kalangan rakyat yang kian tertarik dengan idea-idea demokrasi seperti tadbir urus yang baik, keadilan dan kesaksamaan (Badrul Azmier, 2008).

(8)

wujud beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini seperti keangkuhan pemimpin BN, peningkatan dalam rasuah, kepincangan dalam ekonomi dan politik yang boleh dilihat sebagai faktor penyebab kebangkitan drastik pembangkang. Namun dapat dikatakan bahawa peranan media alternatif yang menjadi medium perantaraan ahli politik dan rakyat selain menjadi wahana kebebasan berkomunikasi yang meluas merupakan faktor terpenting yang membawa kepada kebangkitan pakatan pembangkang pada PRU-12. Blog, akhbar on-line seperti malaysiakini, emel dan lain-lain telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan kelemahan BN, kepincangan pemerintahannya sekaligus membentuk pemikiran baru dan sikap politik baru dalam masyarakat (Nur Azween & Nidzam, 2008).

RUJUKAN

Baharuddin Aziz, Abd. Rasid Abd. Rahman & Rahmat Ghazali (2009). Kajian Mengenai Peranan Dan Pengaruh Internet Dan Kewartawanan Bloggers Terhadap Para Pengundi Semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Selangor: Universiti Teknologi Mara

Ishak Saat (2008). Peranan Politik Akhbar Suara Rakyat 1945–48 (The Political Role Of The Suara Rakyat Newspaper 1945–48). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

K.Ratnam, (2001). Sejarah Malaysia. Selangor : Pustaka Sarjana. Sdn. Bhd

M.A. Fawzi Basri (1986). Perak sebelum dan selepas perang dunia kedua: satu analisis tentang nasionalisme orang Melayu. Analisis, Jilid 1 (1). pp. 121-160. ISSN 0127-8983

Mohd Isa Othman ( 2002) . Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd

Muhammad Abu Bakar (1994). Potret Masa. Persaingan Ideologi dan Pemulihan Tradisi. Petaling Jaya: Gateway

(9)

NurAzween Zakaria & Nidzam Sulaiman (2008). Media Alternatif Sebagai Agen Perluasan Ruang Bersuara Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-12. Selangor: Universiti Teknologi Mara

Sulaiman Masri, (1983). Peranan Media Massa di Negara-Negara Membangun. Ipoh, Perak : Penerbitan Sarjana.

Badrul Azmier Mohamed (2008). Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan Nasional Dalam Politik Malaysia: Suatu Analisis. Selangor: Universiti Teknologi Mara

Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Referensi

Dokumen terkait

Pada SAP 2000 hal ini bias dianalisis dengan memutar sumbu gording hingga posisi tetap sesuai dengan kenyataan yang terjadi dan beban mati, hidup dan hujan tetap dimasukkan

Hal itu dibuktikan ketika setelah masa libur akademik Mandiri Entrepreneur Center (MEC) berakhir, mereka selalu bersedia ketika dipanggil untuk menjadi tenaga pendidik lagi

Dalam buku Pedoman PPL Universitas Negeri Semarang (2012) menyatakan bahwa Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan

Dari pengalaman saya di atas, ada beberapa hikmah yang bisa dipetik, yaitu: Sejak bangun tidur hingga kita tidur kembali, Allah Swt memberikan berbagai macam nikmat. Sebut saja

2.1 Hasil Penelitian Terdahulu Penelitian kuantitatif Elina,dkk 2016 tentang Analisis Fundamental Terhadap Harga Saham Sub Sektor Perbankan menggunakan variabel ROA, ROE, DER, EPS,

pelatihan pengolahan abon lele dan aneka makanan dari tepung mocaf. Selain itu juga dilakukan pemberdayaan peran bapak-bapak dalam mengembangkan potensi menjadi desa

Data yang diperoleh dalam penelitian ini berupa unsur intrinsik dan nilai budaya pada Legenda Sang Kuriang Kesiangan , serta wawancara dengan instruktur