• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kewujudan media sosial memberikan implik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kewujudan media sosial memberikan implik"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Peranan Media Sosial Dalam Kehidupan Masyarakat Moden 1.2.1 Internet sebagai media komunikasi

1.2.2 Peranan media sosial dalam aspek pendidikan

1.2.3 Peranan media sosial dalam aspek ekonomi – ‘marketing’ 1.2.4 Peranan media sosial dalam aspek politik

BAB 2 : KESAN POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT

2.1 Kesan Positif Media Sosial

2.1.1 Mudah untuk membuat hubungan 2.1.2 Berfikiran positif dan berkeyakinan 2.1.3 Kenaikan semangat dan motivasi 2.1.4 Punca penambahan pendapatan 2.1.5 Medium untuk bersuara

2.2 Kesan Negatif Media Sosial

2.2.1 Terdedah dengan dosa, maksiat dan zina 2.2.2 Timbul sifat hasad dengki

2.2.3 Menjadi mangsa penipuan

2.2.4 Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan

BAB 3 : ANALISIS DATA

(3)

PENGHARGAAN

ABSTRAK

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Terutamanya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian ‘online interaction’ menerusi media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter dan

MySpace dan sebagainya. Secara umumnya, penglibatan dalam media sosial adalah satu fenomena baru yang dialami oleh masyarakat yang dilihat mempunyai implikasi terhadap proses komunikasi dan interaksi serta memberikan kepuasan terhadap mereka.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan media sosial terhadap individu-individu yang sedang aktif menggunakan media sosial sebagai bahan berinteraksi. Teori Kegunaan dan Kepuasan digunakan sebagai panduan penyelidikan yang menerangkan bahawa manusia mencapai tahap kepuasan tertentu dalam menggunakan media. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai tujuan penggunaan media sosial untuk mecapai kepuasan seperti kepuasan untuk mengelakkan kesunyian, mencari hiburan dan maklumat, mengeratkan hubungan dan permainan dalam talian. Selain itu, terdapat juga implikasi yang positif

(4)

BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa pada era yang moden ini, media sosial telah mendapat sambutan yang hangat sekali di negara kita. Ini kerana media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki juga merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Definisi telah diberi oleh Andreas Kaplan dan Michael Haenlein sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Disamping itu juga, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit media sosial pun ikut berkembang dengan pesat. Kini untuk melayari facebook atau twitter misalnya, boleh

dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh melayari media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita

(5)

1.2 Peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat moden

1.2.1 Internet sebagai media komunikasi

Internet merupakan media komunikasi moden yang kini digemari oleh masyarakat. Hal ini kerana sifat internet yang mudah diakses dan dianggap sebagai jendela dunia baru. Pada masa kini, dengan adanya media sosial proses komunikasi akan lebih mudah dan cepat.Internet adalah saluran komunikasi moden dan merupakan platform baru untuk penggemar sosial dalam berinteraksi dan menyebarkan maklumat. Berbagai forum dan komuniti terbentuk dan berkembang melalui kehadiran internet. Hal ini menunjukan betapa besarnya pengaruh internet dalam kehidupan manusia pada masa ini.

Internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektif dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Dalam masyarakat yang moden ini, internet menjadi pilihan sebagai alat komunikasi seperti media elektronik (e-mail),

perbincangan dan perbualan secara berkumpulan (chatting). Di samping itu, internet juga digunakan sebagai bahan untuk mencari dan menambahkan kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea-idea dalam minat yang sama.dengan itu, terjebak kepada penukaran maklumat budaya Negara masing-masing serta sejarah dan geografi antara rakan siber. Justeru, penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaannya amat meluas. Selain

berkomunikasi dengan teks, terdapat jugak penggunaan suara dan video dimana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing dengan menggunakan video Conferencing ataupun Tele-conference.

1.2.2 Peranan media sosial dalam aspek pendidikan

Sosial media merupakan sebuah media untuk bersosialisasi antara satu sama lain dan dilakukan secara online dimana membolehkan manusia untuk saling berinteraksi tanpa batasan. Internet adalah gabungan dari jaringan-jaringan komputer dalam skala luas dan besar, masing-masing pengguna dari computer dapat saling berkomunikasi dengan orang lain hanya dengan menggunakan sebuah bahasa jaringan. Tidak dapat dinafikan bahawa Internet juga menjadi sumber informasi yang penting di dalam pendidikan. Dengan adanya internet, berbagai informasi dapat diperoleh secara mudah dan cepat.

 Sistem Pendidikan Jarak Jauh.

Secara umumnya, pendidikan jarak jauh merupakan sistem pembelajaran secara terpisah diantara siswa dan tenaga pengajar dalam ruang dan waktu. Salah satu peranan yang penting media sosial dalam aspek pendidikan adalah kesempatan untuk belajar secara jarak jauh. Dengan adanya media sosial masalah pembelajaran secara langsung atau bertatap muka dengan tenaga pengajar dapat diatasi. Media sosial telah membantu dalam menyediakan komunikasi dua arah sehingga siswa dapat mengambil manfaat dan mengambil inisiatif untuk berkomunikasi secara tidak langsung dengan tenaga pengajar. Dengan adanya penggunan beragam seperti media audio, video, computer, atau multi media yang lain telah

(6)

Teknologi telah memainkan peranan yang amat penting di dalam dunia pen. Ia merupakan sumber untuk melancarkan lagi kegiatan pembelajaran dan untuk menimba ilmu pengetahuan.. Potensi penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam sistem pendidikan. Internet adalah salah satu contoh teknologi yang sangat bermanfaat untuk mempermudah dan memperlancarkan lagi kegiatan system pendidikan di negara kita.

1.2.3 Peranan media sosial dalam aspek ekonomi – ‘Marketing’

Media sosial merupakan bahan yang amat efektif dalam kegiatan marketing

communication, periklanan, promosi dan public relation. Peluang perniagaan melalui internet kini semakin berleluasa dikalangan peminat perniagaan dengan adanya pelbagai bentuk media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, whatsapp, Youtube dan sebagainya telah memberi peluang kepada masyarakat untuk membuat perniagaan secara online. Cara ini lebih memudahkan kerana para peniaga boleh membuat perniagaan secara tidak langsung dari rumah.

 Kos pemasaran yang rendah ‘Low Cost’

Pengiklanan secara tradisional adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan media social, terutamanya dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Media social merupakan satu-satunya bahan media yang boleh digunakan secara percuma. Ia hanya memerlukan masa untuk mengemaskini profil dan berinteraksi dengan kenalan. Pada masa kini, media social ini amat mendapat sambutan di kalangan pemilik perniagaan dan merupakan jalan permulaan yang menjadi pilihan kerana tiada halangan dalam kos pendaftaran atau melanggan.

Perniagaan boleh menggunakan media social untuk membuat promosi seperti artikel, video dan audio untuk

 Kesederhanaan ‘Simplicity’

Pemasaran dalam media tradisional memerlukan peralatan yang canggih dan

kemahiran yang tinggi jika dibandingkan dengan media social. Saluran media social adalah amat mudah digunakan walaupun tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam IT, apa yang diperlukan hanyalah sebuah computer dan sambungan internet.

 Akses tanpa had ‘unlimited access’

Media social boleh dilayari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira saiz syarikat, perolehan atau kenalan. Alat media social adalah terbuka kepada sesiapa sahaja.

1.2.4 Peranan media sosial dalam aspek politik

(7)

sosial tanpa kawalan sementara pemerintah pula lebih cenderung kepada dasar media sosial dengan kawalan dalam beberapa aspek tertentu.

Contohnya, Amerika Syarikat (AS) adalah antara negara maju yang mempunyai jumlah pengguna media sosial yang terbanyak di dunia. Walaupun secara prinsipnya, wujud kebebasan dalam aktiviti media sosial di negara ini, namun begitu, apabila diteliti secara mendalam mengenai hal ini, kita akan dapati bahawa tindakan kawal selia media sosial oleh kerajaan di mana-mana negara pun termasuk di negara-negara maju ialah satu tindakan yang biasa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadi moral dan etika para pengguna media sosial yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat dalam masyarakat di negara tersebut.

Walaupun isu kebebasan media sosial ini secara umumnya selari dengan prinsip demokrasi, aktiviti dan penggunaan media sosial tanpa sebarang kawalan boleh memberikan impak negatif untuk jangka masa panjang kepada negara dan masyarakat. Fenomena Arab Spring adalah antara contoh terbaik bagaimana aplikasi media sosial yang tidak terkawal boleh memberikan impak positif dan negatif kepada sesebuah negara. Secara positifnya, media sosial telah membantu secara tidak langsung dalam usaha ‘mencelikkan’ minda masyarakat Arab di negara-negara yang terkesan dengan fenomena Arab Spring untuk bangun membebaskan diri mereka daripada sebarang bentuk penindasan oleh pemimpin dan kerajaan di negara mereka sendiri.

Sementara itu, dari aspek negatif pula, penggunaan media sosial yang tidak terkawal bukan sahaja men-yumbang kepada keadaan ketidakstabilan dalam negara malah turut membuka ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang berkepentingan di luar negara untuk membuat percaturan tertentu di negara tersebut bagi kepentingan mereka sendiri. Dalam konteks isu terrorisme global, misalnya, media sosial se-ringkali digunakan sebagai satu cara untuk menyebarkan ideologi dan fahaman ekstremisme, menagih simpati umum,

menyebarkan fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan, serta merekrut ahli baharu dan calon-calon pengebom berani mati.

Dalam hal ini, kerajaan Malaysia turut memandang serius mengenai penggunaan aplikasi media sosial dalam kalangan rakyatnya. Setakat ini, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan untuk mengawal aktiviti media sosial. Bagaimana pun, kerajaan akan sentiasa memantau aktiviti ini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif yang wujud hasil daripada penggunaan media sosial yang tidak terkawal ini.

(8)

BAB 2 : KESAN POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT 2.1 Kesan Positif

Pada era modenisasi ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian sudah menjadi satu trend pada masa kini. Perkembangannya bagai cendawan tunbuh selepas hujan. Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara, golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya bertambah hangat apabila terdapat komputer riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan

penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram, Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Persoalannya apakah kepentingan media sosial kepada kita sehingga jutaan masyarakat mengilainya? Di bawah ini saya akan perjelaskan

kepentingannya secara terperinci.

2.1.1 Mudah untuk membuat hubungan

Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran semua ahli masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu. Situasi inilah yang

menyebabkan pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja. Ringkasnya, laman sosial boleh digunakan sebagai alat untuk memperoleh lebih banyak kenalan di dunia ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru dari seluruh dunia di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang sesuai untuk senario ini. Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik atas permintaan kita ataupun permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. Komen-komen terhadap gambar aktiviti individu yang dimuat naik secara berterusan akan mengeratkan hubungan sesama rakan. Bagi seseorang yang telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah, kolej atau universiti menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai suatu wahana utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Melalui media sosial mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain seterusnya mengikat hubungan mereka bagai aur dengan tebing. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan rakan-rakan sebagai aktiviti 'reunion'. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang berada di depan mata. Jelaslah bahawa selain dapat

menemukan semula rakan lama, media sosial juga boleh menambahkan kenalan baru yang jauh dan yang dekat.

2.1.2 Berfikiran Positif dan berkeyakinan

(9)

membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Malah, sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut gemar melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain beliau, Presiden AS, Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubungan dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang ingin merapatkan jurang politik antara golongan muda dan lama. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu meluas menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan”.

2.1.3 Kenaikan semangat dan motivasi

Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman sosial ini memiliki impak positif seperti menjadi persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu. Kehidupan zaman moden ini banyak tekanan seperti tekanan kehidupan kebendaan dan tekanan untuk berjaya di sekolah yang menjejaskan kesihatan perasaan individu tersebut. Kewujudan laman sebegini memudahkan masyarakat untuk menulis tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati kemurungan tersebut. Jadi, masyarakat boleh mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan perasaan mereka menerusi penulisan di laman sosial tersebut.

2.1.4 Punca penambahan pendapatan

Seterusnya, penggunaan laman sosial tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai wahana untuk menjana pendapatan yang lumayan. Melalui Facebook, Blog, Twittwe dan sebagainya, kita boleh mengembangkan perniagaan atau memasarkan produk secara percuma tanpa memerlukan seseorang itu bersemuka secara empat mata. Orang ramai dapat membeli sesuatu barangan seperti tudung, jubah, kasut, barangan perhiasan, kosmetik, buku, barangan elektronik seperti kamera digital dan komputer dengan menggunakan laman sosial tersebut. Mereka juga dapat menjadikan laman sosial tersebut sebagai alternatif menambahkan sumber pendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi dan petang seseorang itu terlibat secara langsung dengan kerjaya masing-masing. Pada waktu lapang, mereka dapat memasarkan sesuatu barangan yang dapat menarik perhatian orang ramai seperti kata

peribahasa sambil menyelam minum air. Harga dan kualiti barang yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harga pasaran semasa. Proses pembelian adalah mudah iaitu membuat tempahan, bayaran dibuat melalui akaun bank penjual yang dipaparkan dan barangan dihantar melalui pos laju. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat beli-belah. Tegasnya laman sosial dapat mewujudkan perniagaan di hujung jari tanpa had masa dan mampu melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

2.1.5 Medium untuk bersuara

(10)

yang dirancangnya.. Melalui media sosial juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu. Namun kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk

menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadbiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti media sosial mampu menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta

Kesimpulannya, media sosial mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara bijak. Justeru, ibu bapa mahupun penjaga haruslah

memantau anak mereka ketika mereka menggunakan media sosial untuk memastikan mereka tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia melalui muzik dan fesyen yang keterlaluan yang semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia. Pengguna juga harus lebih berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak akhir-akhir ini yang telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua pihak tampil untuk bekerjasama dalam memastikan media sosial sentiasa digunakan di jalan yang betul. Gutu juga boleh memainkan peranan mendedahkan laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk menggunakan media sosial bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian

(11)

2.2 Kesan Negatif

Isu-isu yang berkaitan dengan media sosial menjadi bahan perbincangan dalam masyarakat. Penggunaan media sosial secara meluas dan berpengaruh telah membawa faedah tetapi juga disalahgunakan di kalangan masyarakat. Ini telah membawa kepada berlakunya pelbagai masalah yang tidak dijangkakan.

2.2.1 Terdedah dengan dosa, maksiat dan zina

Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial.

2.2.2 Timbul sifat hasad dengki

Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal peribadi seseorang tersebut. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila mangsa yang dimalukan itu membuat laporan polis pula. Lantaran itu, ada pihak yang mahu supaya laman sosial dikawal dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi kebiasaan pula.

2.2.4 Menjadi mangsa penipuan

Terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini berlaku kerana mereka terlalu mempercayai orang yang baru sahaja dikenali melalui laman social dan terlalu mengikut kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman social tersebut. Perkara ini sering berlaku apabila rakan dalam laman social

menghantar mesej dan membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masa untuk bertemu. Justeru, jika terikut dengan permintaan tersebut, mereka mungkin telah ditipu dan menjadi mangsa rogol.

2.2.5 Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan

Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang

(12)

BAB 3 :ANALISIS DATA

3.1 Dapatan kajian

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat di negara kita turut menggunakan kemudahan media sosial untuk pelbagai tujuan dan kemahuan masing-masing dan

dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penggunaan laman sosial dalam masyarakat adalah untuk tujuan mengikuti perkembangan semasa, berhubung dengan ahli keluarga, megeratkan silaturahim, pekerjaan, akademik dan sebagainya. Ini kerana media sosial merupakan salah satu jalan alternatif yang paling cepat dan mudah diakses.

3.2 Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet banyak memberi kesan terhadap corak kehidupan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Media sosial merupakan salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Sehinggakan pada masa ini, sesiapa yang tidak memiliki akaun laman media sosial dianggap ketinggalan zaman. Perkara ini telah banyak mempengaruhi masyarakat sekeliling dan telah mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan memberi kesan yang positif mahupun negatif. Bagaimana pun, ia bergantung kepada bagaimana pengguna memanfaatkan

kemudahan yang diberikan. Oleh itu, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat juga perlu

mempunyai disiplin dan ketahanan diri dalam mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial ini untuk kegunaan yang baik disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat menjadi minda kelas pertama. Di samping itu, masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat

Referensi

Dokumen terkait

Pada algoritma Quickpropagation dilakukan pendekatan dengan asumsi bahwa kurva fungsi error terhadap masing- masing bobot penghubgung berbentuk parabola terbuka

Untuk mengetahui sudut pada gimbal dapat digunakan sensor IMU yang terdiri dari sebuah accelerometer dan gyroscope [3], yaitu sensor accelerometer dapat mengukur

Kenapa Inggris membantu Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah jajahan Perancis? Hal Kenapa Inggris membantu Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah jajahan Perancis?

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian makanan enteral berformulasi bahan pangan lokal terhadap tikus putih ( Rattus norvegicus ) malnutrisi

Dan mengenai hal bagaimana pandangan Advokad terhadap Peraturan Mahkamah Agung (PERMA) No. 01 tahun 2008 tentang Prosedur Mediasi Di Pengadilan, Mereka berangapan bahwa

Untuk memastikan identifikasi larutan tersebut maka pada kegiatan ini dilakukan analisis dengan dua tahapan yaitu penentuan rekoveri Cs melalui perhitungan jumLah Cs

Bahkan setelah provinsi Riau terbentuk pada tahun 1958, nama Riau dipergunakan sebagai nama sebuah provinsi yang penduduknya dewasa itu dikenal sebagian besar terdiri dari

6 mengetahui peran guru sebagai evaluator dalam mengatasi kesulitan belajar siswa berkebutuhan khusus autis di kelas V SDN Merjosari 4 kota Malang yakni guru kelas melakukan