Syiah dan Kesannya Terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah di
Malaysia
Disampaikan oleh:
SHAHROM BIN MAAROF
Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah),
Bahagian Penguatkuasaan,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Fahaman Ahli Sunnah Wal-jamaah adalah satu
fahaman yang terbaik untuk di Malaysia kerana ianya satu fahaman yang harmoni dan bersifat sempurna.
Kewujudan aliran-aliran fahaman yang lain akan menyebabkan berlakunya pepecahan di dalam masyarakat di Malaysia.
Perkara ini perlu disekat dan dibenteras
sebelum menjadi nanah yang membusuk
dalam agama.
Fahaman Syiah telah berkembang secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Terdapat tiga kumpulan Syiah yang berkembang di Malaysia iaitu Syiah Taiyibi Bohro (Dawood Bohra), Syiah Ismailliah Agha Khan dan Syiah Ja‟fariayah @ Imamiah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :
a) Memansuhkan keputusan muzakarah
Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',
b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.
c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya
memperuntukkan dengan nyata bahawa
agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi
"aqidah, syari"ah dan akhlaq.
d) Menetapkan bahawa semua umat
Islam warganegara ini adalah tertakluk
kepada undang-undang Islam dan Hukum
syarak yang berasaskan pegangan kepada
ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.
e) Menetapkan bahawa penerbitan,
penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang
berkaitan dengan ajaran Islam yang
bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama"ah adalah diharamkan.
Kata Syiah berasal dari bahasa Arab yang artinya
pengikut, juga mengandung makna pendukung dan pecinta, juga dapat diartikan kelompok.
Syiah ialah mereka yang mengikut Saidina Ali secara khusus. Pengikut Syiah berpendapat bahawa perlantikan Saidina Ali menjadi
khalifah adalah secara nas dan wasiat.
Syiah yang dimaksudkan di sini adalah Mazhab Syiah atau aliran syiah atau lengkapnya adalah aliran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah
(Ja‟fariyyah).
S
alah satu aliran Syiah dari sekian banyak aliran-aliran Syiah yang satu sama lain
berebut menamakan aliran Syiahnya sebagai mazhab Ahlul Bait. Dan penganutnya
mengklaim hanya dirinya saja atau
golongannya yang mengikuti dan mencintai Ahlul Bait. Aliran Syiah inilah yang dianuti
atau diikuti oleh majoriti (65 %) rakyat IRAN.
Begitu pula sebagai aliran Syiah yang diikuti
oleh segelintir orang-orang di Indonesia dan
Malaysia.
Syiah adalah aliran ajaran-ajarannya yang
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW, atau dalam bahasa agamanya disebut Ahli
Bid‟ah. Syiah Itsna Asyariyah ini dianggap
bahaya kerana menggunakan strategi yang licik yang mereka namakan TAQIYAH (berdusta) yang berakibat dapat menghalalkan segala cara
untuk aliran ini dikembangkan. Akibatnya banyak orang-orang yang beraqidah Ahlus
Sunnah Wal Jama‟ah tertipu dan termakan oleh propaganda mereka, sehingga keluar dari
agama nenek moyangnya (Islam) dan masuk
Syiah.
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al- Sunnah dan pendapat para Sahabat yang
bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki,
Syafie dan Hanbali adalah terhitung di dalam
Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong
di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:
Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) dari
orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang- orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar.
2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An‟am ayat 153:
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
3. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka
sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan
bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar,
perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang
dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid‟ah dan tiap-tiap bid‟ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
1. Sudut Aqidah
i- Imam adalah maksum
Mereka meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia.
Kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi.
Ruj:Kitab aqaid Al-Imamiah hal 72.
ii- Kemunculan Imam Mahdi bersama orang yang telah mati (Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman,
Aishah, Hafsah, Muawiyah dll) untuk menghukum.
Ruj: Ruj:Kitab aqaid Al-Imamiah hal 83.
iii- Berpura-pura(At-Taqiyyah)
Konsep “Taqiyyah” ini adalah kepuraan-puraan atau berbohong boleh digunakan oleh pengikut Syiah
dalam keadaan terdesak. Ruj: Buku Al-Kafi oleh Al- Khulaini hal. 217.
iv- Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan Mereka menyanjungi Sadina Ali sehingga
menyamatarafkan dengan Rasulullah (saw). Ruj:
Buku Al-Kafi oleh Al-Khulaini hal. 197.
v-Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali di dalam Syahadah selepas nama nabi Muhammad (saw).
Ruj: Buku Al-Kafi oleh Al-Khulaini juzuk1 hal. 441.
vi- Menolak hadis yang diriwayat oleh Ahli Sunnah sekalipun Mutawattir. Ruj: buku aslu Al-syiah
wa usuluha oleh Muhammad Al-hussain Ali Kasyif Al-Ghita‟ hal. 149.
vii- Khalifah diriwayatkan secara nas dan wasiat.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al-Faqih oleh Abu Jaafar
Muhammmad bin Ali bin Hussain Bahawiyah Al-
Qanuni juzuk 1 hal 358.
viii- Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-
Bada'). Al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi
daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu.
"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata
seseorang. Serta mengetahui akan apa yang
tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin
ayat 19).
ix- Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.
Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66.
"Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w.
kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar. Ruj: kitab Bihar al-Anwar oleh Majlisi juz 27 hal-64-66.
x- Al-Quran yang ada sekarang tidak lengkap
Golongan Syiah mempercayai bahawa Quran yang adalah dari Mushaf Fatimah iaitu mengandungi 17,000 ayat (tiga kali ganda dari quran yang ada sekarang). Ruj: Kitab Al-Kafi.
2. Sudut Syariat
i- Menolak Ijmak Ulamak
Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak ulama dan mereka hanya berpegang kepada pendapat imam mereka sahaja. Ruj:Kitab Muhtasarat-Tuhfah hal 51.
ii- Menolak qias
Mereka mengatakan jika beramal dengan qias
akan merosakkan agama. Ruj:Kitab Al-Syiah
Wa Usuluha hal 149.
3. Sudut Akhlak
i- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan
Muawiyah sebagai empat Berhala Quraish serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
Ruj: kitab Tuhfah Al-awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain hal. 330.
ii- Menghalalkan nikah mut‟ah
Mereka mendakwa bahawa Rasulullah tidak
pernah mengharamkan. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al-Faqih
oleh Abu Jaafar Muhammmad bin Ali bin
Hussain Bahawiyah Al-Qanuni juzuk 1 hal 358.
iii- Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
Golongan Syiah mengada upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena
memperingati kematian Saidina Hussain. Ruj:
kitab Al-Syiah wal at-tashih al-sira‟ baina al- Syiah wa al-tasysyu hal. 98.
iv- Menghina Isteri-isteri nabi (saw)
Golongan Syiah jelas menghina isteri-isteri nabi
seperti dijelaskan di dalam kitab Tuhfah Awam
Maqbul hal. 330.
Memang tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak pengaruh Syiah telah masuk ke dalam fahaman Ahlus Sunnah sejak tertubuhnya Republik Islam selepas berlakunya Revolusi Iran pada 1970-an dan Imam Khomeini diangkat menjadi pemimpin
Republik Islam di Iran.
Tidak ada yang mustahil Malaysia boleh jadi seperti Iran kerana hasil serbuan pada15 Disember 2010 mendapati pengaruh Syiah telah tersebar di
kalangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat
dari penuntut, pekerja biasa malah ada yang dari golongan profesional.
Akibat pendedahan maklumat yang begitu mudah diperolehi dari „Jaringan Dunia Tanpa Sempadan‟
Internet yang bersumberkan Ulama Syiah.
Jika dilihat pertembungan di antara fahaman Syiah dan Ahluls Sunnah dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak ternyata pengaruh Syiah ini jika tidak
dibenteras akan menyebabkan berlakunya
ketempangan dalam masyarakat yang selama ini menganut fahaman ahlus sunnah wal jamaah
seterusnya berlakunya pepecahan dan asobiiyah (berpuak-puak)