• Tidak ada hasil yang ditemukan

TITAS-Islam Dan Hak Asasi Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TITAS-Islam Dan Hak Asasi Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

UICI1012 - TAMADUN ISLAM

DAN TAMADUN ASIA

Islam dan Hak Asasi Manusia

PENSYARAH : DR. AHMAD MARZUKI MOHAMAD

NAMA AHLI :

Nurul Hidayah Binti Anuar SX140056CSJS04

Nur Shuhada Binti Zainol

SX140102CSRS04

Mastura Binti Ab Rahim

SX140085CSRS04

(2)

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan………...………...

2. Objektif………..

3. Hak Asasi Manusia dalam Islam………

3.1. Hak Hidup………... 3.2. Hak Kebebasan………... 3.3. Hak Kehormatan………. 3.4. Hak Persamaan………... 3.5. Hak Milik……… 3.5.1.Hak Milik Allah……….. 3.5.2.Hak Milik Individu………. 3.5.3.Hak Milik Masyarakat………

4. Hak-Hak Lain………..……….

4.1. Hak Warganegara………... 4.2. Hak Asasi dan Warganegara Malaysia………... 4.2.1.Kebebasan Diri……… 4.2.2.Pengabdian dan Kerja Paksa………. 4.2.3.Perlidungan daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuat Kuasa Kebelakangan

dan Perbicaraan Berulang...………..………. 4.2.4.Hak Persamaan……… 4.2.5.Kebebasan Bercakap, Berhimpun, dan Menubuhkan Persatuan……… 4.2.6.Kebebasan Agama……….. 4.2.7.Kebebasan Berpolitik……….. 4.2.8.Hak-Hak Berkenaan dengan Pendidikan………...…. 4.2.9.Hak Terhadap Harta……….... 4.3. Hak Berperang………...………. 4.3.1.Sebab-Sebab Pergi Berperang………. 4.3.2.Etika Moral Peperangan……….. 4.4. Hak Pendidikan………... 4.5. Hak Mendapat Pekerjaan……….... 4.6. Hak Alamiah………...………….... 4.6.1.Hidup………..……… 4.6.2.Kebebasan Peribadi………. 1 1 2 2-3 3 3-4 4-5 5 5 5 6 6 6 6 6 7 7 7-8 8 9 9 10 10 10 10-11 11 11-12 13-14 14 14-15 15-16

(3)

4.6.3.Kebebasan Beragama……….. 4.6.3.1. Kebebasan Beragama dalam Konsep Islam………... 4.6.3.2. Kebebasan Beragama dalam Konsep Bertamadun……….... 4.7. Hak dan Tanggungjawab Pemimpin dan Rakyat……… 4.7.1.Hak dan Tanggungjawab Pemimpin………... 4.7.2. Hak dan Tanggungjawab Rakyat………...

5. Konklusi………..……….. 6. Rujukan…..………... 6.1. Rujukan Buku………. 6.2. Rujukan Internet………. 16 16-17 17 18 18-19 19 20 21 21 21

(4)

1

1.

Pengenalan

Manusia sebagai hamba telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Setiap individu berperanan memainkan kedua-dua fungsi manusia yang dijadikan oleh Allah SWT. Berasaskan kepada kepentingan inilah maka Islam telah menetapkan hak yang sewajarnya daripada pelbagai aspek kehidupan manusia.

Pengiktirafan hak asasi manusia dalam Islam bermula sejak penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Islam mengiktiraf dan mengakui beberapa hak dan peruntukan asas bagi manusia sebagai makhluk Allah SWT. Hak tersebut seperti peruntukan untuk hidup, bebas berfikir, memilih kepercayaan dan agama, bersuara, mencari ilmu pengetahuan, pemilikan, jaminan hidup dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, setiap manusia walau apapun agama, warna, keturunan, warganegara, asal, bahasa dan sebagainya, mereka berhak memilih hak asasi tersebut. Hak ini perlu diakui oleh setiap manusia atau orang Islam dan menjadi kewajipan setiap individu untuk memenuhi dan melaksanakan tuntutannya.

Hak dan tanggungjawab adalah dua hukum yang berlainan tetapi sebahagian umat Islam tidak memahaminya malah mungkin akan bertukar maksud antara keduanya. Hak ialah sesuatu yang menjadikan keperluan wajib yang perlu dipenuhi. Manakala tanggungjawab pula ialah bebanan yang dipikul untuk memenuhi hak tersebut (Ahmad Baei Jaafar, 2012). Sebagai contoh dalam konsep kepimpinan rumahtangga, seorang suami mempunyai hak atau keperluan yang wajib dipenuhi, seperti hak untuk dihormati, disayangi, dihargai, ditaati dan dilayani. Maka untuk memenuhi hak ini, seorang isteri mempunyai tanggungjwab yang perlu dipikul seperti meminta izin sebelum keluar rumah, menerima seadanya pemberian suami, mentaati suami selagi tidak melanggar hukum syarak serta tidak meninggalkan tempat tidur suami (Ahmad Baei Jaafar, 2012).

2.

Objektif

Mengupas dengan lebih lanjut lagi tentang Islam Dan Hak Asasi Manusia bagi kefahaman diri sendiri, rakan sekelas, dan masyarakat supaya apa yang telah dipelajari di dalam kelas dapat dipraktikkan di luar kelas justeru memberi impak positif dalam kehidupan harian.

(5)

2

3.

Hak Asasi Manusia Dalam Islam

Islam telah menetapkan beberapa peruntukan dan hak umum bagi setiap manusia yang harus ditegakkan dan dihormati dalam setiap keadaan, masa dan tempat. Sekalipun dalam keadaan tidak aman atau dalam peperangan, Islam telah membataskan hak setiap individu yang terlibat. Tidak ada unsur penindasan terhadap kaum yang lemah seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan sebagainya. Mereka diberikan hak yang sewajarnya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. Semua hak ini diberikan berdasarkan status mereka sebagai manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Khutbah Nabi Muhammad SAW semasa baginda menunaikan haji yang terakhir (haji wadda’) dengan jelas memperlihatkan betapa pentingnya hak asasi manusia ini dipatuhi oleh setiap individu. Dengan khutbah yang bermakna ini, Rasulullah SAW telah mengingatkan umat Islam terhadap hak asasi yang diperuntukkan oleh Allah kepada manusia dengan menegaskan bahawa hidup dan harta benda adalah hak setiap manusia dan Islam menegah sesiapa sahaja yang mencerobohinya. Begitu juga hak terhadap kehormatan dan maruah setiap manusia yang perlu dipelihara oleh setiap individu.

Secara umumnya, hak dan peruntukan asas yang diberikan oleh Islam kepada semua manusia dapat dirangkumkan dalam empat perkara utama, iaitu hak hidup, hak kebebasan, hak kehormatan dan juga hak milik. Perkara ini dijelaskan di dalam huraian yang berikutnya :

3.1.

Hak Hidup

Hak untuk hidup bagi setiap manusia ialah hak yang dijamin oleh Allah SWT selaku Pencipta. Dialah sahaja yang berhak menentukan hak hidup atau mati setiap insan dan hak ini tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun melainkan dengan kebenaran yang diizinkan-Nya. Oleh sebab itu, membunuh adalah satu perbuatan salah dan keji yang dikira sebagai jenayah berat dan dosa besar walaupun membunuh diri sendiri. Kesalahan membunuh tanpa ada kebenaran boleh dijatuhkan hukuman qisas, iaitu dihukum dengan hukuman bunuh balas.

Allah menjamin kehidupan, diantaranya dengan melarang pembunuhan dan menjatuhkan hukan qisas ke atas pembunuh. Malah Allah melarang kita daripada berkata buruk terhadap mereka yang telah meninggal dunia,“Janganlah kamu mencaci maki orang yang sudah mati. Sebab

(6)

3 Oleh itu, hak hidup merupakan peruntukan yang disediakan oleh Allah kepada setiap manusia dan perlu dihormati oleh setiap individu.

 Hak paling asas bagi setiap manusia. Manusia wajb memelihara kehidupannya.

 Hanya Allah yang berhak menentukan hak hidup atau mati seseorang.

 Jenayah bunuh akan dikenakan hukuman qisas.

3.2.

Hak Kebebasan

Hak kebebasan dalam Islam merangkumi satu skop yang amat luas melibatkan kebebasan bersuara, berfikir, memilih, bekerja, beragama dan lain-lain yang diharuskan dalam Islam. Islam memberikan hak bersuara dan mengemukakan pendapat atau pandangan kepada semua orang selagi kebebasan tersebut digunakan untuk menegakkan dan menyebarkan kebenaran dan kebajikan, bukannya untuk menyebarkan kerosakan, kejahatan dan kebatilan. Islam juga memberi hak kebebasan berkeyakinan dan beragama kepada Allah SWT.

Walaupun Allah hanya mengakui bahawa Islam sahajalah satu-satunya agama yang sebenar, diakui dan diredhai oleh-Nya, tetapi hak kebebasan untuk berkeyakinan masih diberikan kepada setiap individu. Islam juga memberikan hak kebebasan untuk berfikir atau mendapatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan manusia. Islam menentang kejahilan dan mengajak manusia memerangi kejahilan kerana kejahilan boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Atas dasar inilah Islam menuntut setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan. Hak untuk belajar dan menuntut ilmu pengetahuan ini diberikan kepada setiap lelaki ataupun perempuan. Tiada perbezaan hak antara seorang lelaki dan perempuan.

 Hak bersuara dan memberikan pandangan selagi mana ianya membawa kepada kebenaran dan kebaikan.

 Kebebasan berkeyakinan dan beragama.

 Hak kebebasan berfikir dan mendapatkan ilmu pengetahuan.

3.3.

Hak Kehormatan

Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

(7)

4 Manusia dikurniakan hak kehormatan dan maruah yang perlu dijaga dan dipelihara sebaiknya oleh semua pihak. Manusia sendiri dikehendaki menjaga hak kehormatan ini agar tidak terjatuh ke tempat yang rendah dan hina (asfala safilin). Kehormatan yang dimiliki oleh setiap individu memerlukan setiap orang mendapat hak dan tanggungjawab yang sama terhadap penjagaan nilai kehormatan dan maruah. Seseorang tidak boleh memperkecil-kecilkan orang lain dengan merendah-rendahkan kedudukan mereka bagi menjaga nama baik, maruah diri dan keturunan.

Jaminan ini telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam Hajjatul Wida’ di Padang Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud :

“Sesunggunnya nyawa, harta dan kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Islam juga telah memberikan penghargaan khusus terhadap kehormatan, maruah dan kesucian Islam. Islam memberikan hak kehormatan dan maruah kepada wanita yang harus dipelihara dan dijaga oleh semua pihak. Untuk itu, undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat (nikah kahwin) telah dijelaskan dengan lengkap semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas perkara-perkara negatif seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabi’i seperti liwat dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

 Setiap manusia berhak mendapat hak penjagaan nilai kehormatan dan maruah diri.

 Sebarang bentuk penindasan adalah dilarang seperti; memperdagangkan wanita dan menjadikan mereka sebagai hamba seks

3.4.

Hak Persamaan

Pembahagian manusia kepada kaum dan bangsa bukan bermaksud bahawa satu bangsa merasa lebih unggul daripada yang lain atau satu bangsa dapat memperlakukan bangsa lain dengan menghina, atau menganggapnya bangsa yang tiada nilai dan boleh dirampas haknya dengan begitu sahaja. Perbezaan status manusia di sisi Allah SWT adalah berasaskan siapa yang lebih bertaqwa dalam kalangan manusia. Islam tidak membezakan manusia dari sudut kedudukan dan pangkat mereka semata.

(8)

5 Islam tidak bertolak ansur dengan hak persamaan yang semestinya dimiliki oleh setiap individu tidak kira sama ada rakyat biasa, orang kenamaan, atau mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi.

 Manusia adalah sama, tiada perbezaan dari segi darjat, keturunan, warna kulit, bangsa dan jantina

“Perbezaan status manusia di sisi Allah SWT adalah berasaskan ‘takwa’” (al-Quran 49:13)

3.5.

Hak Milik

Allah secara tegas melarang manusia mengumpulkan harta dengan cara yang salah. Islam memberikan hak kebebasan kepada manusia dalam pengumpulan harta, namun perlu membezakan antara cara yang halal dan haram.

3.5.1.

Hak Milik Allah

Semua yang ada di muka bumi adalah milik Allah SWT. Segala kekayaan hakikatnya adalah hak milik mutlak Allah SWT. Manusia hanyalah ditugaskan sebagai pemegang amanah dan harus memanfaatkan harta dengan matlamat beribadat kepada Allah.

Menurut ajaran Islam, Allah SWT adalah pemilik yang sesungguhnya dan mutlak atas alam semesta. Allah lah yang memberikan manusia kurnia dan rezeki yang tak terhitung jumlahnya.

3.5.2.

Hak Milik Individu

Hak milik individu adalah hak syara’ untuk seseorang, sehingga orang tersebut boleh memiliki kekayaan yang bergerak mahupun kekayaan tetap. Dalam Islam, manusia mempunyai tanggung jawab secara individu dan kolektif dengan syara’ menjadi acuan dalam penetaannya. Masyarakat dalam ajaran Islam memiliki kepentingan individu, sehingga memunculkan keperluan natural dari para individu.

Dari segi lain, terdapat keperluan-keperluan individu yang tidak dapat diusahakan sendiri melainkan harus diusahakan secara kolektif iaitu secara bermasyarakat.Hak individu terhadap harta terbatas dan sebahagiannya perlu dimanfaatkan untuk masyarakat.

(9)

6

3.5.3.

Hak Milik Masyarakat

Hak milik masyarakat pula adalah berkait rapat dengan perlaksanaan zakat. Zakat merupakan harta yang wajib dikeluarkan untuk membantu masyarakat yang lebih memerlukan.

4.

Hak- Hak Lain

4.1.

Hak Warganegara

Hak warganegara ialah satu hak yang ditetapkan kepada rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Antara hak warganegara yang diperuntukkan dalam Islam ialah ;

Hak keamanan untuk hidup, hak pemilikan harta benda, perlindungan terhadap kehormatan diri dan maruah

Hak kebebasan bersuara dan mengemukakan pandangan

Hak kebebasan mengamalkan agama

Hak mendapat keadilan dan berpolitik

4.2.

Hak Asasi dan Warganegara Malaysia

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut ;

4.2.1.

Kebebasan Diri

Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.

Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguan itu. Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

(10)

7

4.2.2.

Pengabdian dan Kerja Paksa

Kebebasan manusia turut membawa maksud bahawa tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah SWT. Sebab itu syariat Islam mewajibkan hanya Allah SWT sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah. Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman yang mengongkongnya. Islam menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah sejahat-jahat penghambaan.

 Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.

 Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

4.2.3.

Perlindungan Daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuat Kuasa

Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.

Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

4.2.4.

Hak Persamaan

Persamaan merupakan prinsip utama di dalam sistem politik Islam bagi menjamin wujudnya keadilan. Ia menjadi prasyarat bagi keadilan, yang tidak akan sempurna di dalam negara Islam jika sekiranya kerajaan tidak mengamalkan konsep persamaan dalam kalangan rakyatnya. Justeru itu, kerajaan Islam mestilah melaksanakan dasar yang samarata terhadap rakyatnya dari segenap aspek undang-undang, sosial, pendidikan, politik dan terutamanya di dalam mengecapi hak-hak asasi, tidak kira sama ada lelaki atau wanita, Islam atau bukan Islam.

(11)

8 Manakala, konsep eglitarian atau lebih difahami dengan maksud sama-rata yang terdapat dalam Islam, tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masayarakat.

 Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

4.2.5.

Kebebasan Bercakap, Berhimpun, dan Menubuhkan Persatuan

Di dalam kerajaan Islam, kebebasan individu untuk memberikan pendapat merupakan hak individu yang amat penting. Kerajaan tidak boleh menyekatnya dan individu juga tidak boleh bertolak ansur di dalam mendapatkan hak tersebut. Kebebasan mengeluarkan pendapat ini amat penting kerana ia merupakan pengiktirafan kepada manusia dan pendapatnya. Ia juga amat penting kerana mendorong manusia menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Bagaimanapun kebebasan berfikir dan bersuara ini terikat kepada beberapa pembatasan iaitu:

 Tujuan yang baik dan niat yang ikhlas. Hak kebebasan ini digunakan untuk mendapat keredhaan Allah. Ini hanya akan berlaku dengan menjadikan kebebasan berfikir dan bersuara ini sebagai alat untuk mendapatkan hak, membela masyarakat serta memberi nasihat kepada umat Islam secara umum dan kepada para pemimpin secara khusus sejajar dengan perintah Allah.

Tidak menggunakan idea dan pemikiran tersebut ke arah kemaksiatan, fitnah, dusta ataupun mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan aqidah dan syariat. Sebaliknya ia mestilah digunakan untuk membawa masyarakat kepada peningkatan iman, ilmu, motivasi, daya juang, pembangunan tamadun kemanusiaan yang unggul.

Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar merupakan suatu kewajipan yang penting di dalam Islam. Ia tidak dapat dilaksanakan tanpa kebebasan memberikan pendapat. Oleh sebab itulah pemerintah di dalam negara Islam hendaklah memberikan penumpuan untuk mendidik rakyatnya supaya bebas berfikir dan memberikan pendapat.

 Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.

 Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman.

(12)

9

4.2.6.

Kebebasan Agama

Walaupun Islam adalah agama rasmi dan raja adalah ketua agama, hak dan keperluan agama lain tidak pernah dipertikaikan. Sebagai contoh disamping terdapat masjid yang menjadi tempat ibadat bagi orang Islam kerajaan Malaysia membenar rumah-rumah ibadat bagi kaum Cina, India, Siam dan lainnya dibina di sini demi kepentingan bersama dan mengelak rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

 Semua agama menerapkan nilai nilai baik untuk di hayati dan sebagai panduan hidup.

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

4.2.7.

Kebebasan Berpolitik

Kebebasan berpolitk adalah asas kepada kejayaan sesebuah kerajaan. Ia juga merupakan sumber kekuatan dan kemajuan umat. Dengan kebebasan berpolitik, kemuliaan dan kehormatan manusia dapat dipelihara, nilai-nilai dan akhlak mulia dapat berkembang, pemikiran dan kebijaksanaan manusia bebas terbuka, keadilan terpelihara, kebahagiaan dan kemakmuran akan menguasai negara. Dengan itu manusia akan hidup bahagia dan kehidupan itu akan terasa kemanisannya.

Islam telah memberikan kebebasan berpolitik kepada individu. Sirah Rasulullah SAW telah membuktikannya. Islam mengajar bahawa negara yang lahir ke dunia bukanlah kerana keistimewaan orang tertentu. Sebaliknya, ia lahir bersama kelahiran agama Islam di dalam masyarakat jahiliyyah yang jahil erti negara, dasar pemerintahan dan prinsip siasah. Seorang ketua negara tidak akan memegang kuasa pemerintahan kecuali dengan pemilihan daripada umat. Perlantikannya bertujuan untuk memelihara agama dan kepentingan ummah.

Secara ringkasnya kebebasan berpolitik ialah masyarakat berhak untuk memilih pemimpin dan berhak untuk dipilih menjadi pemimpin. Ia termasuk juga hak untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dalam negara. Islam memberikan hak ini kepada semua rakyat yang berkelayakan dalam negara Islam. Orang-orang kafir dhimmi pun dibenarkan untuk menjawat jawatan awam dan menjadi seorang menteri dalam negara Islam.

(13)

10

4.2.8.

Hak-Hak Berkenaan Dengan Pendidikan

Bagi membangunkan sebuah negara yang cemerlang pendidikan dijadikan asas utama. Namun, masyarakat hendaklah mengambil tahu tentang hak-hak berkenaan dengan pendidikan :

Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.

Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

4.2.9.

Hak Terhadap Harta

Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.

4.3.

Hak Berperang

Perang dalam Islam memiliki makna yang spesifik yang berbeza dengan makna bahasanya. Dalam erti kata yang lain, perang adalah mengangkat senjata untuk melawan atau memerangi orang-orang kafir dalam rangka membela kehormatan Islam dan kaum Muslimin. Justeru, perang haruslah dilakukan semata-mata dengan niat untuk menegakkan kedaulatan Islam, dan bukannya niat untuk menguasai sesebuah negara untuk mengambil hartanya.

Tambahan, Perang dalam Islam diertikan sebagai Qitalu al-Kuffari fi Sabilillahi li I’lai Kalimatillah, iaitu “memerangi orang-orang kafir dijalan Allah” dalam rangka meninggikan kalimah Allah SWT.

4.3.1.

Sebab-Sebab Perginya Peperangan

Allah memerintahkan kita untuk mengelak daripada berlakunya peperangan, dan mencari penyelesaian secara damai. Rasulullah SAW bersabda, “Adakah tidak mahu bertemu

dengan musuh, tetapi jika anda bertemu dengan mereka, bersabarlah” (Riwayat Muslim)

Antara sebab orang Islam melancarkan perang adalah penting untuk memelihara hak asasi manusia dan maruah. Maksud ini jelas ditekankan di dalam al-Quran apabila Allah menerangkan jenis perang yang Beliau jelaskan dengan melampirkan sifat (fi sabi lilllah)

(14)

11 yang bererti ‘demi Allah’. Justeru, ini membawa maksud di mana peperangan yang berlaku bukan untuk kepentingan atau keuntungan peribadi tetapi dijalankan untuk nilai kemanusiaan dan kepentingan umum.

Antara sebab-sebab digalakkan untuk pergi berperang di dalam Islam adalah untuk mempertahankan hidup seseorang daripada pencerobohan. Ini adalah hak asasi manusia yang diguna pakai ke atas umat Islam dan juga bukan Islam. Selain itu, melindungi tanah air dan membantu orang Islam yang ditindas di seluruh dunia serta menjamin kebebasan dan menyebarkan mesej Islam.

4.3.2.

Etika Moral Peperangan

Adalah wajib bagi tentera untuk mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan. Hanya musuh-musuh sahaja yang diperangi. Dalam peperangan, Nabi menemukan mayat wanita yang menggeletak di atas tanah. Nabi mengamat-amatinya kemudian bersabda: “Dia tidak ikut berperang, mengapa dibunuh?” Daripada pernyataan Nabi ini, para hukum berpendapat bahawa musuh yang bukan penyerang tidak boleh dibunuh.

Sehubungan itu, golongan musuh dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak boleh dibunuh atau dicederakan malahan, tawanan perang tidak boleh dikasari dan dibunuh. Rasulullah SAW melarang membunuhan terhadap seorang tawanan yang tertangkap dalam keadaan tangannya masih terikat.

Kaum Muslimin juga telah diberi instruksi oleh Raulullah SAW bahawa apabila mereka memasuki daerah musuh, mereka tidak boleh melakukan pencerobohan, rompakan atau kerosakan terhadap rumah (tempat tinggal), atau merampas harta benda sesiapa pun, kecuali barang-barang milik tentera yang sedang berperang dengan mereka.

4.4.

Hak Pendidikan

Islam memberi hak kepada setiap individu untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran sejauh kemungkinan-kemungkinan dan situasi-situasi yang tersedia baginya, serta bakat yang ada padanya. Bahkan Islam beranggapan bahawa menuntu ilmu dan pelajaran adalah fardu atas setiap individu dalam batas-batas yang lazim, baik mengenai urusan-urusan agamanya mahupun perkara dunianya.

(15)

12 Dan dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:

“Menuntu ilmu adalah suatu kewajipan atas tiap-tiap muslim lelaki-lelaki dan perempuan.”

Ayat-ayat Al-Kitabulkarim yang mula-mula turun kepada Rasul SAW sendiri memuat pengagungan terhadap ilmu dan menempatkannya pada kedudukan pertama di antara nikmat-nikmat Allah Ta’ala atas manusia.

Di antara bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya:

“Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (tulis-baca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Q.S Al-Alaq: 3-5)

Dan sabda Rasul SAW: “Orang-orang yang berilmu (ulama) adalah pewaris para nabi.”

Islam mengajurkan pula merantau menuntut ilmu, apabila di negerinya sendiri tidak menemui jalan untuk mencapai ilmu yang ingin dicapainya. Sabda Nabi SAW : “Tuntulah ilmu sekalipun di negeri Cina.”

Ayat-ayat pertama Surah ini (ayat 1-5) adalah ayat-ayat yang mula-mula turun dari al-qur’an. Dan berkatalah Ibnu Khaldun: “Sesungguhnya merantau dalam menuntut ilmu dan bertemu

dengan guru adalah menambah kesempurnaan belajar.”

Orang yang mahu membaca kitab-kitab biografi “Kufiyatul A’yan” , “Thabaqatul Athibba”, dan

“Tarikhul Hukamaa” akan mendapati sejumlah mahasiswa muslim yang meninggalkan tanah airnya dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk menuntut ilmu. Mereka sabar menanggung kerinduan dan kesulitan di perjalanan dan mereka tetap memenuhi ajaran-ajaran Islam dan melaksanakan petunjuknya. Sekalipun Islam mempunyai perhatian yang besar terhadap ilmu-ilmu agama dan hal-hal yang berkaitan dengannya, tetapi di samping itu Islam menganjurkan untuk mencari ilmu-ilmu, kepandaian-kepandaian dan hasil-hasil budaya manusia dengan bermacam-macam cabangnya.

Oleh kerananya, banyaklah muncul para cendikiawan muslim dalam cabang-cabang ilmu ini. Dan mereka telah mengarang beberapa kitab berharga mengenai berbagai displin ilmu sehingga tidak ada satu cabang imlu pun yang mereka tinggalkan.

(16)

13

4.5.

Hak Mendapat Pekerjaan

Islam memberi hak kepada tiap-tiap individu untuk melakukan pekerjaan apapun yang halal yang dapat menghidupinya, sejauh dia cakap melakukannya. Islam benar-benar telah menganjurkan orang bekerja, tidak kira bagaimana sekalipun pekerjaan itu, selagi ianya termasuk pekerjaan-pekerjaan yang halal.

Firman Allah Ta’ala: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di

segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (Q.S. Al-Mulk: 15)

Dan Al-Qur’an menyuruh mereka yang melakukan solat Jumaat agar jangan lama-lama tinggal di dalam masjid, dengan segera kembali kepada pekerjaan mereka masing-masing sehabis selesai menunaikan kewajipan itu. Bahkan Islam telah memberikan kebenaran melakukan pekerjaaan-pekerjaan perdagangan dan lain-lain di tengah menunaikan haji.

Tentang ayat ini para ahli tafsir berkata, bahawa ayat ini menganjurkan untuk melakukan sebab-sebab memperoleh rezeki dan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan perdagangan dan lain-lain walaupun pada musim-musim haji.

Sabda Rasul SAW : “Tidak seorang pun di antara kamu sekalian yang memakan sesuatu

makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri”

Para sahabat, baik Muhajirin mahupun Ansar telah mengerjakan urusan-urusan perniagaan dan pekerjaaan-pekerjaaan lain dengan tangan mereka sendiri, di samping mereka ikut serta dalam urusan-urusan peperangan dan menyeru kepada Islam. Mereka masing-masing mempunyai kebebasan yang mutlak untuk melakukan pekerjaan apapun yang halal yang dapat menghidupinya selama dirinya mampu melakukannya. Pekerjaan mereka benar-benar telah diakui oleh Rasulullah SAW. Malahan Abu Bakar Ash-Siddiq sendiri ketika memegang jawatan sebagai khalifah masih tetap bekerja sebagai pedagang.

Diriwayatkan bahawa setelah Abu Bakar dinobatkan menjadi khalifah, pagi itu dia pergi ke pasar sedangkan di atas kepalanya bertumpuk kain-kain yang akan diperdagangankannya. Umar bin Al-Khaththab dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, radhiAllahu ‘anhuma, bertemu dengannya dan berkata:“Bagaimana mungkin engkau lakukan ini, padahal engkau harus memimpin urusan

kaum muslimin?” “Tetapi dari manakah aku ingin memberi makan kepada keluargaku?” jawab Abu Bakar. Mereka berdua berkata: “Engkau telah mendapat bahagian dari Baitul-mal.”

(17)

14 Lalu Bakar diberi bahagian dari Baitul-mal yang dapat menutupi keperluan keluarga yang menjadi tanggungannya sehingga dia dapat sepenuhnya mengurusi urusan-urusan khalifah.

4.6.

Hak Alamiah

Istilah ‘natural right’ berasal dari konsep John Locke (1632-1704) mengenai hak-hak alamiah manusia. John Locke menggambarkan bahawa kehidupan manusia yang asli sebelum bernegara memiliki hak-hak dasar perorangan yang alami. Hak-hak alamiah tersebut merupakan hak yang tidak dapat diabaikan iaitu hak untuk hidup, hak kebebasan beragama dan hak peribadi. Setelah bernegara, hak-hak dasar itu tidak lenyap tetapi justeru harus dijamin dalam kehidupan bernegara.

4.6.1.

Hidup

Allah SWT selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekalian alam ini telah mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah SWT kurniakan kepada semua makhluk-Nya. Allah SWT telah menegaskan dalam firmanNya daripada Surah Al-Hijr (ayat 23) :

Ertinya : “Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan

Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.”

Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah Al-Maidah (ayat 32) :

Ertinya : “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan

atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”

(18)

15 Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah melawan qada’ Allah SWT.

Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa :

 Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya adalah wajib di dalam Islam.

 Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti meminum minuman keras (arak), menghisap dadah, menghidu gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram disisi Islam.

 Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT.

 Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan diri daripada kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

4.6.2.

Kebebasan Peribadi

Kebebasan peribadi bermaksud hak individu untuk bergerak bebas dan hak mendapatkan perlindungan daripada sebarang pencerobohan. Individu tidak boleh ditangkap, dihukum atau dipenjara kecuali mengikut undang-undang. Kebebasan peribadi juga bermaksud kebebasan individu untuk keluar masuk negara.

Kebebasan individu dalam pengertian di atas telah dijamin di dalam syariat Islam. Islam menganggap pencabulan terhadapnya sebagai satu kezaliman. Perbuatan zalim itu pula dianggap haram. Untuk memelihara kebebasan individu daripada semua bentuk pencabulan, Islam telah memperuntukkan undang-undang yang melarang pencabulan terhadap nyawa, anggota dan kehormatan individu.

(19)

16 Kebebasan individu di dalam Islam adalah tidak mutlak. Ia dibatasi oleh peraturan-peraturan sejajar dengan sifat semulajadi, keadaan dan peranan manusia di dunia.

Terdapat dua perkara yang mengikat kebebasan manusia :

 Ikatan yang bertujuan untuk mengawal tatacara hidup sehingga dengan sekatan itu manusia tidak akan terjerumus ke dalam jurang yang tidak layak bagi seorang manusia dan sebaliknya hanya akan menjatuhkan maruah serta kehormatannya.

 Ikatan yang bertujuan mengawal hubungan manusia dengan manusia lain di dalam masyarakat. Sama ada hubungan individu dengan individu, individu dengan masyarakat, masyarakat dengan individu atau masyarakat dengan masyarakat. Tanpa pengawalan terhadap hubungan-hubungan ini, hak manusia akan diabaikan, kezaliman akan berleluasa dan sistem akan kucar-kacir. Kesemua ini akan membawa kehancuran kepada manusia.

4.6.3.

Kebebasan Beragama

Setiap manusia memiliki kepercayaan yang berbeza tentang adanya Tuhan dan berhak memilih atau menganut agama yang dipercayai. Kebebasan beragama adalah hak setiap orang.

4.6.3.1.

Kebebasan Beragama dalam Konsep Islam

Di dalam al-Qur’an begitu banyak ayat yang menggambarkan konsep kebebasan beragama, bahawasanya tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam, salah satu daripadanya adalah pada surah al-Baqarah, ayat ke-256 yang berbunyi :

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan terungkai. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).” (Al-Baqarah: 256-257)

(20)

17 Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah yang digubal oleh Nabi Muhamad SAW telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Hak dan kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing telah diberikan.

Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah. Penganut agama diberikan kebebasan dalam menjalankan agamanya, selama tidak mengganggu hak-hak orang lain. Firman Allah yang bermaksud : “Dan seandainya Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua

orang di muka bumi seluruhnya. Maka, apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Surah Yunus, Ayat 10:99)

4.6.3.2.

Kebebasan Beragama dalam Konsep Bertamadun

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Selain itu, melalui perdagangan, penyebaran agama Islam di negeri China berlaku yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha.

(21)

18

4.7.

Hak Dan Tanggungjawab Pemimpin Dan Rakyat

Hak (Haq) dan taggungjawab (Mas’uliyyah) ialah dua dasar penting pemerintahan Islam dan kedua-duanya ialah saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam Islam pemerintah atau pemimpin dan rakyat mempunyai hak dan taggungjawab tertentu yang masing- masing perlu diberi dan dilaksanakan.

Hak dan taggungjawab mempunyai asas keagamaan, dan bukan semata-mata terbit daripada sesuatu kontrak sosial tertentu. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan kedua-duanya mempunyai landasan dan jaminan keagamaan yang lebih kukuh.

4.7.1.

Hak dan Tanggungjawab Pemimpin

Tanggungjawab pemerintah adalah melaksanakan tugas dan merealisasikan matlamat negara menurut pandangan Islam yang terungkap dalam konsep khilafah yang telah dijelaskan iaitu hirasat al-din (melindungi agama) dan siyasat al-duniya (mengurus urusan keduniaan). Dwifungsi ini tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan, peranan pemimpin dalam sebuah hadis ertinya,

“Tidak ada seorang hamba yang Allah pimpinkan kepadanya orang-orang, dia mati dalam keadaan ia menipu orang-orang yang dipimpinnya, kecuali Allah telah mengharamkan atasnya syurga.” (Riwayat Muslim)

Tugas pemerintahan juga adalah untuk melaksanakan amanah dan memerintah atau menghukum dikalangan manusia secara adil. Sasaran penting pemerintahan menurut pandangan Islam, ialah menjaga kepentingan rakyat dan maslahat ini merupakan sebahagian daripada maqasid syariah. Dalam hadis juga ada disebut antaranya bahawa setiap pemerintah bertanggungjawab kepada rakyat.

Pengutamaan kepada kepentingan rakyat dapat dilihat di dalam sejarah, dimana mereka yang kaya dan senang semasa mula menjadi pemerintah, akhirnya berubah menjadi susah apabila meninggalkan jawatan mereka, seperti yang berlaku kepada Rasululllah SAW, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar al-Khattab dan Khalifah Umar Ibn al-Aziz. Keadaan ini berlaku oleh sebab perasaan tanggungjawab kepada rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

(22)

19 Melihat pada zaman moden sekarang, terdapat tugasan-tugasan lain yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara merupakan perkara-perkara positif yang perlu diambil kira seperti perkhidmatan kesihatan yang baik secara percuma atau dengan harga yang murah kepada mereka yang kurang berkemampuan, perkhidmatan pendidikan yang baik dalam bidang ilmu-ilmu agama dan juga ilmu-ilmu rasional, perkhidmatan kerja luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi, serta mengadakan usaha sama dengan pihak luar untuk meningkatkan ekonomi negara dari segi perdagangan antarabangsa.

4.7.2.

Hak dan Tanggungjawab Rakyat

Menurut panduan Islam, setelah memilih Ketua Negara maka rakyat bertanggungjawab memberikan ketaatan kepada pemimpin yang dipilih itu. Ketaatan masyarakat kepada pemimpin adalah wajib selama mana ia tidak bercanggah dengan syariah Islam.

Ketaatan rakyat kepada pemimpin adalah berasaskan firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulu al-Amr" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah al-Nisa’ (4): 59)

Rakyat perlu bekerjasama dengan para pemimpin untuk memerangi musuh yang mengancam keselamatan negara. Ini termasuklah menjaga keamanan negara supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan bebas. Rakyat dan pemerintah bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh.

Rakyat bertanggungjawab membantu pemimpin dalam menunaikan hak-hak kewangan kepada Negara. Hak-hak kewangan ini contohnya adalah zakat bagi orang Islam. Allah berfirman yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah

beserta orang-orang yang rukuk” (Surah al-Baqarah, Ayat 2:43) Rakyat turut berkewajipan membantu pemerintah memungut, mengurus dan mengagihkan kutipan zakat dikalangan umat Islam. Termasuk juga pentadbiran harta iaitu merangka pemberian daripada harta Baitulmal dengan adil dan saksama tanpa pembaziran dan membuat pembayaran yang tepat pada waktunya.

(23)

20

5.

Konklusi

Dalam sesebuah negara , masyarakat mempunyai hak tertentu dalam pelbagai aspek seperti hak-hak politik, hak-hak sivil dan hak-hak-hak-hak kemanusiaan. Masyarakat juga berhak-hak untuk mendapat kebebasan dan keadilan daripada pihak pemerintah. Selain iti, masyarakat juga mempunyai tanggungjawab terhadap pemerintah. Di antara tanggungjawab masyarakat ialah menyokong, mentaati dan membantu pemerintah dalam perkara-perkara yang selaras dengan hukum syariah. Apabila pemerintah melakukan kesilapan masyarakat dibenarkan untuk tidak memberikan kerjasama, sebaliknya memberi teguran, nasihat, bahkan pada tahap tertentu masyarakat dibenarkan untuk menghalang pemerintah daripada melakukan kezaliman.

Sebagai manusia, menegakkan Hak-Hak Asasi Manusia dalam kehidupan sehari-harian bukan hanya kita sebagai ahli politik tetapi juga sebagai umat pengikut ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dengan menegakkan Hak-Hak Asasi Manusia ini, kepentingan antara satu sama lain tidak akan saling luntur sehingga terciptanya hubungan yang harmonis dan saling menghargai.

(24)

21

6.

Rujukan

6.1. Rujukan Buku :

 Zulkifli Haron et. Al. (2011) Tamadun Islam danTamadun Asia (Skudai: Penerbit UTM)

 Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I

 Abul A’la Maududi (1976), Hak Asasi Manusia Dalam Islam, Penerbit Pustaka, Bandung

 Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad (2011), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Edisi Lengkap) (Penerbit : USIM)

6.2. Rujukan Internet :  http://affifrosli.blogspot.com/2010/11/hak-asasi-manusia-dalam-Islam-hadis.html  http://bdkbandung.kemenag.go.id/jurnal/259-hak-asasi-manusia-dalam-persfektif-  https://temanteras.wordpress.com/shura/hak-asasi-manusia-dari-perspektif-Islam/  http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8431-Islam-dan-perjuangan-sebenar-hak-asasi-  http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8431-Islam-dan-perjuangan-sebenar-hak-asasi-  http://www.academia.edu/7070612/Teguh._artikel_HAM_menurut_pandangan_Islam  http://www.slideshare.net/afkarunia/hak-asasi-manusia-menurut-pandangan-Islam  https://bekamazzahra.wordpress.com/tag/  http://prince-mienu.blogspot.com/2010/01/hak-asasi-manusia-ham.html  https://www.scribd.com/doc/173513720/ISLAM-DAN-HAK-ASASI-MANUSIA-doc  https://www.scribd.com/doc/237188938/Hak-Asasi-Manusia  http://www.academia.edu/8418850/E_Book-Tamadun-Islam-Tamadun-Asia-Penuh  http://www.scribd.com/doc/258590673/Tamadun-Islam-Dan-Tamadun-Asia-TITAS-25-pdf#scribd  http://www.geocities.ws/farouq1965/TPSM/1a.htm  http://www.pengertianpakar.com/2014/10/pengertian-hak-asasi-manusia-menurut.html#_  http://brainly.co.id/tugas/451766  http://wahyunugraha-eisie.blogspot.com/2009/05/hak-milik-individu-dalam-islam.html

Referensi

Dokumen terkait

ukan wanita yang i lebih lama ndingkan wanita. Penelitian tinggal di desa dibandingkan lebih cepat kontrasepsi pil non hormonal a memakai alat menyapih pada n dengan 7-12

Perencanaan Tindakan Siklus II terdiri dari menentukan materi yang akan dipelajari oleh siswa selama tindakan siklus II., menyusun Rencana Pelaksanaan Pembelajaran (RPP)

(3) Pembinaan melalui kegiatan Pengawasan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 17 ayat (3) huruf c yang dilakukan pemerintah kabupaten/kota dan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta

Oleh karena itu penelitian ini bertujuan untuk menganalisa pengaruh pengalaman kerja, independensi, dan kompetensi terhadap kualitas hasil pemeriksaan dengan

siswa untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, dengan cara membuat karya seni mozaik dari tubuh tumbuhan.  Guru mengajak siswa untuk terlibat aktif dalam pembelajaran,

akad atau persetujuan antara calon suami dan calon istri karenanya berlangsung melalui ijab dan qobul atau serah terima. Apabila akad nikah tersebut telah

[r]

Tujuan dari kegiatan ini untuk mengidentifikasi, mengkarakterisasi sumberdaya lahan di Kabupaten Bengkulu Tengah dan menyusun peta kesesuaian lahan berdasarkan zona