1 | Cherita Rakyat PRAKATA
Terima kasih sebab memilih unutk baca kompilasi status Facebook aku yang tak seberapa ni.
Buku ni percuma sebab bagi aku agak bodoh kalau aku jual benda yang kau boleh baca free. Kalau ada orang caj untuk kau beli buku ni, cakap kat aku.
Cerita-cerita dalam buku ni cuma rangkuman status facebook aku sejak 2014. Cerita cerita dalam buku ini ada tahap tahap kemengarutan tersendiri, dan memerlukan otak yang tak acah acah matang untuk pahami konteks lawak dan sindiran yang tersirat.
Feedback sangat dihargai [email protected]
Terima kasih kerana baca karangan aku, Amran Zulkifli
2 | Cherita Rakyat LORI AISKRIM
Ali seorang manusia paling skeptik.
Pada suatu hari, kawannya Abu whatsapp sesuatu kepadanya tentang muslihat Illuminati hendak menakluki dunia dengan sengaja membuat emoji yang berunsur agama lain.
Dia akhir whatsappnya, Abu memberi amaran kalau tidak di share, pembaca akan ditimpa trak aiskrim.
Ali langsung tidak share. _____
Syarikat penerbangan MAS disaman 100 juta ribu dollar akibat kecuaian pekerjanya. Tindakan pekerja itu yang lupa menutup pintu belakang kapal kargo telah menyebabkam muatan lori aiskrim yang dibawanya jatuh dan menghempap mangsa yang kebetulan sedang berjalan di kawasan sama.
3 | Cherita Rakyat KENDURI
"Aku rasa tak payah bagi pendidikan percuma ni," "Kenapa?"
"Orang kita ni pelik. Pergi jemputan orang kahwin, kita selalu kutuk kalau masakan dia tak sedap. Padahal makan free,"
4 | Cherita Rakyat AKU SEBIJI SALAD
Aku dibesarkan dengan mandian kasih sayang dan baja tahi ayam sejak kecil. Kadang kala ada tumbuhan semak cuba merampas kasih sayang itu, tapi cepat cepat diracun oleh tuanku.
Maka telah tiba saat aku untuk dicabut dari tanah yang membesarkanku, seperti bebudak yang dah membesar dihantar ke universiti.
Aku dihantar menaiki lori sayur bersama sayur lain. Sampai di destinasi aku dan kawan kawanku dipisahkan Separuh ke Restoran Makcik Naimah dan separuh lagi ke Restoran Jung Koo Kuuk.
Layanan kami terima berbeza. Makcik Naimah hanya meletakkan aku disebelah sambal dan seketul ayam. Aku dimakan dengan menggunakan tangan.
Kawan baik ku dilayan istimewa. Sebelum dimakan, gadis gadis yang akan memakannya mengambil gambar dulu. Kawanku dibelah menggunakan peralatan kulinari.
5 | Cherita Rakyat
sudah hancur dihadam, namun, di pembentungan ini, kami bahagia, disirami kasih sayang dan tahi manusia.
6 | Cherita Rakyat RAK HUJUNG
Seorang pakcik membeli meggi. Meggi naik harga. "Jilake kos hidup makin meningkat,"
Pakcik itu ternampak seorang mahasiswa komplain Meggi makin mahal di rak hujung.
"Manja betul. Aku dulu boleh je hidup kat universiti makan meggi,"
7 | Cherita Rakyat ORANG TUA
"Antara sebab sebuah masyarakat tu rosak, sebab penyakit 'senioriti',"
"Maksud kau?"
"Bila nampak orang susah, ikat perut nak makan, bukannya nak tolong, tapi kita cela dia. Kita kata dia pemalas, suka membazirkan duit. Kita angkat diri kita, kita kata kita pun sibuk belajar tapi sempat bekerja.
Kita sama sama duduk dalam tahi, tapi kita sibuk bergaduh siapa yang lebih dalam. Kau rasa kau lebih senior di dalam tahi, maka kau rasa orang tak layak mengadu hanya sebab kau lebih lama dalam tahi.
8 | Cherita Rakyat ORANG KITA
"Dia ni miskin. Pemalas le ni,"
"Dia ni kaya tapi senyap senyap. Nampak sangat kedekut," "Dia ni kaya menunjuk. Berlagak. Bukan nak tolong orang miskin,"
"Dia ni menolong orang miskin sikit nak menunjuk. Riak," "Dia ni siap mengaku dia ikhlas dan tak riak. Mana ada orang ikhlas mengaku ikhlas,"
9 | Cherita Rakyat
SI PENCULIK VAN PUTIH
Dia tak mampu melawan. Sekumpulan manusia memaksanya masuk ke van itu. Entah kemana mereka ingin bawa dia. Tangan dan kakinya diikat. Mukanya ditutup. Dia tak pernah setakut ini.
"Gais. Dah cukup dalam tak ni?"
"Ok dah tu. Boleh turunkan jenazah tu dah," "Celaka. Aku dah mati rupanya,"
10 | Cherita Rakyat SOTONG
2020 ialah tahun di mana semua rakyat Malaysia telahpun bijak dan mampu bertolak ansur dalam perbezaan pendapat. Perubahan ini berlaku setelah serangan pengganas terhadap kesemua universiti hingga menyebabkan negara tidak lagi mempunyai universiti.
Kesannya, rakyat mula mencari ilmu bukan kerana sijil atau untuk bekerja, tetapi untuk menghapus ignorance. Malah golongan agama dan golongan Darwin mula sedar mereka tidak perlu bergaduh untuk sesuatu yang mereka sendiri tak pernah saksikan depan mata. Mereka meraikan perbezaan pendapat dengan baik.
Namun suasana utopia ini tidak kekal lama. Golongan hipster mula membangkitkan isu perkauman terhadap golongan raver hingga mereka mula bergaduh.
"Dato Ali. Rakyat kita bergaduh. Apa cadangan penyelesaian dari Dato,"
11 | Cherita Rakyat "Tapi kenapa?" "Natural selection,"
12 | Cherita Rakyat SINGLE SERVING
Dalam sebuah kapal terbang yang sedang jatuh, Naqib, pilot yang sudah memandu kapal terbang 7 tahun tahu, inilah saat getir yang dia risaukan. Dia cuba menenangkan diri, agar suaranya tidak kedengaran gementar.
"Hai, saya kapten anda. Kita mengalami masalah enjin untuk seketika waktu. Saya mohon semua jangan panik dan ikut arahan pramugari yang berkhidmat.
Penumpang mula tenang. Tiba tiba,
"Jangan percaya pilot tu. Tengok kat tingkap masing masing. Ada asap keluar! Mana ada kapal terbang yang terbang bersama asap! Roket je terbang ada asap!" Anas, seorang penumpang yang pandai berfikir secara logik lantang bersuara. Penumpang lain mula panik. Mereka berlari lari dan berebut memakai topeng oksigen. Suasana dalam kabin kapal terbang sangat huru hara.
13 | Cherita Rakyat
Kapal terbang itu jatuh terhempas dan meletup, membunuh semua penumpang di dalam.
Kerana Anas, semua penumpang terlepas peluang untuk mati dengan tenang.
14 | Cherita Rakyat TEPI SIKIT
"Aku dapat 3.99. Sikit lagi nak four flat. Sedih," kata Abu. "Senyaplah. Untunglah hampir four flat. Dekan. Aku 3.65. Tak dekan beb. Bersyukur sikit la hanjing," kata Ali.
"Berlagak. Aku 3 pointer pun tak lepas. Bersyukurlah," kata Salmah.
"Eleh, kau lulus ok lah. Aku sikit lagi nak lulus beb. Korang bersyukurlah," kata Najib.
"Tipi sikit. Saiya mahu sapu bisih bisih," kata Suresh, seorang pemuda Bangladesh dengan kelulusan Kejuruteraan dan pernah mendapat anugerah diraja di Bangladesh.
15 | Cherita Rakyat TEMPE
Kampung Pisang ialah sebuah kampung buruk, miskin dan tiada tarikan pelancong. Belum pernah aku dengar orang melancong sebab negara tu ada kampung buruk dan miskin. Dato Ali seorang ahli politik muda berwawasan tinggi dan 2020. Dato Ali beranggapan bahawa perlu ada satu tarikan pelancong untuk bantu rakyat Kampung Pisang.
Maka Dato Ali membina sebuah menara tertinggi di dunia di tengah tengah kampung yang miskin itu.
Abu seorang rakyat yang suka buat teori konspirasi dan berniaga tempe. Dia benci tindakan Dato Ali yang memilih untuk bina menara berbanding membantu rakyat yang miskin. "Kerajaan korup. Menara tinggi tinggi bukan membantu rakyat pun. Kalau menara tu bantu aku jadi kaya takpelah jugak," kata Abu sambil menghulurkan 100 bungkus tempe kepada mat saleh yang datang membeli belah.
16 | Cherita Rakyat SELIPAR
Ali duduk di anak tangga masjid itu agak lama. Dia tadinya berniat keluar awal kini dusuk menyepi.
Abu memerhati kelibat rakannya yang jauh termenung. "Bro, tunggu sapa?" Abu menegur Ali.
"Tak ada lah. Aku cari selipar aku. Hilang,"
"Biasalah bila semayang jumaat ni. Apa lagi kalau selipar cantik. Bila selipar kita hilang, kita curi orang punya. Orang tu pulak akan curi orang lain punya,"
"Aku terfikir, masalah selipar hilang di masjid ni sama dengan situasi masyarakat kita,"
"Maksud kau?"
"Bila kau hilang kasut, kau marah. Tapi kau bukan marah sebab mencuri tu perbuatan terkutuk, tapi sebab kasut kau yang dicuri. Kalau kasut orang lain yang hilang, mesti kau tengok dengan kesian. Silap silap kau update kat fb, sebagai
17 | Cherita Rakyat tanda kesian.
Masyarakat kita ni, lebih sanggup berdosa curi selipar orang lain, dari sendiri terseksa berjalan atas jalan tar panas. Kau rasa bila pemimpin buat dosa, kau rasa dia berdosa sangat. Tapi kau taknak hentikan kitaran dosa tu. Kau pun turut sama curi selipar orang,"
"Tapi aku masih mahu percaya orang yang sanggup berkaki ayam tu wujud,"
Kelihatan di sudut tepi masjid, kasut Ali sedang digunakan untuk permainan Lempar Selipar oleh bebudak kampung. Esoknya berita 5 orang kanak kanak mati diserang haiwan ganas terpampang di dada dada akhbar.
18 | Cherita Rakyat ZOMBI
Ali seorang yang sangat fobia dengan bakteria. Dia akan mencuci tangannya setiap kali tangannya bersentuhan dengan apa apa termasuk udara. Semua barangnya akan di disinfek setiap 10 minit bagi membunuh kuman.
Rumahnya pula dilengkapi pintu yang ada sistem UV light bagi mengesan bakteria.
Kawan kawan Ali selalu mengutuk Ali bila Ali memberitahu yang dia cuma ambil langkah berjaga jaga dari terkena virus zombi.
Esoknya, kebetulan, Ali betul.
Kawan kawan Ali kini zombi, dan Ali tidak. Jadilah seperti Ali.
Jadi paranoid. Mana tahu ada kemungkinan kau betul. Kalau kau salahpun, kau cuma akan dipandang gila.
19 | Cherita Rakyat
ORANG MISKIN PENDENGKI
Ali seorang perompak. Kaya.
Abu seorang penyoal. Dia persoal kekayaan Ali.
Salim seorang yang sayang kaum sendiri.
Salim beranggapan Abu dengki dengan kejayaan kaum sendiri. Salim anggap Abulah punca kaum mereka tak maju.
Kesimpulannya, bila kau kaya, orang akan dengki dengan kekayaan kau.
20 | Cherita Rakyat FIKSI LEMBIK
"Bang kalau bukan sekarang bila lagi?" Salmah memegang tangan suaminya dengan persoalan.
"Aku takut. Macam mana kalau kita gagal?" Ali hanya mampu menundukkan kepala. Dia tak sanggup gagal.
"Tapi bang, kalau nabi dulu mengalah, agama kita takkan berkembang bang," Salmah mengguatkan tekad suaminya dengan memberi sedikit sisipan sejarah Islam.
"Aku tau. Tapi kalau kita gagal, aku tak sanggup tengok kau susah,"
"Saya nak jadi isteri taat untuk abang. Saya nak ada untuk abang masa susah dan senang,"
"Thanks sayang. Kalau macam tu kita kena mula sekarang. Kita kena serius," Ali merenung wajah isterinya. Tekad dirinya mula berkobar.
21 | Cherita Rakyat
"SEMUA ORANG! KELUARKAN DOMPET MASING MASING! INI ADALAH ROMPAKAN. JANGAN SESIAPA CUBA JADI HERO," Semua orang ketakutan. Tapi di sudut tempat duduk hujung, Jules Winnfield duduk diam dan tidak memberi reaksi.
22 | Cherita Rakyat THEOREM PYTHOGRAS
Ali ada masalah matematik aras tinggi. Ali yang lepak di Starbuck rasa rungsing kerana masalah matematik itu terlalu sukar, Albert Einstein pun malu nak datang Malaysia untuk selesaikan kerana kesusahannya (dan sebab dia pun sebenarnya dah mati).
Ali menelefon kengkawannya yang ada degree dalam bidang kematematikan.
Sorang demi sorang datang menolong namun tewas akibat kepayahannya.
Ali yang geram menerbalikkan meja starbuck itu dan membaling semua kertas kertas ke lantai. Dia berlalu tanpa sedikitpun kesedaran sivik di kepala.
Bhangraj seorang pendatang asing dari Bangladesh yang mempunyai PhD dalam bidang matematik angkasa dan darat, tetapi hanya bekerja sebagai tukag sapu sampah di Malaysia. Kertas itu bersepah, maka tugas dia lah untuk sapu.
23 | Cherita Rakyat
sambil mengambil kepulan kertas yang direnyuk itu. "Jilake ni soalan tadika," getus Bhangraj lagi.
24 | Cherita Rakyat
BEKAS BAKAL SUAMIKU PEMBACA KOSMO
"Kau nak kahwin dengan anak aku, kau kena ada sekurang kurangnya 300k,"
"Tapi pakcik, wang tak menjamin kebahagiaan,"
"Argh itu semua taik kobau di internet semata mata. Pak cik tak percaya. Pakcik taknak kamu susah lalu bercerai berai dengan anak pakcik,"
Ali mengeluarkan keratan surat khabar.
"Kamu nak tunjuk apa ni kat pakcik? Pakcik tak baca Kosmo," "Ni ha. Malaysia antara negara yang tinggi kes perceraian. Yang ni pulak artis yang sedang memohon cerai,"
"Apa niat kau?"
"Yang depa ni masa kahwin dulu mesti dah berjaya dapat 300k kan. Awat cerai jugak?"
"Senyaplah. Suratkhabar Kosmo ni bengap. Gambar anjing dalam fon pun dia kata henset patut disamak,"
25 | Cherita Rakyat
Ali tunduk malu. Dan beredar sambil diperhatikan dari jauh oleh Pakcik Samad.
"Temah, kopi aku mana? Kau taktau ke aku ni badmood kalau tak minum kopi? Kebahagiaan aku terjamin bila aku minum kopi,"
"Laaa, kita mana ada duit nak beli kopi, bang. Hutang hantaran saya masa kita kahwin dulu pun belum settle,"
"Masuk ni dah 90 orang tak jadi minang si Peah. Cane aku nak bayar hutang tu? Miskin betul semua lelaki yang masuk minang ni,"
26 | Cherita Rakyat
TERKEMPENG DARI LANGIT
Dua sahabat, Ali dan Abu pergi ke zoo setelah habis peperiksaan untuk semester tersebut. Ianya sesuatu yang normal bagi spesies homo studiens keluar dari zooniversiti dan melawat zoo haiwan yang lain.
Ali seorang yang sangat meminati harimau tetapi zoo yang mereka lawati hanya menawarkan pemandangan harimau-harimau yang kempeng (tinggal tulang).
"Kau tengok harimau jantan tu. Kempeng je. Ada kebetina nak kat dia," getus Ali menunjukkan jari telunjuknya ke arah seekor harimau yang nampak tak terurus yan mengaum seperti bayi kehilangan mainan.
"Kenapa pulak harimau betina tak suka yang kempeng?" "Haiwan ni bodoh weh tak macam manusia. Depa ni pandang kelebihan fizikal. Saiz yang lebih besar lebih dominan dan superior. Lebih kuat dia mengaum, lebih bagus," kata Ali. Abu teringat dia pernah direject seorang wanita kerana pendek. Wanita itu manusia.
27 | Cherita Rakyat
Abu teringat seorang ahli politik disembah kerana mampu berhujah hujah secara terpekik pekik. Penyembah itu manusia. Abu berasa, manusia ni masih primitif, walaupun belajar tinggi manapun tapi Abu tak mahu bergaduh dengan Ali.
Kerana Ali manusia.
28 | Cherita Rakyat PTPTN DAH BAYAR KE?
"Aku tak paham kenapa orang berebut ambil gambar grad cantik cantik," Ali, mempersoal gelagat 2 orang graduan berselfie di khalayak ramai.
"Kenapa pulak? Depa habis belajar kot. Mestilah bangga," Abu membela 2 graduan itu.
"Dapat sijil graduasi ni tak ubah macam dapat resit. Kau pergi makan kat restoran, kau makan, pelayan bagi resit, kau bayar, kau blah. Aku tak nampak pulak orang terkinja posing sebab dapat resit," Ali menemplak dengan penuh amarah.
"Bro senyum sikit. Selfie satu," Abu mengacukan Samsungnya untuk berselfie bagi menunjukkan dia mampu lepak di Times Square, tanpa mengendahkan apa yang Ali katakan.
29 | Cherita Rakyat EYE CONTACT
"Bro, jum mandi Niagara Falls,"
"Bro apa duk bilik je. Jom daki Everest,"
"Bro bosan kot terperuk bilik main laptop. Jum skydiving," "Bro, kau ni takda life ke? Jomlah pergi Pantai Lido,"
"Hutang kau tu nanti eh bro aku bayar. Aku baru je lepas balik skydiving dari atas Everest junam ke dasar Niagara Falls," "Ye ok," Ali sambil menghirup setiap helaian meggi sambil mengekalkan eye contact yang sangat intense.
30 | Cherita Rakyat BABI
"Apa azam tahun baru kau bro?" Ali bertanya kepada Azam, sambil menyaksikan bunga api mekar di kanvas malam tahun 2015.
"Aku nak berhenti merokok," jawab Azam tentang azamnya sambil asap rokok berkepul dari mulutnya. Ironi.
"Bukan dari tahun lepas ke bro?" Ali kehairanan tentang hangat hangat tahi ayam si Azam tentang azamnya. "Ni last. Rokok ni pun dah keluar fatwa haram. Haram. Kita kena positif bro. Asal niat ada," Azam seraya mencucuh rokoknya.
"Oh, baguslah. Ni balik ni aku drive lah. Kau banyak minum tadi. Tak baik drink and drive ni. Bahaya," Ali sambil mengenangkan kisah dia terlanggar babi ketika memandu secara mabuk. Habis keretanya kena sertu luar dalam. Babi kan haram?
31 | Cherita Rakyat PTPTN DAH BAYAR KE 2
Ali seorang graduan yang masih berhutang dengan kerajaan.Dia masih belum mampu berlagak dengan orang kampung tentang kemampuannya menghabiskan hidup 3 tahun membuat esei berhelai-helai, bergaduh tentang pilihan raya kampus serta menyiapkan tugasan yang diberi masa 3 minggu dalam masa sehari.
Pada suatu hari dia berjalan jalan di sebuah taman, dia terserempak dengan Iblis.
"Marilah tekan butang ini, kau akan dapat RM 1,000,000," Ali teruja dan terus mencapai butang tersebut, mengenangkan hutang PTPTNnya yang menjadikannya lebih miskin daripada gelandangan di tepi tepi jalanraya.
"Tapi kalau kau tekan, 10000 orang manusia akan mati," iblis menyambung skim kejinya. Iblis berniat hendak menyaksikan betapa dalam dilemanya manusia rapuh seperti Ali, yang pasti teragak agak untuk menyelesaikan masalah hidupnya atau berkorban demi umat manusia yang lain.
32 | Cherita Rakyat
Dekat 15 kali juga Ali tekan sejurus kemudian itu. Langsung tak teragak.
33 | Cherita Rakyat TERBAIK DARI BUMI
Ali seorang yang pandai maka Ali berkelakuanlah seperti apa yang orang pandai biasa buat, dia jadi Astronaut.
Orang kampung tidak hairan dengan pencapaiannya menjadi astronaut kerana dia sejak kecil memang sudah nampak kepandaiannya.
Pada usia 2 tahun, dia telah berjaya memakai stokin sendiri, ketika rakan sebayanya masih bertatih untuk bertatih. Pada usia 5 tahun, dia lulus PMR dengan pencapaian straight A, menunjukkan yang dia lebih pandai daripada ibu bapanya sendiri yang menghantar kanak kanak 5 tahun untuk
mengambil PMR. Entah apa yang ibu bapanya fikirkan. Ditakdirkan pada hari dia menjadi astronaut, Abu, reporter TV3 yang mula memakai stokin sendiri pada usia 6 tahun dan mengambil PMR tanpa repeat paper umur 15 tahun.
"Apa pendorong anda menjadi astronaut?" tanya Abu. " Pernah dak hang benci betul duduk bumi, hang rasa taknak duduk bumi?"
34 | Cherita Rakyat "Pernah,"
"I'm a doer and you're a talker," Ali berjalan ke dalam kapal angkasa nya sambil menunjukkan jari tengah kepada semua penduduk bumi yang bersemangat menyaksikan ekspedisi pertama manusia ke planet Marikh.
Dua bulan kemudian, dia selamat sampai ke Marikh dan bumi meletup.
35 | Cherita Rakyat TERBAIK DARI BUMI II
Ali seorang astronaut yang baharu sahaja kehilangan tempat tinggal.
Hidup di Marikh memang menenangkan, kalau kau bosan dengan kebodohan di Bumi.
Tetapi Ali cuma manusia biasa yang memerlukan manusia lain. Hidup di Marikh agak membosankan. Bangun pagi, berjalan, balik rumah dan tidur.
Maka Ali yang genius dan pandai berjaya membuat kapal angkasa untuk pulang ke Bumi. Biasalah orang pandai, buat kapal angkasa di planet Marikh ni perkara biasa bagi depa.
Bila pulang ke Bumi yang mula pulih dari kemusnahan pada episod satu, Ali tersentak.
Selama hidupnya, dia cuma belajar untuk hidup di Marikh dan membina kapal angkasa. Dia tidak begitu pandai tentang cara cara hidup di Bumi.
36 | Cherita Rakyat JANDA VS THE WORLD
"Ada ada je kerajaan nak haramkan vape ni. Menipu je ni. Peraturan manusia ni tak sempurna. Mesti ada niat tak elok," Ali sambil menghembus wap air, bukan asap, dari vape kesayangannya.
"Maksud kau?" Abu, menyambut lontaran kritikan terhadap kerajaan oleh Ali, sambil melihat seorang bayi terbatuk batuk di sebelahnya. H1N1 mungkin.
"Dulu, seorang janda tak dibenarkan kahwin bila dah kematian suami. Kira dia boleh kahwin sekali jelah dalam hidup dia. Tapi peraturan tu dan takda kan sekarang," kata Ali.
"Sebab?" Abu menyimpan kegeraman akibat sikap Ali yang suka benar cerita separuh separuh.
"Sebab, pada suatu hari, ada seorang janda yang cantik ingin berkahwin semula," jawab Ali.
Abu mengangguk sambil memerhati bayi tadi yang kelihatan pucat dan tak bernafas. Ibunya janda.
37 | Cherita Rakyat BILL GATES ITU YAHUDI
Ali seorang pelajar tingkatan 5 yang rebel dan suka berfikir luar kotak, dan suka duduk luar kelas semasa cikgu mengajar. Abu, seorang minion tidak berpendirian. Dia ikut ikut sahaja, seperti kebanyakan menteri di kabinet menteri.
"Aku benci betul belajar ni," Ali menyatakan pendapatnya. "Kenapa?"
"Kita ni belajar sebab apa? untuk jadi sebahagian dari sistem? Aku benci jadi sebahagian dari sistem. Aku bukan robot!" Ali berkata sambil menghempaskan penumbuknya ke pintu tandas.
"Akuu...aku ikut je. Mak aku suruh p sekolah, aku p lah," Abu, tidak berpendirian.
"Kau tak rasa ironi ke? Kita diajar di sekolah macam robot, hafal macam macam command, terima macam macam coding, tapi bila dah graduate, majikan masih lebih prefer robot untuk buat kerja kita," kata Ali sambil menunjukkan
38 | Cherita Rakyat
artikel yang bertajuk 'Robot Will Takeover Our Jobs- Bill Gates '.
39 | Cherita Rakyat SPM
Ali dan Abu merupakan dua orang calon SPM yang
berkeyakinan tinggi. Buktinya, mereka tak ulang kaji pun. Tapi Abu mula rasa tak yakin, mengenangkan dia terkenang yang dia tak pernah masuk kelas pun selama ini.
"Weh kau tak risau ke? Ada ada soalan ramalan tak?" Abu, bertanya dengan risau.
"Aku tak risau soalan ramalan SPM, Abu. Aku risau soalan pasca SPM," Ali menjawab tenang, ditemani bunyi kicauan burung-burung berinfluenza H1N1.
"Apa maksud kau?" Abu, kuat memikirkan soalan berbanding memikirkan jawapan apa yang dia akan tulis nanti.
"Aku risau soalan pasca SPM macam 'kau nak kerja apa?', 'kau nak sambung belajar kat mana?'," Abu lalu menyertai
kerisauan Ali.
Sukar benar hidup pelajar tingkatan 5. Terlalu banyak bebanan fikiran di minda mereka, SPM lah, soalan pasca SPM lah.
40 | Cherita Rakyat
Orang tua tua tak tau benda benda tu semua. Hidup orang tua mudah.
41 | Cherita Rakyat KAYA
"Kau nak berjaya kenalah berusaha. Tengok si Ali tu, dia bersusah payah, rumah kecik, kerja rajin rajin, alhamdulillah sekarang dah boleh senang lenang dah duduk silang kaki takpayah bekerja,"
"Tapi aku lagi hebat dari Ali," "Kenapa,"
"Aku takperlu kerja rajin rajin, susah payah tapi alhamdulillah dah boleh duduk silang kaki sekarang ni takpayah bekerja,"
42 | Cherita Rakyat SEEKOR AKU
Seekor kambing, kalau ditarik kedepan talinya, mati mati dia melawan ke belakang. Kalau ditarik kebelakang, mati mati dia akan melawan dengan berjalan ke depan.
Seekor Ali, bila servis di kedai makan perlahan, mati mati dia maki dan tegakkan hak konsumernya.
Bila orang komplen dia sebagai pegawai kerajaan lambat buka kaunter urusan, mati mati dia tegakkan haknya sebagai manusia yang bukan hamba kapitalis.
Seekor Abu, bila kerajaan korup, mati mati dia tegakkan haknya sebagai marhaen.
Bila kawan kawannya taknak tolong dia guna orang dalam untuk dapatkan kerja, mati mati dia tegakkan tentang perangai Melayu yang tak mahu tolong Melayu. Seekor aku, _______ .
43 | Cherita Rakyat RISAU I
"Ali. Kau perasan tak sesuatu?" "Sesuatu apa?"
"Perasan tak kamera ni, zaman dahulu mahal, orang orang kaya je boleh pegang. Zman sekarang makin mudah dibeli. Kamera makin dekat dengan kehidupan kita"
"Lalu?"
"Kau perasan tak kamera ni makin menjauh dari kita semula?" "Maksud kau?"
"Dulu selfie guna tangan je. Jauh sikit guna Monopod. Sekarang lebih jauh, kita guna drone. Aku syak lepas ni kita beli satelit untuk tangkap gambar kita selfie,"
"Kau ni risau pasal 1MDB ke?" "Aah. Aku banyak fikir,".
44 | Cherita Rakyat RISAU II
"Aku kesian kat korang," "Kenapa?"
"Ilmu yang aku tahu orang panggil pengetahuan am," "Jadi?"
"Takpernah pulak aku dengar pengetahuan ali, atau pengetahuan abu. Em,"
"Kau banyak fikir ni. Kau risau Malaysia terjual dek TPPA eh?" "Aah,".
45 | Cherita Rakyat JEREBAUQ
"Bersyukurlah rakyat Malaysia. Kami beri udara nyaman 11 bulan, cuma sebulan kami beri jerebu," kata orang Indonesia. "Bersyukurlah orang kampung. Aku tak merompak 11 bulan, cuma sebulan ni je aku merompak harta engkorang," kata Ali.
46 | Cherita Rakyat BERANI PUNYA BUDAK
Ali seorang yang sangat berani.
Dia begitu berani, dia malah berumah di tepi pantai, tidak takut dihempas badai.
Dia begitu berani, dia minum teh panas tanpa tiup, sekali hirup.
Dia begitu berani, dia check in bila keluar berjalan jalan, tanpa takut rumahnya dirompak.
Dia begitu berani, dia kata lagu raya sekarang lebih sedap berbanding lagu raya dulu dulu.
Dia begitu keterlaluan berani, dia hisap rokok walaupun ada gambar bayi yang dilahirkan pramatang dan cacat di kotak rokok tersebut.
47 | Cherita Rakyat SUHANA
"Aku menyampah tengok Ali," Samad membuka bicara. "Kenapa?" Suhana menyambut pembuka perbualan Samad dengan penuh minat.
"Dia masa exam, selalu cakap tak prepare pape lah, takdapat jawablah, rasa akan faillah, tapi result four flat," Ali
melepaskan api kemarahan yang dia simpan sehari hari. "Kau tau dia tak dia rajin?" Suhana bertanya.
"Emmm. Tau. Kenapa?" Ali rasa dipersoalkan oleh ton suara Suhana.
"Dia usaha lebih. Dia buat macam macam. Mesti harapan dia tinggi. Tekanan dia tinggi. Jadi dia tenangkan diri dia dengan rendahkan ekspektasi diri dia. Dia taknak dia terlalu kecewa akibat harapan dia terlalu tinggi.
Sementara kau, study malas, tapi harapkan orang rajin macam Ali supaya gagal agar kau rasa puas hati dengan diri kau. Sapa lagi keji?" Suhana, dengan nada bersahaja kali ini.
48 | Cherita Rakyat Ali terpegun.
Esoknya dia meninggal kerana kanser paru paru akibat merokok.
49 | Cherita Rakyat MLM
"Aku dah banyak buat perancangan pasal masa depan aku," Ali, suatu hari.
"Kau nak jadi apa?" tanya Samad, mencuba untuk menunjukkan minat topik yang dibawakan oleh Ali. "Aku nak jadi kaya," jawab Ali, ringkas.
"Apa je yang kau dah plan? Aku nak dengar," Samad, bertanya. "Aku dah plan dengan terperinci aku nak beli apa bila aku dah kaya," jawab Ali.
50 | Cherita Rakyat TAK KOTOR 4.0
"Bro, turun tak esok?" tanya Samad.
"Demonstrasi? Tak bro. Aku tak turun," Ali lena berbaring di atas kerusi malasnya. Untuk kaum pekerja sepertinya, hari cuti ialah hari untuk berehat.
"Kau lah punca Malaysia ni takda anjakan paradigma. Kau mengiayakan penguasaan kaum penindas terhadap jiwa kau," Samad, dengan beberapa perkataan bombastik, kebetulan sudah dia hafal untuk turun berdemo esok.
"Ya, aku hamba kapitalis," Ali mengiyakan sahaja penindasan pendapat Samad. Hari bercuti ini, dia cuma mahu tidur. Dia cuma mahu hari itu, baju dia tak kotor.
Samad berjaya dengan demonya. Pulang. Gembira. Beberapa selfie berjaya ditangkap. Hari ini baju dia kotor kerana dia berjaya larut bersama ribuan manusia marah.
Ali, hari kemudiannya kerja. Menyapu sampah, botol air, bekas makanan dari demonstrasi semalam. Hari ini baju dia kotor kerana dia kerja lebih masa. Hari ini banyak sampah. ---
51 | Cherita Rakyat
Kadang kau fikir kau sudah bijak,
Kau mahu sodok pendapat kau ke dalam mulut orang, Kau kata orang tak berpendirian,
Tapi kau cuma pengikut apa yang popular, apa yang kau nampak hebat.
52 | Cherita Rakyat FRIENDZONE
Ali seorang gangster yang ingin berubah. Balik dari ceramah motivasi, dia lepak di sebuah kedai makan.
Salim, kawannya yang juga gangster menghampirinya dan mengajaknya pergi meminta duit pelindungan dari peniaga Melayu kerana Melayu perlu dilindungi.
"Maaflah Salim, tadi penceramah motivasi cakap, orang baik kena berkawan dengan orang baik baik je. Berkawan dengan tukang besi, dapat bau busuk.Berkawan dengan tukang buat wangian, dapat bau wangi,".
Ali terserempak dengan Ustaz Jaafar,seorang manusia yang baik juga baru pulang dari ceramah motivasi. Ali
melampiaskan hasratnya ingin berkawan dengan orang baik. "Maaflah Ali, tadi penceramah motivasi cakap, orang baik kena berkawan dengan orang baik baik je. Berkawan dengan tukang besi, dapat bau busuk. Berkawan dengan tukang buat
wangian, dapat bau wangi,". Salim datang memujuk Ali,
53 | Cherita Rakyat
"Kalau dia berbau wangi, dia tak kesah dengan bau busuk kau,".
54 | Cherita Rakyat KISAH BENAR
Dato Seri Ali seorang pemimpin yang baik, berkaliber dan hebat. Melihat Pilihan Raya Umum yang semakin
menghampiri, maka beliau perlulah menunjukkan sifat baik, berkaliber dan hebatnya itu.
Oleh kerana beliau berhati mulia, beliau mula membuat perjumpaan dengan rakyatnya. Ternhyata rakyatnya di Kampung Pisang tersangatlah susah kerana tiada jalan raya yang sempurna dan bekalan air bersih.
Demi menjiwai hidup susah rakyatnya maka Dato Seri Ali yang baik, berkaliber dan hebat mengambil suatu keputusan. "Encik Salim, sediakan jet pribadi dan carikan hotel lima bintang berdekatan Kampung Pisang. Saya mahu belajar kesusahan hidup di sana. Jangan lupa, pastikan wifi 4G dan suruh bendahari sediakan wang dan cek besar supaya saya boleh nampak menyumbang,"
"Ah lagi satu, mohon ketua kampung sediakan dewan yang ber aircon untuk saya berucap tentang kepayahan rakyat di sana. Saya mahu menjiwai kesusahan mereka," air mata mengalir di
55 | Cherita Rakyat
56 | Cherita Rakyat HAPPY GO ALI
Ali seorang yang baik. Hatinya suci dari dosa seperti menunjuk nunjuk, ego, takbur dan dengki seperti Goku dari cerita lagenda Dragon Ball.
Ali baru sahaja memiliki akaun fb, maka beliau agak gembira melihat kawan kawannya share perkembangan hidup masing-masing. Dia suka kawan kawannya berjaya.
Maka Ali, yang sememangnya berjaya dalam hidup share tentang kegembiraan.
Dia share pointer nya yang lebih tinggi dari Ahmad Maslan, orang share,
"Menunjuk. Poyo,"
Dia share dia berjaya beli Ferrari hasil titik peluhnya. Ada orang komen,
"Jangan berlagaklah nak menunjuk kereta bagai,"
Dia share gambar dia dan baby barunya bercuti di Paris, orang komen,
57 | Cherita Rakyat dah lama berkahwin,". ----
Kadang kita terlalu biasa hidup mendengki, kita memuliakan hati kotor kita dengan memandang orang lain yang menunjuk.
58 | Cherita Rakyat NI MASA RAYA
"Raya dah ke belum woi? Buka tv tu, aku nak tengok pengumuman," ujar Ali kepada Abu. Tidak sabar dia hendak menamatkan puasanya tahun ini
BOOM!
Tidak semena mena langsir rumahnya disambar api. "Tak payah lah. Raya dah tu. Tu bebudak dah mula lancar mercun," Abu mengagak sambil menyambung hirupan tehnya. Ali mengiyakan sambil juga menghirup air tehnya.
Entah kenapa mereka rasa bahang sedangkan kipas berkelajuan 5. Mungkin hendak hujan.
59 | Cherita Rakyat THE PURGE
Dua anarkis sedang berbual di sebuah restoran.
"Aku benci kerajaan. Asyik nak merampas duit kita. Cukai sana cukai sini," kata Ali, sebuah nama anarkis yang tipikal kepada sahabatnya, Abu.
"Aah. Duit kita. Suka hati hati kitalah kan. Hak kita. Kerajaan tak habis habis mencuri hasil titik peluh kita bekerja," sambut Abu.
"Betul tu. Kalau aku jadi ketua negara, aku akan hapuskan cukai," sambung Ali.
"Bagus tu. Kita kena bela nasib rakyat. Tapi macam mana kau nak mentadbir negara tanpa duit. Sapa nak repair jalan ?" "Betul juga. Takkan aku kena bayar repair jalan raya sorang sorang. Bukan aku seorang sahaja yang guna jalan raya. ARGH. Kalau begitu kita kena kutip duit," fikir Ali.
60 | Cherita Rakyat
"Kita kutip dari orang kaya sajalah. Hahaha," gelak Ali mentertawakan kepandaiannya.
"Bagus bagus. Siapa nak kutip? Kita kan busy dengan band heavy metal kita?" soal Abu lagi.
"Kalau begitu kita lantik orang untuk uruskan kutipan duit," "Siapa nak lantik? Kau? Nanti orang tak setuju macam mana?" soal Abu. Abu memang banyak tanya. Dan cekadak.
"Arghhhh. Kalau macamtu kita buat undian. Biar adil," Ali dengan idea bernasnya.
"Siapa nak uruskan undian? Kena cari pihak berkecuali? Siapa nak bayar gaji mereka? Takkan mereka nak buat kerja free," "Kita lantiklah orang bijak pandai. Kita kutip duit lagilah untuk bayar gaji mereka. Apalah kau itu pun taktahu fikir," marah Ali. "Betul juga. Pandailah kau ni Ali. Hahahhaha," mereka
bergelak ketawa dan memanggil mamak untuk membayar makanan mereka.
Seterusnya mereka pergi ke kedai Aceh untuk membeli rokok, dan membeli aiskrim dari abang Bangla yang lalu lalang.
61 | Cherita Rakyat _______________
Yang menghambakan diri kau bukan sistem, tapi kau yang memilih jadi hamba,
Kau tiada jiwa hidup, Kau cuma pandai bercakap, Kau tak menjiwai hidup.
62 | Cherita Rakyat NI MASA PUASA
Situasi 1
Sambil menghisap rokok, Ali memerhati keadaan Bazaar Ramadhan. Dia tak berbelanja ataupun meniaga.
Sememangnya niat dia turun hari itu untuk usha awek cantik. "Teruk betul perempuan sekarang. Bulan puasa tu bawak bawaklah tutup aurat. Kemana agama. Kemana melayu kita," kata Ali. Dia kelaparan menunggu buka, jadi dia alas perut dia dengan rokok terlebih dahulu.
Situasi 2
Samad seorang yang baru sahaja mendapat hidayah setelah mendengar ceramah. Dia berazam untuk turun ke masjid sepanjang bulan Ramadhan ini.
Ali seorang yang sememangnya hari hari di masjid.
"Oh. Masa puasa nilah baru nampak muka kau Samad. Nak makan free lah tu. Bawak bawaklah berubah Samad," tegur Ali melihat Samad.
Esoknya Samad langsung tidak mahu ke masjid lagi. Situasi 3
Ali sekeluarga berbuka di Me'nate hari ini. Untuk peluang yang bukan selalu ini dia ambil gambar makanan untuk
63 | Cherita Rakyat
diinstagramkan. Captionnya berbunyi;
"Alhamdulillah, sempena bulan berkat ini, kita berkongsi rezeki, maka abang kongsi gambar ini,"
Sementara itu, Samad si Miskin, namun masih mampu memiliki smart phone sedang makan nasi berlaukkan gambar Ali.
64 | Cherita Rakyat TOLONG MENOLONG
"Kalau kau jumpa orang susah tengah jual pape, kau belilah. Dia hebat sebab dia tahan diri dia dari mengemis," nasihat Ustad Ali, pada suatu hari.
"Dan dari MLM, ustaz," tambahku untuk menguatkan lagi kepaduan nasihat beliau.
65 | Cherita Rakyat SALMAH BOLEH BERLARI
"Ali, kerbau aku hilang lagi," Salim mengeluh.
"Ya Allah kau ni. Tulah. Banyak dosa. Padan muka kau kena bala," Ali memarahi Salim.
Tidak semena mena dan seperti dirancang semata mata untuk punchline, Salmah berlari ke arah Ali dan Salim.
"Ali, anak kau kantoi buat maksiat! Sekarang kat rumah ni. Meh ikut aku," Salmah tercungap cungap menghabiskan ayat. "ALLAH. Apalah ujianMu terhadap hamba yang baik seperti aku ini?" Ali menadah tangan mempersoal aturan Tuhan. ---
As absurd as it is, this is the mentality of most Malaysians, Malang kau kerana dosa kau,
66 | Cherita Rakyat
SINDROM EMPATI TERPILIH DAN EMPATI POPULAR
Ali seorang pesakit kanser. Dia tidak menjalani sebarang perubatan kerana dia tiada duit.Tiada siapa kongsi cerita sedihnya di Facbook, di Kampung Pisang.
Zainab gadis cantik Kampung Limau, dan terkenal di Facebook. Semalam dia terkehel kerana terjatuh dalam parit.
Hashtag #savezainab bersepah di alam maya.
Baju #savezainab mula diprint dan dijual sebagai usaha amal membantu zainab.
(Pensyarah aku pernah tanya, bagaimana kalau orang Rohingya itu berupa Arab atau Mat Saleh?)
67 | Cherita Rakyat PENUMPANG
Minggu minggu terakhir ini minggu luahan perasaan
mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan kerja berkumpulan di fb.
Aku terfikir bagaimana mahasiswa zaman dahulu buat luahan tanpa facebook. Mungkin toreh di pokok.
"Jangan geng dengan Ali. Dia pemalas," terukir kemas di pohon cemara di sebuah universiti.
68 | Cherita Rakyat 3.85 JE
"Kau hisap rokok?" Ali menegur Abu sambil Abu menghirup asap rokok murahnya.
"Taklah, aku tengah berenang," Abu tenggelam dalam estatika khayalan tingat tinggi. Penat dia hari ini membanting tulang mencari kerja.
"Kau bawak bawaklah bekerja. Apa guna kau lepak di tempat kerja aku. Bos aku marah dah asyik bawakkan makanan untuk kau," Ali yang sudah berpengalaman 3 tahun di kedai makanan segera terkenal itu memang pemurah kepada rakannya. Hari ini kedai tidak sibuk kerana kedainya diboikot akibat dituduh membantu Illuminati.
"Aku bukan taknak kerja, Ali...," ayat klise orang tidak bekerja Abu berhenti seketika untuk menghirup udara tercemar rokoknya.
"...kerja taknak aku. Siapa mahu graduat Kejuruteraan Awam macam aku. CGPA pun 3.85 je. Mana ada orang nak," sambung luahan masyarakat dunia pertama Abu tanpa memikirkan anak Somalia yang tidak mengenal huruf.
69 | Cherita Rakyat
"Aku SPM je bro. So far aku dah berjaya bawak mak aku pergi umrah dengan gaji aku kat *nama restoran dirahsiakan*. Kau kerjalah sini dulu. Mana tahu, dapat jawatan tinggi,"
"Ah. Tak naklah. Tak grand. Hina,"jawab Abu sambil mengunyah burger yang Ali berikan.
"Sorry bro. Jangan terasa. Aku taknak terlibat dengan bisnes yang jadi tali barut Iluminati ni. Aku sanggup tak bekerja (minta makanan free, sabotaj dari jauh katanya). Aku ada prinsip," Sambung Ali.
"Tak apalah bro. Aku faham. Aku bersyukur dengan rezeki aku kat sini," Ali menoleh ke kiri. Apabila dia menoleh ke kanan, Abu sudah mati ditembak sniper dari jauh.
Illuminati sudah berjaya mengesan Abu. Abu tewas, dengan prinsip di hatinya.
70 | Cherita Rakyat
CUKAI BERNAFAS DALAM BILIK KELAB (GST)
Ali ketua kelab peminat Star Wars di sekolahnya. Menjadi ketua, Ali memperkenalkan dasar untuk
menyatupadukan semua peminat, tanpa ada diskriminasi dengan moto 1Cakerawala.
Ali membuat inisiatif pengembangan kelab dengan melabur duit kelab, tapi pelaburannya tidak berjaya. Ali rungsing lalu mengenakan bayaran baharu, Cukai Bernafas dalam Bilik Kelab (GST).
Ahli kelab mula benci dia, kecuali beberapa peminat setia Ali yang ada kepentingan di sebalik tabir.
"Saya masih akan jadi ketua sebab saya dapat mandat. Takkan nak turun sebab si Senah sorang,"
71 | Cherita Rakyat
KEMUDAHAN YANG DISUSAHKAN, KESUSAHAN YANG DIMUDAHKAN
Situasi 1
"Saya bercadang hendak membuat satu laman web yang menyenaraikan hukum hukum untuk isu isu kecil dalam ibadah," kata Ustaz Ali.
"Wah, bagus juga begitu. Bersama kita memanfaatkan teknologi untuk berdakwah. Senanglah orang nak rujuk. Yang malu bertanya pun boleh rujuk jawapan dengan satu klik saja," kata Ustaz Salim, mengagumi sahabatnya yang sangat kreatif dan inovatif.
Situasi 2
"Kalau korek telinga batal tak puasa?" tanya Karim yang tidak dapat menahan kegatalan dalam telinganya.
"Tak batal lahh," jawab Mail.
"Mana kau tahu?" tanya Karim, tidak berpuas hati.
"Ni ada page Tanyalah Ustaz Ali. Dia kata tak batal," jelas Mail sambil menghulurkan iPhone 6 nya.
"Hek eleh. Google je. Mana boleh percaya. Nak berguru kena tanya secara langsung," jawab Karim.
72 | Cherita Rakyat LOW YAT
"Kau nak meniaga ni, kena pandai mulut manis Ali, pujuk pelanggan beli barang kau. Biar sampai cair pelanggan kau," ucap Salim sambil melilau matanya membeli belah tingkap memberi nasihat kepada Ali yang hendak meniaga. Salim mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.
"Tak guna. Bateri dah habis. Masa beli bukan main abang tu cakap handphone ni bateri tahan, takpayah charge 3 hari lah. Dasar kapitalis bangsat," Salim membebel.
73 | Cherita Rakyat
GULA SUDAH TIADA (GST)
"Kau tahu tak, teh o panas ni, makin lama makin pahit," sambil tangan Samad mengacau sudunya, kalau kalau masih ada gula yang tidak larut.
"Emmm, tak. Memang pahit," hirupan keduanya masih mengecewakan.
Ali tidak berpuas hati dengan aduan dari kawan baiknya lantas memanggil mamak.
"Ehhh anee, ni apa macam, gula mana ada GST. Kenapa tak ada gula dalam ini teh?" jerit Ali tanpa menghiraukan mata mata orang lan yang sedang sibuk menonton Liverpool dimalukan oleh Arsenal.
"Ayoyo tambi. Saya taruk itu juga gula, sama. Semalam sama, hari ni pun sama. Itu GST takda kacau saya punya harga. Saya kasi serap itu GST," jelas mamak sambil mengelap peluh dengan kain putih dibahunya. Kedai makannya cuma dapat gred B dari pihak kementerian kesihatan.
"Cakap lebihlah mamak. Saya datang semalam takda pun pahit macam ni teh o panas," selit si Samad.
"Ayoyo tambi. Ya lah ya lah. Saya tak mau kasi rosak bisnes saya. Nanti saya kasi teh o panas satu lagi. Jangan marahh laaa," mamak tersebut mengalah, lebih lebih lagi pasukan
74 | Cherita Rakyat
Liverpool yang diminatinya sedang dirogol di kaca tv. Dia tidak mahu ditimpa tangga setelah jatuh seperti Gerard.
Ali dan Samad bersetuju namun masih terlihat wajah mereka yang marah.
---
Sejam sebelum itu.
"PTPTN aku dah habis. Cemana nak makan takda duit ni weh," "Takpa, aku ada cara,"
---
10 tahun selepas itu
"Ingat lagi dulu kita ada minum teh o panas free?" tanya Samad.
"Ingatt hahaha. Hebat kau masa tu Samad," ujar Ali sambil merenung kakinya yang tinggal sebelah sambil minum teh o panas yang kelat, pasca GST.
75 | Cherita Rakyat
RAMBUT RM1200 DAN MASALAH MANUSIA DUNIA PERTAMA
Monyet di atas pokok durian itu begitu galak merungut durian tahun ini tidak sesedap tahun lepas. habis dibuang sepah kulit kulit durian ke bawah. semuanya disisakan.
Pak Ali di bawah hanya mampu mengutip sisa sisa durian itu, kalau kalau ada yang masih elok, kerana dia dibatasi umur yang tua hendak memanjat.
Biarlah monyet, dia tak berakal, tak sensitif. Asalkan bukan manusia. Ye dak?
76 | Cherita Rakyat SALAH
"Aku dengar si Ali tu kantoi curi lembu Pak Samad," Pak Ghani membuka bicara sambil menghirup kopi panasnya di warung Pak Dollah.
"Laah. Yeke? Macam mana kau boleh tahu?" tanya Zainorin "Ohh. Aku dengar anak si Temah punya kawan cerita dekat Zamani yang kawan dia punya ayah, Abu, ada cerita yang si Kamil dengan Siti yang keluar berdua masa malam tu ternampak Salim yang tengah berbual dengan Shahrul yang ayah dia nampak Ali curi lembu si Samad tu," jawab Pak Ghani sambil menamakan semua bibliografinya agar tidak dituduh plagiat.
"Betullah tu. Ali salah!! Patut kita pergi rumah dia, kita demo depan rumah dia. Dia patut direjam!" emosi Zainorin
membuak buak. Dia memang benci pencuri, sambil
membetulkan songkok yang dia "pinjam" dari surau. "Pinjam". Setelah berjaya berbincang dengan Pak Dollah supaya kopi dan teh o yang mereka minum dimasukkan dalam buku 555, mereka ke rumah penghulu untuk meminta pengadilan dilakukan.
77 | Cherita Rakyat
"Mana kau tahu Ali yang curi," tanya penghulu.
"Tadi si Ghani bagitahu saya yang dia dengar anak si Temah punya kawan cerita dekat Zamani yang kawan dia punya ayah, Abu, ada cerita yang si Kamil dengan Siti yang keluar berdua masa malam tu ternampak Salim yang tengah berbual dengan Shahrul yang ayah dia nampak Ali curi lembu si Samad tu," jawab Zainorin dengan bibliografinya pula.
"Astaghfirullah!!! Mari kita bakar rumah Ali!" jerit penghulu yang memang berdendam dengan Ali yang merampas Fatimah darinya.
Rumah Aku habis dibakar. Orang kampung bersorak kesyukuran, keadilan ditegakkan.
___________
Ali menarik lembu yang terlepas berkeliaran di jalan kampung. Takut dilanggar nanti. Kasihan pemiliknya kehilangan lembu. Ali berniat mahu ke rumah penghulu, suruh buat
pengumuman. Penghulu tiada. Kampung begitu sunyi.
78 | Cherita Rakyat MEJA TERBALIK
"Yob. Harga minyak naik Yob,"
"Betul ke? Payahlah camni. Kena naikkan lah harga air teh ais besok. Kalau tak rugi,"
"Kenapa pulak Yob?"
"Zaman sekarang semua pakai minyak Ali. Kau ingat senang ka aku nak p beli teh dekat pekan naik motor. Jauh. Kos tidak langsung tu,"
"Eh Yob. Salah bacalah Yob. Minyak turun lagi lah Yob," "Oh baguslah Ali. Bila lagi kan. Kerajaan patut tahu kesusahan rakyat,"
79 | Cherita Rakyat ZO ALIF LAM ALIF MIM
"Bro, zalim tu apa?" tanya Salim, tiba tiba.
"Berlaku kejam, tidak adil. Ejaannya Z.A.L.I.M," jawab Ali, seperti budak sekolah yang bertanding mengeja.
"Oh, kalau dalam Islam,zalim ni apa definisinya bro?"
Ali mengerut dahi. Mujur, ilmu zaman PMRnya masih melekat di otak. Berkat ilmu Ustazah Zainab dengan rotannya.
"Dah macam kuiz dah ni. Dalam Islam, berlaku zalim tu
maksudnya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya," jawab Ali dengan gerak gaya.
"Oh, kira kau kejam lah ni," "Awat?"
"Ni kasut ni, kau tak susun balik elok elok," Ali menepuk dahi.
"Aku rasa kau pun kejam," "Apsal pulak?
80 | Cherita Rakyat
"Cantik kan cuaca hari ni Ali?" Salim menikmati udara segar di luar.
81 | Cherita Rakyat MATEMATIK
*Ali sedang merokok dalam tandas dengan penuh nikmat* *Ali seorang budak sekolah *
*tandas tu tandas sekolah*
"Jadi ini kerja awak selama ni eh, Ali!" terkam Cikgu Kasturi, seorang guru disiplin, rupa rupanya telah lama menanti di luar.
Ali betul betul terkejut dengan serangan hendap itu. Kantoi kali ini. Dulu hampir kantoi, kebetulan Ali bawa ubat nyamuk ke sekolah, maka dia katalah asap tersebut asap ubat nyamuk. Memang selalu kita dengar pelajar bawa ubat nyamuk ke sekolah. Sebabnya tidak diketahui.
"Oleh kerana guru sekarang tidak boleh merotan, dan ayah kamu ketua PIBG, dan ayah kamu memanh femes bab kondem sekolah, maka cikgu denda kamu dengan bayaran RM10. Ali menggali poketnya.
82 | Cherita Rakyat
Cikgu Kasturi geleng kepala tanda takda. Akhir bulan kot. Memang takde duit dah.
"Kalau macamtu, saya hisap lagi 4 kalilah. Cukupkan RM 50" Cikgu Kasturi seorang guru matematik. Dia bangga Ali pandai mengira.
83 | Cherita Rakyat
NI MASA CADBURY MASIH HARAM
Arif menghirup dalam-dalam rokok di celah jarinya. Padu. " Aku dah lama tahu dah Cadbury ni haram," ujar Arif kepada Ali, kawan sekolah rendahnya.
Rokok dicicah sampai mati puntung apinya.
Ali disebelahnya tiba-tiba jatuh tersembam dengan muka pucat lesu. Juga mati.
Mungkin mati terkejut dengan pendedahan keharaman Cadbury.
Ah apa aku tahu tentang mati. Aku mahu beli Ferrari dengan duit aku simpan selama aku tak merokok ni. Mati dalam Ferrari mungkin lebih harum daripada mati sebagai sekenhen smoker macam Ali.
84 | Cherita Rakyat BOLA, BOMOH DAN BINI
I
Melihat Ali sedang syok menonton Piala Dunia,
Abu: weh kau ni. Kalau pasal bola pung pang berbual aku tengok. Tapi bila suruh main bola, kaki bangku.
Ali : Oh gitu eh. Aku tengok kau pulak bukan main kalau nampak perempuan, minat betul. Bila kau nak jadi perempuan?
Abu : Err... II
Ali berjumpa Raja Bomoh Abu untuk mendapatkan bantuan Ali : Saya tengok Tok Moh ni power lah tolong orang cari kapal terbang tu.
Raja Bomoh Abu : hmm hmm. Betul. Dengan izin Allah Ali : Bila Tok nak buat magik macam David Copperfield hilangkan Statue of Liberty?
Raja Bomoh Abu : Astaghfirullah hal Azim. Mana boleh. Syirik tu. Kerja shaitoon. Berdosa. Masuk neraka.
Ali : aih. Tok Moh bukan guna bantuan Allah ke? Takkan syaitan lagi power dari Allah?
85 | Cherita Rakyat III
Berbincang pasal masa depan
Abu : aku berkenan betul nak kahwin dengan si Mjnah tu. Taste aku. Bertudung, muslimah, cukup agama. Senang citer memang stock isteri mithali ah
Ali : Payah lah kalau camtu. Abu : Kenapa?
Ali : Dia pun nak suami mithali. Abu : err...
86 | Cherita Rakyat AYAM SUNTIK HORMON
Salmah membeli ayam di pasar, untuk buat hidangan hari raya.
"Eh kenapa awak timbang dengan kepala dan isi isi sekali. Saya tak makan kepala tu semua. Arghh takda, saya cuma akan bayar benda yang saya makan. Ohhh kauu nak menipu timbangan,".
Pekerja itu mengiyakan dan membuang kepala dan isinya, lalu dia timbang.
Selesai timbang dihulurnya ayam tersebut.
"Eh bagilah plastik nak bungkus. Awak ni kenapa? Saya nak bawak macam mana ni?"
87 | Cherita Rakyat BUNGKUS
"Jom main bungkus bungkus. Haha aku nak takutkan budak dorm sebelah,".
Ajakan Alia disambut dengan dahi berkerut oleh Safiah dan Nurul.
"Eh aku join ah. Aku ada kain putih. Haha. Aku memang dah lama dendam dengan budak dorm sebelah tu, sejak diorang rampas boyfriend aku," sambut Nurul.
"Korang ni...," Safiah. Tak membantah tapi menggeleng kepala.
Alia bergegas mengambil kain putih dan dihamparkan ke atas lantai. Nurul segera menawarkan diri untuk "dibungkus". Safiah terkejut melihat Alia begitu cekap membalut tubuh Nurul. Kemas. Sememangnya menyeramkan.
Secara tiba tiba pintu bilik mereka diketuk. Alia segera menyembunyikan Nurul di bawah selimut.
88 | Cherita Rakyat
"Apsal kau pandang aku macam nampak hantu," Alia yang terkejut dengan reaksi Safiah menyambutnya.
Mata Aliah melilau ke dalam bilik. Air di tangannya jatuh. Ada satu sosok serupa dengannya sedang memamah badan Nurul.
"Kenapa kau tak tunggu aku. Makan sorang sorang," ujar Aliah memarahi "Aliah".
89 | Cherita Rakyat HANG BERTUAH
Tersebutlah kisah, Hang Jebat begitu marah dengan berita kematian Hang Tuah.
"Ingin ku hunus keris ini ke tubuh sultan itu. Inginku sanggah sultan yang zalim!"
Rakyat jelata yang menyokong si Jebat lantas berapi api menyediakan sepanduk dan kelengkapan bersesuaian agar nampak imej "angry mob". Pemuda pemudi pula mula
mengedit wallpaper wallpaper fancy berunsur revolusi di alam alam media.
Tuah yang hanya berdiam diri melihat hashtag hashtag berbaur subversif semakin trending dan bersepah di timelinenya mula rasa sedih sengan tindakan saudaranya. --- Pemberontakan berjaya. Jebat menakluk istana ---
Tuah yang pada mulanya merancang untuk menikam Jebat di dalam rumah tanpa diperhati orang sebagai debutnya ke tanah Melaka sebagai orang hidup kembali, mula memikirkan strategi lebih baik.
Dia lantas mengajak 3 lagi saudaranya yang tidak begitu penting dalam sejarah untuk berbincang strategi terbaik.
90 | Cherita Rakyat
Dipercayai, perbincangan merekalah yang menjadi titik tolak lahirnya demokrasi dalam dunia ini.
Penamatnya, Jebat bosan kerana usahanya merampas takhta berjalan begitu lancar tanpa apa apa halangan, dan orang kampung berterusan mengamuk tanpa sebab yang pasti, manakala si Tuah terua berbincang tanpa apa apa hasil yang kukuh.
Joke aside.
Manusia telah terbiasa bertengkar. Dari tamadun terawal, sampailah tamadun "ketibaan dajal". Masih bertempur. Manusia mudah benar tenggelam dalam ketaksuban ideologi dan cenderung menjadi radikal dan prejudis dengan
ketidaksamaan ideologi (dan cenderung memilih pihak tanpa memahami isu daripada helicopter view).
Aku teringat satu analogi hebat oleh seseorang tentang satu lubang di siling. Sama ada dengan mengambil timba untuk menampung kebocoran air, atau mengambil baldi untuk memperbaikinya, kita memilih untuk bergaduh siapa lebih baik.
91 | Cherita Rakyat RUMAH BAHARU
"Abang, rumah sudah usang. sudah berpuluh tahun. Kita robohkan sahaja. Bina rumah baru di tapak ini," kata Anuar. "Apa yang usang di mata kamu? Masih sahaja aku bisa tidur, bisa makan bisa mandi di rumah ini. Elok sahaja bagiku," Najib merengus kurang setuju dengan cadangan adiknya.
"Semuanya usang. Lantainya jongkang jongkang, atapnya diterobos cahaya dan air hujan di sana sini. Itu yang abang bilang elok?"
"Jadi penyelesaian yang kau cadangkan bina rumah baru? Begitu? Apa sudah mati kudrat kau dan aku untuk
menjaganya? Tidakkah kau rasa berdosa mengubah itu dan ini rumah yang dari turun temurun milik keluarga kita?" Ajib meninggikan suaranya.
"Sampai bila bang? Sampai bila atap itu mahu diganti-ganti, sedang dinding dinding rumah ini mula mencintai tanah?" "Ini rumah pusaka keluarga kita!"
"Ya pusaka, kalau sudah usang pusaka apa?! Pusaka bawa bala? Abang mahu si Anas ini membesar dalam rumah yang usang? Suasana yang begini?"
92 | Cherita Rakyat
"Sudah kalian, sudah! sama sahaja kalian berdua. Aku sudah muak mendengarnya. Dari dahulu sama sahaja. Yang ada kami dengar cuma pentengkaran. Kalau berlubang siling itu,
berlubang lah ia selagi kalian masih bertengkar siapa lagi bagus" Anas mencelah.
"Cukuplah. Kalian terlalu banyak bertengkar untuk rumah ini. Kalian lupa, yang di rumah ini kita membesar bersama, di rumah ini, arwah ayah dan ibu melindungi kita dari panas dan terik? Sukarkah kalau kalian berganding baik baik"
Anuar dan Najib membisu.
"Abang Jib, ya rumah ini pusaka. Tapi kerana pusaka inilah, harus dijaga. Tapi pastinya nenek moyang kita lebih berbangga jika kita mampu bersatu memperindah rumah ini,"
"Abang Nuar, ya rumah ini usang. Tapi berdosakah kalau selagi itu kudrat kita usahakan untuk menjaganya.Tidak salah abang mahu berbeza pendapat tentang ini, tapi kalau yang ada cuma pertengkaran, aku rela tinggal di tepi jalan tidak berumah" "Rumah itu bukan mercu fizikal sahaja, tapi rumah ialah jalan pulang yang memberi ketenangan. Dimanakah ketenangan kalau terus kita bertengkar?"
93 | Cherita Rakyat KUCING
"Kau tengok aku, aku bukan dapat bagi kau makan pun cing. Duit pt aku dah nak habis cing," steady Ahmad berbual dengan makhluk tak berbahasa dan tak berbudi (kucing tu pernah berak bilik Ahmad).
Ahmad serba salah sebenarnya untuk tidak berkongsi
makanan yang baru dibelinya. Nasi Lemak Ayam sambal lebih. Ayam seketul je. Takkan nak bagi kucing ayam. Mahal. 2 ringgit. 20% daripada duitnya yang tinggal. Kau rasa tinggal berapa duit dia?
"Tapi Islam ajar, sedekah terbaik tu sedekah benda yang paling kita sayang," getus hati Ahmad.
Haritu Ahmad makan nasi lemak dengan lauk sambal je. Ayamnya di ratah dengan nikmat oleh kucing tadi. "Mungkin kalau aku buat baik, aku dapat balasan baik," ...
Pagi tu, ahmad terbangun dengan bau amat busuk. Taik kucing. Taik punya kucing. Ahmad kegeraman kerana dia dapat balasan bali, ayam dalam bentuk yang sudah dihadam. Geram.
94 | Cherita Rakyat
Ahmad segera bangun, biasanya dia bangun lambat. Mandi keluar berjalan-jalan ke The Mines cari penyapu. Pelik kan duit tinggal RM10 boleh pergi The Mines?
...
Sedang syok ahmad berjalan-jalan, ahmad terbaca berita, blok kolejnya musnah dihempap meteor. Biliknya secara spesifik. Macam ada orang sengaja tuju.
"lepas ni aku patut bagi kucing makan banyak banyak. Panjang umur aku,"
...
Ahmad kini pengusaha baja taik kucing yang berjaya. Dia hidup lama jugaklah.
95 | Cherita Rakyat MONYET
Ahmad kini seorang miskin kedana setelah perniagaan baja kucingnya hambar dan dikalahkan pertanian hidrofonik dan hai-pergi-market-je-beli-sayur-nik.
Malu jika dia nampak miskin di khalayak ramai, dia duk dalam hutan. Senang je pemikiran Ahmad ni.
Setahun tinggal sekeluarga dengan monyet, beruk dan haiwan haiwan yang sepatutnya dalam hutan, dia terserempak dengan sepasang kekasih bersama bayi. Si perempuan itu meletakkan bayi tersebut.
Mereka lari tinggalkan bayi itu. ...
Dipendekkan cerita sebab aku takda idea dan assignment banyak, bayi tu membesar dan dibela oleh monyet.
Apa yang Ahmad perasan, walaupun dibela monyet, bayi itu berperangai takdelah macam haiwan.
Tapi mak bapak dia yang buang dia dulu, dibela manusia dari kecik, apsal perangai macam haiwan?
Tapi haiwan tak tinggalkan anak dia gitu, jadi mak bapa dia ni apa?
96 | Cherita Rakyat FAT AND BURNT
"Aku dah gemuk lah, Lan," Fakri mencebik sambil mencubit cubit perutnya ketika memerhati refleksinya di cermin. "Kau tu gemuk sebab takda awek," Ramlan menjawab sambil membaca buku Catatan Matlutfhi, agar nampak cool. "Mana kau tahu aku takda awek sia?"
"Sebab aku perasan pointer kau mencanak,"
"Tak guna. Result makin bagus ke kalau takda awek? Dulu aku SPM straight A+ sambil berkapel dengan Linda, steady je," "Linda kan cantik. Pandai pulak tu. Sesuai dah korang. Dia pandai, kau pun pandai. Dia cantik, kau pun...btw apa cerita si Linda?" tanya Lan, mengubah topik dengan kurang bergaya. "Entah. Dengar cerita study kat London sekarang,"
"Kau dulu gemuk ke kurus?" "kurus jugaklah,"
"K lah. Sementara kau menguruskan diri ke London Weight Management, tiket ke London berapa ringgit?"
97 | Cherita Rakyat ISLAM DI USA
Terhangguk hangguk kepala Zamri mendengar lagu nasyid bertajuk Summayyah. Headbanging lagu nasyid. Apedehal. Mungkin Zamri begitu ingin manusia sekeliling perasan headphone beats by dr dre nya.
"Woi zamri," satu sapaan dari belakang.
Ali. Lelaki berkulit sawo matang, berumur 20 an an an. "Hah Ali. Lama betul kau. Kau tau kan aku tak biasa kat Amerika ni. Kau dari mana siap pakai jubah dengan ketayap ni?"
"Sorilah. Aku baru balik dari masjid tadi. Ada tazkirah daripada ustaz popular tadi," Ali beralasan.
"Hebat jugak Amerika ada surau yang aktif,"
"Islam di mana mana. Alhamdulillah," ujar Ali sambil mengusap janggutnya yang lebat.
"Hah, mana prototaip alat pembuat aiskrim mudah alih tu Ali?" tanya Zamri, tentang projek robotik mereka.
"Ah nah ni. Kenapa aiskrim? Kalau roti bom kan best," Ali menghulurkan sebuah peranti yang wayarnya terjulur keluar.
98 | Cherita Rakyat
"Roti bom? Hahaha kau ingat benda macamtu ada jual ke kat pentagon dengan empire state building semua ke?"
Hahaha. Yelah yelah. Allahuakbar. It's already 9.11 o'clock. Aku balik dulu," ujar Ali.
Sementara itu, kereta polis menghampiri mereka dan ramai orang Amerika di kawasan itu memerhatikan mereka dengan mimik ketakutan. Kau rasa kenapa?
99 | Cherita Rakyat MUKA PECAH
Ali, seorang pelumba kereta tidak rasmi di kampungnya. Setiap malam, meter keretanya akan mencecah 180 km sejam. Dia bangga.
Pada suatu hari, Ali membawa Myvinya ke suatu tempat yang ada lampu isyarat.
Lampu merah hidup, namun tiada kereta di persimpangan yang lain. Ali risau. Jam sudah pukul 2 pagi, dan suasana sunyi. Maknya tak nak buka pintu kalau Ali lambat balik.
Ali menekan minyak walaupun keadaan tak membenarkan; lampu merah masih bersinar.
Ali pecut tanpa ragu.
Dan keraguan mula mencengkam apabila lampu merah tadi ditemani lampu biru dan bunyi siren. Polis.
"Bang, takkan takda kereta pun tak boleh jalan bang," Ali, membahasakan polis itu sebagai abang.
100 | Cherita Rakyat
"Tapi bang, peraturan kan dibuat dengan akal rasional oleh orang bijak pandai. Takkanlah peraturan tu tak boleh diamalkan juga dengan akal rasional?"
"Yelah. Takpelah. Lain kali jangan langgar lampu isyarat. Ingat nyawa girlfriend awak kat belakang tu," polis itu mengalah. "Terima kasih bang,"
Ali menekan minyak dengan hati yang lega. Dia bersyukur dia ada kemahiran berfikir rasional dan logik.
"Ah, muka pecah rumah macam aku mana ada girlfriend," Ali secara tiba tiba berfikir logik.
101 | Cherita Rakyat RUMAHKU BERHANTU
(jangan baca kalau lemah semangat)
Rozi akhirnya diikat oleh ikatan suci pernikahan dengan pasangan pilihan hatinya, Tengku Wan Omar Wan Khalid Wan Hassan, seorang pemilik syarikat bernama WanMDB.
Namun, panas tidak sampai ke petang, hidup senangnya tak sepanjang nama suaminya, suaminya dibuang kerja kerana didapati merokok. Lalu mereka miskin.
Rozi yang begitu terdesak meneruskan hidup, disuruh mencari rumah sewa yang murah.
Rumah itu berhantu. Mereka hidup ketakutan. Mati tak mahu. "Kau tak cek dulu eh yang rumah ni kalau ada pape ha?" ujar Wan yang kini seorang pemabuk setelah kehilangan kerja. "Maaf Wan, Rozi mengaku, Rozi tak cek Wan,"
102 | Cherita Rakyat MIRA FILZAH
"Akak kau tu kenapa Li? Mak tengok sejak akhir akhir ni selalu duk dekat tingkap main main langsir. Dia putus cinta ka?" "Tak lah mak. Dia selfie tu. Feeling feeling Mira Filzah tu buat kain langsir jadi background,"
103 | Cherita Rakyat PVC
Melihat budak budak kampung itu melompat ke laut dengan berbagai gaya, Aziz teringat kenangan lama. Dia dulu jagoan lompat gaya flipback 720 darjah dengan kesan percikan air yang sangat minimum.
Melihat kekanak ini, Aziz tidak lagi bangga legasinya
diteruskan. Aziz berasa risau kalau kalau mereka kelemasan. "Ayah, Aziz dah faham kenapa dulu ayah rembat belakang Aziz dengan getah PVC bila tahu Aziz berenang,"
"Ye nak. Ayah tahu. Masa Aziz pergi berenang senyap senyap pun ayah tau,"
"Kenapa ayah tak marah masa tu?" "Bila lagi nak tengok kau seronok," "Terima kasih ayah,"
104 | Cherita Rakyat
tu. Biasalah emak kau. Dia risau kau cedera, maka dia suruh aku cederakan kau,"
105 | Cherita Rakyat MAK NAK KAHWIN
Salma rapat dengan Faiz sudah 2 tahun. Salma ada menyimpan perasaan terhadap Faiz, dan dia juga rasa Faiz sama menyimpan perasaan terhadapnya. Faiz lelaki baik. Faiz pandai ambil hati ibubapanya. Arwah ayahnya juga sukakan Faiz.
Ceritanya, satu hari Salma sudah tidak sabar menunggu (makin hari pun bukan makin Muda ye dokk), Salma meluahkan perasaannya.
Faiz tergumam.
"Awak, saya minta maaf. Sebenarnya saya dah ada seseorang di hati. Janda anak 3. Saya pun cuba rapat dengan anak dia, dah lama. Hmmm, saya kalau boleh nak anak dia selesa dengan saya dulu baru saya masuk meminang dia,"
Salma terkejut, namun pasrah cintanya ditolak. Kecewa juga kerana anak dara sepertinya tidak mampu bersaing dengan janda anak 3.
Dua bulan kemudian,
107 | Cherita Rakyat PENSEL
Pensel aku semua pendek dimakan pengorek. Lebih pendek daripada jari kelingking. Bahaya. Lukman cakap nanti mak mati kalau pensel lebih pendek dari jari kelingking.
Aku panggil mak. Kasut aku bersepah aku tendang. Stokin entah kemana. Beg aku humban ke katil seolah benci dengan rutin 7 pagi-12 tengahari ke sekolah.
Tak ada bunyi pinggan. Mungkin mak dekat ampaian. Tak ada juga. Aku jenguk bilik mak. Mak sedang solat zuhur. rakaat ke-4. Sambil menunggu mak aku habis solat, aku jenguk bawah tudung saji. Ada ayam goreng 2 ketul dengan nasi. Untuk akulah tu.
Mak sudah habis solat. Aku gegas ke bilik mak semula. "Mak, ada duit tak? Nak beli pensel. Pensel dah pendek," aku mengadu.
"Dah pendek? Bukan baru beli ke, nak?" sambil mak buka telekung lusuhnya.
"Pensel tu pensel murah mak. Senang patah dalam. Nak beli yang mahal mak. Yang hitam merah tu, Exam Grade,"
108 | Cherita Rakyat
"Mari sini mak tengok penselnya,"
Aku ambil beg yang aku lempar tadi, aku geledah pencil case aku dan beri semua pensel pensel aku yang pendek.
"Boleh lagi pakai ni nak. Kau ambil pen yang rosak, yang dah habis dakwat. Bawak sini,"
Aku bagi pen rosak. Mak cerai ceraikan pen itu. Tapi mak ambil badan pen. Mak masukkan pensel pendek tadi ke dalam badan pen yang tak digunakan lagi.
"Dah boleh pakai dah ni," ujar mak.
"Dah besar nanti, jadi macam pensel ini, walaupun badan rosak dimakan pengasah pensel, tapi hidupnya membantu orang berilmu. Selagi belum mati, selagi nyawa belum tinggal sepanjang kelingking,belajar. Ingat tu," mak aku menyeka air matanya. Aku tak faham.
Kedengaran dari jauh bunyi basikal bapak. Bapak pulang dari kerja. Aku menyambut bapak dengan girang.
"Pak, tengok ni mak buat. Mak pandai. pensel ni boleh pakai dah," aku mengiklankan kepandaian mak depan bapak. Bapak merenung mak dengan lama.