1 Pentadbiran Tentera British PENUBUHAN UMNO Tujuan Penubuhan Malayan Union
2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN Ciri-ciri Malayan Union Keganasan 14 hari PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN
TERHADAP MALAYAN UNION MALAYAN UNION
Tujuan Penubuhan UMNO
Perjuangan tokoh UMNO
Cara-cara Penentangan Terhadap Malayan Union Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Perjuangan dan Perkembangan UMNO Faktor Penentangan Perundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
2 PKM menguasai tempat-tempat
penting, balai polis dan pejabat pentadbiran.
PKM mengenakan undang-undang sendiri dengan
menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang membantu Jepun. Pelbagai cukai yang tinggi
diperkenalkan kepada penduduk kampung.
Selepas Jepun menyerah kalah terdapat kekosongan pentadbiran. PKM melalui MPAJA telah
mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu
TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN
Kekalahan Jepun pada tahun 1945, membawa kepada penguasaan PKM selama 14 hari.
PKM banyak melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan huru hara.
Pentadbiran Tentera British telah berjaya menyelamatkan keadaan
KEGANASAN 14 HARI PENTADBIRAN TENTERA
BRITISH (BMA)
Keganasan PKM menyebabkan ketegangan kaum dan huru hara. Di Batu Pahat dan Muar, Kiyai
Salleh memimpin orang Melayu menyerang orang Cina di Batu Pahat.
Dato’ Onn Pegawai Daerah Batu Pahat berjaya menghalang daripada berlaku pertumpahan darah.
Pentadbiran Tentera British diperkenalkan pada September 1945.
PTB diketuai oleh Sir Ralp Hone, Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam.
Kejayaan PTB:-
i. Menamatkan penguasaan PKM selama 14 hari
ii. Memujuk PKM meletakkan senjata. iii. Memulihkan keamanan dan
mengakkan undang-undang. Pentadbiran Tentera British kemudian
digantikan oleh pentadbiran Malayan Union. PKM melakukan keganasan,
menculik, menghukum penduduk yang dikatakan menganiaya orang Cina.
PKM membunuh seorang penghulu dan Pegawai Daerah yang ingin berunding.
Mereka mencemarkan masjid dan membakar rumah pada waktu malam
3 MALAYAN UNION
Diisytiharkan pada 1 April 1946, di Kings House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur. Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama
Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.
TUJUAN PENUBUHAN
MALAYAN UNION
Mempersiapkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
Mewujudkan kerajaan yang cekap dan seragam.
Menyatukan negeri Melayu Bersekutu, negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat
Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat menumpukan kesetiaan kepada Malayan Union.
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran kerana pentadbiran yang tidak seragam menelan perbelanjaan yang besar.
Memastikan penglibatan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur untuk memaju dan mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terjejas.
Menjamin British akan terus menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu terutama getah dan bijih timah.
Mengurangkan kuasa politik orang Melayu kerana dikatakan membantu Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah melayu
Memperkukuh kan pertahanan British di Tanah Melayu dan di Asia Tenggara
4 CIRI-CIRI MALAYAN UNION
2. Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union
3. Seorang Gabenor akan dilantik mengetuai Malayan Union
1. Mengabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka kecuali Singapura.
4. Konsep kewarganegaraan berasaskan kepada prinsip “Jus Soli” iaitu kewarganegaraan sama rata
5. Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu) berkuasa soal agama dan adat istiadat sahaja
6. Setiap negeri mempunyai ketua pentadbir negeri iaitu Pesuruhjaya Negeri
7. Pemutus undang-undang Malayan Union adalah Parlimen British
Pembentukan Malayan Union adalah merupakan tindakan British untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonominya di Tanah Melayu. Malayan Union menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mutlak
5 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN
TERHADAP MALAYAN UNION Menentang Rancangan Malayan Union
Sebab-sebab Penentangan terhadap Malayan
Union Penghapusan Kuasa Raja
Raja-Raja kehilangan kuasa dan hanya menjadi Ahli Majlis Raja-Raja Melayu. Raja-raja kehilangan takhta dan maruah
sebagai pelindung orang Melayu.
Zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor Malayan Union.
Kerakyatan Jus Soli Kerakyatan Jus Soli dalam Malayan
Union mengancam kedudukan sedia ada masyarakat Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
akibat kemasukan golongan imigran yang mudah mendapat kerakyatan
Tindakan Mac Michael Mengancam Raja Tindakan Mac Michael mengancam akan
menurukan takhta raja yang tidak
menyokong Malayan Union tidak diterima oleh orang Melayu.
Raja-raja tidak masa yang cukup untuk berunding dan meneiliti Rancangan Malayan Union
Tamadun akan terhakis Pengenalan Malayan Union akan
menyebabkan tamadun Melayu yang dibina oleh kerajaan Melayu seperti system beraja,bahasa Melayu dan tulisan jawi terhakis.
Ketuanan Melayu akan runtuh dan orang Melayu kehilangan tanah air
Menyokong parti-parti radikal kerana konsep kerakyatan menguntungkan mereka.
MDU mencadangkan Singapura disatukan dalam Malayan Union.
Golongan imigran juga menyokong Malayan Union. Mereka bersatu dalam All Malayan Council of Joint
Action (AMCJA) diketuai Tun Tan Cheng Lock. Malayan Union akan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu.
Malayan Union akan mewujudkan pentadbiran tidak berasaskan raja dan pembesar Melayu.
Menyokong kerakyatan terbuka kepada yang lahir di Tanah Melayu dan ingin menjadi warganegara.
Berseteju dengan penyatuan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu.
Percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Terdapat sekumpulan kecil orang Melayu menyokong Malayan Union
6 Cara
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Melalui Akhbar
Akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara secara berterusan menentang rancangan Malayan Union.
Akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan Union ialah akhbar Majlis. Utusan Melayu menggesa Raja-Raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak
ditentang.
Warta Malaya mengesa orang Melayu bersatu menentang Malayan Union. Penentangan Secara individu
Dato’ Onn menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) untuk menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan, menjelaskan raja-raja Melayu telah dipaksa menerima Malayan Union.
Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut menyokong orang Melayu. Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Ceci Clementi Smith menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.
Penentangan secara kolektif
Berdemontrasi membantah tindakan Sir Harold MacMichael memaksa Sultan menandatangani perjanjian. Malayan Union diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Johor Bahru.
Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi seperti Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
Persatuan Melayu menghantar surat dan telegram ke London membantah perlaksanaan Malayan Union.
Orang Melayu juga mengadakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams (di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Kuala Lumpur, Alor Stardan George Town) untuk menunjukkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Kaum wanita juga turut menentang Malayan Union. Cikgu Zahara Abdullah, Halimahton Majid dan
7 KONGRES MELAYU
KONGRES MELAYU PERTAMA KONGRES MELAYU KEDUA
Diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kongres ini dihadiri oleh 41 pertubuhan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Kongres dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah.
Kongres bersetuju untuk menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
Dato’ Onn Ja’afar dilantik sebagai pengerusi yang pertama.
Kongres pertama mendapat sambutan hangat daripada orang Melayu.
Wakil wanita dan kanak-kanak turut berucap dalam kongres ini.
Diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 di pejabat akhbar Majlis, di Kuala Lumpur.
Kongres ini diadakan bertujuan membantah
pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946.
Sembilan wakil pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghadiri Kongres Kedua ini.
Kongres Kedua telah memutuskan tiga perkara penting:-
i. Meminta Raja-Raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
ii. Orang Melayu yang dilantik dalam majlis Pentadbiran Malayan Union diminta
memulaukan pengisytiharan Malayan Union. iii. Menyeru orang Melayu berkabung dengan
melilitkan kain putih pada songkok mereka selama tujuh hari.
8 PENUBUHAN UMNO
UMNO ditubuhkan berdasarkan Kongres Melayu yang pertama yang diadakan di Kuala Lumpur.
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Yang Dipertua pertamanya ialah
Dato’ Onn Ja’afar. UMNO 1949
Berfungsi sebagai parti siasah sebagai penyatu orang Melayu.
Berusaha untuk membentuk kerajaan yang merdeka di Tanah Melayu.
Memajukan orang Melayu dalam pelbagai bidang.
Melindungi kedaulatan tanah air.
Mula menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
UMNO 1946 Menentang Malayan Union. Menyatupadukan orang Melayu
Mewujudkan satu organisasi berbentuk nasional
Menjaga kepentingan politik dan ketuanan melayu.
Memajukan pendidikan orang Melayu. Melindungi kepentingan orang Melayu dan
belum bersedia menuntut kemerdekaan.
Dato’ Nik Ahmad Kamil Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan ketua UMNO Kelantan.
Berpendidikan Sekolah Majlis Agama Islam Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, kemudian melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London.
Menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1948 hingga 1953.
Dato’ Panglima Bukit Gantang Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
Berpendidikan Anderson School, Ipoh dan Inner Temple, London.
Menubuhkan perikatan Melayu Perak untuk menentang Malayan Union.
Menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga 1953
Perjuangan Tokoh-tokoh UMNO Dato’ Onn Ja’afar
Pengasas UMNO.
Berpendidikan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. Pernah dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pada tahun 1946. Mencadangkan pertubuhan untuk
menentang Malayan Union. Berjaya menganjurkan Konres
Melayu pada tahun 1946. Mengetuai orang Melayu
menjelajah ke seluruh Semenanjung Tanah untuk menumbangkan Malayan Union. Berjaya memujuk Raja-Raja
Melayu memulaukan majlis pengisytiharan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Menjadi anggota penggubal
perlembagaan UMNO pada tahun 1949.
Zainal Abidin bin Ahmad Intelektual Melayu yang terlibat
dalam Kongres Melayu. Beliau bertanggungjawab
menguruskan persidangan Kongres Melayu.
Mencadangkan kepada Dato’ Onn Menambah perkataan Kebangsaan ke dalam United Malays Organization menjadi United Malay’s National Organization.
9 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Rundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Pada amnya terdapat lima tuntutan dikemukakan kepada British, antaranya ialah:-
i. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
ii. Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Neger-negeri Melayu Bersekutu.
iii. Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
iv. Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.
v. Menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui semula.
1. Penentangan habis-habisan yang dilakukan oleh raja-raja dan orang Melayu menyebabkan British tunduk dengan tuntutan orang Melayu.
2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
3. Pemansuhan Malayan Union merupakan kejayaan besar orang Melayu
mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu.
1. Bantahan orang Melayu secara aman sejak Januari hingga Mei 1946, menggambarkan orang Melayu menolak rancangan Malayan Union.
2. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan raja-raja dan UMNO.
3. British telah menubuhkan jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli.
4. Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu.
5. Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur.
British tunduk kepada tuntutan orang Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British dengan menggunakan kekerasan.
British juga tidak mahu PKM mengambil kesempatan mempengaruhi orang Melayu untuk menentang British.
10
Persekutuan Tanah Melayu Aspek perbezaan Malayan Union
Pesuruhjaya Tinggi British Ketua pentadbiran Gabenor British Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat
Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu,
Kuasa di peringkat pusat Parlimen British.
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri Kuasa di peringkat negeri Pesuruhjaya Negeri-negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan Negeri Ketua agama Islam dan
adat istiadat Melayu
Gabenor British Bahasa Melayu dan Inggeris Bahasa pentadbiran Inggeris
Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perbezaan pentadbiran antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:- i. Mewujudkan konsep Raja Berpelembagaan.
ii. Majlis raja-raja Melayu dibentuk menggantikan Majlis Melayu
iii. Pesuruhjaya tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. iv. Syarat kerakyatan diperketatkan
v. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
vi. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
11 Persekutuan Tanah Melayu Cara mendapat
Kerakyatan
Malayan Union Jus soli hanya terbuka kepada rakyat raja dan
rakyat British,.
serta pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British.
Secara kuatkuasa undang-undang
Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain.
Pemohon yang berusia 21 tahun dan tidak ada rekod jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Mereka yang berusia 21 tahun dan telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Secara Permohonan pemohon yang telah tinggal selama lima tahun dari tujuh tahun dari tarikh
permohonan. Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union juga boleh memohon
Rumusan.
1. Perpaduan jitu orang Melayu menentang Malayan Union menyebabkan British tunduk dengan tuntutan orang Melayu.
2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mengembalikan hak orang Melayu. Perbezaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:- Kera