• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bincangkan sumbangan Dato Onn Jaafar dal (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bincangkan sumbangan Dato Onn Jaafar dal (1)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Dato’ Onn merupakan anak keempat daripada lapan orang adik-beradik yang

dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor pada 3 Februari 1895. Beliau ialah

anak Dato’ Ja’afar Hj. Muhammad yang merupakan Menteri Besar Johor yang

pertama. Dato’ Onn mempunyai adik-beradik yang ramai kerana Dato’ Ja’afar

berkahwin sebanyak lima kali dan dikurniakan 13 orang anak. Dato’ Onn adalah

kesembilan dan berketurunan Melayu dan Turki yang mana ibu Dato’ Onn iaitu

Ruqayah Hanim Abdullah berasal daripada Sacrcia, Turki yang telah dibawa oleh

Sultan Abu Bakar pada tahun 1879 ke Tanah Melayu. Dato’ Onn telah menerima

pendidikan di Alderburgh Lodge School di Suffolk, England dan Dato’ Onn

kemudiannya telah kembali ke tanah air untuk melanjutkan pelajarannya di Maktab

Melayu Kuala Kangsar, Perak.1 Kepulangan Dato’ Onn semula ke Tanah Melayu

dikatakan adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh British yang bimbang

hubungan akrab diantara Dato’ Onn dengan Tengku Mahkota Johor ketika mereka

belajar di luar negara bersama-sama. Pada tahun 1919 Dato’ Onn telah menjadi kerani

pelatih di Pejabat Kerajaan Johor.2 Semasa era penjajahan Jepun, beliau berkerja

sebagai Pengawal Makanan Johor dan dengan kedudukan yang itu beliau

bertanggungjawab membahagikan beras ke daerah penting negeri Johor seperti

Segamat,Kluang, Labis, Pagoh dan Muar. Dengan kedudukan itu, Dato’ Onn

dikatakan dapat membantu pasukan anti-Jepun terutamanya anggota-anggota

Kesatuan Melayu Muda di Batu Pahat dan Muar dengan memberi bantuan beras

kepada mereka tanpa pengetahuan Jepun.3 Semasa pengenalan Malayan Union oleh

1 Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, Johor: Badan Bookstore SDN. BHD. 1992, hlm 3.

2 Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997, hlm 119.

(2)

British di Tanah Melayu, Dato’ Onn dengan lantang telah menentang Malayan Union

kerana akan menghakiskan kedudukan raja-raja Melayu dan ketuanan orang Melayu

sendiri kerana prinsip Jus Soli dalam Malayan Union dan Tanah Melayu akan

dijadikan sebagai tanah jajahan mahkota British yang bermaksud Tanah Melayu akan

(3)

PERJUANGAN DATO’ ONN MENENTANG MALAYAN UNION AKHBAR

Penglibatan Dato’ Onn dalam bidang politik boleh dilihat sejak tahun 1930

apabila beliau dilantik sebagai pengarang dalam akhbar Warta Malaya.4 Penglibatan

Dato Onn dalam bidang akhbar disebabkan kesempitan hidup yang beliau alami pada

ketika itu kerana setelah kematian bapanya Dato Jaafar semua hartanya telah dilelong

oleh Sultan Ibrahim yang merupakan sultan Johor pada ketika itu. Tindakan ini

dilakukan oleh Sultan Ibrahim kerana dikatakan Dato Jaafar telah berhutang kepada

kerajaan Johoe sebanyak $21000.5 Pada tahun 1934 Dato Onn telah ditawarkan oleh

Syed Ali Abbas Al Attas menjadi pengarang akhbar Lembaga Malaya dan

kemudiannya pada tahun 1935 Dato Onn telah ditawarkan menjadi pengarang

Lembaga.6 Manakala, pada akhir tahun 1935 Dato’ Onn telah menjadi pengarang

Warta Ahad, untuk cawangan akhbar Warta Malaya.7

Penglibatan Dato’ Onn dalam bidang akhbar secara tidak langsung

membolehkan beliau menjadi penggerak untuk menimbulkan kesedaran dalam

kalangan orang Melayu yang sering ditindas akibat dasar-dasar yang diperkenalkan

oleh pihak British. Buktinya, dalam ruangan Pak Pandirnya, telah membidas dasar

negatif British terhadap raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.8

Hal ini, kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu

lebih mengambil berat terhadap orang Cina sedangkan tidak banyak perubahan dan

pembaharuan yang dibawa oleh British bagi meningkatkan kehidupan orang Melayu.

4 Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, hlm 7.

5 Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 119.

6 Ibid, hlm 120.

7 Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 26.

(4)

malah, Dato’ Onn juga tidak berpuas hati dengan tindakan British yang merampas

kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintahan yang tertinggi di Tanah Melayu.

Selain itu, Dato Onn juga telah mengkritik British dalam penulisannya kerana

British dilihat tidak mengutamakan orang tempatan bagi mengisi jawatan dalam

kerajaan, sebaliknya British telah membawa masuk ramai pegawai Eropah berkhidmat

dalam pentadbiran kerajaan, wal hal mereka tidak tahu dengan pemikiran dan budaya

yang diamalkan oleh orang tempatan.9 Dalam usaha Dato’ Onn untuk menimbulkan

kesedaran dalam kalangan orang Melayu, beliau juga turut mengkritik sikap orang

Melayu yang sering leka dan berbalah yang dianggap sebagai punca kemunduran

mereka. Di samping itu, Dato’ Onn juga turut mengkritik sikap orang Melayu yang

tidak mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka sedangkan pendidikan

merupakan kunci utama bagi membangunkan orang Melayu yang mereka ini sedang

dijajah oleh British. Pada ketika itu, orang Melayu dilihat sering mengamalkan hidup

yang sia-sia kerana suka membazir, bersuka-ria dan tiada penyatuan sesama sendiri.10

9 Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm 32.

(5)

KESATUAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR

Pada tahun 1946, sebuah Persatuan Melayu telah ditubuhkan di selatan Tanah

Melayu dengan nama Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ). Penubuhan

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah ditubuhkan hasil dari persetujuan yang

telah dicapai oleh 8 buah persatuan diantara beberapa buah Persatuan Melayu dan

Perwakilan Daerah yang terdapat di seluruh negeri Johor, seperti Persatuan Melayu

Kluang, Persatuan Melayu Batu Pahat, Persatuan Melayu Johor Bharu dan

sebagainya.11 PMSJ di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar ditubuhkan dengan

tujuan untuk menentang Malayan Union, menyatukan dan mengawal keselamatan

orang-orang Melayu akibat dari pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Pahat dan

kemudian telah merebak ke Kuala Pilah, Lambar Kanan di Teluk Anson, Kuala

Kangsar dan Raub.

Tujuan utama Persatuan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan adalah untuk

menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan

kedudukan istimewa orang-orang Melayu supaya mereka akan kasih dan sayang

kepada negara mereka dan bekerjasama dengan Kerajaan dan sesama mereka. Malah,

PMSJ telah bergerak secara aktif untuk membangkitkan kesedaran bagi menentang

Malayan Union. Ekoran daripada itu, beberapa bulan kemudian, pergerakan Persatuan

Melayu Semenanjung Johor telah menjadi asas kepada penubuhan satu pertubuhan

yang lebih besar yang bercorak nasional bagi mewakili orang Melayu diseluruh

negeri-negeri Melayu yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau

yang lebih dengan nama UMNO (United Malay National Organization).12

(6)

DEMONTRASI AMAN

Dalam perjuangan Dato Onn menetang pengenalan Malayan Union di Tanah

Melayu beliau telah mengadakan demontrasi secara aman bagi membantah tindakan

Harold MacMichael bagi memperoleh tanda tangan dari raja-raja Melayu. Hal ini, di

sebabkan raja-raja Melayu tidak diberi ruang untuk bermesyuarat dengan majlis

jemaah menteri masing-masing sebelum menurunkan tanda tangan bagi

mempersetujui penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu.13 Selain itu, tindakan

Harold MacMichael yang mengugut akan menurunkan raja-raja Melayu dari takhta

mereka yang sah jika enggan menurunkan tanda tangan bagi mempersetujui

penubuhan Malayan Union juga telah membangkitkan kemarahan Dato’ Onn dan

orang Melayu secara amnya kerana Harold Machael tidak mempunyai sebarang kuasa

untuk menurunkan raja-raja Melayu dari takhta kerajaan.

Tindakan yang telah dibuat oleh Harold MacMichael sebenarnya merupakan

satu rancangan rapi yang telah dibuat oleh British sejak Januari 1943 oleh Pejabat

Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan iaitu sebelum British kembali ke

Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.14 Semasa di London British telah

merancang untuk memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu setelah mereka

kembali ke Tanah Melayu semula yang kononnya untuk menyeragamkan sistem

pentadbiran Tanah Melayu. Hakikat yang sebenarnya, British ingin terus berkuasa di

Tanah Melayu kerana kaya dengan sumber alam dan Malayan Union sebenarnya

hanya tipu muslihat British agar seoalah-oleh Tanah Melayu tidak di jajah kerana

dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan supaya semua

kuasa kolonial membebaskan semua tanah jajahan mereka. Jika, British menjajah

(7)

Tanah Melayu secara langsung iannya akan mencalarkan imej British sebagai kuasa

besar kerana tidak mematuhi perjanjian yang telah dibuat dalam PBB.

Bagi membantah Malayan Union Dato’ Onn dan rakan-rakannya telah

menjelajah seluruh Tanah Melayu bagi membangkitkan kesedaran dikalangan orang

Melayu untuk bersama-sama menentang Malayan Union. Hasilnya, ianya telah di

zahirkan melalui demontrasi secara aman telah dilakukan oleh orang Melayu baik.

Buktinya, demontrasi telah dilakukan di Kota Bharu Kelantan, Johor Bharu Johor dan

Alor Setar Kedah.15 Selain itu, orang perseorangan dan persatuan-persatuan negeri

Melayu juga turut menghantar telegram bantahan kepada kerajaan England.16 Dalam

demontrasi aman yang diadakan oleh Dato’ Onn dan orang-orang Melayu yang lain

mereka sering menggunakan slogan “Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union

tidak dikehendaki” dan “Bersatu teguh bercerai Roboh” untuk menentang Malayan

Union.

15 S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Revolusi Rekaria Sdn Bhd, 2009, hlm 26 & 27.

(8)

KONGRES MELAYU

Kongres Melayu adalah tempat lahirnya permuafakatan para pemimpin dan

cendikiawan Melayu pada ketika itu bagi menentang strategi Inggeris menghapuskan

maruah Raja-raja Melayu melalui pengenalan Malayan Union dan kemudiannya

lahirnya idea bagi mewujudkan sebuah persatuan bagi memperjuangkan nasib dan hak

orang Melayu iaitu United Malay National Organization (UMNO) untuk dijadikan

‘bahtera’ perjuangan bangsa Melayu. Hal ini, kerana rancangan Malayan Union yang

diperkenalkan pada British pada 1946, telah menjadi faktor langsung yang

membangkitkan kemarahan orang Melayu. Justeru, pada Mei 1946, Dato Onn telah

memimpin orang-orang Melayu dalam satu demonstrasi membantah rancangan

Malayan Union. Buktinya, pada 1 hingga 4 Mac 1946, sebanyak 41 buah persatuan

Melayu yang telah dihadiri seramai 107 orang wakil telah berhimpun di Kelab Sultan

Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu yang pertama diadakan

untuk menentang Malayan Union.17

Kongres Melayu kedua pula telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946

untuk membantah pengisytiharan Malayan Union yang diistihar pada 1 april 1946.18

Kongres Melayu Kedua seramai 9 orang wakil dari persatuan-persatuan negeri

Melayu telah hadir dan telah memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut

untuk menentang Malayan Union yang antaranya, ialah dengan melakukan pemulauan

terhadap perlantikkan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh

raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union.

Misalnya, Dato Onn telah menuntut orang Melayu supaya berkabung selama 7 hari

dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai tanda membantah Malayan Union.

(9)

Kongres Melayu Ketiga pula telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada

1 Mei 1946. Hasil dari penubuhan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor

kemudiannya telah menjadi titik tolak kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946

yang akhirnya menjadi sebuah pertubuhan utama yang memperjuangkan suara dan

hak politik orang Melayu. hasil kongres yang diadakan ini juga telah membuka mata

British bertapa teguh dan berungguhnya orang Melayu untuk menentang Malayan

Union sehingga ramai pegawai British pada ketika itu telah melaporkan kepada

kerajaan British di London bertama tidak terkawalnya keadaan politik Tanah Melayu

pada ketika itu kerana orang Melayu telah bersatu demi membantah Malayan Union.19

(10)

UNMO

Dato’ Onn Jaafar merupakan antara individu yang telah mencetuskan

penubuhan sebuah parti politik yang mampu menyatukan parti politik orang Melayu

di seluruh Tanah Melayu yang dianggap mampu dijadikan wadah perjuangan

membela nasib bangsa Melayu pada ketika itu. Objektif utama penubuhan parti

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bharu dan telah melantik

Dato’ Onn sebagai Yang Dipertua UNMO yang pertama.20 Tujuan utama UMNO di

tubuhkan adalah bagi menentang penubuhan Malayan Union yang akan

menghapuskan ketuanan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Selain

itu, UMNO semasa dibawah pimpinan Dato’ Onn juga telah mendapat sokongan yang

padu daripada orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Malah, perjuangan UMNO

dibawah pimpinan Dato’ Onn bagi menentang Malayan Union turut mendapat

sokongan daripada beberapa pegawai British.

Sebagai contoh, antara bekas pegawai British yang turut menentang Malayan

Union di Tanah Melayu adalah seperti Frank Swettenham, R. 0. Winstedt, George

Maxwell, dan Ronald Braddell turut menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union,

di mana mereka turut menganggap Malayan Union sebagai satu sistem pemerintahan

yang hendak merampas hak dan kedaulatan raja-raja Melayu dan sebagai satu sistem

kolonisme atau penjajahan bercorak baru yang hendak dibuat oleh kerajaan Britain.21

Hal ini, kerana mereka telah lama tinggal di Tanah Melayu dan turut memahami corak

politik dan budaya orang Melayu. jika rancangan Malayan Union diteruskan mereka

khuatir akan wujudnya satu penentangan yang lebih dasyat dan radikal oleh orang

Melayu terhadap British bagi menghapuskan Malayan Union.

20 Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa Di Batu Pahat, hlm 13.

(11)

Kesungguhan Dato’ Onn dalam memimpin UMNO untuk menentang Malayan

Union juga terserlah apabila menggunakan slogan Hidup Melayu sebagai wadah

perjuangannya.22 Disamping itu, sifat perjuangan parti ini yang dianggap bercorak

diplomasi juga secara tidak langsung telah menarik minat British untuk berunding

dengan UMNO berbanding dengan parti-parti politik lain di Tanah Melayu dalam

memansuhkan Malayan Union dan bagi menentutkan corak pentadbiran Tanah

Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Hal ini, kerana British tidak mahu parti politik

yang radikal mentadbir Tanah Melayu suatu hari nanti kerana akan menggugat

kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Kelantangan perjuangan Dato’ Onn dan

UMNO dalam menentang Malayan Union juga telah mengundang simpati British

terhadap orang Melayu dan akhirnya Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bagi

membincang dan mendraf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.23

Pada 21 Januari 1948, bertempat di King Hotel, Kuala Lumpur, perjanjian

1948 telah di tanda tangani oleh lapan Raja-raja Melayu dan kerajaan British,

manakala Sultan Johor hanya menandatangani perjanjian tersebut pada 22 Januari

1948 setelah dipujuk oleh Dato’ Onn.24 Dengan perjanjian ini juga menyaksikan Dato’

Onn dan UMNO telah berjaya mengembalikan status quo politik orang Melayu dan

Raja-raja Melayu ke taraf asal sebelun tahun 1941.25 Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu juga menandakan berakhirnya Malayan Union dan permualaan untuk

rakyat Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri tanpa campur tangan British.

22 S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, hlm 43. 23 Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan

(12)

MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU

Perjuangan Dato’ Onn dalam menentang Malayan Union tidak hanya boleh

dilihat perjuangannya melalui akhbar dan berpersatuan sahaja, tetapi perjuangan Dato

Onn jga boleh dilihat melalui permujukkan yang dilakukan oleh beliau terhadap

raja-raja Melayu. Memujuk raja-raja-raja-raja Melayu yang di maksudkan ialah Dato Onn dan

sahabat-sahabatnya telah berjumpa dengan raja-raja Melayu supaya memulau

perlantikkan Gabenor Malayan Union yang pertama iaitu Sir Edward Gent dengan

tidak menghadiri majlis perlantikkan tersebut dan jika ada Raja-raja Melayu yang

menghadiri majlis tersebut maka rakyat akan derhaka.26 Hal ini, disebabkan Dato’

Onn dan orang Melayu yang lain sedar Malayan Union akan menyebabkan mereka

akan kehilangan kuasa di negara mereka sendiri. Hasil dari pemujukkan yang telah

dibuat oleh Dato Onn agar Raja-raja Melayu memboikot atau memulau perlantikkan

Sir Edward Gent dapat dilihat apabila tiada seorang pun raja Melayu yang menghadiri

perlantikkan tersebut.

Buktinya, pada 1 April 1946 menjelang seperti mana yang dinanti-nantikan

oleh British menyaksikan tiada seorang pun Raja Melayu dan pembesar Melayu lain

turut serta dalam upacara mengisytiharkan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan

Union yang pertama. Malah, cuma seorang sahaja orang Melayu yang menghadiri

majlis perlantikkan tersebut kerana terpaksa bertugas pada ketika itu sebagai

pengawal pengiring kepada Sir Edward Gent yang merupakan seorang Askar Melayu

Diraja. Beliau terpaksa menghadiri majlis perlantikkan Edward Gent disebabkan

disiplin sebagai seorang tentera yang harus dipatuhi oleh beliau. Apa yang terjadi ini

juga dapat dibuktikan dengan jelas bertama orang Melayu begitu membantah dan

(13)

benci terhadap pihak British dan pengistiharan Malayan Union dan ianya juga telah

membuka mata British untuk mendengar suara orang Melayu ketika itu.

Ekoran dari bantahan dan pemulauan tersebut, satu rundingan telah diadakan

antara Edward Gent, raja-raja Melayu dan Dato’ Onn pada 1 Februari 1948 bagi

menyelesaikan konflik yang berlaku dan mengetahui padangan orang Melayu

terhadap Malayan Union dengan lebih jelas.27 Oleh itu, hasil dari kandungan

perundingan yang telah dibuat telah memutuskan bahawa Malayan Union akan

digantikan dengan sau pemerintahan baru iaitu pentadbiran persekutuan sebagai

langkah awal untuk orang Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Maka dengan ini pada

Februari 1948, menyaksilan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British.28

27 Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 126.

(14)

PENUTUP

Kesimpulannya, Dato’ Onn telah memainkan peranan yang penting dalam

menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk menentang Malayan Union.

Beliau juga boleh dianggap sebagai seorang yang berkarisma tinggi dalam

menggerakkan orang Melayu ke arah satu pertubuhan yang bercorak nasionalisme

iaitu dengan penubuhan parti UMNO yang akhirnya dianggap sebagai sebuah parti

utama yang mampu memperjuangkan hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja

Melayu. Selain itu, kepimpinan politik Dato’ Onn juga boleh dilihat dalam keakrifan

beliau dalam menyelesaikan pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Bahat ketika

zaman kekejaman komunis. Walaupun, pernah dibuang negeri ke Singapura kerana

berselisihan pendapat dengan Sultan Ibrahim, namun beliau tetap setiap kepada Sultan

Ibrahim dan negeri Johor sehingga beliau telah menjejak langkah bapanya menjadi

Menteri Besar Johor. Kerjanya politik Dato Onn dalam UMNO tidak bertahan lama

apabila hasrat beliau untuk membuka keahlian UMNO ditentang oleh ahli UMNO

sehingga beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO dan membentuk

Independent Malay Parti yang keahliannya bersifat terbuka. Hal ini, kerana beliau

tidak mahu rakyat Tanah Melayu yang akan dibentuk bersifat terpisah berdasarkan

(15)

BILBIOGRAFI

Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia,

Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997.

Abdul Rahman Haji Ismail & Azmi Arifin, Sejarah Malaysia, Wacana Kedaulatan

Bangsa Kenegaranaan Dan Kemerdekaan, Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia, 2016.

Ismail Adnan, Dato’ Onn Jaafar, Dan Perjuangan Kemerdekaan, Johor: Yayasan

Warisan Johor, 2006.

Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, Johor: Badan Bookstore

SDN. BHD. 1992.

Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa

Di Batu Pahat, Johor: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat, 2006.

Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1993.

S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, Kuala

Lumpur: Revolusi Rekaria Sdn Bhd, 2009.

http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3808, diakses pada

5/12/16.

http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6871, diakses pada

5/12/16.

http://www.digitalsejarah.com/wp-content/uploads/2016/01/Modul-Dato-Onn.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Golshani kemudian mendeskripsikan beberapa perbedaan pan- dangan antara sains sakral dan sains sekuler dalam sejumlah poin, yaitu; pertama, cara pandang terhadap alam

30 Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946. Semua rakyat British daripada tanah jajahannya

C Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu D Melarang orang Melayu menjual tanah kepada pelabur-pelabur asing. 26 Pada akhir 1940-an, Kesatuan Melayu Muda

Dato' Onn sedang berucap di dalam majlis perhimpunan agung parti-parti politik dari seluruh Tanah Melayu untuk menubuh- kan UMNO pada tahun 1946 di Istana Besar, Johor

Terdapat dua sabuk mata air pada Lereng Barat daya Gunung Merbabu, yaitu pada satuan bentuklahan lereng gunungapi dan peralihan antara bentuklahan lereng gunungapi dengan

Apabila sales dapat menjual unit sesuai dengan diskon yang ditentukan oleh perusahaan maka secara otomatis sales mendapatkan insentif dari penjualan tersebut.. Jumlah

Jika sejumlah air ditunjukkan dalam satuan berat, lalu ψm pada satu titik adalah ukuran vertikal antara titik ini dalam tanah dan permukaan air dari suatu manometer yang diisi

Hasil