• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sains Tahun 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei) 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sains Tahun 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei) 2015"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian A (30 markah)

Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Anda diberi empat jawapan iaitu A, B, C, dan D untuk setiap soalan. Pilih jawapan yang betul untuk setiap soalan. Masa yang dicadangkan untuk

menjawab bahagian ini ialah 45 minit.

1. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang peraturan bilik sains? A. Murid boleh masuk ke dalam bilik sains pada bila-bila masa.

B. Murid dibenarkan masuk ke dalam bilik sains di bawah pengawasan ibu bapa. C. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru. D. Ketua kelas dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru.

2. Rajah 1 menunjukkan dua longgok buku yang diletakkan berhampiran dengan nyalaan penunu Bunsen.

Rajah 1

Mengapakah tindakan ini sangat berbahaya dan dilarang? A. Boleh mengakibatkan kebakaran.

B. Mengganggu tugas memanaskan bahan kimia. C. Menghalang pergerakan murid di dalam bilik sains. D. Menyukarkan murid menjalankan aktiviti sains.

3. Seorang murid menjatuhkan sebuah bikar ke atas lantai. Dia kemudiannya memungut serpihan kaca dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Apakah tindakan yang harus kamu ambil jika kejadian ini berlaku?

A. Lapor kepada guru apabila ada masa lapang. B. Lapor kepada guru dengan serta-merta. C. Lapor kepada guru pada waktu rehat. D. Lapor kepada guru selepas sekolah.

4. Mengapakah kita mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sains? A. Supaya dapat dipuji oleh guru.

B. Supaya bilik sains kelihatan cantik. C. Supaya bilik sains bebas daripada lalat. D. Untuk mengelakkan kemalangan.

5. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar dan maklumat dalam Rajah 2?

(2)

Rajah 2 A. Tikus di dalam bekas kaca sangat aktif. B. Tikus tidak sesuai hidup di dalam bekas kaca. C. Setiap bekas kaca mengandungi seekor tikus. D. Tikus di dalam bekas kaca mati selepas enam jam.

6. Rajah 3 menunjukkan sepasu pokok bunga di halaman rumah yang diletak di dalam sebuah kotak hitam. Pokok bunga itu disiram air dua kali sehari.

Rajah 3 Ramalkan keadaan pokok selepas lima hari. A. Pokok ini akan berbunga.

B. Bilangan daun pokok ini akan bertambah. C. Daun-daun pokok ini akan menjadi kuning. D. Daun-daun pokok ini akan menjadi lebih berkilat.

7. Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu penyiasatan untuk mengkaji keperluan asas haiwan. Selepas seminggu, siput di dalam bekas P didapati masih hidup tetapi siput di dalam bekas Q sudah mati.

(3)

8. Antara peralatan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menimbang berat buah nanas?

A. C.

B. D.

9. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kemahiran melakar spesimen?

A. Spesimen yang dilakar mesti dilabelkan. B. Lakaran dibuat dengan menggunakan pensel. C. Semua lakaran mesti diwarnakan dengan cantik. D. Pembaris digunakan untuk melukis garisan label. 10. Rajah 5 menunjukkan seekor ikan buntal.

Rajah 5

Apakah ciri khas ikan itu untuk melindungi diri daripada musuh? A. Tanduk.

B. Sisik keras. C. Duri tajam.

(4)

11. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. P – Tanduk tajam Q – Kuku tajam R – Bulu tebal S – Kulit tebal

Antara ciri berikut, yang manakah dapat digunakan untuk mengumpulkan badak sumbu dan kerbau dalam kumpulan yang sama?

A. P dan Q C. Q dan S

B. P dan S D. R dan S

12. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN ciri atau tingkah laku unta untuk menyesuaikan diri di kawasan gurun?

A. Bonggol untuk menyimpan lemak.

B. Berendam dalam pasir untuk menyejukkan badan.

C. Bulu yang tebal membantu memantulkan cahaya matahari yang cerah. D. Bulu mata yang tebal dan panjang untuk melindungi mata daripada pasir. 13. Antara maklumat berikut, yang manakah TIDAK BENAR?

Haiwan Caranya melindungi diri daripada cuaca melampau A. Penguin Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit. B. Beruang kutub Mempunyai telinga yang kecil.

C. Burung bangau Berendam dalam air yang sejuk. D. Tupai Tidur sepanjang musim sejuk.

(5)

Ciri-ciri haiwan rekaan ini:  Saiz badan seperti kucing.  Berbulu panjang dan tebal.

 Bulu boleh kembang menjadi keras dan tajam apabila diganggu.

 Mempunyai taring dan kuku yang tajam.

Rajah 6

Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kegunaan ciri-ciri haiwan itu? A. Menyerang musuh dengan kuku dan taring yang tajam.

B. Bulu yang tebal menyejukkan badan semasa musim panas. C. Kembangkan bulu apabila diserang untuk menakutkan musuh.

D. Mempertahankan diri dengan bulu yang keras dan tajam apabila diganggu.

15. Rajah 7 menunjukkan cara ibu kucing menyusui dan menjaga anak-anaknya.

Menyusui anak Menjaga anak

Rajah 7 Apakah tujuan tindakan kucing itu?

A. Melindungi anak kucing.

B. Memastikan kemandirian spesies kucing.

C. Memastikan anak-anak kucing mendapat makanan.

D. Memastikan anak-anak kucing tidak berlawan antara satu sama lain. 16. Bagaimanakah penyu memastikan keselamatan telurnya?

I. Bertelur pada waktu malam. II. Menimbus telurnya di dalam pasir. III. Mengeram telurnya sehingga menetas.

IV. Membawa anak-anak yang baru menetas ke dalam laut. A. I dan II

B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

(6)

Haiwan X

 Menghasilkan beberapa biji telur.  Mengeram telur sehingga

menetas.

Y

 Menghasilkan banyak telur.  Membiarkan telur menetas

sendiri. Rajah 8

Antara haiwan berikut, yang manakah dikelaskan dengan BETUL dalam kumpulan X dan Y? X Y A. Ayam Nyamuk B. Ular Buaya C. Itik Banggau D. Penyu Siput

18. Antara tindakan berikut, yang manakah TIDAK membantu memastikan kemandirian spesies?

A. Bergerak dalam kumpulan. B. Mencari makanan untuk anak.

C. Membiarkan anak haiwan melindungi dirinya sendiri. D. Membawa anak haiwan bersama ke mana-mana.

19. Antara haiwan dan cara penjagaan anaknya, yang manakah TIDAK BETUL?

A. Kucing Menyerang apabila anaknya diganggu. B. Kanggaru Membawa anak di dalam kantungnya.

C. Rusa Melindungi anak dengan kuku dan taring yang tajam. D. Kala jengking Membawa anaknya di belakang badannya.

(7)

20. Rajah 9 menunjukkan empat jenis hidupan.

Rajah 9

Antara rantai makanan berikut, yang manakah BETUL? A. P  Q  R  S

B. Q  S  P  R C. R  P  S  Q D. S  Q  R  P

21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga utama dalam pemakanan hidupan?

A. Tumbuhan. B. Manusia. C. Haiwan. D. Matahari.

22. Rajah 10 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 10 Pengelasan manakah yang betul?

Herbivor Karnivor Omnivor

A. P Q, S, T R, U

B. Q S, T R, U

C. R, U T Q, S

(8)

23. Rajah 11 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 11

Berapakah rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan ini? A. 4

B. 5 C. 6 D. 7

24. Rajah 12 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 12 Apakah yang akan berlaku jika bilangan N berkurang?

A. Bilangan O berkurang. C. Bilangan L berkurang. B. Bilangan M berkurang. D. Bilangan P bertambah. 25. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR?

A. Sejenis haiwan boleh menjadi sumber makanan kepada haiwan lain.

B. Kepupusan spesies tumbuhan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies haiwan menjadi pupus.

C. Kepupusan spesies haiwan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies haiwan lain menjadi pupus.

D. Manusia tidak dipengaruhi oleh kepupusan sebarang spesies tumbuhan ataupun haiwan.

(9)

Rajah 13

Apakah ciri khas tumbuhan itu untuk melindungi dirinya daripada musuh? A. Daun yang beracun.

B. Buah yang berbau busuk. C. Daun yang menghasilkan getah. D. Bulu halus pada permukaan daun.

27. Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid ke atas seekor siput dan sejenis daun. Rajah 14 menunjukkan pemerhatian yang dibuat selepas dua jam.

Rajah 14

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat melalui penyiasatan itu? A. Daun itu beracun.

B. Daun itu berbau busuk.

C. Semua daun dimakan oleh siput.

D. Siput memerlukan makanan untuk hidup.

28. Rajah 15 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan gurun. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang penyesuaian tumbuhan ini dengan cuaca yang melampau?

Rajah 15 A. Mempunyai batang yang boleh menyimpan air. B. Mempunyai akar yang panjang untuk mencari air.

C. Mempunyai batang yang berbulu halus untuk menyerap kelembapan. D. Mempunyai daun berbentuk jarum untuk mengurangkan kehilangan air.

29. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri lalang untuk melindungi dirinya apabila angin kencang bertiup?

(10)

II. Batang yang berkulit tebal supaya tidak dimusnahkan oleh angin kencang. III. Daun yang kurus dan panjang supaya tidak mudah koyak oleh tiupan angin. IV. Batang yang mudah lentur supaya tidak mudah patah apabila ditiup angin

kencang. A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

30. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh menggulungkan daun semasa cuaca panas untuk mengurangkan kehilangan air?

I. Pokok keladi. II. Pokok pisang. III. Kaktus. IV. Rafflesia. A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Bahagian B (20 markah)

Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab semua soalan. Masa yang dicadangkan

untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.

1. Rajah 1 menunjukkan seorang murid yang sedang menjalankan satu aktiviti

sains yang melibatkan pemanasan air.

Rajah 1

a) Ramalkan dua kemalangan yang mungkin berlaku.

1. ____________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

(2 markah)

(11)

1. ___________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

(2 markah)

c) Apakah yang harus dilakukan dengan segera oleh murid tersebut jika

berlakunya sebarang kecederaan di dalam bilik sains?

______________________________________________________________

(1 markah)

2. Jadual 1 menunjukkan keputusan satu penyiasatan untuk membandingkan masa

yang diambil untuk melarutkan kuantiti gula pasir yang berbeza dalam 750 ml air.

Jisim gula (g)

50

100

150

200

Masa gula melarut (s)

5

8

13

20

Jadual 1

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(1 markah)

b) Nyatakan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan ini.

1. ___________________________________________________________

(1 markah)

c) Nyatakan :

(i)

Pemboleh ubah dimanipulasi,

________________________________________________________

(ii)

Pemboleh ubah bergerak balas,

________________________________________________________

(2 markah)

d) Nyatakan satu hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan

(12)

2011 2012 2013 2014

Bilangan penyu

Tahun

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(1 markah)

3. Satu penyiasatan dibuat untuk mengkaji bilangan penyu yang datang ke sebuah

pantai untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Carta palang dalam

Rajah 2 menunjukkan maklumat yang dikumpul.

Rajah 2

a) Tuliskan satu pemerhatian yang dapat dibuat tentang bilangan penyu yang

datang untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(1 markah)

b) Nyatakan satu sebab (inferens) untuk pemerhatian di (a).

______________________________________________________________

(1 markah)

c) Apakah corak perubahan bilangan penyu yang datang untuk bertelur dari

tahun 2011 hingga tahun 2014?

______________________________________________________________

(1 markah)

(13)

2. ___________________________________________________________

(2 markah)

4. Rajah 3 menunjukkan satu siratan makanan di sebuah sawah padi.

Rajah 3

a) Tuliskan tiga rantai makanan berdasarkan siratan makanan dalam Rajah 3.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(3 markah)

b) Apakah yang akan berlaku jika semua pokok padi termusnah akibat

kemarau?

______________________________________________________________

(1 markah)

c) Apakah kepentingan siratan makanan?

______________________________________________________________

(1 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Ular

Tikus

Katak

Burung Pipit

Padi

Belalang

Referensi

Dokumen terkait

Heteroskedastisitas adalah kondisi dimana error tidak memiliki suatu varian yang konstan untuk semua observasi.. Masalah heteroskedastisitas lebih sering terjadi pada data

Dengan kondisi seperti ini Kebijakan Pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan di perguruan tinggi apakah menurun, pastinya tidak, dalam kondisi seperti ini bagi pelajar

Indikator adalah wujud dari kompetensi dasar yang lebih spesifik.Menurut E. Mulyasa indikator merupakan penjabaran dari kompetensi dasar yang menunjukkan tanda-tanda

mengalami penurunan sebesar 31 kN atau 67% penurunan. Jadi untuk sambungan gigi majemuk perkuatan baut atau normal sama-sama bisa digunakan. Untuk penurunan yang dikarenakan

“ Pola Permukiman Masyarakat di Pinggiran Rel Kereta Api (Studi Kasus : Permukiman Lingkungan XII Jalan Arteri Ringroad Medan) ”.. Penulis menyadari bahwa dalam menyelesaikan

banyak hal positif yang dapat kita ambil melalui internet, namun banyak juga hal negatif

Dengan berbagai pendapat yang dapat menimbulkan konflik tersebut, komunitas @niqabsquad_official memberikan mediasi dengan narasi keagamaan yang telah dilakukan

Penelitian sebelumnya menunjukkan bahwa diet tinggi MUFA dapat menurunkan kadar kolesterol total, kolesterol LDL, dan trigliserida sebanyak 10%, 14%, dan 13%.19 Melalui penelitian