• Tidak ada hasil yang ditemukan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

SEJARAH ISLAM KBM 2

NAMA: ___________________________________________________

KELAS: KBM 2_________________________

CAWANGAN: _________________________

MUKA DEPAN

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

2. Tuliskan nama anda dan kelas dengan jelas pada tempat yang telah disediakan.

3. Baca setiap arahan sebelum menjawab soalan.

4. Kertas soalan ini mengandungi 9 muka surat bercetak (termasuk muka hadapan)

5. Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah 1 jam.

Bahagian Markah Penuh

Markah Dapat

A 15

B 15

C 20

Jumlah 50 T. Tangan

Pemeriksa:

(2)

Bahagian A (15 markah)

Bagi setiap soalan di bawah ini, pilih jawapan yang betul dan tuliskan abjad A, B, C atau D dalam kurungan yang disediakan.

1. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a., masyarakat Islam hidup aman dan damai kerana _____________.

A. agama Islam telah tersebar luas di serata dunia B. tidak berlakunya peperangan pada zaman tersebut

C. orang-orang Musyrikin Quraisy telah diusir dari kota Mekah

D. umat Islam bersatu padu serta mengamalkan sifat ihsan kepada orang lain

( )

2. Di antara sumbangan terbesar Sayyidina Abu Bakar r.a. terhadap Islam ialah _____________.

A. pengumpulan al-Quran B. pemecatan jawatan ketua C. pembukaan Baitul Maqdis

D. pembentukan majlis Syura ( )

3. Salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Sayyidina Umar r.a. pada zaman pemerintahannya dalam usaha membangunkan masyarakat Islam adalah ________________.

A. menaikkan gaji para Hakim B. menggalakkan kegiatan ilmu

C. menubuhkan pusat-pusat ketenteraan

D. menyediakan polisi baru bagi golongan zhimmi ( )

4. Sebab utama Sayyidina Ali r.a. bersetuju untuk menerima jawatan sebagai khalifah adalah kerana beliau _________.

A. menginginkan perubahan pada sistem pemerintahan B. mempunyai minat yang mendalam dalam kepimpinan C. merasakan dirinya layak untuk memegang jawatan ketua

D. mendapat sokongan yang kuat daripada penduduk Madinah ( )

(3)

3

5. Khulafa’ al-Rasydin telah memerintah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ciri-ciri utama pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin adalah mereka___________.

A. mempunyai daya saing secara konsisten

B. mencipta undang-undang berdasarkan logik akal

C. melakukan perubahan dalam sistem pemerintahan yang asal

D. mengikuti cara Rasulullah s.a.w. dalam setiap aspek kepimpinan ( )

6. Saiyidina Umar r.a. telah menyarankan kepada Saiyidina Abu Bakar r.a. agar mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf kerana _____________.

A. ingin menjadikannya sebuah Kitab

B. untuk memudahkan umat Islam membacanya

C. khuatir ia akan lenyap dengan syahidnya ramai hafiz

D. dapat disebarkan ke negara Islam yang baru ditakluki ( )

7. Khalifah Umar telah memperketatkan syarat menjadi hakim agar jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Seorang hakim itu perlu bertanggungjawab dalam _____________.

A. mencegah akhlak yang buruk B. menjaga keamanan dalam negara C. mentadbir negara dengan bijaksana

D. menyelesaikan masalah dengan adil ( )

8. Saiyidina Umar r.a. memeluk Islam setelah mendengar ayat suci yang dibaca oleh adiknya Fatimah r.a. kerana _____________ dapat menawan hatinya.

A. keislaman adiknya B. indahnya bunyi al-Quran C. suara adiknya yang merdu

D. isi kandungan ayat al-Quran ( )

9. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., al-Quran merupakan pegangan utama umat Islam sejak dari zaman khalifah Abu Bakar r.a. hinggalah ke hari ini. Ini menunjukkan bahawa setiap Muslim mesti _____________.

A. membeli al-Quran dan membacanya B. menjadikan al-Quran sebagai panduan C. membawa al-Quran ke mana kita pergi

D. menghafal surah yang terkandung di dalamnya ( )

(4)

10. Khalifah Abu Bakar r.a. tetap tabah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Apabila orang yang kita sayangi meninggal dunia, kita hendaklah ________________.

A. berasa sedih setiap hari B. mengadakan kenduri arwah

C. redha dan meneruskan kehidupan

D. menutup setiap cermin yang ada di rumah ( )

11. Khalifah Abu Bakar telah berjaya menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan.

Jika berlaku persengkataan antara masyarakat Islam mengenai suatu isu, kita seharusnya __________.

A. menyokong dasar pemerintahan negara

B. menyuarakan pandangan terhadap isu tersebut C. mengekalkan kesepaduan dalam hal keagamaan

D. mengadakan perbincangan untuk mencapai persefahaman ( ) 12. Khalifah Umar r.a. seorang yang berani dan tidak takut kepada celaan di dalam menegakkan kebenaran. Jika kamu melihat seorang teman melakukan kemungkaran, perkara yang perlu kamu lakukan adalah _________.

A. beristighfar di dalam hati B. berdoa agar diberi petunjuk C. menegur dengan berhikmah

D. menjauhkan diri daripadanya ( )

13. Ciri kepimpinan Khalifah Umar r.a. yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam merupakan faktor utama kejayaan dalam pemerintahannya. Sebagai ketua darjah, kamu perlu tegas dan berhikmah dalam ___________.

A. menegakkan pendirian kamu B. mendisiplinkan rakan sedarjah C. menyokong kehendak teman karib

D. memberi hukuman yang berlebihan ( )

14. Kita boleh mencontohi sifat Khalifah Uthman r.a. yang terkenal dengan pemurah dan dermawan sekiranya kita bekerja dan mempunyai wang dan harta. Akan tetapi matlamat yang sangat penting seseorang itu bekerja ialah _____________.

A. membeli rumah dan kereta mewah

B. memberi sedekah dan derma kepada orang susah

C. mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga

(5)

5

15. Khalifah Ali menghadapi ujian yang besar setelah kewafatan Khalifah Uthman akibat isu pembunuhannya. Sebagai hamba Allah s.w.t., jika kita didatangi sesuatu ujian, kita perlu ____________.

A. menyerahkan segalanya kepada takdir B. memikirkan sebab berlakunya perkara itu C. menghadapinya dengan redha dan bersabar

D. mencari kelemahan dan menyalahkan diri sendiri ( )

(6)

Bahagian B (15 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Perlantikan Khalifah Abu Bakar r.a. dicalonkan oleh Umar dan disepakati oleh umat Islam yang hadir di Saqifah Bani Sa’idah yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan kaum Ansar.

(a) Bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita memilih dan melantik seorang pemimpin?

[3 markah]

(b) Jelaskan dua ciri seorang pemimpin mengikut ajaran Islam.

[2 markah]

2. Khalifah Uthman r.a. merupakan seorang khalifah yang terkenal dengan sifat dermawannya dalam membelanjakan hartanya di jalan Allah s.w.t.

(a) Jika kamu seorang yang berharta, apakah tiga sumbangan yang akan kamu berikan kepada masyarakat Islam Singapura?

[3 markah]

(b) Berikan dua situasi yang boleh menyebabkan kekayaan kamu itu menjadi satu kemungkaran.

(7)

7

3. Salah faham dan persengketaan dalam sejarah umat manusia adalah suatu perkara yang biasa. Ia juga berlaku dalam sejarah Islam seperti di zaman Saiyidina Ali r.a.

Islam telah mengajar umatnya cara-cara untuk menyelesaikan perbalahan dan mengelakkan pergaduhan atau peperangan.

(a) Jika keluarga kamu mempunyai salah faham sesama mereka, apakah langkah- langkah yang boleh kamu usahakan untuk mendamaikan mereka?

[3 markah]

(b) Apakah tindakan kamu sekiranya salah faham ini masih lagi berlarutan?

[2 markah]

(8)

Bahagian C (20 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Rasulullah s.a.w. wafat setelah berjaya melahirkan para pemimpin seperti Khulafa’

Rasyidin yang mempunyai ilmu yang tinggi dan mampu memimpin umat Islam setelahnya.

Sebagai pelajar, terangkan bagaimana cara-cara kamu dapat menjadi orang yang berilmu di masa hadapan dan jelaskan lima kepentingan ilmu dalam konteks kehidupan masa kini.

[10 markah]

(9)

9

2. Sebagai khalifah, saiyidina Umar r.a. telah berjaya memimpin umat Islam dan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. Dengan panduan ajaran Islam dan kebijaksanaannya, beliau dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku sepanjang zaman pemerintahannya.

Kamu dilantik sebagai ketua kumpulan dalam aktiviti di luar darjah dan dikehendaki menyelesaikan suatu masalah. Kamu menerima berbagai cadangan dari ahli kumpulan. Terangkan tiga cara bagaimana kamu menerima cadangan mereka dan jelaskan dua cara bagaimana kamu menolaknya tanpa membuat mereka tersinggung.

[10 markah]

Semoga Berjaya

Referensi

Dokumen terkait

Pola pengendapan sedimen di daerah penelitian dipengaruhi oleh rezim arus teluk sebagai gabungan arus laut dan arus sungai yang membentuk endapan pasir pantai.. Hasil analisis di

Tidak seperti sistem operasi lain yang hanya menyediakan satu atau 2 shell, sistem operasi dari keluarga unix misalnya linux sampai saat ini dilengkapi oleh banyak shell

Pemilihan terapi harus memperhatikan faktor‐faktor yang menyebabkan progresi gagal ginjal, dan terapi agresif menggunakan immunosupresan hanya diberikan untuk pasien yang

Metode ini dipilih karena sesuai dengan tujuan penelitian yang akan dicapai yaitu untuk mengetahui perbedaan dua variabel yaitu hasi belajar Ekonomi dengan perlakuan yang

bahwa untuk memberikan kepastian hukum pelaksanaan tugas dan fungsi Perangkat Daerah yang saat ini melaksanakan urusan pemerintahan di bidang kesatuan bangsa dan

Siswa dinyatakan naik kelas, apabila yang bersangkutan telah mencapai kriteria ketuntasan minimal pada semua indikator, hasil belajar (HB), kompetensi dasar (KD), dan

Dari grafik tersebut (gambar 24) dapat dilihat bahwa pada penggunaan gliserol dengan level tinggi dan level rendah, semakin banyak jumlah CMC-Na yang digunakan maka

Oleh karena itu salah satu fungsi pendidikan seni tari adalah belajar tentang upaya agar siswa dapat mengenali nilai budaya, karena belajar tentang budaya tidak cukup