• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perniagaan Ayam Kampung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perniagaan Ayam Kampung"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

RANCANGAN PERNIAGAAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG

PERINGKAT: RANCANGAN PERNIAGAAN

TARIKH CADANGAN: 17 APRIL 2013

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. 3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber dan mengagihkan

sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan  Nama perniagaan/projek

 Tujuan rancangan perniagaan  Nama syarikat, alamat dan lain-lain

 Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif 2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja 3. Latarbelakang perniagaan

4. Latarbelakang ahli kongsi 5. Kedudukan Projek 6. Objektif Projek 7. Rancangan Pentadbiran 8. Rancangan Operasi 9. Rancangan Pemasaran 10. Rancangan Kewangan 11. Penutup

(2)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

1. Nama Syarikat

2. Jenis perniagaan yang diceburi 3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan 4. Status dan saiz projek

5. Produk

6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan 7. Anggaran kos projek

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya; 1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.

2. Merancang perlaksanaan projek.

3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan 4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan. 5. Lain-lain.

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti: 1. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

2. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

4. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

5. Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

1. Nama penuh 2. No. kad pengenalan 3. Tarikh lahir

4. Umur 5. Alamat Tetap

(3)

6. No telefon 7. Taraf perkahwinan 8. Kelulusan akedemik 9. Kursus yang pernah dihadiri 10. Kemahiran

11. Pengalaman 12. Pekerjaan sekarang

13. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

1.

Pentadbiran

2.

Carta Organisasi

3.

Senarai jawatan dan bilangan Pekerja

4.

Spesifikasi Tugas

5.

Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

6.

Senarai Keperluan Pejabat

7.

Perbelanjaan Pentadbiran

1.

Perbelanjaan aset

2.

Perbelanjaan bulanan

3.

Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 - Rancangan Operasi

1.

Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2.

Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3.

Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4.

Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5.

Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6.

Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7.

Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8.

Overhead operasi

(4)

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9.

Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1.

Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2.

Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3.

Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4.

Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5.

Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6.

Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.

Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8.

Strategi Pemasaran

1.

Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

2.

Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang dicadangkan

3.

Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.

4.

Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.

Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2.

Penyata-penyata kewangan:

I.

Aliran wang tunai

II.

Penyata pendapatan

III.

Kunci kira-kira

IV.

Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

V.

Kos pelaksanaan Projek

VI.

Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

VII.

Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

VIII.

Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

(5)

3.

Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

I.

Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.

II.

Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

III.

Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4.

Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

I.

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5.

Prestasi Penyata Pendapatan

I.

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.

6.

Prestasi Kunci kira-kira

I.

Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7.

Analisis Daya Maju Kewangan

I.

Nilai kini bersih

II.

Kadar Pulangan dalaman

III.

Nisbah faedah kos

IV.

Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Laman: 1 2 3 4 5 6

Sebelum Selepas

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

Bil Jawatan Bil pekerja

1 Pengurus 1

2 Kerani kewangan 2

3 Pekerja Ladang 4

(6)

Jawatan Tanggungjawab Pengurus

1.

Menyelia operasi ladang.

2.

Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja. Kerani Kewangan

1.

Pembayaran gaji pekerja

2.

Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH

Pengurus 1 3500.00 350.00 150.00 3900.00

Kerani 2 750.00 75.00 50.00 875.00

Keperluan Pejabat

Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENIS BILANGAN Jumlah RM

1.Perabut Pejabat 1 set 1000.00

2. Komputer 2 unit 5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran

Butir Perbelanjaan Harta

(RM) Perbelanjaan(bulanan) RM Lain-lain Perbelanjaan (RM) 1. Perabut Pejabat 1000.00

2. Komputer 5000.00

3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja

2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah

Ramalan

Jualan

Jadual Perbelanjaan Pemasaran

Butir Perbelanjaan harta

(RM) Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Perbelanjaan RM) 1.Kenderaaan (van) 40000.00

2. Promosi

100.00

3. Insuran dan cukai jalan

500.00

(7)

Jenis Bahan Kuantiti Digunakan Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian

1. Jagung 100 kg 100 kg 0.40 80.00

2. soya

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH

Penyelia 2 3000.00 300.00 150.00 3450.00

Pekerja 4 2400.00 240.00 100.00 2740.00

Jadual mesin dan peralatan

Jenis Harga Bilangan Jumlah Harga

1. Chopper 5000.00 1 5000.00

2. Otomatik drinker 12000.00 1 12000.00

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi

Butir Perbelanjaan Harta (RM) Perbelanjaan

(bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Chopper 5000.00

2.otomatik drinker 12000.00

3.Gaji dan caruman

6190.00

4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan Aset Tetap ) --- 2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) --- 3. Lain-lain perbelanjaan ---

4. Belanja Luar Jangka --- Jumlah Kos Projek --- Sumber Pembiayaan Projek 1. Modal sendiri --- 2. Pinjaman --- 3. Sewa beli ---

4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) --- Jumlah sumber Pembiayaan ---

Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC

Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)

2002 2003 2004 2005

Hasil

Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000

- kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000

Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000

(8)

Pentadbiran 5,000 5,000 5,000 5,000

Pemasaran 3,000 3,000 3,000 3,000

Kewangan 1,000 1,000 1,000 1,000

Jumlah Belanja 9,000 9,000 9,000 9,000

Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kira

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada : Tahun 2002 2003 2004 2005 Aset Tetap

Kenderaan 50,000 45,000 40,000 35,000 susut nilai 5,000 5,000 5,000 5,000 Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000 Perlalatan 50000 45,000 40,000 35,000 -susut nilai 5,000 5,000 5,000 5,000 Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000 Aset Semasa

Tunai 15,000 20,000 25,000 30,000 Si berhutang 10,000 10,000 10,000 10,000

Stok bahan mentah 5,000 5,000 5,000 5,000

Stok akhir 10,000 10,000 10,000 10,000 Jumlah 40,000 40,000 40,000 40,000 JUMLAH ASET 130,000 130,000 130,000 130,000

Ekuiti

Modal sendiri 10,000 10,000 10,000 10,000 Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000 Jumlah

Liabiliti

Baki Pinjaman 90,000 90,000 90,000 90,000 Pemiutang 9,000 9,000 9,000 9,000 Jumlah

JUMLAH EKUITI dan

(9)

Bahagian 11 - Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan. Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-1.

Surat sebutharga

2.

Sijil kursus

3.

Surat sokongan pihak tertentu

4.

Surat dapat tender

5.

Sijil pendaftaran syarikat

6.

Salinan permit/lesen

7.

Surat-surat kepujian

8.

Bukti modal sendiri

9.

Salinan surat Cagaran

10.

Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Referensi

Dokumen terkait

a) Modal harus diketahui jumlah dan jenisnya. b) Modal dapat berbentuk uang atau barang yang dinilai. Jika modal diberikan dalam bentuk aset, maka aset tersebut harus

1) Modal yang diberikan harus uang tunai, emas, perak atau yang nilainya sama. Modal dapat terdiri dari aset perdagangan, seperti barang-barang, properti, dan

dapat berupa kas atau aset nonkas. Aset non kas dapat berupa aset lancar atau tidak lancar. Penerimaan infaq/sedekah pada BAZNAS Kota Makassar berupa kas dalam bentuk

Penelitian ini bermaksud hanya untuk menguji pengaruh antara tiga variabel independen terhadap satu variabel dependen. Variabel independen terdiri dari modal sosial, aset fisik,

Pemilihan petunjuk kelestarian hidup untuk komuniti Orang Asli ini melibatkan empat perkara berikut iaitu (i) penguasaan ke atas pelbagai aset modal kehidupan yang

Biaya tidak tunai adalah biaya tenaga kerja yang seluruhnya berasal dari dalam keluarga dan biaya bunga modal sebesar 12%, adapun biaya tunai yang dikeluarkan

Pertukaran tunai untuk sesuatu aset dengan harapan bahawa aset tersebut akan menghasilkan pendapatan tetap pada masa hadapan atau peningkatan dalam nilai aset

a) Modal harus diketahui jumlah dan jenisnya. b) Modal dapat berbentuk uang atau barang yang dinilai. Jika modal diberikan dalam bentuk aset, maka aset tersebut