• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.0 TERAS 2: PENGURUSAN BANDAR DAN PETEMPATAN SEJAHTERA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "3.0 TERAS 2: PENGURUSAN BANDAR DAN PETEMPATAN SEJAHTERA"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1

3.0 TERAS 2: PENGURUSAN BANDAR DAN PETEMPATAN

SEJAHTERA

3.3

PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT

3.3.1 Perumahan

Perumahan boleh dilihat sebagai satu kelompok rumah yang berfungsi sebagai tempat tinggal dan juga perlindungan. Ia perlu dilengkapi dengan kemudahan awam dan infrastruktur yang baik seperti sistem bekalan air yang bersih, elektrik, telefon, sistem saliran, perparitan dan jalan, padang permainan, tempat pembuangan sampah dan keperluan lain agar kehidupan seharian dapat dijalankan dengan selesa. Keadaan persekitaran perumahan yang selesa akan meningkatkan lagi kualiti hidup setiap penghuninya dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan kehidupan sesebuah masyarakat dan persekitaran. Kategori perumahan dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Perumahan Strata

Perumahan strata merupakan jenis bangunan perumahan selain rumah sesebuah, berkembar dan teres yang menyediakan unit kediaman yang banyak secara bertingkat-tingkat dan mempunyai hak milik berasingan untuk setiap unit.

ii. Perumahan Bukan Strata

Perumahan bukan strata adalah merujuk kepada pembangunan perumahan yang bertanah (landed) seperti rumah teres, berkembar, banglo, rumah kampung, rumah ladang/estet, rumah kakitangan, kampung tersusun dan felda.

3.3.3.1 Profil

Keluasan Kawasan Perumahan

Keluasan kawasan perumahan yang terdapat di RT Jajahan Machang adalah seluas 1,164.25 hektar iaitu 2.21% daripada jumlah keseluruhan guna tanah jajahan (52,791.18 hektar) (Jadual 3.3.1). Jumlah keseluruhan unit perumahan yang terdapat di RT Jajahan Machang adalah sebanyak 19,563 unit rumah.

Jadual 3.3.1: Keluasan Kawasan Perumahan Semasa di Jajahan Machang

Daerah Keluasan (Hek) Peratus (%)

Pulai Chondong

219.36

18.84 Labok

164.02

14.09 Ulu Sat

463.82

39.84 Pangkal Meleret

69.76

5.99 Panyit 217.68 18.70 Temangan 29.61 2.54 JUMLAH 1,164.25 100

(2)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-2 Taburan dan Stok Perumahan Semasa

Jumlah stok perumahan semasa di Jajahan Machang adalah sebanyak 19,563 unit rumah. Daerah Ulu Sat mempunyai bilangan unit rumah yang paling tinggi iaitu 7,006 unit (35.8%) dan diikuti oleh Daerah Labok sebanyak 3,255 unit (16.6%) (Jadual 3.3.2).

Jadual 3.3.2: Taburan Stok Perumahan Semasa di Jajahan Machang

Daerah Jumlah Unit

Skim Perumahan Jumlah Unit Selain Skim Perumahan Jumlah Peratus (%) Pulai Chondong 198 2,240 2,438

12.5

Labok 1,250 2,005 3,255

16.6

Ulu Sat 1,304 5,702 7,006

35.8

Pangkal Meleret 176 2,860 3,036

15.5

Panyit 57 2,332 2,389

12.2

Temangan 231 1,208 1,439

7.4

Jumlah 3,216 16,347 19,563 100

Sumber : Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 2010 Data Asas Kelantan 2008/2009

Rajah 3.3.1: Peratusan Unit Perumahan Mengikut Daerah di Jajahan Machang

6.6% 12.3% 12.6% 15.6% 16.8% 36.1%

(3)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-3 Jenis Perumahan

Jenis perumahan yang terdapat di Jajahan Machang hanyalah perumahan bukan strata yang terdiri daripada:

• Rumah Teres. • Rumah Berkembar. • Rumah Sesebuah. • Rumah Kos Rendah. • Kampung Tradisi.

• Kampung Tersusun. • Perumahan Kakitangan. • Perumahan Ladang/Estet.

Bagi skim perumahan di Jajahan Machang didapati, unit perumahan jenis teres 1 tingkat paling banyak ditawarkan yang bertumpu di Daerah Ulu Sat iaitu sebanyak 797 unit. Ini diikuti oleh Daerah Labok sebanyak 379 unit, Daerah Pulai Chondong sebanyak 177 unit dan akhir sekali di Daerah Pangkal Meleret sebanyak 162 unit (Jadual 3.3.3 dan Rajah 3.3.2).

Bagi unit perumahan teres 2-3 tingkat terdapat di dua Daerah iaitu di Daerah Ulu Sat dan Daerah Labok dengan masing-masing berjumlah 21 unit dan 131 unit. Teres jenis 2-3 tingkat banyak terdapat di Daerah Labok.

Bagi perumahan jenis sesebuah, bilangan paling tinggi adalah di Daerah Ulu Sat sebanyak 139 unit, diikuti oleh Daerah Labok 110 unit, Daerah Pulai Chondong 21 unit dan Daerah Pangkal Meleret 14 unit.

Jadual 3.3.3: Bilangan Jenis Rumah Semasa Mengikut Daerah di Jajahan Machang

Daerah 1 Tgkt Teres 2 - 3 Tgkt Teres 1 Tgkt Semi-D 2 Tgkt Semi-D Sesebuah Rumah Kos Rendah Jumlah Unit P.Chondong 177 - - - 21 - 198 Labok 379 131 - - 110 630 1,250 Ulu Sat 797 21 102 8 139 237 1,304 P.Meleret 162 - - - 14 - 176 Panyit - - - 57 57 Temangan - - - 231 231 Jumlah 1,515 152 102 8 284 1,155 3,216

(4)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-4 Rajah 3.3.2: Bilangan Jenis Rumah Semasa di Jajahan Machang

i. Skim Taman Perumahan

Secara umumnya, terdapat 69 buah skim perumahan (taman perumahan) di dalam kawasan RT Jajahan Machang merangkumi 3,216 unit rumah. Jumlah ini merangkumi (16.44%) daripada peratusan guna tanah perumahan keseluruhan yang terdapat di kawasan RT Jajahan Machang. Jenis perumahan semasa yang ditawarkan melalui skim perumahan ini adalah rumah teres, berkembar, sesebuah dan rumah kos rendah.

Taman Perumahan mengikut Daerah di Kawasan RT Jajahan Machang

a. Daerah Pulai Chondong

Terdapat sebanyak 3 buah skim taman perumahan di Daerah Pulai Chondong dengan keluasan 86.40 hektar. Peratusan keluasan guna tanah kediaman adalah sebanyak 7.4%. Jumlah keseluruhan unit perumahan adalah sebanyak 198 unit iaitu 6.2% daripada jumlah keseluruhan unit skim perumahan yang terdapat di Jajahan Machang (Jadual 3.3.4 dan Rajah 3.3.3).

Jadual 3.3.4: Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Pulai Chondong

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. Taman Gading Galoh 38

2. Bandar Sri Aman Fasa I 100

3. Taman Rehda 60

Jumlah Keseluruhan 198

Sumber : Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 2010 1515 152 102 8 284 1155 0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600 1 Tkt Teres 2-3 Tkt Teres 1 Tkt SD

(5)
(6)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 b. Daerah Labok

Terdapat sebanyak 18 skim taman perumahan di Daerah Labok dengan jumlah keluasan 73.46 hektar (Jadual 3.3.5 dan Rajah 3.3.4). Peratusan keluasan guna tanah perumahan adalah sebanyak 6.3%. Jumlah Keseluruhan unit kediaman yang terdapat di Daerah Labok adalah sebanyak 1,250 unit iaitu 38.9% daripada jumlah keseluruhan unit skim perumahan yang terdapat di kawasan RT Jajahan Machang.

Jadual 3.3.5: Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Labok

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. Taman Desa Hidayah I 17

2. Taman Desa Hidayah II 34

3. Taman Desa Bakti 362

4. Taman Desa Azam 68

5. RAKR Kampung Joh 64

6. Taman Ilmu 131

7. Taman Desa Melati 33

8. Taman Desa Arif 208

9. Taman Edora 13

10. Taman Fajar Jaya 15

11. Taman Desa Permai 88

12. Taman Labok Jaya 71

13. P/Lot 2217 7

14. Taman Edora 15

15. Taman Desa Permai 87

16. Taman Harajayamas 2

17. Taman Sri Jaza 28

18. Taman Cempaka 7

Jumlah Keseluruhan 1,250

(7)
(8)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 c. Daerah Ulu Sat

Terdapat sebanyak 38 unit skim taman perumahan di Daerah Ulu Sat dengan keluasan 151.52 hektar (Jadual 3.3.6 dan Rajah 3.3.5). Peratusan keluasan guna tanah kediaman adalah sebanyak 12.10%. Jumlah keseluruhan unit perumahan yang terdapat di Daerah Ulu Sat adalah sebanyak 1,304 unit iaitu 40.5% daripada jumlah keseluruhan unit perumahan yang terdapat di kawasan RT Jajahan Machang.

Jadual 3.3.6 : Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Ulu Sat

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. Taman Sri Machang 56

2. Taman Sri Ella 29

3. Taman Damai 75

4. P/Lot 87 Machang 5

5. Perumahan PKINK Padang Selising Fasa II 54

6. Taman Madani 37

7. Taman Sri Medan 38

8. Taman Hidayat 5

9. Taman Sri Indah 28

10. Taman Sri Intan 17

12. Taman Jaya 38

13. Perumahan JPN Padang Selising 148

14. Taman Sri Sentosa 32

15. Taman Zaharah 6

16. P/Lot 3655 Machang 16

17. Taman Al-Abas Fasa I 29

18. Taman Al-Abas Fasa II 73

19. Taman Guru 9

20. P/Lot 71 Machang 35

21. P/Lot PT 1891 Ulu Sat 16

22. Dataran Fajar 13

23. P/Lot 1361 Machang 17

24. Perumahan Dataran Fajar 12

25. Taman Warna Zaharah 8

26. Kota Sri Aman Machang 29

27. Perumahan PKINK Padang Selising IV 146

28. Taman Alif 6

29. Taman Kuing Indah 54

30. Taman Sri Kemuning 55

31. Taman Indah Kisana 10

32. Taman Desa Ilmu 11

33. P/Lot 1657 8

34. Taman Amali 11

35. Taman Kuin Indah 61

36. Perumahan PKINK Padang Selising 12

37. Taman Jaza Gemilang 30

38. Taman Mesra 6

39. Taman Sri Makmor 69

Jumlah Keseluruhan 1,304

(9)
(10)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 d. Daerah Pangkal Meleret

Terdapat sebanyak 5 buah skim taman perumahan di Daerah Pangkal Meleret dengan keluasan 14.50 hektar. Peratusan keluasan guna tanah kediaman adalah sebanyak 1.2%. Jumlah keseluruhan unit perumahan adalah sebanyak 176 unit iaitu 5.5% daripada jumlah keseluruhan unit skim perumahan yang terdapat di Jajahan Machang (Jadual 3.3.7 dan Rajah 3.3.6).

Jadual 3.3.7: Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Pangkal Meleret

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. Taman Desa Al-Hassan 40

2. P/Lot 1019 Keleweh 62

3. Taman Siti Aishah 14

4. Taman Machang Indah 50

5. Taman Setia Kasih 10

Jumlah Keseluruhan 176

Sumber : Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 2010

e. Daerah Panyit

Terdapat sebuah skim taman perumahan di Daerah Panyit dengan keluasan 0.76 hektar. Peratusan keluasan guna tanah kediaman adalah sebanyak 0.06%. Jumlah keseluruhan unit perumahan adalah sebanyak 57 unit iaitu 1.8% daripada jumlah keseluruhan unit perumahan yang terdapat di Jajahan Machang (Jadual 3.3.8 dan Rajah 3.3.7).

Jadual 3.3.8: Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Panyit

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. Taman Jambu Lawar 57

Sumber : Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 2010

f. Daerah Temangan

Terdapat sebanyak 3 buah skim taman perumahan di Daerah Temangan dengan keluasan 1.44 hektar. Peratusan keluasan guna tanah kediaman adalah sebanyak 0.12%. Jumlah keseluruhan unit perumahan adalah sebanyak 231 unit iaitu 7.2% daripada jumlah keseluruhan unit perumahan yang terdapat di kawasan RT Jajahan Machang (Jadual 3.3.9 dan Rajah 3.3.8).

Jadual 3.3.9: Senarai Taman Perumahan Yang Terdapat Di Daerah Temangan

Bil. Nama Taman Jumlah Unit

1. JPN Temangan 72

2. RAKR Taman Seri Kerak 81

3. Taman Seri Pauh 78

Jumlah Keseluruhan 231

(11)
(12)
(13)
(14)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 ii. Kampung tradisi

Terdapat sebanyak 15,717 unit rumah kampung tradisi di Jajahan Machang. Tumpuan kawasan perkampungan adalah disepanjang jalan seperti Jalan Machang – Kota Bharu, Machang – Pasir Puteh dan Machang – Tanah Merah (Jadual 3.3.10 dan Rajah 3.3.9). Jadual 3.3.10: Senarai Kampung Sedia Ada Terdapat di Jajahan Machang

Daerah Mukim Kampung

Pulai Chondong Mukim Kerawang • Mukim Pulai Chondong • Mukim Gading Galoh • Mukim Bagan

• Kampung Gading Galoh • Kampung Pasir Bandar • Kampung Bandar • Kampung Galang • Kampung Chekok

• Kampung Kubang Tebik Tengah • Kampung Bagan

• Kampung Air Mata • Kampung Dusun Buluh • Kampung Bandar • Kampung Gelong Gajah • Kampung Merbau Chondong • Kampung Ayer Melaka • Kampung Surau Lama • Kampung Pulai Chondong • Kampung Pangkal Gong

Labok Mukim Joh

• Mukim Tok Bok • Mukim Labok • Mukim Dewan

• Kampung Dewan Besar • Kampung Tualang Kudong • Kampung Bukit Belah • Kampung Takil

• Kampung Dewan Kecil • Kampung Kenanga • Kampung Tok Bok • Kampung Labok • Kampung Maka

• Kampung Bunut Tok Mak Teh • Kampung Wek

Ulu Sat Mukim Machang

• Mukim Bakar • Mukim Ulu Sat • Mukim Pemanok • Mukim Bandar

Machang

• Kampung Bukit Tiu • Kampung Kemuning • Kampung Mas • Kampung Ayer Merah • Kampung Air Hijau • Kampung Mubu • Kampung Kok Kiak

• Kampung Padang Selinsing • Kampung Guntung

• Kampung Kweng Hitam • Kampung Pangkal Changgong • Kampung Limau Nipis

• Kampung Selimbar

• Kampung Banggol Pemancak • Kampung Kolam Abu

(15)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-2 Sambungan

Daerah Mukim Kampung

Pangkal Meleret • Mukim Kelaweh • Mukim Limau Hantu

• Kampung Pangkal Meleret • Kampung Paloh Rawa • Kampung Limau Hantu • Kampung Cina

• Kampung Pangkal Mak Wan • Kampung Mak Kundur • Kampung Tok Cuba • Kampung Chanor

Panyit • Mukim Jakar

• Mukim Pek • Mukim Tengah • Mukim Raja • Mukim Padang

Kemunchut

• Kampung Jenereh Kudong • Kampung Pangkal Chuit • Kampung Kijal

• Kampung Beach Pertok

Temangan • Mukim Kuala Kerak • Mukim Pekan

Temangan • Mukim Kerilla • Mukim Temangan

• Kampung Temangan Baru • Kampung Hau (Kuala Hau) • Kampung Padang

• Kampung Temangan Lama • Kampung Pauh Lima • Kampung Sungai Bedal Halt • Kampung Kerilla

iii. Kampung Tersusun

Kampung tersusun merupakan suatu program atau perancangan khusus penyediaan rumah-rumah untuk golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah-rumah sendiri. Kajian RT Jajahan Machang mendapati, terdapat 3 lokasi perumahan kampung tersusun iaitu di Mukim Labok sebanyak 65 unit, Mukim Ulu Sat sebanyak 52 unit dan di Mukim Pek sebanyak 25 unit. Bagi perumahan kampung tersusun di Mukim Pek, ia merupakan rancangan FELCRA Berangan Mek Nab (Rajah 3.3.10).

(16)
(17)
(18)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 iv. Perumahan Kakitangan

Jumlah keseluruhan petempatan perumahan kakitangan yang terdapat di Jajahan Machang adalah sebanyak 57 buah petempatan merangkumi Perumahan Kakitangan Bomba, Kuarters Guru, Kuarters Jabatan Bekalan Air (JBA), Kuarters Kesihatan, Kuarters RRIM, Kuarters Jabatan Hutan, Rumah Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rumah Pegawai Daerah (D.O). Lokasi perumahan kakitangan ini adalah banyak tertumpu di kawasan Daerah Ulu Sat dan Daerah Pulai Chondong. Bagi Daerah Ulu Sat, tumpuan adalah di sekitar Jalan Tok Guru Ibrahim, Jalan Tok Kemuning dan Jalan Tengku Chik Bengkeng (Rajah 3.3.11).

vi. Kampung Felda

Terdapat sebanyak 48 unit rumah Felda terletak di Mukim Pek, Daerah Panyit (Rajah 3.3.12). vii. Perumahan ladang/estet

Terdapat sebanyak 3 kawasan petempatan Ladang/Estet di dalam kawasan Jajahan Machang. Kawasan tersebut terletak di Daerah Temangan iaitu di Mukim Pekan Temangan, Mukim Kuala Kerak dan Mukim Kerilla (Rajah 3.3.13). Aktiviti para penduduk adalah mengusahakan ladang getah, kelapa sawit dan juga dusun.

Bagi perumahan Ladang/Estet di kawasan Mukim Pekan Temangan dan Mukim Kuala Kerak terdapat beberapa kemudahan masyarakat disediakan untuk kemudahan masyarakat setempat iaitu Sekolah Kebangsaan Temangan, balai polis dan pejabat pos.

(19)
(20)
(21)
(22)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 3.3.3.2 Penawaran dan Permintaan Bekalan Perumahan di Kawasan RT Jajahan Machang

i. Tren Penawaran Skim Perumahan Rendah

Sehingga tahun 2010, hanya terdapat 68 skim taman perumahan di seluruh kawasan RT Jajahan Machang yang meliputi unit perumahan jenis teres, sesebuah dan rumah kos rendah. Jumlah keseluruhan sehingga tahun 2010 adalah sebanyak 3,273 unit rumah. Hasil pemerhatian dan juga semakan terhadap pelan guna tanah semasa memperlihatkan tren perumahan di Jajahan Machang adalah masih lagi tertumpu kepada perumahan kampung.

ii. Rumah Yang Tidak Didiami

Berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan data yang telah dibuat, terdapat beberapa faktor rumah tidak didiami di Jajahan Machang iaitu:

a. Terdapat skim-skim perumahan yang baru siap dan masih belum diduduki.

Ini dapat dilihat di Mukim Pemanok, Daerah Ulu Sat. Terdapat beberapa buah skim perumahan yang telah dikenalpasti iaitu Taman Sri Kemuning dan Taman Jaza Gemilang yang terdiri daripada 85 unit perumahan jenis 1 tingkat teres yang telah siap tetapi tidak atau belum diduduki sepenuhnya.

Isu bagi skim perumahan ini adalah disebabkan ketiadaan bekalan air dan elektrik. Namun Begitu, telah terdapat juga beberapa buah keluarga yang mendiami unit-unit di skim perumahan tersebut.

b. Terdapat perumahan yang tidak didiami kerana mengalami masalah banjir Antara salah satu kawasan perumahan yang mengalami masalah banjir adalah skim perumahan Bandar Sri Aman Fasa 1 terletak di Daerah Pulai Chondong.

Skim perumahan ini menempatkan kira-kira 100 unit perumahan jenis 1 tingkat teres dan merupakan kawasan tumpuan perumahan paling banyak di Daerah Pulai Chondong.

Keadaan semasa kawasan perumahan ini adalah tidak berpenghuni di mana hanya terdapat 9 buah keluarga yang masih tinggal di kawasan ini. Perumahan ini ditinggalkan kosong dan terbiar oleh pemilik kerana masalah banjir teruk yang dihadapi oleh para penghuni pada setiap tahun.

Bandar Baru Sri Aman

DAERAH PULAI CHONDONG

Taman Sri Kemuning dan Taman Jaza Gemilang Kuarters JKR

Mukim pemanok

(23)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-2

(Keadaan semasa skim perumahan di Bandar Baru Sri Aman Fasa 1 yang tidak berpenghuni, ditinggalkan kosong dan terbiar oleh pemilik. Keadaan fizikal rumah yang beransur usang dan rosak akibat ditenggelami air banjir. Unit-unit kediaman juga telah ditumbuhi semak-samun).

c. Terdapat rumah-rumah kampung yang tidak didiami disebabkan struktur bangunan yang tidak kukuh.

Tren pembangunan rumah-rumah kampung di Jajahan Machang yang masih lagi tinggi. Kebanyakaan rumah-rumah kampung tersebut dibina dengan struktur separa kekal iaitu rumah papan. Hasil pemerhatian menunjukkan terdapat rumah-rumah ini yang telah beransur usang telah ditinggalkan dan tidak didiami lagi.

iii. Harga Penawaran Rumah

Harga penawaran rumah adalah berbeza mengikut jenis perumahan. Harga bagi rumah kos rendah juga berbeza bergantung kepada jenis strata atau bukan strata. Bagi rumah kos rendah bukan strata harga semasa di Jajahan Machang adalah RM 45,000.00. Bagi perumahan mampu milik kos sederhana, harga adalah tidak melebihi dari RM100,000.00 (Jadual 3.3.11).

Jadual 3.3.11: Senarai Penawaran Harga Rumah Mengikut Jenis Di Jajahan Machang

Perumahan Jenis Harga (RM)

Bukan Strata

Rumah Kos Rendah 45,000.00

Rumah Teres 1 Tingkat 85,000.00

Rumah Teres 2-3 Tingkat 176,000.00 Rumah Sesebuah 1 tkt 193,000.00 Sumber : Laporan Pasaran Harta, 2007.

(24)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-3

iv. Perumahan Komited

Jumlah unit perumahan komited adalah sejumlah 333 unit rumah sehingga 2010 (Jadual 3.312). Tren perumahan komited dilihat adalah tertumpu di Daerah Ulu Sat, Labok, Pangkal Meleret dan Panyit.

Jadual 3.3.12 : Perumahan Komited di Jajahan Machang 2010

Daerah Perumahan Komited Peratus

Pulai Chondong - - Labok 79 23.72 Ulu Sat 151 45.35 Pangkal Meleret 56 16.82 Panyit 47 14.11 Temangan - - JUMLAH 333 100.00

Sumber: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 2010

v. Perumahan Terbengkalai

Terdapat 2 kawasan perumahan terbengkalai di dalam kawasan Jajahan Machang iaitu di Daerah Pulai Chondong dan Di Daerah Ulu Sat. Jumlah keseluruhan unit perumahan terbengkalai ini adalah sebanyak 23 unit. Jenis perumahan terbengkalai ini terdiri daripada unit perumahan jenis teres dan rumah berkembar (Rajah 3.3.14).

(

Skim perumahan terbengkalai di Daerah Pulai Chondong. Namun, terdapat 8 unit rumah telah memulakan kembali fasa pembinaan).

(25)
(26)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-1 3.3.3.3 Unjuran Perumahan

Analisis unjuran keperluan perumahan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu unjuran unit rumah dan unjuran keperluan tanah berdasarkan unit rumah pada masa akan datang. Unjuran keperluan unit rumah adalah berdasarkan kepada kaedah-kaedah unjuran yang mengambilkira elemen seperti penggantian segera, penggantian biasa dan rumah baru bagi keluarga baru. Bagi unjuran keperluan tanah adalah berdasarkan kepada piawaian perancangan, polisi kerajaan dan kedapatan tanah yang berpotensi untuk pembangunan perumahan.

Kaedah pengunjuran bagi kajian RT Jajahan Machang ini berpandukan kepada andaian seperti berikut:-

1. Sasaran satu unit rumah bagi setiap satu isi rumah.

2. Jumlah penduduk adalah berdasarkan angka unjuran sektor penduduk kajian RT Jajahan Machang

3. Penggunaan kadar penggantian segera dan kadar penggantian biasa. 4. Mengambilkira pembangunan komited yang dilaksanakan.

i. Keperluan Penggantian Segera

Penggantian segera bagi unit rumah adalah berasaskan kepada jumlah unit perumahan yang berkeadaan buruk atau usang. Di dalam mendapatkan bilangan rumah yang perlu dilakukan penggantian segera, andaian stok rumah usang adalah 2.0 peratus bagi semua Daerah. Jadual 3.3.13 menunjukkan bilangan unit yang memerlukan penggantian segera mengikut Daerah dalam RT Jajahan Machang pada tahun 2010:-

Jadual 3.3.13 : Bilangan Unit Yang Memerlukan Penggantian Segera Mengikut Daerah Dalam RT Jajahan Machang

Daerah Jumlah Perumahan

Semasa Kadar Penggantian Segera (%) Jumlah Penggantian Pulai Chondong 2,438 2 49 Labok 3,255 2 65 Ulu Sat 7,006 2 140 Pangkal Meleret 3,036 2 61 Panyit 2,389 2 48 Temangan 1,439 2 29 Jumlah 391

Sumber : Data Perumahan Semasa, 2010

(27)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-2 ii. Keperluan Penggantian Biasa

Penggantian biasa dibuat berdasarkan kepada andaian rumah sedia ada beransur-ansur menjadi buruk dan usang yang disebabkan oleh kerosakkan biasa, kebinasaan atau kemusnahan. Faktor-faktor ini menyebabkan perumahan tersebut tidak sesuai lagi didiami. Andaian stok perumahan menggunakan keperluan penggantian biasa adalah 1.5%. Jadual 3.3.14 menunjukkan bilangan unit yang memerlukan penggantian biasa mengikut Daerah dalam kawasan RT Jajahan Machang pada tahun 2010:-

Jadual 3.3.14 : Bilangan Unit Yang Memerlukan Penggantian Biasa Mengikut BP Dalam RT Jajahan Machang

Daerah Jumlah Perumahan

Semasa Skim Kadar Penggantian Biasa (%) Jumlah Penggantian Pulai Chondong 2,438 1.5

37

Labok 3,255 1.5

49

Ulu Sat 7,006 1.5

105

Pangkal Meleret 3,036 1.5

46

Panyit 2,389 1.5

36

Temangan 1,439 1.5

22

Jumlah 293

Sumber : Unjuran Perunding, 2010

Nota: Kadar Penggantian Biasa di anggarkan 1.5% daripada jumlah perumahan semasa skim

iii. Keperluan Perumahan Berdasarkan Pertambahan Isi Rumah

Keperluan perumahan pada 2020 dibuat dengan menggunakan jumlah penduduk kepada pekali saiz isi rumah (Jadual 3.3.15).

Jadual 3.3.15 : Keperluan Perumahan Berdasarkan Pertambahan Isi Rumah

Tahun Jumlah Penduduk Saiz Isi Rumah Jumlah Kediaman

2010

90,420

4.6 19,563

2015

98,900

4.4 22,350

2020

110,200

4.3 25,920

Sumber : Sektor Penduduk, Sumber Manusia dan Asas Ekonomi, RT Jajahan Machang,2010 Nota: Saiz isi rumah bagi tahun 2015 dan 2020 adalah anggaran.

Saiz Isi rumahan bagi tahun 2010 = Jumlah Penduduk Jumlah Kediaman 90,420

19,563 4.6

(28)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-3 iv. Unjuran Unit Perumahan

Bagi memperolehi jumlah unjuran perumahan sehingga 2020, dua kaedah telah digunakan iaitu:-

a. Kaedah Unjuran Tambahan Isi Rumah

b. Kaedah Unjuran Berdasarkan Unjuran Penduduk.

Kaedah Unjuran Tambahan Isi Rumah

Kaedah ini mengambilkira kesemua pekali yang melibatkan perubahan kepada penawaran perumahan seperti kadar penggantian, pembangunan komited dan lebihan penawaran (Jadual 3.3.16).

Jadual 3.3.16: Unjuran Keperluan Perumahan Berdasarkan Tambahan Isi Rumah di Jajahan Machang, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 90,420

98,900

110,200

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 19,563

22,350

25,920

4. Stok Rumah Awal Tahun 19,563 20,581 23,676

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 391 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 293 309 355

8. Pembangunan Komited 333 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 2,787 3,570

Jumlah Rumah 20,581 23,676 27,602

Nota: Bilangan penduduk adalah berdasarkan unjuran perunding, 2010. Saiz isi rumah bagi tahun 2015 dan 2020 adalah anggaran Bilangan Isi Rumah =

Rumah yang diperlukan = tahun 2015

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,021 unit rumah perlu dibina sehingga tahun 2020 bagi memenuhi keperluan isirumah semasa, permintaan tambahan isirumah masa hadapan serta keperluan penggantian segera dan penggantian biasa.

Bilangan Penduduk Saiz Isi Rumah 90,420

4.6 19,563

Jumlah Rumah Tahun 2015 – Jumlah Rumah Tahun 2010 23,676 – 20,581

(29)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-4 Unjuran Tambahan Isi Rumah Bagi Setiap Daerah di Kawasan RT Jajahan Machang

• Daerah Pulai Chondong

Jadual 3.3.17: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Pulai Chondong, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 14,898

16,516

18,349

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 3223 3732 4316

4. Stok Rumah Awal Tahun 2,438 2,523 3,070

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 49 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 37 38 46

8. Pembangunan Komited 0 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 509 583

Jumlah Rumah 2,523 3,070 3,700

• Daerah Labok

Jadual 3.3.18: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Labok, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 13,827

15,330

16,892

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 2992 3464 3973

4. Stok Rumah Awal Tahun 3,255 3,448 3,972

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 65 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 49 52 60

8. Pembangunan Komited 79 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 473 509

(30)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-5 • Daerah Ulu Sat

Jadual 3.3.19: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Ulu Sat, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 31,760

35,208

39,288

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 6871 7957 9241

4. Stok Rumah Awal Tahun 7,006 7,402 8,598

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 140 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 105 111 129

8. Pembangunan Komited 151 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 1,085 1,284

Jumlah Rumah 7,402 8,598 10,012

• Daerah Pangkal Meleret

Jadual 3.3.20: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Pangkal Meleret, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 11,763

12,461

13,924

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 2545 2816 3275

4. Stok Rumah Awal Tahun 3,036 3,198 3,517

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 61 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 46 48 53

8. Pembangunan Komited 56 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 271 459

(31)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-6 • Daerah Panyit

Jadual 3.3.21: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Panyit, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 11,886

12,560

14,365

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 2572 2838 3379

4. Stok Rumah Awal Tahun 2,389 2,520 2,824

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 48 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 36 38 42

8. Pembangunan Komited 47 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 267 540

Jumlah Rumah 2,520 2,824 3,407

• Daerah Temangan

Jadual 3.3.22: Unjuran Keperluan Perumahan di Daerah Temangan, 2010-2020

Perkara

Tahun

2010 2015 2020

1. Bilangan Penduduk 6,286

6,824

7,382

2. Saiz Isi Rumah 4.6 4.4 4.3

3. bilangan Isi Rumah 1360 1542 1736

4. Stok Rumah Awal Tahun 1,439 1,489 1,694

5. Backlog 0 0 0

6. Penggantian Segera (2%) 29 0 0

7. Penggantian Biasa (1.5%) 22 22 25

8. Pembangunan Komited 0 0 0

9. Tambahan Isi Rumah 0 182 194

(32)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-7 v. Unjuran Keperluan Tanah Bagi Perumahan

Unjuran keperluan tanah bagi perumahan mengambilkira beberapa faktor kawalan. Di antaranya adalah:-

1. Dasar Perumahan Kerajaan Kelantan khususnya berkaitan dengan rumah kos rendah dan kuota pemilikan rumah

2. Penetapan kadar kepadatan dan saiz rumah mengikut piawaian perancangan yang digunapakai dalam proses kebenaran merancang

3. Kedapatan tanah yang berpotensi untuk pembangunan perumahan

4. Tren pembangunan rumah kampung (tiada permohonan pemajuan untuk pecah sempadan dan tukar syarat dibuat) dijangka akan berterusan dalam kawasan kajian.

Berikut merupakan analisis yang dibuat terhadap unjuran keperluan tanah bagi perumahan:-

Jadual 3.3.23: Kriteria yang digunakan Terhadap Unjuran Keperluan Bagi Perumahan Kategori Rumah Penyediaan

(%)

Jenis Rumah Kepadatan (Unit/Hektar)

Keutamaan Penyediaan

Kos Rendah 50 Rumah Teres 100 100%

Kos Sederhana Rendah 20 Rumah Teres 40 100%

Kos Sederhana 20 Rumah Teres 30 100%

Kos Tinggi 10 Rumah Sesebuah 15 100%

Sumber : Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2020

Berdasarkan kriteria yang telah diberikan, unjuran keperluan tanah bagi perumahan akan berpandukan kepada penyediaan nisbah 50% untuk perumahan kos rendah, 20% untuk perumahan kos sederhana rendah, 20% untuk perumahan kos sederhana dan 10% untuk perumahan kos tinggi.

Jadual 3.3.24: Unjuran Keperluan Tanah Perumahan berdasarkan Kategori Rumah Tahun 2010-2020 di RT Jajahan Machang

Tahun Unjuran

Perumahan

Kategori

Rumah Jumlah Unit

Kepadatan Keluasan (Hektar) 2015 3,096 Rendah 50% 1548 40 38.70 20% 619 40 15.48 Sederhana 20% 619 40 15.48 Tinggi 10% 310 15 20.64 2020 3,925 Rendah 50% 1963 40 49.06 20% 785 40 19.63 Sederhana 20% 785 40 19.63 Tinggi 10% 393 15 26.17 Jumlah 7,021 7,021 204.77

(33)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-8 Analisis menunjukkan :-

a. Jumlah keseluruhan unit kediaman semasa (2010) yang terdapat di keseluruhan RT Jajahan Machang adalah sebanyak 19,563 unit rumah dengan keluasan guna tanah perumahan Keluasan seluas 1,164.25 hektar.

b. Secara keseluruhannya, analisis unjuran perumahan mendapati sebanyak 7,021 unit rumah perlu ditambah pada tahun 2015-2020 bagi memenuhi keperluan isirumah semasa, permintaan tambahan isirumah masa hadapan, keperluan penggantian segera dan penggantian biasa.

c. Keluasan guna tanah yang diperlukan bagi tambahan unit kediaman ini adalah seluas 204.77 hektar. Tambahan guna tanah bagi tahun 2015 adalah seluas

90.26

hektar manakala bagi 2020 pula seluas 114.48 hektar.

(34)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-9 3.3.3.4 Potensi

i. Terdapatnya institusi pendidikan berdekatan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membuka peluang kepada kawasan Jajahan Machang dijadikan hub-kediaman utama.

Kewujudan institusi pendidikan seperti UiTM Machang di Banggol Judah dan Pusat Giat Mara di Bandar Machang akan meningkatkan permintaan terhadap unit-unit perumahan untuk kakitangan atau pelajar.

Kemasukan bilangan pelajar baru pada setiap semester menjadikan Jajahan Machang sebagai hub-kediaman utama pelajar dengan tumpuan di sekitar Bandar Machang dan Banggol Judah.

(Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak di Banggol Judah).

ii. Perumahan Taman Kuarters Kakitangan Kerajaan di Mukim Bandar Machang.

Bandar Machang berpotensi menempatkan taman kuarters untuk kakitangan kerajaan kerajaan kerana terdapat bangunan dan pejabat kerajaan disekitarnya.

Antara Jabatan kerajaan tersebut adalah Majlis Daerah Machang, Hospital Machang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Bomba dan Penyelamat, Mahkamah, RISDA, dan sekolah.

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Machang

DAERAH ULU SAT

(35)

Perumahan dan Kemudahan Masyarakat 3.3A-10 3.3.3.5 Semakan Cadangan Perumahan RT Machang 2010

Cadangan Perumahan RT Machang 2010 Status Pembangunan / Pelaksanaan

BP 1 Bandar Machang

a. Taman Kuarters Kerajaan

Projek pembangunan semula kawasan kuarters dalam BPK1.1.

• Belum dilaksana

• Guna tanah semasa; perumahan, institusi kerajaan, tanah kosong

b. Pembangunan Semula Kampung Kubur Bakat.

• Belum dilaksana

• Guna tanah semasa; perumahan kampung

BP 7 Bukit Tiu

a. Perkambungan digital (digital village) Dicadangkan penerapan ‘smart homes’ dalam perkampungan digital di BPK 7.4.

• Belum dilaksana

• Guna tanah semasa; pertanian dan tanah kosong

3. 3.3.6 Cadangan Awal

i. Mengabungkan unit-unit kejiranan yang kecil menjadi satu pusat komuniti bagi memudahkan agihan kemudahan awam. Unit-unit kejiranan yang kecil menyukarkan penyediaan kemudahan awam kepada para penduduk. Dengan itu melalui pengkelompokan unit-unit kejiranan membolehkan perancangan kemudahan asas dan sosial dapat dibina secara berkelompok dan pengunaannya akan dapat dioptimumkan.

ii. Menaiktaraf akses masuk di setiap kawasan skim perumahan. Skim perumahan semasa di Jajahan Machang menunjukan pemaju hanya menyediakan unit-unit rumah dan bekalan utiliti seperti bekalan air dan elektrik. Namun pihak pemaju tidak menyediakan sistem jalan masuk yang berturap untuk skim-skim perumahan tersebut. iii. Mengintegrasikan pembangunan perumahan di lot-lot yang kecil dengan unit

kejiranan yang lain bagi membentuk satu komuniti.

iv. Berdasarkan penemuan, terdapat 2 kawasan perumahan terbengkalai telah dikenal pasti di dalam kawasan RT Jajahan Machang. Projek perumahan terbengkalai ini perlu dipulihara bagi memastikan kadar penghuniannya dapat ditingkatkan pada masa hadapan.

v. Menaiktaraf Kawasan Perumahan Terbiar Iaitu Perumahan Bandar Baru Sri Aman. vi. Menaiktaraf Kawasan Petempatan Kampung Tradisi Di Bandar Machang.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

ENA SURYANA Laki-laki Tasikmalaya 10-04-1971 Tenaga Guru D.IV - S.III KANTOR KEMENAG KAB... BANDUNG BARAT Ruang 25 MAN 1

 Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan yang

Dari hasil kesimpulan di atas, maka saran-saran yang dapat penulis sampaikan setelah melakukan penelitian pada simpang tiga Maguwoharjo Jalan Laksda Adisucipto ─

Faktor penerangan alami, merupakan perbandingan tingkat penerangan pada suatu titik dari suatu bidang tertentu di dalam suatu ruangan terhadap tingkat

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahwa objek ilmu dalam Islam tidak semata berkaitan dengan objek fisik atau yang tampak pada indra dan akal manusia.. Namun ia mencakup

Analisis sensitivitas dilakukan untuk mengetahui pengaruh perubahan yang ada terhadap usaha yang dijalankan. Dalam penelitian ini dilakukan perubahan pada beberapa

(c) Lain halnya dengan suara abstain yang diberikan oleh sebuah atau lebih negara anggota tetap DK yang tidak diperhitungkan dalam rangka Pasal 27 ayat (3) Piagam, sehingga