• Tidak ada hasil yang ditemukan

MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH."

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

9

th

International Conference on

Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9)

Faculty Of Social Sciences

Yogyakarta State University, 15-16 September 2015

MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN

PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH *

Adnan Jusoh

Jabatan Sejarah dan Arkeologi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjung Malim, Perak

adnan.jusoh@fsk.upsi.edu.com Khairi Ariffin

Jabatan Sejarah dan Arkeologi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjung Malim, Perak

khairi.ariffin@fsk.upsi.edu.com Nasir Nayan

Jabatan Sejarah dan Arkeologi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjung Malim, Perak

nasir@fsk.upsi.edu.com Zuliskandar Ramli

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

ziskandar2109@gmail.com

MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH

DAN PROTOSEJARAH

Adnan Jusoh1 & Zuliskandar Ramli2

1Jabatan Sejarah dan Arkeologi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjung Malim, Perak

(2)

Abstrak;

Kertas kerja ini akan menfokuskan tentang lakaran motif dan simbolisme yang dipaparkan pada beberapa material culture (budaya kebendaan) di Nusantara. Tiga jenis material culture yang diteliti adalah berupa artifak ditemui yang di Malaysia mewakili zaman prasejarah dan protosejarah iaitu makara, votive tablet (kalam semah) dan gendang gangsa. Namun apa yang lebih menarik objek jenis ini turut ditemui di beberapa tapak arkeologi di Nusantara sama ada di Jawa, Borneo, Sumatera, Pulau Roti, Serum dan sebagainya. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat sejauhmana hubungkait motif dan simbolisme yang dipaparkan dan bentuk fizikal pada material culture ini dalam usaha untuk memahami sosiobudaya masyarakat di Nusantara dari zaman prasejarah hingga zaman protosejarah. Justeru itu, untuk menjawab permasalahan tersebut maka kertas kerja ini akan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah tipologi. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga jenis material culture tersebut sangat penting di dalam memberikan maklumat tentang bentuk kepercayaan masyarakat di Nusantara. Misalnya, makara adalah dikaitkan dengan pengaruh dan bentuk kepercayaan masyarakat di Nusantara adalah berasaskan agama dari India iaitu Hindu dan Buddha. Sungguhpun begitu, hasil kajian menunjukkan makara dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan mengunakan batu granit dan diukir dengan pelbagai motif hiasan berupa binatang atau dewa. Hasil kajian juga mendapati votive tablet juga memaparkan pengaruh keagamaan dari India tetapi imej yang dipaparkan jelas menunjukkan ia adalah mewakili agama Buddha. Sungguhpun begitu, penemuan gendang gangsa di Pulau Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah tidak dapat dikaitkan dengan inspirasi agama. Sebaliknya objek ini seringkali dikaitkan dengan aktiviti perdagangan sungguhpun ia memaparkan motif dan simbolisme yang sangat sinonim dengan aspek ritual dan kepercayaan. Pendekkata, ketiga-tiga jenis material culture yang diteliti membawa satu maksud tersirat yang lebih besar iaitu, agama dan kepercayaan bukan hanya membentuk ragam di dalam sosiobudaya tetapi ia juga membawa satu misi yang jelas dalam menyatukan rumpun Melayu.

(3)

MOTIFS AND SYMBOLISM IN THE CONTEXT OF UNDERSTANDING THE SOCIOCULTURE OF THE PEOPLE OF THE MALAY WORLD DURING

THE PREHISTORIC AND PROTOHISTORIC PERIOD

Adnan Jusoh1& Zuliskandar Ramli2

1Department of History and Archaeology, Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjung Malim, Perak

2Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

This paper focuses on the drawings of motifs and symbolism displayed on some material culture in the Archipelago. The three types of material culture examined are in the form of artefacts found in Malaysia representing the prehistoric and protohistoric period, namely the makara, votive tablet, and bronze drum. However, what is more interesting is that these objects were also found in several archaeological sites in the Archipelago, whether in Java, Borneo, Sumatra, Pulau Roti, Serum and many others. The objective of this paper is to examine the extent of the relationship of the motifs and symbolism displayed and the structure form on these material culture in the effort to understand the socioculture of the society in the Archipelago from the prehistoric period to the protohistoric period. Hence, in order to find the answers to this problem, this paper used the methods of literature review and typology. The findings show that all the three types of material culture are really important in giving information about the form of belief of the society in the Archipelago. For example, the makara is associated with the influence and form of belief of the society in the Archipelago which is based on the religion from India, such as Hinduism and Buddhism. Nevertheless, the findings of the study revealed that the makara was produced by the local people using various types of natural stone such as granite and andesite as well as carved with a variety of decorative motifs in the form of animals or deities. The study also found that the votive tablet too shows religious influences from India but the image displayed clearly show that it represents the Buddhist religion. However, the discovery of the bronze drum in Pulau Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah could not be associated with religious inspiration. Instead, this object is often associated with trade activities even though it displays motifs and symbolism that is really synonymous with aspects of ritual and belief. In short, all the three types of material culture examined carry far greater implied meaning, namely that religion and belief not only shape diversity in the socioculture but they also showed a mission in uniting the Malay world.

Keywords: Symbolism, motif, makara, votive tablet, bronze drum

Theme: (Sejarah & Arkeologi)

(4)

A. PENDAHULUAN

Sebelum ketibaan pengaruh agama dari India, rata-rata masyarakat di rantau Asia Tenggara termasuk mereka yang mendiami gugusan Nusantara adalah mengamalkan kepercayaan animisme. Sejak sekian lamanya, kepercayaan tersebut terus diamalkan di dalam kehidupan mereka sehinggalah kedatangan agama Hindu-Buddha. Walaupun mereka telah menerima agama Hindu-Buddha namun pengaruh animisme terus bertapak kukuh di dalam sistem sosiobudaya masyarakatnya. Pengaruh ini terus menjadi tunjang yang mendasari sosio budaya masyarakat di rantau ini sehinggalah kedatangan agama Islam kira-kira selepas abad 14 Masehi. Sungguhpun kedatangan agama Islam berupaya menukar sebahagian besar sosiobudaya masyarakat di Nusantara, namun tidak semua bentuk kepercayaan yang telah berakar umbi dan menjadi warisan tradisi di dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum ini dapat disingkirkan. Malahan beberapa aspek di dalam amalan dan kepercayaan yang diwarisi masih diteruskan melalui asimilasi sehingga ia sebati di dalam kehidupan orang-orang Melayu.

B. LATAR BELAKANG

Nusantara merupakan sejumlah gugusan pulau di Kepulauan Melayu, khususnya Indonesia, Malaysia dan Singapura. Amnya ia dapat ditakrif sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh wilayah kependudukan manusia berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara. Ia merangkumi terutama di kawasan kepulauan yang kini menjadi unit geopolitik atau negara Indonesia, Malaysia, Filipina, selatan Thailand, kelompok etnik di Kampuchea dan Vietnam serta Taiwan. Takrif ini harus berlaku berlandaskan bahasa kerana faktor bahasa ini adalah satu-satunya tinggalan sejarah kuno yang masih kekal menjadi petanda jelas dan benar akan kewujudan kawasan petempatan pelbagai kelompok rumpun Melayu.

Hampir seluruh wilayah budaya Melayu ini berada di kawasan khatulistiwa yang sekaligus ditandai oleh ekologi alam beriklim hujan lebat sepanjang tahun dalam dua musim angin dan muka bumi yang penuh diliputi oleh hutan hijau berpaya di sekitar pesisir pantainya. Di sepanjang pesisir pantai, terutama di kuala sungai yang menjadi pelabuhan kapal untuk perdagangan inilah munculnya segala kegiatan ekonomi dan pembinaan unit-unit politik kenegaraan. Ia muncul dalam bentuk kerajaan dan kesultanan yang kemudian berkembang untuk menguasai kawasan pedalaman sebagai empayar Melayu. Kedudukan di pelbagai kepulauan dan pesisir itu menyebabkan kebudayaan dan tamadun masyarakat Nusantara menjadi lebih terbuka. Ini adalah disebabkan pelbagai pengaruh luar (asing) yang sangat flexible memudahkan ia meresap dan diamalkan oleh masyarakat Nusantara. Coedes, D. G. Hall mencatatkan tamadun Nusantara sebagai,

(5)

side (i) the importance of woman and of descent on the maternal line, and (ii) the organization resulting from irrigated cultivation; and on its religious side (i) animism, (ii) the worship of ancestors and of the god of the soil, (iii) the location of shrines on high places, (iv) burial in jars or at dolmens, and (v) a mythology imbued with cosmological dualism of mountain versus sea, winged being versus water being, .men of the mountain versus men of the sea-coast.”

Sejak awal kurun Masihi, China telah mempunyai hubungan dengan Nusantara di wilayah ‘laut selatan’ (nanhai) sebagai Kun-lun dan sebagai Dvipantara (orang pulau) oleh India. Dalam masa yang sama, wilayah ini terkenal sebagai suvarnabhumi oleh para pendita India dan pengtahuan yang sama digunakan oleh geografis Ptolemy (Yunani) di Iskandariah (ke2M) sebagai golden khersonese (semenanjung emas). Pedagang Arab yang belayar ke China melalui Selat Melaka sejak abad ke-9 mewariskan pengetahuan Nusantara dengan konsep ‘tujuh lautan’ (al-Ya’qubi, k-9M), waqwaq (ibn Khurradadhbih, 9M) dan zabaj (al-Jahiz, 9M) dan kemudiannya disebut juga jawi. Identiti Malay Archipelago dan Malaysia (kepulauan Melayu) muncul di kalangan para penulis Eropah sejak abad 16 dengan kedatangan Portugis dan Sepanyol yang dikuti oleh Belanda dan Inggeris.

C. BUDAYA KEBENDAAN

Budaya kebendaan atau sering juga disebutkan dalam bahasa Inggeris iaitu material culture. Budaya kebendaan terangkum di dalamnya benda purba atau objek bersejarah yang mempunyai kepentingan sama ada kepada masyarakat atau negara. Walau bagaimanapun lazimnya ia merujuk kepada sebarang bentuk objek berupa artifak yang padanya ada kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah.1 Umumnya artifak adalah budaya kebendaan hasil ciptaan manusia melalui daya pemikiran mereka dalam konteks alam persekitarannya. Antara hasil ciptaan manusia ialah alat perhiasan, alat memasak, pakaian, bahan seramik, alat senjata, alat memotong, alat peperangan, alat perkuburan, arca atau patung agama, wang syiling, batu bersurat dan lain-lain lagi. Pendek kata, budaya kebendaan adalah objek yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan yang sifatnya boleh dipegang dan disentuh oleh pancaindera.

Tiga jenis budaya kebendaan akan dibicarakan di dalam kertas kerja ini ialah makara, votive tablet dan gendang gangsa.

i. Makara

Makara merupakan satu simbolik daripada gabungan elemen dua jenis haiwan yang diukir daripada sebuah bongkah batu bersaiz besar yang mewakili unsur tertentu. Antara motif yang dipaparkan pada makara ialah bentuk gajah dan ikan, iaitu simbol haiwan yang berkuasa di darat dan di laut. Kebiasaannya rupa bentuk atau struktur makara di bahagian depan diukir binatang seperti gajah atau buaya atau rusa, atau rusa. Manakala di bahagian belakang pula menonjolkan bahagian ekor sejenis haiwan yang hidup di air seperti ikan atau naga. Lazimnya makara adalah berpasangan dan digunakan sebagai hiasan di tangga pintu masuk utama sesebuah bangunan seperti candi.

(6)

Makara dapat ditafsirkan sebagai makhluk yang ganas dalam mitologi Hindu yang selalu diletakkan di bahagian tangga untuk masuk ke candi. Fungsi makara ialah sebagai makhluk penolak bala dan biasanya diletakkan bersama makhluk kala. Walaupun tafsiran makara adalah pelbagai, kebanyakan sarjana bersetuju bahawa makara digambarkan sebagai makhluk yang mempunyai imej seperti buaya ataupun gajah dan kadang-kala gabungan imej kedua-duanya. Di Pulau Bali dan Jawa, makhluk ini wujud dalam bentuk gabungan badan seperti ikan dan kepala berbentuk gajah seperti yang sering dipahatkan di candi. Orang Bali menyebutnya sebagai ‘gajahmina’ yang bererti ‘ikan gajah’. Makara dipercayai berfungsi sebagai ‘vahana’ atau makhluk tunggangan kepada Gangga ‘Dewa Sungai Gangga’ dan Varuna iaitu dewa kepada langit dan air berdasarkan mitologi Hindu. Makara juga kadang kala digambarkan sebagai lambang kuasa kepada Kamadeva iaitu dewa kasih sayang dan hawa nafsu serta dilukis pada bendera Kama (dwaja) yang lebih dikenali sebagai Karkadhvaja.

Makara selalunya diukir dan dipahat daripada batu yang bersaiz besar. Makara banyak dijumpai di candi di seluruh Asia sebagai salah satu unsur senibina tidak kira sama ada candi itu candi Hindu ataupun Buddha. Dalam kalendar Hindu, makara merujuk kepada bintang ‘capricorn’ iaitu salah satu daripada dua belas bintang dalam kalender astrologi. Dalam seni India, makara diekspresikan dalam bentuk motif dan digambarkan dalam pelbagai rupabentuk. Makara sering diletakkan pada bahagian monumen tertentu contohnya diletakkan di bahagian pintu masuk ke bahagian suci candi. Makara juga diletakkan di bahagian takhta raja yang melambangkan kekuasaan raja yang memilikinya. Jika dilihat pada motif ukiran dan elemen haiwan yang ada pada makara ini, setiap tapak di Nusantara mempunyai seni ukiran yang tersendiri seperti yang boleh dilihat pada makara di Kedah, Sumatera, Jawa dan di Vietnam (Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2010).

Sebanyak dua (2) buah makara telah ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu sebuah di Kampung Sungai Mas (Kedah) dan sebuah di Melaka. Makara di Kampung Sungai Mas ditemui hasil daripada ekskavasi pada tahun 2007. Ia ditemui bersama dengan beberapa objek lain seperti inskripsi Sungai Mas II, alat-alat batu yang diperbuat daripada batu lumpur, pelipit padma dan gantha, tempayan yang diperbuat daripada batu granit, votive tablet dan manik pelbagai jenis warna, bentuk dan bahan. Makara Sungai Mas dihiasi dengan uliran motif seperti belalai gajah, tanduk kerbau, mulut buaya, cakra dan dewa air yang terdapat dalam mulut buaya. Signifikannya penemuan ini ialah jumpaan buat julung kalinya sebuah makara yang berasosiasi dengan pelapik tiang, bendul pintu dari bongkah batu yang besar yang dipercayai menjadi salah satu struktur di bahagian tangga candi. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan makara ini juga sama iaitu daripada jenis batu granit.

Foto 1.0 Makara

Makara yang dijumpai di Sungai

(7)

Makara yang dijumpai di Melaka merupakan penemuan budaya kebendaan terpenting kerana ia merupakan makara yang pertama ditemui di Malaysia. Ia dijumpai dalam tahun 1974 di bahagian dinding taman Bangunan Stadhuys berdekatan dengan persimpangan Jalan Kota dan bertentangan dengan Pejabat Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka (Nasha Rodziadi Khaw et all, 2010). Ukiran motif pada makara di Melaka menunjukkan ia adalah hampir sama dari segi motifnya dengan ukiran motif makara di Sungai Mas, Lembah Bujang, Kedah. Berdasarkan gaya dan motif ukiran antara makara di Jawa serta makara di Sumatera maka makara di Melaka berkemungkinan dapat diberi pentarikhan pada abad ke 11 Masehi (Piriya Krairiksh, 1974).

ii. Votive Tablet

Votive tablet atau sering kali juga disebut ‘Kalam Semah’. Objek ini diperbuat daripada tanah liat, berbentuk leper dengan ketebalan antara 5-10 mm dengan anggaran saiz lebih kurang sebesar tapak cawan atau gelas minuman. Warna votive tablet agak perang kekuningan dengan sedikit warna kehitaman kesan daripada api pembakaran. Apa yang menarik tentang votive tablet

ialah lakaran berbentuk imej Buddha yang dipaparkan pada permukaan sama ada dalam bentuk imej Buddha berdiri atau imej Buddha yang sedang duduk.

Jika dilihat dari segi fungsi, biasanya votive tablet atau kalam semah akan dipersembahkan kepada si mati yang di dalam sesuatu masyarakat yang mengamalkan budaya Hindu-Buddha. Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, kalam semah ini selalu dibakar bersama-sama abu mayat si mati. Walau bagaimanapun tidak semua kalam semah ini mempunyai kesan abu mayat. Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman lagi, kalam semah yang tidak mempunyai kesan abu mayat berkemungkinan dipersembahkan kepada orang yang sama. Ini bermakna jika kematian berlaku, bukan setakat satu kalam semah dipersembahkan tetapi banyak. Ini mungkin bergantung kepada kedudukan atau taraf si mati di dalam sesuatu masyarakat tersebut.2

Foto 2.0 Votive Tablet (Kalam Semah)

Imej Buddha Duduk Imej Buddha Berdiri

(8)

Setakat ini, penemuan votive tablet yang dilaporkan hanya di Semenanjung Malaysia sahaja, antaranya ialah di kawasan Ulu Kelantan. Salah satu lokasi yang juga menemui votive tablet

ialah Gua Tampaq, Sungai Bering, Ulu Kelantan, Kelantan. Lokasi ini pernah dibuat kajian oleh B.A.V. Peacock dan F.L. Dunn iaitu dua orang ahli arkeologi Inggeris yang bertugas di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara penemuan mereka selain votive tablet ialah alat-alat batu pebel dengan kesan repihan pada sebahagian atau keseluruhan permukaannya, siput sedut dan serpihan tulang haiwan. Pada tahun 1973, Al-Rashid, Kurator Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti membuat kajian susulan dan turut menemui votive tablet, alat persembahan yang dikaitkan dengan Hindu-Buddha Malayanist iaitu zaman Srivijaya (670-1000 Masehi).3 Penemuan votive

tablet ini mempunyai persamaan dengan penemuan yang dilaporkan oleh Adi Taha hasil penyelidikannya di Gua Chawas, Ulu Kelantan yang membuktikan kewujudan satu petempatan kerajaan Melayu pra-Islam di Hulu Kelantan.4

Pada tahun 1991, sekumpulan penyelidik menemui votive tablet dari zaman kebudayaan Srivijaya di dalam Gua Berhala, berhampiran Gua Chawas.5 Di dalam Gua Berhala, para penyelidik menemui votive tablet yang mempunyai kesan terbakar, diperbuat daripada tanah liat dari zaman kebudayaan Srivijaya. Penemuan simbol upacara penyembahan silam ini memberikan bukti baru arkeologi bahawa pengaruh kerajaan Srivijaya telah meluas dari had kawasan-kawasan pantai.6 Penyelidikan tapak ini telah dilakukan oleh Adi Taha pada tahun 1994. Antara penemuan penting di tapak ini ialah serpihan tulang haiwan, siput air tawar dan alat-alat batu yang diperbuat daripada batu pebel sungai dan juga serpihan tembikar tanah dengan ragam hias anyaman tali.7 Namun penemuan yang sangat menarik di tapak ini ialah

votive tablet.8 Penemuan votive tablet Hindu-Buddha Malayist dengan imej Buddhisartva dan Avaloketisvara zaman Srivijaya (670 Masei hingga 1000 Masehi) membuktikan kewujudan kerajaan purba Chih’tu, sebuah kerajaan Melayu pra-Islam di Hulu Kelantan.9 Sebanyak 1000

3 ibid.

4 Zulkifli Jaafar, Gua-gua batu kapur di Malaysia dalam perspektif arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2003, hlm. 214.

5 ibid, hlm. 181. 6 ibid.

(9)

keping votive tablet ditemui di tapak ini dan dibuat di kawasan ini oleh masyarakat yang mengamalkan budaya ini yang dipercayai ada kaitannya upacara keagamaan yang berhubung dengan kematian.10 Malahan ada pendapat ahli arkeologi prasejarah menyatakan bahawa votive

tablet ini dihasilkan di kawasan Gua Chawas.11 iii. Gendang Gangsa

Gendang gangsa Timbang Dayang ditemui di sebuah lokasi yang dikatakan tapak pengkebumian Bukit Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Tapak ini merupakan sebuah gua berukuran 3 meter panjang, 1.5 meter lebar dan 1.8 meter tinggi. Gua tersebut terletak di pertengahan Bukit Timbang Dayang, kira-kira 7 kilometer dari Pejabat Kecil Banggi, Kudat. Berdasarkan laporan penemuan yang diperolehi semasa kerja-kerja ekskvasi penyelamatan pada Mac 1995, tapak ini berusia lebih kurang 1,000 tahun dahulu. Setakat ini, Timbang Dayang adalah satu-satunya tapak pengkebumian Zaman Gangsa yang diketahui di Sabah. Turut dijumpai di tapak ini ialah beberapa bekas dan serpihan tembikar yang berhias yang belum pernah dijumpai di Sabah, tetapi terdapat di gua-gua Tabon, di Pulau Palawan, Filipina, ke utara Pulau Banggi. Artifak lain termasuklah manik akik merah yang dipercayai berasal dari India dan Parsi. Setakat ini dipercayai kesemua artifak tersebut adalah barang iringan yang digunakan untuk upacara pengebumian.

Foto 3.0 Struktur Fizikal Gendang Gangsa Timbang Dayang, Sabah

D. Manifestasi di sebalik Penemuan Objek

Manifestasi di sebalik penemuan objek seperti makara, votive tablet dan gendang gangsa boleh ditinjau dari aspek seperti berikut;

i. Amalan dan Kepercayaan Masyarakat Nusantara

10 ibid.

(10)

Penemuan objek makara, votive tablet dan gendang gangsa di Malaysia secara tidak langsung mempunyai maksudnya yang tersendiri. Manifestasi penemuan objek ini adalah jelas iaitu masyarakat di Nusantara menerima pengaruh luar. Sudah tentu kehadiran pengaruh luar memberikan pengaruh kesan yang mendalam dalam pembentukan sosiobudaya masyarakat Nusantara. Umpamanya, makara dikaitkan dengan pengaruh agama Hindu-Buddha kerana lazimnya makara diletakkan di hadapan candi. Ia berkaitrapat dengan kepercayaan untuk mengusir dewa yang bermaksud jahat. Berdasarkan jumpaan makara sama ada di Semenanjung Tanah Melayu atau di beberapa lokasi lain di Nusantara jelas ia menunjukkan penerimaan masyarakat Nusantara terhadap agama dari India. Quaritch-wales membahagikan perkembangan pengaruh India di Lembah Bujang (Kedah) kepada tiga kategori;

i. Zaman Buddha (dari abad 4 – 5 Masehi) ii. Zaman Hindu (dari abad 6 – 8 Masehi)

iii. Zaman Buddha Mahayana (dari abad 9 - 10 Masehi).12

Kedah Tua dikaitkan sebagai sebuah kerajaan yang menerima dan mengamalkan unsur kebudayaan India. Penduduk tempatan di Kedah Tua memeluk agama Hindu-Buddha dikatakan telah menerima unsur kesenian India berdasarkan tinggalan candi dan arca yang ditemui di Lembah Bujang. Antara bukti arkeologi ialah penemuan arca Buddha di tapak 16A, pecahan arca kepala Buddha, arca Hariti dan tinggalan candi Buddha. Salah satu objek yang dibincangkan dalam kertas kerja ini ialah votive tablet.

Sementara itu votive tablet dikaitkan dengan pengaruh agama Buddha. Ini berdasarkan kepada lakaran motif hiasan yang menunjukkan imej Buddha yang sedang duduk atau ada juga yang berdiri. Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, kerajaan di Sungai Mas mula terbentuk pada abad ke-5/6 Masehi iaitu ketika kerajaan Funan sudah mengalami zaman kejatuhan. Ini berasaskan tinggalan candi Sungai Mas (Tapak 32) yang diberi pentarikhan pada abad ke-5/6 Masehi berdasarkan jumpaan kalam semah (votive tablet) dan batu bersurat yang berasosiasi dengan halaman candi. Berdasarkan imej Buddha yang dipaparkan pada votive tablet

dan skrip tulisan pallava pada batu bersurat menunjukkan kedua-duanya dihasilkan pada abad ke-5/6 Masehi.13 Walau bagaimanapun kajian terkini menunjukkan bahan yang digunakan untuk membina candi tersebut adalah bahan mentah tempatan. Pada masa ini juga, Kataha merupakan pusat penyebaran agama Buddha di Nusantara di samping Jambi dan juga Palembang. Pada masa ini, kebanyakan rumah ibadat banyak dibina di tebing Sungai Muda sebagai keperluan untuk memenuhi tuntutan rohani mereka dan pusat pentadbirannya terletak di Sungai Mas. Agak menarik, walaupun pada abad ke-7 Masehi, Kataha berada di bawah naungan kerajaan Srivijaya, tetapi pemerintahan di Kataha masih dari kalangan raja Kataha sendiri. Kerajaan Srivijaya pada masa itu menggunakan Kataha dan juga Takuapa, Jambi, Ligor, Chaiya dan Tambralinga untuk mengawal aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan di selatan Thai di sebelah Laut China Selatan supaya tidak jatuh ke tangan pihak lain.

12 H.G. Quaritch-wales, Archaeological research on ancient Indian colonization in Malaya, JMBRAS, Vol. XVIII, Part 1, 1940, hlm 28-30.

(11)

Kegemilangan kerajaan Kataha berterusan sehingga abad ke-11 Masehi dan kemakmuran ini sedikit tergugat apabila Kataha diserang oleh Raja Cola iaitu Rajendra 1. Peristiwa ini diceritakan dalam inskripsi Tamil Rajendra 1 Cola (1025) di mana Raja Cola telah bertindak menyerang pelabuhan di pesisir Selat Melaka dan juga di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu (Nilakanta Sastri 1949). Pada tahun 1068, berdasarkan inskripsi Perumber (1069-1070 M) atas permintaan Raja Srivijaya, Kedah sekali lagi diserang oleh Raja dari kerajaan Cola bernama Virarajendra. Ini kerana kerajaan Kataha pada ketika itu bangun memberontak menentang kerajaan Srivijaya. Bagaimanapun pemberontakan ini gagal dan Kataha diserahkan kepada kerajaan Srivijaya semula. Aktiviti perdagangan diteruskan sehinggalah Melaka muncul sebagai pelabuhan entrepot di Selat Melaka mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Kataha.14

Walau bagaimanapun, penemuan gendang gangsa Timbang Dayang mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana berdasarkan pemerhatian ke atas struktur fizikal, didapati gendang ini berlainan dengan gendang gangsa yang ditemui di Semenanjung Malaysia yang rata-ratanya adalah dari jenis Heger I (Adnan Jusoh 2012). Menurut Leong Sau Heng (2002), gendang gangsa Timbang Dayang adalah bukan dari klasifikasi Heger I. Sebaliknya gendang gangsa Timbang Dayang didapati lebih mirip kepada model gendang moko atau gendang pejeng dari Bali, Indonesia. Gendang pejeng dianggap satu objek yang suci dan dipuja oleh masyarakatnya. Ini kerana menurut kepercayaan mereka gendang tersebut adalah bahagian bulan yang jatuh dari langit. Terdapat sebuah gendang pejeng di Bali yang masih utuh dengan ukuran setinggi 1.86 meter dan garis tengahnya 1.60 meter. Objek ini disimpan di sebuah pura (rumah ibadat atau kuil) di desa Intaran daerah Pejeng dan menurut kepercayaan kuil ini dinamakan ‘Pura Panataran Sasih (Bulan)’(R. Soekmono 1973). Secara perbandingan, rupa bentuk struktur gendang gangsa Timbang Dayang, gendang moko dan gendang pejeng adalah seperti di dalam rajah berikut;

Foto 4.0 Perbandingan Struktur Fizikal Gendang gangsa

Timbang Dayang

Gendang Moko Gendang Pejeng

(12)

bangsawan dan masyarakat awam).15 Pendek kata, kehadiran gendang gangsa di Pulau Timbang Dayang, Kudat, Sabah secara tidak langsung juga menunjukkan wujudnya hubungan sama ada dalam kalangan pedagang atau masyarakat Bali, atau dengan kata lain adalah juga dalam konteks masyarakat Nusantara amnya.

ii. Bukti Perluasan Kuasa Kerajaan Srivijaya

Srivijaya merupakan sebuah empayar yang besar sebelum kemunculan kerajaan Majapahit atau Melaka. Walaupun penguasaan kuasa kerajaan Srivijaya yang luas, namun agak sukar untuk melihat kesannya dalam bentuk budaya kebendaan. Selain batu bersurat, bukti kewujudan kerajaan Srivijaya terlalu sedikit untuk dilihat berbanding dengan kerajaan Majapahit yang meninggalkan sejumlah candi keagamaan. Namun dengan penemuan sejumlah besar votive tablet di Ulu Kelantan menimbulkan sedikit persoalan. Antaranya ialah bagaimanakah ia boleh tersebar, adakah penemuan objek ini boleh dikaitkan dengan polisi perluasan kuasa dari luar. Ini kerana imej Buddha sama ada dalam keadaan duduk atau berdiri, ia adalah lambang keagamaan. Tentu sekali agama juga turut berkembang adalah berkait dengan kuasa sesebuah kerajaan. Sebagaimana yang dinyatakan I-tsing, yang menjejakkan kakinya di Srivijaya pada abad ke-7 Masehi sudahpun menjadi pusat pengajaran agama Buddha.16 Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Srivijaya sudahpun muncul sebagai sebuah kerajaan sebelum 671 Masehi lagi. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman menulis dalam artikel beliau, Srivijaya as Socio-political and Cultural Entity, turut menyatakan pendapat yang sama.

Terdapat banyak lokasi yang berpotensi sebagai pusat pemerintahan Srivijaya di sepanjang Selat Melaka. Umpamanya, George Coedès mencadangkan lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya ialah Palembang yang terletak di Kepulauan Sumatera.17 Sungguhpun begitu, pandangan George Coedès ini telah disanggah oleh Quaritch Wales dan beberapa sarjana Thailand.18 Mereka berpendapat bahawa kawasan di sekitar perairan selatan Thailand berhampiran dengan Selat Melaka merupakan pusat pemerintahan Srivijaya kerana lokasinya yang strategik dan idea ini disokong melalui penemuan artifak yang mempunyai ciri kesenian Srivijaya di sekitar kawasan tersebut.19 Quaritch-Wales dan beberapa orang sarjana Thailand juga berpendapat kedudukan geografi Palembang yang terlalu jauh ke selatan Selat Melaka bukanlah lokasi yang strategik sebagai pusat pemerintahan Srivijaya. Sebenarnya pandangan mereka ini juga mempunyai rasionalnya memandangkan tidak ada sebarang penemuan berkaitan dengan kerajaan Srivijaya di Palembang.20 Sungguhpun pandangan beliau ditolak, sekali lagi pada 1936, George Coedès menegaskan bahawa Palembang merupakan pusat pemerintahan Srivijaya dan pendapat beliau kali ini disokong oleh Nilanka Sastri pada 1949.21 Pendapat George Coedès ini akhirnya dikukuhkan melalui penjumpaan inskripsi yang memperihalkan tentang kerajaan 15 D. K. Gede, Fungsi Moko dalam kehidupan masyarakat Alor, Forum arkeologi, Bil II, Balai Arkeologi Denpasar, Bali, Indonesia, 1994-1995, hlm. 77.

16 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah Pengaruh Islam, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000, hlm. 64.

17ibid, hlm. 61.

18 Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd. Rahman, The Kingdom of Srivijaya as Socio-political and Cultural Entity. Dlm. J. Kathirithamby-Wells, & Villiers J. (Eds.), The Southeast Asian Port and Polity: Rise and Demise, Singapore University Press, Kent Ridge, 1990, hlm. 61-81.

19 ibid. 20 ibid.

(13)

Srivijaya di sekitar Palembang.22 Jumpaan inskripsi ini secara tidak langsung telah menghentikan perdebatan antara sejarawan dan ramai dalam kalangan mereka mulai mengakui bahawa Palembang merupakan pusat pemerintahan Srivijaya selepas 683 masihi.23 Namun demikian, apakah pula kaitannya dengan votive tablet dalam isu ini. Secara tidak langsung penemuan

votive tablet di Ulu Kelantan menunjukkan elemen perluasan kuasa berlaku kerana seperti yang dikatakan oleh I-tsing Srivijaya menganut agama Buddha. Ini membuktikan wujud hubungan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sumatera dalam konteks perluasan kuasa oleh Srivijaya dan sekaligus juga menyebarkan agama Buddha. Ini selari dengan pandangan Zuliskandar Ramli,

The most interesting finding in Chawas Cave was the Mahayana Buddhism votive tablet made from clay. More than a thousand votive tablets have been found in this area which indicated that maybe some of the communities living in Hulu Kelantan had been influenced culturally by the Srivijaya Empire and practised Mahayana Buddhism.24 Several scholars have also associated the finding with the kingdom of Chih-tu where in the Sui Dynasty had sent their ambassadors to this area in 607 to 610 CE (Wheatley, 1961; Zulkifli, 2003). Votive tablets are small Buddhist icons, usually made from baked or unbaked clay by a press-mold technique.25

Tegas Zuliskandar Ramli lagi, ...the votive tablets found in Chawas in Chawas Cave showed several Buddhist images which are associated with the Srivijaya Kingdom which existed from 7th century AD untill 12th century AD.26 Justeru itu, sepanjang tempoh penguasaan Srivijaya tersebut kemungkinan besar votive tablet adalah sebahagian daripada bukti penyebaran pengaruh agama Buddha di Ulu Kelantan khususnya dan Semenanjung Tanah Melayu amnya.

iii. Perdagangan

Ramai ahli arkeologi berpendapat bahawa sebahagian daripada faktor penyebaran budaya kebendaan di Asia Tenggara termauk Nusantara adalah disebabkan oleh kegiatan perdagangan. Realitinya sebelum muncul aktiviti perdagangan, masyarakat prasejarah di Asia Tenggara terlibat dengan aktiviti memburu dan mengumpul hasil hutan. Selepas zaman Paleolitik dan Hoabinh, diikuti pula dengan kemunculan zaman Neolitik, aktiviti pertanian semakin giat diamalkan oleh masyarakat AsiaTenggara. Namun selepas zaman Logam, masyarakat Asia Tenggara termasuk di Nusantara mula terlibat dengan aktiviti perdagangan. Meskipun aktiviti pertanian masih diamalkan, namun sedikit demi sedikit aktiviti perdagangan mulai berkembang dan diterima oleh masyarakat di Nusantara. Aktiviti perdagangan berlangsung sejajar dengan berkembangnya sistem perhubungan khususnya pengangkutan melalui jalan laut.

22Those inscriptions are Palas Pasemah, Lampung inscription, Talang Tuwo inscription, the Kota Kapur inscription, the Kedukan Bukit inscription (682 AD) and the Telaga Batu inscription.

23 Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd. Rahman, The Kingdom of Srivijaya as Socio-political and Cultural Entity. Dlm. J. Kathirithamby-Wells, & Villiers J. (Eds.), The Southeast Asian Port and Polity: Rise and Demise, Singapore University Press, Kent Ridge, 1990, hlm. 63.

24 Zuliskandar Ramli, et all, X-Ray Diffraction (XRD) and X-Ray Flourescence (XRF) Analysis of proto-historic votive tablets from Gua Chawas Cave, Hulu Kelantan, Malaysia, Research Journal of Applied Sciences, Engineering and technology 7(7), 2013, hlm. 1.

(14)

Namun demikian, menjelang penghujung zaman Besi dan bermulanya zaman Gangsa, aktiviti ekonomi masyarakat di Nusantara telah berkembang dengan pesat. Beberapa tapak arkeologi di Asia Tenggara ditemui dan dipercayai tersebar melalui aktiviti perdagangan.

Based on archaelogical discoveries in Thailand and Vietnam, the Bronze Age in Southeast Asia is believed to have started about the middle of the 2nd millennium BCE. Bronzeware discovered from the early period includes sharp implements like socketed celts, axes, as well as personal ornament such as bracelets. This bronzewaare was made from a mixture of copper, tin and lead.27

Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman lagi, selepas 500 BCE, aktiviti perdagangan melalui jalan laut tidak hanya berlaku di Asia Tenggara dan Nusantara sahaja, sebaliknya perkembangan ini turut melibatkan konteks perdagangan yang bersifat global sehingga melewati negeri seperti Sri Lanka, India dan kemungkinan juga di kawasan Mediterranean dan Afrika.28 Sementara itu menurut Mohd. Dahlan Mansoer (1997:1), negeri-negeri dalam Nusantara dan Asia Tenggara telah menjadi laluan awal hubungan perniagaan antara India dan China sejak sebelum Masihi lagi. Hubungan perniagaan antara keduanya menjadi semakin aktif setelah abad pertama Masihi. Pada masa ini juga wujud negara bandar atau city state di sepanjang laluan perniagaan tersebut termasuklah di Semenanjung Tanah Melayu.29

Justeru itu, penemuan gendang gangsa Timbang Dayang jelas menunjukkan ia tersebar adalah hasil hubungan perdagangan di antara pelaut/pedagang di utara Pulau Borneo dengan pedagang dari Pulau Jawa. Kehadiran gendang gangsa Timbang Dayang berkemungkinan besar adalah dari Indonesia sama ada dari Kalimantan, Bali, Alor, Pulau Jawa atau lain-lain pulau di Indonesia. Rupa bentuk gendang gangsa Timbang Dayang yang lebih mirip kepada gendang moko gan pejeng jelas menunjukkan ia bukan berasal dari Vietnam sebaliknya ia berasal dari kepulauan Nusantara. Penyebaran ini juga tentunya disebabkan oleh fungsi gendang gangsa di dalam sosiobudaya masyarakat Nusantara.

E. KESIMPULAN

Penemuan makara, votive tablet dan gendang gangsa Timbang Dayang amat penting, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memahami sosiobudaya masyarakat di Nusantara pada zaman prasejarah dan protosejarah. Objek tersebut bukan hanya menyerlah keunikan rupa bentuk, pola hiasan dan fungsinya sahaja, bahkan turut memberikan informasi kepada para penyelidik untuk membuat interpretasi khususnya tentang sosiobudaya masyarakat Nusantara pada zaman prasejarah dan protosejarah. Penyebaran gendang gangsa ini juga adalah berkaitrapat dengan fungsinya yang pelbagai sehingga ia disebarkan melalui perdagangan di Nusantara.

Selain itu, banyak juga aspek tersirat yang dapat dicungkil di sebalik penemuan objek tersebut. Umpamanya, makara dan votive tablet didapati lebih memaparkan unsur agama dan kepercayaan dari India, sama ada Hindu atau Buddha telah menyerap dan diamalkan oleh 27 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Early history, Arhipelago Press, Singapore, 1998, Vol 4, hlm. 36. 28 ibid, hlm. 51.

(15)

masyarakat di Nusantara. Sungguhpun menerima pengaruh keagamaan dari India, namun elemen seni pembuatan didapati masih tetap menyerlahkan unsur tempatan. Begitu juga dengan gendang gangsa Timbang Dayang yang menonjolkan elemen tempatan berdasarkan rupa bentuk motif dan pola hiasan yang mirip dengan gendang moko dan pejeng. Pendek kata, ketiga-tiga objek yang dibincangkan membuka lembaran baru khususnya di dalam memahami sosiobudaya masyarakat Nusantara pada zaman prasejarah dan protosejarah.

F. RUJUKAN

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Gede, D. K. 1997. Nekara sebagai wadah kubur Situs Manikliyu, Kintamani. Forum arkeologi. II: 39-47.

Mohd. Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar sejarah Nusantara awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd. Rahman. 1990. The kingdom of Srivijaya as socio-political and cultural entity. Dlm. J. Kathirithamby-Wells & Villiers J. (Eds.). The Southeast Asian Port and Polity: Rise and Demise. Kent Ridge: Singapore University Press.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1998. Early history. 4. Singapore: Archipelago Press.

Zuliskandar Ramli et al. 2007. Kajian komposisi kimia kalam semah dan tembikar tanah yang ditemui di Gua Bukit Chawas. Dlm. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 20, Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Zuliskandar Ramli, et al. 2013. X-Ray Diffraction (XRD) and X-Ray Flourescence (XRF) Analysis of proto-historic votive tablets from Gua Chawas Cave, Hulu Kelantan, Malaysia. Research Journal of Applied Sciences, Engineering and technology 7(7). Zuliskandar Ramli, et al. Kajian komposisi kimia kalam semah dan tembikar tanah yang ditemui

di Gua Bukit Chawas. 2007. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 20. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Zuliskandar Ramli, Kemakmuran Kedah Tua: Peranan dan sumbangan masyarakat pesisir Guar Kepah. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Mardiana Nordin. 2012. Kedah warisan dan sejarah. Bangi: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Bahasa di daerah Kabupaten Kampar bagian timur dan di daerah bekas Kerajaan Siak masih murni karena tidak terdapat pengaruh yang. besar dari

3) Mengidentifikasi “Social function” dari lirik lagu dengan Mengerjakan LK1 (melingkari “social function” yang tepat dalam tabel). 4) Menyajikan hasil identifikasi (hasil

d) Taip nama fail seperti yang telah disimpan semasa di langkah 16. Satu pop up screen seperti di skrin 24 terpapar. Sistem akan menjalankan proses muat turun sehingga satu pop

(Doc.Widi,30 Mei 2016) Tata rias juga memiliki bagian penting terkait pengungkapan isi dan memepertegas garis-garis wajah di atas panggung dengan jarak pandang

TAEKWONDO UNTUK MENGEMBANGKAN KECERDASAN KINESTETIK PESERTA DIDIK DI MADRASAH IBTIDAIYAH AL-FALAH GEDONGAN TAHUN PELAJARAN 2018. Skripsi, Fakultas Keguruan dan Ilmu

Indikator Kriteria & Bentuk Penilaian Metode Pembelajaran (Estimasi Waktu) Materi Pembelajaran (Pustaka) Bobot Penilaian (%) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) makna ruang

9. Buruknya postur tubuh.. Sekali lagi, demonstrasi prosedur akan mencegah banyak masalah yang berkaitan dengan pemeriksaan spirometri dan, mengingat bahwa semua upaya

kepemimpinan kepala sekolah, iklim sekolah dan kinerja mengajar guru Sekolah Dasar. Langkah-langkah pengumpulan data melalui angket adalah sebagi berikut. a)