• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bil 07/2010 Edisi JULAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bil 07/2010 Edisi JULAI"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

http://www .lpp.gov .my

Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid Grafik Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,

50990 Kuala Lumpur Penaung

Hj. Arpan Shah bin Hj. Satu Penasihat Hj. Ramli bin Salikan

Ketua Pengarang Rosmina bt Ishak

Penyunting Azizan bin Hj. Othman Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah Transformasi Nik Mazri bin Mat Yusof Mohd Haniff bin Asim @ Hashim

Naharuddin bin Abd Rahman Shafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail Berita Transformasi Elektronik

boleh dilayari http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:

OMR Press Sdn. Bhd.

Tel: 03-8024 6396

Bil 07/2010 Edisi JULAI

Warga Lembaga Pertubuhan Peladang ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada

HAJI ARPAN SHAH BIN SATU

di atas pelantikan sebagai

KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG berkuatkuasa pada 4 Julai 2010

Tahniah

(2)

Berita Transformasi Pertanian http://www .lpp.gov .my

Oleh : Rosly bin Abdul Rahman [email protected]

T anggal 1 Jun 2010 merupakan satu lagi detik peristiwa dalam catatan sejarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) apabila Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal bin Dahalan telah dilantik sebagai Pengerusi baru menggantikan Yang Berhormat Senator Tan Sri Abu Zahar bin Nika Ujang yang telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negara. Dato’ Haji Zainal merupakan Pengerusi LPP ke 5 yang akan menyambung kegemilangan organisasi dan pergerakan Pertubuhan Peladang.

Sambil melahirkan rasa terharu di atas pelantikan ini, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya menerajui LPP. “Saya terima amanah ini, saya berasa insaf bahawa ini bukan sesuatu yang dikaitkan dengan keistimewaan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar dan penting terutamanya untuk kemajuan pergerakan Pertubuhan Peladang. Pelantikan

ini juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap warga dan kepimpinan peladang seluruhnya”, kata Dato’ Haji Zainal bin Dahalan.

Melalui pengalaman yang cukup berharga selama 28 tahun bersama pergerakan Pertubuhan Peladang, beliau berkeyakinan mampu meneruskan kesinambungan bagi memartabatkan institusi ini. Jiwa dan raga serta niat murninya ketika awal penglibatan bersama peladang adalah untuk melihat masyarakat yang kebanyakannya merupakan golongan miskin ini akan terus mendapat pembelaan sewajarnya. Dato’ Haji Zainal memulakan langkah bersungguh-sungguh di peringkat akar umbi bersama masyarakat peladang melalui pergerakan Pertubuhan Peladang sejak tahun 1982 sebagai pengasas dan seterusnya menerajui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor sehingga tahun 1987.

Dato’ Haji Zainal kemudiannya selangkah lagi ke hadapan dan dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor dari tahun 1986 sehingga tahun 2010. Di peringkat pergerakan tiga peringkat yang paling tinggi, beliau merupakan Ahli Jemaah

FAHAMI DENYUT NADI AHLI PELADANG Harapan Pengerusi Baru, Lembaga

Pertubuhan Peladang Malaysia

Berita Transformasi Pertanian

(3)

Berita Transformasi Pertanian http://www .lpp.gov .my FAHAMI DENYUT NADI AHLI PELADANG Harapan Pengerusi Baru, Lembaga

Pertubuhan Peladang Malaysia

Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dari tahun 1990 sehingga tahun 2010. Tambahan pula, pengalaman sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan awam Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen turut membantu bagi melicin dan memantapkan lagi hala tuju pergerakan Pertubuhan Peladang selepas ini.

Dato’ Haji Zainal dilahirkan dalam tahun 1948 dan dibesarkan dalam masyarakat peladang. Beliau pernah menyumbang khidmat sebagai Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat di Daerah Sabak Bernam yang mana masyarakatnya terkenal dengan kerajinan dan kesungguhan bekerja serta sebahagian besarnya terlibat dalam bidang pertanian terutama tanaman padi, kelapa dan sebagainya. Ini memudahkan beliau memahami kemahuan dan kehendak masyarakat peladang, kelebihan yang patut ditambahbaik serta kelemahan yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Oleh yang demikian, beliau meletakkan harapan tinggi agar LPP akan terus memainkan peranan bagi pihak Kerajaan untuk menjaga kepentingan ahli-ahli peladang ini.

Ini kerana ahli-ahli peladang merupakan aset penting dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam pengeluaran bahan makanan negara.

Dato’ Haji Zainal menambah, “Menjadi harapan saya, akan wujud satu kerjasama yang jitu di antara LPP, Pertubuhan Peladang (PP), pemimpin-pemimpin peladang dan kumpulan sasar (ahli peladang) selaras dengan penubuhan LPP oleh Allahyarham Tun Abdul Razak

Hussien, Mantan Perdana Menteri Malaysia”. LPP akan terus memainkan peranan lebih proaktif bagi memajukan sektor pertanian dengan memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi serta matlamat penubuhan LPP terutamanya kepada generasi muda yang akan mewarisi sektor pengeluaran bahan makanan masa hadapan di samping menjayakan gagasan Satu Malaysia dalam pergerakan Pertubuhan Peladang itu sendiri.

Bagi Dato’ Haji Zainal, LPP berasa amat bertuah diberikan kepercayaan sebagai pengantara kepada Kerajaan terutamanya dalam menyalurkan bantuan seperti peruntukan, insentif dan pelbagai kemudahan lain kepada masyarakat peladang. Pegawai-pegawai LPP di peringkat Pertubuhan Peladang akan menjadi mata dan telinga Kerajaan serta mendekati masyarakat peladang bagi mengetahui permasalahan yang wujud supaya dapat diselesaikan dengan segera.

Dalam suasana politik sekarang, Dato’ Haji Zainal agak kecewa kerana terdapat segelintir ahli peladang yang tidak menghargai sumbangan dan bantuan Kerajaan kepada mereka. Walaupun rata-rata di kalangan mereka adalah penyokong kuat Kerajaan suatu ketika dulu. “Oleh yang demikian, kita perlu bertindak lebih proaktif untuk memberi kefahaman dan mengembalikan keyakinan masyarakat luar bandar khususnya ahli peladang untuk terus menyokong dasar-dasar Kerajaan kerana sekian lama Kerajaan telah membantu mereka”, tambah Dato’ Haji Zainal lagi.

http://www .lpp.gov .my

(4)

Berita Transformasi Pertanian http://www .lpp.gov .my Pengerusi LPP mahukan PPK memainkan peranan yang

lebih besar dalam menggembleng ahli-ahli peladang di mana pada hakikatnya merupakan golongan teramai dari kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. “Jadi inilah pergerakan yang kita wujudkan untuk menggembleng modal, tenaga dan usaha di dalam Pertubuhan Peladang dan akhirnya faedah akan dinikmati oleh masyarakat peladang itu sendiri”, ujar Dato’ Haji Zainal lagi.

Beliau juga teruja apabila menyingkap kisah silam pada zaman sebelum penubuhan LPP dan Pertubuhan Peladang.

“Saya teringat semasa menjadi Pegawai Daerah Sabak Bernam, terdapat sebuah Persatuan Peladang bernama Persatuan Peladang Suka Maju dibawah pimpinan Saudara Harun Manan. Saya ingat lagi itulah persatuan peladang yang cukup terkenal pada masa itu di Sungai Besar”, tambah Pengerusi LPP lagi. Pada masa itu, banyak persepsi daripada ahli bahawa bila wujud persatuan maka mereka boleh meminjam dan menggunakan pelbagai kemudahan.

Ahli begitu bergantung kepada persatuan peladang ini.

Bagi menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat peladang, Pengerusi LPP menggariskan 3 perkara penting perlu diberikan keutamaan. Pertama, beliau mengharapkan sokongan dan kesefahaman semua peringkat supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah.

Baginya semua pihak perlu berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran kepada bangsa kerana ini merupakan satu ibadah.

Kedua, semua pihak semestinya memahami objektif organisasi, baik di LPP atau di Pertubuhan Peladang.

Bekerja sebagai satu pasukan sama ada pegawai

atau pemimpin peladang, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada organisasi serta meletakkan sentimen atau semangat kekitaan kepada organisasi. Dan ketiga, supaya organisasi mencapai tahap terbaik, tidak bekerja untuk diri menjadi terkenal, tidak bekerja kerana wujud perasaan takut tetapi sebaliknya menjadikan kerjaya sebagai sesuatu yang disukai dan diminati.

Dato’ Haji Zainal akhirnya mengingatkan penjawat LPP dan Pertubuhan Peladang berkenaan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” supaya dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada kumpulan sasar. Begitu juga dengan “Program Transformasi Kerajaan” yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, merupakan satu cabaran kepada LPP dan Pertubuhan Peladang dalam memenuhi jangkaan dan harapan ahli peladang. Semua ini menuntut kepada pemikiran yang kreatif dan inovatif, pantas membuat keputusan, mementingkan keberhasilan dan nilai pulangan yang maksimum daripada usaha yang dijalankan.

Banyak lagi pengharapan yang masih belum dilafazkan ketika ini tetapi berjanji akan meletakkan LPP dan pergerakan Pertubuhan Peladang pada tahap yang dihormati. “Saya pernah menjadi pegawai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) selama 11 tahun. Saya pernah masuk dalam kancah politik selama 22 tahun dan saya berada dalam pergerakan paladang cukup lama. Jadi pengalaman inilah insyaAllah yang saya dapat kongsikan. Jadi harapan saya untuk mewujudkan kerjasama persefahaman yang cukup baik di semua peringkat, sama ada pegawai atau pemimpin peladang demi memajukan masyarakat peladang”

Berita Transformasi Pertanian

(5)

Berita Transformasi Pertanian http://www .lpp.gov .my

INFO PENGERUSI LPP KE 5

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : Dato’ Haji Zainal bin Dahalan Tarikh Lahir : 27 Februari 1948

Tempat Lahir : Kuala Selangor ANUGERAH DARJAH KEBESARAN

• Darjah Panglima Mahkota Selangor (DPMS)

• Johan Setia Mahkota (JSM)

• Kesatria Mangku Negara (KMN)

• Pingat Jasa Kebaktian (PJK) KELULUSAN

• Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, Kuala Selangor

• Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur

• Universiti Malaya, Kuala Lumpur, B.A. (HONS) PENGALAMAN

• Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor (1971 – 1972)

• Timbalan Pegawai Kewangan

Perbendaharaan Negeri Selangor (1972 – 1973)

• Penolong Ketua Pengarah Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1973 – 1974)

• Pegawai Daerah, Pejabat

Daerah Sabak Bernam, Selangor (1974 – 1978)

• Ketua Penolong Setiausaha Kementerian

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1978 – 1982)

• Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (1982 – 1990 dan 1994 – 1999)

• Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (1990 – 1994)

• Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (1999 – 2004)

• Ahli Lembaga Pengarah

Bank Pertanian Malaysia (2005 – 2008)

http://www .lpp.gov .my

(6)

Berita Transformasi Pertanian http://www .lpp.gov .my JAWATAN SUKARELA

• Pengasas dan Pengerusi PPK Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor (1982 – 1987)

• Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (1986 – 2010)

• Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan

Peladang Kebangsaan (NAFAS) (1990 – 2010)

• Presiden Persatuan Renang Negeri Selangor (1988 – sekarang)

• Presiden Persatuan Badminton Negeri Selangor (1986 – 2002)

• Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (1986 – 2002)

• Pengurus Pasukan Badminton Malaysia Olimpik Sydney (2000)

• Presiden Persatuan Golf Melayu Selangor (1988 – sekarang)

Berita Transformasi Pertanian

Referensi

Dokumen terkait

Alat pembangkit listrik dari energi gelombang dengan karakteristik Massa Tabung Mt = 1,37 kg dan konstanta pegas k = 476,2 N/m, disimulasikan dengan mengunakan program Golombang

Penyediaan air bersih komunal dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa pilihan sumber air baku seperti mata air, air tanah, air permukaan, dan air hujan, namun pemilihan air

Pada tahap ini kesalahan dapat dikurangi dengan menggunakan Laboratory Information System (LIS) yang secara otomatis memasukkan hasil pemeriksaan, mencetak hasil dan mengirimkan

semua berkas persyaratan yang telah ditentukan pada saat pendaftaran online, ditambah dengan prin tout asli Tanda Bukti Pendaftaran online beserta dokumen lamaran

Ada tiga faktor utama yang ditemukan, yaitu: pandangan wanita di Jepang yang menganggap bahwa perkawinan bukan lagi sebagai tujuan utama, perubahan pandangan wanita Jepang

Disamping telah mampu membuat bahan tahan peluru industri nasional juga telah mampu memanufaktur kendaraan khusus tahan peluru, sehingga sinergi dari industri

Bila suatu instansi telah mendapatkan nilai minimal yang ditetapkan (nilai enam) pada seluruh indikator yang ada dalam penilaian inisiatif antikorupsi, maka

Akibat perfusi jaringan buruk, penurunan aliran darah misal : gagal jantung, syok, henti jantung.. 