@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3B
Modul Pra-UPSR 3
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata
(%)
Peribahasa (%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Kertas 1 (Pemahaman) Bahagian A (20 Markah) Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Pegawai daerah memberi jaminan bahawa _____ akan segera memberi bantuan kepada manqsa-mangsa banjir di kampung itu.
A. ia C. beliau
B. dia D. engkau
2. Hati Puan Kalsum _____ selepas mengetahui bahawa anaknya terselamat dalam kejadian tanah runtuh itu.
A. tenang C. sunyi
B. aman D. nyaman
3. Salim tidak menyedari bahawa _____ tali kasutnya telah terbuka.
A. simpulan C. belitan B. lilitan D. jerutan
4. Hani amat berharap agar ibu bapanya _____ pulang kerana dia takut tinggal seorang di rumah.
A. lekas C. pantas
B. laju D. deras
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 1
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
5. Ibu meminta kakak memasukkan _____ garam ke dalam sayur yang sedang digorengnya.
A. secekak C. secubit B. segenggam D. sejemput
6. Cikgu Salina berasa _____ mendengar cerita tentang muridnya yang baru kehilangan kedua orang tuanya.
A. sebak C. seram
B. suram D. haru
7. Rahim _____ di pondok perhentian bas ketika menunggu bas untuk ke sekolah.
A. terpegun C. terlelap B. terleka D. terpejam
8. Ibu menasihati adik supaya tidak _____ ketika makan.
A. gelojoh C. gugup
B. gagap D. ganas
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 2
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
9. Adik Amira menangis kerana _____ duri ketika bermain di halaman rumah.
A. terpacak C. terbenam B. tertanam D. tertusuk
10. Lelaki itu _____ diri kerana bimbang rahsianya diketahui orang.
A. mengasingkan C. berasing B. terasing D. berasingan
11. Peserta pidato itu bangun _____ mengucapkan salam kepada hadirin.
A. sambil C. sedang B. seraya D. sementara
12. Mak Limah _____ barangan yang dijual di gerai itu sementara menunggu suaminya tiba.
A. meninjau-ninjau C. melihat-lihat B. mengagah-agah D. menyua-nyua Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 3
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
13. Kumar tidak berjaya _____ ketinggian 1.3 meter yang ditetapkan ketika menyertai acara lompat tinggi itu.
A. melewati C. melampaui B. melepasi D. melintasi
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14. Umar menyimpan lebihan duit belanjanya ke dalam akaun Amanah Saham Nasional.
A. Duit lebihan belanja Umar disimpannya ke dalam akaun Amanah Saham Nasional.
B. Dalam akaun Amanah Saham Nasional telah tersimpan duit lebihan belanja Umar.
C. Akaun lebihan duit belanja Umar disimpan oleh Amanah Saham Nasional.
D. Simpanan Amanah Saham Nasional memiliki akaun lebihan duit belanja Umar.
15. "Wah, halus betul tenunan kain yang awak buat!" kata Ida kepada Lina.
A. Ida memberitahu Lina bahawa kain tenunannya sungguh halus.
B. Ida memuji kehalusan tenunan kain yang dihasilkan oleh Lina.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 4
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Lina diberitahu bahawa kain tenunan Ida sungguh halus.
D. Kain tenunan Lina yang dibuat oleh Ida sangat halus.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Kakak Fazli teramat cantik sekali.
B. Bangunan itu paling tertinggi di negara kita.
C. Masakan makcik kantin sungguh amat menyelerakan kami.
D. Wahida mendapat markah paling tinggi dalam pertandingan lukisan itu.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menjaga kebersihan diri dan keadaan sekeliling antara faktor penting untuk menjauhi diri daripada penyakit seperti aedes dan kepialu. Demam kepialu atau tifoid adalah sejenis jangkitan penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhi dan boleh mengancam nyawa. Bakteria ini hanya membiak di dalam tubuh manusia.
Seseorang yang dijangkiti kepialu akan membawa bakteria ini di dalam aliran darah dan usus. Malah, sebahagian kecil pembawa bakteria yang sudah sembuh daripada jangkitan ini akan terus membawa bakteria di dalam tubuh mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 5
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Biasanya, demam kepialu lebih kerap berlaku di kawasan yang mudah terdedah kepada pencemaran air dengan bahan kumbahan dan ketiadaan air bersih bagi membasuh tangan secara kerap. Amalan menjaga kebersihan antara cara mengurangkan risiko jangkitan.
Amalan mencuci tangan lebih kerap khususnya selepas keluar dari tandas dan sebelum menjamah makanan, amat ditekankan. Penggunaan sabun, buih pembersih tangan, gel pembasmi kuman tangan harus digunakan untuk memastikan kita terhindar daripada penyakit tersebut.
Cara menjaga kebersihan tangan atau cara mencuci tangan yang betul juga penting. Langkah kerajaan menggesa pengusaha restoran dan makanan agar mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah kepialu, terutama bagi pekerja dari luar negara adalah satu tindakan yang bijak.
17. Manakah antara berikut BUKAN penyakit yang berpunca daripada persekitaran yang kotor.
A. Aedes C. kencing tikus B. Kepialu D. kencing manis
18. Pernyataan berikut ialah tentang bakteria yang menyebakan demam kepialu
A. Mencemari darah dan usus manusia
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 6
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Menjangkiti salur pernafasan manusia C. Tidak boleh tersebar melalui najis manusia
D. Boleh membiak dalam tubuh manusia dan haiwan
19. Berikut ialah sikap positif yang perlu kita amalkan untuk mencegah kepialu, kecuali
A. Sentiasa menggunakan air yang bersih
B. Membasuh tangan ketika keluar dari tandas C. Makan makanan yang sudah dimasak sahaja
D. Tidak menyentuh makanan dengan tangan yang kotor
20. Apakah tindakan kerajaan ke atas pengusaha restoran untuk melindungi rakyat daripada penyakit ini?
A. Meminta restoran meletakkan tanda amalan penyakit kepialu B. Meminta restoran menyediakan tempat mencuci tangan yang lebih banyak
C. Meminta pengusaha dan perkerja restoran mendapatkan suntikan vaksin
D. Menghantar pulang pekerja restoran yang pernah dijangkiti kepialu
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 7
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian B (30 Markah) Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
Kalau Kuching popular dengan Benteng Satok, Sibu pula ada tempat popular untuk dijadikan tempat __________ pada waktu malam yang dikenali sebagai Bandung Walk. Terletak di Jalan Bandung, tempat ini __________ 23 buah gerai jualan minuman dan makanan __________
gerai jualan aneka cenderamata, berpotensi menjadi __________
pelancongan atau pengembara. Bagi penduduk tempatan, suasana kemeriahan di Bandung Walk hampir sama dengan kemeriahan Benteng Satok yang kini dipindahkan ke Medan Selera Kubah.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 8
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 22
a. Bina ayat tanya yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
Dua orang wanita sedang memilih kain batik yang dipamerkan di pesta itu.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
b. Bina ayat seru berdasarkan ayat di bawah.
Faizul mengerang kesakitan kerana kecederaan yang dialaminya ketika bermain bola.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
c. Tulis simpulan bahasa yang sesuai dengan maksud dialog di bawah.
Abu : Cantik pen baru kamu. Bila kamu beli?
Raju : Kumar yang beri pada aku semalam. Tetapi, esok dia minta semula pennya.
_________________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 9
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutan Lipur Sekayu dalam daerah KualaTerengganu merupakan antara lokasi air terjun yang terkenal di negara kita. Terletak di dalam kawasan hutan simpan dengan keluasan 405 hektar, hutan lipur ini kaya dengan hutan dipterokarp seperti meranti, damar hitam, keruing dan lain-lain jenis kayu balak yang tinggi mutunya.
Ketenangan dan ketenangan pasti dirasai kerana pengunjung akan ditemani dengan bunyi kicauan burung, cengkerik dan pelbagai unggas rimba terutama pada waktu malam dan diiringi dengan deruan aliran air terjun. Pada musim tengkujuh, pengunjung dapat mendengar deruan air terjun dari puncak.
Taman Pertanian Negeri Sekayu pula bukan sekadar menjadi tempat rekreasi tetapi dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan kerana mengekalkan keindahan semula jadi dan menjadi tempat pembiakan tumbuh-tumbuhan tradisional. Taman ini dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu taman orkid, kolam ikan air tawar, arboretum pengeluaran buah-buahan, arboretum ubat-ubatan, kawasan air terjun dan kolam rekreasi. Di kawasan arboterium ubat-ubatan terdapat kira- kira 160 jenis pokok ubat-ubatan yang ditanam dan beratus-ratus lagi dikenal pasti sedia ada di kawasan ini.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 10
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
a. Dua jenis kayu yang terdapat di dalam Hutan Lipur Sekayu ialah _________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
b. Selain tempat rekreasi, nyatakan dua kawasan yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Taman Pertanian Negeri Sekayu.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
c. Nyatakan nilai positif yang perlu kita amalkan ketika berkunjung ke kawasan rekreasi seperti Taman Pertanian Sekayu.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Masalah kenaikan harga barangan keperluan di negara ini, sering dibincangkan melalui dan media dan forum tertentu kerana ia ternyata
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 11
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
menjejaskan keselesaan hidup dan memberi tekanan ekonomi kepada masyarakat, khususnya yang berpendapatan rendah.
Sehubungan itu, masyarakat digesa merancang perbelanjaan secara berhemah dan berdisiplin. Pengguna juga perlu mempunyai kesedaran dan mengetahui hak kepenggunaan, berwaspada serta mengambil berat tentang harga, kualiti, kuantiti serta perkhidmatan.
Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai isu dan hal ehwal kepenggunaan, satu kursus telah diadakan kepada masyarakat setempat di setiap daerah.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan beberapa maklumat tentang hal ehwal kepenggunaan. Selain mengetahui tentang hal ehwal kepenggunaan, peserta akan memikul tanggungjawab atau menjadi mata dan telinga kepada kementerian dalam usaha membanteras gejala penyelewengan peniaga yang sentiasa mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
a. Tuliskan kesan kenaikan harga barang kepada kita.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 12
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
b. Berikan tiga perkara yang perlu kita lakukan ketika memilih dan membeli sesuatu barang?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[3 markah]
c. Apakah yang boleh kamu buat untuk membantu kerajaan mengatasi sikap peniaga berkaitan kenaikan harga barang?
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Soalan 25
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pembacaan ringan, ringkas dan mudah melalui media social telah menjadikan pembacaan buku kian merosot dan membimbangkan banyak pihak. lni juga telah menyebabkan pembacaan secara mendalam, terperinci dan membuat semakan terhadap maklumat yang dibaca melalui buku semakin tidak diambil berat oleh pembaca.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 13
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Kecintaan kepada ilmu pengetahuan melalui buku yang diterbitkan perlu disuburkan semula kepada kanak-kanak sejak kecil. Kanak-kanak seawal usia harus didedahkan dengan buku agar mencintai buku dan menjadi ulat buku. Bahan bacaan ringkas yang terdapat dalam media sosial dibimbangi kurang tepat atau mengandungi fakta yang tidak benar. Pembacaan melalui buku yang mengandungi bahan yang tepat dapat membina pemikiran yang kritis, berfakta dan boleh dipercayai.
Seterusnya dapat menjadikan kita sebagai orang yang berilmu dan dapat mengeluarkan idea yang bermutu.
Sehubungan itu, langkah awal perlu diambil terutamanya oleh ibu bapa. Jadikan diri sebagai contoh pembaca yang baik dengan menjadi pembaca tegar. Ini boleh menarik minat anak-anak untuk turut membaca dan tidak menganggap membaca sebagai suatu perkara yang membosankan. Sentiasa membawa anak-anak ke kedai buku atau mengunjungi pameran buku, merupakan langkah awal menarik minat anak-anak kepada pembacaan buku.
a. Mengapa generasi sekarang lebih gemar membaca melalui media sosial?
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 14
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
b. Simpulan bahasa ulat buku bermaksud ___________________
_________________________________________________
[1 markah]
c. Membaca melalui buku dikatakan lebih baik daripada membaca melalui media sosial kerana ____________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
d. Apakah kebaikan diadakan mini perpustakaan di rumah?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 15
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Kertas 2 (Penulisan) Bahagian A (10 Markah) Gambar di bawah menunjukkan suasana di pasar tani.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana di pasar tani tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 16
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian B (15 Markah)
Carta dibawah menunjukkan amalan kebersihan di rumah.
Tulis ulasan tentang amalan menjaga kebersihan di rumah. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 17
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Kamu telah dipilih untuk menyertai peraduan menulis esei. Tajuk esei itu ialah "Persekitaran bersih, hidup selamat".
Tulis esei kamu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Kamu dan kumpulan kamu telah ditugaskan membuka satu gerai jualan makanan sempena Hari Kantin Sekolah.
Tuliskan pengalaman kamu ketika membuat persediaan dan ketika jualan itu berlangsung.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B Pra-USPR03 18
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi