• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

“Kempen Double Rewards” UOBM

Terma dan Syarat

“Kempen Double Rewards” UOBM (“Kempen”) yang dianjurkan oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (No. Syarikat 271809-K) (“UOBM”) akan dijalankan dari 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2019, (termasuk kedua-dua tarikh tersebut atau tarikh lain yang akan ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ) (“Tempoh Kempen”).

Kelayakan

1. Tertakluk kepada Klausa 3 di bawah, Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu UOBM baru dan sedia ada yang memegang sama ada akaun Privilege Account atau akaun Wealth Premium ("Pemegang Akaun") yang sah dan aktif sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dengan budi bicara mutlaknya ("Akaun Penyertaan").

2. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang-pemegang akaun bersama bagi Akaun Penyertaan akan dianggap sebagai satu pemegang akaun.

3. Individu/entiti berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

3.1 Pemilikan tunggal, perkongsian, organisasi/persatuan amal/bukan untung, pelanggan korporat dan komersial;

3.2 Pelanggan Private Banking UOBM;

3.3 Mana-mana Akaun Penyertaan yang dikekalkan dengan UOBM yang didapati tertunggak atau pengendalian yang tidak memuaskan sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM pada budi bicara tunggal dan mutlaknya; dan

3.4 Individu yang tidak siuman atau menjadi tidak siuman, meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dilaksanakan terhadap mereka.

Kaedah dan Syarat Kempen

4. Pemegang Akaun akan mendapat kadar faedah lazim dalam Akaun Penyertaan mereka berdasarkan peringkat Aset Di Bawah Pengurusan (“ADP”) seperti berikut:

4.1 Kadar Faedah Lazim Semasa untuk Privilege Account (PVA) berdasarkan ADP

ADP Kadar Faedah Lazim* (% setahun)

Sehingga RM 100,000 0.00 Sehingga RM 300,000 0.02 Sehingga RM 500,000 1.40 Sehingga RM 2,500,000 2.40 Sehingga RM 10,000,000 2.90 Lebih daripada RM 10,000,000 3.13

(2)

4.2 Kadar Faedah Lazim Semasa untuk Wealth Premium Account (WPA) berdasarkan ADP

ADP Kadar Faedah Lazim* (% setahun)

Sehingga RM 50,000 0.00 Sehingga RM 100,000 0.30 Sehingga RM 150,000 1.20 Sehingga RM 200,000 1.50 Sehingga RM 250,000 1.80 Lebih daripada RM 250,000 2.00

* Kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (KDS)

5. Faedah lazim tersebut akan terakru pada dasar harian dan dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan pada akhir setiap bulan tersebut.

6. Selain daripada faedah semasa lazim, Pemegang Akaun akan menerima Faedah Bonus Bulanan (“Faedah Bonus Bulanan”) seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 10 dan/atau Faedah Bonus Suku Tahunan (“Faedah Bonus Suku Tahunan”) seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 21 untuk Bulan Penyertaan tertentu (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7) dalam Tempoh Kempen tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini.

7. Bulan Penyertaan untuk Faedah Bonus Bulanan dan Faedah Bonus Suku Bulanan dalam Tempoh Kempen adalah seperti Jadual A di bawah:

Jadual A Bulan Penyertaan 1 Mac 2018 – 31 Mac 2018 1 April 2018 – 30 April 2018 1 May 2018 – 31 May 2018 1 Jun 2018 – 30 Jun 2018 1 Julai 2018 – 31 Julai 2018 1 Ogos 2018 – 31 Ogos 2018 1 September 2018 – 30 September 2018 1 Oktober 2018 – 31 Oktober 2018 1 November 2018 – 30 November 2018 1 Disember 2018 – 31 Disember 2018 1 Januari 2019 – 31 Januari 2019 1 Februari 2019 – 28 Februari 2019

8. Bagi tujuan Kempen ini, semua deposit mesti merupakan dana baru . Istilah ‘Dana Baru’ bermaksud wang atau dana dalam Ringgit Malaysia yang dipindahkan, dikreditkan atau dibayar dalam apa-apa cara ke dalam Akaun Penyertaan Pemegang Akaun dari bank dan/atau institusi kewangan lain melalui apa-apa kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemindahan Giro Antara Bank serta pengutipan dan pembayaran cek yang dikeluarkan daripada bank lain dan di mana wang atau dana tersebut telah dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Akaun dan digunakan oleh Pemegang Akaun untuk melakukan penempatan menurut terma dan syarat di sini dalam tempoh tujuh (7) Hari Perniagaan selepas wang atau dana tersebut telah dibayar atau

(3)

Perniagaan” bermakna hari di mana UOBM dan cawangannya dibuka untuk menjalankan perniagaan diMalaysia.

9. Dana yang dipindah dari mana-mana akaun Simpanan/Semasa/Deposit Tetap/Mata Wang Asing UOBM yang sedia ada, atau dalam bentuk cek, arahan juruwang atau draf permintaan UOBM tidak akan dianggap sebagai Dana Baru.

Faedah Bonus Bulanan

10. Tertakluk kepada terma dan syarat Kempen ini, Pemegang Akaun akan layak untuk menerima tambahan kadar Faedah Bonus Bulanan sebanyak 0.60% setahun jika Pemegang Akaun tersebut: - 10.1 mengekalkan Pertumbuhan Baki Positif (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 12) sepanjang

Tempoh Kempen; dan

10.2 mengekalkan Baki Tambahan minimum (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 14) sebanyak RM100,000 dalam Akaun Penyertaan dalam Bulan Penyertaan tertentu.

Untuk mengelakkan keraguan, kesemua butiran yang dinyatakan dalam Klausa 10.1 dan 10.2 di atas mesti dipenuhi dalam Bulan Penyertaan, supaya Pemegang Akaun layak untuk menerima Faedah Bonus Bulanan.

11. Baki Tambahan maksimum yang layak untuk Faedah Bonus Bulanan dihadkan pada RM1,000,000 untuk WPA dan RM3,000,000 untuk PVA bagi setiap Bulan Penyertaan.

12. Pertumbuhan Baki Positif merujuk kepada jumlah baki dalam Akaun Penyertaan yang dipegang oleh Pemegang Akaun UOBM seperti yang dinyatakan dalam Jadual B di bawah (“Baseline”) dan pada bila-bila masa dalam Tempoh Kempen, tidak jatuh di bawah Baseline:

Jadual B

Akaun Penyertaan

Baseline

Bulan Penyertaan 1 Bulan Penyertaan 2 and Bulan-bulan berikutnya Akaun Penyertaan dibuka

sebelum 28 Febuari 2017 Baki dalam Akaun Penyertaan pada 28 Febuari 2017

Akaun Penyertaan dibuka

selepas 28 Febuari 2017 Sifar

Baki dalam Akaun Penyertaan pada akhir Bulan Penyertaan 1

13. Jika baki dalam Akaun Penyertaan berkurangan di bawah Baseline dalam mana-mana Bulan Penyertaan tertentu semasa Tempoh Kempen, Faedah Bonus Bulanan tidak akan dibayar untuk Bulan Penyertaan tersebut.

(4)

14. Baki Tambahan merujuk kepada Baki Purata Tambahan bagi Akaun Penyertaan yang akan dikira berdasarkan formula seperti yang dinyatakan dalam Jadual C di bawah:

Jadual C Pengiraan Baki Purata Harian Bulan

Sebelumnya (“BPH Bulan Sebelum”)

Jumlah baki penutup harian Jumlah hari

Baki Purata Harian Bulan Semasa (“BPH Bulan Semasa”)

Jumlah baki penutup harian untuk Bulan Penyertaan Jumlah hari dalam Bulan Penyertaan

Baki Purata Tambahan (“BPT”) BPH Bulan Semasa – BPH Bulan Sebelum

15. Pengiraan Faedah Bonus Bulanan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual D di bawah: Jadual D

Pengiraan

Faedah Bonus Bulanan

BPT x Kadar Faedah Bonus Bulanan x Jumlah hari dalam bulan pengiraan 365 hari

16. Ilustrasi mengenai pengiraan Faedah Bonus Bulanan adalah seperti berikut:

Privilege Account Februari

(RM) Mac (RM) April (RM) May (RM) Jumlah (RM) Baki pembuka 100,000 100,000 200,000 300,000 100,000 Pertumbuhan Purata Tambahan Bulanan B1 100,000 100,000 B2 100,000 100,000 B3 100,000 100,000 Baki penutup 100,000 200,000 300,000 400,000 400,000 Faedah Bonus Bulanan B1 51 51 B2 49 49 B3 51 51

Jumlah Faedah Bonus Bulanan N151 49 51 151 N1Faedah Bonus Bulanan = [Baki Purata Tambahan Bulanan bagi Mac x Kadar Bonus Bulanan (0.6%) x Bilangan hari dalam bulan

pengiraan (Mac) ÷ 365 hari]. Sebagai contoh: RM100,000 x 0.60% x 31 hari ÷ 365 hari = 51

17. Pemegang Akaun mungkin layak menerima Faedah Bonus Bulanan dalam salah satu Bulan Penyertaan semasa Tempoh Kempen, tetapi mungkin tidak layak untuk menerima Faedah Bonus Bulanan pada bulan berikutnya jika kriteria yang dinyatakan dalam Klausa 10 tidak dipenuhi dalam tempoh Bulan Penyertaan tersebut.

18. Faedah Bonus Bulanan akan dikreditkan setiap bulan ke dalam Akaun Penyertaan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh hari pada setiap Bulan Penyertaan.

(5)

20. Sekiranya Akaun Penyertaan digantung atau ditutup sebelum pengkreditan Faedah Bonus Bulanan atau kadar faedah lazim ke dalam Akaun Penyertaan, UOBM berhak untuk membatalkan pembayaran Faedah Bonus Bulanan atau kadar faedah lazim.

Faedah Bonus Suku Tahunan

21. Di samping dan sebagai tambahan kepada Faedah Bonus Bulanan, Pemegang Akaun berhak menerima kadar Faedah Bonus Suku Tahunan tambahan sebanyak 1.20% setahun, tertakluk kepada pematuhan keperluan berikut:

21.1 layak untuk Faedah Bonus Bulanan; dan

21.2 mengekalkan Baki Purata Tambahan minimum sebanyak RM100,000 dalam Akaun Penyertaan mereka untuk tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.

22. Baki Purata Tambahan maksimum yang layak untuk Faedah Bonus Suku Tahunan dihadkan pada RM1,000,000 untuk WPA dan RM3,000,000 untuk PVA bagi setiap Bulan Penyertaan.

23. Pengiraan Faedah Bonus Suku Tahunan dikira berdasarkan Baki Purata Tambahan dan dikekalkan dalam tempoh tiga (3) bulan bergerak seperti yang dinyatakan dalam Jadual E di bawah:

Jadual E Pengiraan

Baki Purata Tambahan Bergerak (“BPTB”)

Jumlah Baki Purata Tambahan bagi tiga (3) Bulan Penyertaan Jumlah hari dalam tiga (3) Bulan Penyertaan

Faedah Bonus Suku Tahunan

BPTB x Faedah Bonus Suku Tahunan x Jumlah hari dalam bulan pengiraan 365 hari

24. Ilustrasi mengenai pengiraan Faedah Bonus Suku Tahunan adalah seperti berikut:

Privilege Account Februari

(RM) Mac (RM) April (RM) May (RM) Jumlah (RM) Baki pembuka 100,000 100,000 200,000 300,000 100,000 Pertumbuhan Purata Tambahan Bulanan B1 100,000 100,000 B2 100,000 100,000 B3 100,000 100,000 Baki penutup 100,000 200,000 300,000 400,000 400,000 N2Baki Purata Tambahan

Bergerak 100,000 Faedah Bonus Bulanan B1 51 51 B2 49 49 B3 51 51 Faedah Bonus Suku Tahunan B1 102 102

Jumlah Faedah Bonus 153 49 51 253

N2

Baki Purata Tambahan Bergerak = [Jumlah Baki Purata Tambahan bagi bulan Mac, April dan May ÷ Bilangan hari dalam bulan

(6)

25. Pemegang Akaun mungkin layak menerima Faedah Bonus Suku Tahunan dalam salah satu Bulan Penyertaan semasa Tempoh Kempen, tetapi mungkin tidak layak untuk menerima Faedah Bonus Suku Tahunan pada suku tahunan berikutnya jika kriteria yang dinyatakan dalam Klausa 21 tidak dipenuhi dalam tempoh Bulan Penyertaan tersebut.

26. Faedah Bonus Suku Tahunan akan dikreditkan setiap bulan ke dalam Akaun Penyertaan dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh hari pada setiap suku tahunan.

27. Sekiranya Pemegang Akaun memilih untuk mengambil bahagian dalam kempen deposit lain semasa Tempoh Kempen, Pemegang Akaun tidak berhak menerima Faedah Bonus Suku Tahunan. 28. Sekiranya Akaun Penyertaan digantung atau ditutup sebelum pengkreditan Faedah Bonus Suku

Tahunan atau kadar faedah lazim ke dalam Akaun Penyertaan, UOBM berhak untuk membatalkan pembayaran Faedah Bonus Suku Tahunan atau kadar faedah lazim.

Terma dan Syarat Am

29. Pemegang Akaun bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat ini serta terma dan syarat yang mentadbir Akaun Penyertaan (“Terma & Syarat AM”). Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dan Terma & Syarat Am berkaitan dengan Kempen ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai.

30. Keputusan UOBM dalam semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini dan dalam sebarang pertikaian, adalah muktamad dan mengikat Pemegang Akaun.

31. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk dan bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh Pemegang Akaun yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini kecuali akibat dari kecuaian UOBM atau salah laku sengaja khususnya yang berkaitan dengan Kempen ini.

32. Semua penempatan oleh Pemegang Akaun yang selaras dengan Kempen ini adalah layak untuk dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) tertakluk kepada terma dan syarat PIDM.

33. UOBM berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum habis Tempoh Kempen, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu.

34. Pemegang Akaun bersetuju bahawa UOBM mempunyai hak untuk mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terlebih dahulu melalui laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM, memasukkan pernyataan di dalam Penyata Akaun dan/atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa

35. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Akaun bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk optimalisasi pendukung kegiatan, PPID Utama Pemerintah Kota Depok melaksanakan sosialisasi terhadap para PPID Pembantu tiap-tiap Perangkat Daerah dalam lingkup

Berdasarkan penelitian yang telah peneliti lakukan di TK Flora Kecamatan Singkawang Barat mengenai penerapan pembelajaran menggunakan metode demonstrasi, untuk meningkatkan

Aqad ijab qobul merupakan rukun yang paling utama dan yang menentukan. Adapun aqad ijab diucapkan si wali nikah dan qobul di ucapkan calon suami. Adapun syarat-syaratnya: 1) Aqad

a) Memberikan informasi, dalam kegiatan pemasaran dapat menciptakan beberapa faedah yaitu faedah tempat, waktu, milik dan informasi. b) Membujuk atau mempengaruhi, iklan

Pada saat pengakuan awal, pinjaman yang diberikan dan piutang diukur pada nilai wajar ditambah dengan biaya transaksi yang dapat diatribusikan secara langsung

Dengan menggunakan metode regresi linier yang digunakan pada penelitian ini diharapkan akan mampu memberikan hasil korelasi mengenai faktor yang mempengaruhi dalam perubahan

o Langkah buang (1-0) ialah proses konstan. Proses pembakaran pada volume tetap disebabkan pada waktu terjadi kompresi, dimana campuran bahan bakar dan udara mengalami

> α atau 0,756 > 0,05, hal ini dapat disimpulkan bahwa tidak terdapat pengaruh yang signifikan dari Loan to Deposit Ratio (LDR) terhadap Price to Book Value