• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Air Dalam Kehidupan pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan Air Dalam Kehidupan pdf"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

*AMARAN!!!

Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan

“AIR DAN KEHIDUPAN”.

7 MAC 2014M / 3 JAMADIL AWAL 1435H

ْلِئآَقلْا ِه ُدْمَحلا

:

اَمُهاَْقَ تَفَ ف اًقْ تَر اَتَ ناَك َضْرَْْاَو ِتاَواَمسلا نَأ اوُرَفَك َنيِذلا َرَ ي ْمَلَوَأ

ۖ

يَح ٍءْيَش لُك ِءاَمْلا َنِم اَْلَعَجَو

ۖ

َنوُِمْؤُ ي َََفَأ

ُ

ءايبنْا

30:

َ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi ini pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu ber iman?

ُُدْبَع اًدمَحُم اَنَدِيَس نَأ ُدَهْشَأَو ،ُهَل َكْيِرَش َا َُدْحَو ُها اِإ َهَلِا آ ْنَأ ُدَهْشَأ

ُهُلْوُسَرَو

.

َنْيِعَمْجَأ ِهِباَحْصَأَو ِهِلآ ىَلَعَو ٍدمَحُم اَنِدِيَس ىَلَع ْمِلَسَو ِلَص مُهّللَا

.

ُدْعَ ب امَأ

،

ها َداَبِع اَيَ ف

،

َها اوُق تِإ

َو

ِها ىَوْقَ تِب َيايِاَو ْمُكْيِصْوُأ

،

َزاَف ْدَقَ ف

َنْوُق تُمْلا

(2)

Sidang Jumaat yang dikasihi kerana Allah SWT,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat serta menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepada kita.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Air adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di mukabumi ini. Air juga adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja namun tanpa air, kita, binatang dan tumbuh-tumbuhan akan binasa. Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan hujan dari langit lantas menghidupkan bumi selepas matinya. Selama beberapa minggu hujan tidak membasahi bumi. Maka kita merindui turunnya hujan; hujan rahmat yang membawa sinar bahagia buat semua. Tidak kuasa yang mampu menurunkannya kecuali Allah SWT. Amatilah firman Allah SWT dalam surah as-syura ayat 28:

ُهَتَمْحَر ُرُشَيَو اوُطََ ق اَم ِدْعَ ب نِم َثْيَغْلا ُلِزَ ُ ي يِذلا َوُهَو

ۖ

يِلَوْلا َوُهَو

ُديِمَحْلا

٨٢

(3)

Justeru itu, wajiblah kita mengimani bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa mutlak menurunkan hujan manakala kita makhluk hanya berusaha.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan sebagai sumber asli yang paling berharga. Air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi pelbagai tujuan kehidupan. Masalah air yang telah melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu di Lembah Klang adalah satu bukti jelas bahawa betapa pentingnya pengurusan air secara berhemah di dalam kehidupan kita. Masalah ini banyak membuka mata masyarakat seluruhnya tentang pentingnya penggunaan air secara cermat di dalam aktiviti harian. Walaupun negara kita pada umumnya menerima hujan sepanjang tahun dan merupakan antara negara yang menerima purata hujan tertinggi di dunia, adakalanya kita diuji dengan kemarau, terputus bekalan air bersih dan seumpamanya yang menjadi titik tolak untuk kita kembali kepada dasar agama Islam iaitu berjimat cermat dan tidak membazir. Firman Allah SWT dalam surah al-isra’ ayat 27:

ِنيِطاَيشلا َناَوْخِإ اوُناَك َنيِرِذَبُمْلا نِإ

ۖ

اًروُفَك ِهِبَرِل ُناَطْيشلا َناَكَو

٨٢

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara -saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya

Sidang Jumaat yang dihormati,

(4)

proses rawatan yang kompleks sebelum diagihkan kepada setiap kediaman. Dengan bertambahnya bilangan penduduk dan kepesatan perkembangan pembangunan, permintaan air akan meningkat. Sehubungan itu di saat negara kita dilanda musim kemarau dan seterusnya pada masa akan datang, maka kita disarankan mengambil sikap menghargai air dan menyumbang ke arah penjimatan penggunaan air. Di antara kaedah dan cara yang disarankan ialah:

1. Membasuh pakaian mengikut kapasiti maksimum mesin basuh.

2. Paip air hendaklah ditutup ketika menyabun pinggan mangkuk, menggosok gigi dan mengambil wudhuk.

3. Menggunakan penyiram air untuk menyiram pokok berbanding hos getah. 4. Jika terjumpa paip bocor, hubungi segera talian bebas tol Lembaga Air

Perak di talian 1800-88-7788.

5. Menggunakan air di dalam baldi untuk mencuci kereta berbanding hos getah.

Hargailah air! Syukurilah akan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Moga-moga kita tergolong ke dalam golongan manusia yang tahu bersyukur.

ِتاَيآْا َنِم ِهْيِف اَمِب ْمُكايِإَو ْيََعَفَ نَو ،ِمْيِظَعْلا ِنآْرُقْلا ْيِف ْمُكَلَو ْيِل ُها َكَراَب

ُمْيِلَعْلا ُعْيِمسلا َوُه ُهنِإ ،ُهَتَوََِت ْمُكِْمَو ْيِِم َلبَقَ تَو ،ِمْيِكَحْلا ِرْكِذلاَو

.

ُلْوُ قَأ

،ْمُكَلَو ْيِل َمْيِظَعْلا َها ُرِفْغَ تْسَأَو ،اَذَه ْيِلْوَ ق

َنْيِمِلْسُمْلا ِرِئاَسِلَو

اَيَو َنْيِرِفْغَ تْسُمْلا َزْوَ ف اَيَ ف ،ُْوُرِفْغَ تْساَف ، ِتاَِمْؤُمْلأَو َنْيِِمْؤُمْلاَو ، ِتاَمِلْسُمْلاَو

َنْيِبِئاتلا َةاَجَن

(5)

اودك ةبطخ

ِه ُدْمَحلا

ْلِئآَقلْا

:

َجَرْخَأَف ًءاَم ِءاَمسلا َنِم َلَزنَأَو ًءاَِب َءاَمسلاَو اًشاَرِف َضْرَْْا ُمُكَل َلَعَج يِذلا

ْمُكل اًقْزِر ِتاَرَمثلا َنِم ِهِب

ۖ

َنوُمَلْعَ ت ْمُتنَأَو اًداَدنَأ ِهلِل اوُلَعْجَت َََف

٨٨

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu semua mengetahui

اًدمَحُم نَأ ُدَهْشَأَو ُها اِإ َهلِإا ْنَأ ُدَهْشَأ

ُلْوُسَر

ها

.

ِباَحْصَأَو ِهِلآ ىَلَعَو ٍدمَحُم اَنِدِيَس َىلَع ْكِراَبَو ْمِلَسَو ِلَص مُهّللا

ْمُهَعِبَت ْنَمَو ِه

ِنْيِدلا ِمْوَ ي ىَلِإ ٍناَسْحِإِب

.

ِها َداَبِع اَيَ ف ، ُدْعَ ب امَأ

!

َها اْوُق تا

َنْوُمِلْسُم ْمُتْ نَأَو اِإ نُتُوَمتاَو ِهِتاَقُ ت قَح

Sidang jumaat sekelian,

(6)

nikmat anugerah Allah SWT kepada kita amat banyak sehinggakan jika kita cuba menghitungnya pasti kita tidak mampu. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakan dengan memperbanyakkan ibadat dan ketaatan kepadanya serta meninggalkan segala bentuk maksiat. Ingatlah bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadapNya. Begitu juga dengan curahan keberkatan dari langit dan bumi adalah berkadaran dengan iman dan takwa penduduknya. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah nikmat yang datang kerana amal soleh bukan kerana kurniaan untuk menjauh dan melalaikan diri dari mengingati sang Pencipta.

Wahai Pengikut Nabi Muhammad SAW,

Cuaca yang panas pada hari ini hanyalah secebis dari peringatan Allah SWT untuk hamba-hambanya supaya berfikir. Hujan yang tidak turun beberapa minggu ini meminta supaya kita merintih dan merayu kepadaNya. Yakinlah! Allah SWT tidak pernah menzalimi makhluknya tetapi makhluklah yang menzalimi diri mereka sendiri. Perbanyakkan istighfar dan taubat bagi memohon keampunan di atas segala dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat yang akhirnya akan mengundang murkaNya.

(7)

اًرافَغ َناَك ُهنِإ ْمُكبَر اوُرِفْغَ تْسا ُتْلُقَ ف

٠١

اًراَرْدِم مُكْيَلَع َءاَمسلا ِلِسْرُ ي

٠٠

اًراَهْ نَأ ْمُكل لَعْجَيَو ٍتا َج ْمُكل لَعْجَيَو َنيَِبَو ٍلاَوْمَأِب مُكْدِدْمُيَو

٠٨

Maksudnya: Maka aku(Nabi Nuh AS) berkata (kepada kaumnya): Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun (11) (Sekiranya kamu berbuat demikian iaitu sungguh-sungguh beristighfar) Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu (12) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Kita memohon dan merayu agar Allah SWT menurunkan hujan di muka bumi ini untuk kita mengecapi anugerahNya yang amat berharga,. Bukan kita sahaja yang gembira apabila hujan turun membasahi bumi malah tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut menantinya. Teruskan berdoa selepas solat sunat dan fardu serta waktu-waktu mustajab yang lain dengan penuh keyakinan akan diperkenankan.

نيِمَلاَعْلا ِبَر ِه ِ ُدْمَحْلا

.

اَم ُلَعْفَ ي ُها اِإ َهَلِإ َا ِنْيِدلا ِمْوَ ي ِكِلاَم ِمْيِحرلا ِنَمْحرلا

اِإ َهَلِإ َا ُها َتْنَأ مُهللا ، ُدْيِرُي

ُها

.

اَْ يَلَع ْلِزْنَأ ، ُءاَرَقُفْلا ُنْحَنَو ُيَِغْلا َتْنَأ

َنْيِح ىَلِإ اًغًََبَو ًةوُ ق اَْ يَلَع َتْلَزْ نَأ اَم ْلَعْجاَو َثْيَغْلا

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi

(8)

اَْ ثِغَأ مُهللا ، اَْ ثِغَأ مُهللا ، اَْ ثِغَأ مُهللا

“Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”

اًثْيَغ اَِقْسا مُهللا

kesudahannya, yang menambah kebaikan, yang memberi manfaat, tidak memberi mudharat, segera, tidak berlambat-lambat”

اَو َكَمِئاَهَ بَو َكَداَبِع ِقْسا مُهللا

َتِيَمْلا َكَدَلَ ب ِيْحَأَو َكَتَمْحَر ْرُشْن

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah

rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”

اَْ يَلَع َءآَمسلا ِلِسْرَأَف اًرافَغ َكنِإ َكُرِفْغَ تْسَن انِإ مُهّللا

َنِم َكِبُذْوُعَ ن انِإ مُهّللا اًراَرْدِم

ُلِلَدُت َو زِعَْا لِذُت يِتلا ِبْوُ نذلا َنِم َكِبُذْوُعَ ن َو ِءآَمسلا َثْيَغ ُعَْمَت يِتلا ِبْوُ نذلا

ءاَدْعَْا

“Ya Allah sesungguhnya kami minta ampun padamu. Sesungguhnya engkau Maha

Pengampun. Turunkan hujan yang lebat dari langit kepada kami. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung padamu daripada dosa-dosa yang menghinakan orang-orang mulia dan melemahkan musuh”

(9)

Referensi

Dokumen terkait

pertanyaan awal kepada siswa secara lisan yang diarahkan pada anak tema: Healthy Foods dengan gambar; Guru menyampaikan tujuan pembelajaran; Guru menyajikan

Potensi di bidang industri pertambangan tersebut membutuhkan strategi perencanaan dan pengembangan yang lebih komprehensif yang mempertimbangkan beberapa aspek,

Kriteria 1 Perlu Bimbingan 2 Cukup 3 Baik 4 Baik Sekali Pengumpulan data Tidak melakukan Pengumpulan data Sebagian kecil pengumpulan data dilakukan secara

membangun kemitraan pengembangan pendidikan lingkungan hidup di sekolah dibuktikan denagn kerja sama dengan dari BLH Kabupaten Wonosobo. Berdasarkan hasil penelitian

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

Pemberian kompos yang dikombinasikan dengan pupuk N dan K selain dapat menghasilkan tanaman yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanaman tanpa kompos, juga dapat meningkatkan

Dengan adanya pembelian barang yang tinggi sehingga harus adanya pengendalian internal yang baik di dalam Hotel Shangri-La Surabaya khususnya dalam siklus

514 l jumat, 25 september 2015 l taHuN Ke-2 1 perkotaan MENATA KOTA, JAKARTA TIRU BEIJING Bangun MRT Banyak Dukungan DKI Diminta Perbanyak Trotoar 3 Halaman Halaman 4