• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan makmal sains dalam pdp

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan makmal sains dalam pdp"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

B.ED TESL PROGRAMME

TUGASAN KERJA PROJEK

(SCE 3123 E)

SAINS

(2)

ISI

KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. Biodata pelajar 1

2. Penghargaan 2

3. Pengenalan 3

4. Kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran.

4 - 8

5. Rumusan 9

6. Refleksi 10 - 11

7. Rujukan 12

8. Lampiran 13 - 15

(3)

Pada semester ini, topik kerja kursus kami melibatkan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut KPM (2003), sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka (KPM, 2003). Dasar Pendidikan Kebangsaan pula menyatakan bahawa sistem pegurusan makmal Sains yang diamalkan di Malaysia berfungsi sebagai petunjuk kualiti pendidikan negara.

Makmal sains yang di wujudkan di sekolah sangatlah penting terutama dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Hal ini sejajar dengan Dasar Sains dan Teknologi Negara yang bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, mmbaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk melindungi kedaulatan negara yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi Negara. Dasar ini memberi focus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

(4)

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau amali. Penggabungjalinan ‘Hands On, Minds On dan Hearts On’ adalah suatu elemen yang penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran tersebut, makmal dan bilik sains di sekolah perlu mempunyai prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif. Justeru itu, pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran sains perlulah menjalankan pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih efisien, menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak setelah makmal dan bilik sains berkesan dapat direalisasikan.

2.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Makmal dan Bilik Sains Berkesan.

Makmal dan bilik sains adalah satu tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk latihan amali atau praktikal. Oleh hal yang demikian, makmal sains perlulah ditadbir urus dengan cekap dan sistematik. Banyak kepentingan yang akan diperolehi oleh pihak sekolah jika makmal sains ditadbir dengan cekap, terutamanya ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Disamping itu ia juga dapat menjimatkan kos kerana sudah pasti tidak akan berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda di dala makmal sains jika is benar-benar diuruskan dengan baik. Seterusnya, pengurusan makmal sains yang berkesan juga penting bagi memudahkan aktiviti atau eksperimen dijalankan dengan terurus dan efisien. Hal ini kerana, makmal yang cekap mempunyai susunan radas dan bahan yang cekap yang mana ia memudahkan apa-apa sahaja aktiviti yang dijalankan. Justeru, ibjektif pembelajaran dapa-apat dicapa-apai dengan jayanya.

(5)

ketika yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, radas dan bahan di makmal dan bilik sains mestilah disimpan dan diselenggara dengan baik dan selamat.

2.2 Penyediaan Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran dan Bahan Eksperimen.

Di dalam pelaksanaan makmal sains yang berkesan, penyediaan peralatan juga antara elemen yang penting. Terdapat beberapa tatacara yang perlu diamalkan oleh guru sains dalam penyediaan peralatan terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali guru perlulah menyediakan boring pesanan persediaan makmal yang mana hendaklah dikemukakan tiga hari sebelum tarikh diperlukan. Seterusnya, persediaan keperluan perlu dibuat satu hari lebih awal dari tarikh diperlukan tertakluk kepada keperluan eksperimen. Sebagai contoh untuk menjalankan eksperimen tentang kehadiran karbon dioksida dalm udara, antara bahan yang diperlukan ialah soda bikarbonat, belon dan botol. Oleh itu, penydiaan bahan-bahan ini mestilah dicari dan pastikan sehari sebelum eksperimen dijalankan ia sudah berada di dalam makmal. Hal ini bagi mengelakkan terbantutnya proses pembelajaran pada hari kejadian jika bahan tidak ada atau tidak mencukupi. Kemudian, segala keperluan perlu disediakan dengan lengkap dan berada dalam keadaan yang baik, berfungsi serta selamat digunakan. Walaagaimanapun, waktu keperluan juga perlu dikenalpasti bagi mengelakkan sebarang masalah sebelum kelas di makmal sains bermula. Namun begitu, jika terdapat sebarang masalah seperti kerosakan dan kehilangan peralatan, ia pelu direkodkan serta-merta.

2.3 Peranan Guru Sains Dalam Pengendalian Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Sains.

(6)

untuk duduk dengan tertib dan kemudian guru akan mengingatkan tentang bahaya yang bakal berlaku sepanjang eksperimen. Oleh itu, semua prosedur eksperimen perlu dipatuhi sepanjang masa. Guru akan mambahagikan kumpulan dan melantk ketua. Setiap ahli kumpulan diberi tugasan secara adil dan saksama. Malah, murid juga akan menjalankan eksperimen selepas itu mengikut prosedur yang betul. Pada masa yang sama, guru tidak boleh memandang mudah pada pembantu makmal. Hal ini kerana, pembantu makmal juga antara orang yang penting bagi mengawasi keadaan makmal sains sama ada semasa sesi pembelajaran diadakan di makmal sains mahupun tiada. Pembantu makmal akan sentiasa mengawasi pelaksanaan eksperimen terutama yang melibatkan haba dan bahan kimia. Selain itu, peranan guru di dalam makmal juga adalah untuk memastikan aktiviti dijalankan berlangsung dengan jayanya melalui pemantauan hasil kerja murid.

2.4 Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) di Dalam Makmal Sains.

Semasa menjalani praktikum baru-baru ini, saya telah berpeluang untuk menemuramah seorang guru cemerlang dalam matapelajaran Sains di sekolah tersebut iaitu, Puan Ong. Beliau adalah lulusan Diploma Perguruan Sains dan Matematik dari Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan Dan Nilai Pemakanan, Kuala Terengganu. Puan Ong ialah guru mata pelajaran Sains selama dua belas tahun dan telah mengajar di SK 1 Sultan Alam Shah selama sepuluh tahun. Beliau pernah menjadi Ketua Panitia Matapelajaran Sains di sana selama lima tahun. Setelah menjalankan temubual bersama beliau saya telah mendapat banyak maklumat mengenai Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).

(7)

sains. Kerja amali ini terdiri daripada 7 kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif sains.

Melalui praktikum baru-baru ini yang telah diadakan di SK 1 Sultan Alam Shah, melalui hasil kajian dan temuramah bersama guru sains di sekolah tersebut saya mendapati bahawa tahap kesediaan guru matapelajaran Sains di sekolah ini terhadap pelaksanaan PEKA berada di tahap tinggi dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran, manakala dari aspek faktor persekitaran sekolah seperti kemudahan peralatan prasarana ia masih berada di tahap sederhana. Melalui pemerhatian dan temubual, saya juga dapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pelaksanaan PEKA melalui faktor pengalaman dan kemahiran guru Sains serta faktor persekitaran sekolah. Selain itu, faktor persekitaran sekolah dan kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan permasalahan yang guru hadapi ketika melaksanakan PEKA Sains.

Pelaksanaan PEKA amat penting bagi menguji tahap kefahaman murid-murid terhadap matapelajaran Sains di dalam makmal Sains terutama berkaitan dengan eksperimen. Di peringkat sekolah rendah PEKA merujuk kepada proses pemberian skor secara kuantitatif kepada apa yang ditaksir berdasarkan skema penskoran yang dibina oleh guru. Oleh itu, guru adalah orang yang akan merumuskan skor. Hal inilah yang menimbulkan sedikit kesukaran kepada guru Sains tersebut, guru perlu mematuhi sepenuhnya kepada skema penskoran yang terlalu rubrik itu semasa memberi markah kepada pelajar. Guru Sains tidak boleh sesuka hati sahaja memberi markah. Ini adalah kerana penglibatan secara langsung antara guru dengan pelajar menyebabkan pelbagai maklumat boleh didapati daripada pelbagai pentaksir seperti guru, pelajar itu sendiri, rakan sepembelajaran, ibu bapa pelajar dan pentaksir lain. Beliau juga mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam PEKA sains adalah cemerlang, tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh dibahagikan kepada kategori cemerlang, sederhana dan lemah.

(8)

guru memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan PEKA. Beliau juga menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA mengikut perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi. Hal ini kerana terlalu banyak program telah dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun jadi guru perlu mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan mengikut spesifikasi kurikulum dari KPM. Oleh itu, setiap kali matapelajaran Sains, murid-murid lebih diberi penekanan dalam teori-teori saintifik, latihan pengukuhan dan ulangkaji untuk peperiksaan berbanding melakukan kerja amali.

Akhir sekali, setelah meneliti beberapa isu yang timbul melalui pelaksanaan PEKA di SK 1 Sultan Alam Shah, saya juga ada bertanyakan tentang cadangan penambahbaikan kepada pelaksanaan PEKA tersebut bagi meningkatkan lagi mutu matapelajaran Sains di sekolah tersebut. Antara cadangan yang dikemukakan oleh guru Sains yang ditemubual bagi mempertingkatkan prestasi PEKA Sains Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

(a) Menyediakan kemudahan prasarana seperti makmal, alatan, dan taman Sains yang mencukupi kepada sekolah.

(b) Mengurangkan bilangan murid antara 20 pelajar hingga 25 pelajar.

(c) Menyediakan guru pakar di setiap sekolah supaya perkongsian maklumat dan pengalaman dapat diadakan.

(d) Menggalakkan pelajar membuat eksperimen dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar.

(e) Guru perlu peka terhadap keperluan pelajar dan mempelbagaikan strategi P&P.

(f) Guru perlu inovatif dan kreatif.

(g) Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan berkemahiran. (h) Guru sentiasa berjumpa, berkongsi pengalaman dan membincangkan masalah pengajaran sama ada peringkat sekolah, daerah, atau negeri.

(9)

Secara keseluruhan, pengetahuan di dalam pengurusan makmal untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran membantu kita supaya lebih bersikap tahu tentang kewujudan makmal sains di sekolah serta lebih waspada dalam menitikberatkan langkah –langkah setiap masa tidak kira sesiapa sahaja apabila berada atau bekerja di dalam makmal. Tujuan sikap waspada ialah untuk kepentingan semua pihak bagaimana mereka mahu mengendalikan malah menggunakan makmal sains secara komprehensif.

Sikap terhadap pengurusan makmal sains yang efisien yang patut kita amalkan ialah dengan mengambil berat serta mengikut peraturan-peraturan dalam makmal. Tujuannya ialah mewujudkan suasana belajar yang kondusif serta suatu persekitaran yang selamat dan sihat. Kesimpulannya ialah apabila berada di makmal, pelajar hendaklah sentiasa mengambil berat dan mematuhi dalam makmal.

(10)

Pada semester ini iaitu semester 5 tahun 3 Program PISMP TESL ambilan Januari 2013, untuk mata pelajaran SCE 3123 E, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan topik ‘kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran’. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kami telah mencari informasi dan maklumat mengenai tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggunggjawab. Di samping itu, sudah pasti terdapat juga beberapa kelemahan dan kebaikan sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan tenaga pengajar SCE 3123 E kami, iaitu Puan Hamidah Binti Abdul Hamid yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan tersebut. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, saya mungkin akan menghadapi pelbagai kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu ketika dalam kesusahan dan saling berkongsi idea bersama-sama. Alhamdulillah tugasan SCE 3123 E yang diberi telah berjaya saya siapkan dan tugasan ini banyak memberi pendedahan yang baru kepada saya.

SCE 3123 E adalah satu subjek elektif yang saya pilih kerana saya amat meminati sains walaupun saya sedar yang saya tidak mempunyai banyak kebolehan dalam ilmu sains. Pesanan dan nasihat daripada pensyarah yang dihormati banyak memberi sokongan dan motivasi kepada saya. Kerja kursus SCE 3123 E yang pada kali ini adalah berkaitan dengan makmal sains. Tugasan ini memerlukan kami melakukan beberapa kajian dan melihat sendiri di makmal sains bagaimana pengurusan bilik tersebut serta sejauh mana kepentingan ia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya sedikit gementar kerana saya tidak berapa tahu tentang pengurusan makmal sains sebelum ini tetapi setelah diberi tunjuk ajar, saya sedikit sebanyak dapat menghasilkan pelan lantai yang dikehendaki.

(11)

makmal sains yang kondusif dapat membantu pelajar dalam menghasilkan idea dan hasil kerja ang efektif. Disamping itu juga, ia bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku ketika proses membuat kerja. Tugasan ini juga mengajar saya supaya menjadi lebih kreatif dan rasional.

Tugasan ini juga banyak mengajar saya tentang erti ketabahan dan kesabaran. Walaupun tugasan yang diberikan ini tampak agak mudah, akan tetapi ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bagi menyiapkannya. Saya terpaksa melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memulai peulisan esei ini. Agak sukar juga semasa melakukan penyelidikan tersebut, kerana tidak banyak bahan yang berjaya ditemui. Namun begitu, saya tidak berputus asa dalam mencari maklumat bagi menjayakan tugasan ini. Justeru, dengan penyelidikan yang tidak mengenal erti jemu ini, akhir sekali barulah saya mendapat idea apa yang perlu dimasukkan dalam penulisan ini.

Melalui kritikan yang saya peroleh sepanjang penghasilan tugasan ini, saya telah belajar beberapa perkara. Saya juga mula sedar bahawa ia banyak membantu keupayaan saya sebagai pelajar agak melihat, bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh membina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja sains yang formal. Justeru itu, sehingga di peringkat akhir proses pembelajaran pelajaran ini saya yakin bahawa ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai asas kemahiran, kreatif dan inventif melalui pembelajaran sains di makmal sains yang berkesan.

Akhir kata, menerusi tugasan SCE 3123 E ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya bahawa seorang guru sains haruslah kreatif dan mempunyai rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan tanpa mengira perbezaan antara guru dan murid. Tugasan yang diberikan banyak membantu saya mengenal pendidikan sains serta pengurusan makmal di sekolah dengan lebih dekat. Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberi sokongan untuk menjayakan proses perlaksanaan mata pelajaran ini supaya anak-anak mereka benar-benar mendapat faedah dari pelajaran ini.

(12)

Alias Mingan. (2001). Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains Berdasarkan Sekolah Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah

huraian sukatan pelajaran sains tahun 6. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran, Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Blueprint Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ,Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran, Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2009). Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MPBS).

Matapelajaran Aliran Vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Lembaga Peperiksaan (2013). Dokumen Standard Prestasi Sains Tingkatan 2.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Lembaga Peperiksaan (2014). Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia (LPKM). (1999). Putrajaya: Kementerian Pelajaran, Malaysia.

Norlly Mohd Isa & Hamimah Abu Naim. (2013). Kajian keperluan pembinaan modul pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam mata pelajaran sains tingkatan 2. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Yeow, H. M. (2002). Penilaian Guru dan pelajar Terhadap Pentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah di Seremban Negeri

Referensi

Dokumen terkait