• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam Pendidikan Sains di kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelaksanaan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam Pendidikan Sains di kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG)."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaksanaan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam Pendidikan Sains di kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG).

Rosli Mat Rasit @Abdul Naim & Kamisah Osman Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak

Pembelajaran inkuiri-penemuan merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang digunakan di sekolah. Inkuiri penemuan menekankan konsep pencarian maklumat, memberi soalan dan seterusnya menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling. Pendekatan pembelajaran ini mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Kertas konsep ini membincangkan pelaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri-penemuan dalam pendidikan sains di kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG). Perbincangan ini menerangkan kepentingan pelaksanaan pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains. Turut di nyatakan ialah peranan guru bagi meningkatkan pelaksanaan pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains. Beberapa isu pelaksanaan pembelajaran inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang dihadapi oleh guru pelatih telah dibincangkan dan dikupas dalam kertas konsep ini. Kertas konsep ini juga membincangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan perlaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan terutamanya dalam kontek guru pelatih dalam pendidikan sains di Malaysia. Kaedah pembelajaran inkuri-penemuan ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan pendidikan sains di sekolah.

Kata kunci: Inkuiri-Penemuan, Guru Pelatih, Pendidikan Sains

__________________________________________________________________________________ PENGENALAN

Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pengajaran yang diperkenalkan semasa pergerakan pembelajaran penemuan tahun 1960-an. Ia telah dibangunkan sebagai tindak balas kepada kegagalan pengajaran berbentuk yang lebih tradisional, di mana murid dikehendaki semata-mata untuk menghafal bahan-bahan yang sarat fakta pengajaran (Bruner, 1961). Pembelajaran siasatan adalah satu bentuk pembelajaran aktif, di mana kemajuan dinilai daripada aspek kebolehan murid menjalankan uji kaji, analisis kemahiran dan bukannya berapa banyak pengetahuan yang mereka miliki. Secara umumnya, kaedah inkuiri merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan. Inkuiri secara amnya merujuk kepada suatu proses bertanyakan soalan, menyiasat dan melaksanakan strategi untuk menjawab persoalan mengumpul data, menganalisis dan mentafsir data itu, membuat kesimpulan dan mungkin persoalan-persoalan baru yang timbul kemudiannya. (Krajcik et al, 1998)

Kebaikan sains sebagai inkuiri-penemuan dapat dihayati melalui kata-kata Kessen (1964) di bawah;

There is joy in the search of knowledge; there is excitement in seeing however partially, into the workings of the physical and biological world; there is intellectual power to be gained in learning the scientist's approach to the solutions of human problems. The first task and central purpose of science education is to awaken in the child, whether or not he will become a professional scientist, a sense of the joy, the excitement and the intellectual power of science.

(Kessen, 1964: 4)

Terdapat empat peringkat pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains iaitu inkuiri pengesahan , inkuiri berstruktur, inkuiri berpandu dan inkuiri terbuka. Dengan inkuiri pengesahan, murid disediakan dengan soalan dan prosedur (kaedah), dan keputusan diketahui terlebih dahulu. Inkuiri pengesahan berguna apabila matlamat seorang guru adalah untuk mengukuhkan idea yang diperkenalkan sebelum ini, inkuiri berstuktur untuk memperkenalkan murid kepada pengalaman menjalankan kajian.Inkuiri berpandu digunakan supaya murid mendapat kemahiran siasatan tertentu,inkuiri terbuka untuk murid mengumpul dan merekodkan data. (Heather Banchi dan Randy

(2)

Bell, 2008). Satu kajian mengenai keberkesanan pengajaran berasaskan sains inkuiri untuk murid sekolah menengah telah dijalankan di Amerika Syarikat dan didapati peningkatan adalah 14% bagi kohort pertama murid dan 13% untuk kohort kedua. Kajian ini juga mendapati bahawa kaedah pengajaran berasaskan siasatan banyak mengurangkan jurang pencapaian bagi murid-murid Afrika-Amerika.(Hmelo-Silver et al., 2007).

Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini.Ini berdasarkan prinsip Semua murid perlu diberi peluang mengkaji persekitaran mereka dengan menikmati keindahan alam sekitar. Murid dapat pengalaman yang sebenar dan autentik apabila mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik dan menerangkan fenomena-fenomena yang berlaku. Apabila murid mempelajari sains secara inkuiri-penemuan, murid dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana murid sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik. Di Malaysia, kaedah ini dipilih kerana kaedah inkuiri sangat bersesuaian untuk mengatasi masalah murid terutamanya dalam menguasai Kemahiran Proses Sains. Ini berdasarkan dapatan Shulman (1968), kaedah inkuiri sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN INKUIRI

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah, kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan murid cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi akan melahirkan murid yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.

Dalam dunia pendidikan sains, perkataan inkuiri-penemuan telah biasa digunakan dalam perkembangan kurikulum. Inkuiri-penemuan bermaksud murid menyiasat sesuatu fenomena dengan mencari maklumat, menyelesaikan masalah dan menjawab soalan. National Research Council, Amerika Syarikat menggunakan frasa "science as inquiry" dimana sains bermaksud satu proses yang membolehkan murid belajar kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Pembelajaran sains berasaskan inkuiri-penemuan dapat menambah ilmu dan juga kemahiran proses sains murid. Herron (1971) pula mengkategorikan konstruk inkuiri-penemuan sebagai agen, isi kandungan subjek (subject matter), kaedah, fenomenon dan pengetahuan saintifik (scientific knowledge). Menurut Herron (1971), agen ialah individu yang ingin mengetahui dan melaksanakan inkuiri-penemuan. Isi kandungan subjek pula merujuk kepada pengetahuan ke atas subjek yang diperoleh pada masa berkenaan. Agen yang menguasai pengetahuan subjek dapat menimbulkan masalah atau idea baru dan seterusnya menggubal kaedah untuk mengujinya. Fenomenon yang wujud semasa inkuiri-penemuan adalah spesifik dan berasaskan masalah yang dikaji. Akhirnya, pengetahuan saintifik yang dihasilkan akan sentiasa dikaji dan menyebabkan berlaku perubahan.

Bruner (1961) menghuraikan faedah yang diperoleh oleh murid apabila mempelajari sains secara inkuiri-penemuan. Menurut Bruner (1961), murid yang terlibat dalam pembelajaran secara

(3)

inkuiri-penemuan akan dapat mencari dan mengolah maklumat dengan sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Suchman (1966) pula berpendapat, murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan mempunyai motivasi intrinsik. Beliau menegaskan bahawa murid patut menanya soalan dan menguji idea-idea sendiri supaya pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Sementara itu, Rakow (1986) pula berpendapat murid akan menjadi agen aktif dalam proses penemuan pengetahuan sekiranya mereka terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan. Rakow (1986) menegaskan bahawa murid perlu terlibat dalam proses penyiasatan supaya mereka kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif murid dapat dikembangkan.

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada murid akan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam. Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri dalam pengajaran akan membolehkan murid mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukkan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah saintifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna murid seharusnya membina hipotesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk menunjukkan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperoleh ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, murid dapat memahami sifat sains yang tidak muktamad dan boleh lentur (Resnick, 1987).

Menurut Lim (2004) pendekatan pembelajaran secara inkuiri telah menjadi manifestasi semua pendidik bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna, penyampaian yang lebih baik, kondusif bagi berpusatkan murid dan sesuai sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat. Ini terbukti apabila semua saintis di seluruh dunia sebenarnya menggunakan pendekatan ini bagi mengkaji fenomena alam semula jadi yang akhirnya akan menjadikan murid lebih bersikap saintifik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik terhadap ilmu sains. Menurut Cavallo et al., (2004) pula pendekatan inkuiri banyak membantu murid dalam menguasai pemikiran kreatif dan kritis, pemahaman konsep dan proses sains serta keupayaan penaakulan secara saintifik. Selain itu Haury (1993) juga melaporkan bahawa pendekatan inkuiri juga mampu memberikan penguasaan kemahiran lain kepada murid seperti kemahiran saintifik, kemahiran proses sains dan pemikiran kritis dan kreatif. Pembelajaran secara inkuiri membolehkan murid untuk melibatkan diri dengan bahan-bahan makmal, membina pengetahuan awal dalam konsep-konsep sains tertentu dan memperbaiki pemahaman mereka terutama dalam kaedah saintifik (Keller et al, 2000). Tambahan lagi, dalam sesuatu eksperimen, pendekatan inkuiri dapat mendedahkan murid kepada banyak bahan-bahan dan peralatan makmal yang menjadikan pembelajaran sains lebih seronok selain ia mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid dan kaedah saintifik murid (Edelsen, 2001).

Kirschner (2006) dalam kajiannya menjelaskan bahawa Murid-murid yang terlibat dalam pendekatan inkuiri dapat memahami proses dan kaedah sains dengan baik walaupun dalam kalangan murid yang lemah. Ini adalah kerana pembelajaran secara inkuiri menyediakan murid dengan peluang untuk turut terlibat dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam siasatan, termasuk menggunakan bahasa dengan laras sains, alat-alat dan bahan-bahan kimia, teori dan kaedah yang berkaitan dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN INKUIRI

Pembelajaran inkuiri di makmal sains amat penting dan diperlukan oleh murid bagi membina pengetahuan tentang konsep sains dan pengalaman melakukan eksperimen dengan berdikari. Peranan guru dikatakan telah berkurang apabila kaedah pembelajaran berpusatkan murid diaplikasikan di sekolah (Yeam, 2007). Namun begitu, guru tetap mempunyai peranan yang penting dalam pembelajaran inkuiri. Bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti, kecekapan seorang guru amatlah penting dan bukan hanya tahap pencapaian akademik guru sahaja diambil kira, malah komitmen dan semangat guru tersebut juga perlu ditekankan dan dititikberatkan (Sabarudin & Siti Nurbayah, 2009)

Strategi pengajaran guru telah berubah daripada berpusatkan guru sepenuhnya kepada berpusatkan pelajar (Hofstein & Mamlok-Naaman, 2007; Nurzatulshima et al., 2009). Melalui kaedah pembelajaran inkuiri, murid yang melakukan aktiviti dan membina pengetahuan sambil dibantu dan diperhatikan oleh guru. Guru juga harus mengambil langkah yang sesuai dan menjadikan

(4)

pembelajaran sains sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan (Che Nidzam Che Ahmad et al., 2010; Yeam, 2007). Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan ini akan menimbulkan sikap positif dalam diri murid tentang subjek sains. Sehubungan itu, murid-murid yang mempunyai sikap yang positif ini kebiasaannya akan memperoleh pencapaian yang baik dalam mata pelajaran sains. (Adesoji & Olatunbosun, 2008; Hofstein & Lunnetta 2003 ).

Melalui pembelajaran inkuiri, peranan guru dalam proses pembelajaran telah berubah. Guru tidak lagi menjadi dominan dan hanya pemberi maklumat sahaja tetapi perlu bertindak sebagai fasilitator kepada murid. Guru-guru akan berpeluang membina hubungan yang baik dengan murid kerana mempunyai pelbagai peranan iaitu fasilitator, jurulatih dan teman pembelajaran. Guru juga perlu memastikan murid berdikari dalam pembelajaran dan dapat belajar melalui kesilapan mereka sendiri bagi mengelakkan kesilapan yang sama berlaku berulang kali. Para guru perlu yakin terhadap pembelajaran kendiri murid (Vighnarajah et al, 2008).

Setiap murid akan menganggap guru sebagai role model yang terbaik bagi mereka semasa di sekolah ataupun luar sekolah. Segala kelakuan dan tingkah laku guru amat mudah ditiru dan diikut oleh murid. Perkara-perkara yang guru suka atau tidak suka dan apa yang guru fikir tentang pembelajaran sains boleh memberi kesan yang signifikan terhadap murid (Adesoji & Olatunbosun, 2008). Guru harus menjaga tingkah laku dan sikap mereka semasa menjalankan kaedah pembelajaran inkuiri kerana segala perbuatan guru tersebut akan diperhatikan dan dipelajari oleh murid. Guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan pengetahuan dan tingkah laku murid itu sendiri.

Kesimpulannya, peranan guru yang amat besar walaupun kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar diimplementasikan dalam pendidikan sains. Guru harus sedar dan prihatin akan tanggungjawab mereka bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains sentiasa ditingkatkan. Melalui usaha yang gigih daripada guru, pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains mampu dilaksanakan dengan berkesan.

ISU PELAKSANAAN PEMBELAJARAN INKUIRI

Pembelajaran inkuiri memang dapat membantu murid untuk berfikir lebih kritis dan analisis. Kepentingan pembelajaran inkuiri amat diperlukan dan usaha-usaha untuk menjayakan pembelajaran sebegini memang menjadi matlamat kementerian pendidikan. Namun sedemikian, terdapat pelbagai isu dalam pelaksanaan pembelajaran inkuiri dikalangan guru pelatih.

Persediaan guru pelatih dari segi pengetahuan adalah kurang, contohnya dalam pengendalian eksperimen. Guru pelatih kelihatan kekok sepatutnya guru pelatih perlu mengendalikan eksperimen terlebih dahulu untuk menjangka segala kemungkinan semasa eksperimen dijalankan. Kemahiran guru pelatih dalam mengendalikan soalan adalah kurang. Guru pelatih sepatutnya mengemukankan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan.soalan yang dikemukan sepatutnya berbentuk soalan terbuka yang mana boleh mendapatkan respon yang pelbagai dalam mencambah pemikiran pelajar. Kekurangan ini juga menyebabkan guru pelatih gagal mengenalpasti miskonsepsi murid dan seterunya membetulkan miskonsepsi pelajar (Thangavelo et al, 2002). Dalam kelas inkuiri-penemuan,pada inkuiri,pada akhir pelajaran murid dapat menemui pelajaran baru melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk murid.Soalan yang disoal perlu meransang pemikiran tahap tinggi murid,bukan setakat mencapai objektif pelajaran sahaja.

Apabila kita melihat Bloom‘s Taxonomy, domain-domain yang berperingkat bawah sahaja di diajar kepada murid. Kajian Robiah Sidin (2001) pula menyatakan bahawa di Malaysia para murid tidak diberikan kebebasan untuk menjana idea. Aktiviti amali yang dilakukan lebih kepada teori sahaja dan tidak menjurus pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah. Dengan ini kita secara tidak langsung membatas pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif. Ini lebih kepada pengajaran yang berpusatkan guru di mana idea yang dijana mempunyai batasan tertentu.

Guru sebagai fasilitator akan menyediakan resos yang sesuai dan tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.Murid seharusnya mempunyai peluang untuk berkongsi persepsi masing-masing. Mohd. Ali Ibrahim & Shaharom Noordin (2003) menyatakan bahawa penekanan proses P&P pada masa kini lebih tertumpu kepada kognitif aras rendah seperti hafalan, ingatan kembali dan kefahaman. Dengan ini, murid kita semakin bertungkus-lumus untuk membuat hafalan dan bukannya berfikir untuk penyelesaian masalah. Menurut beliau lagi, soalan-soalan seperti

(5)

mentakrif, melabel, menyenaraikan dan mengenal pasti adalah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya di dalam kelas berbanding dengan soalan kognitif tahap tinggi. Jika kebarangkalian ini yang berlaku di kelas, jadi visi matlamat negara untuk melahirkan model-model insan tidak akan tercapai.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Menurut teori Maslow, faktor motivasi manusia dapat diubah dengan menyempurnakan keperluan hidupnya terlebih dahulu. Pada asalnya, ia memerlukan keperluan yang asas. Begitu juga untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik, prasarana di sekolah tersebut perlu mencukupi bagi melaksanakan cara pembelajaran yang efektif. Menurut (Robiah Sidin et al 2001; Tsai 2003; Eylem Yildiz, 2006), persekitaran makmal sekolah- sekolah Malaysia yang sedia ada kurang dalam kerjasama antara murid. Ia kurang memberi peluang kepada murid untuk menjana idea, kurang pengintegrasian antara pengetahuan teori dan pengalaman, kurang penjelasan tentang peraturan & kekurangan bahan-bahan sokongan berbanding dengan apa yang mereka inginkan untuk makmal sains.Secara amnya, motivasi murid dapat dikaitkan dengan cara pembelajaran seseorang murid. Menurut kajian Che Nidzam Che Ahmad et al (2011), persepsi murid terhadap persekitaran psikososial mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap kepuasan murid terhadap proses P & P dalam makmal Sains. Dalam kajian lain pula, Askar & Altun 2008 telah menyatakan Tahap kepuasan murid mempengaruhi kadar ingatan mereka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PEMBELAJARAN INKUIRI-PENEMUAN DALAM P&P GURU PELATIH

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi dan melaksanakan pengajaran sains berasaskan inkuiri-penemuan dikalangan guru pelatih. IPG disarankan menyediakan modul pembelajaran inkuiri yang lengkap untuk digunakan oleh guru-guru pelatih dalam proses P&P. Ini termasuklah membimbing guru pelatih merancang soalan yang berasaskan inkuiri penemuan sebelum sesi pengajaran.Tumpuan perlu diberi terhadap kemahiran merangka jenis soalan yang meransang pemikiran pelajar.

Di samping itu IPG perlu mendedahkan guru pelatih dengan pelbagai teknik melatih murid-murid supaya murid-murid lebih bersedia untuk aktiviti inkuiri-penemuan. Guru pelatih perlu mahir dengan pelbagai teknik seperti teknik „scaffolding‟ supaya dapat membimbing murid dengan berkesan. Murid perlu diberi peluang untuk menanya soalan dan merancang aktiviti secara berkumpulan.

IPG juga haruslah menekankan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses P&P. Penerapan kemahiran fasilitator guru pelatih perlu dipertingkatkan khususnya yang melibatkan aktiviti pelajar berkumpulan dan aktiviti penyelesaian masalah. Kemahiran ini boleh dilatih melalui sesi pengajaran mikro, bimbingan rakan sebaya dan bimbingan pensyarah.

KESIMPULAN

Pembelajaran inkuiri-penemuan merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang digunakan di sekolah. Pendekatan sebegini memberi peluang pelajar untuk meneroka topik yang perlu dipelajari dengan cuba menyelesaikan isu atau masalah berkaitan. Ia amat berbeza dengan pendekatan tradisional yang bersifat tutorial di mana para pelajar akan hanya didedahkan dengan maklumat berkaitan dan diikuti dengan latihan susulan. Pelajar perlu memahami dan menghayati kemahiran proses Sains. kaedah inkuiri merupakan suatu proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan. Pembelajaran Inkuiri pula dapat melahirkan insan-insan yang kreatif dan inovatif.

Guru-guru perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan pembelajaran Inkuiri yang berkesan. Guru harus sedar dan prihatin akan tanggungjawab mereka bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains sentiasa ditingkatkan. Melalui usaha yang gigih daripada guru, pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains mampu dilaksanakan dengan berkesan,untuk itu ilmu dan pendedahan awal perlu dibekalkan sepenuhnya terhadap guru pelatih dalam memastikan kaedah pembelajaran ini akan berjaya dilaksanakan dengan berkesan apabila guru-guru pelatih ini ditempatkan disekolah kelak.

(6)

Abdul Halim, Lilia Halim, T.Subahan Meerah & Kamisah Osman (2010). Pembangunan instrumen penyelesaian masalah sains. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1), 35-39.

Adesoji, F. A & Olatunbosun, S. (2008). Student, teacher and school environment factors as

determinants of achievement in senior secondary school chemistry in Oyo State, Nigeria. The Journal Of International Social Research. Retrieved February 29, 2013 from

http://www.sosyalarastirmalar.com/cilt1/sayi2/sayi2pdf/Adesoji_and_Olatunbosun.pdf Akerson, V. L., Flick, L. B. & Lederman, N. G ( 2000). The influence of primary children's ideas in

science on teaching practice. Journal of Research in Science Teaching 37(4), 363-385. Banchi, H & Bell, R (2008). The Many Levels of Inquiry. Science and Children. Retrieved April

20, 2013 from http://learningcenter.nsta.org/files/sc0810_26.pdf

Bianchini, J.A. & Colburn, A (2000). Teaching the nature of science through inquiry to prospective elementary teachers: a tale of two researchers. Journal of Research in Science Teaching 37(2), 177-209.

Cavallo, A.M.L, Potter, W.H. & Rozman, M. (2004). Gender Differences In Learning Constructs, Shifts In Learning Bruner, J. S. 1961. "The Act of Discovery". Harvard Educational Review 31(1): 21-32.

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim (2010). Hubungan ramalan persekitaran pembelajaran makmal sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2), 19-30.

Choo Hooi Ling & Arshad Mohammad Yusof (2001). Penggunaan simulasi komputer bagi memahami konsep pekali dan subskrip dalam formula dan tindak balas kimia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 7, 40-61.

Choo Hooi Ling & Arshad Mohammad Yusof (2002). Penggunaan simulasi komputer bagi mengatasi kesukaran pelajar dalam meramal hasil tindak balas dalam persamaan kimia. Jurnal

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 8, 1-20.

Edelson, D.C. (2001). Learning-for-use: a framework for the design of technology supported inquiry activities. Journal of Research In Science Teaching 38, 355-385.

Eylem Yildiz. 2006. Science teachers; attitudes towards aims of the science experiments. Journal of Turkish Science Education 3(2).

Habsah Ismail & Aminuddin Hassan (2009). Holistic education in Malaysia. European Journal of Social Sciences 9(2), 231-236.

Haury, D.L. (1993). Teaching Science Through Inquiry. Retrieved May 10, 2013 from

http://www.uhu.es/gaia_inm/invest_escalor/httpdocs/biblioteca_pdf/14_HAURY(1).1993 Herron, M.D. (1971). The nature of scientific enquiry. School Review 79(2), 171-212.

Hmelo-Silver, Duncan & Chinn (2007). Scaffolding and achievement in problem-based and inquiry learning: a response to kirschner, sweller, and clark (2006) Educational Psychologist 42(2), 99–107.

Hofstein, A., & Mamlok-Naaman, R. (2007). The laboratory in science education: the state of the art. Chemistry Education: Research and Practice in Europe 8(2), 105-108.

Hofstein, A. & Lunetta, V.N. (2003). The laboratory in science education: foundation for the twenty-first century. Science Education 88(1), 28-54.

Kessen, W. (1964). Statement of purpose and objectives of science education in the elementary school. Journal of Research in Science Teaching 2, 4-6.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Menghayati Kurikulum Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Krajcik, J, Blumenfeld, P. C, Marx, R. W, Bass, K. M & Fredricks, J. (1998). Inquiry in project-based

science classrooms: initial attempts by middle school students. Journal of the Learning Sciences 7(3&4), 313-350.

Kirschner, P. A., Sweller, J. & Clark, R. E. (2006). Why minimal guidance during instruction does not work: an analysis of the failure of constructivist, discovery, problem-based, experiential and inquiry-based teaching. Educational Psychologist 41,75-86.

Lim, B.R. (2004). Challenges and issues in designing inquiry on the web. British Journal of Educational Technology 35, 627-643.

(7)

Miller, J. L. (2000). Curriculum Reconceptualized: A Personal and Partial History. Dlm. W. F. Pinar (pnyt.). Contemporary Curriculum Discourses: Twenty years of JCT, hlm. 498-508. New York: Peter Lang Publishers.

Mohd. Ali Ibrahim & Shaharom Noordin (2003). Perbandingan pencapaian para pelajar dalam pentaksiran kerja amali dengan peperiksaan bertulis. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. Retrieved April 20, 2013 from http://eprints.utm.my/2338/1/112.Meor.pdf Nurzatulshima Kamarudin, Lilia Halim, Kamisah Osman & T Subahan Mohd. Meerah (2009).

Pengurusan penglibatan pelajar dalam amali sains. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 205-217.

Rakow, S.J. (1986). Teaching science as inquiry. Fastback 246. Bloomington, Phi Delta Kappa. Robiah Sidin (2003). Pembudayaan sains dan teknologi: Satu Cadangan Piawai. Jurnal Pendidikan

28: 47-63.

Resnick, L.B. (1987). Education and Learning to Think . Washington, D.C. National Academy Press. Sabarudin Zakaria & Siti Nurbayah Daud (2009). Creating and maintaining a conducive learning at

private higher learning institutions. Proceedings of the 2nd International Conference of Teaching and Learning (ICTL 200. hlm 1-8.

Shulman, L.S. (1968). Principle of Inquiry Method . London: Prentice Hall. Suchman, R. (1966). Developing Inquiry. Chicago: Science Research Associates

Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar (2008). The shift in the role of teachers in the learning process. Europe Journal of Social Science 7(2), 33-41.

Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar (2006). Use of interactive e-learning community (ielc) as a cognitive tool to instigate thinking culture among smart school students in

peninsular malaysia. Proceedings of the Konvensyen Teknologi Pendidikan 2005: Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan dan Penilaian Teknologi Instruksional, hlm. 600-605. Wright, G. B. (2011). Student-centered learning in higher education. International Journal of

Teaching and Learning in Higher Education 23(3): 92-97.

Yeam, P. K. (2007). Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Guru Latih. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia.

Tangavelo Marimuthu, Azman Jusoh & Rodziah Ismail (2002). Amalan dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum:Satu Kajian Kes. Retrieved April 20, 2013 from www.ipbl.edu.my/BM/.../thangaveloMPSAHkk.pdf‎ Zarina Bibi Ibrahim & Khairil Iskandar Othaman (2010). Comparative study of secondary

mathematics curriculum between malaysia and singapore. Procedia- Social and Behavioral Sciences 8, 351-355.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitan eksperimen ini bertujuan mengetahui pengaruh penerapan model pembelajaran inkuiri berbantuan media flow card terhadap keterampilan proses sains siwa pada

Peningkatan Kemampuan Guru dalam Menyusun Persiapan Pembelajaran Sains Berbasis Inkuiri sebagai dampak Implementasi PPKIMSBI-DP dan PPKIMSBI secara Konvensional

Pembelajaran Inkuiri Terbimbing untuk Meningkatkan Keterampilan Generik Sains dan Pemahaman Konsep 1.. Pembelajaran Inkuiri Terbimbing

mengintegrasikan semua aspek inkuiri secara lengkap, baik dalam RPP sains yang dibuatnya, pada pelaksanaan pembelajaran sains maupun membuat soal- soal guna

(ii) Bagaimanakah membina bahan pembelajaran dan intervensi pembelajaran dengan pendekatan pendidikan matematik realistik untuk mempertingkatkan keupayaan kepekaan nombor

Beberapa yang menyebabkan mengapa pembelajaran secara inkuiri lebih efektif dalam meningkatkan pengetahuan inkuiri guru dibandingkan dengan pembelajaran konvensional,

Terjadinya peningkatan kemampuan literasi sains pada kelas eksperimen disebabkan karena di dalam pembelajaran menggunakan bahan ajar berbasis inkuiri terbimbing berbantuan V-Lab mampu

Perbincangan Kajian Kajian ini telah meneroka amalan penyoalan lisan guru dalam PdPc Sains berasaskan inkuiri dan mendapati guru dan pelajar sama- sama memainkan peranan yang penting