• Tidak ada hasil yang ditemukan

COVID-19: ISU DAN SOLUSI PELAKSANAAN PDP DALAM TALIAN BAGI KURSUS HIFZ AL-QURAN IV DI USIM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "COVID-19: ISU DAN SOLUSI PELAKSANAAN PDP DALAM TALIAN BAGI KURSUS HIFZ AL-QURAN IV DI USIM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

275

COVID-19: ISU DAN SOLUSI PELAKSANAAN PDP DALAM TALIAN BAGI KURSUS HIFZ AL-QURAN IV DI USIM

Norazman bin Aliasi, Anuar bin Hasinii & Zainora binti Daudiii

i (Corresponding author). Ketua Program Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. norazman@usim.edu.my

ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. anuarhasin@usim.edu.my iii Ketua Program Pengajian Qiraat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. zainora@usim.edu.my

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui bentuk cabaran pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian bagi kursus yang berkonsepkan hafazan al-Quran di USIM ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Hakikatnya terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh semua pihak termasuk pensyarah dan pelajar dalam tempoh tersebut. Proses PdP yang selama ini tertumpu kepada bersemuka dan e-learning, akhirnya terpaksa dilaksanakan secara dalam talian 100% akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara. Satu kajian kualitatif melibatkan 20 orang pelajar telah dijalankan bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam tempoh pembelajaran tersebut. Kaedah soal selidik soalan terbuka telah dikendalikan bersama kesemua pelajar terpilih bagi mengumpul data berkaitan empat isu utama iaitu: i) pandangan pelajar ii) kekangan dan cabaran iii) cadangan penambahbaikan iv) pandangan pendirian persetujuan. Maklum balas daripada kesemua peserta telah disusun dan dikupas mengikut tema yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar selaku sumber primer kajian secara umumnya mempunyai pandangan yang positif terhadap proses PdP secara dalam talian di musim pandemik Covid-19 ini. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka dan ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang berkaitan.

Kata kunci: isu, solusi, pdp dalam talian

PENDAHULUAN

Hampir semua universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah melaksanakan dan mengubah konsep pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin bermula 18 Mac 2020

(2)

276

yang lalu.51 Namun begitu, perubahan ke arah PdP secara maya ini sememangnya memberi cabaran yang besar bukan sahaja kepada para pelajar, malah memberi impak kepada kaedah pengajaran oleh para pensyarah.

Menurut seorang pensyarah Undang-Undang Curtin University Malaysia (Curtin) Ariffin Mohamad berkata, proses PdP secara dalam talian ini merupakan satu pengalaman yang cukup mencabar, namun ia mengajar dirinya untuk lebih bersedia dengan perubahan corak pendidikan pada masa depan. Ujar beliau, “PKP banyak memberi impak kepada proses PdP di universiti terutamanya bagi universiti yang bukan melaksanakan pembelajaran dalam talian sepenuhnya, jadi sebagai pensyarah kita perlu menyesuaikan diri dengan cepat. Apabila PKP dilaksanakan, proses PdP di universiti bagi semua kursus perlu dilaksanakan secara dalam talian 100 peratus, maka ini merupakan pengalaman baharu yang berharga untuk pelajar dan juga pensyarah.”52

Hakikatnya pembelajaran dalam talian (online) mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-Learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka dan fizikal, malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.53

Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan sehingga penghujung tahun 2020 ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.54 Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diketahui dan ditangani secara bersama oleh semua pihak dalam mengaplikasikan pembelajaran dalam talian ini.

51 wikipedia. (2020, September 16). Retrieved from

https://en.wikipedia.org/wiki/2020_Malaysia_movement_control_order 52 Abdullah, M. A. (2020, April 11). utusanborneo. Retrieved from

https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/11/pdp-dalam-talian-beri-cabaran-dan-pengalaman-baharu 53 Kemahiran, J. P. (2020, Jun 25). http://jpkmalaysia.com/. Retrieved from http://jpkmalaysia.com/cabaran-pembelajaran-online-cadangan-mengatasinya/

54 MOHE. (2020, Mei 29). Retrieved from

https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press- statement/1130-advisory-note-no-4-2020-panduan-pengendalian-program-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-pergerakan

(3)

277 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pengkaji membuat penelitian menerusi edaran soal selidik soalan terbuka melibatkan 20 orang pelajar selaku sumber

primer. Terdapat empat soalan yang digunakan dalam soal selidik yang diedarkan iaitu

seperti dalam senarai berikut:

Soalan [1]: Apakah pandangan anda tentang pelaksanaan PdP secara dalam talian yang telah dikuatkuasakan oleh USIM semasa PKP bagi kursus Hifz al-Quran IV pada semester 2, sesi 2019, 2020?

Soalan [2]: Apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh anda dalam mengikuti PdP secara dalam talian bagi kursus Hifz Al-Quran IV?

Soalan [3]: Apakah cadangan anda bagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki mutu pelaksanaan PdP secara dalam talian bagi kursus Hifz Al-Quran IV pada masa akan datang?

Soalan [4]: Adakah anda bersetuju sekiranya PdP secara dalam talian diteruskan pada semester akan datang bagi kursus ini?

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menerusi empat soalan yang diajukan akan mengemukakan kesemua maklum balas yang direkodkan daripada 20 pelajar yang terpilih.

Soalan [1]: Apakah pandangan anda tentang pelaksanaan PdP secara dalam talian yang telah dikuatkuasakan oleh USIM semasa PKP bagi kursus Hifz al-Quran IV pada semester 2, sesi 2019, 2020?

Menerusi soal selidik terbuka yang diedarkan, pelajar telah menyumbang pendapat mereka berhubung pelaksanaan PdP secara dalam talian yang telah dikuatkuasakan oleh USIM semasa PKP dilaksanakan.

(4)

278

Jadual 1. Pernyataan berhubung pandangan pelajar terhadap pelaksanaan PdP secara dalam talian

No Matrik Pernyataan

1181147

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma bagi saya belajar online sedikit sukar. Kerana tak dapat belajar secara muka ke muka

1181182 Baik, seronok sebab duduk di rumah. Kadang kadang suruh mak cekkan. Fun.

1181132

Pandangan saya, tiada masalah dan bagi sesetengah pelajar lebih suka secara online sbb mereka boleh pastikan bacaan lancar dlm video, selagi tak lancar, record yg baru.

1181191 Masa lebih fleksibel.

1181184 satu satunya cara yang ada. Mahu tidak mahu, kena laksanakan.

1181192 Bagi sy, melalui kaedah record bagus kerana sy blh mengulang lagi jikalau tersilap.. dan bacaan menjadi lancar.

1181125 Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

1181136

Alhamdulillah, bagi pihak saya pembelajaran secara atas talian bagi subjek Hifz Al-Quran IV berjalan secara lancar tanpa ada sebarang masalah.

1181203 Alhamdulillah, subjek hifz Al-Quran berjaya dilaksanakan secara dalam talian. Meskipun agak berbeza dari sebelumnya.

1181152 Pada pandangan saya,kaedah yang digunakan sepanjang mod pembelajaran dalam keadaan pkp adalah baik dan memuaskan.

1181217

Pada pandangan saya tiada apa-apa masalah untuk subjek ini dilakukan secara atas talian kerana subjek Hifz Al-Quran IV bergantung sepenuhnya pada kesungguhan para pelajar untuk menghafal. Jika para pelajar memberi kerjasama yang baik dan bersedia pada setiap minggu, ianya akan memudahkan urusan bagi pihak pensyarah dan mahasiswa/i itu sendiri.

1181216 Semua Okey sangat & terbaik sebab Dr.Azman tidak memberi tekanan kepada pelajar.

(5)

279 1181096

PdP secara dalam talian bagi subjek Hifz Quran saya kira sangat bagus kerana ianya lebih fleksibel dan memudahkan, hanya perlu menghantar video hafazan setiap minggu, sudah memadai. Pelajar juga memiliki masa yang lebih untuk memantapkan kualiti hafazan sebelum menghantar hafazan kepada pensyarah.

1181110 Sejujurnya rumit bagi saya untuk subjek hifz. Kemalasan melanda ustaz.

1181193

Pada pandangan saya,, ianya agak sukar dan mencabar lar sebab nak kena cari tempat yang sesuai dengan line jika nak dibandingkan dengan kelas face to face.

1181210

Pada pandangan saya, pelaksanaan yang dilakukan bagi subjek Hifz Al-Quran IV adalah mudah bagi pelajar dan pensyarah kerana

pensyarah telah membagi ruang kepada pelajar untuk merakam video hafazan dan menghantarnya secara atas talian. Jadi, perkara ini lebih menjimatkan data.

1181014

Pelaksanaan kelas hafazan dengan cara merekod video banyak membantu saya dari segi fleksibiliti jadual dan masa untuk saya memperbaiki kualiti hafazan.

1181109 Bagi saya ia berkesan untuk pelajar bagi menghafal Al-Quran kerana banyak masa terluang di dalam rumah sahaja.

1181151 Bagi saya, saya blh mengikuti kaedah pdp secara dalam talian kerana line di rumah saya berada dalam keadaan yang baik.

1181205

Bagi saya, ia sangat berkesan. Terlampau banyak masa dan peluang yang telah diberikan oleh lecturer untuk pelajar menghafaz silibus yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada pernyataan Jadual 1 di atas, hampir kesemua pelajar mempunyai pendapat yang positif terhadap pelaksanaan PdP secara dalam talian dengan jumlah pelajar seramai 18 daripada 20 orang. Para pelajar bersetuju bahawa PdP secara dalam talian ini banyak membantu mereka dalam pengurusan masa yang lebih fleksibel meskipun terdapat sedikit cabaran sebagaimana yang dinyatakan oleh 1181191, 1181096 dan 1181014. Selain itu, 1181132, 1181096, 1181210 dan 1181014 menyatakan pelaksanaan

(6)

280

PdP secara dalam talian ini dapat membantu pelajar membuat rekod video dengan lebih berkualiti dan baik kerana pelajar dapat menyemak terlebih dahulu hafazan mereka sebelum menghantar tugasan video kepada pensyarah.

Namun begitu, segelintir responden di kalangan pelajar tidak sepenuhnya bersetuju pernyataan tersebut kerana merumitkan dan mencabar sepertimana yang dinyatakan oleh 1181110 dan 1181193.

Soalan [2]: Apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh anda dalam mengikuti PdP secara dalam talian bagi kursus Hifz Al-Quran IV?

Dapatan bagi soalan 2 telah direkodkan sebagaimana yang tertera dalam Jadual 2. Maklum balas ini dapat dikategorikan mengikut tema kekangan yang dinyatakan oleh pelajar, seperti berikut:

[i] Gangguan internet; [ii] Emosi dan persekitaran yang kurang kondusif; [iii] Masa

Jadual 2. Pernyataan berhubung kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mengikuti PdP secara dalam talian

No Matrik Pernyataan

1181147 Line Internet yang agak lemah.

1181182

Cabarannya ialah masa. Mungkin kerana dah biasa duduk di asrama, jadi duduk di rumah rasa masa sangat sikit. Rasa macam buat kerja rumah lebih dari dapat spent masa dengan study.

1181132

Cabarannya adalah bila tasmik secara online. Masalah internet tu biasa, bila tgh tasmik tiba2 terputus, tersekat2. Dan kadang2 kita baca salah, bila ustaz tegur tp kita tak dengar.

1181191 Merekod video untuk satu muka surat mengambil masa hampir sejam.

1181184 Aura belajar yang semakin menurun.

1181192

Sy melalui masalah kerana dekat rmh, komitmen sy agak kurang.. sy perlukan atau diberikan dateline bila nk kena hntr record, kena ada final date.

(7)

281

1181125 Alhamdulillah setakat ini tiada kekangan dan cabaran.

1181136

Saya tidak mempunyai masalah bagi subjek ini kerana saya mempunyai capaian internet yang kuat, cuma kadang kala sahaja internet di rumah saya ada masalah.

1181203 Kekangan dan cabaran - masalah line internet bila hendak hantar video.

1181152

1. masalah rangkaian internet terutamanya ketika waktu hujan. 2. Waktu yang telah diperuntukkan mengikut jadual ketika sesi bersemuka.

1181217

1. masalah rangkaian internet terutamanya ketika waktu hujan. 2. Waktu yang telah diperuntukkan mengikut jadual ketika sesi bersemuka.

1181216

Bagi diri saya sendiri Alhamdulillah tidak ada terlalu banyak kekangan dan cabaran cumanya mungkin hanya pada capaian internet yang kadang-kadang perlahan semasa sesi pembelajaran ataupon ketika ingin menghantar video hafalan.

1181096

Secara peribadi, saya tidak menghadapi sebarang kekangan dari aspek internet dan sebagainya memandangkan hanya sekali sahaja kelas melalui ms teams & selebihnya menghantar video hafazan. 1181110 Line internet, jadi kurang fokus untuk hafazan.

1181193 cabaran yg selalu dihadapi adalah line internet sebab kawasan rumah saya kadang2 line okay, kadang2 line problem juga.

1181210

Kekangan dan cabaran.

- Masa yang tidak flexible kerana pelajar terdedah dengan suasana di rumah.

- Kemudahan jalur lebar yang tidak begitu membantu di kawasan tempat tinggal pelajar.

1181014 Gangguan internet ketika kelas yang diadakan secara bersemuka menganggu semakan bacaan dan hafazan saya.

(8)

282

1181109 Masalah internet berlaku terutamanya pada hari berlakunya hujan lebat.

1181151

Kadang-kadang terganggu sbb adik beradik, sbb saya bukan dari keluarga senang, jadi bilik ada sikit jer, sbb tu saya selalu duduk dalam kereta masa kelas live.

1181205 Mungkin disebabkan faktor line yang agak sangkut, tetapi keseluruhannya okay saja.

i. Gangguan internet

Berdasarkan kepada pernyataan pada Jadual 2, walaupun kebanyakan pelajar bersetuju dengan pernyataan pada Jadual 1, mereka akui bahawa pelaksanaan PdP secara dalam talian ini masih terdapat kekangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi terutamanya isu line internet yang agak lemah. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelajar yang terdiri daripada keluarga B40 dan M40 menetap di kawasan luar bandar dan mempunyai masalah gangguan internet di kawasan tersebut.

ii. Emosi dan persekitaran yang kurang kondusif

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah. Menurut pernyataan 1181184, 1181192, 1181151, 1181210 dapat difahami bahawa antara kekangan lain yang dinyatakan juga ialah berkaitan isu emosi dan persekitaran yang kurang kondusif seperti semangat untuk belajar, gangguan ahli keluarga, masa yang tidak sesuai dan sebagainya.

iii. Masa

Antara aspek dan kekangan besar yang dihadapi oleh pelajar ialah pengurusan masa. Para pelajar membicarakan tentang pengurusan masa dari dua aspek iaitu masa pelaksanaan PdP dan waktu PdP yang terganggu oleh persekitaran. Dalam Jadual 2 di atas, menurut pernyataan 1181191, tempoh masa yang agak panjang terpaksa diperuntukkan bagi tujuan merekod video hafazan sehinggakan 60 minit bagi satu mukasurat. Bagi 1181182, 1181210 dan 1181151 pula, waktu pembelajaran mereka sedikit terganggu dengan persekitaran yang kurang kondusif dan ini memberi impak kepada emosi mereka.

(9)

283

Soalan [3]: Apakah cadangan anda bagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki mutu pelaksanaan PdP secara dalam talian bagi kursus Hifz Al-Quran IV pada masa akan datang?

Bagi dapatan soalan 3 ini, terdapat tiga tema yang boleh disenaraikan di sini

sebagaimana yang dijawab oleh para pelajar pada Jadual 3. Tiga tema tersebut ialah [i] Penjadualan kelas; [ii] Metode PdP; [iii] Lain-lain

Jadual 3. Pernyataan berhubung cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki mutu pelaksanaan PdP secara dalam talian

No Matrik Pernyataan

1181147 Alhamdulillah bagi saya. Cara yg digunakan sudah cukup begitu baik. Tak perlu ada penambahan lagi

1181182 Tiada cadangan kerana segala pembelajaran Hifz Quran pada sem lepas sudah sangat baik.

1181132 Boleh teruskan dgn rakaman video. 1181191 Tiada.

1181184 Semua okay sahaja

1181192 Kalau record, kena ada dateline setiap m/s

1181125

Menambahkan bilangan mukasurat hafazan dan pengetahuan

berkaitan mukasurat Yang dihafaz, agar selari dengan sijil yang akan dibawa keluar nanti.

1181136 Tidak ada sebarang cadangan kerana perlaksanaan yang sedia adalah baik.

1181203 Cadangan selain menghantar video, pelajar juga boleh menulis balik ayat yang dihafal sebagai pengukuhan

1181152 Menyediakan jadual yang fleksibel dan sesuai bagi memudahkan pelajar untuk tasmik.

1181217

Cadangan saya, mungkin para pensyarah boleh membacakan dahulu muka surat yang berkenaan sebelum ditasmik pada minggu

hadapannya ataupon sebelum memberi tugasan kepada pelajar untuk merekod video hafalan supaya tidak berlaku kesilapan bacaan para

(10)

284

pelajar seperti pada hukum wajib Al-ghunnah dan tanda waqaf. Terima kasih

1181216

- Cadangan saya agar meneruskan video tasmi' dan menghantar melalui email, hal ini kerana:-

1) Pelajar boleh mengambil masa yang panjang untuk menghafal dan membuat video. 2) Buat video juga boleh mengukuhkan ingatan pelajar.

- Mungkin Dr perlu tetapkan satu minggu satu muka surat untuk hantar bagi mengelakkan pelajar lambat dan menangguh membuat video tasmi'.

1181096

Menetapkan duedate bagi setiap mukasurat untuk menghantar hafazan (mengikut hari kelas masing-masing).

Cth: duedate mukasurat 50 pada 12/9/20 duedate mukasurat 51 pada 21/9/20 atau setiap pelajar wajib menghantar hafazan 1 mukasurat kepada lecturer by end of every week

1181110

Saya nak kelas f2f sbb utk penambahbaikkan tajwid saya dan cara bacaan, sbb kadang2 bila rekod video saya rasa mcm ada salah pembacaan

1181193 cadangan saya mungkin boleh lakukan record video seperti biasa dan adakan juga tasmiq secara online.

1181210

Apa yang telah dilaksanakan bagi saya sudah terbaik tapi sebagai penambahbaikan,

- Mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah internet dan sentiasa mengikuti perkembangan pelajar tersebut agar tidak keciciran.

- Membuat kepelbagaian metodologi dalam pembelajaran seperti mewujudkan kumpulan tasmik secara maya agar pelajar sentiasa mengulang Al-Quran dan semangat.

1181014

Mengadakan sekurang-kurangnya 3-5 kali sesi hafazan live, supaya para pelajar dapat menerima teguran mengenai kualiti hafazan mereka secara langsung daripada para pensyarah

1181109 Mengasingkan pelajar yang mempunyai masalah internet supaya mereka dapat tasmik pada waktu yang ditetapkan

(11)

285

1181151 Tiada cadangan sbb Saya dah berpuas hati dgn kaedah sedia ada

1181205

Bagi saya, atas diri pelajar itu sendiri. Perlu ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk menghafaz serta mengulang. Dan pada saya, lagi meyakinkan diri jika kekal dengan keadaan mentasmik secara video sambil tutup mata, kurang rasa gementar dan tak terganggu dengan line apabila hendak tasmik.

i. Penjadualan kelas

Menurut 1181152 dan 1181014, proses PdP secara dalam talian amat membantu pelajar kerana penjadualan kelas yang lebih fleksibel dengan waktu pelajar. Meskipun begitu, dicadangkan agar kelas secara maya ini diadakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali sesi PdP bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam penyampaian ilmu secara langsung.

ii. Metode PdP

Bagi pelajar yang kurang sedikit lemah dari sudut hafazan, cadangan 1181203, 1181217 dan 1181210 amatlah bermanfaat dan dapat membantu dari sudut metode PdP oleh para pensyarah. Menurut mereka, para pensyarah bolehlah meminta para pelajar untuk membuat salinan ayat hafazan dalam memperkukuhkan lagi hafazan mukasurat tersebut. Selain itu, kaedah pensyarah memperdengarkan bacaan mukasurat hafazan terlebih dahulu dan mewujudkan kumpulan tasmik pelajar secara maya sedikit-sebanyak dapat memelihara kualiti hafazan pelajar dan memberi semangat kepada mereka untuk belajar secara berkumpulan khususnya dalam tempoh PKPP ini.

iii. Lain-lain

Antara cadangan lain yang diutarakan oleh pelajar ialah pengasingan pelajar yang bermasalah agar mereka tidak ketinggalan dari sudut pembelajaran. Cadangan ini dinyatakan oleh 1181109 bertujuan untuk memastikan pelajar yang berkaitan dapat terus menimba ilmu dan tidak ketinggalan dalam proses PdP online berlangsung.

Soalan [4]: Adakah anda bersetuju sekiranya PdP secara dalam talian diteruskan pada semester akan datang bagi kursus ini?

(12)

286

Soalan 4 menerusi soal selidik terbuka ini bertujuan memohon pandangan pendirian pelajar selaku sumber primer terhadap pelaksanaan PdP secara dalam talian pada semester akan datang bagi kursus berkonsepkan hafazan al-Quran, sebagaimana yang tertera dalam Jadual 4.

Jadual 4. Pernyataan berhubung pendirian pelajar sekiranya PdP secara dalam talian diteruskan pada semester akan datang.

No Matrik Pernyataan 1181147 Ya. 1181182 Tidak. 1181132 Ya. 1181191 Ya. 1181184 Ya. 1181192 Ya. 1181125 Ya. 1181136 Ya. 1181203 Ya. 1181152 Ya. 1181217 Ya. 1181216 Ya. 1181096 Ya. 1181110 Tidak. 1181193 Ya. 1181210 Ya. 1181014 Ya. 1181109 Ya.

(13)

287

1181151 Ya.

1181205 Ya.

Berdasarkan kepada Jadual 4 di atas, majoriti responden menyatakan pendirian positif iaitu bersetuju terhadap pelaksanaan PdP dalam talian pada semester akan datang bagi kursus Hifz al-Quran, meskipun terdapat beberapa isu yang dibincangkan sebelum ini. Pun begitu, hanya dua orang pelajar iaitu 1181182 dan 1181110 sahaja yang menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Hal ini berkemungkinan berkait rapat dengan dapatan isu yang dinyatakan oleh mereka pada Jadual 2; Pernyataan berhubung kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mengikuti PdP secara dalam talian iaitu faktor masa dan gangguan internet.

PERBINCANGAN

Pada semester 2, sesi akademik 2019/2020 yang bermula pada bulan Februari yang lalu, para pelajar di USIM telah mengikuti kelas PdP secara fizikal dan bersemuka di kelas tutorial dan kuliah selama hampir empat minggu. Menjelang pertengahan bulan Mac 2020, semua aktiviti PdP khususnya dan pergerakan bebas rakyat Malaysia amnya terpaksa dihentikan buat sementara waktu bermula 18 Mac 2020 apabila dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) akibat pandemik Covid-19.55 (Rahman, 2020) Akhirnya, proses pembelajaran sedikit terganggu dan terjejas kerana isu yang dinyatakan tadi dan pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar secara umumnya sehinggalah pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semester pengajian disambung kembali pada 1 Jun 2020 secara dalam talian sahaja.56

Kaedah PdP dalam talian bagi menggantikan interaksi secara bersemuka di dalam bilik tutorial dan kuliah, pastinya satu-satunya cara yang paling selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Namun begitu, keterbatasan dan kekangan pasti wujud khususnya kepada pelajar yang tidak mempunyai capaian internet atau mempunyai kadar capaian internet

55

56 MOHE. (2020, Mei 29). Retrieved from

https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press- statement/1130-advisory-note-no-4-2020-panduan-pengendalian-program-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-pergerakan

(14)

288

yang lemah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar ataupun daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam konteks yang lain, dengan adanya PdP secara dalam talian ini, para pelajar dan juga pensyarah mempunyai satu stor data simpanan dalam bentuk alam maya yang bercirikan fleksibiliti dan mobiliti.57 Pelajar dan pensyarah tidak perlu lagi menyimpan bahan PdP dalam bentuk fizikal seperti nota, fail dan buku di mana kebarangkalian untuk bahan tersebut rosak dan hilang adalah tinggi. Malahan, pelajar dan pensyarah juga boleh melihat video PdP berulangkali di medium dalam talian yang lebih mudah dan mesra pengguna. Mereka juga boleh menyimpan bahan-bahan PdP secara alam maya dan tidak perlu lagi risau untuk membawa bahan ini ke mana-mana sahaja. Antara contoh platform PdP dalam talian yang membantu penyimpanan data ialah Microsoft Teams, Zoom, Google Meets, OneDrive, Facebook dan sebagainya. Tiada had sempadan untuk mereka melakukan ulangkaji sesuatu kursus mengikut keperluan dan pemahaman masing-masing dan jika mereka memerlukan bantuan, pelajar dapat memuat turun nota pembelajaran dengan mudah dan boleh berbincang secara alam maya dengan pensyarah mahupun pelajar lain dengan menggunakan aplikasi perbualan dalam talian.58

Dalam aspek yang lain pula, masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PdP

online ialah capaian internet yang kurang menyeluruh dengan kelajuan jalur lebar yang

tidak memuaskan menjadi punca kebanyakan pelajar kurang berminat dengan PdP dalam talian. Mereka mula beranggapan perkara ini membuang masa dan membantutkan minat untuk mempelajari sesuatu kursus atau ilmu dengan lebih mendalam. Faktor gangguan persekitaran yang kurang kondusif dan kekangan masa juga merupakan antara isu yang dihadapi oleh pelajar. Kesemua factor dan isu yang diketengahkan ini boleh diminimumkan risikonya sekiranya pelbagai pihak saling bantu-membantu dalam penambahbaikan proses PdP dalam talian. Antara idea penambahbaikan yang boleh diperhalusi ialah penjadualan kelas yang lebih fleksibel, rakaman PdP yang bolah diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, metode PdP yang lebih efisien dan seiring dengan perkembangan semasa serta pembelajaran dalam kumpulan secara maya yang berterusan.

57 Hamzah, M., & Yeop, M. A. (2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Penerimaan Dan Kaedah Pelaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(2), 67–77. Retrieved from

http://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR001298

58 Nor Aziah Abdul Aziz, & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Ipg Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11, 116–130. https://doi.org/10.1145/3060403.3060449

(15)

289 PENUTUP DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, terdapat banyak isu dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar terhadap pelaksanaan PdP dalam talian khususnya kursus berkonsepkan hafazan al-Quran di USIM. Antara cabaran yang dinyatakan adalah seperti gangguan internet, emosi dan persekitaran yang kurang kondusif serta kekangan masa. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bersama dan usaha penambahbaikan perlu diketengahkan dalam menangani isu yang berbangkit bagi memastikan proses PdP dalam talian di musim PKPP ini bukanlah suatu halangan. Keperluan terhadap pelaksanaan metode PdP yang baharu, medium penyampaian ilmu yang pelbagai dan meneruskan pembelajaran dalam berkumpulan secara maya mestilah diberi perhatian dalam dunia norma baharu ini. Dari sudut pandang lain pula, kursus pembangunan profesional dalam menyokong metode PdP norma baharu ini perlulah dilaksanakan secara kerap dan mestilah melibatkan semua pensyarah. Kursus seumpama ini perlulah membekalkan sebanyak mungkin kaedah PdP yang berguna untuk pelaksanaan pembelajaran online khususnya dalam suasana norma baharu. Diharap agar kertas kerja ini dapat memberi sedikit gambaran terhadap isu dan solusi pelaksanaan PdP dalam talian bagi kursus Hifz al-Quran IV di USIM dan pelbagai pihak perlulah sentiasa cakna dan peka terhadap segala luahan pelajar selaku pemegang taruh agar meskipun pandemik Covid-19 yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini, ia tidak menjadi batu penghalang kepada para pelajar dan pensyarah untuk melihat PdP secara dalam talian ini merupakan suatu alternatif baru dalam sistem pembelajaran abad ke-21.

RUJUKAN

Abdullah, M. A. (2020, April 11). utusanborneo. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/11/pdp-dalam-talian-beri-cabaran-dan-pengalaman-baharu

Hamzah, M., & Yeop, M. A. (2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Penerimaan Dan Kaedah Pelaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(2), 67–77. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR001298

Kemahiran, J. P. (2020, Jun 25). http://jpkmalaysia.com/. Retrieved from http://jpkmalaysia.com/cabaran-pembelajaran-online-cadangan-mengatasinya/ MOHE. (2020, Mei 29). Retrieved from

https://www.mohe.gov.my/en/media- mohe/press-statement/1130-advisory-note-no-4-2020-panduan-pengendalian-program-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-pergerakan

(16)

290

Nor Aziah Abdul Aziz, & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Ipg Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11, 116–130. https://doi.org/10.1145/3060403.3060449 Rahman, P. D. (2020). Makluman Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sempena Pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan Mulaim 18 Hingga 31 Mac 2020. USIM. wikipedia. (2020, September 16). Retrieved from

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Harman 1974 kriteria jenis organisme yang dijadikan sebagai indikator yaitu mudah dikenali oleh peneliti yang bukan ahli di bidangnya, memiliki ruang liomoringkup yang luas

Menurut R3, bahwa pengetahuan yang siswa dapatkan dalam pembelajaran dribble permainan bola basket dengan menggunakan model peer teaching yaitu pemahaman tentang dalam

Penelitian sebelumnya oleh Muslim (2010) Menggunakan metode Analytical Hierarchy Process (AHP) untuk analisis pemilihan supplier , sedangkan Cesarion (2014)

Momen hasil analisis dan beberapa momen hasil pengujian memiliki perbedaan hasil yang cukup besar.Momen hasil pengujian yang diambil untuk mewakili kolom baja dan

Hasil penelitian diperoleh bahwa (a) Kemampuan pengajuan masalah matematika pebelajar (mahasiswa) dilihat dari tahap sebelum dan selama penyelesaian masalah dalam

Menurut pendapat para ahli di atas, pada dasarnya kompensasi adalah dorongan pada seseorang agar mau bekerja dengan baik dan agar lebih dapat mencapai tingkat kinerja

Dan mendiskusikan perihal pasien di antara mereka sendiri (diantara berbagai suara yang berbicara atau jenis suara halusinasi lain yang berasal dari salah satu bagian

Pada Gambar 7, nilai pada perlakuan kombinasi eceng gondok dan pelepah pisang menunjukan semakin banyak penambahan bahan serat maka akan semakin besar pula daya serap dan