• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu isu dalam Pengajaran dan Pengalaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu isu dalam Pengajaran dan Pengalaman"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Isu-isu dalam Pengajaran dan

Pengalaman Guru : Stres Dalam

Kalangan Guru

NAMA

: NOOR FARAH IZIYANTI BINTI ABU RAHIM

NO MATRIK

: M20151000476

SUBJEK & KOD

: PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN

GURU (KPD 6014)

(2)

SENARAI KANDUNGAN

Bil Senarai Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan 3

2 Jurnal-jurnal Rujukan 4 3 Stres Dalam Kalangan Guru 7 4 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Stres Dalam Kalangan Guru 9 5 Usaha-usaha Mengurangkan Stres Dalam Kalangan Guru 14

6 Rumusan 20

(3)

PENGENALAN

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah, juga perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan (stres) kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.

Antara perintis dalam bidang stres ialah Seyle (1976) yang menerangkan bahawa stres memberi makna yang berbeza bagi individu yang berbeza. Menurutnya lagi, stres adalah satu keadaan yang memberi kesan terhadap emosi, kognitif dan fizikal seseorang. Menurut McGrath (1974), sesuatu yang kelihatan sebagai tekanan pada seseorang berkemungkinan menjadi cabaran dan keseronokan kepada seseorang yang lain. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apatah lagi sifat toleransi dan kasih sayang.

(4)

JURNAL-JURNAL RUJUKAN

Salah satu jurnal yang digunakan sebagai rujukan ditulis oleh Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Jurnal ini bertajuk Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal ini berkisar mengenai tekanan kerja guru di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) berdasarkan lima faktor yang dicadangkan oleh Seily (2007) iaitu salah laku murid, beban tugas, kekangan masa dan sumber, hubungan interpersonal dan penghargaan. Kajian ini direka menggunakan gabungan reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatf yang dibahagikan kepada dua fasa. Dalam fasa pertama, kaedah tinjauan iaitu penggunaan soal selidik sebagai instrumen pengukuran untuk tujuan pengumpulan data, manakala kaedah temu bual digunakan dalam fasa kedua. Sampel kajian untuk fasa pertama melibatkan seramai 289 responden yang dipilih secara rawak dari enam buah SK dan enam buah SJKC di satu satu bahagian negeri Pulau Pinang. Manakala fasa dua pula melibatkan empat kumpulan berfokus yang diambil dari dua buah SK dan dua buah SJKC. Guru-guru ini mewakili kumpulan yang mengalami tekanan kerja yang paling tinggi dan paling rendah. Dapatan kajian menunjukkan salah laku murid dan beban tugas guru merupakan dua faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru. Manakala didapati bahawa guru-guru di SJKC mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi daripada guru-guru di SK. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang mengalami tahap tekanan kerja yang rendah biasanya mendapat sokongan pihak pengurusan sekolah.

(5)

juga menunjukkan bahawa faktor hubungan dengan ibu bapa serta penghargaan dan sokongan adalah signifikan dengan tahap stres guru.

Jurnal yang ketiga pula ditulis oleh Kamaruzaman Kamarudin dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal ini bertajuk Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jurnal ini berkisar mengenai kajian untuk mengkaji tahap tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga melihat kedudukan lima faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja yang dialami oleh guru. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji peranan demografi terhadap tekanan kerja guru-guru tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru dari dua buah sekolah menengah (Gred A dan Gred B) di Rantau Panjang, Kelantan. Penulis menggunakan Teacher Stress Inventory (Boyle et al., 1995) sebagai instrumen untuk mengukur tahap tekanan kerja guru manakala bagi mengukur kedudukan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja guru, penulis menggunakan Self Report Teacher Stress (Dunham, 1992). Faktor-faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal yang mempengaruhi tekanan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 57.2% guru mengalami tahap tekanan kerja sederhana, 37.2% mengalami tahap tekanan kerja rendah manakala hanya 4.7% guru yang mengalami tahap tekanan kerja tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor salah laku pelajar adalah faktor yang paling signifikan daripada lima faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru.

(6)

beban kerja dan jantina. Guru-guru perempuan yang dibebani dengan beban tugas yang banyak mempunyai status kesihatan mental yang rendah.

Jurnal yang kelima ditulis oleh Norashid Bin Othman dan Hamzah Bin Md Omar dari Universiti Malaysia Sabah. Jurnal ini bertajuk Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Ranau dan hubungan antara kedua-duanya. Beban tugas guru dikategorikan kepada dua, iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Populasi kajian ini ialah 380 orang guru yang bertugas di lima buah sekolah menengah dalam daerah Ranau. Seramai 193 orang guru daripada tiga buah sekolah dipilih secara rawak menjadi sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian seterusnya akan menunjukkan tahap beban tugas guru sekolah menengah daerah Ranau, tahap beban tugas akademik dan bukan akademik serta tahap motivasi pengajaran guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap beban tugas akademik, tahap beban tugas bukan akademik dan tahap beban tugas guru adalah tinggi. Manakala tahap motivasi pengajaran guru adalah sederhana.

(7)

STRES DALAM KALANGAN GURU

Menurut Kyriacou (2000) dalam Noriati et al. (2010), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Dalam bidang perguruan, tekanan tidak dapat dielakkan kerana banyak elemen situasi kerja yang boleh menimbulkan tekanan terutamanya apabila guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.

Ibrahim (2003) menyatakan bahawa masyarakat melihat kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Tetapi sebenarnya guru merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid yang berasal daripada pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur dan masalah disiplin. Malah guru juga perlu melayani kerenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan pertubuhan dan mengatasi masalah peribadi. Selain daripada tugas utama iaitu mengajar, guru juga perlu membuat persediaan awal sebelum masuk kelas, menyediakan bahan bantu mengajar, menulis buku rekod, menyemak buku latihan, guru juga perlu menyelesaikan kerja-kerja pentadbiran dan juga urusan yang berkaitan dengan hal ehwal murid atau kokurikulum. Kerja yang tidak habis-habis ini secara tidak langsung akan menyebabkan guru berasa letih dan tertekan. Jika tekanan ini tidak ditangani dengan baik, ia tidak akan membantu guru menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat dalam masa yang diberikan malah mendatangkan kesan negatif kepada pelbagai pihak (Seyle, 1974).

(8)

kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Stres negatif dianggap sebagai sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun.

Berdasarkan kajian Tajulashikin Jumahat et al. (2013), Kamaruzaman Kamaruddin (2007), Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) dan Nurul Izzah et al. (2010), tahap stres guru adalah pada tahap

sederhana. Namun begitu, ini masih menunjukkan bahawa guru-guru masih berada dalam keadaan stres.

(9)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN STRES DALAM KALANGAN GURU

Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan hubungan interpersonal. Jaafar Muhammad (2003) telah mengemukakan Model Punca Tekanan yang merupakan model umum dalam melihat punca tekanan yang mungkin berlaku dalam sesebuah organisasi. Model ini dibina berdasarkan tiga kumpulan faktor yang berpotensi untuk mewujudkan tekanan iaitu faktor persekitaran, faktor organisasi dan faktor personal. Faktor-faktor ini adalah relevan dalam menyumbang tekanan atau stres dalam sesebuah organisasi seperti sekolah. Satu lagi model stres guru dalam Tajulashikin Jumahat et al. (2013) ialah model yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995). Model ini dibangunkan berpandukan kepada lima dimensi yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru iaitu beban kerja, kerenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan-rakan sekerja yng kurang baik.

Melalui jurnal Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015), dapatan kajian menunjukkan dua faktor utama yang menyumbang kepada tekanan kerja guru di SK dan SJKC ialah salah laku murid dan bebanan tugas, yang mana faktor salah laku murid lebih dominan di SK dan beban tugas guru lebih dominan di SJKC. Melalui jurnal Tajulashikin Jumahat et al. (2013), dapatan kajian menunjukkan dua faktor utama penentu stres guru ialah hubungan dengan ibu bapa murid serta penghargaan dan sokongan. Manakala melalui jurnal Kamaruzaman Kamarudin (2007), faktor utama yang menyumbang kepada tekanan kerja guru ialah salah laku pelajar. Dalam jurnal Nurul Izzah et al. (2010), faktor salah laku murid merupakan faktor utama yang menyumbang kepada stres dalam kalangan guru. Melalui jurnal Tajulashikin Jumahat et al. (2013), Nurul Izzah et al. (2010), dan Kamaruzaman Kamarudin (2007), dapatan ketiga-tiga kajian menunjukkan bahawa faktor demografi seperti gred sekolah, lokasi sekolah, jantina guru, umur guru, tahap pendidikan guru, taraf perkahwinan, jawatan yang disandang dan pengalaman mengajar guru adalah penentu tekanan yang tidak tekal. Namun begitu, faktor demografi ini juga sepatutnya diberi perhatian.

(10)

peperiksaan. Beban tugas bukan akademik pula meliputi tiga bahagian iaitu pengurusan pentadbiran, hal ehwal murid serta pengurusan kokurikulum. Dalam kajian Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015), guru di SJKC mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi bagi faktor bebanan tugas.Saya bersetuju dengan dapatan kajian ini. Sebagai seorang guru yang sedang berkhidmat di SJKC, saya banyak membuat pemerhatian pihak pentadbiran mengarahkan pelbagai tugas kepada para guru yang berbangsa cina. Kebanyakan guru besar SJKC ingin bersaing antara satu sama lain dalam usaha menaikkan nama sekolah, terutama sekali guru besar yang baru pertama kali menyandang jawatan itu. Rungutan demi rungutan didengari daripada para guru. Walaupun sekolah tempat saya berkhidmat sekolah kecil dengan jumlah murid seramai 105 orang dan jumlah guru seramai 26 orang, bebanan tugas masih banyak. Antara faktor yang menyumbang kepada bebanan guru di sekolah saya ialah kerana terdapat 3 orang guru melayu yang berkhidmat di sini. Pada pendapat saya, guru melayu di SJKC dilihat tidak memberi banyak sumbangan kepada sekolah, lantaran pihak pentadbiran juga tidak boleh mengagihkan tugas yang lebih banyak kepada guru melayu atas dasar kekangan bahasa. Selain itu, faktor pecahan sekolah yang terbahagi kepada dua buah sekolah iaitu sekolah pusat dan sekolah cawangan, tetapi di bawah satu pentadbiran yang sama. Pada pendapat saya, keadaan ini menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja. Bebanan tugas guru bertambah kerana ada guru yang perlu berulang alik ke dua-dua buah sekolah pada hari persekolahan yang sama bagi memenuhi jadual waktu mengajar. Misi dan visi guru besar baru yang tidak jelas juga menyebabkan guru besar membuat cadangan tugas yang tidak relevan kepada para guru. Sebagai contoh, sekolah saya akan mengadakan English Story Telling and Written Competition District Level. Guru besar mengarahkan para guru cina mempersiapkan 8 persembahan tarian untuk dipersembahkan pada hari pertandingan, yang mana saya tidak nampak kerelevenan persembahan tarian itu terhadap pertandingan ini. Alasan yang diberikan oleh guru besar ini ialah, beliau khuatir akan malu dengan sekolah-sekolah lain yang hadir sebagai peserta.

(11)

Secara kebiasaannya, kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan seimbang di kalangan guru juga boleh menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya diberikan jadual waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain.

Dalam kajian Kamaruzaman Kamarudin (2007) dan Nurul Izzah et al. (2010), faktor salah laku

murid merupakan faktor utama yang menyumbang kepada stres dalam kalangan guru. Dalam kajian Ooi

Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) pula, faktor salah laku murid merupakan faktor utama tekanan kerja guru di SK. Tidak dinafikan bahawa bebanan tugas guru di SK adalah sama banyak dengan di SJKC, malah kadang kala lebih dari itu. Namun, kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru di SK adalah dalam menghadapi salah laku murid. Umum mengetahui bahawa majoriti murid di SK berbangsa melayu, begitu juga dengan para guru. Berlaku pelbagai gejala sosial yang kurang sihat di sekolah seperti gejala ponteng sekolah, gengsterisme, vandalisme, merokok dan lain-lain lagi. Anak-anak masa kini terdedah kepada keruntuhan akhlak yang teruk. Setiap SK mengalami masalah salah laku murid yang berbeza. Sebagai contoh, di SK orang asli di semenanjung Malaysia dan SK yang terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, murid-murid cenderung untuk tidak hadir ke sekolah. Kebanyakan murid tidak ada motivasi untuk belajar, tidak mendapat sokongan ibu bapa malah terpaksa membantu ibu bapa mengutip hasil di hutan atas desakan hidup. Para guru di sekolah-sekolah berkenaan sentiasa mengambil inisiatif melawat murid-murid ini di rumah dan di rumah panjang walaupun terpaksa menempuh hutan tebal atau menyusuri sungai bagi memujuk murid-murid agar kembali ke sekolah. Saya juga pernah berkhidmat di sebuah SJKC di daerah Kapit, Sarawak. Majoriti murid di sekolah itu adalah kaum iban. Masalah ponteng sekolah adalah masalah biasa bagi murid-murid kaum iban, terutama sekali sebelum dan selepas cuti persekolahan. Murid-murid leka bermain di rumah panjang dan tidak begitu berminat untuk datang ke sekolah. Ini menyukarkan guru kelas untuk memujuk kembali murid, seterusnya hal ini menambah tekanan kerja guru.

(12)

habis ikhtiar untuk membendung salah laku murid, ditambah pula dengan desakan ibu bapa yang tidak suka anak-anak mereka dihukum atas kesalahan. Dalam kajian Kamaruzaman Kamarudin (2007), salah laku pelajar dipengaruhi oleh faktor lokasi sekolah dan latar belakang pelajar. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan yang mana 35 peratus pelajar di sekolah menengah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Sedikit sebanyak, budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Salah satu budaya kurang sihat yang diamalkan oleh penduduk dari Thailand ini ialah kegiatan penyeludupan sebagai mata pencarian. Mereka tidak menganggap kegiatan ini salah dari segi undang-undang. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti sebagai satu kenyataan. Tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain.

Salah laku murid di SJKC adalah lebih rendah kerana merotan masih dibenarkan di SJKC. Namun begitu, saya sebagai guru melayu di sekolah, terasa tidak dihormati oleh murid-murid. Mereka bukan sahaja menunjukkan kebosanan, malah mereka kerap berbual antara satu sama lain semasa guru mengajar. Murid-murid sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat oleh sebab mereka sedar yang saya tidak memahami percakapan mereka. Kawalan kelas juga tidaklah cemerlang seperti guru-guru cina. Oleh sebab itu, guru melayu yang mengajar di SJKC kurang berpeluang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Namun begitu, rata-rata guru melayu masih mahu kekal di SJKC kerana tidak banyak menyandang jawatan dalam urusan kurikulum dan kokurikulum.

Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu kerap telah

(13)

guru-mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot.

Menurut dapatan kajian Tajulashikin Jumahat et al. (2013), Kamaruzaman Kamaruddin (2007), Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) dan Nurul Izzah et al. (2010), faktor demografi bukanlah penentu tekal stres dalam kalangan guru. Pada pendapat peribadi saya, faktor demografi sedikit sebanyak ada mempengaruhi stres dalam kalangan guru. Menurut Tajulashikin Jumahat et al. (2013), terdapat juga dapatan kajian-kajian lepas yang bertentangan misalnya dapatan oleh Wan Mohamad Nasir (2002) membuktikan bahawa guru lelaki didapati mempunyai tahap stres yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Manakala Chaplain (1995) menunjukkan bahawa guru perempuan lebih stres berbanding guru lelaki. Begitu juga dengan Klassen dan Chiu (2010) yang mendapati guru perempuan lebih stres berbanding guru lelaki bagi faktor bebanan kerja dan kerenah pelajar. Kajian oleh Gelman (2008) bagi menentukan pemboleh ubah yang menyebabkan guru stres menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap stres daripada aspek umur. Dapatan beliau menerangkan bahawa, umur berkolerasi secara negatif terhadap stres. Dapatan Gelman turut disokong oleh Lau (2002) yang menyatakan bahawa, guru yang agak berumur kurang mengalami burnout berbanding guru yang muda. Beliau menyatakan guru-guru ini berasa takut dan stres kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai tugasan yang harus diselesaikan.

(14)

USAHA-USAHA MENGURANGKAN TAHAP STRESS DALAM KALANGAN GURU

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

Antara usaha yang saya anggap relevan ialah untuk mengkaji semula beban tugas guru. KPM perlulah mengkaji dan memperbaiki melalui strategi mengembalikan semula tugas hakiki guru iaitu mengajar dan mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu memberi tumpuan berlebihan kepada tugas hakiki. Antara langkah yang boleh diambil adalah penambahan guru, pengurangan murid dalam sesebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan sokongan supaya guru dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas teras mereka iaitu mengajar. Beban tugas yang berlebihan sering dikaitkan dengan kekurangan kakitangan sokongan yang menyebabkan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menyediakan sistem fail, memungut yuran dan kerja-kerja pentadbiran yang lain yang bukan di dalam bidang tugas pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan oleh guru. Oleh sebab itu, untuk mengatasi masalah seperti ini, langkah kementerian untuk menambah kakitangan sokongan amat dialu-alukan. Pertambahan kakitangan sokongan boleh mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mengurangkan tahap tekanan kerja di kalangan guru. Melalui satu artikel dalam Sinar Harian 26 Oktober 2015, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program penempatan pembantu guru bakal diperluaskan. Saya menyambut baik cadangan ini. Cadangan penempatan pembantu guru ini sebenarnya sudah kedengaran sejak tahun 2013. Namun baru kini wakil KPM tampil memberi penjelasan. Menurut beliau, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ke-8 yang beri fokus menangani isu beban tugas guru melalui inisiatif Penjajaran Tugas Utama Guru akan diperluaskan ke seluruh negara. Namun begitu, pembantu guru yang akan ditempatkan di sekolah adalah bagi mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB). Tambah beliau lagi, pelaksanaan ini perlu bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sekiranya inisiatif ini berjaya dilaksanakan, ianya boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, iaitu menambahkan bilangan pembantu guru ke sekolah-sekolah.

(15)

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), banyak isu yang diperkatakan. PBS dikatakan dapat meringankan beban tugas guru serta menjadikan sistem pendidikan kita tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata. Guru-guru pula tidak lagi berasa tertekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana mengejar peperiksaan. Namun, hasil maklum balas guru, PBS ini menyebabkan beban tugas guru bertambah. Norashid et al. (2014) menyatakan dalam dapatan penyelidikan Faizah (2011), memberikan perspektif asas pelaksanaan PBS di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap pelaksanaan penuh. Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan. Ini secara tidak langsung ianya dikatakan membebankan guru. Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi dengan pelbagai jenis folio dan dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan. Bilangan pelajar yang ramai juga menyebabkan guru tidak cukup masa

untuk melaksanakan PBS dengan sistematik. Guru juga boleh dilabel sebagai “kerani” dengan beban

tugas yang banyak ini.

(16)

Selain itu, pihak pentadbir disarankan agar mengamalkan polisi pintu terbuka. Dapatan kajian Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) menunjukkan bahawa pihak pentadbir sekolah dan pihak pengurusan seharusnya mengamalkan polisi ini kerana sampel kajian daripada kedua-dua buah sekolah yang mengamalkan polisi pintu terbuka menunjukkan tekanan kerja guru yang rendah. Apabila guru berhadapan dengan masalah, mereka dialu-alukan untuk berjumpa dengan guru besar atau guru penolong kanan. Barisan pentadbir ini sedia mendengar dan membantu. Menurut penulis, ini selari dengan Bity et al. (2010) yang menjalankan kajian kualitatif ke atas tujuh sekumpulan pengetua, guru penolong kanan dan ketua bidang mendapati bahawa semua pengetua mewujudkan hubungan interpersonal yang baik dalam kalangan guru dan staf kerana kesemua pengetua mengamalkan sikap terbuka dan memastikan mereka boleh didekati oleh orang bawahan bila-bila masa. Saya amat bersetuju dengan polisi pintu terbuka ini. Pentadbir yang baik adalah pentadbir yang prihatin terhadap keadaan guru-guru. Sebagai contoh, menerusi pengalaman saya semasa mengajar di Sarawak, guru besar saya merupakan seorang yang mudah didekati. Apa jua masalah, para guru boleh bersemuka dengannya secara peribadi. Beliau sedia mendengar masalah guru dan boleh dibawa berunding. Guru besar ini juga mampu berbincang dengan guru-guru secara berhemah. Beliau memberi peluang kepada para guru untuk bercakap dan memberi pandangan berkaitan hal yang dibincangkan bersama.

Seterusnya, usaha yang dianjurkan juga adalah berkaitan dengan motivasi dan bantuan. Menurut Mohd Fadzli et al. (2005) mencadangkan kepimpinan yang merangsangkan sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja dapat mengurangkan tekanan. Di samping itu, penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik, pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dapat mengekalkan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan. Menurut Chan & Garnam (2007) dalam kajian Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan transactional didapati mempunyai hubungan yang positif dengan tekanan kerja dimana jika tingkah laku kepimpinan bertambah, secara umumnya tekanan kerja akan menurun. Sebagai contoh, melalui pengalaman saya mengajar di Sarawak, guru besar dan guru penolong kanan 1 sentiasa bertanyakan perkembangan pengajaran saya dari semasa ke semasa. Mereka sentiasa mengambil berat kebajikan saya sebagai guru baru. Guru penolong kanan terutamanya, selalu berpesan agar melaporkan tingkah laku murid yang tidak dapat dikawal, agar beliau boleh membantu saya memberi teguran dan hukuman kepada murid-murid. Beliau juga faham akan kesukaran saya berhadapan dengan murid-murid iban di sekolah.

(17)

urusan kerja atau tugasan yang dijalankan bagi mencapat matlamat organisasi. Amalan kerja berpasukan bukan sahaja dapat meningkatkan potensi, kebolehan serta kemahiran guru, tetapi juga dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Menurut penulis lagi, Hishamuddin Shah, Mohd Rizal dan Supian (2013) menyatakan bahawa manusia ialah makhluk sosial dan tiada manusia boleh hidup bersendirian. Seseorang individu itu perlu kerja berpasukan dan itulah cara kita bekerja. Dalam sesebuah sekolah, kerja berpasukan sangat diperlukan di mana setiap pentadbir merasakan mereka mempunyai tanggungjawab bersama untuk memajukan organisasi sekolah dengan merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan matapelajaran serta mengurangkan ketegangan guru. Mereka perlu saling bekerjasama, berkongsi idea, percaya mempercayai untuk memastikan keberkesanan kerja berpasukan terlaksana. Hal ini dapat dilihat melalui organisasi panitia mata pelajaran di sekolah. Ahli jawatankuasa dibentuk agar para guru boleh bekerja secara berpasukan. Melalui program Professional Learning Community (PLC) pula, guru-guru akan membentuk pasukan untuk menjalankan PLC yang mana setiap pasukan mengambil satu komponen yang terdapat dalam PLC contohnya lesson study untuk dijalankan. Kemudian, perkongsian maklumat dapat disampaikan kepada semua. Apabila sekolah menganjurkan aktiviti tahunan seperti Hari Sukan Sekolah, tugas-tugas akan dibahagikan mengikut kumpulan guru, bukan tugas individu. Namun begitu, pemantauan daripada pihak pentadbir adalah perlu agar tiada guru yang mengambil kesempatan untuk lari daripada tugas yang diberi.

(18)

penggunaan rotan masih praktikal. Setiap kelas disediakan rotan dan ada antara guru yang mempunyai rotan sendiri. Di Sarawak misalnya, guru-guru di sekolah saya dibenarkan merotan murid sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, para guru perlu merotan di bahagian anggota badan yang besesuaian, contohnya di bahagian kaki bawah lutut. Para guru juga perlu memastikan murid-murid faham mengapa mereka dirotan agar murid-murid menginsafi perbuatan mereka.

Usaha yang lain pula ialah pendedahan menangani dan mengawal tekanan. Menurut Syed Sofian Syed Salim dan Rohany Nasir (2010), kemunculan tekanan dan keupayaan dalam menangani tekanan kerja sudah pasti ia secara langsung berkaitan dengan dimensi kecerdasan emosi. Tambah penulis lagi, menurut Goleman (1995) kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang memotivasi diri sendiri dan dapat bertahan dalam menghadapi kekecewaan, mengendalikan dorongan hati, dan tidak melebih-lebihkan kesenangan, mampu mengatur suasana hati dan dapat menjaga agar bebanan tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir dan berempati seseorang pekerja. Oleh sebab itu, pengurusan tekanan amat berkait rapat dengan kecerdasan emosi individu. Pertama sekali, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dalam kajian penulis menyarakan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya. Selain itu, bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, guru dapat melepaskan tekanan dalam cara yang positif.

Penghargaan yang berupa ganjaran seperti kenaikan pangkat, gaji yang lebih baik dan sokongan

profesional daripada pihak pentadbir amat perlu bagi memotivasikan guru agar lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Gaji umpamanya dikatakan menjadi penyebab mengapa guru lebih cenderung untuk berlaih kepada profesion lain. Menurut Kamaruzaman Kamarudin (2007), Kyaricou dan Sucliffe (1978) menyatakan bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu mencari pekerjaan lain. Maka adalah wajar sistem gaji dalam sektor pendidikan perlu dikaji semula. Hubungan

interpersonal atau rakan setugas juga penting dalam profesion perguruan. Hubungan guru dengan rakan

(19)

rungutan yang menyatakan golongan pentadbir adalah punca kepada tekanan kerja di kalangan guru. kegagalan untuk memahami dan tidak peka dengan masalah guru boleh merosakkan kualiti pendidikan yang diterima pelajar.

Secara keseluruhannya, dalam usaha mengurangkan tekanan kerja, pihak sekolah boleh melaksanakan dua pendekatan. Pertama, pihak sekolah hendaklah mengurangkan faktor-faktor yang

menyebabkan tekanan kerja guru seperti mengamalkan polisi disiplin yang lebih mantap,

memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam perhubungan antara personal. Kedua, pihak sekolah boleh

menganjurkan kursus dan latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja di kalangan guru. Menurut

(20)

RUMUSAN

Pada pendapat saya, kajian-kajian mengenai stres dalam kalangan guru adalah sangat relevan. Antara cadangan yang ingin saya ketengahkan kepada para pengkaji baru ialah kajian faktor stres dalam kalangan guru novis di SK, SJKC dan SJKT, faktor penentu stres dalam kalangan guru novis di sekolah orang asli, faktor penentu stres dalam kalangan guru novis di sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak, faktor penentu stres dalam kalangan guru semenanjung di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak dan faktor penentu stres guru melayu di SJKC atau SJKT. Kajian-kajian ini sebaiknya menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif yang mana selain instrumen soal selidik, instrumen temu bual digunakan. Pada pendapat saya, tajuk-tajuk kajian ini akan sangat membantu para guru dalam dunia pendidikan, malah dapatan kajian pasti akan membuka mata pelbagai pihak. Sebagai salah seorang guru novis, saya mempunyai pengalaman berkhidmat di daerah Kapit, Sarawak di sebuah SJKC di pekan Kapit. Pada bulan Julai 2013 sahaja, seramai lebih kurang 80 orang guru sekolah rendah telah ditempatkan di daerah Kapit, meliputi kawasan pekan, luar bandar, pedalaman 1, pedalaman 2 dan pedalaman 3. Tidak ramai orang tahu dan pernah sampai di Kapit, Sarawak. Tidak ada jalan darat yang boleh menghubungkan daerah-daerah lain dengan daerah Kapit. Hanya jalan air sebagai penghubung. Belum lagi bercerita mengenai sekolah-sekolah di kasawan pedalaman Kapit, para guru terpaksa merempuh pelbagai cabaran untuk sampai ke sekolah masing-masing. Feri, bot, perahu dan Hilux begitu sinonim dengan Kapit. Oleh sebab itu, guru-guru ini boleh dijadikan sampel kajian.

Isu pertukaran guru juga bukanlah isu baru. Ramai guru yang terpaksa berpisah dengan keluarga selama bertahun-tahun. Yang paling perit, guru-guru yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak yang keluarganya nun jauh di semenanjung Malaysia. Ditambah pula dengan jarak perjalanan, kos pengangkutan, capaian internet dan telefon yang tidak ada di kawasan pedalaman, ini boleh menjadi peramal faktor-faktor stres dalam kalangan mereka. Perrmohonan pertukaran ke semenanjung dilihat sangat sukar memandang kurangnya anak-anak tempatan untuk menggantikan kekosongan guru di Sabah dan Sarawak. Manakala dalam situasi saya sendiri, guru opsyen Sejarah SK, tetapi dipostingkan di SJKC dan dua kali penempatan semula juga ke SJKC, tekanan menjadi berganda. Faktor komunikasi, diskriminasi malah mengajar bukan opsyen merupakan cabaran hebat yang mana saya tidak lagi bermotivasi untuk mengajar, ditambah pula dengan pengalaman mengajar saya yang hanya 2 tahun 4 bulan, sangat mendesak. Pertukaran ke SK pula sangat sukar, atas alasan perjawatan SK dan SJKC adalah berbeza, dan pertukaran dari SJKC ke SK adalah rumit mengikut pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah.

(21)

SENARAI RUJUKAN

Cockburn, A. (1996). Teaching Under Pressure: Looking at Primary Teachers’ Stress. London: Falmer Press.

Dalam Negeri (2015). Projek Rintis Berjaya Kurangkan Beban Guru. Sinar Harian. 26 Oktober. Dunham, J. (1992). Stress in Teching, 2nd. Ed. London and New York: Routledge.

Girdano (1979). Controlling Stress and Tension: A Hollistic Approach. Englewood Cliffs, N.J. : Prentice- Hall.

Ibrahim bin Ahmad (2003). Profesion Keguruan Pilihan Terakhir? : Suatu Tinjauan. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. Jaafar Muhammad (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Kamaruzaman Kamaruddin (2007). Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jurnal Kemanusiaan. Bil. 10. Disember 2007.

McGrath, J. (1974). Social and Psychological Factors in Stress. New York : Holt, Rinehart & Winston. Mohd Fadzli Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin (2005). Tekanan Guru Dalam Pendidikan Dan Resolusi Penyelesaiannya. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Oktober 2005.

Norashid Bin Othman dan Hamzah Bin Md. Omar (2014). Beban Tugas Dan Motivasi Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan. Vol. 5, pp. 35-37, ISSN 1985- 3637.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurul Izzah Abdul Samad, Zailina Hashim, Saidi Moin dan Haslinda Abdullah (2010). Assessment Of Stress And Its Risk Factors Among Primary School Teachers In The Klang Valley, Malaysia. Global Journal Health Science. Vol.2 no 2. October 2010.

Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Kepimpinan

Pendidikan. Bil. 2 isu 2. April 2015.

(22)

Seyle, H. (1974). Stress Without Distress. Philadelphia J.J: Lippincolff. Seyle, H. (1976). The Stress Of Life. New York: McGraw Hill.

Syed Sofian dan Rohany Nasir (2010). Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja Dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. Jurnal e-Bangi. Volume 5, Number 1, 53-68.

Referensi

Dokumen terkait

Fungsi buku dijelaskan pada ayat (3) yaitu “untuk menambah pengetahuan dan wawasan peserta didik”. Berdasarkan penjelasan tersebut maka guru dan siswa dapat menggunakan buku teks

UML adalah se uah ahasa ya g telah e jadi sta dar dala i dustri u tuk visualisasi era a g dan mendokumentasikan sistem piranti lunak.. Sistem

Pada bagian ini akan dibahas sifat-sifat persamaan Korteweg-de Vries dengan memahami efek yang ditimbulkan oleh suku dispersif dan nonliniernya.. Hal ini bertujuan untuk

Perpindahan vertikal pada tanah dasar dengan sirtu dan tanah serta beton styrofoam ringan sebagai timbunan yang ditinjau dari pusat fondasi terhadap kedalaman. Perpindahan vertikal

Muncul Penilaian yang berdasarkan pada kriteria dan penilaian yang jelas dan tidak didasarkan pada subjektifitas penilai, muncul pada saat guru

Bahwa benar Terdakwa mendapat informasi dari rekan- rekan satu letting Saksi-1 yang mengatakan Saksi-1 ada kegiatan di gereja Yonif 752 / VYS kemudian Terdakwa

Proceeding of the 12 th International Conference on QiR (Quality in Research) Faculty of Engineering, University of Indonesia, Depok, Indonesia, 4-7 July 2011 ISSN

Sebagai puisi yang ditulis dalam bahasa daerah, puisi tegalan memiliki karakter khas pada penggunaan diksi lokal, idiom-idiom, dan cara ungkap yang berbeda dengan