• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH FAKTOR INDIVIDU KELUARGA DAN PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH FAKTOR INDIVIDU KELUARGA DAN PE"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

i

PENGARUH FAKTOR INDIVIDU, KELUARGA DAN PERSEKITARAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM

KALANGAN REMAJA

NOR AZRI BIN AHMAD

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

(2)

PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

(3)

iii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.Segala puji bagi Allah, Dialah yang maha mutlak yang layak dipuji. Selawat dan salam ke atas Nabi dan Rasul pilihan, baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberi ilham dan kelapangan kepada saya untuk menulis tesis ini hingga ke pengakhirannya. Saya amat bersyukur kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan inayahNya, memberikan kesihatan, kekuatan mental dan fizikal, kematangan dan ketenangan bagi menyiapkan kajian ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia utama saya, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail, penyelia bersama Dr.Fauziah Ibrahim dan Dr.Salina Nen yang membimbing, memberi pandangan, kupasan dan komentar membina untuk penambahbaikan penulisan seterusnya mencetus impak keberhasilan kajian ini. Sesungguhnya, hanya Allah jua yang mampu menghitung dan membalas jasa kalian. Semoga segala ilmu dan amal ini memberi manfaat kita bersama sebagai bekalan di hari kemudian. Insya Allah.

Terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, pengarah Bahagian Agensi Antidadah Kebangsaan , Pengarah-pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan di Negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Johor yang telah memberi kebenaran dan menghulurkan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga kepada semua pensyarah dan staff di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga sokongan rakan-rakan di Agensi Antidadah Kebangsaan yang menyediakan ruang dan maklumat-maklumat terkini yang diperlukan untuk tujuan penulisan tesis ini. Terima kasih juga kepada pihak Universiti Putra Malaysia, khususnya En. Zamree Yaakob yang menyediakan ruang untuk diskusi bersama rakan-rakan seperjuangan.

Terima kasih juga di atas sokongan, dorongan isteri tersayang, Lili binti Basmi dan anak-anak, Iyad Sanim, Imandeena Sofileeya, Insyirah Syadeeyah dan Inna Sorfeena yang sentiasa mengiringi doa supaya dipermudahkan segalanya untuk menyiapkan penulisan tesis ini. Inilah hasilnya setelah berusaha di samping bertindak sebagai Mr. Mama di rumah, semoga Allah memberi limpah rahmat kepada kita sekeluarga. Insya Allah.

(4)

ABSTRAK

Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat iaitu sebanyak 9.25 peratus setahun di Malaysia. Sehubungan itu objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana faktor individu (penghargaan kendiri, permasalahan diri dan kemahiran daya tindak); faktor keluarga (pengawasan ibu bapa, pengurusan keluarga, perapatan keluarga, keprihatinan keluarga dan tekanan hidup); dan faktor persekitaran sosial (persekitaran berisiko di sekolah dan komuniti serta persekitaran pelindung di sekolah dan komuniti) dan tingkah laku salah guna bahan. Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 480 responden remaja daripada populasi remaja berisiko tinggi dalam penyalahgunaan bahan. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dan persampelan sistematik. Keputusan kajian menunjukkan 17 daripada 20 pemboleh ubah bebas kajian mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku berisiko salah guna bahan. Analisis regresi pelbagai ke atas tingkah laku salah guna bahan menunjukkan hanya lima (5) daripada 17 pemboleh ubah bebas yang diuji menjadi peramal utama kepada tingkah laku salah guna bahan. Pemboleh ubah risiko di sekolah dapat menerangkan sebanyak 45.5% daripada varians dalam tingkah laku salah guna bahan dan menjadi peramal yang dominan. Pemboleh ubah lain yang menjadi peramal yang dapat menerangkan varians dalam tingkah laku salah guna bahan adalah risiko di komuniti (3.7%), pelindung di sekolah (3.0%), permasalahan diri – masalah keluarga (1.2%) dan permasalahan diri – matlamat pekerjaan (0.6 %). Lima pemboleh ubah bebas tersebut boleh menerangkan sebanyak 53.5% varians dalam tingkah laku salah guna bahan dalam kalangan remaja. Dapatan kajian juga menunjukkan model ini signifikan (F=111.215, Sig-F=.000). Secara keseluruhan analisis regresi berganda kajian memberi gambaran jelas bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan. Implikasi kajian ini mengarah kepada pihak berkuasa bertanggjung jawab terhadap pencegahan dan rawatan. Mereka perlu memberi penekanan khusus terhadap faktor persekitaran sosial iaitu faktor persekitaran sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif dalam sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja. Kajian selanjutnya perlu memfokus kepada faktor luaran lain yang tidak dikenalpasti melalui penyelidikan ini.

(5)

v

THE INFLUENCE OF INDIVIDUAL, FAMILIAL AND SOCIAL ENVIRONMENTAL FACTORS TOWARDS SUBSTANCE

ABUSE BEHAVIOR AMONG ADOLESCENT

ABSTRACT

(6)

KANDUNGAN

1.6 Definisi Konsep dan Operasi 16

1.6.1 Individu remaja 16 1.6.7 Pelekatan/attachment keluarga 26 1.6.8 Keprihatinan keluarga 28

1.6.9 Tekanan kehidupan 29

(7)

vii

1.6.11 Tingkah laku berisiko salah guna bahan 31

1.6.12 Faktor pelindung 33

1.6.13 Faktor risiko 35

1.7 Kesimpulan 37

BAB II ULASAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 38

2.2 Faktor Individu dan Tingkah Laku Salah Guna Bahan 38

2.2.1 Penghargaan kendiri 38

2.2.2 Permasalahan diri 50

2.2.3 Kemahiran daya tindak 53 2.3 Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Salah Guna Bahan 55

2.3.1 Pengawasan ibu bapa 55 2.3.2 Pelekatan/attachment keluarga 58 2.3.3 Keprihatinan keluarga 59

2.3.4 Tekanan kehidupan 61

2.3.5 Struktur keluarga 62

2.4 Faktor Persekitaran Sosial dan Tingkah Laku Salah Guna Bahan 73

2.4.1 Pengaruh rakan 74

2.4.2 Persekitaran sekolah 76 2.4.3 Persekitaran komuniti 77 2.5 Faktor Berisiko dan Salah Guna Bahan 80

2.6 Faktor Pelindung dan Salah Guna Bahan 84

2.6.1 Kesimpulan 88

2.7 Model dan Teori 89

2.7.1 Teori tingkah laku terancang 90 2.7.2 Teori ekologi sistem Brofenbrenner 95 2.7.3 Teori perkembangan psikososial Erikson 101 2.7.4 Teori tekanan dan daya tindak Lazarus &

Folkman 104

2.7.5 Teori model biopsikososial (BPS) oleh Engel 110 2.7.6 Pertimbangan kerangka konsep kajian 116 2.7.7 Kerangka konsep kajian 119

(8)

2.8 Kesimpulan 124

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 125

3.2 Reka Bentuk Kajian 125

3.3 Kerangka Konseptual Kajian 127

3.3.1 Pemboleh ubah bebas 127 3.3.2 Pemboleh ubah terikat 127

3.4 Populasi dan Persampelan 128

3.5 Alat Kajian, Kebolehpercayaan dan Keesahan 131 3.5.1 Soal selidik maklumat diri 133 3.5.2 Soal selidik faktor individu remaja 134

3.5.2.1 Soal selidik penghargaan kendiri remaja 134 3.5.2.2 Soal selidik permasalahan diri 136 3.5.2.3 Soal selidik kemahiran daya tindak 136 3.5.3 Soal selidik faktor keluarga 138 3.5.4 Soal selidik faktor persekitaran sosial 139 3.5.5 Soal selidik tingkah laku berisiko salah guna bahan 139 3.6 Terjemahan dan Penyesuaian Soal Selidik 140

3.6.1 Penterjemahan 143

3.6.2 Kajian rintis 147

3.6.3 Ujian kebolehpercayaan menerusi analisis

(9)

ix

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 153

4.2 Profil Demografi Responden 154

4.3 Profil Demografi Ibu bapa 156

4.4 Keputusan Analisis Deskriptif Faktor Individu 158 4.4.1 Penghargaan kendiri 158

4.4.2 Permasalahan diri 163

4.4.3 Kemahiran daya tindak 170

4.5 Keputusan Analisis Deskriptif Faktor Keluarga 173 4.5.1 Pengawasan ibu bapa 173 4.5.2 Pengurusan keluarga 175 4.5.3 Pelekatan/attachment keluarga 176 4.5.4 Keprihatian keluarga 177 4.5.5 Tekanan kehidupan 178 4.6 Keputusan Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran Sosial 179

4.6.1 Risiko di sekolah 179

4.6.2 Risiko di komuniti 181 4.6.3 Pelindung di sekolah 182 4.6.4 Pelindung di komuniti 183 4.7 Keputusan Analisis Deskriptif Tingkah Laku Salah

Guna Bahan 184

4.8 Hubungan Antara Faktor Individu Dengan Tingkah Laku

Salah Guna Bahan 188

4.8.1 Pengujian hipotesis bagi mengenal pasti hubungan 189 di antara pemboleh ubah dalam faktor individu

dengan tingkah laku salah guna bahan

4.8.1.1 Penghargaan kendiri 190 4.8.1.2 Permasalahan diri 192 4.8.1.3 Kemahiran daya tindak 193 4.9 Hubungan Antara Faktor Keluarga Dengan Tingkah Laku

(10)

4.9.1 Pengujian hipotesis bagi mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah dalam faktor keluarga

dengan tingkah laku salah guna bahan 194 4.9.1.1 Pengawasan ibu bapa 195 4.9.1.2 Pengurusan keluarga 195 4.9.1.3 Pelekatan keluarga 195 4.9.1.4 Keprihatinan keluarga 196 4.9.1.5 Tekanan kehidupan 196 4.10 Hubungan Antara Faktor Persekitaran Sosial Dengan

Tingkah Laku Salah Guna Bahan 197 4.10.1 Pengujian hipotesis bagi mengenal pasti hubungan

di antara pemboleh ubah dalam faktor persekitaran

sosial dengan tingkah laku salah guna bahan 197 4.10.1.1 Risiko sekolah 198 4.10.1.2 Risiko komuniti 198 4.10.1.3 Pelindung sekolah 199 4.10.1.4 Pelindung komuniti 199 4.11 Mengenal pasti Faktor Peramal Yang Paling Dominan

Ke Atas Tingkah Laku Salah Guna Bahan 199

4.12 Rumusan 203

BAB V PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 206

5.2 Tingkah Laku Salah Guna Bahan dan Implikasi 206 5.3 Faktor Demografi dan Tingkah Laku Salah Guna Bahan 208

5.3.1 Umur 208

5.3.2 Jantina 210

(11)

xi

5.4.1 Penghargaan kendiri 215 5.4.2 Permasalahan diri 218 5.4.3 Kemahiran daya tindak 220 5.5 Faktor Keluarga Dan Tingkah Laku Salah Guna Bahan 221 5.5.1 Pengawasan ibu bapa 221 5.5.2 Pengurusan keluarga 222 5.5.3 Pelekatan/attachment keluarga 224 5.5.4 Keprihatinan keluarga 224 5.5.5 Tekanan kehidupan 225

5.5.6 Rumusan 227

5.6 Faktor Persekitaran Sosial Dan Tingkah Laku

Salah Guna Bahan 229

6.3.1 Implikasi teori dan model kajian 247 6.3.2 Implikasi praktikal 249

6.4 Limitasi Kajian 250

6.5 Saranan Kajian Masa Depan 251

(12)

RUJUKAN 255

LAMPIRAN

A Borang selidik 308

B Kod key in data 319

C Surat permohonan dan kebenaran menjalankan kajian 322 D Kebenaran menggunakan alat kajian 328

E Jadual-jadual 4.4-4.14 330

F Jadual-jadual 4.16-4.20 338

G Jadual-jadual 4.22-4.25 340

H Jadual-jadual 4.28-4.33 342

I Jadual 4.38 Peramal tingakah laku salah guna bahan 345 J Penentuan saiz sampel (Krejcie& Morgan 1970);

(Cohen 1992); (Jaccard & Backer 1990) 352

(13)

xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

3.1 Pecahan sampel kajian mengikut zon 130 3.2 Konstruk dalam kajian dan alat ukur 131 3.3 Pengiraan pembahagian kategori berdasarkan skor

terkumpul 135 3.4 Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian

(alpha Cronbach) 148

3.5 Nilai aplha Cronbach mengikut Sekaran 149 3.6 Kronologi proses pengumpulan data 150 4.1 Latar belakang demografi responden 155 4.2 Latar belakang demografi ibu bapa responden 157 4.3 Skor tahap dalam faktor individu 159 4.4 Peratus responden berdasarkan pernyataan penghargaan

kendiri bersama rakan sebaya 330 4.5 Peratus responden berdasarkan pernyataan

penghargaan kendiri di rumah 331 4.6 Peratus responden berdasarkan penghargaan

kendiri di sekolah 332

4.7 Peratus responden berdasarkan tahap permasalahan diri

(masalah kewangan) 333

4.8 Peratus responden berdasarkan permasalahan diri (social self esteem)

kendiri di sekolah 333

4.9 Peratus responden berdasarkan permasalahan diri

(masalah kewangan) 334

4.10 Peratus responden berdasarkan permasalahan

diri (agama/kepercayaan) 334 4.11 Peratus responden berdasarkan tahap permasalahan

(14)

(akademik) 336 4.13 Peratus responden berdasarkan pernyataan mengenai

tahap kemahiran daya tindak (masalah akademik) 336 4.14 Peratus responden berdasarkan pernyataan mengenai

kemahiran daya tindak (masalah rakan) 337 4.15 Skor tahap dalam faktor keluarga 174 4.16 Peratus responden berdasarkan pernyataan

menerangkan pengawasan ibu bapa 338 4.17 Peratus responden berdasarkan pernyataan

menerangkan pengurusan keluarga 338 4.18 Peratus responden berdasarkan pernyataan

menerangkan attachment keluarga 338 4.19 Peratus responden berdasarkan pernyataan

menerangkan keprihatinan keluarga 339 4.20 Peratus responden berdasarkan pernyataan

menerangkan tekanan kehidupan 339 4.21 Skor tahap dalam persekitaran sosial 180 4.22 Peratus responden berdasarkan risiko di sekolah 340 4.23 Peratus responden berdasarkan risiko di komuniti 340

4.24 Peratus responden berdasrkan pelindung di sekolah 341 4.25 Peratus responden berdasarkan pelindung di komuniti 341

4.26 Peratus perlakuan tingkah laku salah guna bahan 185 4.27 Peratus terlibat salah guna bahan berdasarkan negeri 186 4.28 Peratus terlibat jenis salah guna bahan

berdasarkan negeri 342 4.29 Peratus terlibat jenis salah guna bahan mengikut

peringkat umur 342 4.30 Peratus terlibat jenis salah guna bahan berdasarkan

jantina 343

4.31 Peratus terlibat jenis salah guna bahan

berdasarkan bilangan adik beradik 343 4.32 Peratus terlibat jenis salah guna bahan

(15)

xv

4.33 Peratus terlibat jenis salah guna bahan

berdasarkan pendapatan bulanan keluarga 344 4.34 Korelasi matrik di antara pemboleh ubah dalam faktor

individu dengan tingkah laku salah guna bahan 191 4.35 Korelasi matrik di antara pemboleh ubah dalam faktor

keluarga dengan tingkah laku salah guna bahan 194 4.36 Korelasi matrik di antara pemboleh ubah dalam faktor

persekitaran sosial dengan tingkah laku salah guna

bahan 198 4.37 Model regresi ke atas tingkah laku salah guna bahan 200

4.38 Peramal tingkah laku salah guna bahan 201

4.39 Rumusan hasil kajian mengikut hipotesis nol kajian 203

(16)

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman 2.1 Ilustrasi teori tindakan beralasan 91 2.2 Ilustrasi teori tingkah laku terancang 92 2.3 Lanjutan teori tingkah laku terancang 93 2.4 Ilustrasi teori ekologi perkembangan kanak-kanak

Brofenbrenner 100 2.5 Ilustrasi tahap perkembangan psikososial Erikson 103 2.6 Ilustrasi teori tekanan dan daya tindak Lazarus & Folkman 109 2.7 Ilustrasi model biopsikososial George Engel 115 2.8 Ilustrasi model kajian ikatan keluarga dan pengambilan

alkohol remaja oleh Kuendig & Kunche (2006) 120 2.9 Kerangka kajian:Pengaruh faktor individu, keluarga dan

persekitaran sosial terhadap tingkah laku berisiko

penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja 121

3.1 Kerangka kajian 128

(17)

xvii

SENARAI SINGKATAN

AADK Agensi Antidadah Kebangsaan

AADAC Alberta Alcohol and Drug Abuse Commission

ACREDA Asean Centre for Research On Drug Abuse

ADHD Attention Deficit Hyperactivity Disorder

AHS Alberta Health Services

APA American Psychological Association

ATODG Alcohol, Tobacco, Other Drugs and Gambling

AVE Average Variance Extracted

BPS MODEL Model Biopsikososial

CASA Center on Addiction and Substance Abuse

CDAC Community Drug And Alcohol Council

CFA Confirmatory Factor Analysis

DSM Diagnostic and Statistical Manual

DSM-IV-TR Diagnostic and Statistical Manual-IV-Theory Revised

HSBC Health Behaviour in School-Aged Children

NIDA National Institute of Drug Abuse

NSDUH National Survey on Drug Use and Health

SAMHSA Substance Abuse And Mental Health Services

Administration

TAYES The Alberta Youth Experience Survey

TPB Theory of Planned Behavior

TRA Theory of Reasoned Action

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Anak memperlakukan gambar sebagai bayangan objek yang tidak ditemukan di lingkungan sekitar. Figur yang ada dalam gambar permainan ini satu persatu dihafalkan dan akan

Bahwa Pimpinan STIESIA dalam Rapat Pleno tanggal 14 September 2012 telah menerima konsep Rencana Strategis (Renstra) Prodi S3 Ilmu Manajemen Tahun 2012-2016, dan sesuai

setelah melakukan praktek yang disertai diskusi peserta didik dapat mengembangkan dokumen karya tulis menggunakan perangkat lunak pengolah kata1.

penyelenggaraan konferensi tersebut -- bahwa praktik-praktik ekspansi produksi sawit lestari tidak dapat diberlakukan terhadap areal-areal konsesi sawit yang telah dinyatakan

Tati Hernawati, (1996), Ortopedagogik Anak Tunarungu , jakarta: Proyek Pendidikan Tenaga Guru, Dirje n

mengundang pada waktu yang telah ditentukan; (2) menetap di ibu kota kerajaan, kemudian Raja mengawinkannya dengan salah seorang puteri anggota kerajaan (dalam

A3 Jika anda tandakan Ya pada soalan A2 , sila nyatakan hubungan anda dengan kanak - kanak ter se but.. (Anda boleh tanda l ebih dari satu jika