• Tidak ada hasil yang ditemukan

CINTA DAN KEHIDUPAN UNGKAPANNYA DALAM AL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CINTA DAN KEHIDUPAN UNGKAPANNYA DALAM AL"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

CINTA DAN KEHIDUPAN: UNGKAPANNYA DALAM AL-QURAN

Nazneen binti Ismail Mohd Noorikhwan bin Sarbini

Pendahuluan

Menurut Lumbard (2003), karya sufi terawal membicarakan tentang cinta ialah Adab al-cIbadat yang dikarang oleh Syaqiq al-Balkhi (m. 194/180). Antara lain ialah karya ahli sufi yang mengungkapkan cinta kepada Allah SWT seperti al-Nuri (m. 295/927-8), Rabicat

al-cAdawiyyah (m. 185/801), Bistami (m. 874) dan Syibli (m. 334). Ia diikuti oleh

al-Qushayri (m. 465/1072) dalam karyanya al-Risalah al-Qushayriyyah, al-Sarraj (m. 378/988) dalam kitab al-Lumac dan al-Kalabadhi (m. 380/990) dalam al-Tacarruf. Terdapat juga sebilangan penulisan menghuraikan konsep cinta dalam Islam secara umum (Mahmud al-Syarif 1983; Ghazi 2010; al-Jauziyyah 1997) di samping kajian bersifat cinta Islami dalam konteks hubungan antara lelaki dan wanita (Umi Nadzrah 2012; Syaidatun Nazirah 2012).

Namun demikian, masalah timbul apabila konsep cinta disalah ertikan oleh masyarakat. Chaton (2007) menyatakan salah faham konsep ini disebabkan oleh pengaruh media dalam kehidupan. Kefahaman cinta dalam kalangan kanak-kanak hanya tertumpu kepada konteks keinginan seksual dan hubungan antara jantina. Malah mereka mempunyai tanggapan yang tidak realistik berhubung maksud cinta. Ini adalah kesan langsung daripada media yang kanak-kanak menganggapnya sebagai pemberi maklumat yang sahih dan berautoriti. Tambahan pula, dalam dunia hari ini mereka begitu terdedah dengan media baharu yang membawakan pelbagai lambakan maklumat dan menjadikan kanak-kanak ini hanya bergantung kepada media dalam memahami realiti kehidupan.

Ironinya, salah erti ini turut menjangkaui golongan remaja di mana mereka beranggapan perbahasan cinta terhad kepada cinta berahi yang menjuru kepada hubungan seksual. Sehinggakan ia menjadi faktor utama kepada gejala seks bebas dan keruntuhan moral dalam kalangan mereka temasuklah pembunuhan. Ia menunjukkan bahawa salah faham tentang cinta cenderung untuk membinasakan diri individu dan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat (Syaidatun, 2012). Malah, al-Daylami (m. 391 H) menyatakan cinta yang berorientasikan hawa nafsu perlu dijinakkan atau dihindarkan sama sekali (Lumbard, 2003). Selain itu, cinta yang mengharapkan balasan juga menyebabkan manusia berpandangan ia adalah satu perkara yang tidak mungkin direalisasikan (Lynn Wilcox, 1995).

Dalam perbahasan ahli psikologi moden, cinta didefinisikan sebagai satu keadaan atau proses jiwa yang bertindak balas kepada objek hidup. Justeru, dalam menjelaskan tentangnya, ia akan diungkapkan dalam bentuk perhubungan pencinta dengan yang dicintai seperti hubungan cinta antara ibubapa dan anak. Hasilnya, persoalan cinta dalam psikologi moden hanya berkisar dari aspek pengkategorian sama ada ia cinta saudara, cinta romantik atau cinta erotik. (Lynn, 1995).

Pengkaji berpandangan skop perbincangan cinta perlu diperluas dengan diberikan definisi yang jelas. Ia bagi menjadikan kajian berkenaannya dapat diperkemas dan relevan dengan kajian dalam psikologi yang lain. Sehubungan itu, kertas kerja ini bakal membahaskan persoalan sekitar apakah maksud cinta? bagaimana ia diungkapkan dalam al-Quran? dan apakah hubungan cinta dengan kehidupan?

(2)

Cinta bererti perasaan sangat sayang atau terlalu mengingini akan sesuatu (Kamus Dewan, 2002). Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai love, passion, devotion, fondness (Merriam-Webster, 2017), manakala dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Hubb di samping ada istilah yang pelbagai lagi (al-Jauziyyah, 1997). Kesemuanya merujuk kepada pengertian yang sama iaitu keinginan yang bersangatan kerana rasa kasih dan cenderung hati kepada sesuatu. Ghazi (2010) menyatakan kalimah al-Hubb berasal daripada al-Habb yang bermaksud benih. Ia adalah gambaran sebutir biji benih yang jatuh ke tanah akan menumbuhkan pohon baru dan cantik.

Gambaran ini menandakan bahawa cinta adalah sinonim dengan kecantikan seperti yang didefinisikan oleh al-Ghazali sebagai satu bentuk kecenderungan kepada kecantikan setelah terpesona dengannya. Namun begitu, oleh kerana cinta ialah perasaan maka tidak mudah untuk menyatakan definisi yang tepat tentangnya. Oleh kerana itu, Abdul Qadir cIsa (2008) berpandangan bahawa cinta hanya dapat dijelaskan melalui kesannya kepada seseorang. Begitu juga apabila terdapat beza antara cinta sesama manusia dan hubungan cinta dengan Allah SWT. Cinta terulung ini dijelaskan dengan dua bentuk iaitu cinta Allah SWT kepada manusia dan cinta manusia kepada Allah SWT. Cinta Allah SWT kepada manusia ialah dengan memberikan nikmat tanpa terkira. Secara khusus, cinta Allah SWT menjadikan manusia hampir dengan-Nya melalui cara penyucian jiwa daripada noda dunia dan menyingkap hijab sehingga mampu mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya. Manakala kecintaan manusia kepada Allah SWT didefinisikan sebagai kecenderungan mereka kepada kesempurnaan-Nya yang tidak dimiliki sedangkan mereka begitu memerlukannya (Ghazi, 2010).

Ini bermakna cinta merupakan satu perasaan yang dikurniakan Allah SWT dalam diri setiap manusia. Perasaan ini boleh dikawal dan ditumpukan kepada perkara-perkara tertentu. Cinta yang tertinggi ialah cinta kepada Allah SWT dan beroleh cinta daripada-Nya. Cinta kepada Allah SWT ini menjadi paksi kepada dimensi cinta yang lain seperti cinta kepada Rasulullah SAW, cinta ilmu, cinta kebaikan, cinta sesama manusia dan cinta kepada diri sendiri. (Syaidatun, 2012) Untuk itu, ungkapan cinta dalam al-Quran perlu dikenal pasti supaya kerangka dasar cinta dapat dinyatakan dan membentuk hubungan dengan dimensi cinta lain.

Bentuk-Bentuk Cinta Dalam Al-Quran

Al-Quran mengungkapkan cinta dengan pelbagai pendekatan dan istilah. Penulisan ini tertumpu kepada kalimah al-Hubb dan yang terangkai daripadanya. Hasilnya, terdapat dua bentuk cinta iaitu cinta Allah SWT dan cinta dunia. Oleh kerana cinta dapat dilihat melalui kesannya maka berasaskan cinta manusia terbahagi kepada dua golongan. Ada sebahagian menginginkan dunia dan sebahagian lagi menginginkan akhirat (Al-Qur’an, 3:152). Perbezaan ini berhubung secara langsung dengan kecenderungan hati mereka. Jika berlebihan dalam mencintai dunia maka hati tersebut akan terlalai daripada mencintai Allah SWT (al-Qur’an, 76:27; 89:20; 38:32), dan begitu juga sebaliknya.

Cinta dunia

(3)

َ ݚقكيُز

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:

wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah

tempat kembali yang baik (syurga).”

Nikmat ini disediakan untuk manusia agar ditadbir sebaiknya. Jika ia dijadikan sebagai matlamat hidup dan cinta maka ia akan menghalang manusia daripada kebenaran. Tetapi bagi yang memalingkan hati daripada terpaut dengannya, ia akan selamat dan dipandu kepada kebenaran (al-Sulami, 2001). Kerana itu Ibn Kathir (2002) menjelaskan kebaikan atau keburukan nikmat ini terletak kepada tujuan dan cara ia digunakan. Antaranya kecintaan kepada wanita yang merupakan fitnah paling dahsyat pada asalnya, boleh berubah kepada makruf jika tujuan cinta adalah untuk berkasih sayang dan beranak-pinak. Kerana itu Islam tidak melarang perkahwinan antara lelaki dan wanita. Begitu juga anak-anak yang mendorong kepada rasa bermegah-megah boleh berubah kepada makruf apabila ia diniatkan mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang menyeru untuk memperbanyakkan umat baginda SAW. Adapun kecintaan kepada harta yang menyebabkan timbulnya rasa bakhil (al-Quran 102:8), takbur, berlaku zalim terhadap orang fakir maka ia dicela berbanding apabila ia digunakan untuk infak, memberi nafkah, menghubungkan silaturrahim dan jalan-jalan kebaikan.

Oleh itu, manusia yang menolak untuk tunduk kepada Allah SWT juga berpunca daripada terpautnya hati mereka kepada kekufuran. Mereka disifatkan sebagai zalim kerana mengambil sembahan selain daripada Allah SWT (al-Qur’an 2:165). Kecintaan ini mengatasi segala-galanya sehingga saat mereka diperlihatkan azab di akhirat kelak. Pada ketika itu, mereka akan mengakui kekuatan sebenar hanya milik Allah SWT (al-Zuhayli et al. 2008). Kerana itu mereka sentiasa berada dalam kesesatan serta sentiasa berusaha menghalang orang lain daripada kebenaran (a-Qur’an 14:3). Ini berpunca daripada kegagalan mereka meyakini janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat.

Cinta Allah SWT

(4)

َ و

َ ݚيق

܅

ٱ

َ

َۗق ܅ قكَّܛمكبُحَ܆ܯ ش

أَْاكݠُݜ ما ء

Maksudnya:

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Maka, para Mukmin itu sama sekali tidak akan mensyirikkan Allah SWT kerana kecintaan mereka kepada-Nya dan kesempurnaan makrifat mereka kepada-Nya. Rasa cinta ini menjadikan Mukmin hanya menumpukan ibadah kepada Allah SWT, berserah diri dan meletakkan pergantungan hati dalam semua urusan kepada-Nya (Ibn Kathir, 2002). Malah, ujian yang ditimpakan ke atas mereka dilihat sebagai satu bentuk nikmat hingga menguatkan lagi rasa cinta dalam diri (al-Sulami, 2001).

Maksud cinta kepada Allah SWT ialah dengan mengenali dan merasa takut kepada-Nya, hati menjadi sibuk dengan ingatan terhadap Allah SWT menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan kerana menginginkan reda-Nya. Kecintaan kepada Allah SWT diperolehi dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dari segenap aspek termasuk percakapan, perbuatan dan adab baginda (al-Quran 3:31). Cinta kepada Rasulullah SAW adalah jalan termudah untuk sampai kepada cinta Allah SWT. Rasa cinta ini menghijab insan daripada tarikan duniawi serta pandangan manusia sekeliling. Penilaian manusia tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya (al-Sulami, 2001). Malah, mustahil bagi mereka yang mendakwa dirinya mencintai Rasulullah SAW tetapi enggan menuruti syariat baginda. Ini menunjukkan keselarian antara cinta Allah SWT, cintakan Rasulullah SAW dengan kepatuhan kepada syariat. Keseiringan ini merupakan wasilah untuk seseorang dicintai Allah SWT dan rasul-Nya. Rasa cinta ini pula merupakan anugerah daripada Allah SWT (al-Qur’an 49:7) sehingga menyebabkan orang Mukmin dapat merasai keindahan iman dan membenci segala pelakuan dosa dan maksiat (Ibn Kathir 2002).

Menurut al-Sulami (2001), antara ciri-ciri orang yang mencintai Allah SWT ialah kurang berkata-kata, banyak berfikir, kerap mengasingkan diri, tidak bersedih atas musibah dan tidak bergembira atas nikmat malah tidak takut kepada manusia lain dan tidak pula bergantung harap kepada mereka. Ini kerana, para pencinta Allah SWT ialah orang yang memutuskan hubungan dengan perkara selain daripada-Nya. Rasa cinta ini kekal sama ada dalam keadaan dia mendapat musibah mahupun nikmat. Firman Allah SWT dalam al-Ma’idah ayat 54:

“Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya,

(5)

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menyatakan orang yang mencintai Allah SWT adalah mereka yang memiliki keimanan sempurna. Kerana mereka berjaya mendapat cinta Allah SWT teragung. Keimanan mereka dizahirkan melalui sikap tawaduk apabila bersama dengan Mukmin yang lain dan berkeras terhadap musuh. Sifat ini adalah seumpama sifat Rasulullah SAW (al-Qur’an 48: 29). Selain itu, mereka juga tidak terhalang oleh suatu apa pun daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT, berperang menentang musuh, menegakkan kebenaran, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran (Ibn Kathir, 2002), sentiasa berusaha memelihara hati agar tidak lalai daripada mengingati Allah, mempertahankan diri daripada nafsu agar tidak menghalangi ketaatan serta mempertahankan diri agar syaitan tidak mengambil kesempatan atas diri (al-Sulami, 2001).

Kecintaan Allah SWT Kepada Manusia

Selain daripada Quran mengungkapkan bentuk cinta dalam diri manusia dan kesannya, al-Quran juga menyatakan bagaimana hubungan cinta Allah SWT terhadap manusia. Kecintaan Allah SWT kepada makhluk juga dapat diperhatikan di sebalik sifat-sifatNya seperti al-Latif (Maha Lembut), al-Ra’uf (Maha Pengasih), al-Karim (Maha Pemurah), al-Barr (Maha Baik) dan lain-lain. Kecintaan Allah SWT terhadap makhluk juga dapat dilihat menerusi penciptaan yang terhasil dengan penuh keindahan. Begitu juga sifat rahmah (belas kasih) yang ada pada-Nya menjadikan makhluk sentiasa mendapat perhatian dan keperluan sebaiknya (Ghazi, 2010).

Di samping cinta yang bersifat umum ini, al-Quran turut menerangkan kategori manusia dari aspek darjah kecintaan Allah SWT kepada mereka. Terdapat dua kategori manusia iaitu yang tidak dicintai Allah SWT dan mereka yang dicintai-Nya.

Ciri-Ciri Orang Yang Tidak Dicintai Allah SWT

Berdasarkan huraian di atas, jelas bahawa orang yang tidak mencintai Allah SWT adalah mereka yang mencintai dunia. Cinta dunia ini didasari oleh kekufuran mereka kepada Allah SWT. Sebagai balasan, mereka juga tidak mendapat cinta Allah SWT dan dibiarkan terus berada dalam kesesatan.

i. Melampaui batas (20:39, 2:190, 7:55, 5:87). Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 190:

َ ܅نقإ

َ ܅ّٱ

َ

َ ܆ܜق َُُ

َ

َ ݚيقܯ تبعُݙ

ب

لٱ

َ

٠

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

(6)

dalam memohon sesuatu kepada Allah SWT juga tidak meletakkan bahawa diri layak untuk mendapat sesuatu atas sebab amal ibadat yang dilakukannya (al-Sulami, 2001).

ii. Orang yang membuat kerosakan (Quran 2:205, 5:64, 28:77). Firman Allah dalam al-Baqarah ayat 205:

ا ذِ

َ

َ قَِٰ َ سَٰ

َ ݠ ت

܅

َ قضۡ

ب

ۡٱ

َ

َ ݑقݖبݟُي وَܛ ݟيقفَ ܯقسبفُ قِ

َ ثبܱ

ۡٱ

ب

ََ و

َۚ ݔ بس܅نلٱ

ََ و

َُ ܅ّٱ

َ

َ ܆ܜق َُُ

َ

ٱ

َ دܛ س فبل

َ

٥

Maksudnya:

Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.

Kerosakan yang berlaku atas muka bumi adalah berpunca daripada manusia khususnya golongan yang tidak beriman dengan Allah SWT. Sedangkan dalam memanfaatkan bumi, manusia perlu kepada panduan daripada Allah SWT kerana hanya mereka memiliki daya memilih sama ada untuk melakukan sesuatu atau tidak. Panduan ini bertujuan untuk memastikan wujudnya keseimbangan dalam kehidupan. Kemusnahan akan berlaku apabila manusia tidak mematuhi aturan ini dan bertindak sesuka hati. Dapat juga difahami daripada ayat ini, kerosakan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan binatang ternakan tetapi merangkumi para wanita dan anak-anak. Kerana dengan merosakkan wanita, ia adalah punca rosaknya generasi dan umat manusia (al-Syacrawi, 1991). Ini adalah juga peranan orang munafik selain daripada kafir. Kerosakan kepada manusia adalah dengan erti kata usaha untuk menggoncangkan iman orang-orang mukmin dan menimbulkan kekacauan dari segi perkataan yang dusta, akidah yang rosak dan perbuatan yang keji (Ibn Kathir, 2002).

iii. Orang kafir dan pendosa (Quran 2:276, 3:32, 30:45, ). Firman Allah SWT dalam al-Baqarah ayat 276:

َ و

َُ ܅ّٱ

َ

َ ٍ يق

أٍَرܛ

܅ف كَ ܅ َُُ ܆ܜق َُُ َ

٦

Maksudnya:

dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

Orang kafir dan pelaku dosa merangkumi mereka yang menghalalkan riba, yang menyeru kepada peperangan dan mengingkari Allah SWT dan rasul-Nya. Al-Syacrawi (1991) menjelaskan bahawa hikmah Allah SWT menggunakan sighah mubalaghah dalam ayat ini adalah untuk menunjukkan impak yang besar atas kekufuran yang dilakukan. Golongan yang dimaksudkan adalah mereka yang ingkar untuk mengakui hukum yang ditentukan Allah SWT dan ingkar terhadap hukum-Nya. Setelah itu, dosa yang dilakukan pula akan merosakkan masyarakat secara keseluruhannya. Mereka ini kufur dengan hati dan melakukan dosa dengan perbuatan (Ibn Kathir, 2002).

iv. Orang zalim (al-Quran 3:57, 3:140, 42:40). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 57:

َ و

َُ ܅ّٱ

َ

َ

َ

َ ܆ܜق َُُ

َ يقݙقݖٰ ܅ لٱ

َ

٧

Maksudnya:

(7)

Orang yang berlaku zalim ialah mereka yang mensyirikkan Allah SWT (al-Qur’an 31:13). Zalim bermaksud mengubah sesuatu perkara kepada perkara yang lain. Maka, kezaliman yang paling besar ialah mengambil hak Allah SWT dan memberikannya kepada yang lain. Dengan erti kata menyekutukan Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berhak untuk disembah (Ibn Kathir, 2002).

v. Orang yang sombong dan bangga diri (4:36, 31:18, 57:2, 16:23, 28:76 ). Firman Allah SWT dalam al-Nisa’ ayat 36:

َ ܅نقإ

َ ܅ّٱ

َ

َاًرݠُܮ فَ

َܛ تب َُُ ن ََݚ مَ ܆ܜق َُُ

م

َ

٦

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Sikap sombong adalah termasuk dalam ciri ketuhanan dan tidak layak bagi seorang hamba untuk memilikinya. Rasa kehambaan ini boleh diwujudkan dalam diri dengan kesedaran akan kelemahan dan memperakui kehinaan diri. Di samping itu, tidak meletakkan pergantungan kepada makhluk juga termasuk dalam ciri hamba (al-Sulami, 2001). Maka, orang yang mempunyai rasa sombong adalah kerana merasa memiliki sesuatu yang lebih daripada orang lain. Sedangkan ia adalah kurniaan Allah SWT kepadanya dan berlaku di bawah kehendak-Nya.

vi. Orang yang berlaku khianat (4:107, 22:38, 7:58). Firman Allah SWT dalam al-Nisa’ ayat 107:

َ

َ و

َ

َ قݚ عَ

ظقܯٰ جُت

ب

َ ݚيق

܅

ٱ

َ

َ ܅نقإَۚبݗُݟ سُفن

أَ نݠُنܛ تب َ

َ ܅ّٱ

َ

َܛمݙيق

أَܛًنا܅ݠ خَ ن ََݚ مَ ܆ܜق َُُ

َ

٧

Maksudnya:

Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa.

Berlaku khianat ialah mengambil sesuatu yang bukan haknya. Maka, terdapat orang yang melakukan khianat kepada orang lain demi kepentingan dirinya. Selain itu, ada juga yang melakukan khianat kepada dirinya sendiri iaitu menuruti syahwat semata-mata. Ia kerana dia melupakan balasan buruk yang dijanjikan Allah SWT untuk memenuhi kehendaknya. Perbuatan khianat merupakan perkara yang dibuat-buat pada asalnya. Lalu apabila ia telah sebati dalam diri maka ianya meninggalkan kesan buruk sehingga sukar untuk menyingkirkannya lagi kerana dia telah sanggup untuk berkhianat dalam hal-hal yang utama. Hasilnya, dia sentiasa hidup dalam dosa (Ibn Kathir, 2002) dan kufur nikmat (al-Qur’an 22:38). Orang sebegini tidak perlu untuk dibela kerana dia sendiri dengan sengaja membiarkan dirinya melakukan khianat (al-Zuhayli, 2008).

vii. Ucapan buruk (4:148). Firman Allah SWT dalam al-Nisa’ ayat 148:

َ ܆ܜق َُُ

َ۞

܅

َُ ܅ّٱ

َ

َ ܱبݟ

ۡٱ

ب

ََقب

َقءكݠ ܆سلٱ

َ

َ ݚقم

َقظبݠ ݐ

بلٱ

َ

َ ن َ وَۚ ݗقݖ ُظَݚ مَ

َقإ

܅

َُ ܅ّٱ

َ

َܛًݙيقݖ عَܛًعيقݙ س

٨

(8)

Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini merupakan tegahan Allah SWT kepada Mukmin daripada mendengar dan mengatakan ucapan yang buruk. Kerana ucapan yang buruk memberi kesan dalam merosakkan generasi. Ia akan diulang dari satu zaman ke satu zaman (Ibn Kathir, 2002). Ini bermakna ucapan berperanan dalam membentuk generasi hadapan. Meskipun dalam keadaan marah, Allah SWT melarang menggunakan ucapan yang buruk seperti mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya. Tetapi pengecualian diberi kepada orang yang dianiaya kerana tujuannya untuk mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya. Ini adalah supaya orang yang diambil haknya mendapat kembali miliknya.

i. Orang yang berlebih-lebihan (6:141, 7:31). Firman Allah SWT dalam al-Ancam ayat 141:

َُݝ܅نقإَ ۚ

ْاكݠُفق بُۡتَ َ و

ۥَ

َ ܆ܜق َُُ

َ

َ يقفق بُۡݙ

ب

لٱ

َ

١

Maksudnya:

dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

Berlebih-lebihan tidak hanya bermaksud menggunakan atau melakukan sesuatu secara berlebihan sahaja tetapi juga merujuk kepada penggunaan atau pelakuan yang berkurangan secara keterlaluan. Contohnya memberi semua hartanya kepada fakir miskin tanpa memenuhi hak keluarga terlebih dahulu. Begitu juga apabila menggunakan harta untuk perkara yang haram. Meskipun sedikit, ia tetap dianggap berebih-lebihan, kerana tiada keperluan untuk dibelanjakan dengan cara yang salah (Ibn Kathir, 2002).

Kesemua ciri yang dinyatakan dalam al-Quran menggambarkan kekufuran menjadi punca tidak dicintai Allah SWT. Ini kerana kekufuran adalah sifat zalim yang paling besar dan boleh menyebabkan rosaknya keindahan jiwa ciptaan Allah SWT. Allah SWT tidak menyukai perbuatan buruk yang mereka lakukan dan bukan merujuk kepada diri pelaku itu semata-mata (Ghazi 2010).

Ciri-Ciri Orang Yang Dicintai Allah SWT

Ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT adalah bercanggah sama sekali dengan ciri-ciri mereka yang dibenci-Nya. Maka, orang yang dicintai Allah SWT adalah mereka yang mempunyai iman yang sempurna di sisi-Nya. Mereka mencintai Allah SWT dengan segenap jiwa dan raga, maka Allah SWT juga cinta kepada mereka dan mengurniakan ketenangan dalam hidup.

i. Orang yang bertaubat dan menyucikan diri (2:222, 9:108). Firman Allah SWT dalam al-Baqarah ayat 222:

َ ܅نقإ

َ ܅ّٱ

َ

َقُُ

َ ܆ܜ

َ يقبٰ܅و܅تٱ

َ

َ ܆ܜقحُي و

َقكݟ ݁ تُݙ

ب

لٱ

(9)

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

Termasuk dalam orang yang dicintai Allah SWT ialah kekal dalam taubat mereka serta menyucikan diri daripada dosa zahir dan batin. Rasa taubat dalam diri menjadikan mereka sentiasa berusaha mendampingkan diri kepada Allah SWT dalam setiap keadaan. Manakala Sahl dalam al-Sulami (2001) menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk penyucian diri iaitu penyucian ilmu ke atas kekotoran jahil, penyucian zikir atas kelupaan dan penyucian taat atas maksiat. Penyucian juga ditekankan kepada penyucian hati daripada tumpuan terhadap dunia, wahm dan angan-angan yang merosakkan (al-Sulami, 2001). Ini bermaksud penyucian merangkumi sisi zahir dan batin seorang manusia.

ii. Orang yang bertaqwa (3:76, 9:4, 9:7). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 76:

َ ٰ ل ب

َ

َقهقܯبݟ عقبَٰ

َبو أَبݚ م

ۦَ

َ و

َٰ ق܅ ٱ

َ

َ ܅نقܗ ف

َ ܅ّٱ

َ

َ ܆ܜق ُُ

َ يقݐ܅تُݙ

ب

لٱ

َ

٦

Maksudnya:

(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

Al-Syacrawi (1991) menjelaskan janji yang dinyatakan di sini adalah janji untuk

mentauhidkan Allah SWT di sepanjang hayat seorang manusia. Maka, orang yang menepati janjinya pasti akan menuruti segala yang diperintahkan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Hasilnya, dia akan beroleh taqwa dan cinta Allah SWT.

iii. Orang yang sabar (3:146). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 146:

َ و

َُ ܅ّٱ

َ

َ ܆ܜق ُُ

َ ݚيق قِٰ ܅صلٱ

َ

٦

Maksudnya:

Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Sabar dalam banyak keadaan antaranya sabar ketika lemah, lesu, tidak berdaya tetapi tetap teguh bersabar (al-Zuhayli et al. 2008). Dalam banyak keadaan, Allah SWT membiarkan hamba-Nya terus diasak ujian kelelahan dan kepenatan sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya berserah kepada Allah SWT. Pada ketika itu, Allah SWT memberikan jalan keluar kepada mereka kerana Mukmin sentiasa menyedari bahawa Allah SWT sama sekali tidak melupakan hamba-Nya (al-Syacrawi 1991).

iv. Orang yang bertawakkal (Al-Quran 3:159) Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 159:

َ

لَب ܅َ ݠ ت فَ تبم ܲ عَا ذقܗ ف

َۚق܅ّٱ

َ

َ ܅نقإ

َ ܅ّٱ

َ

َ ܆ܜق ُُ

َققكك ݠ تُݙ

ب

لٱ

َ ي

٩

Maksudnya:

kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

(10)

iman apabila anggota berusaha dan hati bertawakkal kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berkuasa untuk melakukan sesuatu tanpa sebab sedangkan manusia terikat dengan hukum sebab musabab. Dengan menyedari perkara ini, manusia mengetahui kelemahan diri dan kekuasaan Allah SWT (al-Syacrawi, 1991)

v. Orang yang adil (al-Quran 5:42, 49:9, 60:8). Firman Allah SWT dalam al-Ma’idah ayat 42:

َ فَ تبݙ ݓ حَبنِ

dan jika kamu memutuskan perkara mereka, Maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Adil yang dimaksudkan ialah seperti yang digariskan Allah SWT dan bukan adil dari perspektif hawa nafsu. Adil yang diperintahkan ialah menentang kezaliman dan penindasan sesama makhluk serta memberikan hak kepada yang berhak (al-Syacrawi, 1991) meskipun yang meminta hak itu dari kalangan orang kafir (Ibn Kathir, 2002).

vi. Berperang di jalan Allah. Firman Allah SWT dalam al-Saff ayat 4:

َ܅نقإ

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Berperang dalam satu barisan teratur bermaksud tetap teguh dalam peperangan dan bersama menuruti segala perintah Allah SWT khususnya solat (Ibn Kathir, 2002). Allah SWT mencintai mereka yang berperang untuk meninggikan agama-Nya dalam keadaan teratur dan tidak berpecah belah (al-Zuhayli et al. 2008).

ii. Berbuat baik (al-Ihsan) (al-Qur’an 3:134; 5:13). Firman Allah SWT dalam Ali

(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(11)

akan dimaafkan. Kedua-dua ini iaitu infak dan memaafkan termasuk dalam maksud ikhlas kerana Allah SWT.

Daripada perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa cinta Allah SWT kepada makhluk ada yang bersifat umum dan khusus. CInta umum meliputi semua makhlukNya dari segi keteraturan, ketepatan dan kesempurnaan penciptaan. Manakala cinta yang khusus adalah kepada Mukmin yang berusaha untuk mencintai Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara sepenuh hati tanpa berbelah bahagi.

Penutup

Sebagai kesimpulan, cinta berhubung secara langsung dengan kehidupan manusia dari sudut pembentukan personaliti. Hasil daripada cetusan cinta ini ialah rasa kasih dan sentiasa ingin berdamping dengan yang dicintai. Sehubungan itu, rasa cinta perlu kepada bimbingan dan ilmu agar dapat disalurkan ke arah yang positif. Dengan erti kata lain, cinta adalah salah satu bentuk motivasi dalam diri insan. Salah faham dalam memahami cinta akan mengakibatkan terlahirnya tindakan yang memberi kesan buruk.

Berdasarkan ayat al-Quran, difahami bahawa cinta kepada Allah SWT menjadi matlamat Mukmin sekali gus melahirkan tindakan positif sebaliknya cinta kepada dunia yang menjadi matlamat orang tidak beriman menatijahkan tindakan negatif dalam segenap aspek. Bagi menyuburkan cinta kepada Allah SWT ia perlu kepada pengorbanan dan istiqamah. Ia dapat direalisasikan menerusi amal soleh seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Hasilnya, ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat bertemu dengan yang dicintai.

Rujukan

Abdul Qadir cIsa. (2008). Haqa’iq cAn al-Tasawwuf. Terj. Mustafa Husain at-Taib. T.p. Al-Jauziyyah, Muhammad bin Abi Bakr. (1997). Taman orang-orang yang cinta dan rindu

(menurut al-Quran dan Sunnah). Terj. Kathur Suhardi. Batu Caves: ALBAZ Publishing and Distribution Sdn. Bhd.

Al-Sulami, Abu cAbd al-Rahman bin al-Husayn. (2001). Haqa’iq al-Tafsir Tafsir al-Qur’an

al-cAziz. Tahqiq: Sayyid cImran. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Al-Syacrawi, Muhammad Mutawalli. (1991). Tafsir al-Syacrawi. Matabic Akhbar al-Yawm. Al-Zuhaily, Wahbah et al. (2008). al-Mausucah al-Qur’aniyyah al-Muyassarah. Cet.3. Dar

al-Fikr: Damsyik.

Chaton, B. A. (2007). Sex, love and the media: Who is teaching what to children in the middle? Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti La Verne.

Ghazi bin Muhammad. (2010). Love in the Holy Quran. USA: Kazi Publications Inc. Ibn Kathir, Ismacil bin cUmar. (2002). Tafsir al-Qur’an al-cAzim. Dar Tayyibah. Kamus Dewan. (2002). Ed. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Lumbard, J. E. B. (2003). Ahmad al-Ghazali (d. 517/1123 or 520/1126) and the metaphysics of love.Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pengajian Siswazah. Yale University. Lynn Wilcox. (1995). Sufism and Psychology. Chicago: ABJAD Book Designers and Builders. Mahmud bin al-Syarif. (1983). Al-Hubb fi al-Quran. Beirut: Dar Maktabah al-Hilal.

(12)

Suleyman Derin. (1999). From Rabi`a to Ibn al-Färich Towards Some Paradigms of the Sufi Conception of Love. Tesis Doktor Falsafah. Jabatan Pengajian Arab dan Timur Tengah. Universiti Leeds.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam penyelenggaraan kegiatan pengabdian kepada masyarakat (PKM) ini pengabdi bekerjasama dengan Rumah Sakit Jiwa Magelang dan Puskesmas Magelang Utara karena berada

Upaya perkembangan Islam tergantung pada integritas dakwah yang sistematis, sehingga akan tercipta bila didukung oleh perangkat sarana dan prasarana yang memadai, seperti

(CR) tidak memiliki pengaruh terhadap nilai perusahaan pada perusahaan makanan dan minuman yang terdaftar di Bursa Efek Indonesia periode 2016-2018.Hal ini

Dalam pandangan (Azwir & Ibrahim 2019) bahwa karakter kepala sekolah yang visioner, dengan budaya sekolah yang relegius merupakan miniature masyarakat kita untuk

Perusahaan logistik yang memakai jalur laut akan membutuhkan pelabuhan dalam pengoperasiannya sehari - hari karena pelabuhan adalah tempat untuk transisi antara jalur

Rata-rata Total Biaya Variabel Berdasarkan Skala Usaha Peternakan Ayam Ras Petelur Di Kecamatan Maritengngae, Kabupaten Sidrap. Besarnya biaya variabel yang

Isu mengenai kesenjangan adalah bagian yang tidak terpisahkan dari setiap pembicaraan mengenai kualitas hidup. Pengukuran yang dilakukan secara terpisah pada setiap indikator

Kemudian ia merasa iri terhadap Ma Iyang yang ia refleksikan sebagai figur ibu yang telah mendapatkan cinta yang begitu besar dari sang ayah yang ia refleksikan pada Ma