• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perpaduan Kesepaduan dan Penyatupaduan S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perpaduan Kesepaduan dan Penyatupaduan S"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan: Satu Negara, Satu Kata Akar, Tiga Konsep Keramat

Shamsul Amri Baharuddin

Ucaptama untuk ‘Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan: Perkongsian Pengalaman,” anjuran bersama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, JPT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), 19-21 Januari 2014

Pembuka kata

Negara bekas tanah jajahan, seperti Malaysia dan Indonesia, senantiasa berdepan dengan cabaran ‘unity in diversity’ yang tertampil dalam fenomena sosial yang kita kenal sebagai ‘kepelbagaian.’ Fenomena ini menonjolkan perbedaan, kelainan, malah sering diungkapkan sebagai keunikan. Sebenarnya, kedua negara ini tiada pilihan. Keadaan kemajmukan ini bukan yang diinginkan tetapi dipaksakan dan adalah akibat langsung daripada pembentukan plural society dalam era penjajahan. Maka Indonesia terkenal dengan ‘Bhinneka Tunggal Ika’ dan Malaysia dengan ‘Malaysia Truly Asia.’

Maka unity in diversity sekali gus kepelbagaian membawa penjelmaan tiga wajah: satu wajah positif, satu konflik dan satu wajah idaman.

Wajah positif datangnya daripada kepelbagaian yang dimegahkan, dirayakan (celebrating diversity) dan dikomersialkan. Berbilion ringgit, misalnya, boleh diperoleh dengan ‘menjual kepelbagaian’ ini melalui program seperti “Tahun Melawat Malaysia 2014.” Makanya pendapatan ini menyumbang terus kepada ekonomi negara. Oleh itu, kita labur beratus juta ringgit untuk merayakan dan menjayakan usaha menjalan kepelbagaian ini.

Wajah negatif yang menjelma bersama fenomena kepelbagaian adalah berpunca daripada perbedaan yang ada dalam berbagai bentuk dalam masyarakat. Setiap bentuk itu mempunyai potensi menimbulkan konflik, pertelingkahan, bertikam lidah dan fitnah memfitnah yang dibakar pula oleh khabar angin. Prejudis dan stereotaip pula terus mengipas emosi ke suhu panas dan boleh mencairkan rasionaliti, meningkatkan ketegangan, mencabar harmoni dan menggegar stabiliti.

(2)

Sedangkan kita semua tahu dan sedar bahawa yang nyata wujud ialah unity in diversity.

Mengapakah penyuaraan psychic yang bersifat merindui dan mengidamkan unity in uniformity ini berterusan?

Kerana ianya adalah merupakan suatu pernyataan emosi dan psikologikal yang mengartikulasikan suatu harapan yang sangat besar dan sangat diidamkan. Sesiapa yang mengucapkannya tahu bahawa idealisme unity

in uniformity adalah satu angan-angan, tetapi mempunyai nilai politik

yang tinggi dan berkesan untuk memobilisasi sokongan padu daripada anggota masyarakat untuk sesuatu agenda atau kepentingan, sama ada bersifat suku kaum, negara, rantau, mahu pun dalam hubungan Timur-Barat.

Lihat sahaja bagaimana kaum Muslim di seluruh dunia bersatu padu suara dalam reaksi mereka terhadap masa depan masyarakat Palestin. Kaum Muslim melihatnya sebagai perjuangan Islam, yang jihad sifatnya. Jutaan orang Muslim di seluruh dunia mendakap dan menghayati ‘imagined communities’ masyarakat Palestin dan terus menerus mereka sokong dengan wang, semangat dan propaganda.

Tetapi kita tahu bahawa bukan semua manusia Palestin itu Muslim. Segolongan kecil beragama Kristian (khususnya Coptic Christian, seperti Edward Said sarjana Palestin yng terkenal dengan bukunya Orientalism), Druze (cabang kecil Shia Ismailite) dan Samaritan (cabang kecil Judaisme). Projek perjuangan masyarakat Palestin adalah projek sekular nasionalisme mereka, bukan suatu projek jihad kaum Muslim. Mereka adalah tergolong dalam golongan orang Arab, yang bukan semuanya beragama Islam.

Tetapi idea uniformity is uniformity sangat mempengaruhi kaum Muslim sedunia yang merasakan bahawa mereka adalah “seagama, sehati, sejiwa, dan seperjuangan” dengan manusia Palestin. Mungkin mereka seagama dengan majoriti manusia Palestin, tetapi mereka tidak seagama dengan orang Palestin beragama Kristian, Druze dan Samaritan. Maka perasaan “sehati, sejiwa dan seperjuangan” mereka dengan orang Palestin, yang Muslim dan bukan Muslim, adalah semacam psychic unity bersifat sekular.

(3)

Apatah lagi rakyat mereka turut terperangkap dalam arus retorika ketiga-tiga wajah kepelbagaian tersebut, iaitu, yang positif, negatif dan idaman. Ianya berkisar dan di kitar dalam lingkungan serta putaran Society-State-Market Nexus. Oleh yang demikian, ‘kepelbagaian wajah mengenai kepelbagaian’ ini tidak mudah diurus atau diperbetul kerana ianya meresap serta dihayati kesemua lapisan masyarakat; daripada mereka yang dalam kedudukan tertinggi sehingga ke akar umbi, daripada bandar dan desa, tua dan muda, lelaki dan perempuan, dalam dan luar negeri.

Dari segi analitikal pasti boleh dipisah-pisahkan wajah ini tetapi agak sukar. Namun dalam realitinya ia terus menerus bergaur, bercampur-aduk dan terintegrasi dalam idiom dan tindakan seharian anggota semua sektor masyarakat.

Ambil contoh di Malaysia sahaja.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) menganjurkan secara besar-besar dengan berbelanja berbilion mendukung wajah positif ‘kepelbagaian’ dalam masyarakat Malaysia. ‘Tahun Melawat Malaysia 2014’ adalah contoh konkrit akan pendekatan ini. Banyak lagi projek lain kerajaan Malaysia yang mengangkat wajah positif kepelbagaian telah didukung oleh pihak kerajaan sendiri dengan pihak swasta.

Melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) pula, khususnya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Menterinya sendiri, pada umumnya, melihat kepelbagaian dari sudut wajah negatif dan memfokuskan terhadap hal-hal berkait dengan konflik, perpecahan dan ketegangan lalu berusaha keras untuk mencari jalan untuk menyelesaikannya, seperti melalui projek Rukun Tetangga, mewujudkan Indeks Ketegangan dan selainnya. Dana yang dilaburkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan konflik di Malaysia, dari segi penyelidikan dan tindakan praktik, sangat kecil berbanding dengan perbelanjaan projek ‘Tahun melawat Malaysia 2014’ kerana usaha ini tidak mendatangkan pulangan ekonomi. Ini sungguh mengecewakan, apatah lagi kalau slogan PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL sering dilaung-laungkan!

Perdana Menteri Malaysia sendiri pula memperagakan wajah kepelbagaian sebagai satu wajah idaman melalui konsep 1Malaysia beliau dengan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” yang kini telah berubah menjadi “endless possibilities.” Kedua-duanya adalah penyataan harapan serta idaman bahawa unity is uniformity dan setiap konsep itu menyarankan suatu keadaan tanpa hujung atau akhir, seperti yang diungkapkan dalam kata-kata “endless possibilities.”

(4)

dinyatakan itu: positif, negatif dan idaman. Kepelbagaian suara ini amat mencabar sehingga sebarang usaha ke arah mewujudkan PERPADUAN di Malaysia adalah berbelah bagi reaksi dan tindakan; ada yang disokong, ada yang pertikaikan, ada yang dibangkang, dan ada yang diperlecehkan.

Adalah menjadi tujuan kertas ringkas ini untuk mengupas dan menganalisis, dari sudut EOM (Epistemologi, Ontologi dan Metodologi), cara yang dianggap sesuai untuk memecahkan kebuntuan analitikal di kalangan penyelidik dan pembentuk dasar mengenai masyarakat yang dikenal pasti wujud dalam keadaan ‘unity in diversity’ dengan bentuk wajah diversity, atau kepelbagaian, itu sendiri adalah pelbagai. Dalam kata lain, menghuraikan ‘kepelbagaian dalam kepelbagaian.’ Ini bukannya suatu projek linguistik/semantik tetapi adalah sebuah projek sociological imagination yang berteraskan EOM.

Untuk itu ingin dikemukakan contoh daripada pengalaman dalam usaha mengupas fenomena kepelbagaian di Malaysia.

Satu Negara, Satu Kata Akar

Malaysia memperakukan secara terbuka bahawa ianya adalah sebuah Negara (State) yang masyarakatnya bersifat ‘unity in diversity.’ Penerimaan ini dilandaskan kepada andaian bahawa kepelbagaian berpotensi besar mencabar perpaduan (diversity is a threat to unity), terutamanya, selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Kepelbagaian dalam bidang ekonomi, iaitu, terdapat identiti etnik dalam kegiatan ekonomi negara (Melayu petani, Cina pedagang, India pekerja ladang), dan perbedaan serta jurang ekonomi antara etnik Melayu dan Cina adalah begitu luas sehingga menimbulkan ketegangan, pergeseran dan akhirnya terjadi konflik terbuka.

Semenjak itu sehingga sekarang, PERPADUAN menjadi slogan, sebutan dan idaman, dan termaktub sebagai matlamat akhir Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal dan dilancarkan pada 1971. Dalam kata lain, wujudnya diversity (kepelbagaian) dengan tiga wajahnya itu tidak dinafikan, namun secara sedar penekanan Kerajaan Malaysia adalah terhadap PERPADUAN. Rakyat mesti PADU menghadapi cabaran kepelbagaian, yang diungkapkan dalam beberapa konsep lain seperti kerencaman sosial, heterogeneity, multi-ethnic, multi-cultural, berbilang kaum, dan selainnya.

(5)

Namun dalam tempoh berkenaan, biarpun Malaysia tidak mencapai PERPADUAN, negara Malaysia tetap menjadi pujian dunia, malah dijadikan model untuk jadi ikutan pada peringkat global, kerana kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan keharmonian hubungan antara etnik. Dari Presiden Bush Senior, ke Presiden Bush Junior dan kini Presiden Obama, masing-masing menyebut Malaysia sebagai model negara majoriti Muslim.

Oleh yang demikian, apakah sebenarnya yang telah dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia selama 40 tahun lepas? Kalau tidak ada PERPADUAN, apa yang wujud?

Ternyata pengalaman Malaysia ini tidak mudah untuk kita ungkapkan, tak ubah seperti si bisu bermimpi “terasa ada terkata tidak.” Dalam kata lain, Malaysia belum ada label atau kata-kata untuk mengungkapkan atau menyimpulkan pengalaman ini, suatu pengalaman yang pernah disebut-sebut sebagai model atau contoh untuk dijadikan ikutan oleh sebilangan negara-negara lain di dunia. Sebenarnya apa yang telah Malaysia semua nikmati selama ini belum lagi perpaduan tetapi ‘KESEPADUAN sosial’ (social cohesion).

Apakah maksud ‘KESEPADUAN sosial’?

Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang kuat yang terbina untuk sekian lamanya berasaskan setidak-tidaknya lima pra-syarat:

1. taraf kebendaan yang berkualiti, seperti mempunyai indeks kualiti hidup yang sederhana ke tinggi

2. Akses kepada kemudahan yang boleh menjamin dan mempertahan kualiti hidup dan mobiliti sosial

3. aturan sosial yang stabil, aman dan selamat

4. interaktif aktif berlandaskan jaringan dan pertukaran hubungan yang positif

5. wujudnya usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam kegiatan arus perdana

Senario yang menggalakkan kesepaduan sosial bertahan boleh dibayangkan seperti berikut: biarpun wujud perbezaan, kontradiksi, contestation dan konflik dalam sesuatu masyarakat itu, jika para anggotanya sanggup berunding dan bertolak ansur untuk mewujudkan konsensus, tolak ansur, toleransi dalam semangat akomodasi, malah bersungguh membina harmoni dan pelbagai bentuk ikatan sosial (social alliance), kesepaduan sosial akan mekar segar bugar terpamer dan sedia terperaga.

(6)

Dalam kata lain, kalau kita lihat kembali ke keadaan di Malaysia, biarpun ianya belum mencapai perpaduan yang di impi dan diidamkan namun Malaysia sebenarnya sudah pun menjalin hubungan kerjasama antara etnik dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam-meminjam unsur budaya masing-masing untuk lebih daripada 60 tahun, menikmati pembangunan ekonomi dan kualiti hidup yang sederhana ke tinggi, yang terbina teguh semenjak 1970-an.

Bukan hanya dari segi politik, sosial dan budaya, jalinan hubungan yang cukup rapat bahkan wujud dan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan kita saling bergantungan dengan kuat melalui kegiatan ekonomi seharian, atau dalam konteks putaran permintaan-tawaran. Sebagai contoh, si pembekal mungkin pedagang kaum Cina, India dan Melayu. Pekerja pula mungkin kaum India, Iban, Kadazan dan Cina juga.

Justeru, kesepaduan sosial di kalangan pelbagai etnik, kepentingan ekonomi, politik dan sosial senantiasa terjalin dan disulam oleh keperluan kehidupan seharian. Rakyat Malaysia tidak akan mengorbankan kesepaduan sosial ini demi memastikan semua pihak ‘menang-menang.’

Konflik terbuka dan ganas tidak berlaku di Malaysia tetapi tidak dinafikan, di sebaliknya apa yang lebih kerap berlaku adalah konflik bersifat lisan atau bertikam lidah sesama sendiri. Ada ketikanya secara terbuka dan kebanyakan pada peringkat individu atau kelompok seperti sambil minum teh tarik di kedai mamak, pada majlis kenduri kendara, malah dalam internet dan blog. Kandungan bertikam lidah ini berasaskan isu tertentu (issue-based), seperti soal pendapatan yang tidak cukup, harga barang mahal, peluang pendidikan serta pekerjaan terhad dan sebagainya.

Sering kali kejadian bertikam lidah adalah merupakan suatu bentuk penyuaraan rasa tidak puas hati etnik (ethnic grievances). Namun apabila kita halusi kebanyakan isu itu didapati bahawa apa yang disuarakan oleh setiap etnik tidak banyak perbezaan, cuma penyuaraannya kerap bersalut kata-kata yang menjelmakan kepentingan etnik. Maka bunyinya etnik, sebenarnya isu berkenaan bersifat isu sosial dan ekonomi yang lebih umum sifatnya.

Kebanyakan isu ini berkait dengan peluang mobiliti sosial, menyentuh isu seperti tidak puas hati mengenai sistem pendidikan, agihan peluang ekonomi dan pekerjaan, bukan hanya mengesankan sesuatu etnik malah mempunyai kesan yang mendalam dan luas terhadap semua lapisan masyarakat.

(7)

masalah masyarakat sivil dan buku daftar pengundi yang banyak kesalahan. Sebenarnya isu-isu ini mempunyai dimensi ekonominya, kerana ianya menjadi ‘komoditi politik’ yang didagangkan sebagai sebahagian daripada aktiviti keusahawanan dalam bidang pengiklanan, khususnya yang bersifat branding.

Yang lebih menarik adalah fakta bahawa penyuaraan isu berkenaan berlaku dalam keadaan aman dan tenteram lagi sejahtera di Malaysia. Bukan dengan keganasan-ala-Arab Spring, atau Tom Yam Spring di Bangkok, yang mengorbankan banyak nyawa kerana apa yang berlaku di Malaysia adalah matang dan cukup demokratis dari segi bentuk dan suasana yang mengizinkan bertikam lidah mengenai isu ini berlaku. Namun kadang-kadang ada yang menyuarakannya dengan nada yang agak keras dan kadang-kadang sarat dengan stereotaip dan prejudis etnik.

Ringkasnya, pengalaman KESEPADUAN sosial di Malaysia bukan PERPADUAN yang diidamkan. Ianya lebih merupakan tahap atau pra-syarat sebelum PERPADUAN tercapai. Ternyata terdapat serangkaian kontradiksi yang perlu diselesaikan. Dapat dikategorikan kontradiksi ini kepada sembilan perkara utama:

1. etnisiti 2. agama 3. kelas sosial 4. pendidikan 5. bahasa

6. generasi, tua muda 7. gender

8. politik federalism 9. ruang, bandar-desa

Setiap kontradiksi tersebut sarat pula dengan cabaran-cabaran khusus yang perlu ditangani, yang telah berlaku lama atau baru muncul dan juga kemungkinan akan muncul. Ini memang tidak dapat dielakkan dalam sebuah masyarakat majmuk pelbagai etnik.

(8)

Proses penyelesaian setiap kontradiksi ini, sama ada yang besar dan yang khusus, telah pun berlaku sekian lamanya di Malaysia, semenjak sebelum Merdeka lagi, melalui “Formula B&N” (BN bukan Barisan Nasional), iaitu “Formula of Bargaining & Negotiation.” Prinsip dan ikhtiar ‘runding dan tolak ansur’ inilah yang mendasari proses PENYATUPADUAN (reconciliation) di Malaysia sehingga ke saat ini.

Dalam kata lain PENYATUPADUAN adalah suatu usaha berterusan di peringkat semua lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum Merdeka tetapi hingga sekarang ianya terus dilaksanakan. Usaha ini tidak boleh diberhentikan kerana sifat kepelbagaian itu mengundang potensi konflik dan potensi komersil sekali gus. Maka pemerintah mesti fokus terhadap hal ini. Dalam kata lain, Malaysia adalah ‘work-in-progress,’ justeru oleh kerana itu ianya perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Sebilangan besar negara-negara di dunia pun menginginkan PERPADUAN. Oleh kerana untuk mencapainya sukar dan mengambil waktu, maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh membawakan KESEPADUAN, yang dianggap sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada PERPADUAN. Dalam tahap ini, banyak perkara yang mesti diselesaikan kerana terdapat berbagai kontradiksi yang terkandung dalam KESEPADUAN itu. Usaha-usaha inilah yang bergerak sebagai proses PENYATUPADUAN. Proses ini tidak akan berhenti, kerana selagi ada kepelbagaian selagi itu usaha PENYATUPADUAN mesti diteruskan.

Tiga Konsep Keramat:

Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan

Kalau kita imbas secara komparatif, terutamanya di kalangan negara-negara yang pernah dijajah dan masyarakatnya bersifat plural/majmuk, dari sudut EOM, konsep unity in diversity mendasari epistemologi masyarakat berkenaan. Cabaran terbesarnya ialah dari sudut ontologi, iaitu bagaimana mentafsir dan menangani cabaran kepelbagaian, sama ada dari segi abstrak dan nyata. Untuk mencari jalan penyelesaian memerlukan metodologi yang jelas dan tuntas. Ianya mesti bermula dengan mengenal pasti alat analisis yang relevan, konsep utama yang hendak di hurai dan perincian langkah pelaksanaan, jangka pendek dan jangka panjang yang perlu diatur.

(9)

Kepada masyarakat yang dibebankan oleh cabaran alamiah, seperti tsunami, gunung berapi, angin puting beliung, kebakaran hutan dan banjir besar-besaran, perlunya konsep keramat dijadikan konsep landasan untuk tindakan pemulihan sangat adalah sangat penting, kerana pemulihan itu bukan hanya bersifat fizikal tetapi juga bersifat individual (mental dan emosi) dan juga bersifat sosiologikal kerana ia melibatkan semua anggota masyarakat secara kolektif.

Apatah lagi untuk negara yang mengalami krisis politik berdarah yang mengorbankan ribuan nyawa, atau negara yang dilanda revolusi besar dan kecil-kecilan oleh rakyat yang marah dan tidak berpuas hati. Tentunya dalam keadaan sedemikian sebagai tindakan pertama ke arah mengembalikan kedamaian adalah untuk membina engagement, khususnya dalam bentuk reconciliation yang ternyata perlunya berlandaskan kerangka seperti ‘Formula B&N.’

Dari sudut metodologi, rangkaian tiga konsep keramat ini adalah suatu bentuk heuristic device bukannya suatu undang-undang fizikal alamiah, seperti Laws of Gravity dalam ilmu fizik. Sifat heuristic device adalah konseptual, abstrak dan seperti suatu model ilmiah yang berguna untuk membantu memikirkan sesuatu fenomena sosial dan fizikal yang rumit dan mungkin perlukan jalan untuk merungkaikan masalah pusat dan sampingan.

Dalam bidang sains sosial, konsep ‘struktur sosial’ adalah satu heuristic device yang dicipta dan digunakan untuk mentakrif dan menganalisis beberapa aspek dalam masyarakat yang mencipta patterns and regularity khususnya dalam peranan dan tindakan seharian setiap individu sebagai anggota masyarakat. Bagaimana pula himpunan perilaku ini membentuk masyarakat sebagai satu kolektif sosial yang dinamik sifatnya. Oleh itu struktur sosial bukan kaku dan tidak boleh berubah-ubah, malah mudah berubah dan luwes sifatnya, sesuai dengan perwatakan dan perilaku manusia itu sendiri.

Maka begitu jugalah sifat rangkaian keramat tiga konsep yang diketengahkan ini, iaitu ‘perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan,’ yang tetap merupakan satu heuristic device yang boleh diaplikasikan ke arah memahami sebarang masyarakat plural/majmuk atau yang sekelompok dengannya.

Sebagai kesimpulan, ingin ditekankan bahawa dalam usaha mengupas dan merongkai pelbagai masalah global dan lokal apa yang kita perlukan adalah beberapa heuristic device yang boleh membantu. Misalnya, dalam mengkaji sistem dan hierarki politik kekuasaan di Malaysia heuristic device yang dikenal sebagai ‘model dwi-realiti sosial’ -- authority-defined

and everyday-defined telah kerap kali diaplikasikan. Terbaru ialah

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penulusuran yang telah dilakukan penulis pada hasil penelitian dengan berusaha mencari tulisan orang lain yang menulis tentang : tentang perkawinan beda suku

Dari penerapan dua metode GORE yang ada pada kasus pengembangan SIPMD pada KPM dapat disimpulkan beberapa hal yaitu menggunakan KAOS akan mendapatkan alasan dari goal yang

Tahap Perancangan proses augmented reality dilakukan setelah semua kebutuhan perangkat lunak didapatkan melalui tahap sebelumnya. Perancangan aplikasi dilakukan

Ada beberapa syarat yang harus kita perhatikan dalam membuat peta agar dapat dibawa dan dipergunakan sesuai dengan tujuan. Syarat-syarat itu ialah sebagai

Setelah dilaksanakan kegiatan pra tidakan, siklus I, dan siklus II, dengan menerapkan metode TGT, maka dapat disimpulkan bahwa sudah terjadi peningkatan prestasi

Dari sisi sektoral, kinerja sektor pertanian dan sektor jasa-jasa mengalami peningkatan pada triwulan laporan dengan andil terhadap pembentukan laju pertumbuhan

adalah grafik Brake Thermal Efficiency sebagai fungsi dari putaran motor menyatakan pemanfaatan kalor yang dihasilkan dari pembakaran bahan bakar untuk diubah menjadi kerja

Sehingga diperlukan cara-cara yang tepat agar setiap gangguan pada jaringan distribusi kabel tanah dan lokasi gangguannya dapat diketahui dengan cepat dan tepat,