http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6OLPL5p0fMg
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
KPD 6014: Penganalisian Kritis Pengajaran dan Guru
Pensyarah: Prof. Madya Dr. Nasir Bin Masran
Analisis dan Kritik Artikel Jurnal: (
Investigating the Relationships between
Learning Styles, Strategies and the Academic Performance of Saudi English
Majors)
Nama: Rozana Binti Reduan
Analisis dan Kritik Artikel Jurnal Sumber Jurnal:
Tajuk:
Investigating the Relationships between Learning Styles, Strategies and the Academic Performance of Saudi English Majors
Penyelidik:
Safaa Mohammed Al-Hebaishi
Assist. Prof., Department of Curricula and Teaching Methods, Faculty of Education, Taibah University.
1.0 SINOPSIS:
Pendekatan yang tepat untuk menjawab persoalan atau objektif dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Walaubagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam kajian ini amat bertepatan dan menepati kualiti bagi menjawab semua permasalahan yang telah diutarakan oleh penyelidik. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan.
i. Permasalahan Jurnal Artikel:
Masalah dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan keperluan yang
diperlukan oleh setiap pelajar bagi mencapai tahap pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga hanya mengetengahkan isu pendekatan pembelajaran yang tidak sesuai dan hal ini menyebabkan pelajar cepat bosan, tidak bermotivasi dan tidak mengambil perhatian yang sepenuhnya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran bermula. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang spesifik bagi setiap pelajar yang mana harus di ambil perhatian. Faktor persekitaran, dan latar belakang kehidupan juga perlu diberi perhatian untuk meneliti sebab dan berlakunya sesuatu isu atau permasalahan.
Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian secara
konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.
Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian,
Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw (2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak. Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model yang sedia ada. Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta mengikut prosedur yang sebenar.
Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-model
pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk menyokong jangkaan awal pengkaji.
Jurnal ini menyatakan bahawa pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu yang pertama, gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Saudi English Major dan pembolehubah yang kedua ialah, strategi pembelajaran dalam kalangan pelajar Saudi English Major. Hal ini demikian bertepatan dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengetahui gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Saudi English Major dan kesannya terhadap keputusan akademik.
Pembolehubah bersandar bagi kajian ini adalah keputusan akademik. Hal ini demikian selaras dengan tujuan kajian bagi mengetahui kesan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran terhadap keputusan akademik dalam kalangan pelajar Saudi English Major.
Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan. Oleh yang demikian, kaedah tinjauan
ini selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini.
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar undergraduate Saudi
English Major, di Fakulti Pendidikan, Universiti Taibah. Walaubagaimanapun, jumlah populasi sebenar tidak dinyatakan dalam jurnal artikel kajian ini. Selain itu, artikel jurnal tidak menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab atau permasalahan yang wujud dalam populasi yang telah dipilih. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian ini. Populasi adalah satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid Konting, 2009). Oleh yang demikian, pemilihan yang tepat ke atas populasi kajian amat penting dalam setiap kajian kerana ciri populasi dapat ditentukan menggunakan alat ukuran yang sesuai mengikut kriteria-kriteria populasi berkenaan.
Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan bukan kebarangkalian
iaitu persampelan bertujuan. Sampel yang dipilih adalah seramai 88 orang pelajar perempuan undergraduate Saudi English Major yang mempunyai purata umur dalam lingkungan 20 tahun. Walaubagaimanapun, prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal yang mana ia amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.
Sampel yang digunakan dalam kajian ini hanya menggunakan jantina perempuan.
Jurnal ini menyatakan dengan terperinci tentang aspek pemilihan sampel berdasarkan pemilihan sampel bertujuan. Walaubagaimanapun, sampel yang dipilih berdasarkan satu jenis jantina akan menyebabkan analisis dapatan data kajian khususnya bahagian korelasi dan t-test akan menyebabkan keputusan yang tidak signifikan. Pemilihan sampel seharusnya dilakukan dengan lebih jelas tentang aspek permasalahan populasi kerana ia memberi impak yang besar kepada dapatan kajian yang baik.
Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah
(MCQ) untuk mengukur prestasi pelajar dalam kursus penyelidikan 1. Pembahagian konstruk dan kategori-kategori pembolehubah dinyatakan dengan jelas. Hal ini demikian membentuk suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak persoalan yang telah dibina. Walaubagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh diketengahkan bagi memperbaiki mutu penjelasan berkenaan instrumen borang selidik iaitu membuat jadual bagi setiap set instrumen supaya pembaca lebih memahami konsep-konsep konstruk yang diketengahkan.
Kajian rintis yang dinyatakan dalam jurnal ini adalah sesuai dan bertepatan dengan
prosedur penyelidikan yang sebenar iaitu melakukan pilot test kepada 40 orang pelajar yang berada pada semester pertama. Hasil atau tahap realibiliti bagi borang soal selidik gaya pembelajaran dan borang soal selidik strategi pembelajaran adalah signifikan iaitu masing-masing pada nilai Cronbach Alpha Realibility 0.89 dan 0.92.
iii. Prosedur Pengumpulan Data:
Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian yang telah menggunakan SPSS Windows 18.0. Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengukur gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan menggunakan kaedah min dan sisi piawai. Manakala analisis inferensi telah digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara pembolehubah gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan pencapaian akademik dengan menggunakan kaedah pekali korelasi Pearson. Kaedah analisis data yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah tepat dan bersesuaian dengan pembolehubah yang diukur. Walaubagaimanapun, dapat dicadangkan bahawa terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur menggunakan kaedah lain seperti analisis regresi, t-test dan sebagainya bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat dalam sesuatu kajian.
Penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciri-ciri sampel tidak dinyatakan
dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.
iv. Analisis Dapatan Kajian
Jurnal ini menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian rintis yang sepatutnya digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian.
Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan hasil penelitian yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, jurnal ini sepatutnya menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam jurnal tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi kerana kajian ini menggunakan persampelan secara bertujuan dan tidak rawak. Keputusan kajian ini hanya mewakili kumpulan subjek kajian tersebut sahaja.
Aspek penelitian dalam kajian ini merupakan hasil penelitian yang tidak signifikan
kerana hanya menumpukan kepada aspek gaya pembelajaran seperti gaya pembelajaran secara visual, pendengaran atau auditori, dan kinastetik. Hal ini demikian terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang seharusnya diberi penekanan kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri tidak terhad kepada ketiga-tiga jenis pembelajaran ini sahaja. Gaya pembelajaran yang perlu diberi penekanan adalah interpersonal, intrapersonal, logik-matematik, muzik, verbal-linguistik, dan naturalis (Gardner, 2011).
serta gambaran keseluruhan berstruktur (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakum & Mohd Zohir Ahmad, 2007).
Jurnal ini juga menyatakan tentang pembelajaran secara tidak langsung iaitu strategi
metakognitif, strategi afeksi dan strategi sosial. Hasil dapatan kajian juga tidak signifikan untuk digunakan dalam strategi pembelajaran secara keseluruhan kerana terdapat pelbagai aspek strategi pembelajaran secara tidak langsung yang seharusnya dikaji. Hal ini demikian dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dalam strategi pembelajaran secara tidak langsung jika ia mempunyai impak yang positif dalam diri pelajar. Antara strategi pembelajaran yang lain adalah strategi secara kajian kes, pencapaian konsep, pembentukan konsep, pemetaan konsep, inkuiri, penyelesaian masalah, mencari punca masalah dan pembelajaran reflektif (Tim Redaksi Kanisius, 2008). Hal ini demikian kerana strategi pembelajaran secara tidak langsung akan menggalakan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Ia juga memberi pemahaman yang jelas tentang sesuatu pembelajaran bagi setiap pelajar yang menggunakan kaedah atau strategi ini. Jurnal tidak menyatakan perkaitan yang jelas tentang elemen-elemen dalam setiap strategi kerana saling perkaitan antara elemen tersebut dapat membuahkan hasil yang positif dalam diri pelajar khususnya dalam mendapat pencapaian akademik yang baik di samping sahsiah yang unggul.
Hasil dapatan data atau interpretasi oleh penyelidik kajian dalam jurnal ini hanya
mengetengahkan langkah-langkah atau metod dalam aspek strategi yang difokuskan oleh kajian, pemahaman dan bimbingan dalam menentukan gaya pembelajaran tanpa memberikan penekanan terhadap pemikiran secara kreatif dan kritikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini tidak memberikan pengaruh atau kesan secara signifikan terhadap pelajar, tenaga pengajar atau perangka kurikulum dalam menghasilkan sesuatu model atau teori yang memberikan produk atau outcome dalam menjayakan tujuan sebenar kajian ini.
Hasil kajian dalam jurnal ini berjaya membuktikan bahawa strategi pembelajaran
kritis. Kemahiran berfikir secara kreatif merujuk kepada kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan pada keaslian dalam penghasilannya dan kemahiran berfikir secara kritis pula adalah keberkesanan dalam menggunakan minda dalam menilai kesalahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan dapat memberikan tindak balas atau
respons berdasarkan bukti dan sebab muhasabab (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2007).
2.0 IDEA UTAMA:
Kata kunci kajian yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah gaya pembelajaran
(learning style preferences), strategi pembelajaran (language learning strategies), dan pencapaian akademik (academic preferences). Kata kunci yang dinyatakan dalam jurnal bagi kajian ini sejajar dengan tajuk kajian. Walaubagaimanapun, jurnal tidak menyatakan tentang definisi operasional yang sepatutnya diterangkan dengan lebih terperinci berdasarkan pandangan daripada pengkaji-pengkaji yang mahir dan tokoh-tokoh pembelajaran. Tambahan pula, kata kunci kajian ini merupakan pembolehubah-pembolehubah yang dijadikan aspek pengukuran bagi menyelesaikan permasalahan yang terjadi. Pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan juga tidak berdasarkan teori atau model pembelajaran yang sedia ada. Hal ini demikian akan menyebabkan hasil dapatan kajian yang tidak signifikan dan tidak dapat memberi kesan yang baik terhadap penyelesaian kepada permasalahan yang diketengahkan.
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran dan
kerana gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran pelajar akan lebih mudah di analisis melalui pemerhatian yang terperinci oleh penyelidik.
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah: (1) Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran secara visual merupakan gaya pembelajaran yang sering digunakan dalam kalangan responden, (2) Hasil dapatan kajian juga menunjukkan strategi pembelajaran yang paling utama digunakan oleh pelajar adalah strategi kognitif dan diikuti oleh strategi metakognitif, (3) Hasil dapatan kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran secara visual dan strategi memori atau mengingat kembali, (4) Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran secara visual dengan strategi afeksi, (5) Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perhubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik, dan (6) Hasil dapatan kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikan positif di antara penggunaan strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan responden.
i. Hasil dapatan kajian: Gaya pembelajaran secara visual merupakan gaya pembelajaran yang sering digunakan dalam kalangan responden.
ii. Hasil dapatan kajian: Strategi pembelajaran yang paling utama digunakan oleh pelajar adalah strategi kognitif dan diikuti oleh strategi metakognitif.
strategi-strategi atau prosedur dalam menggarap strategi-strategi pembelajaran yang penting ini. Hal ini demikian adalah kerana tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membantu para pelajar, tenaga pengajar dan pihak yang bertanggungjawab dalam merangka kurikulum pembelajaran dalam memahami dengan lebih terperinci tentang strategi yang sesuai dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.
iii. Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran secara visual dan strategi memori atau mengingat kembali.
iv. Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran secara visual dengan strategi afeksi.
Artikel jurnal menunjukkan bahawa penyelidik berpendapat bahawa responden yang menggunakan gaya pembelajaran secara visual berkebolehan dalam menggunakan teknik dan tingkah laku seperti meningkatkan motivasi, meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan gemuruh, meningkatkan perasaan puas hati yang berkesan terhadap pengawalan ke atas emosi dalam pembelajaran. Wooldridge (2006) seperti dalam Sarasin (2006) menggambarkan bahawa visual adalah sebagai sensitiviti, afeksi, dan emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun, jurnal tidak menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep afeksi yang sepatutnya diketengah supaya boleh memberi kefahaman kepada pihak yang terlibat dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Antara aspek-aspek afektif yang penting dalam pengawalan emosi responden adalah mengenalpasti emosi
(recognizing), memahami emosi (understanding), melabel emosi (labelling),
mengekspresi emosi (expressing) dan mengawal emosi (regulating) (Suppiah Nachiappan, 2013).
v. Hasil dapatan kajian: Terdapat perhubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Jurnal menunjukkan bahawa hasil dapatan kajian ini menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah. Walaubagaimanapun, tidak terdapat pernyataan yang dapat mengukuhkan hasil dapatan kajian ini.
vi. Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan positif di antara penggunaan strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan responden.
pelajar. Walaubagaimanapun, jurnal kurang menyatakan sokongan daripada pengkaji-pengkaji terdahulu bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian.
3.0 KESIMPULAN:
Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan dengan jelas gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh majoriti pelajar bagi meningkatkan prestasi dalam kecemerlangan akademik. Hal ini demikian dapat membantu pelajar yang lemah dalam prestasi akademik disebabkan kekurangan pemahaman dalam gaya pembelajaran tersendiri. Selain itu, jurnal juga menerangkan tentang perkaitan antara gaya pembelajaran dengan strategi pembelajaran yang mempunyai kesan terhadap prestasi akademik. Ia memberi impak yang positif terhadap pelajar yang tidak dapat mengisi jurang maklumat antara proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan sampel kerana kajian ini adalah berdasarkan pemilihan sampel secara bertujuan iaitu sampel tidak rawak. Hal ini demikian adalah kerana sampel ini hanya menumpukan kepada jantina perempuan sahaja tanpa mengambil kira jantina lelaki. Keseimbangan dalam prestasi akademik antara jantina harus diberi perhatian kerana ia memberi kesan terhadap corak hidup dan masa depan individu tersebut.
4.0 CADANGAN BACAAN LAIN:
a) Psikologi Pendidikan oleh Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008).
Buku ini merangkumi aspek psikologi pendidikan yang terbahagi kepada Perkembangan Afektif, Perkembangan Bahasa, Konsep Kendiri dan Personaliti, Perbezaan Individu dan Pendekatan Konstruktivisme. Buku ini amat bersesuaian dengan tajuk kajian dalam artikel jurnal kerana aspek tentang afeksi lebih diterangkan dengan lebih terperinci dan boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.
b) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Edisi Keduan oleh Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2012).
Keperluan Remaja, Personaliti Pelajar Remaja, Pembelajaran Melalui Kognitif, Afektif dan Psikomotor, Pembelajaran Berasaskan Minda, Kecerdasan Pelbagai dan Emosi, Gaya Pembelajaran, Perubahan Tingkah Laku, Kemahiran Pemikiran dan Dorongan Dalaman terhadap Pembelajaran Remaja. Buku ini amat bersesuaian dan sejajar dengan tujuan kajian yang mengkaji tentang gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran yang berkesan. Jurnal kajian ini mungkin lebih efektif dengan pendedahan tentang prosedur pembelajaran dan pengajaran yang diterangkan dengan jelas berserta contoh atau konsep yang mudah difahami oleh pembaca.
c) Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi oleh Suppiah Nachiappan (2013).
Buku ini menerangkan dengan lebih jelas tentang peranan proses kognisi dan afeksi dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik seterusnya dalam memberi gambaran yang sebenar tentang sesuatu proses pembelajaran menggunakan strategi-strategi tertentu. Oleh yang demikian, artikel jurnal yang dihasilkan juga dapat mengalihkan perhatian pembaca tentang kepentingan proses kognisi dan afeksi yang selama ini tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak yang terlibat selain memberi pemahaman yang jelas kerana salah interpretasi terhadap sesuatu maklumat akan memberi kesan yang tidak sfeketif terhadap output atau produk yang sepatutnya lebih berkesan.
d) Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi oleh Suppiah Nachiappan (2014).
Buku ini amat penting dalam memudahkan pelajar memahami penggunaan kaedah kognisi dalam penghasilan tulisan atau teks penulisan. Oleh yang demikian, artikel jurnal kajian ini mungkin boleh memberi cadangan yang bernas sekiranya masih terdapat jurang maklumat yang tidak dapat dikaji.
Gardner, H. (2011). Frames of mind: the theory of Multiple Intelligence. Cambridge: Basic Books.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). Meningkatkan daya fikir. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Oxford, R. (1990). Language learning strategies: what every teacher should know. Boston: Heinle and Heinle.
O’Mally, M., & Chamot, A. (1990). Learning strategies in second language acquisition. First Edition: Cambridge University Press.
Sarasin, L. (2006). Learning style perspectives: impact in the classroom. Second Edition: Atwood Publication.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakum & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Suppiah Nachiappan. (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan et al. (2012). Pembelajaran dan perkembangan pelajar edisi kedua.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan. (2013). Proses kognisi dan afeksi: kaedah pedagogi hermeneutik dan interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah Nachiappan. (2014). Gaya bahasa dan proses kognisi: kaedah pedagogi hermeneutik dan interprestasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.