• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA KEBAN GSAAN ASSIGN(1). docxv

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAHASA KEBAN GSAAN ASSIGN(1). docxv"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar abad ke-13 iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok dunia yang berhajat untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan perdagangan mestilah pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Kini, keaslian bahasa melayu kurang dititik beratkan oleh orang melayu itu sendiri terutamanya golongan anak muda. Bahasa melayu yang dikenali dengan kesopanannya telah dicemari dengan bahasa slanga yang dibawa oleh mereka. Jika dilihat iklan - iklan dan papan tanda masih ada yang bertulis dalam bahasa asing dan kini penguatkuasaan papaan tanda dan iklan untuk ditulis dalam bahasa melayu baru terlaksana setelah sekian lama bumi Malaysia ini merdeka.

Menurut Dr. Mohd. Ridhuan Tee (2010), “Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa.”

Jika sifat ini masih diteruskan tidak mustahil suatu hari nanti bahasa melayu akan luput dek zaman. Tidak terhenti disitu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa pembelajaran ilmu sains dan matematik diperingkat universiti mestilah di dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu pada zaman ini kurang memuaskan.

Dalam penulisan ini, isu bahasa melayu sebagai bahasa ilmu akan dibincangkan dan diseluruti dengan lebih mendalam.

(2)

Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.”

Sesetengah IPT tempatan telah bertindak mewajibkan urusan pengaaran dan pembelajaran dijalankan sepenuhnya dalm bahasa Inggeris. Hal ini mencabar kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Tindakan yang kurang rasional ini juga telah merosakkan agenda Malaysia untuk memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu di peringkat supranasional.

IPT yang merupakan gedung ilmu sepatutnya menjalankan usaha yang lebih intensif dalam memantapkan dan memperluaskan pengembangan bahasa Melayu. Ironinya, universiti-universiti luar negara giat memartabatkan dan memperkembangkan bahasa Melayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi Pengajian Melayu, akan tetapi IPT tempatan adalah sebaliknya.

Apabila hal ini disuarakan kepada pihak atasan, alasan yang sama diberikan iaitu masalah pengantarabangsaan. Disebabkan hadirnya pelajar anatarabangsa yang turut sama menuntut di institusi – institusi pengajian Malaysia, maka penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) diwajibkan. Jika dahulu sekiranya pedagang asing ingin berdagang di Melaka mereka seharusnya tahu menggunakan bahasa Melayu. Namun, kini sebaliknya. Disebabkan pelajar antarabangsa, kita sebagai rakyat Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpaksa menukarkan sistem P&P ke bahasa Inggeris. Tindakan ini jelas mencabar prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara melalui Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, sepatutnya bahasa Melayu diletakkan mengatasi bahasa-bahasa lain selaras dengan peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahkan menjadi bahasa yang diagungkan oleh segenap lapisan masyarakat dan institusi-institusi ilmu di Malaysia. (Ku Hasnita, Adlina Ab. Halim dan Muhd. Hafiz Sulaiman, 2013)

Persoalannya adakah bahasa Melayu tidak mampu untuk dijadikan bahasa ilmu sepertimana yang telah terlaksan di Negara Jepun ?

(3)

Memperkukuhkan Penguasaan bahasa Inggeris) patut dipuji. Namun begitu, apabila anak – anak ini memasuki dunia IPT mereka terpaksa untuk mendengar kuliah dalam bahasa Inggeris. Dasarnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahsa ilmu ini membawa banyak kebaikannya. Pertama, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu membolehkan pelajar untuk lebih mendalami pelajaran yang mereka pelajari. Hal ini kerana penggunaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan utama pelajar lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa Inggeris.

Selain itu, perkara ini juga dapat mengelakkan serta mengurangkan masalah plagiarisma yang berlaku dalam kalangan peajar. Hal ini kerana kebanyakan sumber ilmu adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, pelajar terpaksa memerah otak mereka untuk menyelesaikan tugasan mereka sekali gus menjadikan mereka pelajar yang lebih cemerlang.

“Pengamalan bahasa Melayu di IPTA menunjukkan bahasa Melayu masih dipertikaikan peranannya sebagai bahasa ilmu di peringkat IPTA Malaysia, walaupun terdapat usaha untuk membawa bahasa Melayu menjunjung bidang keilmuan di IPTA (Noraien & Noor Rohana, 2013).

Kesan daripada kurangnya pengamalan IPT dalam penggunaan bahasa Melayu Membuatkan pelajar – pelajar kurang berminat dengan bahasa Melayu. Kini, dapat kita lihat bahawa mereka sendiri kurang berkeyakinan dalam bahasa Melayu. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang datang daripada barat lebih baik. Hal ini membuatkan mereka lebih bermegah dalam menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

(4)
(5)

Terdapat ramai rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu yang berpengaruh, tidak yakin bahasa Melayu boleh digunakan sebagai bahasa ilmu tinggi, kerana percaya hanya bahasa Inggeris sahaja sebagai bahasa global.

“Ramai ahli akademik termasuk Melayu, yang yakin bahawa bahasa Inggeris sahaja yang unggul dan bersama-sama meraih kedudukan dalam arena tempatan atau arena global (Ibrahim Komoo, 2013). Justeru, jika golongan akademia dan ilmuwan negara sendiri tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu, maka akan sukarlah bahasa ini untuk dijulang sebagai bahasa ilmu tinggi.

Kajian Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Tinggi dalam Kalangan Ilmuwan Negara memaparkan bahasa Inggeris mendominasi penerbitan ilmiah bagi ketigatiga kategori yang dikaji iaitu penerbitan buku, artikel dalam jurnal dan artikel dalam prosiding.

Dapatan kajian kali ini selari dengan hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Noraien & Noor Rohana, 2013, yang mendapati bahawa “…penerbitan secara khusus dalam aspek penerbitan artikel jurnal, jurnal dan modul pengajaran masih memperlihatkan bahasa Inggeris sebagai media utama penyampaian dan penghasilan karya”.

(6)

bahasa Inggeris. Kesemua kluster yang terlibat memperlihatkan penghasilan karya penerbitan ilmiah yang tertinggi dalam bahasa Inggeris terutama bagi kategori penerbitan artikel dalam jurnal dan artikel dalam prosiding.”

Petikan berikut dipetik dari sebuah jurnal oleh Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

Kurangnya penerbitan bagi kategori buku dalam bahasa Melayu adalah akibat daripada kurang mendapat pasaran dalam kalangan masyarakat. Penulis lebih berminat unruk menerbitkan buku atau lain –lain bahan ilmiah dalam bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat selain mendapat pasaran yang lebih luas, buku mereka mendapat nilai lebih tinggi berbanding buku yang di tulis dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, di sini dapat kita simpulkan, penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek “bahasa ilmu” semakin merosot, malah bahasa penjajah pula yang diagung-agungkan.

Menurut Dr. Salleh, dominasi bahasa Inggeris dan persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu, menyebabkan bahasa ini mengalami pengurangan fungsinya dalam banyak bidang. Ini ditambah pula dengan kurangnya pembudayaan bahasa Melayu dan lunturnya rasa kecintaan terhadap bahasa kebangsaan sebagai asas jati diri menyebabkan bahasa itu terpinggir daripada arus pemodenan. ( Risdan Ahmad,2015 )

(7)

RUJUKAN

1. Rasdan Ahmad, Kiasu Terhadap bahasa Melayu, 15 Julai 2015,

http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/kiasu-terhadap-bahasa-melayu-1.110695#sthash.ehW3vH1v.dpuf

2. Dr. Mohd. Ridhuan Tee, Nasib Bahasa Melayu di Bumi Melayu, 17 Oktober 2010,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

3. Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman, Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa, 2013, UKM

(8)

NAMA : NUR LINA KHALIDA BT HARIF FADZILAH (M151116134) : NUR NAJIHAH BT RUSLAN (M151114934)

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan berdasarkan hasil analisa organoleptiknya diperoleh produk ekstrak kulit manggis bubuk yang paling baik adalah yang dibuat dengan perbandingan kulit

Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perilaku Pelajar dalam Mengakses Situs Porno: Sebuah Penelitian Perilaku Pelajar terhadap Media Massa Internet di SMA Negeri 3 Semarang..

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Diharapkan dapat memberikan informasi mengenai faktor- faktor yang dapat mempengaruhi kesuksesan untuk melakukan corporate turnaround ketika perusahaan mengalami financial

Adapun memberikan uang kepada fakir-miskin, --baik karena ada sebab atau tanpa ada sebab tertentu, seperti membantu orang fakir yang membutuhkan uang, atau misalnya

Berlandaskan penjelasan tersebut, diperolehlah judul “Pengembangan dan Implementasi VPN VTun di Jaringan Intra Pemerintah Menggunakan PNSBox Berbasiskan FreeBSD