• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN sumber

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN sumber "

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 4 SRIMDE

TAJUK:

ABU AYUB AL – ANSARI

NAMA: AMIR AHMAD ZAHIRUDDIN BIN ABDUL ZAHIR

KELAS: 4 IHSAN

(2)

PENGHARGAAN

(3)

Isi Kandungan

Bil .

Kandungan Mukasurat

1. Penghargaan 2

2. Hijrah Rasulullah s.a.w 4

3. Pengaruh Didikan Rasulullah s.a.w 5

4. Penulis Wahyu 9

5. Persiapan Perang Badar 10

6. Perang Badar 11

7. Balas Dendam 20

8. Perang Uhud 21

9. Penutup 27

(4)

Abu Ayub Al-Ansari ialah orang yang paling dipercayai oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana beliau selalu mentuntuti apa yang nabi minta. Nama sebenar Abu Ayub Ansari ialah Khalid Bin Zaid. Beliau berasal dari Yathrib yang dikenali selagi Madinah Al-Munawwarah pada ketika ini.

Ketika hijrah Rasulullah s.a.w ke kota madinah, rumah Abu Ayub Al-Ansari telah dipilih oleh unta Rasulullah sebagai tempat persinggahan baginda. Abu Ayub Al-Ansari amat gembira dengan pemilihan tersebut dan menjemput baginda kerumahnya.

Sepanjang Rasulullah s.a. Berada di rumahnya, Abu Ayub Al-Ansari amat menjaga tetamu istimewa itu.

Ketika pembinaan masjid pertama di Kota Madinah uang dilakukan secara bergotong royong, Abu Ayub Al-Ansari amat bermurah hati menyediakan makanan kepada para sahabat yang seharian berpenat lelah membanting tulang. Kemurahan hatinya itu sudah cukup dikenali oleh penduduk Madinah.

Selepas siap pembinaan masjid yang dinamakan Masjid Nabawi itu, berpindahlah Rasulullah s.a.w ke rumah baginda yang juga dibina berhampiran kawasan masjid itu.

Perpindahan Rasulullah s.a.w selepas 7 bulan menjadi tetamu Abu Ayub Al-Ansari menyedihkan Abu Ayub. Walaupun baginda berpindah ke masjid dan menjadi jirannya, namun dia berasa seperti kehilangan permata yang berharga.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Ayub menjadi sahabat akrab yang menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain. Keakraban mereka itu membuatkan Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menganggap rumah Abu Ayub sebagai rumahnya sendiri.

(5)

Abdullah bin Abbas menceritakan suatu hari Abu Bakar keluar di siang hari. Umar al-Khattab melihat Abu Bakar as-Siddiq, kemudian ia bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu keluar pada waktu panas terik begini?”

“Tidak ada alasan lain yang membuatku keluar (rumah), kecuali aku merasa sangat lapar”, jawab Abu Bakar. Umar membalas, “Aku pun demikian demi Allah tidak ada alasan lain yang membuatku keluar kecuali itu.”

Dalam pada itu, mereka bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan baginda terus bertanya tujuan mereka. Mereka menjelaskan kepada Nabi Muhammad s.a.w tujuan mereka ketika iti. Llau baginda berkata “Demi Allah nyawa saya juga berada di tangan-Nya, kelaparan juga yang membuat saya keluar dari rumah. Mari bersama saya.”

Nabi Muhammad s.a.w tahu kemana tempat yang muda mereka tuju. Baginda membawa kedua-dua sahabatnya ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Salam diberi. Ummu Ayub membuka pintu lantas menyambut tetamu –tetamu itu.

“Selamat datang wahai Rasulullah dan siapa sahaja yang bersamanya,” kata isteri Abu Ayub.

“Dimana Abu Ayub?” Nabi Muhammad s.a.w bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang memahami satu sama lain.

Abu Ayub sedang bekerja di kebun tamar berhampiran rumahya lantas bergegas pulang rumah apabila mendengar suara Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang sudah berada di dalam rumah.

“Selamat dating Rasulullah juga keoada Abu Bakar dan Umar.” Abu Ayub mengalu-alukan Nabi Muhammad s.a.w dengan ucapan penuh kemesraan dan kereleaan hati menyambut jirannya yang mulia itu.

(6)

Sebenarnya Abu Ayub selalu menyediakan sedikit makanan untuk Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya baginda tidak datang mengambilnya pada masa –masa yang ditetapkan, dia akan menghantarnya kepada keluarga baginda.

“Kamu benar, wahai Abu Ayub. Kami keluar dalam cuaca panas terik begini kerana lapar lalu kami bertiga dating kemari.” Nabi Muhammad s.a.w menerangkan tujuan kedatangan mereka bertiga.

Abu Ayub lantas ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar, yang bercampur antara tamar yang masak dan separuh masak. Kemudian dia menghidangkan kepada tetamu yang mulia itu.

“Saya tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu mengambil yang masak sahaja?” Tanya Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya baginda tidak mahu Abu Ayub mengambil semuanya termasuk yang sepruh masak.

“Makanlah kedua-dua tamar yang masak dan separuh masak. Saya akan menyembelih seekor ternakan bagi dijamu,” katanya dengan ikhlas.

“Sekiranya kamu menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu,” pesan Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Ayub akur. Dia menyembelih kambing yang muda. Separuhnya dimasak dan separuh lagi dipanggang. Makanan itu pun dihidang di hadapan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat sahabatnya.

Nabi Muhammad s.a.w mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayub, “Bawakan ini kepada Fatimah, dia sudah beberapa hari tidak merasa makanan sebegini,” Abu Ayub akur.

(7)

Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya. “Ini adalah rahmat daripada Allah yang akan ditanya ke atas kamu pada hari akhirat nanti. Sekiranya rezeki sebegini dating kepadamu, letakkan tangan kamu padanya dan bacalah bismillah dan selepas kamu habis sebutlah ‘alhamdulillah hilazi huwa ashbana wa an-‘ama alaina’. Inilah yang terbaik.”

Abu Ayub berasa terharu bercampur gembira mendengar ucapan Nabi Muhammad s.a.w itu, Sudah menjadi kebiasaan bagi Nabi Muhammad s.a.w, apabila orang berbuat baik kepadanya, baginda segera membalasnya dengan yang lebih baik. Lalu diajaknya Abu Ayub dating kerumahnya, Tetapi, Abu Ayub tidak mendengar ajakan baginda kepadanya.

Lalu Umar al-Khattab berkata, “Rasulullah menyuruhmu dating esok kerumahnya.”

“Ya, saya akan patuhi setiap perintah Rasulullah,” kata Abu Ayub.

Keesokkan harinya, Abu Ayub dating sendirian ke rumah Anbi Muhmmad s.a.w. Kedatangannya itu disambut oleh baginda dengan penuh mesra. Selesai menjamu selesai menjamu selera, Abu Ayub mahu beransur pulang.

Kemudian, nabi Muhammad s.a.w memberi Abu Ayub seorang gadi kecil bagi dijadikan pembantu rumah.

“Peliharalah anak ini dengan bauj, wahai Abu Ayub! Selam dia ditangan kami, saya lihat anak ini baik.”

Abu Ayub pulang ke rumahnya dengan membawa seorang gadis kecil, Ummu Ayub segera menyambut kepulangan suaminya itu.

“Siapa pula gadis kecil ini?” Tanya Ummu Ayub sambil mengusap rambut anak kecil itu.

(8)

Sambil mengusap anak kecil itu, Ummu Ayub berkata lembut, “Bersyukurlah dengan pemberian Rasulullah. Kita mesti menjaga anak kecil ini lebih daripada sekadar pemberian.”

“Benar katamu. Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik kepada anak ini,” kata Abu Ayub.

“Bagaimana selayaknya sikap kita kepada anak ini, supaya pesan baginda terlaksana?” Tanya Ummu Ayub.

“Demi Allah! Saya tidak melihat sikap yang lebih baik melainkan memerdekakannya,” jawab Abu Ayub.

“Sekiranya begitu, kita memerdekakan dia,” kata Ummu Ayub, bersetuju membebaskan si cilik tadi.

Begitulah mulianya hati Abu Ayub.

(9)

Pada suatu hari, Abu Ayub Al-Ansari dipanggil oleh Nabi Muhammad s.a.w supaya datang menemuinya. Dia di galaskan dengan tugas yang belum pernah dilakukannya. Baginda membaca wahyu yang diturunkan kepadanya manakala Abu Ayub diminta menulisnya.

Mulai hari itu, Abu ayub Al-Ansari menjadi penulis wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Apabila wahyu diturunkan, baginda secara runtin memanggil para penulis yang ditugaskan supaya mencatat ayat Quran.

Apabila nabi Muhammad s.a.w memanggil Abu Ayub Al-Ansari, dia membawa tinta dan alat tuli, lalu ditulis pbatu, kulit binatang, pelepah tamar dan apa sahaja yang dapat ditulis di atasnya. Abu Ayub mula mengumpul pelepah, pelepah tamar dan kulit ternakannya sebagai persediaan apabila dipanggil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dia sentiasa bersiap sedia.

“Dan sesiapa menulis ayatku, selain Quran, lalu ia hendaklah dihapuskan,” kata Nabi Muhammad s.a.w. Baginda mahu supaya Quran ditulis pada halaman kertas yang sama supaya tidak bercampur aduk serta mengelirukan.

Di Masjid Nabawi, ramai di antara sahabat yang tidak tahu menulis, tetapi mereka selalu datang dengan membawa sekeping kulit dan mneyerahkan kulit kepada sesiapa yang diminta Nabi Muhammad s.a.w. bagi menulis Quran.

(10)

Berita persiapan angkatan perang Abu Jahal dan pengikutnya di sampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Para sahabat mula merasa bimbang kerana bimbang Madinah akan diserang oleh orang Quraisy.

Umar Khattab mecadangkan mereka juga perlu bersiap sedia. Justeru itu, al-Bara’ bin Ma’rur menyatakan kesediaan orang Ansar untuk mengajar taktik perang kepada sahabat-sahabat Muhajirin.

Mulai hari itu, Abu Ayub bersama kaum lelaki Ansar mengajar orang Muhajirin teknik-teknik bertempur di medan perang. Mereka sama-sama berlatih tanpa jemu.

Sementara itu, dalam membina pasukan perang, Saad bin Abu Waqas dan Uthman bin Affan adalah antara orang berharta yang mendermakan sebahagian harta mereka bagi membeli kelengkapan perang. Semua penduduk berganding bahu menyediakan peralatan perang seperti tombak, pedang dan ada yang menggunakan pelepah tamar sebagai senjata.

Para sahabat bijak menyimpan rahsia persediaan mereka dariapda pengetahuan orang Yahudi yang berusaha mengetahui pergerakan mereka.

Semangat Abu Ayub pula berkobar-kobar. Dia berusaha mengajak kaum lelaki tidak kira tua atu muda supaya turut serta. Sikapnya itu berlainan sekali ketika berlaku pertempuran Bani Aus dengan Kazraj dahulu.

(11)

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.

Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.

(12)

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan.

Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

(13)

ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka.

Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari Madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan angkatan unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad s.a.w mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

(14)

bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu (Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumahmu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

(15)

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah s.a.w yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kucar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.

Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekalian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :

“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”

Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi s.a.w berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata “ Teruslah berdoa kerana Allah pasti memenuhi janjiNya kepadamu.”

(16)

Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri.

Maka Rasulullah mengeluarkan Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib dan ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu wahai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”

(17)

Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Anu Ayub Al-Ansari juga berperang dengan gagah berani. Tanpa disedarinya, dia bersama 10 orang sahabatnya dikelilingi ramai tentera musuh. Tidak semudah itu mereka menyerah kalah. Mereka terus bertempur.

Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka.

Sepanjang malam sehingga waktu pengebumian keesokan harinya mereka tercium bau wangi yang belum pernah dihidu. Selepas mengebumikan jenazah-jenazah tentera islam yang gugur syahid dan bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan di dalam sebuah perigi/sumur di Badar, Nabi Muhammad s.a.w bersama pasukannya bersiap bagi berangkat pulang ke Madinah.

“Bau wangi apakah yang kami hidu sejak semalam hingga pagi ini?” Tanya Abu Ayub Al-Ansari.

“Itu bau wangi pejuang yang syahid,” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

(18)

Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah.

Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lama berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham.

Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah didalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.

Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.

Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.

(19)

orang Islam kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan baginda dan agama Islam

Balas dendam

(20)

mengejek kamum Muslimin dan merendahkan kemenangan mereka dalam Perang Badar dengan mengatakan jika bertarung dengan mereka umat Islam akan lebih mudah kalah kerana mereka mahir berperang.

Tidak cukup dengan ejekan dan cabaran, orang Bani Qainuqa berani menggangu kaum wanita Islam yang pergi ke pasar sehingga terjadinya satu kejadian yang memalukan serta berlaku pergaduhan.

Ekoran dari kejadian itu, Nabi Muhammad s.a.w mengusir Bani Qainuqa dari MAdinah tanpa membawa harta selain anak sahaja kerana telah melanggar Piagam Madinah.

Di Makkah pula Abu Sufian telah merancang untuk membalas dendam dengan mengumpulkan lebih kurang 200 pengikutnya. Beliau merancang untuk memerangi orang Islam di Madinah secara sembunyi.

Abu Sufian mengutuskan satu kumpulan kecil bagi menyerang satu kawasan bernama al-A’rid. Disitu, mereka memotong pagar dan membakar kebun tamar serta membunuh dua orang penduduk yang terdiri daripada kaum Ansar.

Kejadian itu telah menaikkan kemarahan kaum Ansar. Mereka bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w mempersiapkan pasukan bagi memburu Abu Sufian dan rombongannya. Abu Ayub al-Ansari turut serta dengan menunggang untanya. Namun Abu Sufian berjaya meloloskan diri.

(21)

Kerana Abu Jahal sudah meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi Panglima Perang, yang akan memimpin tentera tiga ribu orang jumlahnya. Di antara ketua pasukan mereka yang ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang telah menyeksa Bilal, dan 'Ikrirnah anak Abu Jahal. Selain itu, ikut serta pula memimpin tentera, seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan dengan dikepalai oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk menghibur dan menguatkan semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka turut ke medan perang memukul genderang.

Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

Tentera Islam hanya berjumlah seribu orang. Semuanya berjalan kaki, hanya dua orang saja berkuda. Ramai pula di antara mereka itu orang tua dan anak anak yang di bawah umur.

(22)

Nabi. Tapi Nabi sudah tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."

Kerana penolakan ini, Abdullah bin Ubay malu, marah, lalu berusaha menakutkan kaum Muslimin, agar mereka jangan turut berperang tiga ratus orang kaum Muslimin dapat dihasut, sehingga kembali pulang ke Madinah dan mereka inilah yang dinamakan kaum Munafik. Maka tinggallah Nabi dengan tujuh ratus orang tentera saja menghadapi musuh yang jumlahnya empat kali ganda itu.

Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di bukit Uhud di waktu dinihari. Segera Nabi mengatur siasat perang. Bukit itu digunakan sebagai pelindung dari belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi oleh bukit Ainain. Lima puluh orang diserahkan Nabi menjaga celah bukit dari belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang akan terjadi.

Tiba tiba kedengaranlah sorak gemuruh musuh dari bawah lembah. Mereka sudah melihat akan tentera Islam. Segera mereka bergerak maju, menyerang dengan formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan Ikrimah bin Abu Jahal sayap kirinya.

Seorang musuh berunta maju sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada kali ketiga, maka melompatlah Zubair sebagai harimau ke punggung unta itu. Musuh tadi dibantingkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau. Abu Dujanah setelah meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah tengah musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat segera berkobar dengan dahsyat.

(23)

dengan Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan perjanjian apabila budak ini dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan.

Dengan menyeludup di balik belukar dari belakang Hamzah, dengan memgunakan tombak, Hamzah dapat ditikamnya sehingga syahid di saat itu juga.

Hamzah adalah pemegang panji panji Islam di kala syahidnya itu. Panji panji itu segera diambil oleh Mus'ab bin 'Umair. la ini pun tewas di hadapan Nabi sendiri. Ali tampil menggantikannya. Sebagai kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang memegang panji panji itu. Pergolakan hebat berkisar di sekitar panji panji musuh yang sudah rebah ke tanah. Berpuluh puluh musuh tewas di sekitar panji panji itu, bersama dengan panji panjinya. Barisan musuh mulai kucar kacir.

Melihat musuh lari tunggang langgang, tentera yang lima puluh orang yang diserahi menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak di endahkan.

Melihat tempat pertahanan yang strategik itu telah kosong tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu, segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda kenderaan Khalid sendiri. Panji panji Quraisy yang sudah jatuh itu berkibar kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya.

(24)

patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.

Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah musuh sebagai singa yang lapar layaknya. Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah namanya.

Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar bukan main terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi tergoda kerananya. Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka.

"Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai Nabi sendiri!"

(25)

Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup segar bugar, malah beliau pun sedang berjuang mati matian. Dari segala penjuru, tentera Islam menyerbu menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka lalu merebut kembali celah bukit yang strategik dikuasai musuh itu. Dengan direbutnya tempat itu, musuh dikepung ditengah tengah. Perlawanan musuh dapat dipatahkan dan akhirnya lari menyusup dilereng bukit Uhud, dimana terjadi pertempuran maju mundur beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan banyak korban, mereka lalu pulang ke Makkah kembali.

Dalam pertempuran itu, ummat Islam menderita kerugian yang lebih besar, tujuh puluh orang tewas. Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang tewas. Sungguh mahal harganya strateji yang ditetapkan Nabi kerana dengan melengahkan strateji itu dan harus membayar dengan tujuh puluh orang korban dan Nabi sendiri pun dapat luka dan hampir saja menjadi korban.

Kerugian besar itu menimbulkan keinsafan yang lebih dalam kepada tentera Islam, keinsafan bahawa perintah Nabi jangan sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan keinsafan inilah mereka meneruskan perang mereka di hari hari yang berikutnya, sehingga mendapat kemenangan yang gilang gemilang.

(26)
(27)

Penutup

Abu Ayub al-Ansari terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom

Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"

Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa "Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople.

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Abu Ayub Al Ansari adalah seorang sahabat dari kaum Ansar. Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah dahulu, di rumah Abu Ayublah Nabi tinggal. Abu Ayub turut serta dalam operasi tentera Islam untuk membebaskan Konstantinople. Ketika itu umur beliau sudah mencecah 81 tahun. Meskipun tua, tapi Abu Ayub tetap berkeras untuk berangkat kerana dia berharap untuk merebut janji Rasulullah SAW sebagaimana tersebut dalam Hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

(28)

Rom amat besar sekali dengan kelengkapan perang yang jauh lebih hebat. Tentera Islam pun berbaris untuk menghadapi mereka. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan tentera Islam telah merempuh masuk ke dalam barisan tentera Rom. Melihat tindakannya itu, tentera-tentera Islam pun berteriak kepadanya: “Maha Suci Allah! Dia mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan.”

Mendengar kata-kata mereka itu, Abu Ayub Al Ansari segera tampil lalu berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang seumpama itu. Kami lebih mengetahui mengenai ayat sesungguhnya ia telah diturunkan kepada kami golongan Ansar. Tatkala Allah menguatkan agama-Nya dan bertambah ramailah pengikutnya, kami telah berkata sesama kami secara rahsia dari pengetahuan Rasulullah SAW: “Sesungguhnya harta-harta kita telah terbiar, adalah elok kita tinggal di sana dan memperbaiki apa yang telah kehilangan dan kerugian terhadap harta-harta tersebut.”

Oleh yang demikian, Allah SWT mewahyukan ayat Al Quran untuk membidas kerungsingan kami itu.

Allah SWT berfirman: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al Baqarah: 195)

Ada pun kebinasaan itu adalah tinggal bersama kaum keluarga di mana kami telah berkeinginan untuk melakukannya, demi untuk memperbaiki harta benda kami. Maka kami telah diperintahkan untuk keluar berghuzwah (berperang). Demikianlah pendirian Abu Ayub, sebab itulah dia gigih berjuang walaupun umurnya sudah lanjut.

(29)

Setiap yang datang, akan mendoakan: “Ya Allah, afiatkan ia dan sembuhkanlah ia.”

Mendengar doa itu, Abu Ayub menoleh kepada mereka dan berkata, “Jangan doakan begitu. Tapi ucapkanlah, ya Allah, kalau ajalnya sudah dekat, ampunilah dan berilah ia rahmat. Akan tetapi sekiranya ajalnya masih belum tiba, afiatkan ia dan sembuhkanlah segera dan berilah ia ganjaran.”

Ketika sakitnya semakin memberat, Abu Ayub pun berwasiat agar jasadnya disemadikan di benteng Kota Konstantinopel. Semasa kematiannya peperangan masih bergelora. Jenazah Sahabat yang mulia itu dibawa ke benteng Konstantinopel untuk disemadikan. Ternyata beliau bukanlah orang yang dijanjikan Tuhan untuk menawan kota Konstantinople itu.

Namun begitu, pahala untuk beliau tetap diganjari Tuhan kerana cuba untuk membuktikan Hadis Nabi s.a.w. Itulah yang menjadi pemangkin untuk Abu Ayub berjihad berhabis-habisan di kota itu.

Referensi

Dokumen terkait

Diterimanya hipotesis hol dan ditolaknya hipotesis 1d, maka dapat dikatakan bahwa tidak ada pengaruh yang signifikan antara variabel kepuasan kerja (job satisfaction),

Jika hal ini terwujud akan menghasilkan suatu (pencapaian tujuan) yang maksimal. Dengan demikian dapat disumpulkan: a) manajemen merupakan bagian dari syariat Islam

Sikap, sifat, dan etika kepribadian yang harus dimiliki oleh hakim seperti telah diuraikan di atas selanjutnya diimplementasikan di persidangan pada saat hakim menjalankan

Permasalahan yang dibahas pada penelitian Nisrina Dini Izzati (2017) adalah apakah rasio keuangan yang meliputi FDR, IPR, NPF, APB, IRR,PDN FBIR, OER dan ROA berpengaruh

Adapun masalah yang sering dihadapi pemilik kendaraan diantaranya pemilik kendaraan mengalami kebingungan dalam memilih bengkel dikarenakan kurangnya informasi

Pada umumnya memasuki periode akhir masa kanak -kanak, anak berminat dalam keanggotaan kelompok, ia sangat terpukau dengan anggapan bahwa ia harus menyesuaikan

Meskipun media ini tidak memberikan pengalaman langsung kepada siswa karena tidak menggunakan alat-alat yang konkrit, namun penggunaan media virtual seperti PhET lebih

Porositas total lahan paska tambang yang di revegetasi dengan tanaman jabon paling tinggi diikuti tanah yang direvegetasi dengan rambutan, jambu dan karet.. Peningkatan