•
colloquium
Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind In Art Design &Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
proceeding book 27&28 December 2016 Universiti Teknologi MARA, Melaka, Malaysia.Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
EDITORS AND COMPILERS:
Dr. Azahar Harun Dr. Rosli Zakaria Dr. Abd Rasid
Pn. Haslinda Abd Razak
Pn. Liza Marziana Mohammad Noh En Nadzri Mohd Sharif
En. Shaleh Mohd Mujir Pn Fatrisha Mohamed Yussof Pn Anith Liyana Amin Nudin Pn lIinadia Jamil
Cik Fazlina Mohd Radzi Cik Aidah Alias Cik Nurkhazilah Idris
COVER DESIGN:
Norsharina Samsuri
PUBLISHED BY:
Faculty of Art & Design, UiTM Melaka
KM26 Jalan lendu. 78000 Alor Gajah, Melaka
Tel: +606 - 55820941 +60655821901 +6065582113 Email: ismefssr@gmail.com
Web: http://isme2016.weebly.com ISBN: 978-967-0637-26-6
•
Empowering Loesl Mind In Art DfJSlgn
& CuffulBl H.rlttJg8
2016
Allrights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored inaretrievalsystem ortransmitted In any formorby any means, electronic, mechanical, photocopying, recordingorotherwise, without permission of the copyright holder.
•
Empowering Local Mind InArtDesign & Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind
In Art Design & Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
Copyright © 2016
Faculty of Art& Design, UiTM Melaka
KM26 Jalan Lendu,
78000 Alor Gajah Melaka
1 Personification in Marketing Communication: Case Study of Malaysian Brands
Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak, Russlan Abd Rahim, Lili Eliana Mohd Radzuan, Amina Syarfina Abu Bakar
9
2 The Image of Man after September 11
Mohd. Shaharudin Sabu, Mohd. Saharuddin Supar, Hisammudin Ahmad, Shaharin Sulaiman, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Mohd. Ali Azraei Bebit, Shahrul Munir Mohd Kaulan
21
3 The Image Construction of Loro Blonyo Craft in Global Market through
Packaging Design that Reflect Local Image
Nanang Yuliantoa, Edy Tri Sulistyoa, Slamet Subiyantoroa, and Nadia Sigi Prameswaria
27
4 Game-Based Learning using Visual Spatial Approach for Children with
Autism to Improve Social Development: A Pilot Study
Ilinadia Jamil, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan, Azzureen Nor Ain Azizuddin and Zainal Kadir
32
5 Visual Iklan Berunsurkan Seksual Di Media Internet: Persepsi Golongan
Bawah Umur
Fatrisha Mohamed Yussof, Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Norsharina Samsuri,Nurkhazilah Idris, Nor Sabrena Norizan
42
6 An Iconographical Interpretation Of Street Art In Malaysia
Syafril Amir Muhammad, Nurul Huda Mohd Din, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood, Dr. Mumtaz Mokhtar
51
7 The Relationship between Place and Hallmark Event; Malaysian Cultural
Context
Musaddiq Khalil, Amer Shakir Zainol, Shaliza Dasuka, Liza Marziana, Khazilah Idris, and Fazlina Radzi
64
8 Aplikasi Teknik Tempa dan Peleburan dalam Seni Arca Besi Raja
Shah-riman Raja Aziddin
Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris,Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil Imran
74
9 Sulaman Keringkam : Motif Kemasan Sisi Beridentiti Melayu Tempatan
Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron, dan Abdul Latif Samian
85
10 Malay Aesthetic Concept through Malay Woodcarving Motifs in Visual
Artworks
N. A. Hassan, P. Amin, and S. Tohid
97
11 Illustrasi Poster Kempen Alam Sekitar dalam Simbol Kebudayaan
Muliyati Binti Mat Alim, and Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain
106
12 Penghayatan Nilai- Nilai Patriotisme Dalam Arca Awam Pelajar Uitm
Melaka Sempena Pertandingan Hiasan Patriotisme Daerah Alor Gajah
W. M. Z. Wan Yaacob, N.H. Abdulah, A. Osman, M. F. Samsudin,M. A. A. Bebit, S. M. Mohd Kaulan dan M. S. Sabu
118
13 Keunikan Ukiran Patung Kayu dalam Kehidupan Kaum Jah Hut dalam Keperluan dan Kepercayaan
Nor Edzrine Binti Abdullah Sani
124
14 Properties of Mandi Bunga (flowering bath) as Malaysian tradition
Practice
S. Roslan, R. Legino
135
15 Malaysian Batik Painting From 1950 to 2010: A Study on Style
A.E. Mohd Fauzi, N. H. Ghazali and N. H. Ahmad
145
16 Interpreting Motif and Pattern in Mohd Nor Mahmud Painting Batik:
Pakai Semutar Kain Lepas.
H. Abd Razak, R.Legino, B. Samuri
151
17 The Aesthetic of Traditional Lurik in Socio-Cultural Context
E. S.Handayani
157
18 Brand Identity on Local Malay Herbal Toiletries Packaging Design as a
Potential Tourism Product
Siti Sarah Adam Wan, Noraziah Mohd Razali, Wan Nur Khalisah Shamsudin & Ariff Ali
162
19 Budaya Melayu Sebagai Simbol dan Makna Dalam Seni Catan Moden
Malaysia
Liza Marziana Mohammad Noh, Hamdzun Haron, Abdul Latif Samian & Tengku Intan Suzila Tengku Sharif
172
20 Budaya Visual ‘Seni Kolam’ Dalam Sistem Sosial Masyarakat India
Santhi A/P Letchumanan, Lee Hoi Yeh, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Hussain
180
21 Cetusan Idea Seni Tekat Perak
Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan, Noor Hafiza Ismail & Nur Hikma Mat Yusuf
198
22 Chlorophyll Print: An Alternative Approach to Describe Photographic
Printing Process Using Nature Based For Photography Students
Dona DLowii Madon, Aidah Alias, Raziq Abdul Samat, Farihan Zahari, Shafira Shaari & Shaharin Sulaiman
207
23 Designing Jawi Typefaceto Enhance The Quality of Modern Design
Mohamed Razeef Abdul Razak, Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain, Dr. Azahar Harun, Dr. Saiful Akram Che Cob & Lili Eliana Mohd. Radzuan
218
24 Diversification of Batik Jarum Handicraft Art Product to Solidify Community Based Creative Economic Developmentin Klaten Regency
Margana
25 Empowering “Girli” Batik Craftswomen to Enhance Family Economy and Develop Tourism Village in Sragen District
Dr. Slamet Supriyadi & Prof. Dr. Sariatun
236
26 Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan
Fairus Ahmad Yusof 1, Prof. Madya. Dr. Abdul Halim Husain
244
27 Inovasi Media TMK Dalam Pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual
Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff
274
28 Interpretasi Kandungan Imej Fotografi Digital Sosio-Masyarakat
Me-layu Berdasarkan Konsep Literasi Visual
Nadzri Mohd Sharif, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin
291
29 Kartun Akhbar Sebagai Wadah Penyampaian Suara Masyarakat: Suatu Kritikan Terhadap Isu-Isu Semasa
Shaliza Dasuki, Liza Marziana Mohammad Noh, Nurkhazilah Idris, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil & Nur Hasliza Abdulah
304
30 Kartun Bertemakan Keagamaan Atas Talian: Interpretasi Dakwah dan
Sindiran
Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh & Musaddiq Muhamad Khalil
317
31 Keindahan Tengkolok Getam Pekasam Warisan Kesultanan Perak
Darul Ridzuan
Liza Marziana Mohamad Noh, Salina Abdul Manan, Azni Hanim Hamzah, Noor Hafiza Ismail & Mohd Hafiz Sabran
326
32 Menggembur ‘Memori Kolektif’: Potensi ‘Seni Partisipatori’ Sebagai
Media Konservasi Budaya
Diana Ibrahim, M. Hendra Himawandan Mohd Saharuddin Supar
333
33 Model Landskap Bandaraya Islam Di Kawasan Tropika Berdasarkan
Empat Faktor Nilai Rekabentuk
N. H Ramle & R. Abdullah
343
34 Pelaksanaan PBS Guru-Guru PSV Hilir Perak Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Estetik
Lee Hoi Yeh, Dr. Mohd Zahuri Khairani
352
35 Permata Yang Hilang: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Dan Jawi
Ainun Jariah Yaacob, Ahmad Rajaei Awang, Mohd Fadil Sulaiman, Mohd.Yazid Misdi
36 Persona Komunikasi Tipografi di dalam Artifak Kartografi
Wan Juria Emeih Wahed & RidzuanHussin
380
37 The ‘Me-Too’ Phenomenon in Packaging Design: A Case Study of
Malaysian Retail Products
Anith Liyana Amin Nudin, Mohd Amin Mohd Noh, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Izwan Abdul Ghafar, Norsharina Samsuri, Nik Narimah Nik Abdullah and Fatrisha Mohamed Yussof
392
38 Interaction Design in Collaborative Augmented Reality (AR) Story-book for Children
Lili Eliana Mohd Radzuan, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Siti NurIzaura Razis , Azahar Harunand Mohamed Razeef Abd Razak
403
39 Analisis Proses Penghasilan Lakaran Awal Dari Segi Penggunaan
Material, Idea dan Pengisian (Contents) Mengikut Bidang-Bidang yang Terdapat di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka: Kajian Kes Pameran Think Things Pada Tahun 2016
Salmah Ali, Hisammudin Ahmad, Haslinda Razak, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zain, Norsharina Samsuri , Nurkhazilah Idris dan Muhammad Fitri Samsuddin
410
40 Corporate Rebranding Design of Oil and Gas Company in Malaysia:
Case Study of SMART Petrol
Amina Syarfina Abu Bakar, Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak
423
41 Apresiasi Karya Seni Catan ‘Siri Dungun’ Dalam Pendekatan
Etnomatematik
Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim
434
42 Aturan Pertiga (Rule Of Thirds) Sebagai Elemen Baru Dalam
Pembelajaran Komposisi Bagi Menghasilkan Karya Seni Catan
Shahariah Mohamed Roshdi, Hisammudin Ahmad, Mohd Haniff b. Mohd Khalid, Dr. Abd. Rasid Ismail, Fazlina Mohd Radzi, Nur Hasliza Abdulah, Nurul Izza Ab. Aziz
449
43 Kempen Budi Bahasa Melalui Senireka Bentuk Pembungkusan
Produk SME
Farhanah Abu Sujak, Siti Raba’ah Abdul Razak, Nurul Akma Abdul Wahab, Nurin Elani Makrai
461
44 Participatory Art Project To Develop The Creative Potential Of
Students Of Senior High School In Surakarta
Adam Wahida
470
45 Pemikiran Visual Terhadap Permainan Ceper Berasaskan Sistem
Sosial Budaya
Zulpaimin bin Hamid, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Hussain
46 Pengaruh Elemen Vegetal Dalam Seni Mushaf Nusantara
Nurul Huda Mohd Din, Syafril Amir Muhammad, Prof. Dr. D’zul Haimi Md Zain, Dr. Mumtaz Mokhtar
493
47 Puppet Staging through Media Creation Workshop as the
Development of Character Building Model for the Marginal in Bengawan Solo Riverbanks
Endang Widiyastuti
509
48 Rattan Furniture Design: A Comparison Study between Malaysia and
Indonesia Design Trend
Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Dr. Ruwaidy Bin Mat Rasul, Abu Bakar Bin Abdul Aziz, Nurhikma Binti Mat Yusof, Dr Deny Willy Junaidi
520
49 Seni sebagai Praktis Sosial: Garis Teori dan Amalan Dalam Seni Rupa
Kontemporari Malaysia
Diana Ibrahim, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Yusmilayati Yunus
529
50 Struktur Reka Bentuk Mimbar Masjid Baru Terengganu
Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan & Azni Hanim Hamzah
541
51 Tapak Warisan Arkeologi Lembah Bujang: Keunikan
Arkeopelancongan Di Negeri Kedah
Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli
549
52 Study On Symbolism Of Malay Islamic Cultural Heritage In Malaysian
Visual Arts : Found In Syed Ahmad Jamal Artworks
Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Fatrisha Mohd Yussof, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Muhamad Khalil
558
53 Temporary Evacuation and Relief Centre Design Management in
Malaysia: an Overview
Dr Ruwaidy Bin Mat Rasul, Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Abu Bakar Bin Abdul Aziz
569
54 The Cotton Cloth Qur’an binding of the East Coast of the Malay
Peninsula
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
577
55 The Roles of Interactive Multimedia Learning Android-based
Application for Primary Schools Teachers
Tjahjo Prabowo, Mohamad Suhartob, Mulyanto, Nadia Sigi Prameswari
585
56 The Status Quo of Malaysian Printmaking
Siti Safura Zahari, Nur Fatiyah Roslan, Nurin Elani Makrai, Nor Arseha Karimon, Mohd Fawazie Arshad and Romli Mahmud
106 3rd ISME International Colloquium 2016
Illustrasi Poster Kempen Alam Sekitar dalam Simbol Kebudayaan
Muliyati Binti Mat Alim1,* and Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain2
1Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Tun Abdul Rahman, Kampar,
2Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak *corresponding author: muliyati@utar.edu.my
Abstrak- Illustrasi poster merupakan salah satu medium dalam
penyampaian mesej kepada masyarakat. Keberkesanan sebuah illustrasi dalam menyampaikan suatu mesej terhadap pembaca, haruslah memenuhi beberapa kriteria seperti mempunyai daya tarikan, jelas, sederhana, mudah difahami dan representatif. Kempen persekitaran pula adalah di antara langkah dalam mengajak dan mendedahkan masyarakat pentingnya menjaga alam sekitar. Illustrasi poster merupakan kepingan kertas yang ditujukan kepada masyarakat di mana ia mengandungi teks dan juga imej grafik (simbol dan gambar). Illustrasi poster haruslah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara cepat dan tepat. Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan oleh pakar komunikasi. Dalam komunikasi pengiklanan atau kempen, ia tidak hanya menggunakan bahasa penulisan sebagai alat komunikasi tetapi ia juga gambar, warna dan bunyi. Pendekatan kualitatif iaitu analisis pengkaryaan digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan dalam artikel ini. Illustrasi poster dipilih berdasarkan jenis-jenis kempen yang dijalankan. Kesemua poster tersebut diperolehi daripada Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) iaitu World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM). Analisa merangkumi aspek simbol, ikon dan tanda yang menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Ia menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Hasil daripada kajian ini dapat difahami mesej yang terkandung di dalam poster kempen ini mempunyai maksud tertentu dan melambangkan perkara yang ingin disampaikan. Walau bagaimana pun terdapat juga kekurangan berupa infomasi bertulis yang sepatutnya menjadi maklumat penting dalam poster-poster tersebut.
3rd ISME International Colloquium 2016
107
1. PENDAHULUAN
Illustrasi atau illustration yang berasal dari bahasa Latin, Illustrare yang
bermaksud menjelaskan atau menerangkan sesuatu, iaitu cerita atau artikel bersama gambar. Illustrasi harus mampu ‘bercerita’ melalui visualisasi gerak, ekspresi, latar, dan situasi, kerana hal-hal seperti ini tidak dapat disampaikan secara tepat hanya dengan melalui dialog (Adha, 2011). Justeru itu illustrasi telah banyak diguna pakai dalam rekaan grafik yang membawa kepada penghasilan media cetak seperti poster, majalah, surat khabar, papan tanda dan sebagainya.
Illustrasi Poster pula berupaya mendekatkan idea seseorang pereka grafik dengan masyarakat. Poster yang dihasilkan menjadi sebahagian daripada jalan penyelesaian masalah antara pengguna dengan produk, pelanggan dengan permasalahannya dan mesej sebagai maklumat dapat disampaikan kepada orang ramai. Golongan penerima mesej yang melihat sesuatu poster perlu bijak berfikir dan membuat keputusan menilainya sama ada membawa manfaat atau memudaratkan diri. (Mohamed Noor, 2010). Dapat dilihat bahawa kebanyakan illustrasi poster digunakan dalam pengiklanan media cetak dan juga kempen sesuatu produk ataupun isu yang berkaitan. Hal ini termasuklah kempen persekitaran yang mendedahkan dan menyampaikan mesej kebaikan dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Kempen alam sekitar adalah merupakan di antara langkah dalam mengajak dan mendedahkan masyarakat pentingnya menjaga alam persekitaran. Pelbagai kempen yang telah dilaksanakan antaranya kempen save earth, save water, recycle, save energy, go green dan banyak lagi yang ke semuanya mengarah kepada penjagaan alam sekitar.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara akan membantu menjamin sumber kehidupan iaitu air. Hutan, berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan, di mana ia akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai-sungai. Secara tidak langsung, ini menjamin bekalan air bagi kegunaan masyarakat mahupun perindustrian. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam.
Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius telah mengalihkan gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan keprihatinan alam sekitar pada aliran utama (Ottman 1992a). Di negara barat, gerakan hijau telah menjadi salah satu isu penting dalam kalangan masyarakat sejak dekad yang lalu. Pihak peniaga, kerajaan dan pengguna semakin sedar dan prihatin terhadap isu-isu
108 3rd ISME International Colloquium 2016
alam sekitar (Martinsons et al. 1996). Seharusnya Malaysia sebagai sebuah
negara membangun turut sama dalam menjayakan kempen menjaga alam sekitar. Perkembangan keprihatinan alam sekitar telah mula mengubah sikap dan tingkah laku manusia terhadap alam sekitar. Semakin ramai individu sedar bahawa pembelian dan penggunaan mereka boleh memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar.
Justeru itu, suatu perubahan dalam pola pembelian telah berlaku di mana pengguna dengan semakin banyak mengalihkan pembelian mereka kepada produk yang lestari atau mesra alam dan mengenepikan produk yang boleh
merosakkan alam sekitar (Morris et aL 1995). Trend baru ini telah dikenali
sebagai kepenggunaan hijau (green consumerism) (Ottman 1992a). Walaupun
amalan kepenggunaan hijau telah lama berkembang di negara barat, konsep ini masih lagi asing bagi kebanyakan pengguna di negara kita (fazli, & Yong 2006). Gerakan hijau di Malaysia dan negara sedang membangun yang lain sedang berkembang tetapi perkembangannya masih berada pada kadar yang lambat (Mohd Rafi etat. 2003).
Oleh itu kempen menjaga alam sekitar ini akan memberi fokus kepada keprihatinan mengenai alam dan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna dan disampaikan dalam bentuk illustrasi poster. Apakah simbol, ikon atau tanda yang menterjemahkan mesej atau bahasa yang digunakan, malah tema yang terkandung dalam illustrasi poster ini. Bagaimana nilai atau kepercayaan masyarakat dalam isu penjagaan persekitaran ini.
3rd ISME International Colloquium 2016
109
1.1 Illustrasi poster
Illustrasi poster merupakan kepingan kertas yang ditujukan kepada masyarakat di mana ia mengandungi teks dan juga imej grafik (simbol dan gambar). Kebiasaannya ia direka untuk dipamerkan dan ditampal di dinding-dinding malah kawasan yang mudah dilihat. Penting untuk sesebuah illustrasi poster itu mudah dibaca dan selalunya kumpulan sasaran adalah pejalan kaki. Illustrasi poster haruslah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara cepat dan tepat (Covert, J. 2015).
Illustrasi poster membawa beberapa jenis informasi termasuklah informasi mengenai politik dan propaganda, poster pendidikan dan juga poster pemasaran atau pengiklanan. Kesemuanya mempunyai ciri-ciri seperti menarik perhatian, memujuk masyarakat atau kumpulan sasaran untuk membaca maklumat, menyampaikan maklumat dengan jelas dan juga menggalakkan masyarakat untuk turut serta dalam sesebuah kempen dan aktiviti (Covert, J. 2015). Justeru dalam hal ini, poster pengiklanan dan pemasaran menjadi medium penting dalam kempen persekitaran untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. 1.2 Bahasa-simbol, ikon dan tanda
Dalam komunikasi pengiklanan atau kempen, ia tidak hanya menggunakan bahasa penulisan sebagai alat komunikasi tetapi ia juga gambar, warna dan bunyi. Ia disampaikan melalui dua saluran media iaitu pertama, media cetak (surat khabar, majalah, brochure dan papan iklan dan kedua ialah media elektronik (radio, television, dan filem) (Alex, 2009). Menurut perspektif ini ia dipanggil semiotik atau sistem tanda dan tertumpu kepada sistem tanda dalam iklan. Ia terdiri daripada lambang, ikon dan juga indeks (Alex, 2009).
Para pereka misalnya di Perancis seolah-olah telah menemuikan idea atau cara bagaimana visual digunakan dalam penulisan (ditulis tanpa menggunakan huruf). Di mana kita lihat peraturan sintaks visual dibuat jelas dalam pelaksanaan sistem tanda berdasarkan pada set peraturan yang mengawal penggunaan sudut; elemen linear; sebahagian dengan keseluruhan; warna, illustrasi atau fotografi. Dalam setiap kes, pereka juga telah mengalihkan perhatian kepada menjelaskan komunikasi dengan merujuk secara khusus kepada objek, orang, tempat, atau proses (Marcus, 2008).
Dalam kajian sistem bagi iklan atau pun kempen, ia juga mencakupi objek yang diiklankan dan penafsiran kumpulan sasaran. Sebagai contoh perkataan
eksekutif yang menunjukkan kelas pertengahan tetapi boleh ditafsirkan sebagai
suatu tingkat keadaan ekonomi seseorang malah ia juga boleh ditafsirkan kepada kelas gaya hidup mewah dan seterusnya.
110 3rd ISME International Colloquium 2016
2. ANALISIS PENGKARYAAN
Artikel ini akan mengenalpasti Imej, taipografi, warna, logo, slogan, simbol, ikon dan tanda yang digunakan dalam kebanyakan illustrasi poster kempen persekitran. Malah ia juga akan mengupas nilai atau kepercayaan masyarakat dalam kempen kesedaran alam sekitar ini.
Analisis pengkaryaan pada illustrasi poster dipilih berdasarkan jenis-jenis kempen yang dijalankan. Kesemua poster tersebut diperolehi daripada Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) iaitu World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM). Poster-poster digunakan bagi kempen Coral Triangle Day, Global Tiger Day: Are we on track toward doubling wild tiger numbers?, WWF-Malaysia’s ‘Love Our Rivers’ Competition dan Suitainable seefood festival.
Apabila menjalankan kajian di dalam bidang pengiklanan terutama melibatkan kempen sesuatu isu, pendekatan kualitatif memerlukan kaedah di mana pengkaji menguji teori-teori yang telah digunakan di dalam dunia sebenar. Hal ini bagi meletakkan pendapat atau persepsi pengkaji tidak bias dan dapat memahami sepenuhnya apa yang dihadapi oleh kumpulan sasaran di luar (Morrison, A.M., Haley, E., Sheehan, K.B., & Taylor, R.E. 2012). Kerangka konsep dibina dan mengasingkan kategori di dalam konsep untuk melihat, memahami dan kemudian dianalisis bagaimana mereka menterjemahkan mesej di dalam illustrasi poster kempen alam sekitar ini melalui konsep-konsep yang terkandung di dalamnya.
3. DAPATAN KAJIAN
Illustrasi 1: Coral Triangle Day
Tema
Abstrak - Alam sekitar - Persisiran pantai.
3rd ISME International Colloquium 2016
111
Imej yang digunakan dalam poster ini merupakan imej tunggal iaitu sebiji botol kosong tapi diisi dengan cebisan kertas bertarikh 9 June. Hanya menggunakan tulisan tangan pada cebisan kertas. Bertepatan dengan tema pantai, imej botol yang digunakan bersama dengan butiran pasir. Taipografi dalam poster ini pula menggunakan tulisan dalam kumpulan serif, mempunyai kesan bebayang dan berwarna biru dan jingga. Warna pada imej botol adalah warna tipikal kaca dan lutsinar. Tiada logo dan slogan dalam poster ini.
Bahasa- simbol, ikon dan tanda
Simbol yang terdapat di dalam poster ini adalah segitiga yang dibentukkan melalui cebisan kertas. Refleksi daripada simbol segitiga ini adalah berdasarkan kempen dalam poster ini di mana ia menekankan mengenai tema ‘The Coral Triangle Day’. Secara langsung simbol ini bertepatan dan berkaitan dengan mesej yang disampaikan. Mengapakah imej botol yang digunakan di dalam poster ini? Botol kosong sering dikaitkan dengan laut dan pasir di mana ia secara terbiasa dijumpai di pantai-pantai. Warna biru adalah sinonim dengan warna laut dan secara tidak langsung ia menjadi simbolik kepada lautan dan warna jingga adalah cerminan bagi warna-warna batu karang. Menurut pereka setiap imej atau tema yang digunakan adalah berdasarkan permintaan daripada penaja dan juga pelanggan. Roland Barthes, merupakan pengkaji pertama yang menyusun model “Semiotik” untuk menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Barthes menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Teori daripada Barthes telah memperhatikan peranan teks dan simbol yang berinteraksi dengan dengan pembaca yang bertindak sebagai penerima maklumat .Hasil maklumat penyelidikan ini telah menyokong teori Barthes yang menegaskan unsur dua susunan pertandaan atau dikenali sebagai (order of signification).
Illustrasi poster ini agak kekurangan maklumat seperti lokasi dan beberapa maklumat lain yang sepatutnya berada di dalam kempen ini. Walau bagaimanapun sekiranya illustrasi poster ini dijadikan lembaran iklan dalam talian ataupun laman sesawang mungkin berkesan kerana sudah pasti pautan bagi kempen iklan akan disertakan. Mesej yang terkandung di dalam poster kempen ini adalah pemberitahuan sebuah kempen yang dijalankan. Pemilihan imej-imej yang menarik tetapi mempunyai maksud yang mendalam dan melambangkan perkara yang ingin disampaikan.
112 3rd ISME International Colloquium 2016
Illustrasi 2: WWF-Malaysia’s ‘Love Our Rivers’ Competition
Tema
Bertemakan lukisan grafik- alam sekitar- sungai
Imej, taipografi, warna, logo dan slogan
Imej yang digunakan di dalam illustrasi poster kempen ini ialah imej-imej grafik yang dilukis semula dalam perisian komputer. Imej seperti ikan, burung, kepulan awan, sungai dan berlatar belakangkan dataran tebing sungai. Juga terdapat satu bentuk imej grafik berupa hati. Taipografi yang digunakan pula merupakan tulisan dalam kumpulan san serif. Ia menyatakan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam penyampaian mesej bagi kempen ini. Warna-warna segar seperti hijau, biru, dan coklat menjadi pilihan. Selain itu, dalam illustrasi poster ini juga terdapat empat logo yang merupakan penganjur kepada kempen ini. Slogan pula dinyatakan dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
Bahasa- simbol, ikon dan tanda
Simbol, ikon dan tanda dalam illustrasi poster kempen ini, menjadi ‘bahasa’ untuk berkomunikasi dengan pembaca mahupun masyarakat yang melihat poster ini. Apabila berbicara mengenai kepentingan sungai, menjaga kebersihan sungai malah dalam kempen ini juga,ia mengajak masyarakat mencintai sungai. Maka simbol seperti ikan, burung, dan dataran menghijau digunakan. Ia adalah refleksi kepada kehidupan yang dekat dan tidak terpisah dengan sumber air.
Imej berupa hati malah ianya berwarna merah, merupakan ikon yang secara universal masyarakat mengenalinya. Ia melambangkan apa? Cinta dan kasih sayang. Secara langsung atau tidak ia mengajak pembaca dan masyarakat mencintai dan menjaga sungai yang menjadi sumber kepada kehidupan. Jika diperhatikan keseluruhan illustrasi poster kempen ini ia meletakkan imej-imej yang menjadi lambang dalam kitaran kehidupan. Adanya burung kerana adanya hidupan air yakni ikan, hidupnya ikan kerana adanya sungai yang bersih.
3rd ISME International Colloquium 2016
113
Illustrasi poster ini agak menarik perhatian walaupun imej yang digunakan adalah imej-imej yang sudah terbiasa dilihat dimana-mana. Maklumat-maklumat yang sepatutnya berada di dalam kempen ini juga jelas. Illustrasi poster ini difahami sebagai sebuah poster pemberitahuan pertandingan fotografi dan lukisan. Pemilihan imej-imej yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang jelas dan mudah difahami malah melambangkan perkara yang ingin disampaikan.
Illustrasi 3: Global Tiger Day: Are we on track toward doubling wild tiger numbers?
Tema
Bertemakan hidupan liar – Harimau – Jalur harimau
Imej, taipografi, warna, logo dan slogan
Illustrasi poster dalam kempen ini meletakkan imej harimau dan ia menjadi imej dominan bersama jalur-jalur pada bulu harimau. Tajuk poster dan kandungan maklumat dinyatakan menggunakan tulisan jenis san serif. Ianya kelihatan jelas dan ringkas.
Warna asal imej harimau, kuning dan hitam serta hijau firus digunakan bagi imej panel maklumat dan pada tulisan tajuk poster. Hanya satu logo iaitu penganjur utama dalam kempen ini WWF dan mempunyai satu slogan mengenai jalur yang terdapat pada bulu harimau.
Bahasa- simbol, ikon dan tanda
Imej tunggal seekor harimau menjadi simbol dalam ‘bahasa’ yang berkomunikasi dengan pembaca atau masyarakat sebagai kumpulan sasaran dalam kempen ini. Jalur pada bulu harimau pula menjadi simbolik kepada keunikan haiwan liar ini yang sepatutnya dijaga dan dipelihara agar spesis haiwan ini tidak mengalami kepupusan. Ancaman daripada penerokaan hutan dan pemburu haram. Warna pada bulu dan kulit harimau yang menjadi teras dalam illustrasi poster ini adalah
114 3rd ISME International Colloquium 2016
jelas menerangkan keunikan yang terdapat pada kulit harimau yang memberi refleks atau kesan di dalam kempen ini. Hijau firus pada panel teks bertujuan untuk menegaskan teks.
Illustrasi poster ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan satu imej utama. Maklumat-maklumat yang berada di dalam kempen ini sangat jelas. Hari harimau sedunia, dan ditambah pula dengan sedikit teks penerangan mengenai sifat pada kulit dan bulu harimau. Mesej yang terkandung di dalam poster kempen ini dengan sangat jelas walaupun imej yang digunakan sangat terhad. Pemilihan imej yang ringkas dengan maklumat yang padat dan mempumyai kelainan dan bersifat infomatif. Maksud yang jelas dan mudah difahami malah melambangkan perkara yang ingin disampaikan. Menurut Adha 2011, Keberkesanan sebuah illustrasi dalam menyampaikan suatu mesej terhadap pembaca, haruslah memenuhi beberapa kriteria seperti berikut: mempunyai daya tarikan, jelas, sederhana, mudah difahami dan representatif iaitu mewakili isi penceritaan yang terkandung di dalam gambar.
Illustrasi 4: Sustainable Seefood Festival
Tema
Bertemakan hidupan laut
3rd ISME International Colloquium 2016
115
Illustrasi poster kempen ini meletakkan satu imej yang ringkas iaitu sebuah pinggan putih berbentuk segi empat. Kemudian terdapat juga sebatang garfu diletakkan di atas pinggan tersebut. Selain itu apa yang menariknya di dalam pinggan direka sebuah taipografi yang berbentuk ikan yang merupakan slogan kempen ini. Tajuk poster dan kandungan maklumat dinyatakan menggunakan tulisan jenis san serif dan juga serif. Ianya kelihatan jelas dan ringkas.
Warna yang digunakan adalah putih sebagai latar belakang, biru kehijauan bagi rekaan taipografi berbentuk ikan. Hitam digunakan bagi teks maklumat dan pada tulisan tajuk poster. Beberapa logo diletakkan juga iaitu penganjur utama dalam kempen ini WWF dan mempunyai satu slogan mengenai kempen tersebut.
Bahasa- simbol, ikon dan tanda
Imej sebuah pinggan dan sebatang garfu menjadi asas bagi penyampaian mesej di dalam kempen ini. Ia menjadi simbol ‘bahasa’ yang berkomunikasi dengan pembaca atau masyarakat sebagai alat yang selalu digunakan semasa makan di dalam kehidupan harian. Simbolik bagi kempen ini dimana ia menekankan untuk menjaga hidupan laut dan menyampaikan mesej supaya penangkapan ikan di laut seharusnya hanya tertumpu kepada ikan yang betul dan menjadi kebiasaan untuk dimakan. Ini adalah bertujuan spesis ikan lain dipelihara agar tidak mengalami kepupusan. Mesej di dalam illustrasi poster ini disampaikan melalui
kempen Sustainable seefood festival yang mengajak semua rakyat Malaysia
menyertainya. Menurut Mohamed Noor 2010, Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan oleh pakar komunikasi. Segala idea di dalam poster itu menidakkan yang negatif dan menyakinkan sesuatu yang positif dan bergantung kepada kehendak pengantar mesej untuk diterima oleh penerima mesej.
Illustrasi poster ini sangat ringkas dan menarik kerana hanya menggunakan satu imej utama sebagai simbol. Maklumat-maklumat yang berada di dalam kempen ini sangat jelas. Rekaan imej ikan yang dibentukkan menggunakan taipografi adalah jelas menunjukkan dan menyampaikan mesej utama walaupun imej yang digunakan sangat terhad. Warna biru kehijauan adalah warna yang dekat dan sinonim dengan laut. Putih pula adalah bersifat mengisi ruang dan mata akan tertumpu kepada imej utama dan mesej. Pemilihan imej yang ringkas dengan maklumat yang padat dan penggunaan taipogarafi yang sesuai memberi keunikan dan bersifat infomatif. Simbol yang jelas dan mudah difahami malah melambangkan perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat kerana ianya dekat dengan pengalaman kehidupan mesyarakat.
116 3rd ISME International Colloquium 2016
4. PERBINCANGAN: NILAI / KEPERCAYAAN
Aspek nilai atau kepercayaan dalam kebudayaan dapat dilihat melalui bahasa- simbol, ikon dan tanda yang digunakan di dalam poster-poster ini malah ia dekat dan sinonim dengan masyarakat.
Imej-imej seperti botol, ikan, burung, beruang panda, dan harimau adalah imej yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Mengapa imej-imej ini dipilih dalam menyampaikan mesej? Ini adalah kerana ia merupakan perkara-perkara yang dekat dengan masyarakat, memberi suatu simbolik dan melambangkan hidupan yang harus dilindungi. Ia disampaikan melalui illustrasi poster kempen kesedaran persekitaran ini sebagai sebuah tanda yang komunikasi kepada masyarakat.
Komunikasi tanda, pada dasarnya ia merupakan satu usaha manusia, menghasilkan tool asas sebagai satu sistem khas mengandungi (ikon, indexs dan simbol - analisis semiotik). Ia juga boleh dianggap sebagai alat komunikasi penting kepada tamadun manusia (Marcus, 2009). Banyak sistem tanda telah wujud. Kajian moden mendapati lebih daripada 500 tahun yang lalu sistem tanda telah wujud (Marcus, 2003, 1996, 1997). Ratusan tanda yang telah dihasilkan telah meneroka pelbagai arah, mudah kepada yang lebih kompleks, daripada mendatar kepada ruang, dari garis lurus kepada melengkung, dari gambar formal kepada fotografik dan sebagainya. Tanda-tanda ini secara tidak langsung memanggil kita, untuk berkomunikasi dengan kandungannya di sebaliknya. Masyarakat hari ini juga memahami dan berkomunikasi berdasarkan pengalaman melalui pemerhatian mahupun peribadi. Ia telah membentuk nilai kepercayaan kerana ianya berlaku berdasarkan simbol, ikon ataupun lambang yang ditunjukkan dalam kehidupan.
5. KESIMPULAN
Illustrasi poster yang baik akan membawa mesej yang jelas dan tepat kepada pembaca. Malah ia juga akan ‘memandu’ mereka untuk membaca dan mencari maklumat lanjut mengenai sesuatu yang telah dinyatakan di dalam poster tersebut. Walau bagaimana pun dalam kempen seperti ini, yang mana ia mengajak masyarakat turut serta dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan sekitarnya, belum tentu berhasil kerana ianya bergantung kepada sikap masyarakat itu sendiri.
3rd ISME International Colloquium 2016
117
RUJUKAN
[1] Abellan, M., & Mingguet, J.M. (2013). Shockvertising publicidad.
Barcelona. Instituto monsa de ediciones.
[2] Adha, S. M. (2011). Perancangan Visual Publikasi Buku “Sepeda dan
bersepeda”. seno.maulana@yahoo.com
[3] Alex, S. (2009). Semiotika komunikasi. Bandung. Pt. Remaja
rosdakarya.
[4] Fazli. M., Yong. T. (2006). Tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan
kepenggunaan hijau. Pertanika.
[5] Mahon, N. (2010). Basic advertising: ideation. Switzerland. AVA
publishing SA.
[6] Male, A. (2007). Illustration: a theoretical and contextual perspective.
New York. AVA publishing SA.
[7] Marcus, A. (2009). Pictograms/ideograms/sign for utility, usefulness and
pleasure (introduction). Barcelona. Promopress.
[8] Morrison, A.M., Haley, E., Sheehan, K.B., & Taylor, R.E. (2012). Using
qualitative research in advertising (strategies, techniques, and applications). Carlifornia. Sage publication, Inc.
[9] Noor, M. (2010). Poster dan rekabentuk grafik. Retrieved 21th July,
2010 from https://www.scribd.com/doc/34621076/POSTER-DAN-REKA-
BENTUK-GRAFIK.
[10] Resnick, E. (2003). Design for communication, conceptual graphic
design basics. New Jersey. John Wiley & Sons, Inc.
[11] Rohidi, T. R., & Abdul Halim, H. (2015). Metadologi pendidikan seni.
Malaysia, Penerbitan malim sarjana.
[12] Springer, P. (2007). Ads to icons : how advertising succeeds in a