• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cili fertigasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cili fertigasi"

Copied!
77
0
0

Teks penuh

(1)

Cili fertigasi

Apa itu Cili Fertigasi SOP ESC?

Cili Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC adalah satu kaedah dan proses

standard yang dibangunkan oleh Eastern Synergy Consultant dalam menjalankan dan mengurus

ladang cili fertigasi. Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC digunakan dalam

usaha mencapai target hasil output cili yang berkualiti dan maksimum. SOP ini juga digunakan

dalam mengurangkan risiko kegagalan projek cili-fertigasi.

Faedah Anda:

Wang segera yang sangat lumayan.

Hasil pertama dalam masa 100 hari saja.

Hobi pertanian yang sangat menguntungkan.

Paling lumayan dalam masa singkat.

Teknik pertanian paling mudah dipelajari.

Boleh dibuat ditepi rumah atau tanah terbiar.

Tak perlu pekerja dan maintainance tinggi.

Boleh tanam pelbagai jenis sayuran selain cili.

Boleh tambah pendapatan.

Pinjaman mudah diatur bagi yang layak.

Senang, Mudah, Terbukti

Siapa Patut Terlibat

Graduan Menganggur

Petani yang ingin tambah pendapatan

Pesara-pesara

Belia-belia yang berminat dalam pertanian

Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin tambah income.

Koperasi dan Pertubuhan

Sesiapa saja yang berminat.

Group yang akan berhenti kerja atau VSS dan tengah mencari peluang.

Syarikat yang memerlukan projek segera buat wang lumayan dalam pertanian.

Skim Pembiayaan Mudah

AgroBank

MARA.

(2)

TEKUN.

Koperasi

Persendirian

Apa itu projek cili fertigasi?

Projek Usahawan Tani Cili-Fertigasi diwujudkan untuk membantu melahirkan seramai mungkin usahawan tani yang berminat dalam menjalankan teknik fertigasi sebagai salah satu kaedah baru dalam pertanian. Dalam usaha itu, Eastern Synergy Consultant telah mengorak langkah mengusahakan tanah terbiar seluas 2.5 relung di Pendang dengan membangunkan kaedah teknologi tanaman cili fertigasi. Cili Fertigasi yang dipraktikkan di sini menggunakan kos paling minima dan terendah. Dengan kedatangan wilayah-wilayah koridor yang diperkenalkan oleh kerajaan, terutamanya Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara (NCER) maka projek cili fertigasi ini terus melonjak seiring dengan perkembangan semasa.

Tahukah Anda

Ramai mengatakan bahawa teknik fertigasi sangat menguntungkan. Jika anda mempunyai

5 ekar tanah yang diusahakan secara fertigasi, anda adalah bakal jutawan dalam masa

hanya 3 tahun dari sekarang.

Namun ia perlu diimplimentasikan. Barulah "angan-angan mat jenin" ini akan tercapai.

Perbezaan Pendapatan Musim dan Tahunan

Bil. Pokok

Hasil (Kg/Musim)

(RM/Musim)

Jumlah

(RM/Tahun)

Jumlah

1,000

3,000

12,000

24,000

2,000

6,000

24,000

48,000

3,000

9,000

36,000

72,000

5,000

15,000

60,000

120,000

10,000

30,000

120,000

240,000

20,000

60,000

240,000

480,000

30,000

90,000

360,000

720,000

50,000

150,000

600,000

1,200,000

100,000

300,000

1,200,000

2,400,000

# Anggaran pendapatan cili pada harga RM4.00 adalah harga terendah pada ketika ini.

# Pendapatan Anda mungkin berlainan jika Anda memasarkan sendiri terus kepada pelanggan.

1000 pokok

adalah

"Jump Start"

projek untuk anda mengukur keupayaan dan kemampuan anda

dalam mengembangkan perniagaan cili fertigasi anda.

Namun Jika Anda rasa anda sudah berkemampuan dan bersedia anda boleh mulakan pada 3000

pokok, 5000 pokok, 10,000 pokok, 30,000 pokok atau lebih dari itu.

(3)

Anda tentukan sendiri sasaran dan kemampuan anda.

Dari sudut pendapatan yang berbaloi dan komersial, setiap usahawan disaran bermula dengan

nilai minima 5000 pokok untuk keluasan 1 ekar tanah. Barulah anda akan mendapat nilai

pendapatan yang hebat.

Apa Kelebihannya?

Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Sistem

ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan

tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat

menguntungkan sesiapa saja yang terlibat. Kenapa ya? Sebab lebih 70% air dan baja dapat diberi

terus kepada akar pokok, berbanding sistem konvesional hanya 30% sahaja yang dapat diterima

oleh pokok melalui akarnya. Selebihnya diserap oleh tanah dan tumbuhan sekelilingnya.

Apa itu Cili-Fertigasi SOP?

Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC adalah satu kaedah dan proses

standard yang dibangunkan oleh Eastern Synergy Consultant dalam menjalankan dan mengurus

ladang cili fertigasi. Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) digunakan dalam usaha

mencapai target hasil output cili yang berkualiti dan maksimum. SOP ini juga digunakan dalam

mengurangkan risiko kegagalan projek cili-fertigasi.

Apa itu Jump Start Projek Cili-Fertigasi?

Jump Start Projek Cili Fertigasi adalah langkah permulaan anda untuk mendalami perusahaan

cili fertigasi. Dengan jump start 1000 pokok akan memberi anda lebih pengalaman dan menjadi

kayu pengukur kepada diri anda untuk berkembang lebih besar dalam projek pertanian ini.

Namun dengan nilai ini pendapatan anda mungkin tidak berbaloi dengan pelaburan yang anda

buat. Sebab semua orang buat projek mahukan pendapatan yang lumayan. Mengikut pengalaman

kami, projek yang memberi pendapatan berbaloi adalah dengan tanaman 5000 pokok ke atas.

Projek Cili Fertigasi VS Income Lumayan.

Cili Fertigasi boleh dikategorikan komersial dengan perusahaan melebihi 5000 pokok ke atas.

Dengan nilai sebanyak ini sebanyak 1 ekar tanah diperlukan dan menghasilkan anggaran kasar

100 kg - 150 kg dalam selang 2 hari kutipan cili. Pendapatan usahawan tani akan meraih

pendapatan antara RM40,000 hingga RM60,000 atau lebih dalam masa 6 bulan bergantung

kepada hasil dan teknik pemasaran.

Auto-hide: off

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

(4)

tanaman cili secara fertigasi.

A n d a a k a n p e l a j a r i :

1. Takrif Fertigasi

2. Alatan Asas Fertigasi

3. Pemilihan Benih Cili

4. Penyediaan Anak Benih

5. Pembajaan

6. Penjagaan Pokok

7. Memungut Hasil

8. Rumah Lindungan Hujan

E b o o k Pa nd ua n Asa s Ta na m a n C ili Se c a ra Fe rtig a si a d a l a h

percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai

memahami AsasTanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak

termasuk

Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi

.

Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara

percuma

kepada sesiapa sahaja

tanpa mengubah

isi

kandungan ebook ini. Anda

t id a k d ib e n a rka n

menjual

ebook ini secara digital mahupun fizikal.

S ila hantar feedback berkenaan ebook ini ke email

contact@mohdashraf.com

.

>> Lawati blog penulisuntuk mengetahui pelbagai teknologi

d a l a m b i d a n g a g r o d i

h t t p :/ / w w w .M o h d A sh ra f .c o m

< <

(5)
(6)

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

TA KRI F FERTI G A SI

S i s t e m p e n g a i r a n f e r t i g a s i a d a l a h p e m b e r i a n a i r d a n b a j a s e c a r a s e r e n t a k

kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi

adalah s abut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. P okok

mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali s ehari secara

berkala.

ALATAN ASAS FERTIGASI Penitis/ Dripper

Tiub Mini

Penyambung Tiub Mini Paip poli 16mm

Paip poli 25mm / 32mm Penapis

Pa m Elektrik

Pengatur Masa Elektronik Tangki

(7)
(8)

PEMILIHAN BENIH CILI

Benih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yang

berkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadi

pilihan para petani kerana buahnya agak bes ar dan pokok s ederhana

tinggi.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Biji benih diraw at s ebelum dis emai ke dalam dulang s emaian yang diis i

dengan peatmoss. Peatmossdigunakan kerana mempunyai kandungan

baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.

Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang

bias a digunakan untuk tanaman cili s ecara fertigas i adalah 16” x 16” dan

berwarna putih.

Perb a nd ing a n Cili Kula i 568 F1 Hib rid

bersama Cili Kulai biasa.

Cili Kula i

568 F1

Hib rid

(9)

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my PEMBAJAAN

Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selain

itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripada

k e ad aan p ok ok y an g m asi h ke ci l , be rb u n g a d an be rb u ah .

Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat

besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium

sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).

L a r u t a n S e t A d a n La r u t a n S e t B p e r l u d i a s i n g k a n k e d a l a m b e k a s y a n g b e r l a i n a n u n t u k m e n g e l a k b e r l a k u n y a t i n d a k b a l a s k i m i a d a n t e r j a d i n y a m e n d a k a n .

(10)

S e di ki t l aru t an Se t A d an se di k i t l aru t an S e t B d i cam p u rk an k e d al am ai r

bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja

y an g ak an di al i rk an ke d al am p ol i be g .

Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses

pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam

kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya,

hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi,

antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada

dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang

kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana

sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak

polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja

kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara

berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat

pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH)

untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama

ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada

melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang

diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan

pokok terjejas dan hasil merosot.

(11)

Alatan Fertigasi

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on July-3-2008 (0) Comments Read More

Untuk membentuk sistem fertigasi, beberapa peralatan diperlukan.

1. Penitis

2. Pam

3. Tangki

4. Penapis

5. Alat pengatur masa

6. Polipaip

Selain daripada itu, EC meter juga diperlukan untuk mengukur kandungan baja agar bersesuaian

dengan tahap tumbesaran pokok.

Media Fertigasi

(12)

Fertigasi adalah daripada keluarga hidroponik. Mengikut takrifan hidroponik, pokok diberi

nutrien dan air tanpa menggunakan tanah. Oleh itu, dalam sistem fertigasi, medium yang mudah

dicari dan murah akan digunakan di dalam sistem. Paling banyak digunakan oleh pengusaha

tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa atau sekam bakar. Selain daripada itu,

medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan

maidenwell diatomite.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan juga sekam bakar (1:1)

digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di

dalam polibeg. Tetapi penggunaan habuk sabut kelapa sahaja atau sekam bakar sahaja juga

diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada

sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan

tidak mempunyai sekam bakar.

Baja Fertigasi

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on July-1-2008 (0) Comments Read More

Dalam sistem fertigasi, larutan baja perlu diberikan kepada pokok sekerap mungkin kerana

medium yang digunakan tidak mempunyai nutrien.

(13)

Pemberian baja perlu diberikan mengikut keperluan pokok untuk mengelakkan pembaziran.

Larutan baja yang diberi hanyalah untuk kegunaan pokok dari sesi pertama pemberian baja ke

sesi ke dua pemberian baja dalam hari yang sama.

Kandungan Baja Fertigasi

1. Nitrogen

2. Fosforus

3. Kalium

4. Sulfat

5. Magnesium

6. Mangan

7. Ferum

8. Kuprum

9. Zink

10. Boron

11. Ammonium

12. Molibdenum

13. Natrium

14. Kalsium

Struktur Pelindung Tanaman

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on June-30-2008 (0) Comments Read More

Penggunaan struktur pelindung tanaman (SPT) atau dikenali juga sebagai struktur lindungan

hujan dapat memberikan hasil yang optimum kepada tanaman fertigasi yang diusahakan.

Struktur pelindung tanaman dapat melindungi tanaman daripada terkena hujan dan

mengakibatkan pokok dijangkiti kulat. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat pada

tanaman. SPT ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang optimum kerana setiap pokok

mendapat air dan baja yang mencukupi walaupon hari hujan.

Jika system fertigasi yang tidak menggunakan SPT, semasa musim hujan, air hujan akan

bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan mengakibatkan kandungan baja di dalam media

tanaman menjadi cair. Kecairan air baja ini akan mengakibatkan tanaman tidak dapat nutrient

yang mencukupi dan pengusaha juga akan mengalami kerugian kerana pembaziran baja serta

mendapat hasil yang kurang pada musim hujan.

Asasnya struktur pelindung tanaman diperbuat daripada besi dan atap polietina lut sinar. Tujuan

menggunakan atap polietine lutsinar kerana ianya tahan lama dan membenarkan cahaya

melaluinya secara terus. Dengan ini pokok dapat melakukan proses fotosintesis kerana mendapat

cahaya yang cukup.

(14)

Terdapat pelbagai bentuk SPT. Antara bentuk SPT yang terkenal adalah bentuk terowong.

Bentuk ini membolehkan atap plastic yang dipasang lebih kukuh dan menggalakkan cahaya

matahari masuk secara optimum.

Ada juga SPT yang dipasang jaring kalis serangga. Penggunaan jaring kalis serangga dapat

mengelakkan tanaman daripada serangan serangga dan tempias air hujan. Tetapi penggunaan

jaring ini akan mengakibatkan suhu di dalam SPT panas dan pengusaha terpaksa melakukan

pendebungaan berbantu pada tanaman kerana ketiadaan serangga.

Jika dilihat pada projek-projek fertigasi yang dijalankan oleh pengusaha di Malaysia,

kebanyakan mereka tidak membina SPT kerana kos pembinaan SPT yang mahal. Dengan itu

pengusaha terpaksa menggunakan racun kulat dan serangga untuk melindungi tanaman mereka

daripada serangan penyakit.

(15)

Cocopeat (Sabut Kelapa kering) Bata merupakan salah satu alternatif yang baik bagi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan cocopeat biasa yang diproses halus dan diisikan ke dalam karung guni bersaiz 50kg.

Memandangkan saiz guni cocopeat yang agak besar dan beratnya mencecah hampir 10kg setiap guni, maka ianya memerlukan lori untuk mengangkutnya dari kilang ke kebun. Kos pengangkutan juga agak tinggi sehingga bernilai ratusan ringgit.

Oleh itu penggunaan cocopeat berbentuk batu-bata adalah amat bersesuaian bukan sahaja bagi usahawan berskala besar, tetapi ianya amat memudahkan bagi mereka yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan terutamanya di halaman rumah. Ianya boleh dimuatkan terus kedalam bonet kereta dengan kapasiti sehingga maksimum 30 unit (untuk tanaman min. 180 pokok).

Ianya amat mudah dibawa kerana saiznya yang kecil iaitu 12"x12"x6" dengan berat hanyalah 5kg sahaja. Selain dari itu kita tidak perlu melakukan pencucian terhadap cocopeat ini lagi seperti kebiasaan kerana ianya air rendaman tersebut tidak menjadi kekuningan. Malahan ianya lebih halus berbanding dengan cocopeat biasa (dalam guni). Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi 23 liter air. Dalam masa kurang dari 5 minit, keseluruhan cocopeat ini akan mengembang dan sedia untuk diisikan kedalam polibag.

(16)

Ianya dapat memuatkan sekurang-kurangnya 6 polibag dengan isian sebanyak 3/4 polibag. Dapatkan sekarang di Pusat Jualan Romatech Agro dengan harga RM5.50/unit.

(17)

Posted by Romatech Agro at Tuesday, June 02, 2009 0 comments Labels: Bata, Blok, Cocopeat, Media Tanaman

F R I D A Y , N O V E M B E R 2 8 , 2 0 0 8

Fertigasi : Media Tanaman

Fertigasi adalah merupakan salah satu daripada keluarga Hidroponik iaitu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Oleh itu, medium yang mudah dicari dan murah hendaklah digunakan di dalam sistem Fertigasi. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa (CocoPeat) atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite. CocoPeat (Serabut Kelapa)

CocoPeat berasal daripada sabut kelapa yang diproses (kisar) secara halus dengan menggunakan mesin pengisar khas. Diantara kelebihan penggunaan CocoPeat adalah

:-• Akar tanaman lebih banyak & halus berbandingkan akar yang menggunakan media tanah kerana cocopeat adalah lebih gembur dan memudah tumbesaran akar.

• Daya penyerapan yang tinggi akan menyebabkan pemberian air-baja amat efektif dan tidak terbuang.

• Kadar garam yang rendah

• Bebas atau hampir tiada langsung pembiakan bakteria dan serangga perosak berbanding media tanah.

(18)

• Lebih ringan dan mudah dikendalikan.

• Harga yang rendah kerana ia merupakan bahan buangan.

Walaubagaimanapun, akibat daripada daya serapan air yang tinggi akan menyebabkannya terdedah kepada risiko rosak dengan cepat sehingga menjejaskan akar tanaman

terutamanya di kawasan yang menerima kadar hujan yang tinggi. Oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya dibina Rumah Perlindungan Hujan (RPH) bagi melindungi tanaman dan CocoPeat daripada rosak.

Sekam Padi

Sekam padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu “memegang” tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.

Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya akan vitamin B. Keunggulan terakhir ini umumnya tidak dimiliki oleh komponen media tanam lain. Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan tidak mudah menggumpal atau memadat sehinggakan akar tanaman dapat tumbuh dengan sempurna. Namun, sekam padi mentah cenderung miskin akan unsur hara.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti CocoPeat dan Sekam Bakar (3:1) digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di dalam polibag. Tetapi penggunaan CocoPeat atau Sekam Bakar sahaja juga diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai sekam bakar.

Kedua-dua media ini hendaklah digaulkan secara samarata sebelum dimasukkan kedalam polibag. Proses penyediaan media tanaman ini adalah seperti berikut

(19)

:-Menyediakan Media Tanaman

Pada masa sekarang (2008), harga CocoPeat dan Sekam Bakar di negara kita adalah murah dan mudah didapati iaitu diantara RM4.50~RM5.00 bagi setiap guni bersaiz 2'x3' (guni 50kg).

Posted by Romatech Agro at Friday, November 28, 2008 0 comments Labels: Info, Media Tanaman

T U E S D A Y , N O V E M B E R 2 5 , 2 0 0 8

(20)

Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 22 November 2008 - Minggu ini saya dan adik dengan dibantu oleh isteri menyediakan media tanaman yang sebelum ini hanya berjaya menyediakan sebanyak 9 polibag memandangkan kesukaran untuk mendapatkannya di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah, jika tidak aral melintang, saya akan menjadi seorang pembekal peralatan Fertigasi di Alor Gajah, Melaka menjelang Januari 2009 nanti. Setidak-tidaknya ianya akan dapat membantu dan menarik lebih ramai usahawan berkecimpung di dalam bidang Fertigasi ini.

Penyediaan media tanaman yang kami lakukan pada minggu ini berjalan dengan lancar. Kami menggunakan kain canvas besar terpakai (penutup badan lori) sebagai alas untuk mengelakkan media tanaman daripada bercampur dengan tanah. Kami menggunakan kaedah campuran cocopeat dan sekam bakar pada nisbah 3:1 untuk mendapatkan media yang ideal.

(21)

Kedua-dua campuran ini digaulkan secara sama rata sehingga sebati. Kemudian kami memasukkan media tanaman ini ke dalam polybag. Selesai kesemua 100 polybag (sebelum ini rancangan hanya 78 polybag sahaja) kami terus menyusunnya ke atas batu-bata. Kami telah membuat keputusan untuk menggenapkan jumlah tanaman cili kepada 100 pokok untuk memudahkan pengiraan terutamanya baja air dan penyelenggaraan nanti.

(22)

Kemudian, dengan masa yang masih ada, kami membuat kemasan dengan meletakkan batu sesaran (hancur) di hujung Silver Shine untuk memastikan apabila hujan lebat, ianya tidak mengotorkan Silver Shine tersebut.

Kemasan

InsyaAllah, pada sabtu ini 29 Nov 2008 ini, akan selesailah kesemua kerja-kerja penyediaan tapak (baki 22 polybag), media tanaman, sistem siraman dan pagar disekeliling tapak Fertigasi ini.

(23)

Kaedah Pemasangan Sistem Fertigasi

Romatech Agro, Puchong Selangor, Ahad 1 Mac 2009, Saya memenuhi hajat Sdr Saiful dan Sdr Fazrul dari Taman Seri Sentosa, Petaling Jaya, Selangor untuk mempelajari kaedah pemasangan sistem paip dan siraman fertigasi untuk tanaman cili. Secara kebetulan, Kebun Mini Puchong yang telah sedia mempunyai 20 pokok cili yang sedang matang ini sedang dalam proses menambah sebanyak 2 barisan pokok cili.

Apa yang ingin saya ketengahkan untuk 2 barisan cili Kulai F1 568 ini adalah konsep penanaman sebenar di kebun yang lebih besar yang mana jarak diantara setiap polibag adalah amat penting bagi memastikan pokok cili dapat kelegaan yang selesa dan memudahkan kita untuk kerja-kerja penyelengaraan seperti meracun dan memungut hasil. Antara pelajaran yang mereka pelajari adalah penyediaan tapak, pemasangan silver-shine, dan melekatkan pin silver-shine, menyusun batu-bata pasir, memasang paip dalaman dan set siraman, memasang buluh dan tiang sokongan dan membuat bancuhan air baja.

Mudahan mereka berdua memperolehi apa yang mereka perlukan untuk memulakan projek tanaman cili fertigasi permulaan sebanyak 2,000 pokok cili di Muar Johor.

Untuk rujukan usahawan, lakaran lengkapan sistem fertigasi untuk 100 pokok cili boleh dimuat-turun disini.

(24)
(25)
(26)

Posted by Romatech Agro at Sunday, March 01, 2009 0 comments

Labels: Kebun Puchong, Muat-Turun, Projek-100 Pokok, Sistem Siraman, Usahawantani F R I D A Y , J A N U A R Y 1 6 , 2 0 0 9

(27)

Fertigasi : Sistem Tangki Air Baja

Memasang peralatan paip fertigasi adalah amat mudah. Ianya adalah seperti memasang paip air di rumah kita sendiri. Ianya sama seperti pengagihan saluran paip air ke bilik air, tandas, dapur memasak dan sebagainya. Namun begitu kawalan air di rumah adalah dengan menggunakan "kepala paip". Kita akan membuka atau menutup pada bila-bila masa yang kita perlukan.

Manakala pengaliran air di dalam Sistem Fertigasi adalah secara automatik dengan menggunakan pam air dan timer sebagai alat untuk menyalurkan air kepada tanaman di dalam polibag.

Kebanyakan daripada kita mengabaikan sistem pemasangan paip air saliran terutamanya di bahagian tangki air baja. Kesannya, walaupun timer dan pam air telah "OFF", air masih lagi menitis melalui dripper ke dalam polibag sehingga membasahi silver shine. Jika ianya berterusan akan menyebabkan tangki air akan menjadi kering dan kita terpaksa membancuh semula air baja.

Ini adalah disebabkan oleh faktor fizik yang mana air akan berterusan mengalir kerana di dalam paip 16mm tersebut yang terdapatnya daya tarikan terhadap aliran air yang lebih dikenali sebagai proses siphon/syphon. Oleh yang demikian bagi memutuskan daya tarikan ini, maka udara adalah perlu dibekalkan ke dalam paip air ini melalui paip "return". OT Valve (atau Ball Valve) digunakan sebagai alat kawalan kuantiti air yang hendak dialirkan ke dalam polibag.

Dengan pemasangan sistem pemutus aliran air ini, secara tidak langsung ianya memberi faedah kepada kita yang mana kita tidak perlu menggunakan "alat pengacau" semasa kerja-kerja membancuh air baja. Cukup sekadar dengan "menutup" OT Valve di bahagian

(28)

"output" paip 16mm ke polibag. Kemudian, "ON"kan pam air selama beberpa minit dan air di dalam tangki akan berpusing kembali kedalam tangki menjadikan bancuhan kita lebih mudah dan tidak memenatkan.

Bagi yang menanam cili secara fertigasi berskala kecil yang kurang dari 100 pokok dan menggunakan pam air akuarium, rekabentuk di atas adalah diantara sistem yang boleh di praktiskan dan menjimatkan kerana ianya menggunakan paip 16mm sama seperti "paip dalaman" yang menyalurkan air kepada polibag. Cara inilah yang saya gunakan di Kebun Puchong dan hasilnya adalah amat baik sekali.

(29)
(30)

Alat Penyukat pH dan EC Meter

Apa itu pH dan EC Meter?

pH meter merupakan satu peralatan elektonik yang digunakan untuk menyukat ukuran atau nilai pH (asid-neutral-alkali) sesuatu jenis cecair. Pengukurannya adalah berdasarkan

(31)

kepada cas elektrik yang terhasil kesan daripada tindakbalas terhadap aktiviti (pergerakan) ion-ion Hidrogen disekeliling 2 jenis elektrod (bulb glass) yang terdapat pada hujung pH Meter dengan tersebut yang menjana cas elektrik. Pergerakan (potential difference) ini kemudiannya akan menghasilkan voltan yang kecil (0.06 volt/pH) dan diterjemahkan ke dalam unit pH. ...baca lagi

EC Meter (Electrical Conductivity Meter) pula adalah satu peralatan elektonik yang digunakan untuk mengukur “kealiran elektrik” bagi sesuatu larutan (solution). Ianya amat meluas digunakan di dalam sektor pertanian, hidroponik dan sistem air-tawar untuk menentukan kuantiti/nilaian kandungan nutrien, garam atau tahap kekotoran (impurities) air/larutan yang digunakan.

Mengapa perlu menggunakan pH dan EC Meter?

pH Meter

Meter pH mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan kepada skala angka 0 hingga angka 14.

Skala ini bukanlah skala yang liner tetapi merupaka skala yang eksponen (menerangkan sesuatu angka sahaja). Ini bermaksud, perbezaan diantara pH6 dan pH7 adalah sangat besar di dalam julatnya.

Apabila nilai pH adalah terlalu tinggi atau rendah, maka akar tidak akan berupaya untuk menyerap nutrien yang diberikan (melalui air baja) dengan baik. Ini

(32)

akan menyebabkan pokok/tanaman tidak mendapat nutrien yang diperlukan sehingga berlakunya masalah “overfertilization”.

Dengan itu, maka tumbesaran pokok menjadi perlahan, penghasilan menjadi lebih rendah dan berkemungkinan pokok akan layu dan seterusnya mati.

Salah satu kaedah penyelesaiannya ialah dengan pemberian lebih nutrien, tetapi ianya akan menyebabkan peningkatan kos dan pengoperasian di ladang.

Sekiranya skala pH adalah betul, maka kekurangan (nutrien) akan dapat diatasi. Pokok/tanaman akan mampu (berupaya) untuk menyerap nutrien dengan lebih baik sepertimana yang diperlukan.

Dengan lain perkataan, dengan nilai pH yang salah, hampir sebahagian nutrien yang diperlukan oleh pokok akan menyebabkan berlakunya overfertilization. Tetapi sekiranya nilai pH air adalah betul, maka keseluruhan pemberian sukatan baja akan menjadikan pokok lebih sihat dan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sumber Air Yang Baik : pH6 ~ pH7.5 Baja AB Yang Baik : pH5.8 ~ pH6.3 Media/Tanah Yang Baik : pH5.5 ~ pH7.5

EC Meter

EC Meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal larutan air baja. Air bersih (air paip) mempunyai nilai EC yang rendah. Apabila kita menambah kuantiti larutan baja (pati baja) diikuti dengan penyelarasan nilai PH, maka nilai EC akan bertambah.

Kita juga boleh menyukat nilai nutrien yang hendak diberikan kepada pokok/tanaman tanpa bimbang menyebabkan berlakunya overfertilization.

(33)

Adalah amat sukar untuk memastikan nilaian nutrien yang tepat untuk sesuatu jenis tanaman. Adakalanya, kita tidak pasti berapakah jumlah air di dalam tangki atau kita tidak mempunyai apa-apa kaedah untuk menyukat kandungan nutrien dengan tepat.

Walau kesemuanya ini tidak mendatangkan masalah, ada juga kemungkinan bahawa sukatan nutrien yang tertera di atas label baja adalah terlalu rendah untuk tanaman dan menyebabkannya tidak mendapat sukatan nutrien yang diperlukan. Menggunakan EC Meter bersama dengan pH meter, akan lebih memudahkan kita akan untuk memastikan pemberian sukatan air dan baja yang lebih tepat tanpa perlu bimbang terhadap faktor overfertilization.

Tips

Nilai pH boleh diturunkan dengan menggunakan cuka (vinegar), atau pada masa sekarang ianya lebih mudah lagi iaitu menggunakan elemen pH-Down dan boleh didapati dikebanyakan kedai pertanian. Terdapat juga pH-Up untuk menaikkan nilai pH.

Proses menyelaraskan nilai pH kadang kala agak sukar. Ini adalah kerana skalanya adalah eksponen. Secara praktikalnya, semasa proses merendahkan atau meninggikan nilai pH, kita perlulah menambah penyelaras tersebut dengan kadar yang sedikit demi sedikit.

Lakukan penyelarasan (calibrate) terhadap EC dan pH meter pada setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan alat pengukur tersebut adalah di dalam keadaan baik pada sepanjang masa.

Sebaiknya, jangan menggunakan EC meter tanpa menyukat dan menyelaraskan nilai pH bagi air yang hendak digunakan. Sekiranya kita menggunakan EC meter sahaja, maka kita sebenarnya membunuh pokok/tanaman kerana proses overfertilization tetap akan berlaku. Sebenarnya kita boleh menggunakan pH meter tanpa menggunakan bersama EC meter jika sekiranya kita memberikan sukatan baja yang betul sepertimana yang disyorkan oleh pihak pengeluar.

Posted by Romatech Agro at Friday, March 27, 2009 0 comments Labels: Alat Penyukat, EC Meter, Peralatan, pH Meter

(34)

F R I D A Y , D E C E M B E R 1 9 , 2 0 0 8

Romatech Agro : Pengedar Peralatan Fertigasi

Puchong Selangor, Jumaat 19 Disember 2008 - Pada hari ini secara rasminya Romatech Agro melangkah setapak ke hadapan dengan menjadi salah satu Pengedar Peralatan Pertanian Fertigasi.

Romatech Agro berhasrat untuk membantu dan memudahkan usahawan pertanian terutamanya Pertanian Fertigasi untuk mendapatkan bekalan peralatan pertanian yang diperlukan.

Diantara peralatan fertigasi yang boleh didapati biji benih cili kulai F1 568, tray semaian, polibag, cocopeat, sekam bakar, peat-moss, kemudahan peralatan siraman seperti paip, dripper, nipple, paip, silver-shine, timer, baja AB dan lain-lain lagi.

InsyaAllah, harga yang kami tawarkan adalah lebih kompetitif. Usahawan semua boleh mendapatkannya di alamat seperti berikut

:-Pusat Jualan :

Lot 4663, Kampung Baru, Batu 14, Jalan Puchong,

47100 Puchong

SELANGOR DARUL EHSAN. Kamarol-Prof : 019-226 2125 Sal : 019-237 5358 Cawangan : MC 117, Kampung Permai, Machap Umboo, 78000 Alor Gajah,

(35)

MELAKA.

Hj. Ismail : 019-396 2855

PUSAT JUALAN : PUCHONG SELANGOR

View Larger Map

CAWANGAN JUALAN : KG. PERMAI, ALOR GAJAH, MELAKA.

Posted by Romatech Agro at Friday, December 19, 2008 1 comments Labels: Kedai Fertigasi, Pengedar, Peralatan

T H U R S D A Y , D E C E M B E R 1 8 , 2 0 0 8

EC-CF-TDS : Meter Penyukat 3 Dalam 1

(36)

ALAT PENYUKAT MUDAH-ALIH 3 DALAM 1

Setiap usahawan pertanian terutamanya usahawan pertanian fertigasi perlu memiliki alat penyukat ini yang amat berrguna untuk tujuan menyukat kandungan baja air yang digunakan bagi membolehkan setiap tanaman mereka memperolehi nutrien (baja) yang mencukupi. Ini adalah kerana setiap jenis tanaman memerlukan sukatan EC (Electric Conductivity) yang berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut. Sebagai contohnya, tanaman cili pada peringkat umur 1 minggu hingga 4 minggu memerlukan sukatan baja air sebanyak 1.4 EC ~ 1.6 EC manakala selepas 4 minggu keperluannya akan bertambah iaitu diantara 2.0 EC hingga 2.6 EC. Oleh yang demikian, alat penyukat seperti ini adalah amat penting bagi memastikan kandungan EC adalah menepati keperluan tanaman cili tersebut.

Cara penggunaannya adalah mudah iaitu dengan mengambil sedikit baja air dan dimasukkan kedalam satu bekas (boleh gunakan penutup alat ini) dan kemudian hujung alat ini direndamkan ke dalam larutan baja air. Bacaan EC diperolehi dengan menekan butang "MODE" sehingga kelihatan paparan "EC".

(37)

sebanyak RM165.00 bagi setiap unit. Potongan harga diberikan kepada pembelian melebihi 1 unit. Hubungi kami untuk mendapatkannya sekarang.

Specifications: * EC measurement range: 0.00 ~ 19.99 EC * CF measurement range: 0.0 ~199CF * TDS measurement range: 10 ~ 19990ppm * EC resolution: 0.01EC * CF resolution: 0.1CF * TDS resolution: 10ppm * Accuracy: ±2% F.S * Operating temperature: 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF)

* Automatic temperature compensation (ATC): 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF) * Calibration: manual – screwdriver included

* Dimensions: 18cm x 3.5 cm x 10.5cm * Weight: 86g (inc batteries)

* Powered by: X4 1.5V (AG13) batteries (included) * Tough plastic body

* Instructions, diagrams (including for calibration) and battery included * Brand new and factory boxed in tough, padded storage case

Produk : EC-CF-TDS Meter Jenama : Kelilong

Harga :disini

(38)

BAJA GUNUNG BERAPI atau nama saintifiknya ZEOLITE CLINOPTILOLITE adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

ZEO G5 FERTILIZER dihasilkan melalui proses pengasingan mineral yang dilombong di kawasan pergunungan berapi Indonesia. Baja ini adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

(39)

Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai Agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).

Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.

Kelebihan dan Kebaikan Menggunakan Baja Gunung Berapi

1. Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin

2. kesuburan tanah.

3. Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi (147 m.e.q) membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.

4. Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.

5. Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.

(40)

7. Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman. 8. Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.

9. Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll). 10. Meningkatkan penyerapan air.

11. Mengendalikan racun dari unsur aluminium. Kesesuaian Baja Gunung Berapi Zeo G5 :-

• Semua jenis tanaman dan sayur-sayuran,

• Semua jenis medium, tanah mahupun sabut kelapa atau sekam padi.

• Penternakan

• Akuakultur (menaikkan nilai pH air dari masam (asid) kepada neutral (6-7pH) serta dapat menjernihkan air

Panduan Penggunaan :-

• Sayur-sayuran : 30~50gram/pokok

• Sawit : 2-5kg/pokok

• Getah : 1kg/pokok

• Padi : 70~100kg/ekar Maklumat lanjut Klik disini.

Dapatkan segera di Pusat Jualan Romatech Agro pada harga :-1kg = RM3.00

2kg = RM5.00 20kg = RM36.00

Posted by Romatech Agro at Wednesday, October 28, 2009 0 comments Labels: Baja, Baja Gunung Berapi, Baja Organik, Zeo G5, Zeolite

M O N D A Y , O C T O B E R 5 , 2 0 0 9

Senarai Harga : Baja dan Nutrien Tambahan

Senarai Harga Baja dan Nutrien Tambahan

(41)

Hero-Gibb 5%

250ml : RM65.00 (Ahli TEFRA:RM60.00 ) Keterangan :

Hormon ... info selanjutnya disini.

Smartgrow (Organik)

1.0L : RM30.00 (Ahli TEFRA : RM27.00 ) Keterangan :

(42)

Baja Gunung Berapi Zeo G5

2kg : RM5.00 (Ahli TEFRA : RM4.80 ) 20kg : RM36.00 (Ahli TEFRA : RM34.00 ) Keterangan :

Organik ... info selanjutnya disini.

Penggalak Bunga/Buah (RA-PB1) 1kg : RM4.00

Ahli TEFRA : RM3.80 Penerangan :

Dirumus khas daripada molasses, EM dan bahan-bahan organik (hampas tebu) khusus untuk mengatasi masalah tanaman yang kurang mengeluarkan hasil. Kesannya boleh dilihat dalam 2-3 hari (atau selewat-lewatnya 7 hari)

(43)

Pelekat Bunga/Buah (CY-787) 1 Liter : RM70.00

Ahli TEFRA : RM63.00 Penerangan :

Mengurangkan masalah bunga dan buah gugur sebelum tuaian. Terbukti berkesan... info selanjutnya disini

Pelekat Bunga/Buah (CY-787) 1 paket/30ml : RM3.00

Ahli TEFRA : RM2.80 Penerangan :

Mengurangkan masalah bunga dan buah gugur sebelum tuaian. Terbukti berkesan... info selanjutnya disini

(44)

Labels: Baja, Baja Gunung Berapi, Baja Organik, CY-787, Nutrien, Pelekat Buah, Pelekat Bunga, Penggalak Buah, Penggalak Bunga, Senarai Harga, Smartgrow

T U E S D A Y , F E B R U A R Y 1 7 , 2 0 0 9

Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi

Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air) 2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.

3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B. 4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.

Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok) 1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C

2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.

3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.

4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.

Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja) anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik

(45)

sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok. Kaedah penyediaan larutan air baja fertigasi boleh dimuaturun di sini :

Mudahan ianya adalah berguna kepada usahawan yang baru menceburi pertanian fertigasi ini. InsyaAlllah.

Set Serbuk Baja AB

(46)

Menyediakan Air Baja (Siraman)

Posted by Romatech Agro at Tuesday, February 17, 2009 0 comments Labels: Air Baja, Baja, Jadual, Muat-Turun, Panduan

T U E S D A Y , D E C E M B E R 9 , 2 0 0 8

(47)

Kebun Permai, Ahad 7 Disember 2008 - Seperti yang dirancangkan sebelum ini, saya meneruskan Projek Mini 100 Pokok Cili Fertigasi di Kebun Permai, Alor Gajah, Melaka bersama-sama dengan 2 orang adik saya Mohd Nor dan Mohd Naser sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha. Walaupun saya baru 1 hari keluar dari wad (kerana denggi), namun kerana semangat dan perancangan yang telah diatur, kami teruskan juga program membuat bancuhan baja air dan memindahkan anak pokok cili dari tray semaian ke dalam polibag.

Jam 10 pagi kami mulakan dengan membuat bancuhan baja air ( Bahan A dan B) sebanyak 100 liter. 2 buah tong berkapasiti 120 liter setiap satu digunakan sebagai bekas menyimpan baja air bahan A dan bahan B (pekat). Selepas itu, sebuah tangki air berkapasiti 100 gelen (378 liter) dipenuhkan dengan muatan sebanyak 350 liter air pili dan dicampurkan dengan 3.5 liter bahan A dan 3.5 liter bahan B (pekat) untuk mendapatkan sukatan bagi baja air yang ideal untuk anak pokok cili yang berusia 1 bulan. Bacaan baja air kemudiannya disukat dengan menggunakan EC Meter sehingga mendapat bacaan 1.5 EC.

(48)

Bancuhan Baja Air

Selesai membuat bancuhan, ujian siraman dilakukan dengan menyukat jumlah siraman berdasarkan kepada keupayaan motor (pam akuarium). 2 botol air mineral (500ml) digunakan untuk menyukat pada kedudukan permulaan dripper (polibag pertama) dan penghujung dripper (polibag ke-100). Keputusan yang diperolehi ialah 100ml = 4 minit. Kami menetapkan jumlah siraman sehari/pokok ialah sebanyak 500ml. Sebuah Alat Penetap Waktu (Timer) digunakan dan jadual siraman untuk Kebun Permai adalah seperti berikut

:-• Siraman Pertama : 8:30 pagi ~8:34 pagi • Siraman Ke-2 : 10:30 pagi ~ 10:34 pagi • Siraman Ke-3 : 1:00 ptg ~ 1:04 petang • Siraman Ke-4 : 3:00 ptg ~ 3:04 ptg

• Siraman Ke-5 : 5:00 ptg ~ 5:04 ptg Oleh yang demikian,

Penggunaan baja air sehari = 50 liter. Penggunaan baja air sebulan = 1,500 liter

(49)

Sukatan Siraman

Kemudiannya, kami terus memindahkan anak pokok cili (Kulai 568) ke dalam polibag. Kerja-kerja pemindahan sebanyak 100 anak pokok cili ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dengan dibantu oleh adik saya Mohd Naser dan Mohd Nor.

Alhamdulillah, menjelang tengahari, kesemua kerja-kerja telah selesai dilakukan. Maka bermulalah episod baru bagi 100 anak pokok cili Kulai ini di dalam polibag yang lebih selesa berbanding dengan tray semaian yang kecil sebelum ini.

(50)
(51)

Cocopeat (Sabut Kelapa kering) Bata merupakan salah satu alternatif yang baik bagi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan cocopeat biasa yang diproses halus dan diisikan ke dalam karung guni bersaiz 50kg.

Memandangkan saiz guni cocopeat yang agak besar dan beratnya mencecah hampir 10kg setiap guni, maka ianya memerlukan lori untuk mengangkutnya dari kilang ke kebun. Kos pengangkutan juga agak tinggi sehingga bernilai ratusan ringgit.

Oleh itu penggunaan cocopeat berbentuk batu-bata adalah amat bersesuaian bukan sahaja bagi usahawan berskala besar, tetapi ianya amat memudahkan bagi mereka yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan terutamanya di halaman rumah. Ianya boleh dimuatkan terus kedalam bonet kereta dengan kapasiti sehingga maksimum 30 unit (untuk tanaman min. 180 pokok).

Ianya amat mudah dibawa kerana saiznya yang kecil iaitu 12"x12"x6" dengan berat hanyalah 5kg sahaja. Selain dari itu kita tidak perlu melakukan pencucian terhadap cocopeat ini lagi seperti kebiasaan kerana ianya air rendaman tersebut tidak menjadi kekuningan. Malahan ianya lebih halus berbanding dengan cocopeat biasa (dalam guni). Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi 23 liter air. Dalam masa kurang dari 5 minit, keseluruhan cocopeat ini akan mengembang dan sedia untuk diisikan kedalam polibag.

(52)

Ianya dapat memuatkan sekurang-kurangnya 6 polibag dengan isian sebanyak 3/4 polibag. Dapatkan sekarang di Pusat Jualan Romatech Agro dengan harga RM5.50/unit.

Proses Menyediakan Medium Cocopeat-Bata

(53)

Fertigasi adalah merupakan salah satu daripada keluarga Hidroponik iaitu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Oleh itu, medium yang mudah dicari dan murah hendaklah digunakan di dalam sistem Fertigasi. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa (CocoPeat) atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite. CocoPeat (Serabut Kelapa)

CocoPeat berasal daripada sabut kelapa yang diproses (kisar) secara halus dengan menggunakan mesin pengisar khas. Diantara kelebihan penggunaan CocoPeat adalah

:-• Akar tanaman lebih banyak & halus berbandingkan akar yang menggunakan media tanah kerana cocopeat adalah lebih gembur dan memudah tumbesaran akar.

• Daya penyerapan yang tinggi akan menyebabkan pemberian air-baja amat efektif dan tidak terbuang.

• Kadar garam yang rendah

• Bebas atau hampir tiada langsung pembiakan bakteria dan serangga perosak berbanding media tanah.

• Lebih ringan dan mudah dikendalikan.

• Harga yang rendah kerana ia merupakan bahan buangan.

Walaubagaimanapun, akibat daripada daya serapan air yang tinggi akan menyebabkannya terdedah kepada risiko rosak dengan cepat sehingga menjejaskan akar tanaman terutamanya di kawasan yang menerima kadar hujan yang tinggi. Oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya dibina Rumah Perlindungan Hujan (RPH) bagi melindungi tanaman dan CocoPeat daripada rosak.

(54)

Sekam padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu “memegang” tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.

Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya akan vitamin B. Keunggulan terakhir ini umumnya tidak dimiliki oleh komponen media tanam lain. Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan tidak mudah menggumpal atau memadat sehinggakan akar tanaman dapat tumbuh dengan sempurna. Namun, sekam padi mentah cenderung miskin akan unsur hara.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti CocoPeat dan Sekam Bakar (3:1) digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di dalam polibag. Tetapi penggunaan CocoPeat atau Sekam Bakar sahaja juga diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai sekam bakar.

Kedua-dua media ini hendaklah digaulkan secara samarata sebelum dimasukkan kedalam polibag. Proses penyediaan media tanaman ini adalah seperti berikut

(55)

Pada masa sekarang (2008), harga CocoPeat dan Sekam Bakar di negara kita adalah murah dan mudah didapati iaitu diantara RM4.50~RM5.00 bagi setiap guni bersaiz 2'x3' (guni 50kg).

Jadual Siraman Tanaman Cili Fertigasi

Kadar siraman dan sukatan baja fertigasi AB adalah amat penting di dalam penanaman sayuran secara fertigasi. Sekiranya jumlah air dan sukatan baja yang diberikan kepada tanaman tidak mencukupi, ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok tersebut. Secara tidak langsung hasil yang diperolehi akan berkurangan dari sasaran mendapatkan hasil yang optimum.

Di dalam pertanian moden secara fertigasi ini, baja yang diberikan kepada tanaman adalah melalui air di mana baja AB dilarutkan ke dalam tangki untuk siraman ke pokok. Kekerapan siraman adalah diantara 3 hingga 5 kali sehari bermula seawal 8:00 pagi sehingga sebelum jam 6:00 petang pada setiap hari. Oleh yang demikian pemberian air dan baja (air baja) adalah lebih kerap dan sepanjang tempoh masa siraman tersebut. Namun begitu terdapat kaedah lain di mana ada usahawan yang mengamalkan pemberian air baja hanya 2 kali sehari (atau sekali sehari) dan selebihnya adalah pemberian air sahaja.

Secara umumnya keperluan air baja bagi setiap pokok/tanaman adalah berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut. Oleh yang demikian setiap usahawan dan kebun tanaman perlulah mempunyai jadual siraman sendiri bagi memastikan pemberian air/air baja adalah seimbang dan memenuhi keperluan setiap pokok dan dapat menjimatkan kos penggunaan air mahupun baja fertigasi tersebut.

Kategori Pemberian Sukatan Air Baja :-• 1 bulan : Peringkat Anak (Membesar)

(56)

• 2 bulan : Bunga dan putik buah

• 3 bulan dan ke atas : Berbuah/menuai hasil

EC Meter

EC Meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal larutan air baja. Air bersih (air paip) mempunyai nilai EC yang rendah. Apabila kita menambah kuantiti larutan baja (pati baja) diikuti dengan penyelarasan nilai PH, maka nilai EC akan bertambah.

Kita juga boleh menyukat nilai nutrien yang hendak diberikan kepada pokok/tanaman tanpa bimbang menyebabkan berlakunya overfertilization.

Adalah amat sukar untuk memastikan nilaian nutrien yang tepat untuk sesuatu jenis tanaman. Adakalanya, kita tidak pasti berapakah jumlah air di dalam tangki atau kita tidak mempunyai apa-apa kaedah untuk menyukat kandungan nutrien dengan tepat.

Walau kesemuanya ini tidak mendatangkan masalah, ada juga kemungkinan bahawa sukatan nutrien yang tertera di atas label baja adalah terlalu rendah untuk tanaman dan menyebabkannya tidak mendapat sukatan nutrien yang diperlukan. Menggunakan EC Meter bersama dengan pH meter, akan lebih memudahkan kita akan untuk memastikan

pemberian sukatan air dan baja yang lebih tepat tanpa perlu bimbang terhadap faktor overfertilization.

Tips

Nilai pH boleh diturunkan dengan menggunakan cuka (vinegar), atau pada masa sekarang ianya lebih mudah lagi iaitu menggunakan elemen pH-Down dan boleh didapati

dikebanyakan kedai pertanian. Terdapat juga pH-Up untuk menaikkan nilai pH.

Proses menyelaraskan nilai pH kadang kala agak sukar. Ini adalah kerana skalanya adalah eksponen. Secara praktikalnya, semasa proses merendahkan atau meninggikan nilai pH, kita perlulah menambah penyelaras tersebut dengan kadar yang sedikit demi sedikit.

(57)

Lakukan penyelarasan (calibrate) terhadap EC dan pH meter pada setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan alat pengukur tersebut adalah di dalam keadaan baik pada sepanjang masa.

Sebaiknya, jangan menggunakan EC meter tanpa menyukat dan menyelaraskan nilai pH bagi air yang hendak digunakan. Sekiranya kita menggunakan EC meter sahaja, maka kita sebenarnya membunuh pokok/tanaman kerana proses overfertilization tetap akan berlaku. Sebenarnya kita boleh menggunakan pH meter tanpa menggunakan bersama EC meter jika sekiranya kita memberikan sukatan baja yang betul sepertimana yang disyorkan oleh pihak pengeluar.

(58)

Panduan Penggunaan 1. Mula-mula buka penutup di bahagian bawah.

2. Kemudian basuh elektrod dengan cara mengacau pH meter tersebut pada air bersih atau dengan melalukan air kepada elektrod dan lap dengan kain atau kertas yang menyerap.

3. Tekan butang "ON" untuk menghidupkan PH meter.

4. Masukkan elektrod ke dalam cecair yang hendak diukur PH-nya. 5. Kacau perlahan-lahan sehingga bacaan PH menjadi stabil.

6. Tekan butang "HOLD" jika anda ingin menyimpan data bacaan. Jika anda ingin mengukur sekali lagi, tekan butang "HOLD" sekali lagi.

7. Selepas selesai menggunakannya, bersihkan hujung elektrod dengan air bersih untuk mengelakkan bacaan PH yang tidak betul dimasa hadapan.

8. Pastikan anda menutup semula penutup PH meter selepas digunakan. Penjagaan

Membuat Pelarasan (Calibration)

:-1. Masukkan elektrod ke dalam bahan penguji 6.86 (atau pH 7);standard buffer solution; dan kacau secara perlahan-lahan.

(59)

2. Pusingkan skrew "TRIMMER" sehingga mendapat bacaan yang sepatutnya. Basuh elektrod dengan air bersih dan lap untuk mengeringkannya.

3. Masukkan elektrod dalam standard buffer solution pH 4.01 atau pH 9.18 atau pH 10. 4. Tunggu hingga bacaan menunjukkan pH 10.

PERINGATAN !!

1. Bahagian kaca elektrod adalah mudah pecah (fragile). Berhati-hati semasa mengendalikannya.

2. Cuci elektrod dengan air bersih.

3. Tukar bateri di bahagian atas seperti gambar jika bacaan pH tidak muncul. 4. Tukar elektrod mengikut aturan seperti gambar.

Maklumat dan keperluan tentang pH Meter ... baca lagi

Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi

Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air) 2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.

(60)

3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B. 4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.

Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok) 1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C

2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.

3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.

4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.

Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja) anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok.

(61)

Amalan meracun di dalam industri pertanian merupakan elemen yang amat penting bagi menjamin penghasilan tanaman adalah diperingkat optimum. Pelbagai kaedah dan tatacara yang diamalkan dan digunapakai oleh pengusaha kebun sayuran dalam memastikan tanaman mereka bebas atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan serangan pelbagai jenis serangga perosak dan jangkitan kulat serta bakteria perosak.

Di dalam amalan pertanian, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati tanaman yang telah dijangkiti penyakit terutamanya jangkitan kulat dan bakteria yang mana peratusan untuk tanaman pulih adalah amat rendah. Oleh yang demikian konsep pencegahan daripada serangan penyakit adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang serious.

Sesetengah pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dengan membeli pelbagai jenis racun kawalan serangga dari pelbagai jenama. Pada peringkat sederhana (lebih 1000 pokok) kebanyakan pengusaha mengadakan tidak kurang dari 10 jenis racun kawalan serangga samada yang berunsurkan racun kimia mahupun kawalan secara organik ataupun biologi.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pengusaha kebun sayur untuk mempunyai jadual penyemburan racun kawalan serangga bagi memastikan kebun mereka tidak diserang oleh serangga perosak ini.

Jadual di atas adalah merupakan cadangan penyemburan racun kawalan serangga dan beberapa penyenaraian tentang kawalan secara organik dan biologi.

Pemberian nutrien tambahan selain daripada Baja Fertigasi AB juga baik untuk diamalkan kerana ianya akan meningkatkan lagi produktiviti.

(62)

Gambarajah di atas adalah lakaran sistem pemasangan tangki air baja. Ianya adalah sesuai untuk kapasiti tanaman melebihi 100 pokok dengan menggunakan pam air. (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas).

Spesifikasi umum

:-1. Tangki Simpanan Air (Poly tank) 2. Polypipe 32mm/50mm

3. Pam Air = 1 unit 4. Ball Valve = 4 unit 5. Tank Connector = 3 unit 6. Poly Elbow (EE) = 4 unit 7. Poly Tee (ET) = 2 unit 8. Poly End Cap (EC) = 2 unit

9. Poly Male Treaded Adaptor (MTA) = 10 unit 10. Poly Female Treaded Adaptor (FTA) = 5 unit 11. Poly Tee (ET) = 2 unit

(63)

Lakaran Pemasangan Pada Tangki Air Baja

Lakaran di atas adalah contoh pemasangan paip, pam air dan timer pada Tangki Air Baja. Kaedah pemasangan ini adalah paling efektif bagi mengatasi masalah Siphon/Syphon iaitu apabila Pam Air "OFF", kesemua air di dalam tangki air baja akan terus dialirkan ke kebun sehingga air baja akan kering sepenuhnya.

Ia sama seperti kita memindahkan air dari Bekas A (kedudukan lebih tinggi) kepada Bekas B (kedudukan lebih rendah) dengan menggunakan paip getah. Pada satu hujung paip getah dimasukkan ke dalam Bekas A, kemudian kita akan menyedut air dari hujung paip getah yang lagi satu dan terus memasukkannya ke dalam bekas B. Air akan terus mengalir ke dalam Bekas B tanpa kita perlu menyedutnya secara berterusan di sebabkan oleh apa yang dinamakan proses Siphon (Syphon).

Untuk memberhentikan air daripada terus mengalir, bahagian hujung paip yang terletak di dalam Bekas A perlulah diangkatkan melebihi paras air dari Bekas A tersebut. Pada masa ini, udara akan masuk ke dalam hujung paip getah. Apabila kita memasukkan semula hujung paip getah ini ke dalam Bekas A semula, air tidak akan mengalir lagi.

Kaedah yang sama juga digunapakai di dalam Sistem Pemasangan Paip Air Baja di dalam Sistem Fertigasi, kerana ianya bukan sahaja amat efektif, malahan kosnya adalah amat rendah berbanding dengan pemasangan "Solenoid Valve" yang harganya lebih daripada RM100.00.

(64)
(65)

Lakaran di atas adalah rekabentuk dan penggunaan peralatan penyambung bagi pemasangan tangki air baja.

(66)

Kaedah dan Panduan Semaian Biji Benih

Kaedah dan proses penyemaian biji benih adalah langkah awal yang amat penting di dalam penanaman cili (dan sayuran lain). Ini adalah kerana anak benih dan anak pokok yang baik dan sihat akan dapat menjamin hasil dan pulangan yang tinggi.

Kaedah penyemaian biji benih yang biasa dilakukan adalah seperti berikut. Pemilihan dan Penyediaan Biji Benih

Pemilihan biji benih adalah menurut pilihan anda. Terdapat pelbagai jenis biji benih cili di pasaran pada masa sekarang iaitu hybrid F1 568, F1 223, F1 469, dan sebagainya.

Namun begitu, pada masa sekarang benih F1 568 menjadi pilihan utama kerana faktor saiz buah cili yang sederhana besar, ketinggian pokok yang ideal (3-4kaki), sambil berbuah, pokok mengeluarkan bunga dan putik, rasa buah cili yang kurang pedas dan lain-lain. Malahan ianya menjadi pilihan utama terhadap pasaran cili di negara kita ini.

(67)

Biji benih dari varieti hibrid adalah lebih baik dari segi ketahanan dan mempunyai kadar peratusan yang tinggi untuk mudah bercambah dan hidup sihat.

Kaedah merawat biji benih boleh dilakukan kepada biji benih yang bukan dari varieti hibrid bagi tujuan ketahanan daripada penyakit. Racun kulat (Thiram) boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Sila baca panduan pada label racun tersebut.

Biji benih hendaklah disediakan (disemai) 20%-30% lebih daripada jumlah keperluan. Ini adalah bagi memudahkan kita melakukan pemilihan hanya kepada anak pokok yang sihat sahaja dipindahkan ke dalam polibag.

Pemilihan bekas semaian

Sediakan bekas semaian (juga dikenali sebagai dulang semaian). Kebiasaannya bekas semaian ini mengandungi kapasiti 104 lubang.

Bekas semaian dicadangkan agar ditandakan dengan tarikh menyemai biji benih untuk tujuan rekod umur anak pokok di dalam tray semaian. Secara tidak langsung ianya akan memudahkan kita untuk mengetahui tumbesaran benih tersebut.

Pemilihan Media Semaian

Pilih media semaian yang bersesuaian seperti Peat Moss atau Holland Peat. Jangan gunakan media semaian berbentuk tanah atau baja bakar bagi mengelakkan penyakit terutamanya pada akar pokok.

1. Merendam Biji Benih

(68)

begitu adalah lebih baik sekiranya air paip yang digunakan tersebut mempunyai bacaan sekitar 5.8pH.

Tujuan proses rendaman ini adalah

:-• Memastikan cengkerang/kulit biji benih cili lebih lembut dan memudahkannya untuk bercambah.

• Sebaiknya ambil biji benih yang tenggelam sahaja. Biji benih yang tidak tenggelam, ada kemungkinan ianya kurang baik.

Proses rendaman ini hendaklah dibuat selama semalaman. Boleh juga menggunakan air panas sekadar suam kuku bagi mempercepatkan proses rendaman tersebut kepada 2-3 jam sahaja.

Untuk lebih baik, selepas rendaman pertama ini, bolehlah direndamkan pula ke dalam bancuhan racun kulat (gunakan racun thiram) selama 5-10 minit untuk tujuan perlindungan daripada serangan penyakit samada dari biji benih mahupun apabila pokok telah dewasa. 2. Mengeringkan Biji Benih

Apabila telah cukup tempoh rendaman, toskan airnya dengan menggunakan alat penapis. Boleh gunakan penapis teh.

Letakkan biji benih yang telah ditoskan airnya ke atas kertas suratkhabar dan dilipatkan bagi tujuan pengeringan. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun biji benih ke dalam tray semaian. Sekiranya biji benih basah ianya akan melekat-lekat diantara satu sama lain. 3. Penyediaan Media Semaian

Sambil menunggu biji benih kering, maka proses menyediakan media semaian boleh dilakukan. Media semaian yang boleh di gunakan adalah terdiri daripada Peat Moss/Holland Peat dan lain-lain. Ianya dikenali juga sebagai baja kompos.

Jangan menggunakan media semaian seperti tanah atau baja bakar!!!

Isikan media semaian (Peat Moss) ke dalam bekas semaian. Peat Moss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana. Jangan isikan terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyebabkan akar pokok sukar bergerak. Sebaiknya isikan peat moss pada kadar 85-90% penuh.

Referensi

Dokumen terkait

Penggemburan tanah yang dilakukan pada kedelai diduga menyebabkan akar mindi dapat berkembang dengan baik sehingga mampu menyerap air dan unsur hara lebih tinggi

Pengenceran rendah mikroemulsi fucoxanthin pada larutan pH rendah menyebabkan perubahan polaritas antara misel dan air tidak banyak berpengaruh terhadap

Hal ini diduga disebabkan karena kadar air yang lebih rendah pada perlakuan interval penyiraman setiap 12 hari, menyebabkan menurunnya infeksi mikoriza pada akar semai

Humus Juga memiliki tingkat porousitas yang rendah sehingga akar tanaman tidak mampu menyerap air, Dengan demikian, sebaiknya penggunaan humus sebagai media tanam

Pemakaian sabut kelapa di daerah banyak hujan dan kelembabannya cukup tinggi tidak dianjurkan,karena sifatnya yang lebih menyerap air dan dapat menyebabkan kebusukan

Pengenceran rendah mikroemulsi fucoxanthin pada larutan pH rendah menyebabkan perubahan polaritas antara misel dan air tidak banyak berpengaruh terhadap

Hal ini diduga disebabkan karena kadar air yang lebih rendah pada perlakuan interval penyiraman setiap 12 hari, menyebabkan menurunnya infeksi mikoriza pada akar semai

Hal ini diduga disebabkan karena kadar air yang lebih rendah pada perlakuan interval penyiraman setiap 12 hari, menyebabkan menurunnya infeksi mikoriza pada akar semai