• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep daulat dan derhaka sepanjang Era Kesultanan Melayu Melaka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konsep daulat dan derhaka sepanjang Era Kesultanan Melayu Melaka"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI KEMANUSIAAN , SENI DAN WARISAN

KOMUNIKASI (HA02)

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

AJ20103

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA (PLUMS)

TUGASAN INDIVIDU

“Bincangkan konsep daulat dan derhaka sepanjang Era Kesultanan Melayu Melaka. “

NAMA

:

BEATRICE BERNARD

NO. MATRIKS

:

YA2012-2017

(2)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN _____________________________________ M/S 2

DEFINISI/ASAL USUL _______________________________

M/S 3

KONSEP __________________________________________ M/S 4

IMPAK TERHADAP PEMERINTAHAN _____________________

M/S 5

KESINAMBUNGAN PEMERINTAHAN HARI INI _____________

M/S 7

KESIMPULAN ______________________________________

M/S 7

RUJUKAN __________________________________________ M/S 8

(3)

Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, konsep daulat dan derhaka merupakan konsep yang amat dijunjung oleh masyarakat Melayu pada masa itu. Masyarakat Melayu telah diajar sejak awal di mana jika seseorang itu menderhaka kepada raja atau sultan, maka rakyat akan mendapat balasan yang buruk ataupun tulah. Konsep ini sedemikian kerana pemerintah itu dikatakan jelmaan dewa pada zaman pemerintahan Melaka yang mendapat pengaruh Hindu-Buddha dan sultan merupakan bayangan Allah semasa pengaruh agama Islam dalam pemerintahan Melaka. Konsep daulat dan derhaka ini sangat mempengaruhi pembentukan kehidupan masyarakat Melayu Melaka sejak dahulu terutamanya dari aspek hubungan rakyat dan pemerintah. Konsep ini masih berkekalan dalam institusi kesultanan Melayu yang ada pada hari ini dan mempengaruhi pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia pada masa kini. Dalam tugasan ini akan membincangkan tentang definisi atau asal usul daulat dan derhaka, konsep daulat dan derhaka impak konsep ini terhadap pemerintahan dan kesinambungan konsep daulat derhaka terhadap pentadbiran hari ini.

(4)

1.0 Definisi / asal-usul

Konsep daulat dan derhaka ini dikaitkan dengan beberapa cerita atau hikayat yang terdapat dalam sejarah Melayu tradisional. Antara cerita melayu tradisional yang boleh dikaitkan dengan konep daulat dan derhaka ini ialah Hikayat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.

Menurut catatan sejarah Melayu, Sang Sapurba merupakan golongan yang mewakili pemerintah manakala golongan rakyat pula diwakili oleh Demang Lebar Daun. Di antara kedua-dua pihak telah terjalin satu kontrak sosial yang merupakan persetujuan golongan rakyat memberi taat setia kepada golongan pemerintah dalam Sejarah Melayu Tradisional. Dalam catatan sejarah, Demang Lebar Daun telah berjanji kepada Sang Sapurba bahawa dia dan anak cucunya akan menumpahkan taat setia kepada pihak Sang Sapurba dan sedia untuk melakukan apa sahaja yang dititahkan oleh golongan pemerintahnya. Jika ada keturunan Demang Lebar Daun yang ingkar kepada Sang Sapurba, Demang Lebar Daun meminta supaya golongannya tidak dihina dengan kata-kata nista tetapi dihukum berdasarkan sejauhmana berat kesalahan yang dilakukan mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan. Sebagai balasan, Sang Sapurba akan menjadi pemerintah yang menaungi golongan Demang Lebar Daun tetapi dengan syarat keturunan Demang Lebar Daun (golongan rakyat) tidak boleh derhaka kepada keturunan sang Sapurba (golongan pemerintah) walaupun golongan Sang Sapurba memerintah secara zalim atau jahat pekertinya. Demang Lebar daun telah bersetuju untuk menerima syarat tersebut. Melalui penceritaan ringkas perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba ini, dapat dilihat kewujudan konsep daulat dan derhaka di antara golongan pemerintah dan rakyat yang menjadi tunjang utama pemerintahan institusi kesultnan melayU tradisional pada masa itu. Melalui penceritaan ringkas ini juga memperlihatkan pihak pemerintah dan pihak yang diperintah saling mengawal antara satu sama lain agar tidak melampaui batasan yang telah dipersetujui antara kedua pihak. Kawalan sedemikian wujud kerana kedua-dua pihak mempunyai kelemahan dan kekuatan yang mungkin tidak dimiliki oleh pihak yang lain. Melalui peristiwa ini, maka wujudlah golongan pemerintah dan golongan diperintah dalam institusi kesultanan Melayu Melaka dan kesetiaan rakyat terhadap raja telah menguatkan lagi unsur daulat derhaka dalam membentuk kuasa pemerintahan mutlak seorang sultan. Kita dapat melihat betapa kuatnya unsur daulat dan derhaka dalam karya-karya Melayu seperti Hikayat Kesetiaan Bendahara Paduka Tun

(5)

Perak, kesetiaan Bendahara Seri Maharaja, dan kesetiaan Hang Tuah. Kesemua pembesar dalam kisah ini dihukum oleh sultan tetapi tidak menderhaka dan masih memuliakan kedaulatan pemerintahnya. Tindakan ini bertepatan dengan waad yang ditentukan oleh Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun iaitu “ Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim pekertinya ,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi.“

2.0 Konsep

Perkataan daulat merupakan satu perkataan yang sentiasa menjadi sebutan masyarakat Melayu apabila berbicara mengenai hal-hal yang berkaitan dengan raja atau sultan suatu ketika dahulu. Masyarakat Melayu tradisional amat mempercayai kedaulatan yang ada pada raja atau sultan yang memerintah. Bahkan, waris seseorang raja atau sultan dianggap mempunyai kedaulatan. Daulat merupakan perkataan yang berasal dari perkataan arab iaitu dawlatun. Ia bermaksud kuasa kerajaan, empayar, dinasti , pemerintahan, negara dan negeri. Perkataan dawlatun pula berasal dari perkataan dala, yadlu, dawlatun. Seterusnya, daulat merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada sesebuah kumpulan atau individu, sama ada secara lisan, kepercayaan atau secara tulisan melalui piagam dan perlembagaan. Daulat merupakan konsep yang abstrak, iaitu ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasai. Melalui konsep daulat, pemerintah menuntut kesetiaan golongan rakyat yang ti N dak berbelah bagi di mana rakyat tidak berhak mengkritik serta mengingkati titah perintah seseorang pemerintah seperti sultan ataupun raja.

Seterusnya, konsep daulat juga dikaitkan dengan konsep derhaka. Derhaka merupakan suatu kalimah yang digunakan kepada individu yang ingkar terhadap perintah seseorang raja. Istilah ini sering diucapkan dalam sejarah Melayu yang melambangkan perbuatan rakyat menentang raja. Secara umumnya, konsep derhaka boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tidak taat, khianat,ingkar dan menentang. Dalam konteks kerajaan,istilah ini boleh ditakrifkan sebagai menentang, melawan atau cuba menjatuhkan kuasa sesebuah pemerintah. Derhaka biasanya dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan secara terang-terangan dan menggunakan kekerasan fizikal. Derhaka tergolong dalam kesalahan yang besar dan boleh dikenakan hukuman yang

(6)

sangat berat. Konsep derhaka ini banyak terdapat dalam hikayat Sejarah Melayu seperti kisah Raja Tengah, kisah Sang Rajuna Tapa dan Parameswara dan Hikayat Hang Tuah.

3.0 Impak terhadap pemerintahan

Konsep daulat dan derhaka banyak memberi impak atau kesan terhadap sistem pemerintahan kerajaan Melayu terutamanya institusi pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Konsep daulat dan derhaka ini melambangkan kebesaran seseorang raja atau sultan pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka di mana pemerintah dianggap mempunyai satu kuasa yang luar biasa. Konsep daulat dan derhaka memperlihatkan bahawa jika ada golongan rakyat yang menderhaka kepada sultan atau raja, rakyat tersebut akan ditimpa bala atau kecelakaan yang dikenali sebagai tulah raja. Kesannya, konsep ini menjadikan rakyat amat taat setia kepada raja dan sultan. Selain itu, konsep daulat dan derhaka ini juga menjamin kedudukan raja dalam pemerintahan. Misalnya, daulat melambangkan kemuliaan dan kesucian seseorang raja di mana rakyat menganggap raja tidak boleh dihina dan dicaci.

Seterusnya, konsep daulat dan derhaka memperlihatkan rakyat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah mereka iaitu raja atau sultan. Dalam masyarakat Melayu, raja sentiasa diberi kesetiaan oleh rakyat dan dianggap berdaulat. Dalam kehidupan masyarakat Melayu, konsep taat setia menjadi satu asas yang sangat penting terutamanya dalam kalangan golongan rakyat yang tinggal berhampiran dengan istana. Kesetiaan rakyat ini bermaksud ketaatan terhadap segala kehendak seorang sultan atau raja.

Seterusnya, konsep daulat dan derhaka dalam sistem pemerintahan kesultanan Melayu Melaka penting kepada raja dan sultan kerana dengan adanya konsep ini, raja atau sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah secara berkesan dan merupakan tunggak dalam menyatupadukan semua rakyat. Konsep daulat derhaka ini juga memperlihatkan peranan raja sebagai agen pengaman dan memakmurkan negerinya serta rakyat akan

(7)

mengikut dan menjalankan titah sultan di mana sesiapa yang ingkar terhadap perintah diraja dianggap telah menderhaka. Sultan biasanya mengukuhkan kedaulatannya melalui penggunaan alat kebesaran diraja seperti cap mohor yang menjadi lambang kuasa raja yang memerintah, menggunakan alatan ketur , kipas, kendi dan tepak. Seterusnya penggunaan alatan seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu, dan paying ubur-ubur warna kuning menunjukkan kedaulatan raja dalam pemerintahannya.

Konsep daulat dan derhaka menyebabkan seseorang sultan atau raja digeruni dan mendapat sokongan golongan pembesar dalam pemerintahannya. Dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka pihak yang gigih untuk mempertahankan tradisi daulat derhaka dan menentang penderhakaan biasanya merupakan pembesar Melayu sendiri khusunya menteri bendahara. Hal ini bertepatan dengan sebuah pepatah Melayu yang mengatakan “ pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya.“ Melalui konsep daulat derhaka, raja menjadi lebih digeruni oleh rakyat melalui penambahan unsur-unsur magis atau mitos dalam keperibadian raja atau sultan seperti raja mempunyai darah putih yang mengalir di tubuhnya dan raja tidak boleh disentuh kerana dianggap suci. Unsur mitos ini memperkuatkan konsep daulat derhaka dalam kalangan diraja dan secara tidak langsung mewujudkan unsur kemuliaan seseorang sultan.

Akhir sekali, konsep daulat dan derhaka juga menjadi unsur pengiktiraf baik secara lisan, kepercayaan atau tulisan bagi kelompok atau individu bagi melaksanakan kuasa atau wibawa ke atas anggota masyarakat yang menduduki sebuah negeri atau negara, dalam erti kata yang lain, raja yang memerintah menjadi lambang kedaulatan sesebuah kerajaan tersebut.

(8)

4.0 Kesinambungan pentadbiran hari ini.

Pada masa kini, sistem pemerintahan beraja yang dahulunya merupakan sistem pemerintahan mutlak telah berubah kepada sistem pemerintahan raja berperlembagaan pada hari ini. Hal ini kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, di mana kerajaan kita masa kini dipilih melalui suara majoriti rakyat iaitu sistem undian pilihanraya umum setiap 5 tahun. Walaubagaimanapun, kedudukan raja masih terpelihara di mana sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan walaupun kuasanya agak terhad kerana dikawal oleh kuasa undang-undang. Walaupun perubahan zaman telah meletakkan sistem pemerintahan beraja kepada sistem berperlembagaan, namun amalan dan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap kedaulatan raja masih dipraktikkan lagi sehingga hari ini. Misalnya, amalan menjunjung duli masih diamalkan ketika bertemu dengan kerabat diraja dan kedudukan raja dalam pemerintahan masa kini, raja dan sultan dilantik sebagai ketua agama Islam dan ketua negeri masing-masing menunjukkan golongan diraja masih dihormati dan dipelihara kedaulatannya.

Seterusnya, konsep daulat dan derhaka juga masih mengekalkan taat setia rakyat terhadap pemerintah sultan atau raja. Konsep kesetiaan ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat dan masih diamalkan sehingga kini. Misalnya, kesetiaan rakyat kepada raja dilihat melalui adat menjunjung duli yang masih diamalkan oleh rakyat jika menghadap raja atau sultan pada masa kini. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat menjaga kedaulatan pemerintahnya dan tidak menderhaka atau melanggar perjanjian(Waadat).

(9)

Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini kita dapat mengetahui konsep daulat dan derhaka secara lebih terperinci. Konsep daulat dan derhaka membawa kesan terhadap pemerintahan kesutanan Melayu Melaka. Perjanjian yang termeterai di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun telah memberikan kesan mendalam dalam diri rakyat hingga dan mengekalkan maksud konsep daulat dan derhaka pada masa kini. Melalui konsep ini, kita dapat melihat bahawa kedudukan sultan masih terpelihara.

Rujukan

1. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. Salinah Ja’far. (2013). Simbol Kebesaran Daulat, Mahkota dan Keris dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu Jilid 11, Disember 2013. Diperolehi daripada journalarticle.ukm.my/8560/1/5095-12082-1-SM-pdf

2. Demang Lebar Daun Dengan Sang Sapurba Asas Kepimpinan Melayu. May

2012. Diperolehi daripada

melayudalam1000wajah.blogspot.my/2012/05/demang-lebar-daun-dengan-sang-sapurba.html

3. Ramlah Adam. Noormaizatul Akmar Ishak. (t.t) persepsi rakyat terhadap insitusi raja : Satu kajian kes di Perlis dan Kedah. Diperolehi daripada

dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/35706/1/Siraj_II_8_91-112.pdf

4. Dr Bharuddin Bin Che Pa. (t.t) Institusi Raja dan Peranannya Terhadap Penyebaran Islam Di Alam Melayu Nusantara. Jabatan Siasah Syar’iyyah,Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Diperolehi daripada repository.um.edu.my.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

(a) Setelah kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka, putera Sultan Mahmud Shah yang digelar (Sultan Ahmad Shah / Sultan Alauddin Riayat Shah II) dilantik sebagai

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung

Faktanya adalah tidak semua kesultanan di Sumatera Timur menolak untuk melebur ke dalam pemerintahan RI, salah satunya adalah Sultan Sulaiman Syariful Alamsyah dari Kesultanan

• Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.. • Kerajaan ini lahir selepas berakhirnya Kesultanan Melayu

…Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka adalah berbeza dengan negara moden kerana kedaulatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada

TEMA 2: KESULTANAN MELAYU MENJADI ASAS KERAJAAN MASA KINI TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN KONSEP/ ISTILAH CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN UNSUR DAN TINGKAH LAKU PATRIOTISME

1. Orang Melayu Johor berasa kuasa mereka terhakis. Orang Bugis mempertahankan kedudukan mereka. Orang Melayu Johor berasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah dan

Lebih-lebih lagi beliau telah membawa pula watiqah pengiktirafan maharaja Yung Lo ke atas Raja Iskandar Syah Parameswara sebagai raja dan pemerintah Melaka yang sah lagi berdaulat,