• Tidak ada hasil yang ditemukan

DENGAN MERUJUK KESULTANAN MELAYU MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DENGAN MERUJUK KESULTANAN MELAYU MELAKA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

DENGAN MERUJUK KESULTANAN MELAYU MELAKA HURAIKAN BENTUK SISTEM POLITIK MELAYU TRADISIONAL

1.0 Pengenalan

Dalam kajian ini pengkaji akan menghuraikan tentang asas Kesultanan Melayu Melaka dan sistem politik tradisional yang digunakan dalam zaman feudal ini. Pengkaji akan menghuraikan maksud melayu tradisional daripada beberapa sumber yang didapati. Pengkaji juga menghuraikan asas Kesultanan Melayu Melaka iaitu bagaimana tertubuhnya kerajaan ini, sistem pemerintahannya, ekonomi dan masyarakatnya. Pengkaji juga akan menghuraikan hubungan dan kepentingan antara golongan yang memerintah iaitu raja dan golongan yang diperintah iaitu pembesar dan rakyat.

Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling terkenal di kepulauan melayu pada pertengahan 1400. Sebuah kerajaan yang berkuasa dan berpengaruh yang mampu menyebarkan islam pada zaman kegemilangan Melaka. Kerajaan ini terletak di tempat yang strategik dan sesuai untuk perdagangan iaitu berhampiran Selat Melaka. Selat Melaka merupakan laluan pedagang sehinggakan melaka dibentuk menjadi tempat perdagangan yang terkenal apabila ramai para pedagang yang singgah di Melaka dan menjadikan Melaka tempat penyebaran agama islam.

2.0 Pengertian Melayu Tradisional

(2)

orang melayu. Melayu ini mempunyai maksud yang subjektif, melayu juga boleh didefinisikan sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa melayu, beragama islam dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat orang melayu. Di Malaysia, penduduk peribumi yang berketurunan bugis, jawa, minangkabau atau mana mana suku Indonesia yang tinggal di Malaysia, bertutur dalam bahasa melayu, beragama islam dan mengamalkan adat istiadat melayu juga di kategorikan sebagai melayu.Selain itu orang yang tiada status pribumi juga boleh diterima sebagai melayu sekiranya orang tersebut berkahwin dengan orang melayu dan memeluk agama islam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi; dalam kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak~ masyarakat~ masyarakat mengamalkan cara hidup yang turun temurun, ketradisionalan keadaan atau sifat yang tradisional ~nya itulah yang dipuji dan dipuja oleh orang asing. Jika definisi melayu bermaksud bangsa dan bahasa yang mengikut cara hidup orang melayu dan definisi tradisional pula bermaksud cara hidup yang turun temurun.

Jadi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melayu tradisional membawa maksud bangsa dan bahasa yang mengamalkan cara hidup orang melayu turun temurun. Melayu tradisional meliputi cerita rakyat, mitos dan lagenda. Melayu itu tidak lari daripada cerita terdahulu yang dipercayai boleh menjadi pedoman dalam kehidupan kita pada hari ini.

(3)

daripada rakyat biasa yang merdeka dan hamba. Wujud hubungan timbal balas antara golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Dalam kehidupan masyarakat melayu tradisional, negeri dikawal oleh seorang pemerintah yang digelar raja atau sultan mengikut negeri masing masing. Contohnya, gelaran raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri negeri Melayu lain menggunakan gelaran sultan. Mereka adalah lambang perpaduan rakyat dan di bantu oleh kerabat diraja atau pembesar. Terdapat banyak berbezaan antara raja dan rakyat. Misalnya, penggunaan warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penguasaan bahasa istana, serta regalia atau alat alat kebesaran diraja . rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya kerana kesemua benda tersebut adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka. Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah.

1.1 Asas Kesultanan Melayu Melaka

Asas Kesultanan Melayu Melaka dibentuk dengan beberapa aspek penting yang mendorong pertubuhan Kesultanan Melayu Melaka. Antara aspek yang perlu ada adalah pembukaan negeri Melaka, bagaimana Melaka dibuka, asal usul Raja dan nama negeri tersebut diambil.

1.2 Pembukaan Negeri Melaka

(4)

membuka negeri Melaka bernama Raja Iskandar Syah. Manakala mengikut Tome Pires, Raja yang membuka Melaka adalah Parameswara.

“...Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh,lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya ; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu ; sekonyong konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri,anjing alah oleh pelanduk ; jikalau orangnya bertapa lagi?”...Maka titah baginda, “Apa nama kayu itu ?” Maka sembah orang, “Kayu Melaka namanya tuanku”. Maka titah baginda, “Jika demikian , Melakalah nama negeri ini.”

(A.Samad Ahmad 1983: 67)

(5)

Mengikut Sulalatus Salatin penulisan (A.Samad Ahmad 1983),selepas Raja Iskandar Syah membuat keputusan untuk membuka negeri di Melaka, baginda menitahkan pembesar dan pengikutnya yang lain membuka negeri di tempat itu. Segala pokok pokok di tebas dan dibersihkan kawasan itu untuk membuka sebuah negeri yang bernama Melaka.Nama Melaka diambil bersempena nama pokok Raja Iskandar Syah berteduh berehat.

“Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang sekalian, diamlah baginda di Melaka. Adapun baginda di Singapura tiga puluh dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa; baginda semanyam di Melaka tiga tahun, maka datanglah peredaran dunia, baginda pun mangkat.”

(A.Samad Ahmad 1983: 67)

Menurut (A.Samad Ahmad 1983) Raja Iskandar mempunyai konflik dengan Jawa kerana pembelotan Sang Rajuna Tapa ke atas negeri Singapura menyebabkan Singapura telah di serang oleh Jawa. Maka kota Singapura itu telah dikepungya berlakulah pertumpahan darah sehinga baginda bersama pembesar dan kerabat kerabat mereka serta hulubalang dapat menyelamatkan diri dan lari ke Melaka lalu di bukanya Melaka oleh Raja Iskandar Syah. Setelah tiga tahun memerintah Melaka baginda pun mangkat.

(6)

orang; mengadakan bentara empat puluh berdiri diketapakan akan menjunjung titah Raja, dan menyampaikan barang sesuatu sembah orang kebawah duli Raja...”

(A.Samad Ahmad 1983: 67)

Selepas kemangkatan Raja Iskandar Syah, takhta baginda diambil alih oleh anakandanya iaitu Raja Muda diangkat menjadi pemerintah negeri itu. Apabila Raja Muda mula memerintah baginda telah mencorakkan sistem pentadbiran seperti melantik empat orang pembesar untuk mengajarkan penduduk tempatan tentang adat istiadat pemerintah dengan golongan yang diperintah serta baginda juga melantik empat puluh orang bentara untuk menjunjung titah Raja iaitu melaksanakan segala perintah baginda. Baginda juga melantik biduanda kecil melaksanakan suruhan Raja serta menyediakan segala alat kebesaran diraja. Raja Muda adalah permulaan sistem pentadbiran yang sistematik di Melaka kerana beliau bijak mengatur langkah pemerintahan yang teratur. (A.Samad Ahmad 1983)

1.3 Hubungan dengan China

Melaka bukan sahaja negeri yang mempunyai pentadbiran yang sistematik atau tersusun bahkan mempuyai pemerintah yang bijak dalam menjaga kepentingan negeri dan tanah jajahanya. Pemerintah Melaka iaitu parameswara juga seorang yang bijak mengatur strategi dalam membangunkan negeri Melaka beliau telah mendapatkan perlindungan kuasa besar iaitu China dengan membuat hubungan diplomatik dengan negeri tu daripada ancaman Siam.

(7)

diketuai oleh Laksamana Ying Ching telah bersetuju menjadikan Melaka di bawah naungannya. Maharaja Ming Cheng Zu (Yu Lo) telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka serta merasmikan sebuah bukit sebagai tiang seri negara dengan menegakkan sebuah batu bersurat yang dikirimkan di atasnya melalui kiriman surat pada tahun 1405 Masihi.

“...Selain daripada itu dikirimkan juga beberapa alat kebesaran seperti cap mohor dan pakaian...”

(Abdul Hadi Hj. Hassan;1986:166)

Menurut (Abdul Hadi 1986) kerajaan Ming juga telah mengirimkan beberapa alat kebesaran diraja seperti cap mohor dan pakaian persalinan diraja untuk kegunaan dalam pemerintahan negeri Melaka selain surat pengiktirafan Parameswara sebagai raja dan batu bersurat sebagai tiang seri.

Hubungan antara Melaka dengan kerajaan Ming sangat baik, mereka menjaga kepentingan satu sama lain. Melaka meminta perlindungan kerajaan Ming dari serangan Siam dan Laksamana Cheng Ho( Zheng He) telah dihantar ke Siam oleh Maharaja Cheng Zu (Yung Lo) untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu Melaka.

(8)

Melaka dengan China serta memajukan perdagangan antara dua negeri ini. (W.Gungwu; 1968:48).

Putera Raja Melaka,Mu-ka-sa-yu-ti-er-sha,telah menghadap ke istana, dan menjelaskan tentang kemangkatan ayahandanya pa-li-mi-su-la. Satu perintah telah dikeluarkan yang mengatakan Mu-kan-sa-yu-er-sha akan menggantikan ayahandanya sebagai Raja dan hadiah-hadiah berupa emas,perak,kain bersulam emas,sutera halus,tengkolok,tali pinggang dan jubah yang disulam dengan benang emas telah dianugerahkan.

(Wang Gungwu; 1968:48)

Mengikut catatan China , Satu rombongan dari Melaka telah sampai ke China pada tahun 1435 Masihi yang dipimpin oleh pemerintah baru Melaka, iaitu Megat Iskandar Syah. Selepas kemangkatan Parameswara iaitu ayahanda kepada Megat Iskandar Syah, baginda telah pergi menghadap ke istana negeri China untuk memberitahu tentang kemangkatan ayahandanya dan diberi perintah oleh negeri China untuk ditabalkan menjadi pemerintah sekaligus menggantikan tempat ayahandanya sebagai raja. Selain itu, beberapa hadiah seperti emas, perak, kain bersulam emas, sutera halus, tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan emas diberikan kepada Megat Iskandar Syah sebagai penganugerahan daripada China

1.4 Kedatangan Islam ke Melaka

(9)

keduanya Megat Iskandar Syah merupakan putera parameswara yang pertama memeluk islam. Namun di dalam Salalatus Salatin dan sejarah melayu menyatakan raja Melaka yang mula mula memeluk agama islam ialah Raja Kecil Besar, iaitu pemerintah Melaka ke 4 (Ahmad Jelani Halimi 2008)

“...Setelah beberapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokkan hadrat nabi Mustaffa Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wasalam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar,”Ucap olehmu: Ashadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad ar rasulullah”. Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wasalam itu diturutnya maka sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar,“Adapun namamu Sultan Muhammad Syah.Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja kecil Besar, “Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui. Maka nabi salla ‘llahu ‘alaihi wasalam pun ghaiblah...”

(A.Samad Ahmad(ed);1986:72)

(10)

raja muda takhta kerajaan dipangku oleh anak beliau dan begitulah sehingga pemerintah Melaka yang ke empat iaitu Raja Besar Kecil, anak kepada raja tengah dan cucu Raja Muda iaitu pemerintah Melaka yang kedua. Raja Kecil Besar dipercayai mendapat mimpi yang beliau telah memeluk islam kerana didalam mimpinya beliau mengucap syahadah serta namanya juga diislamkan daripada Raja Kecil Besar menjadi Sultan Muhammad Syah.(A.Samad Ahmad 1986)

Apabila Sultan Muhammad Syah bangkit dari tidurnya,beliau telah menceritakan mimpinya kepada bendahara dan para pembesar agak pelik dengan perkataan “la ilaha i’l Allah.Muhammad ar rasulullah.” yang disebutkan oleh Sultan. Maka bendahara memberi pendapat bahawa jika benar terdapat kapal dari Jeddah yang sampai ke pantai Melaka, maka benarlah mimpi Sultan Muhammad Syah itu.

“...Setelah hari pun asarlah,maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu,Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang...Maka dilihat makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu...”

(A.Samad Ahmad 1983: 69)

(11)

iaitu mereka menunaikan solat, membaca kitab serta meluaskan perdagangan mereka ke negara islam lain seperti negeri Jeddah, Arab dan Pasai.

Agama Islam juga telah datang ke Melaka dengan beberapa cara lain iaitu melalui perkahwinan antara sultan Melaka, Megat iskandar Syah dengan puteri raja pasai yang telah memeluk islam. Selain itu, mubaligh Arab juga memainkan peranan penting membawa agama islam ke Melaka seperti yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin, Syeikh Abdul Aziz merupakan mubaligh dari mekah, beliau mengislamkan raja kecil besar, pembesar dan rakyat Melaka. Pedagang juga memainkan peranan dalam menyebarkan agama islam di Melaka dengan cara pendakwahan oleh pedagang islam dari arab dan india yang telah berkahwin dengan penduduk setempat.

(12)

1.5 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Pada pertengahan 1400 Masihi bumi Melaka telah mencapai kegemilangannya dan sangat disegani negeri seantero asia pada waktu itu. Antara faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka meliputi politik, ekonomi dan sosial. Ini jelas menunjukkan mencapai kegemilangan tidak lah sukar sekiranya sikap kebersamaan serta bersatu hati dan setia kepada pemerintah itu menjadi peganggan dalam diri setiap rakyat dan pemerintah yang adil dan saksama.

Politik yang dimaksudkan adalah dari segi pentadbiran yang sistematik. Pentadbiran yang dimaksudkan adalah sistem pembesar empat lipatan, di mana dalam sistem ini sultan mengetuai teraju pememerintahan dan dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali pembesar berempat.Pembesar berempat dibantu pembesar berlapan, pembesar enam belas, dan pembesar tiga puluh dua.

(13)

Tun Perak merupakan seorang anak kepada Seri Wak Raja pada zaman pemerintahan Raja Ibrahim iaitu anakanda kepada almarhum Sultan Muhammad Syah, pemerintah Melaka yang ketiga.Tun Perak telah meningkat dewasa menjadi anak muda yang mengikuti jejak ayahandanya, beliau seorang yang sangat setia kepada sultan dan negerinya.Buktinya, beliau tidak menuntut bela atas kematian anaknya, Tun Besar yang dibunuh oleh putera Sultan Mansur Syah, iaitu Raja Muhammad. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Tun Perak telah menyandang pangkat sebagai datuk bendahara paduka raja dimana beliau dikehendaki melaksanakan tugas raja seperti menjaga keamanan negeri Melaka daripada diserang seteru atau musuh. Tun Perak pernah ditugaskan menjaga keamanan dan keselamatan negeri semasa peninggalan Sultan Mansur Syah ke Manjapahit dan beliau dapat melaksanakan amanat yang dititahkan dengan baik. Disebabkan kebijaksanaan Tun Perak, Melaka telah berjaya mematahkan serangan Siam sebanyak beberapa kali sehinggakan semenanjung tanah melayu ini atau dahulunya dipanggil semenanjung emas ini dikuasai oleh Melaka . Antara negeri yang berjaya berada dibawah naungan Melaka adalah Inderapura, Siak, Bentan dan Siam, semua negeri ditakluki Melaka dengan pimpinan Tun Perak. (Yusof Hashim 2009)

Pusat perdagangan merupakan bentuk ekonomi yang menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka menjadi tumpuan para pedagang luar datang menjalankan kegiatan perdagangan di Melaka kerana mereka boleh mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus dan sebagainya. Ekonomi Melaka juga melibatkan hubungan baik dengan China yang membawa keuntungan.

1.1 Hubungan Dan Kepentingan Antara Golongan Pemerintah Dengan Golongan Yang Diperintah.

(14)

“...sistem politik tradisional melayu terdiri daripada kewujudan seorang raja daripada keturunan diraja, dibawahnya terdapat sebilangan pembesar daripada golongan diraja atau golongan bangsawan dan golongan kebanyakkan atau rakyat biasa. Pembesar negeri memegang jawatan tertentu seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung dan sebagainya. Raja yang memerintah melantik seorang putera mahkota yang dikenali sebagai Raja muda yang akan menaiki takhta jika raja mangkat. Raja memberi kuasa pula kepada pembesar daerah untuk menjalankan fungsi pentadbiran, pertahanan, kehakiman dan memungut cukai bagi pihak raja. Manakala dari segi struktur masyarakat pula terdapat dua golongan utama, iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.Golongan yang diperintah terdiri daripada penduduk tempatan, peniaga, pedagang dan golongan penyebar agama islam yang berasal dari daerah atau negara lain. Masyarakat yang diperintah ini telah bercampur dengan masyarakat luar yang menyebabkan berlakulah percampuran budaya tempatan dan luar...”

(Gullick 1978, Rustam 1983:141-45, Jamaie 2015:66)

Pada zaman feudal, raja dan politik tidak dapat dipisahkan, raja adalah pemerintah dan politik adalah bentuk pentadbiran.Pemerintah tugasnya untuk mentadbir negerinya untuk mengekalkan keamanan serta memajukan ekonomi sesebuah negeri.Pemerintah yang adil dan saksama dapat menyumbang kepada kegemilangan sesbuah negeri, kerana rakyat akan taat setia kepada sultan yang memberikan kebaikkan kepada mereka.

(15)

tinggi kerana mereka adalah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh kaum kerabat dan para pembesar dalam sistem pemerintahan dan baginda juga memiliki kuasa dan kewibawaan dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya di seluruh negeri. Baginda merupakan simbol perpaduan negara yang mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan mesti dihormati.Segala perintahnya mesti dipatuhi, jika rakyat yang ingkar dianggap menderhaka dan akan mendapat balasan buruk atau dikenakan hukuman yang amat berat.

Manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa, orang asing dan hamba.Rakyat biasa menduduki lapisan tertinggi dalam golongan yang diperintah. Mereka bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela mengamalkan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana demi kepentingan Raja. Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Rakyat biasa sesebuah kampung selalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya.

“Daulat raja dalam masyarakat melayu sangat mempunyai nilai dalam budaya mereka. Ini kerana politik melayu unik, konsep daulat digunakan dan konsep derhaka serta pantang melayu derhaka sebelum pupus”

(16)

Konsep daulat merupakan sesuatu yang wajib dalam sesebuah istitusi diraja. Konsep daulat digunakan untuk menjadikan seseorang sultan lebih mulia dan dianggap mempunyai kuasa dan kewibawaan yang mutlak raja atau pemerintah sesebuah negeri itu mempunyai daulat tersendiri jadi setiap perkataannya boleh menjadi benar sekiranya dia berdaulat. Selain itu, konsep derhaka merujuk kepada golongan yang diperintah iaitu pembesar dan rakyat sekiranya golongan ini ingkar terhadap titah raja maka dianggap derhaka. Jadi sudah menjadi lumrah orang melayu yang taat setia kepada rajanya yang adil dan saksama serta mengelakkan diri dari menjadi penderhaka. (Atory Hussain 1993 dan Yusuf Hashim 1996)

“...raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia...apabila berbuat kebaktian kepada raja seperti berbuat kebaktian kepada Allah SWT, yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan rasulnya dan akan raja...”

(Shellabear 1961:190)

(17)

naungannya, puteri negeri itu akan dikahwinkan dengan baginda atau pembesar yang mengetuai penaklukan tersebut. (Shellabear 1961).

1.3 Raja dengan Pembesar

“...raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu, jika tiada kayu bagaimanakah api itu bernyala...”

(Shellabear 1961: 170)

Raja dan pembesar saling memerlukan terutamanya dalam bidang politik dan pentadbiran. Raja itu ibarat api dan segala menteri atau pembesar ibarat kayu, jika tiada kayu mustahil untuk menyalakan api dan begitulah jika tiada api manakan kayu dapat berfungsi. Jadi kedua duanya memerlukan antara satu sama lain, api hanya akan menyala sekiranya kayu yang digunakan adalah baik serta mempunyai potensi untuk menyalakan api dengan mudah. Oleh itu, menteri atau pembesar mestilah dilantik dikalangan orang yang bijaksana serta berkemampuan memberikan kejayaan dan kemajuan dalam negeri itu. Sekiranya ciri ciri yang dimiliki oleh menteri atau pembesar itu tidak menyenangkan hati raja atau membawa kepada kerosakan maka pembesar atau menteri berkenaan akan digantikan dengan mereka yang lebih membawa kebaikkan kepada raja, agama dan bangsa.

“Tugas seorang pembesar dalam daerahnya meliputi pentadbiran, melaksanakan keadilan, pertahanan, memungut hasil dan sebagai pemimpin umum setempat. Beliau hanya mempunyai sedikit sahaja tugas istiadat.”

(18)

Menurut (Gullick 1978 dan Jamaie 1993) tugas pembesar adalah menjadi kaki dan tangan kepada raja atau sultan, setiap titahnya akan dibincangkan dan dilaksanakan oleh pembesar. Antara tugas pembesar adalah merangkumi urusan pentadbiran negeri seperti melaksanakan keadilan, memungut hasil dan menjadi pemimpin umum setempat.Melaksanakan keadilan bermaksud sekiranya terdapat konflik dalaman seperti perselisihan faham antara pembesar dan rakyat akan segera dileraikan perbalahan itu bagi menjamin kesejahteraan bumi Melaka. Selain itu, pembesar juga ditugaskan memungut hasil seperti mengutip cukai dan di berikan kepada bahagian pentadbiran untuk memantapkan kemajuan ekonomi negeri Melaka. Pemimpin umum setempat di sini bermaksud mengetuai segala majlis dikalangan rakyat jelata selain menjaga kebajikan rakyat serta memelihara keharmonian negeri.

1.4 Raja dengan Rakyat

“...rakyat umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan berdiri...”

(Shellabear 1961: 170- 171)

(19)

tugasnya mempertahankan kedaulatan negara, jika mengikut adat, apabila sesebuah negeri itu menerima kekalahan bermaksud tamat lah kewujudan raja di negeri tersebut. ( Ishak Saat, 2007: 145)

Parameswara pernah mendapatkan bantuan orang laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka bagi memelihara perairan daripada diceroboh atau diserang oleh musuh, maka orang laut sangat memainkan peranan penting dalam kemajuan ekonomi pada waktu itu.Orang laut juga termasuk dalam kategori rakyat.Keyakinan dan kegigihan Parameswara bersama rakyatnya membolehkan Parameswara mencapai cita citanya untuk membangunkan negara dan membentuk sebuah negara yang di segani dan maju.

“konsep taat setia rakyat kepada raja menurut politik tradisional melayu bermula zaman Sang Sapurba Taram Sri Buana dan pembesarnya Demang Lebar Daun yang dinamakan waadat.”

(Jamaie Haji Hamil 2015: 217-218)

(20)

tuanku mengubahnya, maka anak cucu patik mengubahnya juga. (A.Samad Ahmad 1983)

Waadat atau perjanjian yang telah dibuat oleh Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun menjadi pegangan sehingga ke hari ini dimana rakyat haruslah taat setia kepada raja. Peristiwa itu telah menjadikan secara rasminya yang melayu mempunyai raja dan raja dikurniakan rakyat bergelar melayu. Waadat itu juga telah termenterainya perjanjian berjanji dan hormat menghormati sama ada raja kepada rakyat dan rakyat kepada raja. Raja mestilah adil kepada rakyat dan rakyat hendaklah taat setia kepada raja. ( Ishak Saat 2007: 144)

(21)

Pada zaman kesultanan melayu Melaka, Raja Muhammad, anakandanya Sultan Mansur Syah telah membunuh Tun Besar, anakandanya bendahara Paduka Raja Tun Perak kerana pada waktu itu Tun Besar bermain sepak raga bersama sahabatya lalu raga tersebut terkena Raja Muhammad yang lalu di situ kemudian destar Raja Muhammad terjatuh. Tun besar pergi mendapatkan Raja Muhammad untuk memulangkan destar dan memohon maaf lalu di tikamnya dada Tun Besar dan meninggallah beliau disitu. Penderhakaan atas menuntut keadilan kematian Tun Besar di halang oleh bapanya sendiri iaitu bendahara Paduka Tun Perak beliau sangat perpegang pada pepatah biar mati anak jangan mati adat. Bermaksud kesetiaan dan ketaatan beliau kepada raja demi memelihara keamanan dan kamajuan negeri, beliau rela anaknya mati di tangan sultan.(Yusof Hashim 2009)

Raja Muhammad tidak diterima menjadi sultan di Melaka tetapi menjadi sultan di Pahang disebabkan sikapnya yang tidak disenangi oleh rakyat rakyat dan bumi Melaka. Mengikut waadat yang telah di menterai oleh Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, mereka boleh mengubah jika salah satu pihak mengubahnya. Lalu mereka menolak Raja Muhammad sebagai sultan mereka dan Sultan akur dengan kesalahan anakandanya itu.

5.0 Kesimpulan

(22)

melayu dan keabsahan kuasa melayu dalam bidang politik. Sistem politik tradisional melayu Melaka mengamalkan sistem feudal iaitu sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan. Raja sebagai pemerintah berkuasa mutlak dibantu oleh para pembesar yang terdiri daripada bendahara, laksamana, syahbandar dan temenggung untuk melicinkan proses pemerintahan dan pentadbiran.

Hubungan antara raja dan rakyat banyak digambarkan dalam Sulalatus Salatin atau sejarah melayu. Selain itu, kedudukan raja yang diperkuatkan lagi dengan sumpah dan taat setia golongan bangsawan, rakyat biasa dan hamba. Hubungan baik antara pemerintah dengan golongan yang diperintah sangat penting untuk kemajuan negeri,dan juga memelihara kedaulatan raja. Jika pemerintah dan rakyat melanggar waadat yang telah termenterai sekian lamanya, maka akan berlakunya penderhakaan rakyat dan menyumbang kepada kejatuhan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, ternyata waadat yang termenterai antara Sang Sapurba sengan Demang Lebar Daun masih digunakan dalam masyarakat pada hari ini demi mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.

Rujukan

(23)

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden. Shah Alam. Karisma Publication Sdn Bhd.

Muhd Yusof Hashim. 2009. Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka.Kuala Lumpur : Tinta Publisher.

A.Samad Ahmad. 1983. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ali Aziz. 1965. Zaman Gemilangnya Kerajaan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Andaya, B.W. & Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia . Terjemahan . Petaling Jaya: The Macmillan Press.

Armando Cortesao. 1967. The Suma Oriental of Tom Pires: An Account of The East From The Red Sea To Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515. Nendeln Liechtenstein : Kraus Reprint limited.

Haji Buyong Adil . 1975. Sejarah Melaka Dalam Kerajaan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1994. Malaysia Kita. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur Malaysia.

Ismail Ambia & Ismail Hussien . 1965. Bendahara-bendahara Melaka dan Hulubalang-hulubalang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(24)

Sandhu, K.S& Wheatley, P.(eds.). 1983. Melaka: The Transformation of a Malay Capital . Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Shellabear, W.G (peny.). 1981. Sejarah Melayu, Edisi ketiga, cetakan keenam. Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Winstedt, R.O. 1982. A History of Malaya . Revised and Enlarged. Paperback edition . Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid, et al.. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rustam A. Sani. Kepimpinan dalam Perkembangan Politik Melayu Awal

Abdul Rahman Embong dan Jurgen Rudolph. 2000.Southeast Asia into the Twenty First Century Crisis and Beyond.

Gullick. J.M 1978. Sistem Politik Bumiputera Melayu.

Shahrudin Maaruf. 1988 Malay Ideas of Development.

Osman Rani dan E.K Fisk. 1983. Ekonomi Politik Malaysia.

Roff W.R. 1994. The Origins Of Malay Nationalism.

Referensi

Dokumen terkait

Management Server Node dan Data Node dihubungkan tujuannya agar bisa terjadi replikasi data antara kedua server tersebut dan juga berfungsi untuk mengatasi

Perhitungan Economic Dispatch ini menggunakan metode Quantum-behaved Particle Swarm Optimization (QPSO) yang kemudian akan dibandinngkan dengan metode Particle Swarm Optimization

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik

Cerebral blood flow (CBF)didefinisikan sebagai kemampuan mempertahankan pengiriman oksigen kejaringan otak untuk mempertahankan perfusi serebral pada saat terjadi

Rajah berikut berkaitan dengan jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.. Jadual berikut menunjukkan sistem percukaian

Undang-undang Melaka juga dikenali Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan undang-undang adat Melayu

Tetapi saya juga mengakui bahwa ada orang yang lebih bodoh dan lebih naif lagi jika mengklaim bahwa semua kejamakan itu (dalam hal ini kejamakan agama) bisa sama-sama benar pada

Jawaban: A Sudut pandang yang digunakan dalam kutipan cerpen tersebut adalah sudut pandang orang ketiga serbatahu karena pengarang menyebut tokoh dengan kata ganti nama