• Tidak ada hasil yang ditemukan

Allah Wujud Tanpa Tempat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Allah Wujud Tanpa Tempat"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

Allah wujud tanpa tempat –

Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah

Bahagian - 1

Allah Taala mencipta segala-galanya dan Allah Taala tidak berhajat kepada ciptaannya sedangkan semuanya berhajat kepada Allah Taala. Segalanya dari 7 petala langit hingga 7 petala bumi serta juga apa-apa yang ada diantara keduanya termasuk ruang waktu dan tempat diciptakan oleh Allah Taala. Dan tiada sesuatu apa pun yang menyerupai Allah Taala.

ءىش هلثمك سيل

“Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]

Imam Qurtubi rah. berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi:

يطساولا دازو تافصلا نم ةلDطEعGم لو تاوذلل ةEهKبMشGم ريغ تاذ تابثإ ديحوتلا :نيققحملا ءاملعلا ضعب لاق دقو ...ظفللا ةقفاوم ةهج نم لإ ةفص هتفصك ل و لعف هلعفك لو مسا همساك لو تاذ هتاذك سيل :لاقف اfنايب ا همحر مهنع ا يضر ةعامجلاو ةنسلاو قحلا لهأ بهذم هلك اذهو

(2)

penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun

seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jamaah radiyallahuanhum”. (Intaha)

Rasulullah s.a.w bersabda: هريغ }ءيش نكي ملو ا ناك Mafhumnya:

“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. (Bukhari dan al-Bayhaqi)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rah. didalam kitabnya Fathul-Bari menghuraikan hadis tersebut sebagai:

مدعلا دعب ثودحلا يناثلا يفو ةيلزلا لولا يف ناكب دارملاو

“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa

didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau

kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.

Dengan itu, sesungguhnya Allah Taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada sesuatu apa pun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu seperti tiada air, tiada udara, tiada bumi, tiada langit, tiada Kursi, tiada Arasy, tiada manusia, tiada jin, tiada malaikat, tiada tempat dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya. Dengan itu, Allah Taala wujud sebelum kewujudan tempat dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat langsung kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

سيلف نطابلا تنأو ءيش كقوف سيلف رهاظلا تنأو ,ءيش كدعب سيلف رخلا تنأو ,ءيش كلبق سيلف لولا تنأ •مهللا ءيش كنود

Mafhumnya:

“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatu pun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatu pun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatu pun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatu pun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim] Al-Hafiz Ahmad ibn Husayn Bayhaqi rah. berkata dalam kitabnya Asma' wa

(3)

al-Sifat]:

سيلف نطابلا تنأو ءيش كقوف سيلف رهاظلا تنأ)) :يبنلا لوقب ىلاعت ا نع ناكملا يفنب انباحصأ ضعب لدتسا ناكم يف نكي مل ءيش هنود لو ءيش هقوف كي مل اذإو ((ءيش كنود

"Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat buat Allah Taala sebagaimana sabdaan Nabi: (ءيش كنود سيلف نطابلا تنأو ءيش كقوف سيلف رهاظلا تنأ) Dan jika tiada suatu pun di atas-Nya dan tiada suatu pun di bawah-Nya maka Allah tidak berada disuatu tempat pun". Intaha.

Jelasnya bahawa para-para ulama dari keempat-empat mahzab iaitu para-para ahli hadis, ahli fiqh, ahli usul dan seterusnya dari mahzab Hanafiyah, Malikiah, Syafiyah dan

Hambaliah (kecuali tokoh selepas itu yang memegang aqidah tajsim) berpegang dengan aqidah yang menyucikan Allah dari tempat.

Imam Abu Mansur Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi rah. dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq menukilan ijmak Ahlus-Sunnah diatas aqidah yang mensucikan Allah Taala dari tempat :

نامز هيلع يوجي لو ناكم هيوحي ل – ا يأ – هنأ ىلع – ةعامجلاو ةنسلا لهأ يأ – اوعمجأو

“Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jamaah – berijmak bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui keatas-Nya oleh suatu masa”. Intaha. Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Maali Abdul-Malik ibn AbduLlah Juwayni al-Shafii al-Ashari rah. juga menjelaskan ijmak tersebut dalam kitabnya al-Irshad:

تاهجلاب صصختلاو ز•يحتلا نع ىلاعتي ىلاعتو هناحبس ا •نأ ةبطاق •قحلا لهأ بهذمو

“Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah Subhanahu wa-Taala disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. (Intaha)

Bahagian – 2 :

Kurun demi kurun para-para ulama berpegang dan mempertahankan akidah Allah wujud tidak bertempat. Segala yang dinyatakan seperti Istawa adalah bermaksud keagungan Allah semata-mata. Segala sifat yang dinyatakan berkenaan Allah adalah bererti sifat kebesaran dan kemuliaanNya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Abu Ashari rah. dalam sifat 20.

(4)

Contohnya hadis qudsi yang mana lebih kurang terjemahannya : ”Barang siapa memusuhi wali-Ku sungguh Ku-umumkan perang kepadanya. Tiadalah hamba-Ku mendekat kepada-Ku (kecuali) dengan hal-hal yang fardhu dan kiranya hamba-Ku terus mendekat kepada-Ku dengan (menambah) hal-hal yang sunnah baginya hingga Aku mencintainya, bila Aku mencintainya maka Aku menjadi telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi matanya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk memegang, menjadi kakinya yang ia gunakan untuk melangkah dan bila ia meminta pada-Ku niscaya Ku-beri permintaannya....” (shahih Bukhari hadits no.6137) Makna hadis Qudsi ini tentunya jelas menunjukkan bahawa pendengaran, penglihatan serta anggota tubuh-badan lainnya, bagi mereka yang taat kepada Allah dan Allah meredhai mereka, akan dilimpahi dengan cahaya keagungan Allah, pertolongan Allah, kekuatan Allah, keberkahan Allah dalam mana sesungguhnya makna yang dinyatakan bukanlah berarti Allah menjadi telinga, mata, tangan atau pun kakinya. Antara dalil dari Sahaba, Tabiin, Taba-tabiin dan seterusnya tentang pegangan Aqidah akan Allah wujud tanpa bertempat:

Saidina Ali ibn Abi Talib r.a berkata: ناك ام ىلع نلا وهو ناكم لو – ا يأ – ناك Maksudnya:

"Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)". (Intaha)

Imam Zainul-Abidin rah. berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah: ناكم كيوحي ل يذلا ا تنأ

Maksudnya:

"Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat pun". (Intaha) (Dinukilkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin) Al-Imam Jaafar al-Sadiq rah. berkata:

ءيش يف ناك ولو fلومحم ناكل ءيش ىلع ناك ول ذإ كرشأ دقف ءيش ىلع وأ ءيش نم وأ ءيش يف ا نأ معز نم اfقولخم يأ – اfثEدحGم ناكل ءيش نم ناك ولو اfروصحم ناكل –

Maksudnya:

"Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada

(5)

di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika Dia daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan) – ". (Intaha) (Disebut oleh al-Qushayri di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushayriyyahi)

Imam Abu Hanifah rah. berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat:

ءيش لك قلاخ وهو ءيش لو }قMلEخ لو }نMيEأ نكي ملو ىلاعت ا ناكو قلخلا قلخي نأ لبق ناكم لو ىلاعت ا ناك Maksudnya:

"Allah taala itu ada (azali) dan tempat tidak ada pun sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah taala itu ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu".

Imam Shafii rah berkata:

هتاذ يف Gرييغتلا هيلع زوجي ل Eناكملا هقلخ لبق ناك امك ةيلزلا ةفص ىلع وهو ناكملا قلخف ناكم لو ناك ىلاعت هنإ هتافص يف ليدبتلا لو

Maksudnya:

"Sesungguhnya Dia taala ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada (azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga penukaran pada sifat-Nya".Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]

Imam Ahmad ibn Hanbal rah tidak berpendapat bahawa Allah ada dengan arah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn al-Jawzi dalam kitabnya al-Bazul-Ashhab.

Imam Abu Jaafar al-Tahawi rah. berkata dalam risalahnya al-Aqidatut-Tahawiyyah: تاعEدEتبملا رئاسك ¨تKسلا Gتاهجلا هيوحت ل تاودلاو ءاضعلاو ناكرلاو تاياغلاو دودحلا نع – ا يأ – ىلاعتو Maksudnya:

"Allah Maha Suci dari batasan, sukatan, sudut, anggota besar dan anggota kecil sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk". (Intaha) Ibn Hibban rah. berkata dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban:

ناكم لو نامز لو – ا – ناك Maksudnya:

(6)

"Allah ada (azali), sedangkan masa tidak ada dan tempat juga tidak ada". (Intaha)

Bahagian – 3

Langit adalah kiblat dalam berdoa bukan kerana langit tempat bagi Allah sebagaimana Kaabah adalah kiblat bagi solat bukan bererti Allah berada didalam Kaabah. ‘Arsy dan langit adalah makhluk Allah, dimana Allah tidak memerlukan kepada ciptaanNya. Langit adalah tempat bagi para malaikat Allah dan beberapa Nabi Allah. Diatas langit ketujuh terdapat surga, Baitul Makmur, air, al-Kursi, al-Lauh al-Mahfuzh (menurut sesetengah pendapat), al-Qalam al-A’la, dan makhluk lainnya. Kemudian diatas semua itu terdapat ‘arsy yang merupakan langit-langit bagi surga. Sedang diatas ‘arsy

tertuliskan “Inna Rahmati Sabaqat Ghadlabi” (Sesungguhnya rahmatKu mendahului murkaKu).

Berikut ini terdapat beberapa penjelasan ulama Ahlussunnah wal-jamaah bahawa-sanya langit adalah kiblat dalam berdoa bukan kerana langit tempat bagi Allah:

1. Imam Abu Manshur al-Maturidi rah. menuliskan dalam kitab al-Tauhid, h. 75-76: “Adapun menghadapkan telapak tangan ke arah langit dalam berdoa adalah perintah ibadah. Dan Allah memerintah para hamba untuk beribadah kepadaNya dengan jalan apa pun yang Dia kehendaki, juga memerintah mereka untuk menghadap ke arah mana pun yang Dia kehendaki. Jika seseorang berprasangka bahawa Allah diarah atas dengan alasan karena seseorang saat berdoa menghadapkan wajah dan tangannya kearah atas, maka orang semacam ini tidak berbeza dengan kesesatan orang yang berprasangka bahawa Allah berada diarah bawah dengan alasan karena seseorang yang sedang sujud menghadapkan wajahnya ke arah bawah lebih dekat kepada Allah. Orang-orang

semacam itu sama sesatnya dengan yang berkeyakinan bahwa Allah diberbagai penjuru; ditimur atau dibarat sesuai seseorang menghadap didalam shalatnya. Juga sama sesatnya dengan yang berkeyakinan Allah di Mekah karena Dia dituju dalam ibadah haji”.

2. Imam al-Ghazali rah. menuliskan dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin, j. 1, h. 128:

“Adapun mengangkat tangan ketika berdoa kepada Allah dengan menghadapkan telapak tangan kearah langit adalah karena arah langit merupakan kiblat doa. Dalam pada ini terdapat gambaran bahawa Allah yang kita mintai dalam doa tersebut adalah Maha pemiliki sifat yang agung, Maha mulia dan Maha perkasa. Karena Allah atas setiap

(7)

segala sesuatu Maha menundukan dan Maha menguasai”.

3. Imam az-Zabidi rah. dalam menjelaskan perkataan Imam al-Ghazali didalam Ithaf as-Sadah al-Muttaqin Bi Syarh Ihya ‘Ulumiddin, j. 5, h. 34-35 berkata:

“Jika dikatakan bahwa Allah ada tanpa arah, maka apakah makna mengangkat telapak tangan ke arah langit ketika berdoa? Jawapannya: Terdapat dua segi dalam hal ini

sebagaimana dituturkan oleh al-Thurthusi. (1) Bahawa hal tersebut untuk tujuan ibadah. Seperti halnya menghadap ke arah ka’bah dalam shalat, atau meletakan kening di atas bumi saat sujud, padahal Allah Maha Suci dari bertempat di dalam ka’bah, juga Maha Suci dari bertempat di tempat sujud. Dengan demikian langit adalah kiblat dalam

berdoa. (2) Bahawa langit adalah tempat darinya turun rizki, wahyu, rahmat dan berkah. Artinya dari langit turun hujan yang dengannya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Langit juga tempat yang agung bagi para malaikat (al-Mala’ al-A’la). Bila Allah

menentukan suatu perkara maka disampaikannya kepada para malaikat tersebut dan kemudian mereka sampaikan kepada penduduk bumi. Demikian pula arah langit adalah tempat diangkatnya amalan-amalan yang soleh. Sebagaimana dilangit tersebut terdapat beberapa nabi dan tempat bagi surga -yang berada di atas langit ke tujuh- yang

merupakan puncak harapan. Karena langit itu sebagai tempat bagi hal-hal yang

diagungkan tersebut di atas, termasuk pengetahuan qadla dan qadar, maka titik tumpuan (kiblat) dalam praktik ibadah diarahkan kepadanya”.

Pada bahagian lain didalam kitab yang sama, Imam al-Zabidi rah. berkata: “Langit dikhususkan dalam berdoa agar tangan diarahkan kepadanya karena langit-langit adalah kiblat dalam berdoa, sebagaimana kaabah dijadikan kiblat bagi orang yang shalat di dalam shalatnya. Tidak boleh dikatakan bahawa Allah berada diarah kaabah” (Itthaf as-Sadah al-Muttaqin, j. 5, h. 34-35)

“Adapun mengangkat tangan ketika meminta dan berdoa ke arah langit karena ia adalah kiblat dalam berdoa, sebagaimana kaabah merupakan kiblat shalat dengan

menghadapkan badan dan wajah kepadanya. Yang dituju dalam ibadah shalat dan yang dipinta dalam berdoa adalah Allah, Dia Maha suci dari bertempat dalam kaabah dan langit.” (Itthaf as-Sadah al-Muttaqin, j. 2, h. 104)

4. Ibn Hajar Asqalani rah. menuliskan dalam Fath Bari Bi Syarh Shahih al-Bukhari:

(8)

shalat” (Fath al-Bari, j. 2, h. 233)

5. Syekh Mulla Ali al-Qari rah. menuliskan dalam Syarh al-Fiqh al-Akbar, h. 199, salah satu kitab yang amat penting dalam memahami risalah al-Fiqh al-Akbar karya Imam Abu Hanifah rah.:

“Langit adalah kiblat dalam berdoa dalam pengertian bahawa ia adalah tempat bagi turunnya rahmat yang merupakan sebab bagi meraih berbagai macam kenikmatan dan mencegah berbagai-bagai keburukan. Syekh Abu Mu’ain al-Nasafi rah. dalam kitab at-Tamhid tentang hal ini menyebutkan bahawa para muhaqqiq telah menetapkan

mengangkat tangan ke arah langit dalam berdoa adalah murni karena merupakan ibadah”.

6. Syaikh Kamaluddin Bayyadli Hanafi rah. menuliskan dalam kitab Isyarat al-Maram, h. 198:

“Mengangkat tangan dalam berdoa ke arah langit bukan untuk menunjukkan bahawa Allah berada di arah langit-langit yang tinggi, akan tetapi karena langit adalah kiblat dalam berdoa. Karena darinya diminta turun berbagai kebaikan dan rahmat,

sebagaimana Allah berfirman: “Dan di langit terdapat rizki kalian dan apa yang dijanjikan kepada kalian”. (QS. Al-Dzariyat: 22)”.

Bahagian – 4

Dalam tinjauan Imam as-Suyuthi rah., keyakinan hulul, ittihad atau wahdah al-wujud secara sejarah awal mulanya berasal dari kaum Nasrani. Mereka meyakini bahawa Tuhan bersatu dengan Nabi Isa, dalam pendapat mereka yang lain bersatu dengan Nabi Isa dan ibunya, Maryam. Hulul dan wahdah al-wujud ini sama sekali bukan berasal dari ajaran Islam. Bila kemudian ada beberapa orang yang mengaku sufi meyakini dua akidah tersebut atau salah satunya, jelas ia seorang sufi palsu (sesat). Para ulama, baik ulama Salaf maupun Khalaf dan kaum sufi sejati, dari dahulu hinggalah sekarang telah sepakat dan terus memerangi dua akidah tersebut. (as-Suyuthi, al-Hawi…, j. 2, h. 130) Demikian juga penilaian dari Imam al-Ghazali rah., yang mana beliau sudah membahas secara jelas akan kesesatan dua akidah ini. Dalam pandangan beliau, teori yang diyakini kaum Nasrani bahawa al-lahut (Tuhan) menyatu dengan al-nasut (makhluk), yang

(9)

(as-Suyuthi, al-Hawi…, j. 2, h. 130). Di antara karya al-Ghazali yang cukup

komprehensif dalam penjelasan kesesatan faham hulul dan ittihad adalah al-Munqidz Min adl-Dlalal dan al-Maqshad al-Asna Fî Syarh Asma Allah al-Husna. Dalam kedua-dua buku ini dan terdapat juga didalam kitab Ihya Ulumuddin, beliau telah menyerang habis-habisan fahaman kaum sufi palsu ini.

Imam al-Haramain dalam kitab al-Irsyad juga menjelaskan bahawa keyakinan ittihad berasal dari kaum Nasrani. Kaum Nasrani berpendapat bahwa ittihad hanya terjadi hanya pada Nabi Isa, tidak pada Nabi-Nabi yang lain. Kemudian tentang teori hulul dan ittihad ini, kaum Nasrani sendiri berbeza pendapat, sebahagian dari mereka menyatakan bahawa yang menyatu dengan tubuh Nabi Isa adalah sifat-sifat ketuhanan. Pendapat lainnya mengatakan bahawa dzat tuhan menyatu iaitu dengan meresap pada tubuh Nabi Isa laksana air yang bercampur dengan susu. Selain ini ada pendapat-pendapat mereka lainnya. Semua pendapat mereka tersebut secara garis besar memiliki pemahaman yang sama, iaitu pengertian kesatuan (hulul dan ittihad). Dan semua faham-faham tersebut diyakini secara pasti oleh para ulama Islam sebagai kesesatan. (as-Suyuthi, al-Hawi…, j. 2, h. 130, mengutip dari Imam al-Haramain dalam al-Irsyad).

Imam al-Fakh ar-Razi rah. menulis didalam kitab al-Mahshal Fi Ushuliddin:

“Sang Pencipta (Allah) tidak bersatu dengan selain-Nya. Karena bila ada sesuatu bersatu dengan sesuatu yang lain maka bererti sesuatu tersebut telah menjadi dua, bukan lagi satu. Lalu jika keduanya tidak ada atau menjadi hilang (ma’dum) maka keduanya bererti tidak bersatu. Demikian pula bila salah satunya tidak ada (ma’dum) dan satu lainnya ada (maujud) maka bererti keduanya tidak bersatu, karena yang ma’dum tidak mungkin bersatu dengan yang maujud” (as-Suyuthi, Hawi…, j. 2, h. 130, mengutip dari al-Fakh ar-Razi dalam al-Mahshal Fi Ushul al-Dîn).

Al-Qadli ‘Iyadl rah. dalam kitab al-Syifa menyatakan bahawa seluruh orang Islam telah sepakat dalam meyakini kesesatan akidah hulul dan kekufuran orang yang meyakini bahwa Allah bersatu dengan tubuh manusia. Keyakinan-keyakinan semacam ini, dalam tinjauan al-Qadli ‘Iyadl tidak lain hanya datang dari orang-orang sufi palsu (sesat), kaum Bathiniyyah, Qaramithah, dan kaum Nasrani (Al-Qadli ‘Iyadl, al-Syifa…, j. 2, h. 236). Dalam kitab tersebut al-Qadli ‘Iyadl menuliskan:

“Seorang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya atau berkeyakinan bahawa Allah adalah benda, maka dia tidak mengenal Allah (kafir) seperti orang-orang Yahudi. Demikian pula telah menjadi kafir orang yang berkeyakinan bahawa Allah bersatu dengan makhluk-makhluk-Nya (hulul) atau bahawa Allah berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain seperti keyakinan kaum Nasrani” (Al-Qadli ‘Iyadl, al-Syifa…, j. 2, h. 236).

(10)

Imam Taqiyyuddin Abu Bakr al-Hishni dalam Kifâyah al-Akhyar mengatakan bahawa kekufuran seorang yang berkeyakinan hulul dan wahdah al-wujud lebih buruk dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani. Kaum Yahudi menyekutukan Allah dengan mengatakan bahawa ‘Uzair sebagai anak-Nya. Kaum Nasrani

menyekutukan Allah dengan mengatakan bahawa Isa dan Maryam sebagai tuhan anak dan tuhan Ibu; yang oleh mereka disebut dengan doktrin trinitas. Sementara pengikut akidah hulul dan wahdah al-wujud meyakini bahawa Allah menyatu dengan dzat-dzat makhluk-Nya. Ertinya dibandingkan dengan Yahudi dan Nasrani, pemeluk akidah hulul dan wahdah al-wujud memiliki lebih banyak tuhan; tidak hanya satu atau dua saja, karena mereka menganggap bahawa setiap komponen dari alam ini merupakan bahagian dari Dzat Allah, Na’udzu Billâh. Imam al-Hishni menyatakan bahawa siapa pun yang memiliki kemampuan dan kekuatan untuk memerangi akidah hulul dan akidah wahdah al-wujud maka ia memiliki kewajiban untuk mengingkarinya dan menjauhkan orang-orang Islam dari kesesatan-kesesatan dua akidah tersebut (Lihat Hushni, Kifayah al-Akhyar…, j. 1, h. 198).

Imam Ahmad ar-Rifa’i, perintis tarekat ar-Rifa’iyyah, di antara wasiat yang disampaikan kepada para muridnya berkata:

“Majlis kita ini suatu saat akan berakhir, maka yang hadir di sini hendaklah

menyampaikan kepada yang tidak hadir bahawa barang siapa yang membuat bid’ah di jalan ini, merintis sesuatu yang baru yang menyalahi ajaran agama, berkata-kata dengan wahdah al-wujud, berdusta dengan keangkuhannya kepada para makhluk Allah, sengaja berkata-kata syathahat, melucu dengan kalimat-kalimat tidak dipahaminya yang dikutip dari kaum sufi, merasa senang dengan kedustaannya, berkhalwat dengan perempuan asing tanpa hajat yang dibenarkan syari’at, tertuju pandangannya kepada kehormatan kaum muslimin dan harta-harta mereka, membuat permusuhan antara para wali Allah, membenci orang muslim tanpa alasan yang dibenarkan syari’at, menolong orang yang zalim, menghinakan orang yang dizhalimi, mendustakan orang yang jujur,

membenarkan orang yang dusta, berprilaku dan berkata-kata seperti orang-orang yang bodoh, maka saya terbebas dari orang semacam ini didunia dan diakhirat (lihat Sawad al-‘Ainain Fî Manaqib Abî al-‘Alamain karya al-Imam as-Suyuthi).

Al-Hafizh as-Suyuthi dalam kutipannya dari kitab Mi’yar al-Muridin, berkata: “Ketahuilah bahwa asal kemunculan kelompok sesat dari orang-orang yang

berkeyakinan ittihad dan hulul adalah akibat dari kedangkalan pemahaman mereka terhadap pokok-pokok keyakinan (al-Ushul) dan cabang-cabangnya (al-furu’). Dalam pada ini telah banyak atsar yang membicarakan untuk menghindari seorang ahli ibadah (Âbid) yang bodoh. Seorang yang tidak berilmu tidak akan mendapatkan apa pun dari apa yang ia perbuatnya dan orang semacam ini tidak akan berguna untuk melakukan

(11)

suluk” (as-Suyuthi, al-Hawi…, j. 2, h. 133).

Seorang sufi kenamaan, Imam Sahl ibn ‘Abdullah at-Tustari, berkata:

“Dalil atas kesesatan fahaman kesatuan (ittihad) antara manusia dengan Tuhan adalah karena bersatunya dua dzat itu sesuatu yang mustahil. Dua dzat manusia saja, misalnya, tidak mungkin dapat disatukan karena adanya perbezaan-perbezaan diantara keduanya. Terlebih lagi antara manusia dengan Tuhan, tentu sangat mustahil. Karena itu keyakinan ittihad adalah sesuatu yang batil dan mustahil, ia tertolak secara syara’ juga secara

logika. Oleh karenanya kesesatan akidah ini telah disepakati oleh para nabi, para wali, kaum sufi, para ulama dan seluruh orang Islam. Keyakinan ittihad ini sama sekali bukan keyakinan kaum sufi. Keyakinan ia datang dari mereka yang tidak memahami urusan agama dengan benar, yaitu mereka yang menyerupakan dirinya dengan kaum Nasrani yang meyakini bahwa al-nasut (nabi Isa) menyatu dengan al-lahut (Tuhan)” (as-Suyuthi, al-Hawi…, j. 2, h. 134).

Dalam tinjauan Imam al-Ghazali rah., dasar keyakinan hulul dan ittihad adalah sesuatu yang tidak logis. Kesatuan antara Tuhan dengan hambaNya, dengan cara apa pun adalah sesuatu yang mustahil, baik kesatuan antara dzat dengan dzat, maupun kesatuan antara dzat dengan sifat. Dalam pembahasan tentang sifat-sifat Allah, al-Ghazali menyatakan memang ada beberapa nama pada hak Allah yang secara lafazh juga dipergunakan pada makhluk. Namun hal ini hanya keserupaan dalam lafazhnya saja, ada pun secara makna jelas berbeza. Sifat al-Hayat (hidup), misalnya, walaupun dinisbatkan kepada Allah dan juga kepada manusia, namun makna masing-masing sifat tersebut amat berbeza. Sifat hayat pada hak Allah bukan dengan ruh, tubuh, darah, daging, makanan, minuman dan lainnya. Sifat hayat Allah tidak seperti sifat hayat pada manusia.

Imam al-Ghazali menuliskan bahawa manusia diperintah untuk berusaha meningkatkan sifat-sifat yang ada pada dirinya supaya mencapai kesempurnaan. Namun demikian bukan bererti bila ia telah sempurna maka akan memiliki sifat-sifat seperti sifat-sifat Allah. Hal ini sangat mustahil dengan melihat kepada beberapa alasan berikut;

Pertama; Mustahil sifat-sifat Allah yang Qadim (tidak bermula) berpindah kepada dzat manusia yang hadits (Baru), sebagaimana halnya mustahil seorang hamba menjadi Tuhan karena perbezaan sifat-sifat dia dengan Tuhannya.

Kedua; Sebagaimana halnya bahawa sifat-sifat Allah mustahil berpindah kepada hambaNya, demikian pula mustahil dzat Allah bersatu dengan dzat hamba-hambaNya. Dengan demikian maka pengertian bahawa seorang manusia telah sampai pada sifat-sifat sempurna adalah dalam pengertian kesempurnaan sifat-sifat-sifat-sifat manusia itu sendiri. Bukan dalam pengertian bahawa manusia tersebut memiliki sifat-sifat Allah atau bahawa dzat Allah bersatu dengan manusia tersebut (hulul dan ittihad).

(12)

Bahagian – 5

Golongan musyabbihah adalah mereka yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka menyatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.

Golongan ini juga digelar “kaum mujassimah”, iaitu golongan yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Golongan Musyabbihah atau mujassimah (salafi palsu) ini memiliki kekeliruan yang sangat menyesatkan. Mereka menyebutkan jika Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah bererti sama dengan menafikan wujud Allah.

Cukup untuk membantah kesesatan mereka ini dengan mengatakan bahawa Allah bukan benda; Dia bukan benda berbentuk kecil juga bukan benda berbentuk besar. Dan oleh kerana Dia bukan benda maka keberadaan-Nya dapat diterima bahawa Dia ada tanpa tempat dan tanpa arah. Tidak dikatakan bagi-Nya didalam alam ini, juga tidak dikatakan bagi-Nya diluar alam ini. Inilah keyakinan yang telah ditetapkan oleh para ulama

terkemuka dikalangan Ahlussunnah Wal Jamaah dari empat madzhab.

Dan inilah keyakinan Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, dimana mereka telah menetapkan keyakinan tentang kesucian Allah dari menyerupai makhluk-Nya, yang didasarkan kepada firman-Nya bahawa Dia (Allah) sama sekali tidak menyerupai sesuatu apa pun (QS. asy-Syura: 11)

Imam Ibn al-Jawzi al-Hanbali rah., seorang ulama Ahlussunnah wal Jamaah ( bukan Ibnu Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf’u Syubahit Tashbih war Rad ‘alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).

Imam Ibn al-Jawzi al-Hanbali rah. dengan sangat tegas menyatakan bahawa Allah tidak boleh disifat dengan menempel atau terpisah dari sesuatu. Beliau menulis:

“Bila ada yang berkata bahawa menafikan arah dari Allah sama saja dengan menafikan keberadaanNya, jawapan kita pada kesesatan ini: ”Jika kalian berpendapat bahawa segala yang ada itu harus menerima sifat menempel dan terpisah maka pendapat kalian ini benar, namun demikian bahawa Allah mustahil dari sifat menempel dan terpisah lagi benar dan dapat diterima. Jika mereka berkata: ”Kalian memaksa kami untuk

menetapkan sesuatu yang tidak dapat dipahami!”, kita menjawab: ”Jika kalian

bermaksud dengan sesuatu yang dapat dipahami itu adalah adalah sesuatu yang dapat dikhayalkan dan digambarkan oleh akal, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah

(13)

tidak boleh dibayangkan seperti itu kerana Allah bukan benda yang memiliki bentuk dan ukuran. Sesungguhnya, segala apa pun yang dikhayalkan dan digambarkan oleh akal pastilah merupakan benda yang memiliki warna dan memiliki ukuran, kerana khayalan dan gambaran akal itu hanya terbatas pada segala sesuatu yang diindra oleh mata.

Khayalan dan gambaran akal ini tidak dapat membayangkan apa pun kecuali segala apa yang pernah diindra oleh mata karena gambaran adalah buah dari penglihatan dan indra”.

Kemudian jika mereka berkata bahawa pemahaman tersebut tidak dapat diterima oleh akal, maka kita menjawab: ”Telah kita jelaskan bahawa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah dapat diterima oleh akal. Dan sesungguhnya akal sehat itu tidak memiliki alasan untuk menolak terhadap sesuatu yang benar. Ketahuilah, ketika anda tidak dapat meraih apa pun dalam pikiran anda kecuali sesuatu yang pasti merupakan benda atau sifat-sifat benda maka dengan demikian secara logis nyatalah akan kesucian Allah dari dari menyerupai makhluk-Nya. Dan jika anda mensucikan Allah dari segala apa yang ada dalam pikiran dan bayangan anda maka seharusnya demikian pula anda harus mensucikan adanya Allah dari tempat dan arah, juga mensucikan-Nya dari perubahan atau berpindah-pindah” (Lihat al-Baz al-Asyhab, h. 59).

Bahagian – 6

Didalam Al Quran terdapat ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat. Ayat-ayat muhkamat adalah ayat yang terang lagi nyata maknanya manakala ayat-ayat

mutasyabihat mempunyai kesamaran makna pada yang mendengarnya, kerana lafaznya serupa dengan lafaz lainnya, sedangkan maknanya berlainan. Untuk ta’wil ayat dan hadis mutasyabihat memerlukan ilmu yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh ulama-ulama khalaf. Sebahagian ulamak salaf termasuk Ibnu Abbas mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihah. Rasulullah pernah berdoa kepada Ibnu Abbas dengan doa: “Ya Allah alimkanlah dia hikmah dan takwil Al quran” (H.R Ibnu Majah)

Ta’wil bererti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk. Tanpa mengikut Ta’wilan yang sebenar keatas ayat dan hadis mutasyabihat, maka kesilapan dan fitnahlah yang terjadi dikalangan umat Islam.

Allah Taala berfirman:

اEم EنوGعKبDتEيEف ¸}غºيEز ºمKهKبوGلGق ىKف EنيKذDلٱ اDمEأEف ½ ¸}ت¾ـEهKب¾ـEشEتGم GرEخGأEو Kب¾ـEتKكºلٱ ¨مGأ DنGه }ت¾ـEمEك ºح¨م ¸}ت¾ـEياEء GهºنKم Eب¾ـEتKكºلٱ EكºيEلEع EلEزنEأ ÀىKذDلٱ EوGه GهEليKوºأEت GمEل ºعEي اEمEو  ۦKهKليKوºأEت EءآEغKتºبٱEو KةEنºتKفºلٱ EءآEغKتºبٱ GهºنKم EهEب¾ـEشEت  اEنÅبEر KدنKع ºنÅم ¸ÆلGك ۦKهKب اDنEماEء EنوGلوGقEي KمºلKعºلٱ ىKف EنوGخKسٲDرلٱEو  GDلٱ DلKإ Éۥ

(14)

Kب¾ـEبºلE ºلٱ MاوGلMوGأ DلKإ GرDكDذEي اEمEو

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.

Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya

kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan

maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Ali Imron : 7)

Dari itu mengikut para ulama mahzab ASWJ, Ta’wilan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama, Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya. (sebagai contohnya perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah maha suci dari bersifat duduk dan bertempat.

Manakala Ta’wilan kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy, iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah seperti istawa bagi Allah bererti Maha Berkuasa kerana Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa.

Seluruh ayat-ayat mutasyabihat dan hadits-hadits mutasyabihat yang zahirnya seakan Allah berada di langit atau seakan berada di atas langit dengan jarak antara Allah dan langit itu sendiri, tidak boleh dipahami secara zhahirnya. Samaada ayat-ayat tersebut bermakna keagungan Allah tanpa ditakwil seperti pandangan ulama Salaf atau ayat tersebut ditakwilkan dengan makna yang sebenar seperti bererti menguasai atau menundukkan (al-Qahr wa al-Ghalabah wa al-Istila’) sebagaimana pandangan ulama Khalaf.

Contohnya Firman Allah dalam QS. Thaha: 5: :هط- ىEوEتMسا Kش MرEعMلا ىEلEع Gنم Mح•رلا

5

(15)

boleh difahami makna zhahirnya, dari itu, para ulama Salaf tidak banyak menggeluti pentakwilan ayat ini dengan menentukan makna tertentu baginya. Mereka hanya

mengatakan bahawa makna "istawa" dalam ayat tersebut adalah makna yang sesuai bagi keagungan Allah, dengan meyakini kesucianNya dari menyerupai sifat-sifat makhluk sebagaimana para ulama Salaf sepakat dalam menafikan sifat-sifat benda dari Allah. Sementara itu, para ulama Khalaf mempunyai pandangan yang berbeza dengan para ulama Salaf, (dalam mana kedua-dua pandangan adalah ahlu haq-benar), melakukan takwil bahawa makna istawa dalam ayat tersebut bererti menguasai dan menundukkan (al-Qahr wa al-Ghalabah wa al-Istila’). Menafsirkan makna istawa dengan

menundukkan (al-Istila’) tidak berarti menuntut keharusan adanya pertarungan dan mengalahkan terlebih dahulu (Sabq al-Mughalabah). Kerana yang dimaksud dengan makna al-Istila’ di sini adalah al-Qahr; yang berarti menguasai tanpa harus

mengalahkannya terlebih dahulu. Karena sifat al-Qahr ini adalah sifat yang terpuji bagi Allah, dan Allah sendiri memuji diriNya dengan sebutan nama al-Qahhar dan al-Qahir; yang bererti menguasai seluruh makhlukNya,

Sebagaimana firman Allah Taala: ماعنلا- KهKداEبKع Eق MوEف GرKهاEقMلا EوGهEو

18

Ertinya; “Dia Allah yang menguasai para hamba-Nya”. (Surah al anam 18) Makna istawa dalam pengertian ”menguasai” (al-Istila’ wa al-Qahr) juga telah

dinyatakan oleh seorang ahli fiqih terkemuka, ahli hadits, dan ahli bahasa, iaitu Imam al-Hafizh Taqiyuddin ‘Ali ibn Abd al-Kafi as-Subki. Beliau berkata: “Seorang yang

mentakwil semacam ini (takwil Istawa dengan Istawla) sama sekali tidak melakukan kesalahan yang dilarang, dan juga orang tersebut tidak mensifati Allah dengan sifat yang tidak boleh bagi-Nya (Ertinya takwil tersebut sesuatu yang dibenarkan)” (Ithaf as-Sadah al-Muttaqin, j. 2, h. 107).

Takwil Istawa dalam makna Istwla ini, juga telah diberlakukan oleh al-Imam Abu Nashr al-Qusyairi, beliau berkata:

“Jika ada yang mengatakan bahwa memaknai istawa dengan istaula (menundukkan) memberikan pemahaman bahawa seakan-akan Allah sebelumnya tidak menguasai arsy lalu kemudian Allah menundukkan dan menguasainya, jawapannya; Jika demikian bagaimana dengan firman Allah: Wa Huwa al-Qahur Fawqa ’Ibadih” (QS. al-An’am: 18), yang dengan jelas mengatakan bahawa Allah menguasai para hambaNya, adakah itu bererti sebelum Allah menciptakan para hamba tersebut Dia tidak menguasai mereka? Adakah itu bererti Allah tidak menguasai mereka lalu kemudian menguasai dengan menundukkan mereka? Bagaimana mungkin dikatakan demikian, padahal para hamba

(16)

itu adalah makhluk-makhluk yang baru, Allah yang menciptakan mereka dari tidak ada menjadi ada. Justru sebaliknya, --kita katakan kepada mereka-- (kaum Musyabbihah): Jika makna ayat tersebut seperti yang kalian dan orang-orang bodoh sangka bahawa Allah bertempat dengan DzatNya diatas arsy, maka itu bererti menurut kalian Allah berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, kerana arsy itu makluk Allah. Ertinya menurut pendapat kalian Allah berubah dari tidak berhajat kepada arsy

kemudian menjadi berhajat kepadanya setelah Dia menciptakannya. (Dengan demikian harus dipahami bahawa arsy itu baru, sementara istawa adalah sifat Allah yang azali). Maka itu, makna bahawa makna Allah Maha Tinggi adalah dalam pengertian keagungan dan derajatNya, bukan dalam pengertian tempat, karena Allah Maha Suci dari

memerlukankan kepada tempat dan arah” (Ithaf as-Sadah al-Muttaqin Bi Syarh Ihya’ ’Ulumiddin, j. 2, h. 108-109).

Sebahagian penafsiran lafaz istawa menurut Kitab Tafsir Mu’tabar sebagaimana contohnya ayat didalam surah ar Ra’d:

1- Tafsir al Qurtubi

(شرعلا ىلع ىوتسا مث ) dengan makna penjagaan dan penguasaan 2- Tafsir al-Jalalain

(شرعلا ىلع ىوتسا مث ) istiwa yang layak bagiNya 3- Tafsir an-Nasafi Maknanya:

makna ( شرعلا ىلع ىوتسا مث) adalah menguasai. 4- Tafsir Ibnu Kathir:

(شرعلا ىلع ىوتسا مث ) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada tafsirnya surah al Araf, sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat(bentuk) dan penyamaan. Disini Ibnu Katsir mengunakan ta’wil ijtimalliy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya.

Al Imam Ahmad ar-Rifa’i (W. 578 H) dalam al Burhan al Muayyad berkata: “Jagalah akidah kamu sekalian dari berpegang kepada zahir ayat al Quran dan hadits Nabi Muhammad s.a.w yang mutasyabihat sebab hal ini merupakan salah satu pangkal kekufuran”.

(17)

Syaidina Ali r.a berkata: "Sebahagian golongan dari umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang-orang kafir." Seseorang bertanya kepadanya : "Wahai Amirul Mukminin, apakah sebab kekufuran mereka? Adakah karena membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran?” Syaidina Ali r.a menjawab : "Mereka menjadi kafir kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah SWT) dan

mensifatiNya dengan sifat-sifat benda serta anggota-anggota badan." (Imam Ibn Al-Mu'allim Al-Qurasyi (w. 725 H) dalam Kitab Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu'tadi) Salah seorang ulama Salaf, Imam at Tohawi rah. (wafat 321 hijrah) berkata:

رفك دقف رشبلا ىناعم نم ىنعمب ا فصو نمو

Maknanya: barang siapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir. Kemudian ulama’-ulama’ Ahlu Sunnah telah menafsirkan istiwa yang terkandung di dalam Al quran dengan makna menguasai arasy kerana arasy adalah makhluk yang paling besar, oleh itu ia disebutkan dalam al Quran untuk

menunjukkan kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sepertimana kata-kata Syaidina Ali yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya At-Tabsiroh: هتاذل ناكم هذختي ملو هتردقل اراهظا شرعلا قلخ ىلاعت ا نا

Maknanya: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-arasy untuk menzohirkan kekuasaanya, bukannya untuk menjadikan ia tempat bagi Nya.

Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: "Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat)." (Al-Aqidah At-Tohawiyyah)

Dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir rah., beliau menolak makna zahir untuk Istawa (lihat surat al -a’raf ayat 54, jilid 2 halaman 295):

“{kemudian beristawa kepada arsy} maka manusia pada bahagian ini banyak sekali perbezaan pendapat tidak ada yang memerincikan makna (membuka/menjelaskannya) (lafadz istiwa) dan sesungguhnya kami menempuh dalam bahagian ini seperti apa yang dilakukan salafusholih, Imam Malik, Imam Auza’I dan Imam Atsuri, Allaits bin Sa’ad dan Imam Syafi, Imam Ahmad dan Ishaq bin Rawahaih dan selainnya dan ulama-ulama Islam masa lalu dan masa sekarang. Dan lafadz (istawa) tidak ada yang memerincikan maknanya seperti yang datang tanpa takyif (memerincikan bagaimananya) dan tanpa tasybih (penyerupaan dengan makhluq) dan tanpa ta’thil(menafikan) dan (memaknai lafadz istiwa dengan) makna zahir yang difahami (menjerumuskan) kepada pemahaman golongan musyabih yang menafikan dari (sifat Allah) iaitu Allah tidak serupa dengan makhluqnya…”

Kemudian Ibnu Kathir rah. melanjutkan lagi :

(18)

Melihat” [al-Syura: 11]. Bahkan perkaranya adalah sebagaimana yang dikatakan oleh para imam, diantaranya Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru al-Bukhari, beliau

berkata: “Siapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, ia telah kafir, dan siapa yang mengingkari apa yang Allah mensifati diri-Nya, maka ia kafir, dan bukanlah

termasuk tasybih (penyerupaan) orang yang menetapkan bagi Allah Ta’ala apa yang Dia mensifati diri-Nya dan Rasul-Nya dari apa yang telah datang dengannya ayat-ayat yang sharih (jelas/ayat muhkamat) dan berita-berita (hadits) yang shahih dengan (pengertian) sesuai dengan keagungan Allah dan menafikan dari Allah sifat-sifat yang kurang; bererti ia telah menempuh hidayah.”

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein rah. (94 H) berkata: "Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat" (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

Imam Ja'far As-Sodiq rah. (148 H) berkata: "Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik..."

(risalah Al-Qusyairiyah: 6)

Imam Abu Hanifah rah. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersama-Nya). Dialah yang menciptakan segalanya. (Fiqh Al-Absath: 25)

Imam As-Syafi'e rah. (204 H) berkata:Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia

menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadian-Nya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifat-Nya atau zat-Nya." (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 2/24).

Sheikhul Hanabilah Imam Abu Al-Fadhl meriwayatkan daripada Imam Ahmad rah. yang berkata ketika mensyarahkan makna istiwa': "Iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah s.w.t. sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia diatas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya)

daripada setiap sesuatu.Tidak boleh seseorang berkata bahawa-sanya, istiwa itu zat Allah s.w.t. menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah s.w.t. daripadanya

(bertempat tersebut) setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut" (Risalah At-Tamimi: 2/265-290)

Imam At-Tabari rah. berkata: "Jelaslah bahawa Allah s.w.t. qadim, Tuhan kepada seluruh makhluk dan Penciptanya. Dialah yang Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia juga kekal setelah kewujudan makhluk. Dialah yang Maha Awal sebelum segala sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah s.w.t. itu wujud tanpa masa,

(19)

zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selain-Nya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (oleh-Nya)."(Tarikh At-Tabari : 1/26)

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari rah. (324 H) berkata: "Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat." (Tabyiin Kazbul Muftari: 150)

Bahagian – 8

Terdapat pihak-pihak (contohnya golongan zahiriyyah yang terlalu berpegang dengan makna literal) menggunakan hadits an-Nuzul dan juga hadits al-Jariyyah untuk jadikan dalil bahawa adanya arah bagi Allah, iaitu arah atas namun pendapat ini telah lama disanggah oleh ulama-ulama haq sebagaimana kata-kata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rah. dalam pengertian makna sebenar akan hadits ini:

“Hadits ini (an-Nuzul) dijadikan dalil oleh mereka yang menetapkan adanya arah bagi Allah, iaitu arah atas. Namun demikian keyakinan majoriti (ASWJ) mengingkari hal itu. Kerana menetapkan arah bagiNya sama saja dengan menetapkan tempat bagiNya. Dan Allah maha suci dari semua itu” (fath al-Bari, j. 3, h. 30).

“Keyakinan para Imam salaf dan ulama Ahlussunnah dari Khalaf adalah bahawa Allah maha suci dari gerak, berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, menyatu dengan sesuatu. Dia tidak menyerupai segala apapun” (Fath al-Bari, j. 7, h. 124).

“Bahawa arah atas dan arah bawah adalah sesuatu yang mustahil bagi Allah, hal ini bukan bererti harus menafikan salah satu sifat-Nya, yaitu sifat al-‘Uluww. Karena pengertiannya adalah dari segi maknawi bukan dari segi indrawi. (Dengan demikian makna al-‘Uluww adalah Yang maha tinggi derajat dan keagunganNya, bukan dalam pengertian berada diarah atas). Kerana mustahil pengertian al-‘Uluww ini secara

indrawi. Inilah pengertian dari beberapa sifatNya; al-‘Aali, al-‘Alyy dan al-Muta’li. Ini semua bukan dalam pengertian arah dan tempat, namun demikian Dia mengetahui segala sesuatu” (Fath al-Bari, j. 6, h. 136).

Hadits an-Nuzul ini adalah seperti hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: نEمEو Gهل بMي KجEتMسأEف يKنوGعMدEي MنEم :ل MوGقEي رKخلا Kلي•للا GثGلGث ىEقMبEي EنMيKح اEيMن•دلا KءاEم•سلا ىEلإ ÔةEليEل DلGك ىEلاEعEتEو EكEراEبEت اEن•بEر GلKزـMنEي يراخبلا هاور) Gهل رKفMغأف ينرKفMغEتMسEي MنمEو هيKطMعأف يKنلأMسEي)

(20)

sepertiga malam terakhir. Maka Ia berkata: “Barangsiapa siapa yang berdo’a kepada-Ku akan Aku kabulkan doanya; barangsiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri permintaanya; dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni dia”. (HR. Bukhari Muslim)

Hadits an-Nuzul ini tidak boleh difahami dalam makna zahirnya, kerana makna zahirnya adalah turun dari arah atas kearah bawah, ertinya bergerak dan berpindah dari satu

tempat ke tempat yang lain, dan itu mustahil pada hak Allah. Imam an-Nawawi dalam kitab Syarh Shahih Muslim dalam menjelaskan:

“Hadits ini termasuk hadits-hadits tentang sifat Allah. Dalam memahaminya terdapat dua pendapat masyhur di kalangan ulama:

Pertama: Majoriti ulama Salaf dan sebahagian ulama ahli Kalam (teologi), iaitu dengan mengimaninya bahawa hal itu adalah suatu yang hak dengan makna yang sesuai bagi keagungan Allah, dan bahawa makna zahirnya yang berlaku dalam makna makhluk adalah makna yang bukan dimaksud. Mazhab pertama ini tidak mengambil makna tertentu dalam memahaminya, ertinya mereka tidak mentakwilnya. Namun mereka semua berkeyakinan bahawa Allah Maha Suci dari sifat-sifat makhluk, Maha Suci dari pindah dari suatu tempat ke tempat lain, Maha Suci dari bergerak, dan Maha Suci dari seluruh sifat-sifat makhluk. (Tafwidh Ma'na: Iaitu menyerahkan makna sebenar nas mutasyabihat tersebut kepada Allah s.w.t. tanpa mendalaminya)

Kedua: Majoriti ahli Kalam (kaum teologi) dan beberapa golongan dari para ulama Salaf, bahawa mereka telah melakukan takwil terhadap hadits ini dengan menentukan makna yang sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. (Ta'wil Qarib: Iaitu memberi makna sebenar (makna lain) kepada nas mutasyabihat tersebut berdasarkan konsep yang

bersesuaian dengan aqidah Islam yang murni)

Ahli tafsir terkemuka, Imam Qurthubi rah. dalam menafsirkan firman Allah: ”Wa al-Mustaghfirîn Bi al-Ashâr” (QS. Ali ’Imran: 17), artinya; ”Dan orang-orang yang

beristighfar di waktu sahur (akhir malam)”, beliau menyebutkan Hadits an-Nuzul dengan beberapa komentar ulama tentangnya, kemudian beliau menuliskan sebagai berikut:

“Pendapat yang paling baik dalam memaknai Hadits an-Nuzul ini adalah dengan merujuk kepada hadits riwayat an-Nasa-i dari sahabat Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudriy, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

ÔرKفMغEتMسGم MنKم MلEه ،هEل GباEجEتMسGي ÔعاEد MنKم MلEه :لMوGقEيEف اfيKداEنGم GرGمأي •مGث Kل•ولا KلMي•للا GرMطEش EيKضMمEي ى•تEح GلKهMمGي •لEجEو •زEع Eا •نإ ىEطMعGي ÔلKئاEس MنKم MلEه ،Gهل GرEفMغGي

(21)

”Sesungguhnya Allah mendiamkan malam hingga lewat separuh pertama dari malam tersebut, kemudian Allah memerintah Malaikat penyeru untuk berseru: Adakah orang yang berdoa? Maka ia akan dikabulkan. Adakah orang yang meminta ampun? Maka ia akan diampuni. Adakah orang yang meminta? Maka ia akan diberi.

Sebegitu juga dalam hadits Al-Jariyyah, para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah, baik salaf mahupun khalaf, mengunakan salah satu daripada dua manhaj tersebut yang mana

kedua-duanya sebenarnya adalah ta'wil (palingkan) daripada makna zahir atau daripada maknanya dari sudut bahasa.

Hadits Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim dengan lafaz aina Allah, didapati bahawa-sanya ianya tidak boleh dijadikan sandaran kepada persoalan akidah kerana faktor-faktor selain daripada ianya syaz (terasing dengan menyalahi yang lebih banyak) dan

mudthorib (marjuh atau lemah berbanding yang lebih kuat) dari sudut matannya, ianya juga merupakan hadith yang kembali kepada berbilang-bilang lafaz sehingga tidak lagi boleh dijadikan dalil yang qat'ie yang membawa kepada ilmu atau keyakinan.

Ini kerana lafaz aina Allah (dimana Allah) dan lafaz fi As-Sama' (dilangit) itu sendiri merupakan daripada nas-nas mutasyabihat, yang mana yang dimaksudkan bukanlah dengan makna zahir bagi nas-nas tersebut.

Hadits Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim adalah tentang seorang sahabat datang

menghadap Rasulullah s.a.w menanyakan prihal budak perempuan yang dimilikinya, ia berkata: ”Wahai Rasulullah, tidakkah aku merdekakan saja?”. Rasulullah s.a.w berkata: ”Datangkanlah budak perempuan tersebut kepadaku”. Setelah budak perempuan tersebut didatangkan, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: “Aina Allah?” (Dimana Allah)

Budak tersebut menjawab: “Fi as-sama’” (Dilangit). Rasulullah bertanya: “Siapakah aku?”. Budak menjawab: “Engkau Rasulullah”. Lalu Rasulullah berkata (kepada

pemiliknya): “Merdekakanlah budak ini, sesungguhnya ia seorang yang beriman” (HR. Muslim)

Para ulama' seperti Imam Ibn Jauzi, Imam An-Nawawi, Imam Qurthubi, Imam Al-Baji dan lain-lain ketika berinteraksi dengan hadith Al-Jariyyah dari riwayat Imam Muslim ini cuba mengambil langkah untuk mendekatkan makna aina (dimana) dengan kefahaman yang sahih, iaitu dengan kefahaman yang tidak membawa kepada fahaman tajsim atau "Allah s.w.t. Bertempat". Mereka menolak konsep dan fahaman "Allah bertempat di atas Arasy", lalu mensyarahkan hadits Al-Jariyyah versi Imam Muslim ini dengan syarahan yang menepati aqidah murni Islam.

Imam An-Nawawi rah. menukilkan seperti berikut: "Imam Al-Qadhi 'Iyad berkata:

(22)

ءامسلا يف ا ركذب ةدراولا رهاوظلا نأ - مهراظنو مهدلقمو مهملكتمو مهثدحم - ةبطاق نيملسملا نيب فلخ ل مهعيمج دنع ةلوأتم اهنأو ،اهرهاظ ىلع تسيل اهنأ ((ءامسلا يف نم متنمأأ)) :هلوقك...

"Tidak ada khilaf di kalangan umat Islam sekaliannya samada dari kalangan ahli-ahli fiqh, ahli-ahli hadith mereka, ahli-ahli kalam, para pemuka mahupun pengikut mereka bahawa-sanya segala nas yang pada zahirnya menyebut Allah di langit seperti firman Allah ta`ala: "Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pusat pemerintahan-Nya) di langit itu, menunggang-balikkan bumi menimbus kamu…" dan sebagainya tidaklah dimaksudkan dengan makna zahirnya. Bahkan, ianya ditakwilkan di sisi mereka semua (bukan difahami dengan makna zahir)."

Imam Ibn Al-Jauzi rah. ketika mengulas tentang hadith Al-Jariyyah ini menyebutkan ميظعت اهتاراشإب فرع امنإو ،راطق لا همضت ل و ضرلاو ءامسلا هيوحت ل ىلاعت ا نأ ءاملعلا دنع تبث دق تلق اهدنع قلاخلا

Maksudnya: Telah tetap bagi ulama' bahawa-sanya Allah s.w.t. tidak diliputi oleh langit mahupun bumi dan tidak terangkum dalam mana-mana tempat. Namun, Rasulullah s.a.w. mengetahui dengan isyarat hamba perempuan tersebut bahawa dia mengagungkan Maha Pencipta" (Daf' Syubah At-Tasybih 189)

Imam Ibn AL-Jauzi Al-Hanbali mengkritik keras mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Hanbali dengan berkata:

"Janganlah kamu melakukan bid’ah terhadap mazhab ini (Hambali) yang sememangnya bukan daripada mazhab ini sendiri iaitu kamu membicarakan hadith (yang mutasyabihat) lalu menetapkannya hadith berkenaan secara zahirnya. Jika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan Dzat-Nya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terbatas dengan kebendaan (hissiyyat). Bahkan, kita tidak boleh

mengabaikan suatu neraca yang ditetapkan secara asal oleh syariat iaitulah "akal" itu sendiri. Dengan "akal" jugalah kita mengenal Allah s.w.t. dan mengenal sifat qadim-Nya. Kalau kamu sekadar membacakan hadits (menyebut lafaz) kemudian berdiam diri daripada membicarakannya (tidak memperincikan lafaz mutasyabihat) tersebut nescaya tiada orang yang mengingkari kamu. Masaalahnya adalah, kamu menetapkannya (lafaz mutasyabihat tersebut) dengan makna zahirnya yang buruk (tidak layak bagi Allah). Janganlah kamu memasukkan (menisbahkan) kepada mazhab lelaki yang soleh lagi salaf (Imam Ahmad) ini apa yang bukan daripada mazhab itu sendiri. Kamu telah menutup mazhab ini (Imam Ahmad) dengan kain sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan orang lain menyangka pengikut mazhab Hanbali sebagai Mujassim. (Daf' Syubah At-Tasybih)

(23)

Imam Ibn Rajab Hanbali berpesan tentang hal ini:

ةعباتم ىلإ بستنا نم ثدحو ةريثك ثداوح مهدعب ثدح هنإف -ةمئلا يأ – مهدعب ثدح امم رذح ىلع ناسنلا نكيلو ملام ذخأب وأ همهفي مهفب مهنع هدارفناو ةمئلا نع هذوذشل اهل ةفلاخم دشأ وهو مهوحنو ةيرهاظلا نم ثيدحلاو ةنسلا هلبق نم ةمئلا هب ذخأي

Maksudnya: “Hendaklah seseorang itu berhati-hati tentang apa yang berlaku kemudian setelah mereka (para ulama’ salaf terdahulu) kerana banyak berlaku setelah mereka perkara-perkara buruk. Ada berlaku orang dari kalangan Zahiriyyah (golongan yang terlalu berpegang dengan zahir bagi nas-nas mutasyabihat dan sebagainya) yang menisbahkan diri mereka kepada Sunnah dan Hadith (mengaku ahlus-sunnah dan ahli hadith) dan sebagainya, sedangkan dia sangat menyalahi Sunnah kerana terpinggir daripada para ulama’ (majoriti) dan terasingnya dia dengan kefahamannya sendiri dan pegangannya yang tidak pernah dipegang oleh para ulama’ sebelumnya”. (risalah Fadhl Ilm As-Salaf)

Bahagian – 9

Terdapat pihak (contohnya golongan Mutazilah) memperkatakan perkataan Allah disetiap tempat dan ini disanggah oleh para ulama al-Asy'ariyah sebagaimana mereka juga menyanggah Allah bertempat dilangit.

Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Shafii al-Ashari rah. (w. 852 H) dalam kitabnya Fathul-Bari:

ماق اذإ مكدحأ نإ) :ثيدح يف يأ – هيفو حضاو لهج وهو ناكم لك يف ا نأب نيلئاقلا ةلزتعملا ضعب هب عزن دقو هتاذب شرعلا ىلع هنأ معز نم ىلع •درلا – (ةلبقلا نيبو هنيب ه•بر نإ ه•بر يجاني هنإف هتلص يف

Maksudnya: “Dan sesungguhnya ini dipertikai oleh sebahagian golongan al-Mutazilah yang berkata bahawa Allah itu disetiap tempat, sedangkan ini suatu kejahilan yang

nyata. Dan dalamnya – iaitu dalam hadis (نيبو هنيب ه•بر نإ ه•بر يجاني هنإف هتلص يف ماق اذإ مكدحأ نإ ةلبقلا) – ada sanggahan ke atas sesiapa yang menganggap bahawa Dia diatas Arasy

dengan zatNya”. (Intaha)

Al-Shaykh Abdul-Wahhab ibn Ahmad al-Sharani berkata dalam kitabnya al-Yawaqit wal-Jawahir:

ةيردقلاو ةلزتعملا لوقت امك ناكم لك يف ىلاعت هنإ لاقي نأ زوجي ل

(24)

seperti yang dikatakan oleh golongan al-Mutazilah dan al-Qadariyyah”. (Intaha) Ibn Kathir rah. (w. 774 H) berkata dalam kitab Tafsirnya:

ناكم لك يف هنأب اfريبك اf•ولع مهلوق نع ىلاعت لئاقلا لولا ةيمهجلا لوق راكنإ ىلع نورسفملا قفتا

Maksudnya: “Ulama tafsir bersepakat bagi menginkari pendapat al-Jahmiyyah golongan pertama yang berkata bahawa Allah itu di setiap tempat (Allah maha suci dari pendapat mereka ini)”. (Intaha)

Al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi al-Shafii al-Ashari rah. (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Itiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad:

زع هلوقو ناكم لك يف هتاذب ىلاعتو هناحبس ا نأ ةيمهجلا نم معز نم لوق لاطبإ ىلع ةللد تايلا نم انبتك اميفو هتاذب ل هملعب هب دارأ امنإ ((MمGتنGك اEم EنMيEأ MمGكEعEم EوGهEو)) :لجو

Maksudnya: “Dan dalam ayat-ayat yang telah kami tulis itu ada suatu pendalilan bagi membatalkan pendapat daripada sangkaan golongan al-Jahmiyyah bahawa Allah

Subhanahu wa-Taala itu berada di setiap tempat dengan zatNya. Dan firman Allah azza wa-jall: MمGتنGك اEم EنMيEأ MمGكEعEم EوGهEو sebenarnya bermaksud dengan ilmu-Nya bukannya dengan zat-Nya”. (Intaha)

Hujjatul-Islam Abu Hamid al-Ghazali al-Shafii al-Ashaari rah. (w. 505 H) berkata bagi menyanggah Jahm ibn Safwan yang merupakan salah seorang daripada pemuka-pemuka ahli bidaah dalam kitabnya al-Arbain fi Usulid-Din:

عجرو •لضف •لز دقف ةهج وأ ناكم ىلإ هبسن نم لكو .ناكم لك يف هنإ :لاق نم طلغ هنمف هطلغ عقاوم يف كبترت لو اهقئلعو ماسجلا زواجي ملو مئاهبلا تاسوسحم يف فرصتلا ىلإ هرظن ةياغ

Maksudnya: “Dan jangan anda meragukan diri anda tentang beberapa tempat

kesalahannya. Antaranya ialah kesalahan orang yang berkata bahawa Dia (Allah) itu disetiap tempat. Dan setiap orang yang menisbahkan-Nya kepada suatu tempat atau suatu arah maka dia telah menyeleweng dan sesat, dan kemuncak pandangannya

merujuk kepada beralih dalam perkara yang dirasai oleh binatang, sedangkan Allah tidak ada kaitan dengan segala jisim dan perkara yang ada kaitan dengan jisim dan perkara-perkara yang berkaitan dengan jisim..” (Intaha)

Al-Mutakallim Ibn Furak al-Ashari rah. (w. 407 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith:

ركنم اندنع ليوأتلا اذهو ةلزتعملا بهذم وهو ناكم لك يف ا نأب لوقلا يف راجنلا بهذم بهذي ناك يجلثلا نأ ملعا ناكم لك يف وأ ناكم يف ىلاعت ا نإ لاقي نأ زوجي ل هنأ لجأ نم

(25)

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa al-Thalji pernah berpegang dengan mazhab al-Najjar dalam pendapat bahawa Allah itu disetiap tempat, sedangkan ini juga mazhab

al-Mutazilah. Takwil ini di sisi kami adalah suatu kemunkaran dari kerana tidak boleh dikatakan bahawa Allah Taala itu berada di suatu tempat atau disetiap tempat”. (Intaha.) Al-Mutakallim Ibn Furak berkata lagi:

نأ غوسي ل هنأ ىرت لأ اfعونمم ظفللاو اfحيحص مهانعم ناك ريبدتلاو ملعلا ىلإ كلذ قلطإ ىنعم يف اوعجر ام ىتمف هل }ربدم كلذب ملاع هنأ ىنعم ىلع هيف نكمتم وأ لاح وأ هل سامم وأ ناكم لكل رواجم ىلاعت ا نإ لاقي

Maksudnya: “Maka apabila mereka merujuk makna ungkapan itu kepada ilmu dan tadbir maka makna mereka itu sahih dan lafaz pula dilarang. Bukankah anda melihat bahawa tidak boleh mengungkap untuk berkata bahawa Allah Taala itu bersebelahan disetiap tempat, atau bersentuhan dengan setiap tempat, atau meresap di setiap tempat, atau bertempat disetiap tempat dengan makna bahawa Dia mengetahui dan mentadbir setiap tempat?”. (Intaha)

Bahagian – 10

Akidah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iaitu akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh golongan zindiq, Mujassim, Mutazilah dan sebagainya dalam mana Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w

sepanjang waktu dalam sejarah Islam. Mana-mana pihak yang mengkafirkan Asya’irah dan Maturidiyyah atau menghukum fasiq terhadap Asya’irah dan Al-Maturidiyyah maka sesungguhnya akidah pihak tersebut sendiri adalah dalam bahaya. Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid. Kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin oleh Imam al-Zabidi (syarh Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali).

Akidah yang benar disisi Islam iaitu Aqidah Al-Asyairah adalah Allah Ta’ala tidak dilingkungi oleh tempat dan Dia tidak ditetapkan dengan zaman kerana tempat dan zaman adalah makhluk yang mana Allah maha suci daripada meliputi apa sahaja makhlukNya, bahkan Dialah Pencipta setiap sesuatu dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu, demikianlah akidah yang telah disepakati oleh umat Islam dan para-para ulama Islam telah menyatakan : “ Allah telah sedia wujud tanpa bertempat dan Dia sediakala sebelum mencipta tempat dan tidak berubah sama sekali ”.

(26)

Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary rah. dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".

Imam Abu Hasan Al-Asya’ary menyatakan : ” Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah diangkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaan-Nya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagungan-Nya “. Inilah catatan sebenarnya dalam kitab Al-Ibanah.

Namun terdapat kitab Al-Ibanah cetakan golongan Mujassim yang menokok-nambah dan melakukan pendustaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asya’ary dan ini wajar

diwaspadai. Malah kitab-kitab lain seperti contohnya Diwan Syafie mahupun Riyadlus-Sholihin kitab Imam Nawawi juga diubah-ubahkan atau ditokok-tambah dalam cetakan golongan yang tidak bertanggung-jawab ini.

Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir rah. berkata dalam kitab beliau berjudul Tabyil Kazib Al-Muftary Fima Nusiba Ila Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Asy’ary ( Kenyataan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary) katanya: “ Semoga Allah memberi taufik kepadaku dan kepadamu dan mengolongkan dalam

golongan orang bertaqwa, ketahuilah bahawa-sanya daging ulama yang diracun

(difitnah) dan Allah akan membalasnya, barangsiapa menyandarkan keatas ulama Islam pendustaan maka Allah akan menimpakan kepadanya bala yang besar ketika dia mati dengan mematikan hatinya”.

Imam Ahmad Bin Hambal rah.: " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Imam Abu Hanifah rah. menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sahih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata: " Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya

sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini". Manakala riwayat yang berbunyi "dan bentuk bagi

(27)

Allah itu adalah dijahili", ianya riwayat yang tidak sahih.

Imam Syafie rah. telah berkata: " Barang-siapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal rah. : " Barang-siapa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir". Diriwayat oleh Al-Hafiz

Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Imam Ja’far As-Sodiq rah. berkata: “ Barang-siapa menganggap Allah itu dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau atas sesuatu benda maka dia telah syirik (kafir) kerana

sekiranya Allah didalam sesuatu maka Dia mempunyai ukuran, sekiranya dikatakan Allah atas sesuatu benda maka Dia dipikul dan sekiranya Dia daripada sesuatu maka Dia makhluk”.

Justeru itu apabila disebutkan golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah atau pun pegangan Salaf dan Kalaf, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi.

Dr Sa’ed Ramadhan al Buty dalam khutbahnya yang dipaparkan di laman web beliau yang bertajuk “al Asya’irah wa al Maturidiyyah” berkata:

“Siapakah Asya’irah dan Maturidiyyah? Mereka adalah lisan yang menterjemahkan “Aqidah sawad al a’zam” (majoriti Ulama’) dan Rasulullah s.a.w memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan majoriti”.

Dr Saed Ramadhan al Buty memberi penjelasan yang dimaksudkan di dalam hadith Rasulullah s.a w sebagai “sawad l a’zam” (majoriti Ulama’) adalah “Asya’irah dan Maturudiyyah”. Beliau juga menekankan betapa dharurahnya kita berpegang dengan “sawad al a’azam” berdasarkan perintah Rasulullah s.a.w yang menyebutkan “’alaikum bi al sawad al a’azam” yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan amalan yang berpaksikan majoriti ulama’.”

- Wajarlah sentiasa disampaikan lagi dan lagi dengan segala cara serta dimana sahaja agar aqidah ASWJ bahawa Allah wujud tanpa tempat ini dapat difahami oleh setiap lapisan orang-orang Islam - Wassalam

Referensi

Dokumen terkait

Sistem Genital Jantan pada Katak Sawah (Rana cancrivora) Keterangan Gambar : 1.1. Sistem Genitalia Marmut Betina (Cavia porcellus) Keterangan

Ischialgia timbul akibat perangsangan serabut-serabut sensorik yang berasal dari radiks posterior lumbal 4 sampai sakral 3, dan ini dapat terjadi pada setiap bagian nervus

Tujuan yang ingin dicapai dalam penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan cara meningkatkan kemampuan berbicara anak usia 4-5 tahun melalui metode karya wisata

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan konstruksi karakter nasionalisme pada film Soegija, Analisis Isi untuk Pembelajaran Pendidikan Pancasila dan

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui peningkatan minat dan respon siswa dalam pembelajaran matematika melalui model pembelajaran TAPE kelas VII F SMP Negeri

Di setiap perulangan, sejumlah kandidat dibentuk dari large sequence (Lk-1) yang terbentuk dari perulangan sebelumnya sebagai seed set. Seed set dari awal perulangan diambil

Sementara responden yang tidak setuju berjumlah 137 orang dengan alasan stereotip yang selama ini banyak dikemukakan tentang becak, yaitu misalnya becak tidak manusiawi,

Mengenai surat an-Nur ayat 3 dapat kami jelaskan sebagai berikut: Para ulama tafsir menerangkan bahwa maksud ayat tersebut adalah laki-laki dan perempuan