• Tidak ada hasil yang ditemukan

Working Paper in Islamic Economics and Finance No Krisis Zon Eropah: Kebenaran dan Pengajaran kepada Sistem Kewangan Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Working Paper in Islamic Economics and Finance No Krisis Zon Eropah: Kebenaran dan Pengajaran kepada Sistem Kewangan Islam"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 1232

Krisis Zon Eropah: Kebenaran dan Pengajaran kepada Sistem Ke wangan Islam

Abdul Ghafar Ismail1 Bayu Taufiq Possumah2

Nurfaradilla Haron3

Research Center for Islamic Economics and Finance School of Economics

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 43600 Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Fax: +603-8921 5789 e-mail: agibab62@gmail.com

Makalah dibentangkan di Seminar Serantau Perbankan dan Kewangan Islam, Kolej Pengajian Islam Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, 24 Disember 2012.

Abstract

Sebagai sebuah sistem, ekonomi konvensional sebenarnya sangat rapuh dan tidak menjanjikan kesejahteraan dan keadilan, kerana berasaskan riba dan bukan ekonomi benar. Hal ini sebagaimana terlihat pada krisis yang terjadi pada Zon Eropah, dimana negara-negara Eropah ekonominya hampir luluh disebabkan hutang-piutang berasas bunga. Perkara ini sepatutnya menjadi bukti kebenaran sistem ekonomi dan kewangan Islam untuk dipraktikkan oleh negara-negara Muslim sekaligus pengajaran bagi sistem kewangan Islam yang telah diwujudkan agar tidak terjatuh pada kesalahan yang sama yang dialami oleh sistem kewangan konvensional.

1 Professor of Ban king and Financial Economics, School of Econo mics, Kesatuanversiti Kebangsaan Malaysia. He is also A mBan k Group Resident Fe llo w for Pe rdana Leadership Foundation and principle research fellow, Institut Islam Hadhari.

2

PhD Student, Institut Islam Hadhari, Kesatuanversiti Kebangsaan Malaysia 3

PhD Student, Institut Islam Hadhari, Kesatuanversiti Kebangsaan Malaysia.

Bangi 43600, Selangor, Malaysia Fax: 603-89215789 http://www.ukm.my/ekonis E- mail: ekonis@pkrisc.cc.ukm.my

Bangi 43600, Selangor, Malaysia Fax: +603-89215789 http://www.ekonis-ukm.my

(2)

1. Pengenalan

Sejarah membuktikan bahwa ekonomi konvensional telah gagal memberikan kesejahteraan kepada umat manusia. Dari masa ke semasa, ekonomi konvensional hanya melahirkan krisis demi krisis. Dalam sejarah ekonomi ternyata krisis sering melanda hampir di semua negara yang menerapkan sistem kapitalisme. Krisis demi krisis terus berulang tiada henti bahkan hingga kini, krisis semakin mengkhawatirkan (sehingga ekonomi dKesatuana dijangka mengalami kemelesetan besar) dengan munculnya krisis zon Eropah.4 Krisis itu terjadi tidak hanya di Eropah tetapi telah menular juga ke Amerika Latin dan Asia. Asas masalah dari krisis ini ternyata bukan hanya kerana kelemahan mudahtunai, tetapi terletak pada sistem dan para pelaku ekonomi dari pemerintah, individu hingga masyarakat perniagaan yang berasaskan riba. Sehingga yang harus dilakukan adalah perubahan sistem dan prilaku ekonomi.

Masalahnya adalah di negeri-negeri Muslim, masih lagi kedapatan orang yang percaya sistem Eropah atau kapitalisme itu unggul. Contoh: kehadiran sistem dan institusi kewangan konvensional di negara tersebut seperti misalnya Standard Chartered Bank (1881) di Malaysia dan Algemene Netherland Bank (1881) di Indonesia. Apa yang jelas, krisis yang berlaku di Eropha hampir melumpuhkan sistem ekonomi mereka, sehingga menimbulkan persoalan masihkah kita mempunyai keyakinan yang tinggi (haqqul yaqin) dengan sistem tersebut? Krisis zon Eropah juga telah mengilhamkan kita satu harapan yang luluh. Namun perlu juga diselidiki kebenaran (“the truth”) kewangan Islam untuk mencegah kemungkaran sistem ekonomi berasaskan riba dan pengajaran kepada sistem kewangan Islam yang telah dipraktikkan pada masa kini.

Oleh itu makalah ini akan menjelaskan sebab-sebab krisis Zon Eropah, kebenaran sistem kewangan Islam, dan apakah pengajaran yang boleh diambil daripada Krisis Zon Eropah tersebut kepada sistem kewangan Islam

2. Krisis Zon Eropah

Krisis zon Eropah yang diawali dengan kejatuhan perekonomian negara-negara anggota Kesatuan Eropah yang disebabkan oleh meningkatnya beban utang dan defisit fiskal negara-negara anggota Kesatuan Eropa, terutamanya Greece (Yunani). Pengurusan bajet (belanjawan) pemerintah sangat buruk, ditambah dengan pengeluaran pemerintah yang dibayar dengan hutang sangat boros, akibatnya negara-negera tersebut tidak mampu membayar hutang. Ketidakmampuan ini juga ditambah dengan keserakahan para jurubank dan institusi- institusi pemberi hutang yang terus saja menawarkan hutang-hutang baru pada negara- negara tersebut. Kesaling terkaitan antara si pengutang dan pemberi hutang ini semakin meluaskan krisis pada Zon Eropah. Inilah kerapuhan sistem yang diwarisi daripada sistem riba dan kapitalism. Jika kita boleh ringkaskan maka diantara sebab-sebab terjadinya krisis zon Eropah secara ekonomi adalah sebagai berikut:

4

(3)

a) Imbangan Dagangan yang Tidak Seimbang

Ketidakseimbangan perdagangan yang berlaku di kalangan negara- negara Eropah telah menyumbang sedikit sebanyak kepada krisis yang telah sedia buruk di kalangan negara-negara tersebut. Dalam krisis yang terjadi pada 1999 hingga 2007, Jerman sebagai negara yang terkaya di kalangan negara- negara kesatuan Eropah dilaporkan mempunyai kedudukan hutang awam dan defisit fiskal berbanding KDNK yang jauh lebih baik berbanding negara-negara yang turut terkena kesan yang sama dengannya. Ini bermakna bahawa Jerman mengeksport jumlah yang jauh lebih besar barangan ke seluruh Kesatuaan Eropah (termasuk Eropah Selatan) berbanding membeli sebagai import. Justeru Jerman sebenarnya telah memperoleh banyak lebihan tunai ke atas eksport yang akhirnya dipinjamkan ke selatan Eropah.5 Ini adalah baik untuk Jerman, sebagai pengeksport yang dapat menjana ekonomi di zon berkenaan.Walau bagaimanapun, ini adalah buruk bagi jirannya, yang telah menjalankan sejumlah besar hutang membeli produk Jerman tanpa meningkatkan wang mereka untuk membayar barang-barang tersebut.

b) Peningkatan Hutang Isi Rumah dan kerajaan

Dalam aspek yang lain, tahap hutang yang meningkat dengan mendadak dikatakan berpunca daripada bajet penyelamat yang disalurkan pada rakyat negara Eropah bagi meredakan tekanan ke atas rakyatnya. Purata defisit fiskal di kawasan euro pada 2007 hanya 0.6% sebelum ia meningkat kepada 7% semasa krisis. Dalam tempoh yang sama, purata hutang kerajaan meningkat daripada 66% kepada 84% daripada KDNK (lihat Rajah 1). Para penulis juga menegaskan bahawa defisit fiskal di kawasan euro stabil ataupun berkurangan sejak awal tahun 1990-an.6 Walaubagaimanapun kini, Greece sebagai sebuah negara yang pernah membuat pinjaman ke atas IMF sebelum ini sekali lagi telah mengambil risiko besar dengan membuat pinjaman pada „lintah darat Kesatuan‟ ini bagi menyelesaikan krisis hutang yang dialaminya. Tambah memburukkan situasi Greece apabila IMF bersetuju memberikan pinjaman pada Greece hanya setelah negara tersebut bersetuju untuk menaikkan cukai pada rakyatnya. Hal ini yang menjadikan kuasa beli isi rumah menurun dan melembapkan ekonomi Greece yang sudah sedia merudum. Peniaga tidak akan melabur sehingga masa depan Greece dalam euro selamat; para pembekal juga tidak akan memperluas kredit kepada firma Greece, ini memburukkan lagi kekurangan kecairan yang berlaku secara drastik. Maka, rentetan daripada hutang tersebut sebenarnya telah membuka ruang yang lebih besar untuk krisis hutang di Greece menjadi lebih teruk dan jika gagal menguruskannya, tidak mustahil Greece akan menjadi muflis dan seterusnya menjejaskan negara Eropah yang lainnya.

5

http://www.bbc.co.uk/news/business 6

(4)

Rajah 1: Kedudukan Hutang Berbanding KDNK Negara Eropah

c) Dasar Fiskal yang Le mah

Negara- negara kesatuan Eropah yang berkongsi mata wang yang sama terpaksa turut sama menerima kesan buruk apabila salah satu negara anggota tidak mampu membayar balik apa yang telah dipinjam. Dalam tahun semasa, rangka kerja perundangan bagi Suruhanjaya Eropah (EC) berdasarkan Artikel 104 (104c) Perjanjian Maastricht yang melibatkan bahawa negara- negara yang mengambil bahagian dalam mata wang tunggal untuk "mengelakkan defisit kerajaan berlebihan" dengan penalti bagi kegagalan untuk berbuat demikian. Juga peserta bukan Kesatuan Eropah (seperti Great Britain) mesti juga berusaha untuk mengelakkan "defisit berlebihan". Pakatan Kesatuan Eropah yang ingin melihat kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan komponen struktur defisit awam. Namun, dasar ini mempunyai dua kebimbangan umum: Pertama, isu dalam hakikat "fleksibiliti." bahawa belanjawan negara mesti menjadi instrumen dasar makroekonomi, kerajaan diberi fleksibiliti dalam berhadapan dengan krisis dalaman mereka. Yang kedua ialah isu "ketekalan" di mana dasar kerajaan dirangka supaya menghadkan perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan. Walaupun peraturan yang ada mungkin bercanggah pada masa dengan dasar tersebut, tetapi tiada pengganti untuk kewangan awam yang baik untuk melindungi daripada bencana fiskal. Dasar am (yang ada) bertujuan supaya Kesatuan Eropah beroperasi dengan beberapa kekangan untuk membentuk penyelarasan fiskal yang mencukupi untuk mengekalkan keharmonian di kalangan anggota.7 Setiap negara anggota seharusnya bertanggungjawab dalam mematuhi kadar pinjaman tertinggi yang telah ditetapkan (lihat Rajah 2) untuk setiap negara anggota bagi mengelakkan hutang yang bertimbun. Dalam kes di mana negara yang terpaksa melepasi tahap pinjaman maksimum tersebut, pihak pentadbir kewangan juga seharusnya lebih telus dalam melaporkan

7 Lihat Fa rhad F. Ghannadian. Fiscal Policy and Polit ical Limitations in The European Un ion. International Journal of Co mmerce and Management, Vol. 16 Iss: 1 pp. 41-50

(5)

jumlah hutang tersebut dan bukannya memanipulasi maklumat hutang supaya kelihatan bagus di mata negara lain. Walaupun negara Kesatuan Eropah yang lain masih setia dalam kesatuan tersebut dalam kekalutan menanggung kesan yang diakibatkan oleh Greece contohnya, namun di situ seharusnya mereka menyedari bahawa perlunya satu dasar fiskal bersama yang kukuh bagi menangani kesan buruk yang sama daripada berulang pada masa depan.

Rajah 2: Kadar Pinjaman Greek yang Lebih Besar Dari Negara Eropah Lain

d) Ketakstabilan Dasar Monetari

Penggunaan satu mata wang boleh dipersoalkan apabila berlakunya krisis yang memberi kesan pada negara-negara sekawan sepertimana masalah yang terjadi pada Greece. Bagi pendokong kuat mata wang Euro h seperti Jerman, sekiranya berlaku kejatuhan matawang Euro, ini akan menjejaskan jumlah nilai pegangan aset mereka. Dasar kewangan selari di kalangan negara-negara Eropah telah mengekang mereka daripada bertindak sendirian sekiranya berlaku sebarang perkara. Dari sudut negatif, hal ini sebenarnya memberi keburukan kepada mereka terutamanya apabila berlakunya krisis ekonomi. Negara Eropah tidak mampu untuk mengubah nila i mata wang mereka dalam usaha meningkatkan kembali keadaan kemunduran ekonomi kerana perkara tersebut dipegang oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Malah, dasar monetari adalah sebenarnya berkaitan dengan dasar fiskal dan struktur dasar melalui pelbagai saluran. Pertama, dasar monetari memberi impak kewangan awam dengan menjana hak pemilik tanah. Kedua, dan lebih penting, dalam mencapai objektif pekerjaan jangka pendek, inflasi yang tidak dijangka boleh membantu cukai dan struktur dasar dalam meningkatkan output. Jika ECB cukup konservatif, negara-negara ini tidak mengalami kerugian kebajikan daripada dasar-dasar yang kurang berdisiplin di luar negara. Sesungguhnya, limpahan buruk dasar fiskal dan struktur yang berasal dari gangguan kewangan. Oleh itu, pengawasan dasar fiskal dan struktur bertindak sebagai satu instrumen tidak langsung dalam berurusan dengan pengendalian dasar monetari yang tidak sempurna.8 Maka memperbaiki kelemahan di satu bahagian saja tidak mencukupi jika masih terdapat kelemahan pada dasar-dasar lain yang dilaksanakan. Usaha untuk mencirikan kelemahan dasar ECB terhadap tekanan luar akan memerlukan pemahaman yang lebih terperinci mengenai potensi keuntungan untuk penyelarasan mengikut kumpulan yang dianjurkan, bagi mengenakan tekanan bukan sahaja kepada dasar monetari tetapi juga atas dasar-dasar

4Lihat Beetsma and Bovenberg. Designing fiscal and monetary institutions for a European Monetary Union. Public Choice 102: 247–269, 2000.

(6)

lain di peringkat kebangsaan dan Eropah.Walaupun mungkin lebih sukar dan mahal untuk menguatkuasakannya seperti melibatkan pelbagai aspek penyelarasan, tetapi mungkin perkara tersebut membayangkan menafaat yang lebih baik.9

3. Kebenaran Sistem Ke wangan Islam

Krisis ekonomi yang melanda Eropah dengan sebab-sebab yang telah disebutkan di Bahagian 2 sepatutnya semakin menunjukkan tentang kebenaran sistem ekonomi dan kewangan Islam sebagaimana Menteri Kewangan Luxembourg, Luc Frieden dalam ucaptamanya di Forum Penerbit dan Pelabur Asia IFN 2011- "Elemen utama dalam kewangan Islam yang kita perlukan pada hari ini, terutamanya di Eropah, ialah kestabilan, kerjasama kewangan, peruntukan untuk risik o berlebihan dan spekulasi serta prinsip etika. Dalam kewangan Islam, hubungan kewangan antara pemberi pinjaman dan peminjam, berjaya menjaminkan "mentaliti perkongsian" yang didapati menjuruskan kepada beberapa kestabilan tertentu. Menjelaskan perlunya mengelak risiko berlebihan daripada mengambil tempat, Frieden berkata ini adalah antara matlamat penting Eropah dan ciri-ciri menonjol yang terdapat dalam kewangan Islam.” Beliau juga berkata, elemen prinsip etika tidak hanya perlu terbatas kepada industri kewangan Islam saja.10

Lebih berani dan tegas, Rolan Laskin, Pemimpin Majalah “Jurnal De France” itu dalam pembukaannya di edisi keluaran majalah tersebut mengungkapkan dan mendesak penerapan syariah Islam di bidang ekonomi dan ke wangan, untuk menamatkan krisis yang menghantui Kesatuan Eropah karena permainan spekulasi yang tidak jelas dan tidak dibenarkan. Laskin memaparkan dalam tulisannya: “Kehancuran yang digali oleh sistem Kapitalis, dan mendesaknya pembahasan terhadap alternatif pengganti untuk menyelamatkan krisis. Dengan tegas ia menawarkan tuntutan dan tahapan penerapan syariah Islam, meskipun langkah ini tidak sesuai dengan tradisi dan keyakinan agama di Eropah.” Artikelnya tersebut diberi tajuk “Has Wall Street Qualified to Embrace the Religion of Islam?11

Daripada perspektif Islam, perkara yang pasti adalah bahawa sistem ekonomi yang berpaksikan riba tidak akan pernah stabil lantaran tiada keberkatan daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya,

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.12

Sistem ekonomi yang dipenuhi riba, penindasan golongan miskin dan mengiktiraf kerakusan kemanusiaan dalam reruang kapitalis ataupun pasaran ekonomi dipenuhi ketamakan golongan pemerintah, hilang nilai keadilan hakiki, dan yang kelihatan ialah kesan salah faham erti keadilan sebagaimana berlaku dalam reruang sosialis yang telah menyebabkan kedua sistem ini sudah mena mpakkan titik hitam kehancuran dalam masyarakat yang suka mengamal cara hidup ini ataupun terpaksa mengikut sistem ini.

9 Philipp Maier, Po lit ical pressure, rhetoric and monetary policy: Lessons for the European Centra l Bank. Public Choice 118: 473– 477, 2004.

10http://mohamadsofee.blogspot.com/2011_10_01_archive.ht ml 11

Lihat Abdullah Mohammed Se idu, Why Islamic finance could be considered as a Suitable viable alternative to the Conventional Financial System, Isla mic Economics Research Centre King Abdul Aziz Kesatuanversity, Jeddah Saudi Arabia, hal.12

12

(7)

Secara prinsip, kebenaran tidak mungkin akan ditutupi dengan sesuatu kebatilan. Begitulah yang boleh kita ibaratkan rentetan peristiwa krisis ekonomi yang melanda negara Eropah tersebut. Pengamalan pada sistem ekonomi yang penghujungnya hanyalah penindasan dan kerapuhan ekonomi semata-mata sewajarnya dapat membuka mata ramai pihak. Wajarkah suatu sistem yang dibina dengan akal manusia dengan berpaksikan pada keuntungan semata-mata dijadikan sebagai tiang terbinanya ekonomi sesebuah negara? Bukan sahaja negara Eropah yang merasakan kesan hebat daripada krisis tersebut, malahan negara yang menjadi pengikut kepada kemunduran sistem ekonomi yang digunapakai juga turut merasakan tempiasnya.

Seharusnya setiap pihak mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku ini. Tiada perkara yang lebih baik melainkan kembali kepada apa yang telah Allah ciptakan dan sarankan untuk manusia iaitu sistem ekonomi Islam yang berteraskan akidah. Diantara perkara yang boleh diambil iktibar bagi pengembangan dalam sistem ekonomi adalah bahawa sistem ekonomi bukanlah sistem ciptaan manusia yang menjalankan peraturan ekonominya mengikut peredaran masa dan situasi. Islam sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang mutlak iaitu al-Quran dan al-Sunnah di mana sumber inilah yang menyeru kita agar mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal ekonomi.

Larangan Allah s.w.t ke atas perkara seperti riba, (al- Baqarah ayat 275) perniagaan babi, judi, arak dan lain- lain adalah kerana perkara-perkara tersebut boleh menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah. Maka sebenarnya manusia itu telah mempunyai suatu sumber rujukan yang lengkap termasuklah dalam aspek ekonomi. Kesemuanya itu menjurus kepada suatu paksi iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia berasaskan tauhid.

Walhal ekonomi yang dipraktikkan oleh negara Kesatuan Eropah mahupun negara-negara lain yang turut mengalami krisis adalah tidak bersumber dan tersasar jauh dari landasan ekonomi yang disarankan. Sebagaimana pencipta pada ekonomi konvensional ini yang sering berubah-ubah pendiriannya dalam menetapkan peraturan ekonomi, seperti itu jugalah bergoyangnya sistem ekonomi yang diamalkan. Lihat sahaja pada krisis ekonomi yang berlaku di Greece kini. Seandainya Greece gagal meyelesaikan krisis hutang yang melanda negaranya, terdapat kemungkinan untuk mata wang Euro jatuh akibat hilangnya keyakinan para pelabur untuk melabur di negara-negara tersebut. Natijahnya kejatuhan nilai tersebut akan menjadi satu mimpi ngeri pada pendokong mata wang Euro kerana ketika itu nilaiannya tidak lebih hanyalah sebagai sekeping kertas yang tidak bernilai atau lebih dikenali sebagai wang fiat, sepertimana yang digunakan oleh negara kita kini. Justeru, sudah sewajarnya kini kita beralih pada sistem kewangan Islam contohnya dengan menggunakan “dinar emas” bagi menggantikan wang fiat tersebut kerana nilainya yang lebih stabil dan tak lapuk dek zaman. Emas tetap bernilai walau ke mana ia dibawa. Kesangsian sesetengah pihak akan potensi dinar emas untuk dijadikan matawang hanyalah satu kesangsian yang palsu dan tidak logik.

Berdasarkan perkara-perkara diatas, saatnya sudah tiba untuk kita menerapkan secara serius sistem kewangan Islam komprehensif dan bukan hanya sebagai replika daripada sistem kewangan konvensional. Ada beberapa perkara prinsip yang seharusnya dipegang teguh oleh sistem kewangan Islam, agar tidak menjadi replika kewangan konvensional:13

13

(8)

- Sistem dan etika kewangan Islam harus berlandaskan hukum-hukum Syariah. Syariah merupakan faktor terpenting yang mendasari sistem kewangan Islam hingga menjadi benteng yang ampuh mengelakkannya daripada turut terjerumus dalam krisis kewangan global. Ini kerana prinsip-prinsip Syariah yang menjadi asas urus niaga dan operasi perbankan Islam secara jelas menghalang institusi kewangan Islam daripada turut terlibat dalam instrumen- instrumen berasaskan hutang yang mempunyai unsur- unsur riba, yang mengandung maisir (perjudian) dan gharar (ketidak-pastian) dalam bentuk produk derivatif .

- Sistem Kewangan Islam harus berdasarkan ekonomi sebenar (Real Economic). Sistem Kewangan Islam pada asasnya amat terkait dengan aktiviti ekonomi sebenar. Berbanding dengan perbankan konvensional yang mencari keuntungan daripada aktiviti hutang yang sebenarnya tidak produktif kerana tidak terkait secara langsung dengan penambahan nilai produk dan perkhidmatan dalam aktiviti ekonomi. Aktiviti hutang yang berteraskan konsep „making money out of money‟ dapat dikekang. Ini sudah pastilah mampu menjadikan sistem ekonomi sesebuah negara menjadi lebih kuat dan stabil lantaran tidak lagi tergantung kepada aktiviti ekonomi yang didominasi oleh hutang berteraskan riba. Ini juga akan mengurangkan aktiviti keumpilan secara melampau hingga menjadikan sistem kewangan begitu rapuh bagaikan buih-buih yang menanti masa untuk pecah sebagaimana yang sudah terjadi dan dialami oleh gergasi- gergasi ekonomi Kesatuan Eropah

- Urus Tadbir yang Telus. Islam yang berteraskan Syariah secara prinsipnya dikehendaki untuk beroperasi secara telus dan berdisiplin. Ini kerana aspek pematuhan Syariah bukan sahaja dititik-beratkan di peringkat penstrukturan produk malah segala aktiviti dan operasi perbankan harus terus dipantau agar tidak menyanggahi prinsip Syarak. Syariah memperuntukkan agar setiap kontrak harus bebas daripada sebarang unsur penindas an dan eksploitasi sama ada disebabkan wujud elemen riba, gharar mahupun maisir. Ini secara tidak langsung mendisiplinkan para pelaku kewangan Islam agar tidak terjebak dalam aktiviti yang mampu memudaratkan masyarakat secara keseluruhannya. - Berasaskan Maslahah. Sistem kewangan Islam juga bertindak sebagai mekanisme pemeliharaan salah satu aspek dharuri dalam kehidupan manusia iaitu harta (al-maal) kerana kesemua aktiviti kewangan Islam hakikatnya melibatkan pengurusan al-maal secara Islam. Kewangan Islam juga seharusnya memenuhi tuntutan asas maqasid al-shariah kerana aktiviti dan produk perbankan Islam secara prinsipnya sentiasa seiring dengan perintah dan larangan Allah yang bertujuan memelihara aspek dharuri dalam kehidupan manusia samada perintah dan larangan itu disukai atau tidak dan samada secara pilihan atau paksaan.

(9)

4. Pengajaran kepada Sistem Kewangan Islam

Krisis zon Eropah menghasilkan beberapa pengajaran berikut:

(a) Perlunya Kembali pada Epistemologi Ta uhid

Sistem Ekonomi konvensional telah terbukti gagal mendukung kepentingan ekonomi masyarakat, cita-cita pemerataan, dan keadilan. Ekonomi konvensional yang berasaskan mekanisme pasar telah gagal terutama dalam menjaga kepentingan golongan yang lemah daya belinya.14 Ini semua terjadi karena fahaman tersebut mengabaikan ilmu ekonomi sebagai ilmu moral15. Kegagalan ini ternyata belum menjadi pelajaran yang mendalam bagi perkembangan kewangan Islam, sehingga kita dapati perkara yang kurang mendapat perhatian dalam ‟wacana‟ atau perbincangan mengenai kewangan Islam ialah aspek epistemologinya. Tatkala banyak tulisan atau rujukan dan bahan ilmiah mengenai segenap aspek kewangan Islam, didapati amat sedikit perbincangan secara serius dari aspek epistemologi atau falsafahnya. Umumnya, pengamal kewangan Islam termasuk ahli akademik tidak ramai yang memberikan perhatian dan mempunyai kefahaman yang mendalam dalam aspek epistemologi ini. Implikasinya ialah didapati pelaksanaan kewangan Islam pada hari ini dilihat lebih cenderung ke arah mempunyai satu dimensi utiliti yang menjadi teras ekonomi kapitalis iaitu memaksimakan utiliti individual “homo economicus”. Sistem kewangan konvensional berepistemologikan ‟Secular approach‟ (pendekatan sekular) dan ‟Humanistic approach‟ (pendekatan kemanusiaan).

Dilain pihak epistemologi Tauhid ‟Faith-based epistemologi‟ merupakan asas sistem ekonomi Islam. Epistemologi Tauhid yang menjadi teras dan falsafah prinsip-prinsip muamalat Islam sepatutnya juga menjadi aspirasi pengamal kewangan Islam untuk meletakkan maqasid syariah sebagai pertimbangan utama dalam setiap perancangan yang hendak dipraktikkan. Dalam hal ini epistemologi ilmu ekonomi konvensional jelas berbeda dengan ilmu ekonomi Islam. Ilmu ekonomi konvensional disusun berdasarkan metodologi dengan pendekatan rasionalisme dan empirisme, dengan demikian sumbernya adalah Akal (Rasionality) dan pengalaman (Experience/Empirism). Sedangkan ilmu ekonomi Islam bersumber dari Syari‟ah (Alquran dan Sunnah). Oleh karena itu dalam beberapa hal metodologi ilmu ekonomi Islam berbeda dengan ilmu ekonomi konvensional, namun dalam beberapa hal,

14

Robert Heilbroner dan Lester C. Thurow (1994) yang mengatakan, “... mek anisme pasar adalah

suatu instrumen yang tidak efek tif untuk memenuhi kebutuhan masyarakat, bahkan untuk masyarakat yang telah mak mur ... mek anisme pasar merupakan pelayan yang rajin ba gi yang kaya, tetapi tak perduli pada yang miskin … mekanisme pasar mendorong perbuatan yang tidak bermoral, hal mana tidak hanya merupakan suatu k egagalan ekonomi tetapi juga merupak an suatu k egagalan moral …”.lihat Robert Heilbroner dan Lester C. Thurow (1994), Economics explained, New Yo rk: Simon

Schuster, hlm. 255-256

15Ilmu e konomi sebagai ilmu mo ral, art inya tidak me misahkan ekonomi dengan nila i-n ila i aga ma. Sebaliknya Neo klasikal adalah ilmu ekono mi konvensional yang berlandaskan pada maksimisasi kepuasan kebendaan dan kepentingan pribadi, kurang me mpe rhatikan kesejahteraan dan kepentingan sosial. Dala m ekono mi Isla m, segala usaha harus diarahkan pada realisasi dan tujuan -tujuan ke manusiaan. Paradig ma in ilah yang harus digunakan dalam mendefin isikan „e fficiency‟ dan „equity‟ yang ada dalam ilmu e konomi. Lihat M. Ume r Chapra, The Future of Economics: An Islamic

Perspective, Islamic Econo mics Series: 21 (Kesatuanted Kingdom: The Islamic Foundation, 2000),

(10)

keduanya dapat menggunakan metodologi yang sama, khususnya pada tataran penggunaaan Ijtihad.

Dalam hal ini, Chowdhury (2009) menyatakan bahawa kewangan Islam hanya akan beroperasi secara efisyen di dalam ruang lingkup epistemologi Tauhid yang menuntut semua pengamal kewangan Islam bertindak sebagai khalifah yang mempunyai ‟taklif‟ atau tanggung jawab kepada semua manusia dimuka bumi ini.16

Epistemologi Tauhid ini adalah sangat unik dan menyeluruh di mana ianya menekankan dua dimensi maslahah iaitu kepentingan untuk mendapatkan kejayaan didunia dan akhirat.

Kritikan terhadap kewangan Islam dari sudut ‟theoretical approach‟ atau pendekatan teoritikal merujuk kepada model pelaksanaan dan amalannya. Pada hakikatnya, para sarjana ekonomi Islam seperti Umer Chapra (2000) dan Siddiqi (2001) yang dianggap sebagai ‟founding father‟ kepada kewangan Islam mengusulkan pendekatan kewangan Islam dalam kerangka ‟ekuiti‟ atau perkongsian iaitu ‟two-tier mudharabah‟.17

Mufti Taqi Usmani sependapat dalam hal ini dan telah menyatakan pandangan beliau bahawa pendekatan dalam kerangka ‟ekuiti‟ ini mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan ruh keadilan Islam dan sepatutnya dijadikan sebagai kerangka pelaksanaan kewangan Islam. Namun demikian, amalan kewangan Islam yang terdapat pada hari ini adalah sebaliknya. Apa yang berlaku ialah amalan kewangan Islam dikatakan telah jauh meninggalkan aspirasi ini di mana kerangka ‟debt-based‟ atau sistem berasaskan hutang menjadi dominan di pasaran dan didapati hingga kini aspek ‟ekuiti‟ yang diaspirasikan oleh pencetus idea ekonomi Islam dalam konteks dunia moden masakini telah diabaikan. Menyentuh soal ini, Timur Kuran18 dan Mahmud El Gamal19 telah mengkritik keras pelaksanaan kewangan Islam dengan mengatakan ianya bersifat manipulatif.

(b) Perlunya Paradigm baru Ke wangan Islam

Harus diakui bahwa kebangkitan ekonomi Islam terjadi di saat sistem kapitalisme berada pada tahap kematangannya (maturity). Implikasinya ada lah, paradigma, world view dan andaian kapitalistik sangat membumi dan mungkin terbawa dalam membangun pemahaman ekonomi Islam. Masalah ini sama bahkan lebih berbahaya dibanding dengan masalah ekonomi yang bersifat aplikatif, seperti akad dan dasar ekonomi. Sesuatu yang bersifat praktikal sering „sama‟ secara keperluan tetapi berbeda dalam hal „hakikat‟. Apakah seseorang telah dianggap sebagai “Islamic economic man” jika ia bermuamalah dengan akad berasaskan syariah namun bermotif material (keuntungan) semata? Lalu dalam kerangka andaian bahawa “akad-akad syariah selalu menguntungkan”, sering dipersepsikan dari sisi material semata-mata. Keuntungan dinilai dengan ukuran wang. Padahal „menguntungkan‟ dalam konteks tersebut seharusnya bererti maslahah dan berkeadilan („Adl). Meskipun secara material rugi, tetap dianggap untung karena niat dan proses telah memenuhi aspek

16

Lihat Masudul Ala m Choudhury, (2009), Isla mic critique and alternative to Financia l engineering issues, J.KAU: Islamic Econ., Vol. 22 No. 2, pp: 75-81

17

Lihat M.N. Siddiqi, Lecture Two: Recent History Of Islamic Banking And Finance (A nderson Graduat e School of Management, University of California, Los Angeles, 7 November 2001), dan Capra, Umer & Habib Ahmed (2002) Corporate Governance in Islamic Financial Institution , (Jedah: Ocasional Paper Islamic development bank )

18

Lihat Timur Kuran, (2004), Islam and Mammon: The Economic Predica ments of Islamism, Princeton, NJ: Princeton Kesatuanversity Press

19

Lihat Mah moud A. El-Ga mal “Interest” and the Paradox of Contemporary Isla mic La w and Finance, Rice Kesatuanversity

(11)

syariah. Oleh kerana itu, penerapan profit-loss sharing seharusnya berjalan ditempatnya. Hal ini disebabkan, institusi kewangan Islam menghadapi perkara delima, disisi aset harus melempar dana dengan dampak profit-loss dan dari sisi liabiliti „harus selalu‟ untung. Ini disebabkan oleh masyarakat sebagai unit lebihan „tak bersedia‟ menanggung beban kerugian begitu juga dengan institusi kewangan.

Perkara lain yang cukup mengkhawatirkan adalah kaedah sosialisasi ekonomi Islam itu sendiri. Secara kasarnya, sosialisasi ekonomi Islam kepada masyarakat awam lebih banyak menggunakan bentuk seperti seminar, pelatihan, dan diskusi panel. Padahal pemahaman yang holistik dan komprehensif mengenai suatu hal tidak dapat dibangun secara “magee mee”. Tambahan pula, material yang disampaikan tidak berasaskan dengan pembentukan paradigma Tawhid dan world view Islam, tetapi langsung „langsung‟ kepada praktikal-kontrak perniagaan. Fakta-fakta ini terus membesar dan menyebabkan “lempahan” negatif yang berkepanjangan terhadap sistem ekonomi dan kewangan Islam itu sendiri. Sehingga terjadi “salah penilaian” terhadap ekonomi Islam, seperti pandangan bahawa Ekonomi Islam adalah nama lain dari Capitalism.20 Begitu juga dengan fakta bahawa ada sebahagian masyarakat yang skeptik terhadap konsep kewangan dan perbankan Islam, harus dicermati pula secara saksama bahawa hal tersebuty boleh jadi petanda “arus balik kewangan syariah”, kemajuan disisi material (keuntungan) tetapi kemunduran dari sisi keperluan dan hakikat.

(c) Infrastruktur Pendukung

Dalam memastikan sistem ekonomi Islam dijalankan secara telus, maka satu infrastruktur pendokong yang teguh harus dibina bagi memastikan kelangsungan sistem ekonomi ini untuk jangka masa yang lama. Tidak dinafikan dalam era globalisasi pada hari ini, sistem ekonomi Islam perlu menghadapi saingannya dari aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan kerana kini beberapa institusi kewangan (termasuk beberapa pemain utama global) telah membuka secara khusus cawangan yang menjalankan perniagaan mengikut prinsip kewangan Islam. Walau bagaimanapun, data kewangan yang sedia ada tidak membenarkan kita untuk membezakan prestasi kewangan (dan kepentingan) cawangan ini dan menganalisis kesan berasingan mereka terhadap kestabilan kewangan.21 Kita tidak mahu sistem ekonomi islam yang dijalankan hanya terletak pada namanya sahaja walhal di dalamnya sebenarnya masih juga menyelitkan walaupun tidak banyak unsur-unsur yang diadaptasi dari kewangan konvensional. Jika ini terjadi, maka keadaan ini boleh diibaratkan „bagai gunting dalam lipatan‟ yang hanya menikam dan menjatuhkan sistem ekonomi tanpa kita sedari.

Pada hari ini, sistem tadbir urus yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan sistem kewangan Islam terdiri daripada Lembaga Penyeliaan Syariah dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang berperanan penting dalam memastikan segala produk, transaksi, dan perkara yang melibatkan tadbir urus dalam sistem kewangan Islam tersebut dijalankan dengan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Namun, hal ini bukanlah semudah yang disangka kerana kadangkala terdapat ketidaksepakatan dalam menentukan hukum bagi sesuatu produk yang dikeluarkan terutamanya dalam kes yang melibatkan riba. Hal ini amat berbahaya kerana bagi masyarakat muslim yang cetek pengetahuannya mengenai unsur-unsur

20 Lihat Murat Çizakça, Islamic Capitalism And Finance,Edward Elgard Publishing, USA

21

Lihat Ciha k,M. & Hesse,H. 2010. Isla mic Banks and Financia l Stability: An Emp irical Analysis. J Financ Serv Res (2010) 38:95–113

(12)

halal dan haram tentang sesuatu produk, mereka akan memilih sesuatu yang mereka rasakan mudah dan kemungkinan pilihan itu juga adalah produk yang berteraskan riba.

Selain itu, banyak juga perubahan-perubahan lain yang telah dibuat di Malaysia bagi memastikan sistem kewangan Islam terus bergerak ke hadapan seperti memperkenalkan sistem „subsidiari Islam‟yang memberi peluang pada pelabur institusi yang berpotensi untuk terlibat dalam aktiviti kewangan dalam dan luar negara, memperkenalkan lebih banyak produk berinovatif, memperkukuh sistem pelaporan kewangan yang telus, memperkenalkan institusi pengajian tinggi (HEPs) dan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam dan banyak lagi.22. Namun, dalam melaksanakan semua ini contohnya dalam melaksanakan sistem subsidiari Islam ataupun memperkenalkan variasi produk yang inovatif, perihal undang-undang sama ada dari negara sendiri mahupun negara lain tidak dapat dinafikan. Justeru satu penelitian yamg sistematik diperlukan oleh pakar-pakar yang terlibat memandangkan ia melibatkan hubungan interaksi global serta aspek moral dan keagamaan yang mendalam sebelum memberi sesuatu keputusan.

5. Kesimpulan

Krisis zon Eropah mencelikkan kita supaya merenung kembali untuk kembali kepada sistem ekonomi Islam yang berteraskan: pertama, epitemologi tawhid iaitu melihat manusia sebagai khalifah yang mempunyai ‟taklif‟ atau tanggung jawab kepada semua manusia dimuka bumi ini; kedua, menuntut paradigma baru yang mengadunkan keuntungan, maslahah dan berkeadilan; ketiga, mewujudkan infrastruktur pendukung yang mampan.

Rujukan

Al Qur‟an Al Karim

Beetsma & Bovenberg., (2000), Designing fiscal and monetary institutions for a European Monetary Kesatuanon.Public Choice 102: 247–269

Capra, Umer & Habib Ahmed (2002) , Corporate Governance in Islamic Financial Institution , (Jedah: Ocasional Paper Islamic development bank )

Chapra, M. Umer, (2000), The Future of Economics: An Islamic Perspective, Islamic Economics Series: 21 (Kesatuanted Kingdom: The Islamic Foundation, Choudhury, Masudul Alam, , (2009), Islamic critique and alternative to Financial

engineering issues, J.KAU: Islamic Econ., Vol. 22 No. 2, pp: 75-81

Çizakça, Murat, Islamic Capitalism And Finance,Edward Elgard Publishing, USA Cihak, M. & Hesse, H. 2010, Islamic Banks and Financial Stability: An Empirical

Analysis. J Financ Serv Res (2010) 38:95–113

Dusuki, Asyraf Wajdi, (t.t), Sistem Perbankan Islam Di Malaysia Dan Pengaruhnya Dalam Transformasi Kewangan DKesatuana Islam, ISRA

El-Gamal, Mahmoud A. “Interest” and the Paradox of Contemporary Islamic Law and Finance, Rice Kesatuanversity

22

(13)

Ghannadian, Farhad F., (t.t), Fiscal Policy and Political Limitations In The European Kesatuanon. International Journal of Commerce and Management, Vol. 16 Issue: 1 pp. 41 – 50

Heilbroner, Robert, dan Thurow, Lester C. (1994), Economics explained, New York: Simon Schuster

http://kewangan-pengurusan- islam.blogspot.com/2008/02/sistem-ekonomi- islam-dan-sistem-ekonomi.html#ixzz2FVmBtFPS

Kuran, Timur, (2004), Islam and Mammon: The Economic Predicaments of Islamism, Princeton, NJ: Princeton Kesatuanversity Press

Maier, Philipp, (2004), Political pressure, rhetoric and monetary policy: Lessons for the European Central Bank. Public Choice 118: 473–477

Seidu, Abdullah Mohammed, (t.t), Why Islamic finance could be considered as a Suitable viable alternative to the Conventional Financial System, Islamic Economics Research Centre King Abdul Aziz Kesatuanversity, Jeddah Saudi Arabia

Siddiq, M.N., Lecture Two: Recent History of Islamic Banking and Finance Anderson Graduate School of Management, University of California, Los Angeles, 7 November 2001

Referensi

Dokumen terkait

GABUNGAN INTRAKOMPTABEL, EKSTRAKOMPTABEL DAN AMORTISASI LAPORAN PENYUSUTAN BARANG KUASA PENGGUNA TAHUNAN. TAHUN ANGGARAN 2019 RINCIAN PER

Skripsi yang berjudul Mantra Pengobatan Di Desa Gantang Kecamatan Sawangan Kabupaten Magelang (Kajian Struktur dan Fungsi) ini disusun untuk memenuhi sebagian persyaratan

5 Lambang Erwanto Suyadjid, Fungsi Janger Sebagai Sarana Pembentukan Karakter Bagi Masyarakat Banyuwangi. I Nengah Sudiana, Kenakalan Remaja Di Permukiman Kumuh

Setiap komponen yang terdapat dalam campuran berinteraksi dengan kecepatan yang berbeda, interaksi komponen dengan fase diam dengan waktu yang paling cepat akan keluar pertama dari

Masyarakat pun pada akhirnya hanya mengonsumsi citra yang melekat pada barang tersebut (bukan lagi pada kegunaannya) sehingga masyarakat sebagai konsumen tidak pernah merasa

Dari hasil pengamatan ini diharapkan dapat berguna bagi penulis dan para pembaca serta memberi masukan bagi para pegawai di Kantor Pengawasan dan Pelayanan Bea dan Cukai

Terlihat pada Gambar 4 bahwa proses pengolahan bahasa alami yang dilakukan pada penelitian ini diawali dari kegiatan penggunaan aplikasi yang telah dibangun untuk menangkap

Child Behavior Checklist(CBCL) adalah instrumen komprehensif yang dianggap sebagai standar emas untuk menilai adanya gangguan psikososial seperti gangguan emlosional