• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fiksyen Liang Fang Penyimpangan antara M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fiksyen Liang Fang Penyimpangan antara M"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

Fiksyen Liang Fang: Penyimpangan antara Masyarakat

Tamadun dan Masyarakat Primitif

Seng Yan Chuan Jabatan Pengajian Tionghoa Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya

Sastera Cina Sarawak dianggap sebagai sastera yang mempunyai keistimewaan yang unik iaitu corak tempatan yang kuat. Keunikannya bukan ditonjolkan secara sengaja oleh penulis. Biasanya, apabila penulis cuma menggambarkan kehidupan tempatan, pembaca sudah dapat menikmati keunikannya. Dengan kata lain, kehidupan

tempatan mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang istimewa. Karya Liang Fang 梁 放

memang mempunyai keunikan yang tersebut di atas.

Wu An 吴 岸 (1985: vi) berpendapat bahawa, “Dalam karya fiksyennya, Liang

Fang sering mengungkapkan tema yang berkenaan dengan humanisme.” Berhubung perkara ini, Liang Fang sendiri juga pernah menegaskan bahawa:

Saya menulis karya kerana ingin memberi pendapat saya terhadap manusia dan peristiwa yang berlaku. Disebabkan ini merupakan motif saya, kalau peristiwa tersebut dan masalah manusia telah diselesaikan sebelum saya mula menulis, maka penulisan dianggap suatu kelebihan dan tidak berguna lagi. (Zhuang Huaxing, 1998: 3-4)

(2)

kehidupan.”(Mao Lifei, 2001: 9) Ini jelas menunjukkan bahawa Liang Fang memang memberi perhatian yang penuh dan meninjau dengan terperinci dan segenap hati

mengenai kehidupannya. Berkenaan ini, Dai Qing 戴 清 pernah berkata: “Liang Fang

memilih topik atau perkara yang mikro. Sesuatu watak, sesuatu benda, sebahagian tempat, sebahagian cerita akan dijadikan bahan asas bagi ciptaannya.” (2001: 5)

Dalam fiksyen Liang Fang, jelas dilihat bahawa beliau ingin mendedahkan suatu fenomena iaitu masyarakat bertamadun selalu mendominasikan masyarakat primitif. Disebabkan beliau berasa risau terhadap sikap buruk manusia bertamadun, beliau telah menghasilkan banyak fiksyen berkenaan dengan orang Iban untuk membuat perbandingan antara orang asli dan juga orang yang bertamadun.

Menurut Hong Liande 洪镰德 (1997: 105), “tamadun” merupakan keseluruhan

(3)

Liang Fang menumpu perhatian untuk meninjau sifat kemanusiaan. Di

antaranya termasuk “Yanyu Shalong” 烟 雨 砂 隆 (Sayup-Sayup Hujan Di Sungai

Sadong), “Wen Da” 温 达 (Untak),“Long tu zhu” 龙 吐 珠 (Bunga Long tu zhu)

dan“Ma La A Da” 玛 拉 阿 妲 (Mala Adan).1 Apabila dikaji, didapati terdapat satu

kesamaan dalam karya-karya yang berbeza itu di mana pemahaman Liang Fang terhadap sifat kemanusiaan yang berangkai adalah penghayatannya yang mendalam terhadap keperibadian kaum peribumi yang baik, tulus dan ikhlas. Ini telah membentuk kunci utama dalam karya-karyanya.

Didapati Liang Fang sering menggambarkan bahawa apabila orang dari masyarakat bertamadun masuk ke dunia orang asli, kebanyakan daripada mereka pasti akan menafikan segala kebudayaan dan adat istiadat mereka dan juga berpendapat bahawa kesemuanya harus disingkirkan. Selain itu, mereka juga akan mengambil kesempatan untuk memperalatkan sikap keikhlasan orang asli untuk mengaut keuntungan. Oleh itu, Liang Fang telah membongkar kekurangan orang bertamadun ini dan memberi penghargaan kepada unsur-unsur keaslian yang terkandung dalam kebudayaan masyarakat asli.

1

“Wen Da”dikumpulkan dalam antologi fiksyen Liang Fang yang berjudul Yanyu Shalong. Nama asal fiksyen ini ialah”Senlin zhi huo” 森 林 之 火 (Api Rimba). Tajuknya ditukar kepada “Wen Da”bila

Yanyu Shalong diterbit semula pada tahun 1989 (1989a: 113-27). “Yanyu Shalong” dan “Long tu zhu”

(4)

Jelas dilihat bahawa Liang Fang sering memaparkan “konflik antara masyarakat tamadun dan masyarakat primitif”. Selain menggambarkan isu-isu persefahaman antara kedua-dua pihak, beliau sering menekankan “kesedaran dan keprihatinan masyarakat tamadun terhadap masyarakat primitif”. Sebenarnya, mesej utama yang tersirat di dalam kata-kata ini adalah “penyelarasan antara unsur keaslian dan ketamadunan”. Menurut Liang Fang, ini memang merupakan hasrat beliau. 2

Konflik antara Masyarakat Tamadun dan Masyarakat Primitif

Dalam karya Liang Fang, ceritanya biasa bermula dengan orang bandar memasuki dunia kaum peribumi. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kaum peribumi dan menyebabkan berlakunya banyak konflik. Seperti yang kita sedia maklum, fenomena masyarakat adalah satu siri hakikat masyarakat yang muncul di depan kita. Ia tidak dapat diasingkan daripada ruang, masa, manusia dan kejadian. Ia boleh dianggap sebagai hasil manusia mengubahsuai alam semulajadi, mencipta masyarakat dan alam sekeliling.

Untuk hidup, kita mestilah memenuhi keinginan dan keperluan spirituil dan kebendaan. Oleh kerana sumber untuk memenuhi keperluan manusia adalah terhad, ini menyebabkan konflik sering berlaku dalam kehidupan. Pada lazimnya, penyelesaian terhadap percanggahan bergantung kepada keupayaan diri seseorang atau bergantung kepada sama ada ianya rasional atau tidak. Dalam karya Liang Fang, orang yang dianggap bertamadun selalu menunjukkan sikap yang dominen terhadap kaum Iban. Apabila berlaku konflik kebudayaan, mereka sering menggunakan kuasa dan

2

(5)

kedudukan mereka untuk menyelesaikan segala masalah tetapi tidak menghiraukan samada keputusan mereka rasional atau tidak. Oleh itu, sebagai kaum yang sanggup menurut arahan orang lain, watak-watak Iban yang wujud dalam karya tersebut sering ditindas.

Menurut Hong Liande (1997: 108), tahap pembangunan sosial, moral dan ilmu pengetahuan adalah ukuran terhadap tamadun. Jelas dilihat bahawa masyarakat yang dikatakan "bertamadun" dalam karya fiksyennya selalunya “menyerang” kehidupan orang asli. "Serangan" di sini bukannya bermaksud menyerang dengan menggunakan senjata, tetapi dengan menggunakan kecerdikan dan berniat jahat untuk menindas orang asli. Di antaranya termasuklah menggunakan status atau kedudukan, kebudayaan, perasaan, dan sebagainya. Jika ditinjau menurut faktor moral yang dikatakan oleh sarjana tersebut, sebenarnya “manusia bertamadun” yang wujud dalam karya ini langsung tidak memenuhi standard “tamadun”.

Dalam fiksyennya, Liang Fang sering membuat perbandingan antara dunia bertamadun dan dunia primitif. Tumpuannya adalah pada perbezaan antara ciri-ciri keaslian dan ketamadunan pada kebudayaan dan konsep kehidupan kedua-dua pihak. Ia dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu“Status”, “Kebudayaan dan Adat Resam” serta “Tubuh Badan”:

Status

(6)

masyarakat, orang yang mempunyai ketertiban dan turutan yang lebih tinggi, iaitu memiliki kedudukan supremasi dapat menggunakan kuasa mereka supaya ditaati oleh orang lain. Dengan itu, mereka dapat merealisasikan niat sendiri (Deutsch, Karl W., 1968: 22).Liang Fang sering meninjau cara orang bertamadun menindas kaum Iban dengan menggunakan status mereka dalam fiksyennya. Lazimnya, beliau menggambarkan watak Cina yang menganggap diri mereka lebih superior dan menghina orang Iban yang lebih primitif.

Dalam “Long tu zhu”, watak lelaki Cina tidak pernah menganggap Indai 印兴代3兴

sebagai isteri disebabkan Indai berketurunan kaum Iban. Sebagai seorang suami, dia tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh isterinya. Selain itu, dia langsung

tidak gembira dengan kelahiran anak mereka Kuda 古达. Indai dan Kuda bukan sahaja

tidak dilayan sebagai manusia, malah juga ditendang dan dipukul apabila kemarahannya membara. Selain daripada itu, dia juga sering menyalahkan mereka kerana membebankannya dan juga menuduh mereka telah menangguhkan rancangannya untuk balik ke China. Keadaan yang lebih teruk berlaku apabila mereka sekeluarga makan bersama di rumah. Menurut Kuda:

Ayah sering menunjukkan dirinya lebih superior daripada saya dan Indai. Ketika makan, dia seorang yang menggunakan meja. Dia bercanggung di atas bangku. Lengan kirinya memaut lutut kiri. Tangan menatang sebiji mangkuk sedangkan tangan kanannya yang memegang penyepit ligat menyepit lauk sambil menyondolkan nasi ke mulut. Mengecip-ngecip bunyinya. Aku dan Indai pula makan bertimpuh di atas tikar bersebelah dengan meja ayah. Beberapa kali aku kepingin makan semeja dengan ayah, kerap kali pula ayah menegah. “Turun,

3

(7)

turun, pergi makan dengan Indai kau. Nanti bertaburan nasi di atas meja ini, mengotorkan saja.”(138-9)

Jika ditinjau secara terperinci, perkataan yang digunakan oleh ayah iaitu “mengotorkan” bukan bermakna kekotoran yang dibuat oleh anaknya, tetapi menunjukkan status mereka yang rendah. Sebenarnya, ayah mewakili ramai orang bertamadun yang menganggap status mereka lebih tinggi daripada orang asli dan selalu menghina mereka. Jelasnya di sini bahawa bagi ayah, Indai cuma seorang perempuan yang dibayar untuk berkhidmat untuknya seumur hidup tetapi bukan teman hidupnya.

Selain itu, dia juga langsung tidak mengaku Kuda sebagai anaknya dan

memanggilnya sebagai “Lakia”拉仔. Menurut Cai Zongxiang 蔡宗祥 dalam bukunya

yang berjudul Yibanzu lishi yu minsu 伊 班 族 历 史 与 民 俗 (Sejarah dan

Kebudayaan Kaum Iban), perkataan ini membawa maksud yang negatif.4 Ini menunjukkan bahawa, walaupun tiada pembahagian taraf dalam masyarakat, namun dalam hati manusia tertentu mempunyai satu pengukur untuk mengukur taraf sosial. Masyarakat bertamadun merasakan diri mereka lebih superior berbanding dengan cara hidup orang Iban yang mundur. Oleh itu, mereka selalu menghina orang Iban.

Dalam “Long tu zhu”, Indai digambarkan sebagai watak yang terkorban disebabkan diskriminasi orang bertamadun terhadap peribumi. Bukan sahaja watak antogonis iaitu lelaki Cina itu yang memandang rendah terhadapnya, tetapi sebahagian

4

(8)

besar daripada masyarakat tamadun juga menghina mereka. Liang Fang menekankan bahawa terdapat dua bentuk kerenggangan dalam hubungan dua pihak. Bentuk yang pertama merupakan kerenggangan yang wujud di antara perhubungan ayah dan Indai. Manakala kerenggangan yang kedua pula wujud di antara perhubungan Kuda dan Indai. Ayah dan Kuda merasakan bahawa mereka merupakan orang yang bertamadun. Oleh itu, mereka mempunyai sikap yang dominan apabila hidup bersama Indai. Mereka menghina dan mendiskriminasikan wanita yang malang itu walaupun Indai telah banyak berkorban untuk mereka.

Dalam satu plot yang berkenaan dengan sebuah kotak kayu yang dihias ukiran naga, ayah telah memberitahu pencerita: “Oh, ini adalah naga. Kami kaum Cina amat mementingkan naga.”(148) Pada masa itu, ayah merasa amat angkuh sehingga mengidentitikan diri sendiri sebagai anak keturunan naga. Seperti yang kita tahu, naga merupakan simbol kaum Cina. Walaupun begitu, identiti ini telah digunakan oleh ayah untuk memandang rendah terhadap penduduk asli.

(9)

orang Iban!”(140) Apabila diketahui oleh seorang cikgu tentang ibunya yang berbangsa Iban, Kuda berasa sangat malu dan tidak gembira. Oleh itu, dia berkata, “Aku sangat benci cikgu itu, dia tahu aku ada seorang ibu yang berbangsa Iban.”(145)

Krisis identiti diri tersebut berlarutan sehingga Kuda menamatkan pelajarannya dan menjejakkan kaki di kalangan masyarakat. Dia membuat keputusan untuk bekerja di perantauan kerana desakan batin yang mahu melarikan diri daripada Indai dan masalah di persekitaran. Apabila bekerja, dia juga enggan pulang ke kampung halaman untuk melawat Indai kerana bertekad ingin memutuskan ikatan dengan keluarga sebelah ibunya.

Setelah bekerja dalam tempoh yang panjang, barulah Kuda teringin pulang ke kampung untuk berjumpa Indai. Setibanya di kampung halaman, dia diberitahu oleh mak ciknya bahawa Indai telah meninggal dunia. Mak ciknya memberi satu peti besar kepunyaan ayahnya yang disimpan baik oleh Indai. Di dalamnya terdapat gambar mereka dan baju serta alat permainan masa muda Kuda. Ini bermaksud Indai sangat rindu pada mereka. Namun, dalam masa tuanya sehingga meninggal dunia, tiada seorangnya pun yang menemaninya melainkan peti tersebut.

(10)

suami telah dilupakan. Kasih sayangnya terhadap anaknya juga turut terhalang kerana identiti sendiri sebagai kaum “Iban”. Di sini, penulis menulis tentang kebenaran, kebaikan dan keindahan kaum peribumi. Kebenaran itu adalah sifat kemanusiaan, di mana kebaikan adalah sifat keibuan dan keindahan itu menggambarkan kewanitaannya. Ketiga-tiga sifat itu telah musnah kerana manusia bertamadun telah menyerang taraf dan kedudukan mereka. Jelas dilihat bahawa orang yang begitu taat dan baik hati telah terkorban di bawah pemberontakan masyarakat bertamadun terhadap kaum peribumi.

Kebudayaan dan Adat resam

Dalam aspek kebudayaan dan adat resam, Liang Fang sering menggambarkan satu tindakan yang dilakukan oleh orang bertamudun dalam fiksyen Liang Fang. Di antaranya adalah penodaan terhadap kebudayaan kaum Iban, iaitu memberi konsep “mundur” dan “tidak bertamadun” terhadap kebudayaan tradisi kaum Iban dan menafikan nilai dan kedudukannya.

Dalam karya fiksyen berjudul “Wen Da”, apabila pencerita dan rakan sejawat yang datang dari masyarakat moden memasuki dunia orang Iban, mereka mempunyai sikap prejudis terhadap orang Iban. Mereka sering berwaspada apabila bersama kaum Iban. Sikap dan konsep tersebut disebabkan mereka langsung tidak boleh menerima adat resam tradisi orang Iban. Mereka menganggap bahawa amalan tradisional mereka terlalu kuno dan kelakuan mereka bagaikan orang tidak siuman. Misalnya:

(11)

boleh dilakukan dengan menggunakan cara seperti tindakannya, oleh itu aku terpaksa berhati-hati… Aku takut dia (Untak) akan bubuh air jampi dalam makananku. Oleh itu setiap kali aku mesti tunggu sampai orang lain telah makan sesuap dua, baru aku berani makan. (117)

Ini membayangkan dalam konsep manusia moden, kaum peribumi adalah tidak bertamadun. Definisi manusia moden terhadap “tidak bertamadun” adalah tidak maju, berfikiran kolot dan juga zalim. Contohnya, apabila pencerita ternampak tatu pada badan lelaki Iban yang bernama Untak, dia berasa marah dan menganggap dia sudah dijampi. Sebenarnya, tatu pada badan kaum Iban adalah suatu adat resam yang dianggap dapat membantu mereka untuk mengesan kepercayaan asal mereka dan juga mengenali binatang atau tumbuhan yang dipuja. Ia juga dapat mengesan struktur masyarakat asal mereka. 5 Namun, manusia moden menggunakan sikap prejudis untuk menilai kebudayaan mereka.

Selain itu, apabila pencerita melihat di sekeliling rumah panjang, didapati “ada orang tertentu yang muncul dengan sebilah parang di pinggang”(116-7). Sebenarnya, membawa parang bersama merupakan suatu kebiasaan kaum lelaki Iban apabila mereka keluar. Walaupun begitu, pencerita berasa takut kerana dia pernah diberitahu orang berkenaan dengan amalan kaum Iban yang memenggal kepala manusia. Dengan itu, setiap kali terjumpa orang yang membawa parang, jantungnya berdentam-dentum kerana takut orang Iban akan memenggal kepalanya.

Pada suatu malam, pencerita melihat Untak memegang parang, merendahkan badan dan menghala ke arah pencerita. Oleh itu dengan pantasnya, dia membuat

5

(12)

persediaan untuk melindungi diri sendiri kerana dia menganggap Untak ingin menyerangnya:

Malam semakin larut dan aku ternampak Untak merangkak ke arah aku dengan memegang sebilah parang. Aku berasa takut, terfikir kepala orang yang diikat oleh rotan… aku memandangnya dan berasa takut dan risau. (119)

Sebenarnya, Untak memegang senjata tersebut kerana dia ingin membunuh seekor ular yang berdekatan dengan pencerita. Ini adalah untuk menyelamatkan pencerita daripada situasi yang begitu merbahaya. Pencerita dari dunia bertamadun telah salah faham terhadap perbuatan berani tersebut dan menganggap Untak ingin menjalankan adat resam mereka iaitu istiadat “memenggal kepala”. Ini menunjukkan bahawa pencerita masih mempunyai sikap prejudis terhadapnya. Pada saat itu, pencerita mula menyesal. Baginya, “air mata ku mengalir, bukan saja kerana berterima kasih kepadanya, tetapi juga berasa malu…”(120) Jelas di sini bahawa pencerita menyesal kerana salah fahamnya terhadap Untak selama ini.

(13)

Oleh itu, dia menggunakan perasaan supremasi sendiri untuk menafikan adat resam kaum peribumi.

Disebabkan pengetahuan Untak tidak banyak, apa yang dibawa oleh pencerita diberi perhatian penuh. Contohnya, Untak selalu menunjukkan tindakan ingin cuba menggunakan barang yang dibawa olehnya. Barang-barang tersebut sebenarnya merupakan barang yang biasa tetapi Untak berasa barang tersebut terlalu istimewa. Tanpa mendapat kebenaran pencerita, dia telah menggunakan sabun, pisau cukur dan berus gigi pencerita dan ini membuatkan pencerita merasa sangat marah. Berkenaan dengan ini, pencerita berkata:

Untak juga suka menggunakan sabun aku. Selepas sabun aku diguna olehnya, aku terpaksa memberikannya sabun itu. Akhir, aku terpaksa simpan sabun aku sendiri… Kita orang Cina sangat pantang, tidak boleh berkongsi sabun… Aku tahu cara itu tidak begitu elok, tetapi aku mesti menjaga keselamatan diri ku. (117)

Pencerita berpendapat bahawa Untak telah mengancam ruang dan hak individunya. Sejak itu, pencerita terpaksa melindungi diri secara spontan. Orang asli pula merupakan kaum yang tidak berwaspada dan tidak melindungi diri sendiri. Bagi mereka, mereka sanggup berkongsi segala yang mereka nikmati. Ini merupakan jurang perbezaan antara mereka. Berhubung dengan hal ini yang digambarkan dalam karya

Liang Fang, Guo Jianjun 郭建军 berpendapat bahawa:

(14)

dengan bumi itu dan menunjukkan semangat asas bumi itu iaitu “murah hati”. (1995: 74)

Sekiranya diukur nilai akhlak dengan tahap ketamadunan, contoh-contoh tersebut di atas menerangkan bahawa pencerita bersikap angkuh, sombong, curang, syak wasangka, ego dan individualistik dan ini telah melanggar etika moral. Sebaliknya, orang asli masih mengekalkan nilai murni tradisional yang sukar didapati dari masyarakat bertamadun. Justeru itu, sikap bongkak orang bertamadun sebenarnya adalah berkontradiksi dan bercanggah dengan penilaian ketamadunan.

Dari segi kebudayaan, disebabkan kaum peribumi memelihara adat resam tradisi, maka mereka tidak memakai pakaian moden seperti manusia moden. Mereka tidak mementingkan rupa luaran dan konsep keindahan mereka jauh berbeza dengan manusia moden. Kebanyakan watak wanita Iban dalam karya fiksyen yang berjudul “Wen Da”digambarkan sebagai wanita yang tidak memakai baju sedangkan budak-budak pula tidak memakai baju dan seluar. Jelas di sini bahawa hati mereka yang tulus tidak mempunyai fahaman yang rumit tentang kehidupan.

(15)

Contohnya dalam “Yanyu Shalong”, pencerita dan juga rakan sejawatnya Lu 卢 dan Ou 欧 merupakan orang yang suka tinggal di bandar untuk menikmati

kehidupan moden. Mereka berasa tidak gembira apabila dihantar oleh majikan untuk bekerja di kampung yang bernama Kubur. Di antara mereka, Lu merupakan orang yang paling bencikan tempat tersebut dan suka memberi komen negatif terhadap kemunduran tempat itu.

Walaupun begitu, Lu telah mempergunakan sikap kaum Iban yang tulus untuk melakukan sesuatu dengan niat yang tidak baik dalam upacara “Nyayap”. 6 Di antara berbagai jenis adat resam kaum Iban, “Ngayap”merupakan satu upacara yang istimewa. Ia merupakan satu tradisi orang asli yang diamalkan oleh pemuda dalam soal meluahkan perasaan cinta terhadap gadis yang disukai. Biasanya ia dijalankan di dalam kelambu pihak perempuan. Sebenarnya perbuatan ini merupakan sebahagian daripada adat tradisi mereka, namun orang yang “bertamaduan” selalunya menuduh kaum Iban mengamalkan sikap yang terbuka terhadap seks. Justeru itu, mereka memandang rendah terhadap orang asli. Walaupun begitu, terdapat orang yang hendak melibatkan diri dalam hal ini semata-mata dengan niat yang jahat iaitu mengambil kesempatan ingin mengamalkan hubungan seks dengan gadis orang asli tetapi tidak ingin berkahwin dengan gadis tersebut.

6

(16)

Hal sedemikian dilakukan oleh Lu yang dikatakan mempunyai sikap yang “bertamadun” tetapi tidak dapat menahan perasaan sunyi yang terpendam di dalam hatinya di kampung yang mundur. Oleh itu, dia memberontak terhadap kehidupan dan adat resam orang asli dengan mengambil peluang tersebut untuk bermalam dengan gadis Iban. Ini menunjukkan orang bertamadun mempergunakan ketulusan kaum Iban untuk melakukan sesuatu dengan niat yang jahat.

Tubuh Badan

Aspek eksploitasi khasnya dari segi tubuh badan ataupun seks telah banyak disentuh oleh Liang Fang dalam karyanya. Antaranya termasuk “Ma La A Da” dan juga “Long tu zhu”. Melalui kisah antara orang tamadun dengan wanita Iban, Liang Fang mendedahkan bahawa hubungan kaum tidak selalunya harmoni, sebaliknya penuh dengan tipu muslihat, apatah lagi ada pihak yang mengambil kesempatan memperalatkan kaum yang lemah untuk keperluan hawa nafsu mereka.

Contohnya Pak Cik Ye 阿 叶 伯 dalam “Ma La A Da” yang merupakan

simbolik masyarakat bertamadun yang menindas orang asli. Pak Cik Ye mudah untuk

mendapat kebenaran daripada ayah Mala Adan 玛 拉 阿 妲兴supaya anaknya tinggal

(17)

Sebenarnya Mala Adan telah diperkosa oleh Pak Cik Ye untuk memuaskan hawa nafsunya. Selain itu, dia juga memperalatkan Mala Adan menjadi pelacur untuk lelaki yang lain. Selain itu, apabila dia naik marah, dia sering memukul Mala Adan walaupun Mala Adan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Misalnya,

Pak Cik Ye berasa marah tanpa apa-apa sebab. Dia menarik rambut Mala Adan dan membuang puntung rokok ke arah Mala Adan. (59)

Walaupun terdapat ramai orang yang mengetahui perbuatan Pak Cik Ye yang zalim itu, namun tiada seorang pun yang berani untuk memperjuangkan hak asasi gadis Iban tersebut. Ini kerana mereka tidak mahu menjadi mangsa di bawah kezaliman Pak Cik Ye seperti datuk pencerita. Datuk pencerita dibunuh kerana anak perempuannya, iaitu ibu pencerita pernah diperkosa oleh Pak Cik Ye ketika berusia 15 tahun dan melahirkan pencerita. Tatkala datuk pencerita mengetahui segala perbuatan zalim yang dilakukan oleh Pak Cik Ye terhadap anak gadisnya, dia ingin menuntut bela tetapi akhirnya dia dibunuh oleh Pak Cik Ye. Oleh itu, semua orang terpaksa mendiamkan diri dan tidak ingin campur tangan dalam hal Pak Cik Ye.

(18)

Jelas di sini bahawa dalam karya tersebut, penulis menulis tentang situasi keperitan kaum minoriti Malaysia Timur di bawah ancaman kekuasaan ekonomi orang Cina.

Aspek eksploitasi orang bertamadun terhadap kaum Iban dari segi tubuh badan juga disentuh oleh Liang Fang dalam karya fiksyen berjudul “Long tu zhu” dan “Yanyu Shalong” . Bagi “Long tu zhu”, suami Indai telah melakukan perbuatan yang zalim terhadapnya disebabkan dia sangat pasti bahawa wanita Iban yang lemah itu tidak akan meminta hak asasinya dan tidak berani membantahnya. Bagi “Yanyu Shalong” pula, pada permulaan karya tersebut, watak lelaki yang bernama Lu telah digambarkan sebagai seorang yang agak memihak kepada hak asasi orang asli. Walaupun begitu, dia juga tidak terkecuali dari golongan yang mencari kesempatan untuk mengeksploitasikan tubuh badan gadis Iban di rumah panjang untuk mendapat kepuasan hawa nafsunya. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Lu juga melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, dia juga boleh diletakkan dalam golongan yang sama seperti Pak Cik Ye dan suami Indai.

(19)

boleh dianggap sebagai suatu realiti. Yang menyedihkan ialah, unsur-unsur positif yang merupakan kelebihan orang asli telah dimusnahkan oleh unsur-unsur negatif iaitu kekurangan orang bertamadun.

Pendek kata, Liang Fang ingin memaparkan suatu hakikat bahawa dalam dunia ini, terdapat ramai orang dari dunia bertamadun yang telah merosakkan nama “orang bertamadun”. Mereka mempunyai personoliti yang tidak murni dan perbuatan yang tidak senonoh. Seperti yang kita tahu, moral merupakan ukuran yang digunakan untuk mengukur tahap ketamadunan. Walaupun mereka merupakan aset masyarakat bertamandun, tetapi tindak-tanduk mereka memang tidak setimpal untuk digelar sebagai “bertamadun”. Golongan itu melakukan tindakan yang tidak bermoral dan zalim terhadap kaum Iban misalnya menipu, memeras dan menghina golongan kaum Iban. Sebenarnya, mereka merupakan golongan yang harus dihina.

Kesedaran dan Keprihatinan Masyarakat Tamadun Terhadap Masyarakat Primitif

(20)

Saya tidak suka orang luar menggunakan sikap mengintip keanehan kebudayaan Sarawak melalui karya-karya sastera. Saya juga berasa tidak puas hati terhadap orang yang digelar “orang bertamadun” yang “menjual” kemunduran Sarawak. Jikalau memperkatakan kemunduran dan kemiskinan dari materialisme sahaja, selepas bersama kaum peribumi, kita pasti akan mengetahui mereka juga mempunyai implikasi dan pedomen kehidupan mereka yang tersendiri. Kita perlu melayan mereka dengan sikap yang adil.7

Disebabkan beliau mempunyai hasrat ini, pada pengakhiran cerita, beliau sering mengatur watak dari dunia bertamadun agar menyedari bahawa sebenarnya kaum peribumi mempunyai ciri-ciri keaslian yang harus dihargai. Contohnya dalam “Long tu zhu”, orang dari dunia bertamadun mengganggap wanita yang dicintainya sebagai hamba seksnya dan memutuskan tali perhubungan dengannya kerana dia merupakan kaum peribumi. Ini mengakibatkan anak mereka Kuda juga bertekad untuk memutuskan ikatan dengan keluarga sebelah ibunya. Pada pengakhiran fiksyen tersebut, Liang Fang telah menyelit satu plot di mana Kuda menyesal terhadap tindakannya dan ingin berbaik semula dengan Indai tetapi Indai telah meninggal dunia. Ini membuat Kuda berasa amat menyesal. Dalam perjalanan balik ke kampung halaman, Kuda berkata:

Aku pergi dari jalan ini, juga balik dari jalan ini. Jalan ini tidak berubah setelah sepuluh tahun. Namun, aku telah banyak berubah, daripada seorang remaja yang muda menjadi seorang belia yang memikul beban kehidupan berat. (136)

Jalan bukit masih berkeluk-keluk, burung bersiul di atas pohon getah. Adakah ia cuba mengirim salam kepada orang kampung yang lama tidak berjumpa? Adakah masa memang telah berlalu selama sepuluh tahun? Betapa mesranya tiap-tiap pokok kayu di sini sehingga aku mula ragu-ragu samada aku pernah tinggal di sini.(145)

7

(21)

Petikan di atas menunjukkan kawasan orang asli tidak berubah tetapi sebaliknya dirinya yang berubah. Ini membayangkan suara hati Liang Fang iaitu kesejatian semulajadi yang asli masih wujud, orang bertamadunlah yang mengalami keinsafan. Untuk menegaskan mesej ini, beliau juga mengatur plot di mana Kuda terjumpa sebuah kotak kayu besar bercorak naga yang ditinggalkan oleh ayah:

Kini kotak kayu sudah dirosakkan oleh bubuk. Badan naga sudah tanggal. Mata naga juga telah berlubang. Kini naga itu merupakan seekor naga buta. (121)

Seperti yang kita tahu, naga merupakan simbolik kepada kegagahan dan kekuasaan. Sebelum itu, ayah sering mengatakan dirinya merupakan keturunan naga yang bertaraf jauh lebih tinggi daripada kaum Iban. Di sini Liang Fang menggunakan “naga buta” untuk menyindir ayah sebagai seorang yang cacat dari segi peribadi. Ini adalah untuk menyedarkan pembaca untuk menghormati kaum peribumi tetapi tidak menghina mereka.

(22)

Kesemua ini menjadikan pencerita bertukar konsep terhadap kaum peribumi. Dia tidak lagi memandang rendah, mengesyaki kebolehannya dan berwaspada terhadap mereka kerana dia mendapati kelakuan yang dibuat terhadap mereka sebenarnya merupakan tingkah laku yang tidak bertamadun. Jelas di sini bahawa dalam sanubari pencerita, garis perpisahan antara perihal kaum peribumi dan orang bertamadun tidak begitu jelas lagi.

Dalam karya Liang Fang, setelah keinsafan wataknya terhadap orang peribumi, mereka akan menyerap nilai-nilai murni daripada orang asli iaitu sesuatu yang tidak dapat diperolehi dari dunia peradaban. Liang Fang menonjolkan nilai-nilai murni orang asli dalam plot ceritanya. Sebagai contoh, dia telah membuat perbandingan atas konsep penilaian kebendaan berpandukan sikap kepura-puraan orang bertamadun dan kehematan orang asli. Bagi kebanyakan orang bertamadun, mereka terpaksa bekerja keras untuk mengejar kebendaan. Namun bagi orang asli, mereka puas dengan kebendaan yang sedia ada. Hal ini ternyata apabila Untak menolak ganjaran wang yang diberi oleh Peter dan menunjukkan sikapnya yang langsung tidak tamak. Ini menggambarkan Untak memang seorang yang mudah memperolehi kepuasan dan menunjukkan bahawa dunia mereka jauh berbeza daripada dunia peradaban di mana orang ramai saling bersaing untuk merebut kuasa dan manfaat masing-masing.

(23)

menyelamatkan askar Jepun. Ini kerana pada masa tersebut, askar Jepun telah menggunakan cara yang zalim dalam perang dunia kedua dan dianggap sebagai musuh yang terbesar oleh seluruh dunia. Walaupun Untak faham bahawa askar Jepun tersebut merupakan askar yang datang memusnahkan negara dan rakyat kita, tetapi dia masih menyelamatkannya tanpa sebarang keraguan.

Perbuatan Untak menyelamatkan askar Jepun itu dilakukan di bawah dorongan perfahamannya yang paling primitif terhadap “kematian”. Baginya, kematian ialah perkara yang dahsyat, maka dia harus menolong orang tersebut tidak kira latar belakang mangsa tersebut. Menurutnya, “Lukanya amat teruk, nampaknya bukan macam orang jahat, aku tak boleh biarkan darahnya mengalir sehingga dia mati…”(124)

(24)

ikhlas. Menurut beliau, “Ini bukan hanya kerana Untak pernah menyelamatkan nyawaku.”(126)

Di sini, penulis telah mengaturkan plot ucapan terima kasih tersebut untuk menandakan pencerita berubah dari status “Si pemberi” kepada “Si penerima”. Pada awalnya beliau ingin menjalankan reformasi di tempat ini, tetapi pada akhirnya telah berubah menjadi orang yang direformasikan oleh tempat ini, disebabkan oleh pengalaman ini telah mengubah konsep nilainya (Sun Yanzhuang, 1996: 32).

Pencerita yang pernah menetap di negara lain dan hidup dalam kemakmuran dan kemajuan negara lain kini menghadapi masalah penilaian. Dia berpendapat bahawa: “Selain tidak dapat mengendahkan manfaat yang diberi oleh orang lain, aku juga hampir melupai kenyataan atas kewujudan diri.”(114) Akhirnya dia berkata, “Apakah maknanya pemberian wang?”(126) Lantaran itu, barulah pencerita melihat Untah dan orang Iban lain sebagai mikrokosma dan pembayang masyarakat orang asli dan mengibaratkan orang asli sebagai “hutan tropika manusia, hijau sepanjang tahun, muda selama-lamanya”(116) bila mengimbas kembali kawan tersebut. Di samping itu, dia juga menekankan bahawa:

Aku mengamati air muka berpuluh-puluh (orang Iban) itu, meskipun masa juga meninggalkan kesan, biarpun mereka juga terpaksa menempuhi perjuangan demi kehidupan. Namun demikian, sorot mata yang tulus ikhlas itu, seolah-olah anak sungai yang mengalir jernih, mencurahi hati aku yang berkedut-kedut lagi berkerut-kerut.(124)

(25)

Di bawah pena Liang Fang, selepas pencerita menyedari kesucian orang asli, dia berasa malu terhadap kezaliman dan kejahatan orang bertamadun:

Pada masa itu, ku rasa semua muka sedang asyik mengembang. Mereka menumpukan perhatian pada seseorang yang menitikberatkan permintaan sesama sendiri tetapi mengabaikan perasaan cinta sejagat di sekeliling. Dalam pada itu, “kesendirian”menjadi semakin kuncup, kecil dan tidak bernilai. (124-5)

Dengan nyatanya, ini memang merupakan suatu proses keinsafan. Liang Fang telah mengaturkan kesimpulan melalui pendapat yang diluahkan oleh pencerita seperti berikut: “Orang asli mungkin kekurangan dari segi kebendaan, akan tetapi mereka kaya dari segi kerohanian”(124).

(26)

dengan tidak sengaja, dan dirangsangkan oleh perasaan estetik karyanya. Ini merupakan penghargaan tinggi yang diberi kepada pencapaian Liang Fang.

Bibliografi

Barber, B. (1957). Social Stratification. New York: Dahrendorf.

Cai Zongxiang 蔡宗祥 (1992). Yibanzu lishi yu minsu 伊班族历史与民俗 (Sejarah dan Kebudayaan Kaum Iban). Kuching: Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak.

Dai Qing 戴 清 (2001). “Tengjia xia de yuedu—Liangfang sanwen pingxi”藤 架 的 阅读--梁放散文评析 (Membaca di bawah Rangka liana: Kritikan Prosa Liang Fang). Dalam suplemen “Shiji Feng” 世纪风 (Angin Abad), Guoji Shibao 国际 时报. 15 Jun.

Deutsch, Karl W. (1968). The Nature of International Relations. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Guo Jianjun 郭建军 (1995). “Shalaoyue de rizi yu renxin—ping Shahua zuojia Liang Fang de xiaoshuo”砂劳越的日子与人心--评砂华作家梁放的小说 (Kehidupan dan Pemikiran Rakyat di Sarawak: Kritikan Cerpen Penulis Cina Sarawak Liang Fang). Dalam Huaqiao daxue xuebao 华 侨 大 学 学 报 (Jurnal Universiti Huaqiao) Jilid 1, 72-5.

Liang Fang 梁放 (1989a). Yanyu Shalong 烟 雨 砂 隆 (Sayup-Sayup Hujan Di Sungai Sadong). Kuching: Persatuan Penulis-Penulis Cina Sarawak.

_________ (1989b). Ma La A Da 玛拉阿妲 (Mala Adan). Kuching: Persatuan Penulis-Penulis Cina Sarawak.

Mao Lifei 毛丽妃 (2001). Liang Fang wenxue zuopin zhong de rendao guanhuai 梁 放 文 学 作 品 中 的 人 道 怀 The Humanitarian Concern Expressed In Liang Fang’s Literary Writings. A Dessertation for The Degree of Master of Arts, Chinese Studies, National University of Singapore.

(27)

(Suatu Perbincangan Tentang Cerpen Liang Fang). Dalam Jiao Feng Jilid 472, 11-4.

Sun Yanzhuang 孙彦庄 (1996). “Song Ziheng、 Xiao Hei、 Liang Fang duanpian xiaoshuo chutan” 宋子衡、小黑、梁放短篇小说初探 (Kajian Permulaan Terhadap Cerpen Song Zi Heng, Xiao Hei dan Liang Fang). Dalam Chen Liao (ed.) 1996: 216-20.

Wu An 吴岸 (1985). “Liang Fang de xiaoshuo ji qi yishu meili (xu)” 梁放 的小说及 其 艺 术 魅 力 (序) (Fiksyen Liang Fang dan Keajaiban Seni –Prakata). Dalam Liang Fang 1989a: i-vi.

Referensi

Dokumen terkait

 Sel mikroba secara kontinyu berpropagasi menggunakan media segar yang masuk, dan pada saat yang bersamaan produk, produk samping metabolisme dan sel dikeluarkan dari

Faktor ini merupakan salah satu faktor yang memiliki pengaruh dalam pengembangan dan minat dalam penggunaan sistem informasi akuntansi, dan untuk faktor eksternal hanya

Lama perendaman natrium metabisuifit (NazSzOs) memberi pengaruh yang berbeda sangat nyata (P<O,Ol) terhadap rendemen tepung sukun yang dihasilkan.. Rendemen tertinggi diperoleh

maksud untuk memahami makna yang terkandng dalam ajaran tersebut. b) Metode komparatif, yaitu ajaran ajaran islam itu dikomparasikan dengan fakta-fakta yang terjadi dan

Memiliki keturunan merupakan anugerah yang diberikan oleh Allah.. SWT, karena dengannyalah manusia mampu bertahan hidup

Masukkan jumlah Row, Coloum, Border, Cellpadding dan Cellspacing nya terserah lu... Dalam Table lu bisa isiin apa aja sesuai inspirasi lu...Contohnya seperti pada gambar.... Wah

LAMPIRAN KEPUTUSAN DIREKTUR POLITEKNIK NEGERI MEDAN NOMOR: /PL5/TU/2016 TENTANG PENETAPAN BESARAN UANG KULIAH TUNGGAL (UKT). CALON MAHASISWA BARU JALUR UMPN GELOMBANG II PROGRAM

Kode Barang Asal-usul Cara Nomor Bahan Nomor Register Merk / Type Ukuran /cc Nama Barang /.