• Tidak ada hasil yang ditemukan

4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

T5B7 : KUASA PEMERINTAHAN

INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187

2. Tidak perlu buat

rangka jawapan

3. Jumlah isi jawapan

hendaklah mengikut

peruntukan markah.

Bil

Tajuk

ms

SOALAN 1

Malaysia ialah salah sebuah Negara demokrasi berparlimen yang

mengamalkan KONSEP PENGASINGAN KUASA

( bt ms 171 )

2

SOALAN 2

Pengertian PARLIMEN dan fungsinya

( bt ms 172 )

2

SOALAN 3

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia

btms 161

2

SOALAN 4

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Perundangan ( legislatif)

( Bt ms 172 )

3

SOALAN 5

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Pelaksana ( Eksekutif)

( Bt ms 173 )

4

SOALAN 6

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Kehakiman ( Judisiari)

( Bt ms 174 )

5

SOALAN 7

Kuasa Pemerintah dibahagikan kepada tiga cabang kuasa pemerintahan

iaitu

i.

Badan perundangan

ii.

Badan Pelaksana

Iii. Badan Kehakiman

5

6

SOALAN 8

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen

( Btms 173)

7

SOALAN 9

Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi

meningkatkan kecekapan tadbir urus negara

7

SOALAN 10

Pemerintahan Negara

sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyat

Malaysia. Buktikan

8

SOALAN 11

Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :

a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiran

b) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negara

c) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi

Berparlimen

8

SOALAN 12

Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan

negara Malaysia

9

SOALAN 13

Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara

9

SOALAN 14

9. MERUMUS – kesimpulan

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

10

(2)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2 RUJUK BUKU

TEKS Andaian aras :

PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Malaysia ialah salah sebuah Negara demokrasi berparlimen yang

mengamalkan KONSEP PENGASINGAN KUASA ( Bt ms 171 )

Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan

konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada

tiga cabang iaitu badang perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga2

badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan ini.

============================================================================

Soalan 2 : Pengertian PARLIMEN dan fungsinya ( 5 markah) ( bt ms 172 )

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang2 di

negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.

Fungsi Parlimen ialah meluluskan undang, membuat pindaan kepada

undang-undang sedia ada, meluluskan cukai-cukai baru, menyemak dasar-dasar kerajaan dan

meluluskan bajet kerajaan

=============================================================================

Soalan 3 : Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia

[btms 161]

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Perlembagaan

yang merupakan undang-undang tertinggi. Selain itu, institusi

Raja Berpelembagaan

mengikut peruntukan dalam perlembagaan.

Ciri seterusnya ialah

Parlimen. Parlimen

merupakan badan perundangan yang

bertanggungjawab mengubal undang-undang. Pilihanraya

ialah proses memilih wakil rakyat

untuk memerintah peringkat negeri ataupersekutuan

Selain itu,

Kuasa Pemerintahan mempunyai 3 cabang iaitu Badan Perundangan,

Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Parti-parti Politik yang dirujuk sekumpulan orang

yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Seterusnya ialah

Kebebasan Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan,

beragama dan memiliki harta.

(3)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3 RUJUK BUKU

TEKS

Andaian Soalan ARAS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)

3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan, melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 4 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Perundangan ( legislatif) ( Bt ms 172 )

DEWAN NEGARA

Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsi

badan perundangan ialah

menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan

kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal

undang-undang. Parlimen terdiri daripada yang

Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang

ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpa

melalui pertandingan dalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga

tahun.

Senator mestilah berumur

30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen.

Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong.Terdiri daripada 26 ahli, dipilih

dari 13 buah negeri oleh Dewan Undangan Negeri daripada bukan kalangan ahli DUN. 2

orang ahli dilantik oleh YDPA untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 orang

Wilayah Persekutuan Labuan, 1 orang dilantik mewakili Wilayah Putrajaya. 40 ahli dilantik

oleg Agong dikalangan individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional

Ahli Dewan Negara merupakan individu yang telah memberi

sumbangan cemerlang dalam

perkhidmatan Awam, badan profesioan atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan,

pertanian, kesenian, kebajikan dan mewakili kumpulan minoriti orang asli.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melalui

pilihanraya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan

pilihanraya. Tempoh jawatan anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang di

peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta

manakala undang-undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.

Di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.

(4)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

Soalan 5 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Pelaksana ( Eksekutif) ( Bt ms 173 )

KABINET / JEMAAH MENTERI

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Bertindak mengubal dasar-dasar

kerajaan dalam semua perkara. Diketuai oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan

Perdana Menteri mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawab

mengubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaras program pembangunan

ekonomi atau sosial.

KEMENTERIAN

Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang serta menyelaras

program pembangunan ekonomi dan social di Negara kita.Pada masa ini terdapat 26

kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh

seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen atau

Setiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali sebagai Menteri Tak

Berpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan diberikan oleh

Perdana Menteri.Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuah

atau beberapa Kementerian.

PERKHIDMATAN AWAM

Ketua

Setiausaha

Negara

(KSN)

mengetuai

perkhidmatan

awam.

KSN

bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementerian

diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan yang

dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Semua kakitangan perkhidmatan awam

bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah.Sebuah

kementerian biasanya mempunyai Jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

BADAN BERKANUN

Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa

autonomi. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanun

ditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun bertanggungjawab mempercepatkan

pentadbiran dan program pembangunan. Di bawah rancangan 5 tahun kerajaan.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan

pelantikan kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang

, Suruhanjaya Kehakiman serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.

(5)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5

Soalan 6 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Kehakiman ( Judisiari) ( Bt ms 174 )

Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah Perkara sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan atau perlembagaan negeri.

Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugas kehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang, mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatan seseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.

=============================================================================

Soalan 7 : Cabang-cabang kuasa pemerintahan [ 30m] [ btms 171-176]

i.

Badan perundangan

ii.

Badan Pelaksana

Iii. Badan Kehakiman

i. Badan perundangan [ btms 172-173] [ 10 markah]

Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur 30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen. Senator boleh dilantik menjadi

Jemaah Menteri. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong. Ahli Dewan Negara merupakan individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan Awam, badan profesioanalatau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, kebajikan dan mewakili kumpulan minoriti orang asli.

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihanraya. Tempoh jawatan anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang diperingkat Dewan Rakyat. undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta manakala

(6)

Undang-Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6 undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.

ii. Badan Pelaksana [ btms 173-174] [10 markah]

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan.

Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawab mengubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi atau sosial.

Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali sebagai Menteri Tak Berpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan diberikan oleh Perdana Menteri..

Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengetuai perkhidmatan awam. KSN bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan. Semua kakitangan perkhidmatan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanun ditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun bertanggungjawab mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan

Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang , Suruhanjaya Kehakiman serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.

iii.Badan kehakiman [btms 174-176] [10 markah]

Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah .Perkara sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan atau perlembagaan negeri.

Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugas kehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang , mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatan seseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.

(7)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

Soalan 8 : Proses meluluskan undang-undang di Parlimen ( Bt ms 173 )

( Carta ms 173 baca dari bawah bawa ke atas )

Proses meluluskan undang-undang di parlimen dimulakan

Pembentangan cadangan oleh kementerian,Rang undang-undang mengalami penggubalan oleh Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara bertganggungjawab menyediakan draf rang undang2 tersebut.

Rang undang-undnag melalui 4 peringkat sebelum diluluskan. Pada peringkat pembacaan pertama, rang undang-undang diperkenalkan. Menteri akan mengemukakan rang undang-undang yang berkenaan kepada semua ahli Dewan Rakyat.Setiausah Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas rang undang-undang tersebut. Kemudian, Menteri akan mengumumkan masa untk pembacaan kedua dan pembacaan ketiga kepada ahli Dewan Rakyat

Rang undang-undang akan dibahaskan secara terperinci oleh ahli Dewan Rakyat di peringkat pembacaan kedua. Perbahasan akan ditumpukan kepada aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pemgaruh undang-undang berkenaan kepada rakyat dan Negara. Suara majority 2/3 Dewan perlu untu meluluskan rang undang2 ini.

Rang undang-undang dibincangkan secara terperinci dan mengikut urutan dan susunannya jawatankuasa di Dewan Rakyat. Jawatankuasa berkuasa untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang jika didapati perlu dipinda

Rang undang-undang yang telah disemak oleh Jawatankuasa dibaca semula oleh Menteri berkenaan pada peringkat pembacaan ketiga kepada ahli-ahli dewan Rakyat. Dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.

Rang undang-undang dibentang semula di Dewan Negara dan proses yang bsama seperti di dewan Rakyat diulangi. Selepas rang undang-undang diluluskan , ia kaan diserahkan oleh Dewan Negara kepada YDPA untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor Negara.Rang undang-undang secara rasminya menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh YDPA.

Semua undang-undang akan melalui peringkat terakhir iaitu pewartaan dalam warta Negara. ==========================================================================

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 9 :

Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi meningkatkan

kecekapan tadbir urus negara

Antara ciri-ciri pemimpin Negara ialah

1. Amanah semasa melaksanakan tanggungkjawab yang digalas 2. Bijak dalam memilih dan membuat keputusan

3. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan social 4. Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran 5. Mesra dan prihatin terhadap masyarakat

6. Bersikap professional semasa menjalankan tugas 7. Menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran 8. Berani menghadapi cabaran

9. Berwaspada menuju kejayaan

10. Menggunakan sistem pentadbiran yang moden

11. Mahir dalam penggunaan ICT bagi digunakan dalam urusan pentadbiran ( Sila olah jawapna anda dalam bentuk ESEI )

(8)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8

Andaian Soalan ARAS :

5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 10 : Pemerintahan Negara sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan Bukti pemerintahan Negara sejak merdeka dapat menyejahterakan rakyat ialah

Dalam aspek politik. Kandungan Perlembagaan Malaysia telah memberi panduan kepada pemerintahan untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Pemerintah menjalankan pentadbiran Negara dengan penuh tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Rakyat diberi peluang untuk memilih wakil mereka dalam pemerintahan Negara melalui pilihan raya. Kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat amat diberi perhatian. Pihak-pihak yang cuba unutk menyentuh hal-hal sensitif diambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam aspek ekonomi, pemerintah telah membuat beberapa dasar yang memberikan keadilan kepada semua kaum. Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan dasar pembangunan Ekonomi seprti memberi bantuan untuk emmbolehkan mereka maju dalam bidang ekonomi.

Sosial pula, pihak pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan pada rakyat seperti kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Pemerintah memperkenalkan dasar Pelajaran Kebangsaan. Banyak sekolah dan institut pengajian tinggi dibina untuk memberikan pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat. Pihak pemerintah memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan kepada gernerasi muda.Pemerintah membina banyak hospital dan pusat kesihatan untuk meastikan rakyat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Andaian Soalan ARAS :

7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARAN- CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah Cadangan = 5m Langkah = 5m

Soalan 11 : Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :

a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiran

b) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negara

c) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi Berparlimen

Memperluaskan E-kerajaan seperti myeg.Memastikan setiap menteri menetapkan KPI dan melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan. Menubuhkan Badan Pencegah Rasuah di dalam SPRM dengan bidang kuasa dan perundagan yang lebih efektif.

Melaksanakan proses terbuka, cekap dan telus bagi perolehan kerajaan pada semua peringkat. Melakukan kerja dengan beretika dan professional bagi memastikan urusan berjalan dengan lancer. Menubuhkan unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pemangkin kepada proses transformasi.

Memastikan setiap sector awam menepati masa bekerja. Menaikkan taraf perkhidmatan talian kerajaan supaya senang di akses dan mesra pengguna.Memupuk semangat kerja berpasukan bagi mencapai kerja yang sistematik. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi melalui MyBrain15.Menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa sebarang rugutan.

(9)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 9

Soalan 12 : Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan negara

Malaysia

Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia.

Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memajukan Negara. Menghormati pemimpin Negara

yang mengutamakan kebajikan rakyat dan Negara. Mengutamakan rundingan melalui

permuafakatan atau musyawarah.

Menyokong usaha kerajaan seperti Progran Transformasi Kerajaan (GTP).

Meningkatkan perpaduan antara kaum bagi mengelak sebarang rusuhan.Menyemarakkan

semangat patriotism dalam diri rakyat.Meningkatkan semangat jati diri bagi mempertahankan

kedaulatan Negara.

Mengamalkan toleransi dan bertolak ansur antara pemimpin dan rakyat.Mendaftar

sebagai pengundi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang

berkaliber.Sedia bekorban demi mempertahankan Negara.

=============================================================================

Andaian Soalan ARAS :

8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

IKTIBARmestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 13 : Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara

Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara ialah cinta akan

negara dipupuk dalam diri setiap rakyat. Kepimpinan ya ng berwibawa yang ditunjukkan oleh

setiap pemimpin negara bijak dalam membuat keputusan setelah menilai dari pelbagai sudut

pandangan. Saling menghormati budaya dan fahaman antara negara. Bersikat terbuka

apabila menerima teguran

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

(10)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 10

Soalan 14 : MERUMUS – kesimpulan a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

. Pengetahuan yang saya peroleh ialah

saya dapat mengetahui fungsi dan

peranan serta tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan

Pelaksanaan, Badan pelaksana dan badan kehakiman.

Antara iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah

saya perlu

mematuhi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi.

Di samping itu, kita seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar

bangsa Malaysia bersama-sama berkerjasama memakmurkan negara. Selain itu,

kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang dizahirkan oleh para pemerintah

agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.

Antara harapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah

saya

berharap generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin

terdahulu dan sekarang. di samping itu,

saya juga turut berharap agar saya dan

seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengembleng tenaga dan idea untuk

memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.

Referensi

Dokumen terkait

Berisi informasi tentang identitas perusahaan dan usaha pokok, kebijakan akuntansi, daftar Berisi informasi tentang identitas perusahaan dan usaha pokok, kebijakan akuntansi,

Simpangan baku(S) adalah nilai yang menunjukan tingkat variasi kelompok data atau ukuran standar penyimpangan dari nilai rata-ratanya... X = nilai rata-rata data n = jumlah data

Teridentifikasi tingkat kepentingan indikator kapabilitas implementasi PBC dengan tiga peringkat teratas adalah kepastian pembiayaan penanganan jalan tahun jamak oleh

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, kemudian dianalisis dan diperhitungkan maka dapat diambil kesimpulan yaitu analisis biaya diferensial yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian pakan konsentrat komersial pada produksi dan kadar lemak susu dibandingkan ampas tahu, pengaruh periode

Dari catatan dan data statistik yang diperoleh dari Kementerian Industri dan Perdagangan Brazil, terlihat volume importasi yang besar terhadap produk karegenan

Pengabdian masyarakat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman terhadap orang tua akan pentingnya peranan orang tua dalam pembelajaran daring bagi anak usia dini

DDF adalah perangkat yang digunakan sebagai interface atau penghubung antar perangkat biasanya digunakan untuk menghubungkan perangkat transmisi dengan perangkat