• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah Tingkah Laku

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Masalah Tingkah Laku"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

Masalah Tingkah Laku

• Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara

biasa.

• Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang

sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.

• Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk

agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial,

menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima

masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah

pembelajaran dan kebimbangan.

• Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman

(2)

Tingkah Laku Masalah Dalaman

Tingkah Laku Masalah Luaran

Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar Sedih, murung Menentang Bersikap apatetik (tidak

memperdulikan)

Agresif

Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah) Kecenderungan menyalahi diri

sendiri, perasaan serba salah

Tidak mempercayai, kecenderungan

menyalahkan orang lain. Perasaan rendah diri Destruktif

Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri Keasyikan pemikiran tentang

suatu perkara

Sukar mengawal diri Cemburu

(3)

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku

• Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar.

• Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.

• Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah.

• Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

• Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.

(4)

• Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

• Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku

bermasalah.

• Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia

dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.

• Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku

menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

(5)

• Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku.

• Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga

misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.

• Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau

melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.

• Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah

pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.

(6)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:

Peneguran Positif:

• Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik

sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.

• Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa

menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

(7)

“Time-out”

Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk

satu masa tertentu.

Diharapkan masa persendirian memberi peluang

kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.

(8)

Tidak Peduli:

• Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang

menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.

• Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru

menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.

• Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan

sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.

(9)

Lembab (Slow Learner)

• Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak

peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

• Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti

pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

(10)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan

dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk

membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

(11)

• Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.

• Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh

ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

(12)

Terencat Akal

Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)

mendefinisikan

terencat

akal

sebagai

satu

ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi

intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti

komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial

yang amat terhad.

(13)

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan

menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

Kurang koordinasi motor.

Sukar menumpukan perhatian.

Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta

berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang

sebaya.

Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam

situasi baru.

Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak

dan membuat kesimpulan.

(14)

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak

berupaya memilih aktiviti secara sendirian.

Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata

dan tangan.

Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan

perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.

(15)

Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa

dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah

biasa.

Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak

biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak

dengan masalah terencat akal.

Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana

IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.

IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

(16)

Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah

terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh

mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti

kemahiran vokasional sosial untuk membantu

menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.

(17)

Simdrom Down

Sindrom Down berpunca daripada masalah yang

disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.

Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan

dalam pasangan kromosom yang ke-21.

Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.

Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat

akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan

motor yang lambat.

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang

rendah antara 30 hingga 80.

(18)

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal

pasti antaranya:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.

Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung

untuk terjelir

Mata sentiasa berair dan merah.

Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.

Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak

bongkok.

Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan

baik.

(19)

Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks

mata, masalah jantung dan kecacatan usus.

Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap

meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam

dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang

dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan

mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti

individu normal.

(20)

Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan

yang lebih rapi.

Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang

rata, mereka cenderung mengalami masalah

penafasan dan sukar untuk makan.

Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot

dan kurang upaya meneroka persekitaran.

Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan

penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk

berdikari dan menguasai kemahiran.

(21)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down.

• Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.

• Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

• Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

• Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”

(22)

• Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

• Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan

untuk mengingat dan memproses maklumat.

• Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian

mereka.

• Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah.

Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.

• Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam

kurikulum mereka.

• Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas

diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

(23)

Autisme

• Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang

terlalu sukar untuk dipulihkan.

• Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi

kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.

• Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak

suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi.

• Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada

(24)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada

kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

• Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu

kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

• Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan

membantu mereka menyediakan jadual kerja dan

menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

(25)

Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa

yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang

langkah atau konsep yang telah dipelajari.

Kanak-kanak ini memerlukan rutin.

Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh

mereka.

Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik

darjah.

(26)

Pintar Cerdas

• Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.

Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.

• Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.

• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.

• Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.

• Kebolehan untuk memimpin.

(27)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis

program:

i. Pengasingan,

ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan

• Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan

daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.

• Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak

daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

(28)

• Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara.

• Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada

bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

• Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan

rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

(29)

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang

menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di

dalam atau di luar kelas.

Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke

muzium atau perpustakaan negara.

Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti

lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang

lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan

oleh murid secara bersendirian.

(30)

Kesimpulan

• Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas

ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.

• Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua

kanak-kanak.

• Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa

amat penting.

• Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk

berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

• Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak

hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

(31)

• Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak.

• Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara

kanak-kanak.

• Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan

menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.

• Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak

supaya bertenang atau jangan bising.

• Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan

ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

(32)

Kanak-kanak

berkeperluan

khas

khas

boleh

dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang

dapat menerima dan membimbing mereka.

Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota

atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu

boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk

membantu.

Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang

menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh

membantu perkembangan kanak-kanak ini.

(33)

Rujukan

• Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan

Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

• Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan

Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.

• Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS

PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.

Referensi

Dokumen terkait

Luka akibat tekanan merupakan komplikasi yang paling sering terjadi pada pasien usia Luka akibat tekanan merupakan komplikasi yang paling sering terjadi pada

Pada penelitian ini terdapat batasan berdasarkan sumber daya yang dibutuhkan oleh perusahaan untuk memproduksi Produk A dan B, yaitu terletak pada bahan baku,  jam kerja

Fungsi afektif berkaitan erat dengan fungsi keluarga, yang merupakan basis kekuatan keluarga. Fungsi afektif berguna untuk pemenuhan kebutuhan psikososial. Keberhasilan

Kami dari INDO ASIA yaitu lembaga profesional yang membantu pembentukan dan penguatan BUMDES menawarkan kerjasama dengan Pemberdayaan Masyarakat Desa (PMD) atau

Yang dimaksud dengan stres ini adalah aspek-aspek sebagai hasil dari interaksi antara individu dengan lingkungan organisasi yang mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kualitas

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi