• Tidak ada hasil yang ditemukan

Institusi wakaf telah memainkan peranan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Institusi wakaf telah memainkan peranan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Institusi wakaf telah memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan

sosio-ekonomi umat Islam. Aset-aset wakaf yang diterima telah ditadbir urus dan dibangunkan

untuk kepentingan masyarakat umum bersesuaian dengan salah satu syarat wakaf yang

mewajibkan berkekalannya manfaat harta wakaf digunakan di jalan Allah. Hasil-hasil

wakaf yangdiperolehi terutamanya dari sewaan dan pajakan aset-aset wakaf seperti tanah,

bangunan, wang dan barangan-barangan lain telah disalurkan bagi menyediakan

infrastruktur-infrastruktur kemudahan awam. Aset-aset wakaf telah dibangunkan oleh

pihak pemerintah Islam bagi pembinaan dewan orang ramai, tempat rehat awam dan

sekolah seperti yang berlaku di zaman kegemilangan Empayar Uthmaniah. Di samping

itu, pulangan hasil wakaftelah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membina tempat ibadat

seperti masjid dan madrasah serta menyediakan gaji dan upah kepada imam-imam dan

penceramah.

Jika ditinjau dari aspek pendidikan, didapati bahawa banyak universiti-universiti yang

masyhur di dalam dunia Islam bahkan di peringkat antarabangsa seperti Universiti

al-Azhar diMesir, Universiti Qurawiyun di Fez dan Shrine College of Abu Hanifah di

Baghdad telah dibina dan ditadbir menggunakan dana-dana wakaf. Universiti-universiti

terbabit menawarkan pengajian ilmu agama Islam dan juga cabang-cabang ilmu yang lain

pada kadar yuran yang minimum. Ini secara tidak langsung memberi ruang dan peluang

kepada masyarakat Islam di seluruh dunia terutamanya dari kalangan penuntut-penuntut

dari negara miskin untuk menimba ilmu pengetahuan peringkat tertinggi. Sarjana-sarjana

lulusan pusat-pusat pengajian ulung tersebut seterusnya telah menyumbang kepada

perkembangan dan penyebaran dakwah Islam di tempat mereka.

Pembangunan asset-aset wakaf tidak hanya terhad kepada membina kemudahan awam

dan pendidikan tinggi sahaja, bahkan ianya meliputi juga aspek penyediaan kemudahan

kesihatan seperti hospital dan klinik kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, dua buah hospital iaitu Hospital Ibnu Tulundi Mesir dan ‘Aududi Hospitaldi Baghdad telah dibangunkan menggunakan aset-aset wakaf. Pihak pentadbir harta wakaf

bertanggungjawab penuh di dalam menyediakan gaji kepada doktor-doktor dan

(4)

wakaf ini dimanfaatkan juga bagi membiayai fakulti perubatan, memberi biasiswa kepada

pelajar perubatan dan pembiayaan pusat penyelidikan perubatan.

Salah satu sumbangan institusi wakaf yang tidak kurang pentingnya ialah menawarkan

peluang pekerjaan kepadamasyarakat Islam. Pembinaan universiti dan hospital wakaf

sebagai contohnya tentunya memerlukan jawatan-jawatan pengurusanpentadbiran dan

sokongan yang boleh diisi oleh orang ramai yang berkelayakan. Menurut Cizaksa (1998)

institusi wakaf di Turki pada sekitar 1900 hingga 1931 telah menawarkansejumlah

peluang pekerjaan kepada individu-individu yangberkelayakan bagi menguruskan dan

mentadbir aset-aset wakaf. Walaupun sekarang jumlahnya telah berkurangan, tetapi jika

pihak pentadbir harta wakaf mempunyai strategi pembangunanyang efektif dan banyak

aset-aset wakaf berjaya dibangunkan,nescaya banyak peluang-peluang pekerjaan akan

dapat diwujudkan.

Pada masa kini peranan institusi wakaf tidak lagi dominan seperti apa yang berlaku di

zaman

kegemilangan Islam yang lepas. Kejatuhan Empayar Uthmaniah telah menandakan

hilangnya kekuasaan dan pengaruh umat Islam yang pernah menguasai dua pertiga

dunia.Institusi wakaf juga turut mengalami kesan yang amat ketara di mana pertukaran

polisi kerajaan baru Turki umpamanya telah menyebabkan aset-aset wakaf tidak

berkembang bahkan merosot. Selain itu faktor imperialisma dan klonilalisma

negara-negara penjajah barat ke atas negara-negara Islam telah secara langsung melemahkan institusi

wakaf yang sebelumnya merupakan tunjang kepada kekuatan umat Islam.

Namun, perkembangan mutakhir telah menyaksikan kebanyakan negara-negara Islam

yang bernaung di bawah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) telah mula mengorak

langkah untuk menghidupkan semula institusi wakaf. Negara Malaysia sebagai

contohnya telah menubuhkan dua institusi penting iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan

Wakaf(JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). JAWHAR yang terletak di

bawah Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap

(5)

bidang kuasanya terhad kerana urusan berkaitan wakaf adalahdi bawah bidang kuasa

Majlis Agama Islam negeri-negeri,J AWHAR bertindak sebagai tempat rujukan dan

penyelesaian masalah-masalah wakaf. Data aset-aset wakaf yang disediakanJAWHAR

seperti di Rajah 1 menunjukkan institusi wakaf mempunyai saiz tanah yang besar dan

nilai hartanah wakaf yang tinggi untuk dibangunkan. Selain itu JAWHAR

telahmengadakan pelbagai program seperti persidangan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa bagi mewujudkan perbincangan secara ilmiah di dalam memperkasakan

institusi wakaf. YWM pula yang ditubuhkan pada tahun 2005 berfungsi sebagai tempat

pengumpulan dana wakaf. Pihak pemegang amanah wakaf akan menentukan

projek-projek pembangunan aset-aset wakaf yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat serta

pulangan balik kepada masyarakat.

Agensi-agensi swasta turut dilihat berperanan aktif di dalam membangunkan harta wakaf.

JohorCorporation (JCorp)iaituanak syarikat kerajaan Negeri Johor umpamanya

mempunyai pusatdialisis (dylasis centre) serta rangkaian klinik dan Hospital Wakaf

Annur yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan pada kadar yang minimum.

JCorp juga mempunyai rumah anak yatim Darul Hannan yang pada ketika ini mempunyai

63 penghuni. Perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran rumah ini menggunakan dana

(6)

IslamNegeri Sembilan (MAINS) juga aktif membangunkan aset-asetwakaf di sekitar

Negeri Sembilan. Adalah diharapkan jumlahagensi-agensi swasta yang terlibat secara

langsung di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan harta wakaf akan bertambah bagi

mengoptimumkan penggunaan aset-aset wakaf demi kemaslahatan masyarakat Islam

khasnya dan penduduk negara Malaysiaamnya.

Perlu juga dinyatakan di sini tentang cabaran dan faktor-faktor yang menghalang

pembangunan pelbagai aset wakaf di Malaysiaseperti di bawah:

Perundangan.

Ketiadaan enakmen khusus berkaitan pengurusan dan pentadbiranwakaf di negeri-negeri

Malaysia. Hanya negeri Selangor yang telah mewartakan Enakmen Wakaf (Negeri

Selangor)7/1999 yang telah memberi kuasa perundangan yang komprehensif dan

sistematik kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di dalam menjaga dan

mentadbir harta wakaf. Kesan ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas telah

mengakibatkan kes-kes pencerobohan tanah-tanah wakaf seperti yang berlaku di

Selangor,Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Melaka.

Pengurusan

Ketiadaan dana khusus bagi membangunkan tanahwakaf adalah masalah paling besar

yang dialami oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal

tanah wakaf. Selain itu data-data berkaitan harta wakaf juga tidak sistematik yang

menyukarkan pihak pentadbir mengenalpasti tempat yang berpotensi untuk dibangunkan.

Aset-aset Wakaf

Masalah lokasi tanah wakaf yang tidak strategik seperti kawasan berbukit dan berpaya

menyulitkan pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja pembangunan. Saiz tanah yang

terlau kecil juga tidak memungkinkan aktiviti pembangunan dijalankan.

Daripada perbincangan di atas, didapati bahawa institusi-institusi wakaf telah

(7)

masyarakat Islam dari dahulu hinggalah sekarang. Aset-aset dan hasil-hasil wakaf tidak

hanya digunakan bagi pembinaan infrastruktur awam, bahkan digunakan juga di dalam

bidang pendidikan, kesihatan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

setempat. Di Malaysia, usaha-usaha bersepadu agensi kerajaan dan swasta didalam

membangunkan harta wakaf telah memberi manfaat yang amat besar kepada masyarkat

Islam. Walaupun terdapat beberapa cabaran dan halangan di dalam membangunkan

aset-aset wakaf, perancangan dan strategi yang tersusun dan teratur dilihat mampu

mengembalikan institusi wakaf sebagai sebuah institusi yang menyumbang kepada

peningkatan sosi-ekonom iIslam seperti yang berlaku di zaman kegemilangan Islam

Abbasiah dan Uthmaniah.

Rujukan.

Siti Mashitoh Mahamood. 2006. Waqf in Malaysia: Legal and Administrative Perspectives. University Malaya Press:Kuala Lumpur

Murat Cizakca. 1998. Awqaf In History And Its ImplicationsFor Modern Islamic Economies. Journal of Islamic Economic Studies Vol. 6, No. 1. IRTI: Jeddah

Laman Web Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) boleh didapati di

Referensi

Dokumen terkait

Individu yang memiliki efikasi diri yang rendah adalah individu yang merasa tidak berdaya, cepat sedih, apatis, cemas, menjauhkan diri dari tugas-tugas yang sulit,

Sejauh pengamatan peneliti, penelitian mengenai perbedaan adversity quotient pada mahasiswa yang mengikuti Objective Structured Clinical Skills (OSCE) berdasarkan motivasi

Jika digit itu adalah 5 atau lebih daripada 5, tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang

Dengan dibentuknya Kecamatan Batang Serangan dan Kecamatan Sawit Seberang, maka wilayah Kecamatan Padang Tualang dikurangi dengan wilayah Kecamatan Batang Serangan sebagaimana

Materi IPA yang diajarkan kepada siswa adalah contoh nyata dalam kehidupan sehari-hari, sehingga pada proses pembelajaran semua materi dikaitkan dengan kehidupan

Menurut Guillermooo (2015:4), ”Sublime Text adalah teks editor serbaguna dan menyenangkan untuk kode dan prosa yang mengotomatisasi tugas yang berulang sehingga Anda

rambat gelombang ultrasonik dan pertambahan atenuasi yang mengikuti pertambahan lamanya waktu pengujian creep dapat dijelaskan sebagai berikut: kerusakan akibat creep secara umum

Penelitian ini dilakukan dengan mengambil 5 data titik sound- ing, sehingga dihasilkan keberadaan akuifer berada kedalam 7,57-23,8 m berupa akuifer dangkal dengan jenis pasir dan